Archive for June, 2009

Permai-Suri Rumah

Posted by chika under Uncategorized

Pukul 6.30 pagi sudah bangkit dari tidur yang panjang. Eh ni bukan ayat poyo tahu. Sumpah panjang. Jam 8.30 malam dah siap terbaring dah sekujur tubuh di atas katil. Bersedia ke garisan get set go dah nak tidur. Secara purata, tak kurang dari 10 jam ah saya tidur setiap malam hooooooray! Tidur yang begitu mencukupi. Kalau tak cukup-cukup jugak memang ah. Retard. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Inilah sebahagian dari keenakan musim sejuk. Malam yang panjang. Tidur yang panjang. Peluk suami isteri yang panjang eh over pulak. Tapi kesejukkan yang berpanjangan tu takyah kira ah memang annoying sangat sampai siang malam pakai socks. Habis tak cukup-cukup socks. Eh tokey socks memang kaya ah. Nak jual socks ah kalau camni tepi Ham Road. KAH KAH KAH. Info : Ham Road tu nama jalan menuju ke kediaman saya. Sumpah najis kan jalan tersebut. Chika, kau neh macam niat lain tapi cerita benda lain jah sungguh mensampahkan.

Sedap betul ah kari sardin kau tadi.

Kembali. Saya berbesar hati sekali kerna berupaya bangkit seawal jam 6.30 pagi. Kemudiannya terus menguruskan rumahtangga. Mentengok suami pergi kerja merupakan kemestian yang kalau tak buat memang menyesal sehari semalam. Sebaik sahaja kenderaan suami hilang dari pandangan, bergegaslah saya ke laundry room untuk bekerja sebagai kakak kedai dobi HAHA. Dobi! Dobi! Terbaik in town! Ceh berangan kerja kedai dobi.

Winter memang musim yang kurang menseronokkan atas beberapa sebab yang sesetengahnya tak boleh pakai sangat. Sebab kenapa winter tidak begitu menseronokkan :

  1. Terlalu sejuk sampai tak selesa. Nak pijak tiles pon takut. Nak sentuh air pon takut sebab kadang-kadang tak sedar yang air panas dah habis dah pastu kena tunggu heater panaskan air semula. Dayyyymn. Dah ah dalam rumah neh memang sejuk I tell you. Sampai tak tahu nak duduk mana dah. Sudahnya berjemur dekat lawn. Aneh. Matahari pon sejuk jugak $£”!%@!
  2. Baju yang dijemur bukannya makin lama makin kering. Makin lama jemur makin sejuk pastu dah tak tahu dah boleh angkat ke tak. Sebab dah confuse dah otak nak membezakan pakaian tersebut sejukkah atau basahkah? I stress.
  3. Brisbane kerap hujan lately. Dah ah sejuk, hujan lagi.
  4. Sometimes (SOMETIMES) tak boleh nak bergaya sangat. Sebab pakai baju apa pon, dah habis dah kena cover dengan coat T______T Rugi rugi. Tapi boleh melaram high boot HEHE. Pastu nak ambik wudu’ terkial-kial ah bukak boot bukak socks, bukak seluar bukak baju semua. Eh retardnya. Apsal ambik wudu’ bukak semua? &^$£@£!$%£ Polis, tangkap dia!
  5. Nak berjalan-jalan pon kurang enjoy. Banyak aktiviti susah nak buat. Macam semalam. Pergi theme park main air. Sungguh retard. Orang retard jah buat perkara tersebut. Pastu sakit jantung HAHA. Pastu hooooray sakan tengok parking bay banyak kosong. Kononnya gembira sangat ah tengok tak ramai orang pergi situ. Sekali ambik kau. Tak ada siapa nak main air masa winter ah. HAHAHAHA. Eh tapi bukankah menseronokkan juga kenangan semalam? Main rides banyak-banyak kali takyah queue. Pastu boleh scream hebat masa meluncur gelongsor extreme tak segan silu.
  6. Siang terlalu pendek. Pukul 5 dah completely gelap dah. Dah boleh baca doa tidur dah KAH KAH KAH. Eh tak tak. Loser sangat kalau jam 5 dah tidur. Jam 5 tunggu suami pulang. Kemudiannya bersedia untuk baca doa tidur. Eh bukan ah bukan. Bersedia baca doa makan untuk dinner. Selagi tak selesai menonton MasterChef Australia selagi itulah tak boleh baca doa tidur. Walaupon kadang-kalanya tertidur tak baca doa sambil MasterChef menonton saya. Perbuatan aneh.

Demikiannya sedikit sebanyak kekurangan musim sejuk mengikut perasaan peribadi penulis. Anda mempunyai perasaan peribadi yang lainnya? Anda berasa gembira menjelang winter? Pakaian anda semakin cepat kering semasa winter? Atau mungkin badan anda berasa begitu seksi semasa menggigil sejuk? Kongsikan bersama kami. CEH.

Hebat tak hebat ah kan. Hari ini saya bekerja di kedai dobi sebanyak 2 round. Wah begitu hebat. Pakaian yang dicuci pada round pertama telah selamat kering dan diangkat pada jam 12 tengah hari lalu di gantikan dengan pakaian round kedua. Excited I. Saya tak tahan mata tengok baju menggunung di laundry room. I stress kang.

Selain itu, saya juga membuat kehebatan lain pada musim sejuk ini. Seperti bangun jam 6.30 pagi. Eh berapa kali nak cakap ar? Riak sangat. Nyampah. Saya juga telah menyiapkan kerja washing and cleaning seawal jam 11 pagi. Pastu cooking and eating. Semuanya selesai pada jam 12.30pm. Menakjubkan. Sekarang dah free dah. Waktu untuk aktiviti bebas. Tulis blog dulu. Pasni tak tahu nak buat apa dah. Mungkin pergi mengembala biri-biri atau mensiram pokok-pokok strawberry di ladang. Ewah. Berangan kawen dengan peladang ke apa neh? Gurau ah gurau.

Tengok ah kang. Kalau terbosan-bosan sangat macam hamster jah hidup neh, saya goreng entry lagi satu. Kebelakangan ini, blog tidak begitu seductive. Bolehkah anda memberitahu saya bagaimanakah untuk membuatkan penulisan blog sebagai benda yang begitu seductive, sensual and addictive? Bukan kepada pembaca. Tapi seductive and addictive kepada penulis. Penulis neh bermasalah neh. Berasa sungguh bosan mentengok blog.

Apa ah nak jadi dengan dunia blog neh? Asyik benda yang sama. Mentulis benda dengan modal yang sama. Membaca penulisan-penulisan yang berciri kauk-pauk dan hampir sama antara satu sama lain. Bercakap isu semasa dengan pandangan yang tidak pelbagai. Seperti kes kematian Michael Jackson. Semua pon entry cakap sedih. Cakap kehilangan seorang legend. Kehilangan seorang super star. Pastu semua mengaku diehardfan MJ padahal tak ada pon. Tak adakah yang mentulis secara lebih kreatif dan lain macam sket? Seperti bercakap tentang teka-teki berapa kalikah kerja autopsy ke atas MJ akan dibuat? Siapa teka betul akan dihadiahkan cross stitch muka MJ yang dikait sendiri oleh penulis blog yang menganjurkan teka teki tersebut. Barulah bercakap tentang isu semasa secara kreatif nama dia. Okay I macam dah retard dah. I nak masuk youtube belajar makeup kejap. HAHAHAHA. Ini baru lain macam nama dia. CEH.

Tajuk Esok Bubuh Ah

Posted by chika under Uncategorized

Astri dah selamat kembali ke Malaysia. Semalam kami sekeluarga (Eceh. Macam keluarga besar sangat je) menghantarnya ke airport. Flight pukul 11.20 malam. Sungguh mensebakkan juga menyaksikan rakan pulang ke tanah air membawa sijil nikah saya dalam tangannya. Eh takyah ah cerita kat orang. HAHAHAHA. Itulah. Duduk di sini pakai sijil nikah Bahasa Melayu. Habis kena translate English dulu. Minta Astri serahkan ke tangan bapa untuk minta pihak berkuasa translate dia ke English. Eh apsal kena cerita detail dekat anda? Macam takyah ah kan.

3 minggu ini diharapnya memberikan kegembiraan buat Astri sepanjang berada di Sunshine State. Sangat gedik ah Chika nak tulis Queensland as Sunshine State. Tulis je ah Queensland. Makin lama tak mentulis blog makin gedik makin annoying makin mensampahkan. HAHAHAHA.

Astri. Hope that you’ve got so much fun here in Brisbane with us.

Sudah letih. Kepala tidak berhasil lagi. Seharian bermain di Movieworld. Sumpah I love Spooky Coaster. Tadi main sampai terkinja-kinja. Gila fun ah. Eh siapa pergi Gold Coast jangan tak pergi Movieworld. Seaworld takyah pergi pon tak apa sebab educational sangat KAH KAH KAH. Eh tak tak. I gurau je. Benda educational kenalah pergi. Pergi pergi. Belajar tentang ciri-ciri dan keistimewaan hidupan laut. Sumpah fun T____T Eh apsal nangis? I tak minat ah tempat-tempat educational neh I suka main terkinja-kinja je pastu scream atas roller coaster. Eh dah tak faham dah tengah tulis apa sebenarnya. Bosan ah tulis blog neh. Nak tulis pantun ah pulak.

HAHA HUHU HEHE

Good night, people.

You Keep Me Safe

Posted by chika under life

…I have wished to hold you in my arms and let you know that I will always keep you safe. I yearn to feel the warmth of your body against mine and let the warmth of my body melt away your worries and comfort you. I sometimes imagine myself running my fingers alongside your vale, to hide the hairs that might have gone astray…. when all I had intended to do, was to feel the softness of your skin under my hesitant touch. And I dream of having you in my embrace, to have you close against my chest, so that you could hear my heart whispers its desires at the very thought of you… ” - darling husband.

Saya sentiasa mensyukuri nikmat kebahagian yang Allah SWT berikan. Malah saya juga mensyukuri nikmat kesedihan, kesakitan malah kehampaan. Tuhan menguji takkan berhenti. Saya redha.

Malah saya masih mampu berbahagia di sebalik musibah ini. Kerana Allah SWT menguji saya dengan sesuatu yang mampu saya bebani. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani manusia dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggungi. Hakikat ini sangat memujuk hati saya. Lebih dari itu, saya mensyukuri nikmat rumahtangga saya. Dengan adanya kasih sayang dari suami, mana mungkin saya berasa seksa. Mana mungkin saya melalui ujian Allah dengan buruk sangka.

Terima kasih Ya Tuhanku atas ujian ini. Ia terlalu kecil jika dibandingkan dengan nikmat kebahagian yang melimpah ruah yang Engkau anugerahkan selama ini. Ujian ini benar-benar menguatkan lagi rasa nikmat kebahagianku. Dan suami juga.

Dear Readers,
Saya dalam keadaan kurang stabil emosi. Jiwa saya rasa terlalu halus. Saya jadi terlalu sensitif dan kurang yakin dengan tahap toleransi saya. Oleh sebab itu, lebih baik kalau saya tidak menulis blog atau membuat interaksi dengan siapa-siapa pon ketika ini. Sebab saya tak tahu sebaik manakah tahap toleransi saya. Anda faham yang itu. Anda faham.

Hey, jangan pujuk saya! Saya bersedih tapi saya dalam keadaan redha. Hanya redha yang boleh menjadikan kesedihan ini satu nikmat. Dan hari demi hari, saya semakin redha. Saya manusia macam anda. Bersedih dan menangis atas musibah itu hakikat kejadian manusia. Saya tidak rasa bersalah kerana bersedih.

Saya tetap bersyukur kerana saya ada suami di sisi saya. Suami yang tidak buat saya lalai dalam kesedihan. Terima kasih sebab didik I supaya redha dengan setiap kejadian. Terima kasih sebab tak  bagi ayat buang masa seperti : Oh ini memang sedih. SOB SOB SOB. Kenapalah ujian ini datang kepada kita. SOB SOB SOB. Pastu pergi tumbok pintu mengamok ke apa. Sumpah malu kalau dapat suami jenis itu.  Dan tidak dilupakan, kesyukuran kerana dikurniakan ibubapa yang berpedoman. Ibubapa saya cakap ; REDHA & SABAR.

Eh, dah dah. Sebenarnya saya sedih tapi hati saya lapang. Saya sedih sebab saya manusia. Dan hakikat kejadian manusia itu adalah kebolehannya bersedih dan menangis. Tapi saya berasa lapang dada dan bersyukur kerana saya mempercayai nikmat IMAN. I am fine, thank you :)

Eh takyah ah pujuk-pujuk. Husband saya datang bagi CINTA kang pastu bisik-bisik suruh Ingat Allah, confirm I okay. Eh takyah ah pujuk. Sumpah takyah. Saya okey saja. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ha kan. Sekarang dah percaya dah.

Aneh betul kuasa CINTA. Bila saya bersama dia, sesedih mana pon musibah yang menimpa, saya rasa tidak terjejas langsung. Saya menangis. Tapi dalam hati saya masih bahagia. Macam sekarang. Saya sedih tapi sebenarnya saya tahu bahawa saya seorang wanita yang sedang berbahagia.

Tak apalah.

Memetik kembali tulisan suami saya yang saya ciplak dari document simpanannya. HEHE. Sumpah comel ah isteri buat cetak rompak document suami pastu paste masuk entry. HAHA comel sekali. Mintak halal Sayang, I pakai karya you tapi I dah bagi credit so jangan ungkit. HAHAHAHAHA.

Anyway.

Dear husband,
Ianya terlalu real. You hold me in your arms. And you keep me safe. Setiap kali Sayang. Setiap kali you hold me in your arms. I rasa selamat. Dan selesa. And the warmth of your body melt away my worries and comfort me. Sebab itu I want to sleep dekat-dekat HEHE. Eh serius sikit. Sesungguhnya, dengan ujian sebeginilah you membuktikan satu per satu imaginasi dan tekad you suatu masa dulu. Yang tidak seberapa lama. Dan dengan ujian sebeginilah, I tahu betapa sayangnya I pada you. Oh darling, every single words are just perfect and real to me now.

//

//

Warning nombor 1 : Jangan pujuk. My husband can do that.
Warning nombor 2 : Jangan main teka-teka. Boring ah.
Warning nombor 3 : Takyah pening tolong fikirkan musibah ini.
Warning nombor 4 : Takyah curious sangat.

Perfumania

Posted by chika under Uncategorized

Last Sunday, Malouf Pharmacy buat sales perfume dan makeup product. Punyalah kami excited hari Sabtu tu. Tapi sales hanya bermula on Sunday. Apalagi, tak sabar-sabar. Siap dah tick apa nak beli from catalogue. Hormon shopping I naik heh lately. Rasa macam terlalu banyak shopping these two weeks. Eh these two weeks pulak. Masa dekat KL lagi haritu saya dah mula menimba mood shopping yang giat. Alhamdulillah. Eh dia neh. HAHAHAHA. Winter sales merupakan agenda yang tidak patut dilepaskan. Okay I am kidding. Eh tak tak. I am serious.

Last Sunday kami bercadang hendak menyaksikan whale di laut dengan menaiki cruise. Malang tidak berbau. Eceh. Whale watching merupakan aktiviti yang harus di-book terlebih dahulu. Takyah nak buat perangai VIP senang-lenang jadi walk-in visitor KAH KAH KAH. Frust di tempat kejadian. Kami pon bertukar plan ke Tamborine Mountain.

Mulanya sales yang saya nak pergi ialah yang berhampiran kediaman kami. Tapi sebab Ahad tu kami dah keluar, tak sanggup saya nak tunggu malam. Takut stok habis. Apalagi, kami pon singgah di Beenleigh.

Pengalaman yang menakjubkan. Kedai belum bukak, tapi manusia dah berderet-deret berbaris depan pintu. Malu I. HAHAHA. Saya pon  termasuk sekali dalam kumpulan tersebut. Ceh. Sumpah tak ada komitmen nama dia.

SUMPAH MURAH!

Astri pon join sekaki dua berebut perfume masuk dalam bakul. HAHA. Tapi tidak sedahsyat my husband. Husband saya begitu rakus sampai saya tertelan-telan saliva menyaksikan bakulnya yang begitu padat dengan perfume. Berkotak-kotak. So cute. HAHAHAHA. TIGA BAKUL penuh. Termasuk Astri sekali.

Ini merupakan sales yang begitu menarik omaigod &%@!&^%$ Semua sekali AUD700+. Berpatutan. Sebab kami bukan sahaja membeli single perfume, malah membeli berkotak-kotak perfume secara one set. Dah untung banyak sangat dah. I love the sales. (Rate Australian Dolar compare to Ringgit Malaysia sekarang ni ialah around 2.8) In case you guys nak compare harga, compare lah. Memang berpatutan.

Juga terdapat skin care and makeup products dari Clarins, Lancome, Elizabeth Ardent dan jenama-jenama lain like Maybelline, Loreal dan apatah lagi tak pernah dengar. Adakah murah? Sangat murah. Eh tapi takyah ah bagitahu berapa harga dia kang tafsiran murah kita tak sama kang habis *&%£”@!$

Sales yang begitu menarik.

Semalam husband saya pergi sekali lagi ke farmacy tersebut. Balik rumah tiba-tiba bawak satu set lagi of Euphoria, CK. Erk. Husband saya dah excited berlebihan. Dia kata nak pergi borong semua Omnia Amethyste sampai habis. HAHA. I tak kesah. HAHAHAHAHA.

Chika, tak nak jual? Sorry guys. I tak balik Malaysia waktu-waktu terdekat ni. Too bad T_____T Next time kalau saya nak balik KL dan ada sales menarik, I’ll let you know. Tapi Australian Dolar makin naik lah. Rasa tak worth it kalau anda memesan barang dari saya sangat. Eh tapi I happy sangat bila Australian Dolar naik. Harap akan terus naik dan naik. HAHAHA. Wah begitu selfish. Tumpang lalu, Malaysia tanah airku.

Christian Dior : Winter Skin

Posted by chika under Uncategorized

Seperti yang saya gembar-gemburkan, keadaan kulit saya (dan kami semua tapi tak termasuk husband sebab dia Irish HAHAHAHA) mengalami kekeringan, kemerekahan, kegatalan dan kebintik-bintikan merah sempena cabaran musim sejuk di Australia. Dan saya mengalami masalah kulit terpaling hebat, orang lain pon kalah. Big applause! Eh takyah applause, malu sikit.

Pada mulanya kulit saya terasa pedih di bahagian seluruh tangan. Esoknya terus kelihatan luka-luka dan bintik-bintik merah yang sungguh menjengkelkan. I sedih sekali. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, keadaan tersebut merebak ke seluruh bahagian kaki pula. Omaigod I terus histeria di situ. Gambar tidak dirakamkan. Tak mahu menyimpan bukti bahawa saya pernah mengalami kondisi kulit buruk sedemikian rupa. Nak padamkan dari sejarah. CEH.

Namun malang tidak berbau *%£”^*@%£@! Masalah ini telah kelihatan pada kulit muka pula lalu menjejaskan rupa paras. I bertambah sedih malas nak jemur kain basuh kain atau lipat kain dah. Eh tetiba pulak. HAHA. Tak tak. I bertambah sedih sampai malas nak bergaya sebab muka buruk bergaya macam mana pon buruk jugak oh sedih sekali T___________T Saya simpan diri dalam bilik langsung tak mahu jumpa orang. Okay tipu. Habis yang berjalan keliling Gold Coast naik gunung apa semua tu siapa? Okay takyah jawap.

Tapi bersyukur sekali ke hadrat Ilahi. Dengan limpah kurnianya …. eh macam ayat sekapur sirih. Boring ah Chika neh. Okay tak tak. Kita tulis ayat macam biasa takyah sekapur sirih. Saya bersyukur sebab keadaan kulit muka tak seteruk yang berlaku di bahagian tangan dan kaki. Cuma merekah, mengelupas, kering dan terkoyak. Eh tak terkoyak.

Tapi keadaan ini sangat menjejaskan hobi mekap saya. Habis nak mekap pon kelihatan tidak smooth dengan adanya kulit yang kering dan mengelupas. Muka nampak suram tak bermaya. Lebih menyedihkan, nak gelak pon susah. Sebab kulit terlalu kering. Bila tergelak besar-besaran je, habis pedih macam kulit tegang nak terkoyak. Sedih I tell you.

Jangan tunggu lagi. Bertindak!

Malam Khamis itu kami ke Garden City untuk mendapatkan moisturizer terbaik. Tapi tak tahulah yang terbaik tu seperti apa. Maka telah menemui Christian Dior. Saya suka Christian Dior sebab bau dia wangi HAHA. Eh bukan kau neh gemar semua pon gemar ke? HAHAHAHAHA. As long as bukan skincare product from US, I would always love to try. Mostly skincare and make-up product from US saya tak suka. Saya suka brand from France most of the time.

HYDRACTION.

Deep Hydration Rich Creme.
Salvation for dry skin.
”HydrAction’s ultra-rich creme brings intense softening and instant comfort to parched skin. Its unique formula provides a surge of deep hydration and protects the skin with an invisible veil that retains moisture” -http://beauty.dior.com

Deep Hydration Radical Serum
Offers skin deep moisturization for visible effects

I love free gift, miniature and trial products.
Sales assistant siap tanya, if I need anything else (free sample) dia akan bagi saja.

Selalu saya shopping dekat KL, sales assistant kedekut. Beli lah melambak mana pon, jarang dia nak bagi free gift banyak-banyak. Pernah one time saya shopping dekat Robinsons The Garden, sales assistant tu kata tak ada free gift dia boleh bagi. Saya tanyalah dia, tak akan miniature pon tak ada. Dia kata tak ada. That was weird. Saya suruh dia tunggu kejap. Saya pergi jumpa sales assistant lain. Saya tanyalah dia, tak ada pouch ke apa come along with the set of product yang saya beli. Nah, ambik kau. Dia bagi one big sling bag (omaigod I suka) dengan 2 miniatures. Jahat kan sales assistant yang pertama tu. Sumpah jahat. Saya rasa dia nak rembat my free gift buat koleksi sendiri. Eh kau nak all those free gifts tu kau belilah product. Hina ah rembat-rembat customers punya.

Nasihat kepada semua, kalau pergi counter mana-mana product untuk purchase barang-barang secara banyak (one set contohnya) jangan malu mintak dia macam-macam free gift. Designer’s product biasanya memang akan bagi. Adalah kejadian aneh kalau sales assistant taknak bagi. I dah kena beberapa kali okay. Even sometimes kalau anda beli single perfume pon, anda masih layak menerima free gift. Sumpah tak tipu.

Antara free gift. One make-up pouch. Mascara dan eyeliner. Saya tak berapa suka mascara CD. Saya prefer Lancome. Free sample of make-up base and moisturiser (day used) Err. Saya dah try liquid foundation CD. Saya rasa, saya lagi happy pakai Clinique. Walaupon saya dah kiss goodbye dengan semua skincare product from Clinique, tapi liquid foundation dia masih yang terbaik. Kalau boleh tak nak try yang lain ah. Tapi honestly, Clinique didn’t work on my skin. I dah leave them alone dekat Malaysia. HAHA.

Free miniatures.
Miss Dior Cherie and Dior Homme Sport (for men)

Saya rasa bau dia too Datin. Bau-bau yang macam ni biasanya akan menjadi sangat enak dan luarbiasa semasa kita berpeluh. Tapi saya tak berapa suka bau yang strong macam ni. I prefer Jador.

So Chika, apakah kesannya penggunaan Christian Dior kepada kulit ada? Belum tahu lagi. Baru pakai beberapa hari. Harap tidak mengecewakan sebagaimana yang berlaku dengan Clinique. Membazir sangat. Tapi kulit kering pada bahagian mulut sudah tiada. Yahooooooo.

Itu cerita masalah kulit muka. Sekarang kita cakap pasal kulit-kulit lain pula. Tangan dan kaki dan seluruh anggotanya. Eceh. Oh yang tu takyah ah pakai Christian Dior. Pakai jenama farmasi sudah. HAHA.

Terry White Chemists.

Ini Sorbolene Cream. Disarankan oleh doctor tahu. Doctor Ahmad Hizwani HEHEHEHE. Cream ini sungguh luarbiasa. Baru pakai dua tiga kali, sudah menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Takjub sekali. Elok dipakai semasa winter dan kalau tempat anda tak ada winter, pakailah semasa mengalami kekeringan kulit. Memang disarankan.

Vaseline untuk bibir. Dan Ellgy Plus untuk tapak kaki.

Perfect.

Saya harap masalah kulit saya akan diatasi. Saya sanggup lakukan apa sahaja. Lautan api tak akan ku redah. HAHAHA.

Perkara Terkini HAHA

Posted by chika under Uncategorized

Perkara terkini tentang penulis. CEH. Datang-datang terus bagi berita terkini macam orang-orang penting sangat je. Retard. HAHAHAHAHAHAHA. Macam biasa. Masih suka buat lawak ketawa sendiri.

  1. Penulis mengalami masalah kulit sempena kesejukan cuaca Queensland yang sumpah sejuk ah Subhanallah. Sampai rasa tak happy nak menempuh hari-hari yang sejuk. I am not happy with the weather. Habis nak panas? Panas pon tak happy jugak. Bersyukur ah sikit. Habis masalah kulit I siapa nak jawap?
  2. Penulis terlupa dia ada blog KAH KAH KAH. Setiap hari pon dah tak ingat dah nak masuk blog apatah lagi nak menulis entry. Lagi ah tak ingat. Eh saya ada blog ah apsal macam takde je neh? HAHA. Sumpah menseronokkan. Pengalaman yang menseronokkan hidup percuma takyah terkorban-korban mentulis entry. Lepas neh boleh buat lagi. I am happy.
  3. Penulis lazy KAH KAH KAH. I lazy lah I don’t want to do anything. I just want to eat and jalan-jalan and bercinta-cinta and …. eat. Have I said that before? Makan. I am happy.
  4. Penulis mempunyai tetamu di rumah. Yang perlu di-feed. ECEH. Yang perlu dihiburkan bawak jalan-jalan melancong Queensland. Not to forget, I love Queensland very much. Phewwit.
  5. Nurulism.com macam hidup segan mati pon segan jugak WTHeels? Menyampahkan betul. Malas ah cakap pasal peformance blog macam tak bermanfaat langsung. Ni lagi baik cakap pasal performance dalam hidup. Selera makan makin baik. Badan pon berasa agak sehat. Kebanyakkan masanya berasa sangat sehat. Pada waktu tertentu sahaja akan collapse. Itupon kalau ada benda tak kena yang berlaku atau tersalah makan. HAHAHAHA. Macam kelakar ah bukan? Boleh tersalah makan &*^%”!@ Contoh macam termakan fiber yang sepatutnya bagi kangaroo tapi terbagi dekat diri. Eh retard ah.
  6. Penulis tidak bersendirian sangat. Ada Astri dan Ijat mensemarakkan hari-hari yang bersemarak. Ayat retard. HAHA. Dan apa yang penting? Bukan kerjasama. Itu tak penting sangat. Apa yang penting adalah kehadiran suami di sisi yang menyejukkan hati. Ayat ini tak retard. Serious sikit serious sikit.
  7. Oh penulis sedang seronok main retard-retard. Eh takyah ah cerita kat orang.
  8. Penulis merindui keluarga di Tanah Melayu. Tanah Mat Saleh ni banyak najis mughallazah ah. Eh tetiba pulak. Acah je.
  9. Penulis dalam mood holiday. So what? HAHA. Kena bersyukur kalau dapat entry sebulan 2 kali. Itu dikira pemurah dah dalam keadaan ini. Eceh.

I lazy.