Archive for May, 2009

Rakan Cakap Esok Jumpa

Posted by chika under Uncategorized

Saya telah ter-figure out sejenis kondisi kesihatan yang baru. Iaitu cepat terkejut. Jantung cepat berderau. Dup dap dup dap tak kira masa. Takyah disergah. Setakat terdengar bunyi pen jatuh atas carpet pon sudah cukup menterkejutkan jantung.

Ini hal serius.

Semasa solat tidak boleh berdiri lama-lama. Surah terpilih hanya yang ringkas-ringkas sahaja. Rakaat pertama membaca Al-Ikhlas. Rakaat kedua Al-Asr. Bila ada lebih semangat, barulah berupaya membaca Al-Insyirah. Boleh tumbang menyembah bumi bila berdiri lama. Tak ada. Tak ada kaitan dengan saiz kaki. Jangan ambik kesempatan mempertikaikan saiz kaki saya. Tak ada aku kata tak ada!

Tapi yang menseronokkan sikit, dua hari ini saya lalu untuk makan. Walaupon sikit. Tapi lalu jugak. Susah hati bila nafsu makan lari. Mana seronok nak hidup kalau tidak bernafsu. Yang menjadikan hidup ini fun sebahagiannya datang dari nafsu. Bayangkan tak ada nafsu. Denis Oh lalu lalang pon masih buat muka selamba. Macam tidak hiduplah bukan? Eh lupa. Dah kahwin. Dah janji tak nak sebut kehebatan lelaki lain dalam blog. Kalau tak tahan nak sebut jugak, sebut dalam hati je. Eh tak boleh ah tak boleh ah. Terpaling hebat ialah suami sendiri. Tiada tandingan. Sumpah tak tipu. Ikhlas sangat neh menembus jantung. Ah jantung dipanah dengan panah. Berdarah habis ^%#@^* Keluar ah kau Chika suka over.

Esok apa jadi pon, kena belajar bersosial. Kalau ikut status kesihatan, memang ah bujang. Eh mana ada. Kalau ikut status kesihatan, masih tahap medium. Iaitu ada potensi terjatuh menyembah bumi. Tapi manalah tahu. Kalau-kalau sebenarnya tubuh memerlukan Vitamin S. Aik? Apsal tak pernah dengar? Errr maksud saya, Vitamin D. Berapa hari dah tidak dijilat. Habis cakap benda tak senonoh dalam blog. KAH KAH KAH. Maksud saya, sudah lama tidak dijilat matahari. Mungkin setelah bermain dengan sunshine, menjadi lebih sihat tubuh badan.

Namun begitu, saya tetap bersyukur dengan kesakitan ini. Semoga kesakitan ini menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Berbahagialah dengan kesakitan.

Esok hari bertemu rakan baik. Astri dengan Aizar. Antara rakan-rakan baik yang ditinggalkan selama tiga bulan. Kali terakhir berjumpa adalah dalam babak air mata di KLIA. Kejap hendak grab beberapa keping gambar dari blog Astri. Entry kalau bergambar baru senonoh. Kejap.

Okay jumpa yahooo.

Tiga bulan lalu. 15 February 2009. Sehari selepas Majlis Reception di Putrajaya, kami semua pon hijrah sekeluarga ke Brisbane. Ah tipu sangat. Hijrah berdua saja. Atau dalam kata lain, bulan madu. Atau dalam kata yang lagi lain, berpindah dan menetap di Brisbane. Atau dalam kata yang lagi lagi lain, okay takde kata yang lagi lain selain yang disebutkan. Semasa gambar di atas dirakam, saya (berbaju Turquoise) dan suami (all black EWAH macam rugby player padahal pemain jarum suntikan &^%#@$@) saling berjauhan. Maklumlah baru jadi suami isteri 9 hari. Kemesraan kena dijalin secara slow and steady. Takkan baru kahwin 9 hari dah jarak dekat macam INI. Cannot cannot. CEH pandai cipta cerita. Oh lupa cakap. Aizar dan Astri pon ada di dalam gambar. Spot them.

Ini pon tragedi sedih dalam hidup. Semasa hendak meninggalkan keluarga dan mengikut suami ke alam fantasi. Menangis banyak. Melambai sampai lenguh tangan tak boleh tahan dah tapi lambai jugak emak punya pasal dan bapa juga kang tak jumpa dah oh sedih sekali. Sekejap saja tiga bulan berlalu. Sekarang sudah pulang ke tanah air. Nanti lalui balik babak sedih ini. Eh apa nak hairan sangat. Bukankah tengah berlakon drama Korea berepisod? Ok jangan ingat jangan ingat. Siapkan entry dulu kang habis keyboard masin lagi.

Sudah tiga bulan tidak mentengok muka rakan-rakan. Masih samakah muka kalian seperti muka kalian? Atau sudah tertukar muka dengan rakan-rakan yang lain kah? Atau muka telah menjadi tak seperti muka lagik? Atau masih macam dulu langsung tak berubah. CEH over. Tiga bulan ah bukan tiga ratus bulan. Takyah harap perubahan mendadak sangat. Tapi muka Chika sudah tak seperti muka Chika. Dah macam Power Rangers Pink. Dia dah merepek dah, apa tunggu lagik. Okey dah jom blah.

Silap-silap, esok terkutip Vitamin S.

Dear Husband.

Posted by chika under Uncategorized

“… Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu…

Sampai ke hari ini pon, masih belum cukup rasa kesyukuran sebab dipertemukan jodoh dengan lelaki sehebat Naruto ini. Eh salah. Eh salah. Lebih hebat dari Naruto (CEH Naruto mana hebat. Tak main ah)

Saya suka setiap kali menatap muka beliau yang mensejukkan bibir. Eh bibir pulak. Yang mensejukkan mata. Mensejukkan bibir tu kerja Lip Ice (Nak join Lip Ice contest tapi dekat Aussie tak jumpa Lip Ice. Atau mungkin Chika yang tak jumpa)

Saya suka bila beliau memanggil saya Sayang dengan nada kasih sayang. Lepastu pasti melting di dalam mengikut prinsip Smarties (Cair di mulut tidak di tangan) Habis ah susah nak hidup kalau hidup mengikut resam Smarties T___T Susah payah ibubapa hantar belajar tinggi dah besar ikut prinsip Smarties. Malu ah sikit.

Saya juga suka melihat wajahnya pada setiap pagi apabila bangun dari tidur. Bagaikan morning glory. Wah begitu lama tidak bermain Morning Glory. Morning glory adalah sejenis bunga berwarna purple yang hidup menjalar. Lepastu boleh main teka-teka dengan rakan. Bunga atau katak. CEH. Siapa pernah atau tahu tentang permainan Morning Glory ; Bunga atau katak neh? Siapa tahu memang pandai ah. Tak rugi emak lahirkan ke dunia. Habis yang tak tahu? Eh yang tak tahu pon pandai jugak (Chika, keluar skang!)

Saya suka mencari beliau pada waktu malam. Setiap malam, bila saya terjaga dari tidur, saya akan lekas-lekas mencari suami di sisi. Kadang-kadang telah tertidur dengan jarak 10cm. Eh mana boleh jadi. 10cm. Aik? Apsal jauh sangat? KAH KAH KAH.

Saya suka dengan kebenarannya dalam berkata-kata. Tak pernah berbohong. Sentiasa jujur. Sebab itu perempuan murahan takyah gedik hantar mesej gedik dekat suami saya okeh. Nanti kang suami tunjuk dekat isteri dia jugak habis kantoi. Kalau setakat kantoi tak apa, kang saya letak muka anda dalam blog kang, habis malas nak hidup dah. NI WANING NEH. Oh lagi satu. Jangan claim anda rakan baik saya dekat suami saya just because we went to the same school. Nanti suami saya ingatkan betul, sekali salah. I know my husband memang baik dengan rakan-rakan baik saya. Yang bukan rakan baik, ei malu ah sikit. Rakan baik saya tidak bersepah-sepah. So sekali lagi ; Jangan mendakwa diri sebagai rakan baik saya just because we went to the same school. Disgusting.Rakan baik saya adalah mereka yang terpilih sahaja dan boleh dibilang dengan jari. Dan yang pasti, high quality people with brain. Yang selalu tercicir IQ tu boleh mintak diri.

Saya sukakan kecerdasan minda suami saya. Selalu bijak dan cepat berfikir. Memang boleh harap. IQ sangat segar macam saya (Eh nak jugak tu dia tak nak kalah) Tak apalah. Bagi je. Isteri memang golongan tak nak kalah. Nak buat macam mana. Golongan yang tak nak kalah tapi selalu jugak kena kalah itu disebut sebagai suami. Ni fakta neh. Salin salin.

Saya suka mengimamkan (eh BERIMAMKANLAH, habis kena tegur HAHA) beliau dalam solat. Suara beliau sangat menyentuh hati (Terror gila suara pon boleh mensentuh hati) Saya suka bacaannya dalam solat sumpah comel. Kadang-kadang selepas solat, saya akan mencuri tengok muka suami melalui cermin. Sangat comel berwirid (Habis kantoi, orang suruh wirid dia menggatal main mata) Kadang-kadang saya menatapnya sampai terjatuh air mata beberapa titik. Habis telekung T_____T

Saya suka bila suami cakap I Love You Sayang. Sebab automatik suara dia jadik lain macam punya romantik. Aik? Tahu pulak buat suara romantik semasa bercinta I Love You. Eh silap. Sebenarnya memang selalu buat suara romantik. Masa isteri driving sahaja suara suami tak romantik langsung sebab selalu heart attack tengok isteri rempuh lampu merah. Ni isteri kah atau Power Rangers Pink neh? Apsal terror sangat? KAH KAH KAH.

Saya suka semua tentang suami saya. Saya sukakan kekurangannya juga. Sebab kekurangannya telah menjadikan dia sebagai dia. Contoh kekurangan : Walaupon tinggi lampai, tapi suka merobohkan susunan kain baju dekat wardrobe yang tinggi. Dahlah isteri tinggi tak lampai. Terhegeh-hegeh nak susun baju. Pastu dia senang-senang merobohkan. Tapi sikap ini pon merupakan satu kecintaan buat saya. Sebab setiap pagi setelah suami ke hospital, saya akan tersenyum sendiri mentengokkan susunan pakaiannya yang sudah roboh. Sumpah comel. Eh degil.

Dia tahu saya akan bising bila dia tidak menutup kesemua pintu kitchen cabinet. Bila saya cakap ; Sayang jangan buat macam ni. Dia kata Okey, tak buat dah. Tapi 10 minit dari tempoh kejadian, dia buat lagi. Bila dia sudah pergi ke tempat kerja, saya akan menyaksikan pintu-pintu cabinet yang terbuka luas. Saya tak boleh menahan diri dari tersenyum lagi. Bagi saya, sikap itu sungguh comel. Sebab degil. HAHAHA. Dan sikap-sikap inilah yang menjadikan dia sebagai dia.

Bagi saya, setiap kekurangan dia menyempurnakan dia sebagai dia. Sebab itu saya selalu tak nampak apa-apa pon kekurangannya. Sebab saya sayang dia beserta dengan kekurangan dan kelebihannya. Walaupon suka tengok Naruto pasang speaker kuat. Pastu suka sepahkan dressing table dengan perfume, atau pon suka percaya GPS lebih dari isteri (Padahal GPS selalu salah. Isteri selalu betul). Saya tetap sayang dia.

Saya tak pernah tidak menaruh percaya pada suami (Kecuali bila dia mula bercerita tentang sejarah kangaroo bunuh diri ke apa, yang tu sumpah tak percaya sampai mati T___T Huuuu kisah sedih kena goreng dengan suami)

Perenggan bermanfaat (CEh dah nak habis entry baru keluar perenggan bermanfaat) : Taruhlah percaya pada suami. Jangan asyik tak percayakan suami sendiri nanti lama-kelamaan akan menghakis semua rasa percaya. Paling penting jangan suka psiko diri. Mengendap aktiviti suami dan mencurik baca sms suami. Ah tak cool. Tak cool. Tapi jangan sesekali percayakan anasir luar atau memberikan ruang kepada anasir luar untuk menggugat kepercayaan kita pada suami. Atau kepercayaan suami pada kita. Jangan benarkan orang lain membuat kita terhakis rasa percaya. (Nak puaskan hati, hakis je muka orang yang terbabit tu. Suami sendiri jangan apa-apakan. HAHA. Contohlah. Tak pernah pulak aku nak kerjakan orang ke apa HAHA) Cintailah kelebihan dan kekurangan pasangan. Sebab kekurangan itulah yang melengkapkan manusia sebagai dirinya sendiri. Dan cinta tidak semestinya menuntut persamaan. Yang penting persefahaman. Tak sama citarasa tak apa. Hal kecik. Yang akan memberikan kepelbagaian dalam rumahtangga. Eceh. Perenggan yang sungguh terror.

Oh Tuhan. Memang obses sangat dengan suami sendiri ketika ini.  Tak pernah sayang kat orang sampai macam neh punya sayang. Tak boleh dibantu lagi.Tak nak blog ah. Suami dah online. Blog bukan best pon. Sikit pon tak best. CEH.

Catatan Harian

Posted by chika under Uncategorized

Pagi

Alarm clock berbunyi pagi tadi sekuat-kuatnya. Dah lah music disco. CEH. Padahal jam mengejut solat Subuh. Err. Macam perbuatan yang comellah juga. Music disco yang bukan setakat mengejut, malah menterkejutkan. Macam boleh harap bukan?

Jam berbunyi. Saya terus mentengok telefon bimbit. Tertulis di situ jam 5.30 am. Jam berapa?! 5.30 am. Terus melompat saya dari katil. Tiba-tiba saya pergi menambah 2 jam kepada waktu tersebut. Maka menghasilkan jam 7.30 pagi. Tahukah kenapa saya menambah dua? Sebab pagi tadi saya terfikir yang saya berada di Australia. Jadi kena mentambah 2 jam. Saya bukan berhalusinasi kononnya berasa di Australia. Tapi otak sangat ligat tak ada siapa suruh. Pandai-pandai pergi tambah dua jam kononnya mengikut waktu Australia.

Apalagik, terus berdegup jantung macam nak bercerai berai. Sangat gila. Solat Subuh kang tak sempat kang. Terus histeria mengenangkan jam sudah 7.30 pagi. Sudah terlanjur perahu boleh diundur CEH &^$@#$^& Terus berlari ambik wudu’.

TIBA-TIBA.

Saya tengok sekeliling suasana rumah. Aik? Apsal sepi? Tengok luar tingkap. Aik? Apsal gelap? Bukan sepatutnya jam 7.30 emak sudah bangun, adek semua sudah bersiap ke sekolah ke bukan? Aneh di situ.

AWW MAN!

Tiba-tiba otak yang ligat tak bagi salam tersebut telah kembali ke bentuk asal. Baru ingat. Jam pada telefon bimbit saya memang mengikut waktu Australia. Saya tidak reset jam tersebut mengikut waktu tempatan. maknanya, instead of menambah dua jam kepada waktu tersebut, saya sepatutnya menolak 2 jam. Waktu tersebut yang sebenarnya adalah jam  3.30 pagi. Damn.

Terror betul. Pukul 3.30 pagi berlari masuk bathroom ambik wudu’. Kalau niat nak tahajud satu hal. Neh niat nak solat subuh. KAH KAH KAH.

Aneh. Macam manakah kepala boleh terfikir nak mencampur dua jam kepada waktu? Sumpah aneh. Hari semalam dan semalam lagi, okay saja. Tak ada pulak buang tebiat pandai-pandai menambah dua jam kepada waktu.

Nasib baik tak solat Subuh jam 3.30 pagi.

Petang.

Berbual dengan suami. Suami cakap : Yang, apsal blog you tak ada gambar neh? Entry semua tak ada gambar. Eceh pandai demand.

Memang blog beberapa hari ini tiada gambar sebab tiada aktiviti bergambar yang dilakukan. Habis takkan nak tunjuk muka Chika pucat lesi. Atau ambik gambar kejadian di klinik tempoh hari dengan alat pengepam tekanan darah. Atau rekod muka doctor sedang cakap : Nurul, kamu ada low blood pressure. Macam tak best ja.

Lagi petang.

Ingatkan dah sehat. Baru nak hoooray tiba-tiba tak jadi sehat. Ceh boleh cancel pulak. Terus rebah atas sofa. Menonton Hagemaru sambil Mak Yang memicit kepala. Makin sakit kepala dibuatnya dengan perangai Hagemaru dan Keluarganya. Sini kau Hagemaru! Sini kau tak datang siap.

Baru ingat esok nak bergembira jumpa rakan. Okay takyah. Emak kata jangan keluar esok. Kang jatuh menyembah bumi, habis earthquake. Eh mana ada mana ada.

Malam.

Bapa macam tak boleh tahan dah terlalu kesian mentengok anak gadis (anak GADIS dalam kenangan) yang terkulai layu macam daun bunga daisy kami yang dimakan siput babi (ayyok mencarut!) Apa khabarkah dengan bunga daisy kita yang tidak mengeluarkan bunga daisy tersebut? Masih wujudkah atau sudah arwah kah? Atau telah menghasilkan bunga kantan? Ceh kalau betul pokok daisy mengeluarkan bunga kantan, lekas-lekas ah buang di dalam tong sampah barangan recycle. Takyah pikir panjang, buang saja. Tu bukan pokok bunga nama dia, itu puaka. Kejap. Apsal kita sudah sampai ke cerita daisy puaka bunga kantan apa neh? Apa neh?

Kita ulang balik perenggan di atas dengan benar. Bapa macam tak boleh tahan dah terlalu kesian mentengok anak gadis (anak GADIS dalam kenangan) yang sakit lembik ishk Doctor, bedah dia! HAHA. Bapa pon cakap ; Malam ni kita pergi makan tomyam ok. Lepastu kita pergi shopping beli makanan berkhasiat dan susu berkhasiat macam kata Doctor Ahmad. Eceh. Sumpah comel. Chika memang comel. Eh Chika pulak. Bukan bercakap pasal bapa kah? Aik?

Tak sabar tak sabar.

Nak makan tomyam.

Eh nafsu dah datang? Peluk nafsu erat-erat. Akan mensimpan nafsu di dalam hati. Tiga minggu ini akan mengumpul nafsu dengan gigih. Bila nafsu berserakah, barulah seronok pergi makan.

Apa yang saya mahukan ketika ini : KESIHATAN. Tapi saya sedang mendidik diri untuk bersabar dan redha dengan kesakitan. Takyah merungut.

Sedang mentunggu suami. Sanggup dia late night shopping tak bawak isteri. KAH KAH KAH. Pasti bosanlah bukan tak ada wanita banyak tanya menghiburkan setiap langkah. HAHAHA. Sayang, siapa tolong you dapatkan parking? Siapa tolong you pilih minuman di Gloria Jeans? Siapa jadi tukang komplen? Siapa? HAHAHA. Pastu siapa yang ganggu you tengok Naruto? Pasti tak adalah bukan? Errr.  HAHAHA. Enjoy hari-hari kebebasan okek.

Asyik memblog je tak ada kerja lain. Main ah benda lain pulak.

Kenapa Blog?

Posted by chika under Uncategorized

Anda kena tahu. Blog adalah satu aktiviti yang dibuat melalui penulisan. Ia satu komunikasi. Bila ia merupakan satu penulisan, ia melibatkan penulis. Dan penulis adalah orang yang menulis blog (kita bercakap tentang menulis blog bukan menulis buku sejarah Malayan Union atau menulis ruangan sukan di Berita Harian) Ingat. Kita bercakap tentang menulis blog peribadi. Bukan macam Perezhilton tulis gosip artist. Bukan pasal blog perniagaan internet, jutawan, dermawan, angkasawan atau cendawan ke apa. Mereka itu lain. Biasanya kurang dihentam secara peribadi. Kita akan bercakap tentang blog peribadi dan isu-isu berkaitannya. Semacam serius? Tolong serius. Siapa gelak siap dia. Saya kira sampai 10 tak keluar siap. HAHAHAHA. Eh serious ah serious.

Biasanya, bila saya mengeluarkan sikit sahaja isu blog, saya akan mendapat respon berguni-guni yang dibuat di luar blog. Saya tahu beberapa hakikat tentang nurulism.com. Iaitu :

  1. Setiap kali timbul isu panas sikit (ah takyah panas, isu suam kuku pon dah boleh dah) ada sahaja yang mengambik kesempatan untuk tumpang sekaki main sepak bawah meja. Tahukan sepak bawah meja tu apa? Sepak tak bagi salam pastu sembunyi kaki. Malu sikit ah.
  2. Saya tak boleh buat silap semasa menyatakan perkara-perkara.Confirm ada golongan intelek ke apatah yang perasan saja. Malangnya saya tidak mudah terjejas dengan perkara yang tidak menyumbang ke arah kestabilan hidup dan ekonomi peribadi. Biasanya saya malas melayan perkara sebegini sebab itulah saya terus buat tanpa mempedulikan kritikan sangat. Kau kalau hidup suka nak imbangi diri dengan kritikan, nafas kau sesak. Mana best. Selagi kestabilan, kebahagian dan ekonomi kau tak terjejas, cubalah releks. Setakat orang sound kau jangan suka tulis ke mana kau pergi dan kau buat sebab nanti readers bosan, perkara itu sikit tak masuk dalam kepala saya. Itu nasihatka? Apsal bunyi macam satu komplen? Kan sudah dibagitahu. Komplen tidak dibenarkan. Perangai Chika nombor 11 menyatakan yang saya malas layan komplen.
  3. Akan sentiasa ada orang yang menyampah dengan penulisan saya malah dengan diri saya sendiri dalam pelbagai sebab. Yang sebenarnya bukan salah mereka. Manusia memang suka buat benda annoying. Saya pon. Maka orang suka atau tak suka itu, perkara biasa. Ekonomi engkau tak terjejas. Jadi, kenapa bimbang sangat? Saya pasrah dengan hakikat bahawa ada orang membenci setiap ayat yang saya buat (dah lah kadang-kadang suka buat lawak tak jadi pastu gelak sendiri. Memang tak salahlah kalau orang menyampah HAHAHA) Cuma … Baiklah, kita bincang point ketiga ini kelak.

Penulis blog peribadi (bagi saya) terbahagi kepada dua. Iaitu yang menulis dan menganggap ada pembaca yang akan membaca. Dan juga yang menulis dan tidak harap malah tidak mahu sama sekali mempunyai pembaca.

Isu kita secara lebih detail, adalah kepada penulis yang menulis untuk pembaca. Bukan tulis untuk dibaca oleh diri sendiri.

Penulis blog jenis ini biasanya mempunyai kriteria-kriteria yang lebih kurang sama. Kalau tak sama pon, pasti akan ada iras-iras yang melayakkan seseorang itu menjadi penulis blog (atau blogger). Yang saya maksudkan sebagai blogger ini ialah mereka yang menulis blog secara betul-betul tulis. Bukan 1 Januari 2009 bukak blog, 2 Januari 2009 adalah entry pertama dan terakhir. Itu tak dikira, jangan mendakwa diri tu blogger kalau kau adalah orang yang terbabit. Blogger yang mensasarkan segolongan pembaca biasanya akan mempunyai kriteria seperti di bawah ini :

  1. Suka meluah rasa. Kadang-kadang memang annoying tak tahan dah nak layan dia punya luahan. Namun begitu, biarkan saja.Kita tak rugi pon. Chika pon suka layan perasaan dalam blog pastu memang pasrah yang ada orang menyampah nak blah dah. HAHAHA.
  2. Tahu bersosial. Kalau tak tahu bersosial secara realiti pon, mungkin boleh dan bersedia bersosial secara maya. Buat-buat pandai bersosial pon boleh diterima pakai.
  3. Bersedia berkongsi cerita. Semua penceritaan yang ditulis adalah dengan niat dan bukan tertulis kononnya secara tak disangka. CEH. tipu sangat tak baik Tuhan marah. Jadi kau sebagai pembaca jangan sebuk sangat nak ingatkan penulis apa yang patut dan tak patut dia tulis. Sebab biasanya, penulis memang menulis dengan niat. Dia tahu apa dia tulis. Buruk baik pon, dia tahu apa kesannya. Kalau menyesal kemudian hari pon, adalah penulis itu. Bukan pembaca. Jadi pembaca sepatutnya takyah rasa terjejas.
  4. Tidak hairan langsung bila dikenali ramai malah bersedia untuk menjadikan kehidupannya satu bahan yang boleh menghiburkan orang lain. Kalau ada yang tidak terhibur tu, bukan masalah penulis. Masalah pembaca sebenarnya.
  5. Suka mengambil gambar untuk diletakkan di blog. Bukan untuk dicuci di kedai gambar seperti Kodak atau Foto Zoom ke apa. Semua tu tak main dah. Ambik gambar memang nak letak dekat blog. Gambar ulat yang menserang pokok emak pon nak ambik juga sebab nak dikongsi bersama pembaca. Dan ketika itu, penulis blog biasanya tidak hairan langsung sekiranya gambar ulat itu menarik di mata pembaca atau tidak. Yang dia tahu, dia nak kongsi.
  6. Show off. Ini paling penting. Blogger pada hakikatnya memang kaki show off. Takyah tak mengaku, mengaku je. Habis yang kau tunjuk gambar koleksi buku English yang kau baca tu, kau ingat bukan show off? Itu pon show off jugak. Mungkin nak bagitahu yang kau ulat buku. Mungkin juga nak bagitahu yang kau ada banyak buku. Mungkin nak bagitahu yang English kau power ah sampai boleh baca beratus-ratus buku English dan faham setiap chapter sikit tak tinggal. Mungkin jugak nak bagitahu kau seorang yang cool ke apa. Manalah kita tahukan. Yang penting, itu memang show off. Ada masalah? Tiada sepatutnya. Ini tidak menjejaskan pembaca sepatutnya.

Mari kita bincangkan point nombor enam dalam satu perenggan. SHOW OFF tajuk dia. Apsal nak hairan sangat dengan blogger show off? Blogger beli LV menunjuk di blog, itu perkara biasa. Memang itu pon tujuan dia berblog. Dan sasaran pembaca dia ialah golongan yang nak tahu tentang LV jugak. Pastu kau terhegeh-hegeh follow blog dia, engkau tuduh dia show off. Kau sawan cakap dia show off tak boleh blah. Jangan lupa satu perkara. Tengok diri sendiri. Berapa kali sehari engkau masuk blog dia? Lebih dari dua tiga kali? Sah, kau memang nak baca dan mengikuti kisah dia. Dan waktu itu, tujuan dia menulis blog dah tercapai. Dia memang mencari pembaca. Kau pon dah follow blog dia sebagai pembaca. Tapi nak dihebatkan cerita, kau bukan peminat LV. Kau kononnya follow blog dia sebab kau menyampah dengan dia. Ah itu alasan. Sebenarnya kau memang suka baca blog dia. Kau memang suka nak ambik tahu pasal life dia. Ha, jangan tak mengaku. Aik? Apsal hidung merah? Terkena batang hidung? Kalau betul kau tak suka penulisan dia, kau boleh ignore. Kau bukan kenal dia. Apsal nak saiko diri sendiri. Tapi kau tetap nak follow cerita handbag LV dia juga. Kau sedar atau tak, sebenarnya kau dah addict dengan life dia. Tapi kau in denial. Memang susah nak terima kenyataan ini. Kau nafikan yang kau addict dengan life dia. Kau nafikan yang kau sebenarnya memang nak tengok LV dia (tak kisahlah kau memang suka atau menyampah tapi kau memang nak tengok. Itu nafsu manusia. Bukan salah kau) Cuma ingat, jangan menuduh penulis yang engkau tak kenal. Lainlah kau memang duduk serumah dengan dia. Kau tahu dia pakai beg plastik je pergi kerja tapi asyik bercerita LV dalam blog. Itu lain ah. Tapi dengan blogger yang engkau sendiri tak kenal, tolonglah diam. Peperiksaan sedang dijalankan (eh tetiba pulak). Ini contohlah. Chika ada LV? Sumpah tak ada. HAHAHA. Tapi mengaku. Suka tengok blog handbag. Walaupon dia kata handbag RM8000 adalah murah, redha sahaja dengan penulisan dia. Sebab saya tak kenal penulis tersebut. Yang saya tahu, siapa suruh saya baca? Memang sendiri mahu baca lah bukan? Apsal nak marah penulis pulak. Kalau dia kata handbag RM8000 murah, apa masalah dengan kau? Bagi saya handbag RM8000 memang mahal nauzubillah. Tapi itu tak bermaksud kau kena pergi serang penulis blog dan hentam dia habis-habisan sampai dia menangis air mata darah tunduk dekat kepala lutut kau sambil pegang sepanduk yang berbunyi ; Saya menyesal cakap handbag RM8000 mahal. Kau bukan perfect. Kau tak ada kau diam. Kau ada pon kau boleh diam. Sebab apa? Sebab memang dia menulis blog untuk pembaca LV. Aik? Habis macam mana pulak kalau kau ada LV tapi kau tak kecoh pon macam dia? Oh begitu bagus. Engkau memang mulia. Untuk maintain kemuliaan kau, ada baiknya kau diam saja. Sebab bila kau serang dia dan menyatakan ; Weh orang ada LV pon tak show off cam kau. Automatik kemuliaan kau yang kononnya ada LV tapi tak show off itu turut terjejas. Orang mulia akan sentiasa mulia. Dan tidak akan mengajar orang lain menjadi mulia dengan cara yang menjatuhkan kemulian sendiri. You got me? Tak faham tak apa. Tak wajib faham. Bukan fardhu Ain.

Sebagai pembaca (saya pon pembaca juga) anda ada hak untuk membaca atau tidak. Sebab hukum menulis blog dan membaca blog bukan wajib. Kau takyah susah hati. Tak dosa kalau meninggalkan entry nurulism.com. Daripada kau sakit hati dan bergelumang dengan masalah jiwa sendiri, lebih afdal kau takyah baca. Buat apa psiko diri? Buat apa? Why? Why?? *crying on the floor*

Sebelum menjadi pembaca, simpan dalam hati satu hakikat ; penulis blog memang kaki show off. Show off bukan bermaksud kau mentayang baju baru, kasut baru atau pon boyfriend baru sahaja. Tidak semestinya. Ada orang show off kehebatan akademik dia. Ada orang show off kecomelan anak dia. Ada orang show off kebolehan memasak dia. Ada orang show off pekerjaannya yang hebat. Itu perkara biasa.  Dan show off itu tidak semestinya salah. Sampai kau boleh bagi hukuman ikut undang-undang dan cara kau. Bertamadunlah sedikit. Chika pula? Saya memang show off kehidupan saya. Dan biar saya ceritakan dengan jujur bagaimanakah ia bermula.

Apabila penulis menyedari bahawa dia mempunyai ribuan pembaca dalam satu hari (wow, begitu hebat siapa tak jakun!) tujuan penulisan dan kumpulan sasaran akan difokuskan lebih detail. Saya juga. Dulu saya menulis apa sahaja. Saya boleh buat entry 23 perenggan yang mana kesemua perenggan sebenarnya tak boleh pakai. Baik takyah tulis pon tak apa. Tapi, bila sampai satu tahap, saya sedar yang penulisan saya dibaca oleh sekelompok orang. Yang entah siapa-siapa. Tidak kesahlah itu. Tak kan nak buat survey, ceh macam bagus. HAHAHA. Jadi setiap kali menulis, saya tahu yang ia akan dibaca. Saya menyampaikan sesuatu kepada pembaca.

Bagaimana engkau menilai penerimaan orang? Engkau boleh semak analytic. Engkau patut tahu kepentingan analytic kepada engkau. Ni belum-belum lagi dah sebuk check duit nuffnang apsal dari 5 bulan lepas pon 50 sen je. Sebelum maju dalam kewangan blog (kalau itulah motif kau. Secara ekonomi, nurulism.com sebenarnya tak membantu langsung menjayakan ekonomi Chika neh. Kalau kau nak tahulah), kau kena kumpul pembaca dulu. Sebelum kumpul pembaca, engkau kena semak analytic. Engkau kena tahu berapa ramai pembaca kau dalam satu jam, salam satu hari, dan pada jam berapakah pembaca paling banyak menziarahi penulisan kau. Kemudiannya, kau kena kenal pembaca. Bagi saja mereka add kau di facebook. Kawan saja dengan pembaca kau jangan bajet artist sebab kau blogger bukan artist (eh kau pulak, sebenarnya nak cakap dekat diri sendiri) HAHAHA. Nanti kita akan mengenali pembaca kita. Biasanya, saya memang cam semua nama yang biasa komen di blog saya. Walaupon kadang-kadang tak balas komen, tapi bila mereka hubungi saya di Facebook misalnya, saya tahu yang dia itu pembaca saya. At least saya ada memori bila terbaca nama mereka. Pembaca itu penting.

TAPI.

Pembaca ada dua. Ada yang membaca secara ikhlas dan menghiburkan penulis semula dengan penerimaan yang baik. Ada yang membaca dan pulang sebagai sampah. CEH. Yang jenis camni kau jangan teragak-agak. Bagi jek. HAHA. Saya sebenarnya memang pasrah dengan golongan ini. Ada di mana-mana tak boleh elak. Kalau boleh dia nak tengok kejatuhan penulis. Saya pasrah. Tapi bila ada yang berani bersuara cuba memberikan hentaman berbaur tidak enak, engkau tahulah langit tinggi rendah. Pasrah tak pasrah, engkau akan kena balik. Kita penulis. Kita manusia. Bukan malaikat. Tiada manusia yang diberi hak untuk menjatuhkan orang lain. Tapi sentiasa menjadi hak kita untuk mempertahankan diri dari dijatuhkan. Simpan dalam hati. Semak kembali point nombor tiga. Inilah yang saya maksudkan.

Orang kaki hentam biasanya akan pakai modal yang sama untuk menghentam. Dia akan cakap yang dia cuba menegur. Dia akan cakap yang penulisan sebegini dan sebegitu adalah dibenci olehnya dan berciri annoying. Persoalan sekarang. Apa baiknya perbuatan engkau menghentam itu kepada diri engkau? dan apa pula ruginya kalau engkau diam sahaja dan ignore?  Bagaimana pula penjelasanannya, bila ada ribuan pembaca yang enjoy akan penulisan tersebut. Hanya engkau sebagai golongan minoriti yang rasa terjejas sakit jiwa? Masalah siapakah itu? Bukan engkaukah yang bermasalah?

Namun jangan salahkan kaki hentam sahaja. Penulis pon biasanya akan pakai modal yang sama. Dia akan fight back pakai modal berbunyi ; Hak aku ah nak tulis apa. Ini blog aku. Kau tak suka boleh blah. Wah bukan main terror. Err. Kedengran macam boleh pakai. HAHAHAHA. Sebenarnya alasan neh memang boleh pakai juga. Cuma ada pada certain part, alasan ini tak valid. Contoh :

Kau tulis blog tak ingat Allah. Menyentuh isu perkauman atau kebangsaan. Mengarang ayat macam orang tak ada pedoman. Berbangga pulak dengan kisah peribadi yang sebenarnya tak bangga langsung pon. Patut simpan jangan orang tahu. Malu ibu bapa kang. Bila pembaca hentam, waktu itu kau tak boleh bagi ayat ; Suka hati aku. kau tak suka boleh blah. Sebab itu salah kau. Memang salah kau.  Yang menegur pulak jangan ah cara menjatuhkan maruah sesama manusia. Macam yang saya cakap di atas, nanti kemuliaan kau jatuh sama.

Berdasarkan pendapat saya, hentaman peribadi adalah tidak wajar. Engkau benci saya bercerita tentang keluarga saya yang bahagia misalnya. Engkau kata itu show off. Engkau boleh back off. Berkongsi perkara baik pon salah, berkongsi perkara tak baik lagilah salah. Ada pula yang cakap ; Apsal asyik cerita semua benda baik suami kau? Malaikat ke? Itulah engkau tak tahu. Bercakap keburukan suami itu satu dosa. Bermegah-megah dengan kekayaan atau kehebatan suami pon satu dosa. Memuliakan suami dengan berkongsi semua ajaran kebaikannya kepada saya untuk wanita lain, dikira show off ke? Engkau hanya faham perasaan orang yang memuliakan suami hanya jika engkau tahu memuliakan suami. Sebab biasanya, orang hanya faham perkara yang dia alami sahaja. Bukan salah saya berkongsi perkara dan cerita baik.

Blog saya ada pembaca. Saya perlu menulis cerita untuk pembaca. Saya perlu menulis benda yang pembaca nak baca. Saya perlu cerita benda yang kedengaran baik dan menjadikan pembaca yakin dengan saya. Dan semua keperluan ini memang berciri show off. Tak nak show off takyah blog. Habis takkan setiap hari nak hiburkan ribuan pembaca dengan lirik lagu terbaru. Atau takkan nak kasi pembaca yang comel tak sabar tunggu entry baru baca kisah saya memakai stokin hijau pada hari ini. Saya harus menceritakan kisah yang sedikit hangat untuk pembaca. Dan kisah itu akan selaras dengan kehidupan saya. Memandangkan kesah hidup saya bukan pada deretan Bently atau Beemer, tak dapatlah nak hiburkan pembaca dengan kisah membeli Bently baru bulan lepas. Atau menghadiahkan rakan baik Beemer sempena hari lahir. Tapi kehidupan saya adalah tentang rumahtangga yang sedang dibina. Itulah yang dapat saya kongsikan seikhlasnya. Nak cerita LV, LV pon tak ada. Nak cerita masakan menarik, masak telur goreng pon dah macam satu fenomena.

Penulis menulis blog untuk mencatat kisah hidupnya. Yang dirasakan paling penting untuk dicatat. Bila mempunyai pembaca yang banyak, dia akan menulis untuk pembaca. Dan akan menghiburkan pembaca dengan cerita yang selari dengan kehidupannya. Barulah dia puas. Dan pembaca pon akan memilih blog-blog yang kena dengan jiwanya. Tak kan ahli politik nak addict  dengan nurulism.com. Sebab tak kena dengan jiwa. Takkan Chika nak addict dengan blog gosip artist. Mana minat. Jadi sekarang, anda tahu kenapa anda di sini dan membaca penulisan saya. Sebab itu pilihan anda. Anda tidak dipaksa. Kegiatan anda membaca atau tidak membaca tidak dipantau. Sentiasa menjadi hak individu untuk membaca atau tidak.

Apa sangatlah dosanya blog ini. Tidak menghina Islam sebagaimana blog Adibah Ahmad. Tidak menggugat ekonomi negara (malah membantu ekonomi Gold Coast. Eh. Tak de takde. Gurau je) Semua penulis menulis atas keselesaan pembaca yang disasarkannya. Maka kalau ada politician misalnya nak hentam blog neh tak berguna, engkau pon tahu siapa yang bodoh dan siapa yang cerdik di situ. Politician bukan sasaran saya. Sah sah ini bukan blog politik, maka jangan hairan kalau ia tidak kena dengan jiwa mana-mana politician. Kalau anda seorang yang anti dengan perkahwinan (manalah kita tahu) memang blog ini tak kena langsung dengan jiwa anda maka jangan follow. Masuk sekali sudah. Jangan masuk-masuk lagi dah. Tak apa. penulis tak kecik hati. HAHAHA. Banyak blog di alam cyber ini. engkau pilihlah mana yang kena dengan jiwa engkau. Yang tidak kena itu, tinggal-tinggalkanlah.

Apakah masalah dalam blog sebenarnya?

Pembaca yang kurang menerima hakikat. Itulah masalah utama sebenarnya. Dah tahu diri tu tak suka baca kisah cinta, masukkkkk juga blog Chika yang dilamun cinta penuh bunga berterbangan di udara tak tercapai di akalmu (eceh) Dah tahu diri sakit hati tengok orang ada LV ada BMW 3 series, masukkkk juga nak mabik tahu. Dah tahu diri tak mendapat kasih sayang secukupnya dari suami, masukkkkk juga psiko diri membaca kisah cinta orang lain. Padahal penulis menulis sebagai satu motivasi. Tapi pembaca ada pula yang jenis kurang termotivasi. Tapi lebih banyak terjejas daripada terinspirasi. Golongan ini susah dikawal.

Kepada semua penulis, tulislah dengan niat. Tulislah dengan jujur dan ikhlas dan bukan dibuat-buat. Kenal-kenallah pembaca (takyah ah kenal sampai ke rumah ambik biodata semua takyah). Dan tahu limit jugak hak anda. Kalau menulis dengan niat yang tidak baik, jangan marah bila orang hentam. Tapi kalau menulis dengan niat baik, bila dihentam, kau apalagik! Hentam dia balik jangan bagi muka. KAH KAH KAH.

Kesemua perenggan di atas ditulis dengan niat. Tidak ada sebarang rujukan. Ditulis berpandukan ideologi dan pengalaman sendiri. Tidak menuju ke individu tertentu.Ditujukan kepada semua. Bukan membuktikan bahawa penulis sentiasa ada hak dalam semua perkara dan tak pernah salah. Tapi lebih kepada membuktikan bahawa pembaca biasanya suka membuat onar dan memburukkan keadaan. Jangan buat apa-apa yang memudaratkan diri. Tak baik. Kalau rasa penulis blog itu jenis keras kepala sukar nak menerima teguran ganas, engkau baik takyah tegur dia. Apatah lagi secara ganas. Mungkin boleh guna pendekatan lain. Atau takyah tegur langsung. Chika pon satu. Semua teguran ganas dia akan lawan balik. Memang perangai. Lagi-lagi dalam keadaan di mana saya rasa apa yang saya tulis langsung tidak menjejaskan orang lain. Tiba-tiba kau nak sawan. Memang nak kenalah tu.

Saya pon manusia biasa. Tidak perfect. Sebahagian tulisan saya disertakan dengan fakta yang salah atau kurang sempurna. Kadang kala saya dibetulkan. Yang itu saya berbesar hati.Komplen menjatuhkan, sorry no entry.

Chika marah eh? Chika marah eh? KAH KAH KAH. Bukan marah. Memang berniat menyumbang isu ini kepada semua. Apa-apa yang kurang, sila tambah dalam komen. Kita bincangkan lagi. Jangan lupa bagi salam dan berbudi bahasa yang elok. Itu ada dalam polisi blog neh. Tak tahukah? Ayyok.

Habis pasni semua takut malas nak bukak mulut dah. HAHAHA. Be nice to me, I’ll be SUPERNICE to you. Memang hakikat kejadian manusia begini.  Saya bukan setegas atau sekeras yang anda fikir mungkin :)

Minumlah Smoothie Baru Sehat

Posted by chika under life, Uncategorized

Sebuah lagi hari yang tidak produktif (langsung). Diganggu oleh sakit kepala yang melampau. Baring sahaja sepanjang hari menonton kartun bersama emak tersayang. Kartun tetap kartun. Sakit tak sakit, kartun jangan lupa mesti tengok.Lagi-lagi Si Hagemaru kartun yang sungguh menghina intelektual tersebut. Sangat membodohkan penonton tapi kena tengok jugak. Padahal berasa sangat terhina intelektual dibuatnya. Err. Mana ada kartun yang tidak menghina intelektuallah bukan? Naruto pon sikit lebih kurang juga. Boleh terbang merentas awan-gemawan dan membelah hutan. CEH. Macam bagus sangat. Eh berani gila ah kutuk Naruto. Tumpang lalu, suamiku.

Perkara-perkara yang mentertawakan pada hari ini :

  • Menonton Hagemaru. Sumpah tercabar-cabar intelektual. Tapi tengok jugak dan tertawa jugak secara besar-besaran.  Siapakah pembuat kartun tersebut apsal boleh terfikir untuk buat babak-babak jenaka sebodoh itu. Tapi sumpah kelakar.
  • Adek-beradek menceritakan kisah-kisah kelakar yang kakak dia ketinggalan sepanjang tiga bulan ini. Sungguh banyak. Sampai kisah tak ada kene-mengena dengan keluarga kita pon kita cerita sekali kan? Seperti kisah awek perasan hot banyak orang nak call dia. Padahal dia bercakap di telefon seorang diri. Tak ada siapa pon call dia. Pastu kantoi tengah berbual syok sendiri, telefon bimbit berbunyi. Sumpah malu malas nak hidup dah. HAHAHAHA. Itu memang kisah terbaik ah yang korang sampaikan hari ini.
  • Berbual dengan emak tak cukup mulut. Rasa nak pinjam mulut orang lain. Oh Tuhanku. Banyak sekali perkara nak dibualkan tak habis-habis. Pastu tak sudah-sudah Si Chika neh mempuji suami sendiri kasi emak impress. Nasib baik emak impress. Contoh : Memberitahu emak bahawa suami pandai buat kek pisang. Pastu bagitahu emak yang suami seorang genius terbaik ah tak boleh blah dah. KAH KAH KAH. Sampailah emak cakap : Rindu sangat dah eh kat abang? Okay kantoi di situ. Apalagik, diam skang jangan cakap dah. HAHAHA.

  • Saudara kandung sudah tidak sabar-sabar hendak ke rumah kakaknya. Eceh. Saudara kandung. Lain macam bunyi perkataan tersebut. Tidak lama nanti, saya akan membawa Ijat ke Australia bersama saya. Hooooorayyyyyy. Ada teman untuk berbual perkara-perkara jenaka. Tak sabar hendak shopping sempena winter. Eceh. Err. Malaysia benar-benar SUMMER lah bukan? Habis cair muka dan jantung semalam. Hot nyaaaaaah. Ceh gedik. Duduk Aussie tak tahan sejuk Autumn. Duduk sini menggelupur panas. Bukankah perbuatan tidak tahu bersyukur tersebut? Tapi lebih rela mentahan kesejukan Autumn. Boleh pakai muffler dan berkasut boot tinggi dengan legging ketat. Musim panas habis takkan nak pakai tube dengan hot pants kang habis kena pungkang kang. Sengsara siang malam.
  • Ibu bapa membuat perancangan masa depan dengan begitu details sekali. Oh Tuhanku. Excited betul mendengarkannya. Tak sabar mahu berkongsi cerita ini dengan Naruto ku. Eh Naruto pulak mana ada. Dengan suamiku yang jauh di mata, dekat di hati.

Perkara yang mensedihkan.

  • Kalau cakap point pertama neh, confirm anda mengeluh *sigh* keluar peluh -_-”. Err. Masih sedih dengan ketiadaan suami di sisi. Tersangat rindu sampaikan ternampak wajahnya di dalam cawan sampai tak sanggup nak menghirup minuman. CEH tipu sangat. Bukankah tidak meminum minuman panas langsung hari ini? Minum pon air suam sahaja dalam tumbler lah bukan? Suka sangat mentipu di dalam entry. Kalau tak metipu sikit tak sah.
  • Haikal baik hati macam angel ah. Sumpah baik hati siap bersayap-sayap. Habis bagi kereta orang  lain pakai sana sini. Kakak sendiri pon tak sempat nak testing kereta baru modified tersebut. Emak sudah naik angin sampai tak larat dengar dah. Mentakutkan. Takut punya pasal terus lari naik masuk bilik. HAHA. Emak kalau mengamuk, habis bergoncang langit runtuh dan menghempap diriku.
  • Tidak sabar hendak pulih. Satu apa pon belum dilakukan. Sehari suntuk tergolek terlentang sahaja. Kesian macam nak tolong bukan? Takyah tolong kang dah sehat kang habis dia pusing mall je kerja. KAH KAH KAH. Macam elok jugaklah tidak sehat seperti ini. Ada hikmahnya. Kalau tak habis. Duduk berjam-jam di counter Anna Sui atau Christian Dior mencuba make up. Cis tak boleh pakai. Makin lama makin suka make up. Makin lama makin suka high heels. Makin lama makin WANITA. Habis ah kang ada rezeki kang, baby pon bagi pakai make up. Sumpah comel. Baby pakai eyeshadow two-toned. KAH KAH KAH. Baby juga akan dibagi pakai high heels walaupon belum boleh berjalan. Biarlah dari kecik tahu nak vogue. Kang dah besar baru nak ajar bergaya susah. Sakit hati tengok kanak-kanak perempuan yang degil tak pandai bergaya. Suruh ikat rambut pon tak nak. Suruh pakai clip rambut pon tak nak. Pastu pilih kasut blink blink. Ayyoh, so kampung cannot like that. Eh membebel. Habis ah kau. Chika dah membuat ayat-ayat senafas memang menyesal kang kalau layan.

Sebenarnya saya merasa sangat tidak ber-mood. Dull sahaja. Tidak mahu melakukan apa-apa. Mahu duduk di rumah menikmati keindahan rumah yang lama ditinggalkan dan menatap muka emak dan bapa. Kemudiannya kepala asyik terpanggil-panggil untuk menghadap komputer mentunggu suami online. Dapat cakap sikit pon jadilah. Asalkan dapat mengadu sakit kepala demam sakit itu ini semua sakit. Dah cukup dah.

Nak kasi publish entry sekarang ah. Apatah my brain tidak bekerja hari ini. Langsung tak boleh produce cerita untuk diceritakan kepada anda semua. Apa kata kita bersurai dulu. Esok datang lagi. Jangan lupa bawak kepala otak semasa membaca kang susah kang. Tahukah ada manusia membaca nurulism.com tak pakai otak. Sebab itulah selepas tamat entry, dia sawan. Kalau terlupa mempakai otak, avoid diri ah jangan baca okek. Nanti susah. HAHAHA. Err. Sedang kasi WARNING. HAHAHAHAHA.

‘Chika apsal blog kau cerita benda-benda tak sepatutnya.Apsal kau tulis blog? Bukan ke dengan menulis blog tu kita macam show off? Pastu semua orang nanti kenal kita. Eiii susah ah camtu’.

Inilah dia contoh orang yang membaca terlupa mempakai otak. Anda fikir anda cukup pandai mengambik kesempatan dari isi penceritaan saya? Fikirkan  lagi. Anda fikir saya tak berfikir sebelum tulis? Semua yang saya tulis di sini, adalah ditulis DENGAN NIAT. Bukan TER-TULIS atau dibuat tanpa mempakai otak. Otak saya sentiasa on. Mind you. Anda fikir saya menceritakan perkara sulit dan peribadi? Engkau sangat kelakar. Keluar skang! KAH KAH KAH. Err. Otak jangan off lah. Biar sentiasa switch on. Agak-agak suka nak sawan atau berasa kurang senang, panas punggung ke apa setiap kali membaca entry Chika yang berkualiti tinggi neh, baik takyah baca. Jangan suka psiko diri buruk padahnya. Anggap sahaja ini nasihat berguna.

Kepada yang mempunyai otak berkualiti tinggi dan pandai menikmati hidup juga pandai enjoy diri dengan kisah hidup orang lain, selamat datang ke nurulism.com. Memang susah membaca blog neh kalau terlupa mampakai otak. Sumpah tak tipu. Dari dulu dah ingatkan.

Seronok dan makin terharu ada banyak pembaca yang comel dan baik hati T_________T Andalah.

Low Blood Pressure

Posted by chika under Uncategorized

I.

Sejak sampai KLIA pagi 11 May itu, saya mengalami masalah kesihatan yang cukup dahsyat. Setiap kali saya travelling, saya memang akan demam. Confirm takyah pelik. HAHAHA. Tapi demam kali ini berlarutan hingga tiga hari. Kepala saya pitam semacam. Badan lesu. Selera makan mendadak turun.

Tom yam? KFC?

Ah tak nak semua tak nak. Habis dulu dekat Aussie apsal asyik kemaruk tomyam (sampai sanggup beli Tom Yam Goong CEH kesian rasa nak tolong) dan tak habis-habis meleh saliva mentengok KFC tidak halal. Itu dulu. Sekarang sudah sampai di Malaysia, di mana KFC pon sudah halal dan tom yam pon boleh dapat bersepah-sepah, dah tak nak dah. Nafsu makan tak ada langsung. Sungguh aneh. Nafsu, kembali padaku. Aku kira sampai 10 tak balik siap.

Malam semalam, ibubapa membawa saya ke Klinik Julia (bukan Kakak Julia Madu Goncang mind you. Dia mana ada klinik. Dia ada playground Hello Kitty dengan almari kaca berisi permainan sahaja. Sumpah tak ada klinik. Okay habis pasni kena belasah dengan Kak Ju T___T) Setelah doctor membaca suhu saya (ewah), doctor tersebut (Doctor? Ya Allah, rindunya dengan Doctor Ahmad yang pandai buat muka goldfish T___T ) Doctor tersebut cakap, temperature saya tak ada dahsyat sangatlah. Jangan worry dia kata tak akan meletup volcano ke apa (tipu saja) Kemudiannya, doctor check tekanan darah saya. Hallamak. Low blood pressure. Pulak dah. Patutlah asyik pitam kepala tumbang dunia pusing tujuh keliling *^%ETF$%$##@@#. Tekanan darah rendah, macam aneh. Penyakit macam orang tua lah bukan? Maka, dibagi vitamin warna orenmemandangkan selera makan saya tiada.

Tapi kalau suami datang bawak sepinggan nasik lauk kangaroo vindaloo pastu suapkan makan di depan televisyen sambil menonton Deal Or No Deal pasti selera mendadak naik T__________________T Suapan nasik tersebut bagaikan suapan kasih sayang yang tidak ternilai. CEH. Nyampah ah kat Chika jom blah semua. HAHAHA.

Disebabkan kesihatan yang sangat dahsyat seperti Ultraman Taro bercahaya merah dengan bunyi beep beep beep, mood menjadi taruhan. Gila buruk mood tersebut. Belum menghubungi mana-mana rakan mahupon saudara mara tentang kepulangan saya. Belum ada hati hendak berjumpa siapa-siap. Minta maaf semua. Sangat tidak sihat. Nak sembahyang pon tak boleh berdiri lama. Terus pitam nak tumbang. Sampai emak kelihatan sangat susah hati.Apa benda tah Chika neh balik dari Aussie terus mensusahkan hati emak *^&%#$^* Kesian emak.

Kalau kita mahu bergembira kelak, sila tahu yang saya tidak boleh drive ketika ini. Emak tak bagi sebab saya akan pitam secara berkala tanpa mengira masa, tempat dan cuaca. Tak percaya tak apa.

II

Semalam petang, mengunjungi emak mertua. Emak mertua saya macam biasa, comel. Sumpah comel. Setiap kali melihat muka emak, saya akan teringat muka suami. Ke mana tumpahnya muka emak mertua kalau tidak ke muka suami (apsal buruk sangat pepatah neh?) Namun demikian, ada sedih yang sangat mendalam sebab suami tiada bersama. Biasanya dulu, kalau ke rumah suami, mesti dialah yang membuka pintu disertakan dengan senyuman mengorat phewwittt. Ya Allah. Mana pernah laki aku phewwit dekat aku. Aku phewwit dekat  dia adalah. KAH KAH KAH.

Ke rumah emak mertua untuk menziarahi keluarga mertua yang ditinggalkan sebaik sahaja sehari selepas majlis reception. Kesian emak T___T Selain itu, untuk menghantar kangaroo fur yang dibeli secara banyak kepada emak untuk diagih-agihkan.

Emak cakap nanti saya akan dibawa berjalan ke rumah saudara sikit sebab emak mertua telah dituduh mensorok menantu ke apatah. Ewah. Mana tidaknya. Sehari selepas majlis reception sebelah suami saya dulu, kami terus berangkat ke Brisbane. Langsung tak bagi salam dekat  saudara mara. Tak sempat. Saudara mara sebelah saya pon tidak sempat mengenali suami saya. Kalaulah mereka tahu suami saya berciri Naruto. HAHAHAHAHAHA.

III

On the way back home from Kajang, suami menghantar sms air mata. Eceh. Tak boleh blah. Rasa nak terbangkan CRV terus sampai rumah.

Assalamualaikum Sayang… just wondering what you’re up to… I’m going crazy waiting for you to be online. I miss you.

Ketika itu sumpah tak sabar nak menerkam pc.

Balik ke rumah terus menerkam pc. Dengan khidmat Yahoo Messenger (Chika, apsal tak Skype? Jangan ah banyak tanya okek) kami bersembang. Mengadu domba dengan suami. Sakit itu, sakit ini, pastu nangis T___T Nangis jenis yang tak keluar bunyi. HAHAHA.

Rindu secara banyak. Mentengok wajah tersebut melalui webcam. Sumpah comel pandai buat muka goldfish. Rasa nak koyakkan skrin komputer dan masuk sekali dalam webcam tersebut. Wah begitu membuak-buak perasaan. Susah nak cakap.

IV

Ada banyak sangat benda nak dibuat dalam masa tiga minggu ini. Ada terlalu ramai orang yang perlu dijumpa. Tapi buat beberapa hari neh, mintak sorry. Tak larat drive. Hendak berjumpa orang pon tak ada mood. Ah! Tak sabar hendak menghabiskan entry neh. Nak baring nak baring T___T

Oyya.

Emak mertua saya yang cantik dan comel telah bertanya : Ada tahu bila Hizwani kata dia nak balik Malaysia. Nak duduk sini pulak?

Saya cakap, tak sure. Sebab bila ditanya dengan suami, dia pon akan cakap yang dia tak sure lagi. KAH KAH KAH. Cool.

Emak mertua cakap ; Ah tak balik lah tu. Mak dah biasa dah dengan perangai dia. Memang tak balik lah tu. Sal (emak saya) pon kenalah redha dari sekarang. Dorang tak akan balik Malaysia waktu waktu terdekat ni.

Emak saya cakap, emak saya memang redha dan pasrah sangat. HAHAHAHA. Comel. Namun saya tahu, keluarga saya (termasuk saudara mara) terlampau ingin melihat saya dan suami berada di Malaysia. Bapa pon ada cakap ; Bilalah boleh berkumpul keluarga dengan anak menantu sekali.

Ayok ayok tak tahu. Dr. Ahmad Naruto tolong jawap. Okay takyah jawap. HAHAHA.

Kesian keluarga kita mencari kita.Ibu dan bapa saudara saya tak habis-habis bertanyakan tentang suami. Memang tak sempat nak berkenalan langsung. Sebab seminggu selepas nikah, kami dah terbang (Wah sangat hebat. Lepas nikah dah boleh terbang. Aik sangat Superman? Aik?)

Sudah. Macam tak seronok langsung ah entry neh. Lepas mentulis entry tidak berkualiti, akan berasa menyesal. Buruk ah entry neh. Tumpang lalu.

Suami pesan : Sayang jaga diri. Jangan tinggal sembahyang. Jangan lupa mengaji. Jangan tak makan. Makan tau. Pastu beli susu Ensure tu kalau tak lalu makan. Janji tau. Keluar rumah jaga aurat. Jaga perangai semua. Ingat tau.

Ingat.

Pesanan isteri pulak : Sayang you pon jaga diri. Makan jangan lupa walaupon takut sangat gemuk. You tak gemuk pon, you handsome saja. HEHE. Jangan lupa kunci pintu bila keluar. Jangan lupa tutup pintu cabinet di kitchen kang terlanggar bucu dengan kepala kang, habis sengsara. Ni bercakap berdasarkan pengalaman bersama neh. HAHA. Jangan musnahkan susunan pakaian yang bertingkat-tingkat tu nanti roboh kang buruk T___T Jangan sampai terhancurkan puzzle di ruang tamu. Penat I susun separuh nyawa. Kalau ada binatang terbang masuk dalam rumah, musnah dia segera! Mortein ada dekat kitchen. Cicak apa semua pon musnahkan saja takyah fikir panjang. HAHAHAHA. Dan terpaling penting, just keep in mind. Your wife loves you very much. You can always count on me :)