Archive for May, 2009

RUMUSAN ENTRY LALU

Posted by chika under Uncategorized

Dapat sahaja komen/mesej/apa-apa bentuk gangguan yang negatif dan menjatuhkan, saya tidak akan teragak-agak untuk forward kesemua bukti yang ada, mind you. Sebarang ketidakpuasan hati dengan penulis, dengki, busuk hati atau menyampah sekalipon tidak akan dihiburkan sama sekali. Kalau ada masa terluang, saya nasihatkan orang-orang yang memiliki kekosongan rohani ini semua pergi sertai aktiviti rukun tetangga atau rakan muda. Takyah baca nurulism.com kalau tak tahan menyaksikan kehidupanku yang warna warni ini. Nanti kesan buruknya, akan berbalik kepada anda sendiri. Ini ingatan terakhir. Selepas ini, tak ada warning lagi dah. Tunggu sahaja habuan dari pihak berkuasa :)

Diingatkan juga beberapa perkara.

  1. Komen negatif yang menjatuhkan tidak akan dilayan dalam nurulism.com. Sebaliknya kita boleh bawa ke tengah kalau berminat.
  2. Tolong bezakan kritikan membina dengan komplen dan kutukan biadab. Semua kritikan membina saya tidak pernah buang. Saya approve dengan hati terbuka. Tapi kesemua kutukan dan cemuhan biadab akan saya simpan dalam koleksi saya  untuk tindakan susulan. Tak takut tak apa :) Please try again.
  3. Saya bukan artist. Saya tidak memerlukan kontroversi, fan club, forum atau pon mana-mana pihak untuk berbincang tentang personality saya mahupon karier saya (eh kejap, aku mana ada karier HAHAHA) Bermula dari ketika ini, saya tidak membenarkan mana-mana pihak pon bercerita mahupon bersidang macam hebat hebat sangat je bercakap tentang kehidupan saya, personality atau apa sahaja secara negatif.
  4. NAMUN DEMIKIAN. Bercakap dan menulis artikel tentang nurulism.com, gaya penulisan saya, kelebihan, kekurangan serta kritikan membina tentang tulisan saya sentiasa dialu-alukan selagi tidak berciri cemuhan atau bagi tujuan menjatuhkan (backoff) Boleh menulis dan menyebut mana-mana bahagian daripada penulisan saya. Saya benarkan tetapi bukan bagi tujuan menjatuhkan. Dan tidak ditulis atau diulas secara biadab. Kalau tidak, good luck :)
  5. Saya tidak mempunyai masa berlebihan untuk menyiasat aktiviti serta penulisan orang ramai tentang saya. Tapi saya sering dimaklumkan oleh pembaca-pembaca tentang apa sahaja perkara tidak baik yang terjadi. Maka, beware! Pembaca saya bukan dua tiga kerat. (dan saya tidak mempunyai seorang pon pembaca khayalan semuanya manusia real kalau kau nak tahu)
  6. Saya tidak pernah menubuhkan KELAB PEMINAT. Tidak pernah, mind you. Saya juga tidak pernah menganggap pembaca saya sebagai peminat. Jangan celupar sangat mulut menuduh saya cuba menjadikan readers sebagai peminat. Saya tidak memerlukan itu semua. I have everything I want. Saya cuma memerlukan pembaca yang baik hati dan tahu berseronok.
  7. Pardon? Chika tenggelam dalam peminat yang diciptanya sendiri? LOL. Where the hell are you coming from? Bila masa pula saya mencipta peminat sendiri? Untuk mencelikkan mata buta anda yang berkenaan, sila baca shoutbox, sila baca puluhan ribu komen yang saya terima, dan sila siasat networking saya. Rata-ratanya membaca dengan rela hati bukan saya panggil ; Semua orang baca nurulism.com meh sapa tak baca siap dia! Sumpah aku tak buat kerja tidak berpatutan tersebut.
  8. Saya tidak pernah mempromosi blog ke sana sini mencari pembaca atau meminta-minta popularity dan sebagainya. 90% of my readers muncul di kalangan readers yang membaca secara sukarela dari pelbagai cara. Antaranya dari rakan, dari blog ke blog ataupon terjumpa secara AIK? BLOG APA NEH? Pastu mereka pon follow langsung tidak melibatkan promosi saya. Kalau aku nak sangat famous, lama dah aku iklankan blog dekat lebuhraya Utara-Selatan.
  9. Apa saja saya tulis di sini sepatutnya tidak menjejaskan siapa-siapa. Semua penceritaan berkisarkan cerita harian seorang surirumahtangga cukup kasih sayang, cukup makan, cukup kelengkapan hidup dan memiliki hampir kesemuanya pada usia 23 tahun (apsal kau tak puas hati? ha?) Bukan millionaire (mind you) dan bukan wanita bekerjaya bagus (at least bukan sekarang) Sepatutnya diari harian saya tidak menjejaskan siapa-siapa sampaikan anda perlu membincangkan kehidupan saya secara serius. Lebih baik jaga anak bini sendiri, jaga ibubapa sendiri atau jaga ibadah dan amal jariah sendiri. Itu semua urusan yang akan membawa ke akhirat kelak. Setakat my personal life, malaikat maut tak akan tanya kat kau kelak. Jadi, ignore saja. Takyah nak bincang aku pakai apa, gaji laki aku, apsal aku tak kerja atau kami makan roti jenapa apa semua takyah bincang.
  10. Nurulism.com tidak menjana wang pendapatan buat saya. Setakat seposen dua. Shopping make up aku pon tak lepas. Jadi stop talking about me making business with blogging. Blogging adalah lebih dari sekadar mengumpul wang.
  11. Bermula dari hari saya dinikahi suami saya, bermula dari itulah diari hidup saya adalah tentangnya. Habis takkan nak cakap pasal kau pulak. Atau takkan nak cerita pasal handphone baru duit PTPTN kau kot. INI PERSONAL BLOG TAHU. Memanglah bercerita kisah harian. Nak dengar cerita Selesema Babi atau kisah Bakal Pengetua AF 8, takyah harap ah.
  12. Selepas ini, tiada peringatan sebegini akan ditulis kembali. Kita kurangkan mengarang ayat. Kita bertindak pula ok. Jangan terkejut kalau kehidupan anda terjejas sepenuhnya hanya kerana kesilapan kecil yang boleh dielak malah sudah diingatkan berulang kali. JANGAN TERKEJUT kalau hanya dengan menghantar sebuah komen biadab dan berpuaka, hidup anda menjadi susah kelak.

Setelah dinasihati oleh beberapa orang, termasuk ibubapa dan keluarga. Saya akan TAKE IT EASY. Takyah cakap banyak sangat. Sekarang saya sudah tahu apa perlu dilakukan.

Okay darling readers,
Blog akan berjalan seperti biasa. Dengan kisah kehidupan harian yang biasa tapi akan diolah secara annoying oleh penulis yang poyo neh. Poyo poyo pon mampu buat orang histeria sakit jiwa KAH KAH KAH sumpah terror. Dan akan terus menulis kisah rumahtangga memuja memuji suami sendiri (habis takkan nak puji laki kau. Kau puji ah sendiri laki kau kang dapat pahala Amin). Siapa rasa terjelek-jelek, diam atau keluar.  Tapi I bet lah. Rasa jelek pon, nak baca juga lah bukan? Busy body memang like that.

Kepada pembaca,

Hantarlah komen dengan berhemah. Kita jangan berpuaka-puaka di dalam ruang komen okek. Kita berhibur muda-mudi sahaja apa salahnya. Jangan menyentuh isu orang lain ataupon bercakap luar tajuk. Lagi satu, jangan suka sangat main teka-teka tak baik. Penulis tidak gemar sikap suka meneka-neka. Apa yang saya akan tulis, itulah dia yang berpatutan untuk pengetahuan anda. Selebihnya bukan untuk diceritakan.

Kes yang dimaksudkan kini tiada kena-mengena dengan kes ‘wanita dan penyamaran identiti’ tempoh hari. Saya tidak mahu membesarkan kes itu dalam blog. Biarlah pihak yang sepatutnya sahaja bertindak apa yang patut.Nothing to do with me anymore.

Terima kasih kepada semua pembaca yang mengikuti nurulism.com malah sangat perihatin. I am tired walking in my shoes. Tapi saya optimis kali ini. Blogging memang thrill. Kalau anda duduk sebumbung dengan saya, anda dapat menyaksikan macam mana tekanan blog terhadap kehidupan saya. Ditekan oleh pembaca. Ditekan oleh pembenci. Ditekan dengan kritikan. Menjadi bahan perbualan. Dikenali bila jalan-jalan (ha tengok tu Chika bajet artist! Masalah dia, ini kejadian benar-benar berlaku). Bila badan kau naik 1 kilo je, habis jadi isu. Chika apsal nampak gemuk? Bila nampak susut pon dipersoalkan jugak. Chika apsal kurus? Makan hati ke? CEH PENIPU. Mana pernah aku nampak kurus. Kau nak kena neh. HAHAHAHA.Malah bersengkang mata menyiapkan entry. Edit baik-baik sebelum publish. Dulu lain. Dulu main belasah sahaja takyah pikir. Sekarang disebabkan banyak sangat mata intelek memperhatikan, kadang-kadang kena hold entry sampai tiga empat jam. Anda boleh tanya suami saya bagaimana sengsaranya saya dengan kerenah-kerenah blog.

Tutup ah blog.

Ah tak nak aku. Perangai aku kan suka melawan. Lagi kau sogok aku suruh tutup, lagi aku aggresif. Kecuali tiba-tiba suami cakap ; Yang tutup blog sekarang jugak. Sumpah aku tutup saat itu juga. Setakat mulut puaka kau hentam-hentam aku, over my dead body okey.

khidmat pesanan ringkas : kemunculan ayat riak dalam entry ini memang disengajakan untuk tujuan melawan. HAHAHAHAHA.

Siapa tahu kat mana boleh beli tudung murah area KL neh? Selain Jalan Masjid India. Sorry? CEH kalau suruh pergi Nilai baik takyah. HAHAHA. Jauh tak nak. I kan tengah kepala swing sekarang neh mana larat nak merempuh Jalan Masjid India yang berbunyi-bunyi siap dengan efek asap tersebut.

Protected: POLICE REPORT (IN PROGRESS)

Posted by chika under Uncategorized

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Perangai Pelik Hagemaru

Posted by chika under Uncategorized

Kesakitan telah membawa saya ke ward nombor berapa kau nak ? HAHA. Eh tak kelakar ah jangan gelak dulu. Itulah dia degil. Suami tanya perlu admit ward atau tidak, cakap TIDAK. Habis kang, elok sakit-sakit gedik terus sakit tenat kang masuk ward. Chika neh bukan boleh percaya sangat. Kang dah masuk ward tengok kiri kanan warga tua terlantar sakit kronik, dia pon join sekali jadi tenat. Macam kes 4 bulan lepas. Muntah muntah muka pucat sakit semua tubuh badan terkulai layu &^%#%** Padahal ada bendalir sikit dekat wrist. Saspen saja lebih. Suka tau buat emak risau (masa itu belum ada suami. Masih bujang dan berkelayakan. Aik nak kena?)

Kesakitan telah membawa saya bukan ke ward sebenarnya. Tapi ke mall KAH KAH KAH. Okay sekarang boleh gelak dah.

Dalam pada muka terpecah-belah disertakan dengan kekurangan tenaga, tiba-tiba dah terbuat benda-benda aneh.

  1. Masuk Tomei beli emas 916. Tindakan terbaik hari ini langsung tak boleh dipertikaikan.
  2. Try Levi’s 3 helai pastu selambayaya keluar sambil cakap : Thanks. Not fit in me. Sales assistant pasti dinner makan hati.
  3. Nampak kemeja mannequin pakai kelihatan gagah. Beli beli. Tak fikir terus beli bagi husband. Eh belum bagi lagi.
  4. Hasut Ijat beli jacket putih. Hembus dekat telinga dia : Nanti winter sedap pakai. Sumpah dia pergi beli. Like adek like kakak.
  5. Beli pin bentuk cake siap dengan muka mata lilin dan sebagainya. Tunjuk dekat emak. Emak tanya NAK BUAT APA? Apalagi, sematkan pada tudung semasa datang mood tak tahu malu kelak. Eh memang memang. Kadang-kadang bila terlampau fashion habis lupa nak malu. Sanggup pakai pin berbentuk secawan kopi mempunyai mata dan mulut pastu jalan-jalan kasi orang tengok. I bet budak 4 tahun pon tunjuk perasaan kalau emak dia suruh dia pakai pin macam tu dekat baju gown dia. HAHA. tapi takpe. RM2.90 each. Kalau dah malu sangat nanti boleh hadiahkan dekat adek saudara.
  6. Paksa semua orang masuk Old Town Cafe. Pastu makan macam raksasa. Nasib baik tak ada orang meja sebelah kalau tak habis. Jatuh market. Eh tak apa jatuh market sebab dah laku dah. HAHAHAHA.
  7. Masuk butik ba … Oh lupa tak baik cakap pasal neh. Next.
  8. Membeli tiger balm yang pertama seumur hidup. Selama neh tumpang orang punya. Kali neh beli sendiri punya. Nanti nak tampal nama NURUL HAIZUM dekat bekas tiger balm HAHA bangga sekali ada tiger balm sendiri. Kau ada? HAHAHA. Perangai pelik.
  9. Mendapatkan cream untuk kaki. Kaki dah buruk dah kesian dia. Baru 23 tahun dah macam kaki nenek 63 tahun. HAHA. Mana ada. See the leg lah. Saiz 4 HAHAHAHAHA.
  10. Beli 2 shades yang sama jenis. Tapi tak tahu nak pilih warna apa, beli dua-dua. Senang takyah cramp otak. Pastu pakai masa makan nasik lemak. Sumpah memalukan keluarga. Terus bukak bila ditegur oleh adek beradek : Eh apsal kau kau pakai spek gelap masa makan nasik lemak waktu petang dalam restoren malap? Bukak cepat bukak! Ching! Terus bukak. HEHE
  11. Bad mood dalam kenderaan. CEH. Dah lah suruh adek tolong drive pastu nak banyak demand. Nasib baik pemandu jenis tak panas hati kalau tak lama dah berlaku kejadian : Seorang kakak dihalau turun dari kenderaan 1266 di lebuhraya Kesas T____________T

Memandangkan dah tak sabar sangat nak tidur, bye. Gambar tak ada? Ada. Habis mana? Esok.

Orang sakit, takyah buat lawak

Posted by chika under Uncategorized

Sepatutnya cuti yang panjang ini diisi dengan aktiviti sehat. Eceh. Surirumah tangga pon ada cuti -_- Cannot go (tak boleh blah) Ada beberapa orang yang perlu saya jumpa sebelum pulang ke Queensland The Sunshine State phewwit. Antaranya rakan-rakan baik zaman Universiti Kebanggaan Malaysia.  Tak ketinggalan, rakan baik dari KMJ (Kolej Matrikulasi Jawa) Eh. HAHAHA. Comelnya panggil nama kolej matrikulasi Johor sebagai Jawa. Lepastu kena jumpa rakan-rakan kategori BAIK yang lainnya. Nama tidak disebutkan secara specific, kang tercicir nama kang habis merajuk.

MALANGNYA.

Kesihatan makin terjejas-jejas. Suami cakap ; Masuk hospital nak? Eh tak nak ah. Orang sakit peringkat medium pon boleh jadi sakit peringkat extreme bila dah masuk ward. Pengalaman mendewasakan. Cukuplah dulu masuk ward masa kena serangan Mutasi Gen X-Men. Tak ingat tak apa.

Disebabkan kesihatan yang sungguh buruk tersebut, saya menghabiskan sebahagian besar waktu di rumah sahaja. Langsung tak aktif. Pasif sekali macam Koala di Lone Pine Koala Sanctuary.

Bapa kata banyakkan membaca Al-Quran. Kalau tidak berupaya membaca, setiap malam jangan lupa mengikuti kelas mengaji bersama bapa. HAHA. Eh mana ada. Bapa kata, setiap malam jangan lupa masuk ke bilik solat dan dengar bacaan Al-Quran dari bapa. Asalkan diri yang tidak sehat ini sentiasa dekat dengan Al-Quran jangan jauh walaupon sehari nanti terjejas. Emak pergi gelak. Emak kata HAHA SAMA MACAM MA DULU PON KENA JUGA HAHA. Emak memang. Mentertawakan orang adalah kegemaran beliau selain berebut Astro pada waktu petang dengan anak lelaki untuk memenangi rancangan WONDERPETS.

Oh bercakap tentang mendengar bapa membaca Al-Quran. Masih teringat semasa kecil punya nostalgia. Emak selalu disuruh mendengar bacaan surah-surah terpilih oleh bapa. Lepastu saya budak berhingus tak faham bahasa dan belum cukup ilmu keagaamaan pergi menangis ajak emak tengok TV. Emak kata kena tunggu abah habis mengaji. Saya cakap takyah tunggu jom tengok TV cerita Oshin. Pastu habis bapa marah pegang rotan. Anak-beranak duduk dalam bilik solat tak boleh keluar. Oh masih segar. Sekarang dah sampai turn saya pulak kena dengar bapa mengaji. HAHA COMEL. HAHA cepat betul masa berlalu HAHA.

Eh Chika kau cakap apa neh apsal aku tak faham?

Okay takyah faham. Ini lawak keluarga nama dia. Biasalah. Dalam keluarga, mesti ada lawak-lawak yang hanya keluarga sahaja faham. Begitu juga dalam adek-beradek. Beberapa kata kunci jenaka seperti ; ABUN, KHALID, RAY, PENYU, FLAMINGO dan juga MAWAR MERAH. Kesemua perkataan ini pantang disebut dalam rumah kami. Mesti ada orang yang akan sentap pastu mulalah bertikam lidah. HAHA. Tak percaya, cubalah datang rumah saya dan cakap perkataan RAY kuat-kuat. Mesti Adek Del akan ketawa seronok sekali sambil phewwit phewwit dekat abang dia. Ataupon setiap kali lalu depan Flamingo Hotel di Ampang, mesti ada orang yang akan sentap pastu mengamuk sendiri tak bagi salam. Atau dalam kata lain, tiba-tiba terasa. HAHAHA. Comel. Inilah dia contoh lawak peribadi dalam adek-beradek.

Setelah lama terpisah adek-beradek di kejauhan KL-Brisbane ini, Kakak Chika telah pon ketinggalan beberapa lagi lawak adek-beradek. Pastu bila mereka ketawa-ketawa dengan lawak masing-masing, Kakak Chika pon bengang. CEH aku macam orang asing. Apsal aku tak faham? Sungguh pedih sekali dalam hati. Mana boleh macam neh. Diketepikan dan tidak up to date dengan jenaka rahsia dan simbol bahasa adek-beradek dianggap satu penindasan. Lebih terkilan bila kita tanya dia apa perkara baru yang ter-best? Dia cakap : Kakak yang dah kahwen tak boleh ikut rahsia adek-adek lagi. Tak manis. Tak manis.

Kecik hati kakak. HAHA.

Walaubagaimanapon, rumah ini masih sama macam dulu. Masih masuk rumah ikut pintu kayu dekat tengah. Masih bewarna hijau. Masih pakai perabot yang sama. Masih ada bekas Friskies depan pintu kasi Locheng makan. Masih ada pokok bunga kertas yang makin tua makin rimbun omaigod. Semua pon masih sama. Sampaikan hiasan bilik pengantin yang tidak seberapa itu pon masih sama. Wah, begitu hebat sikit tak berubah. Habis takkan lepas tiga bulan rumah neh dah jadik istana kot. KAH KAH KAH.

Dan dalam lubuk hati ini, ada kerinduan yang mendalam pada rumah sendiri di Wishart Road. HEHE. Semalam sempat bertanya pada penjaga rumah. Aik? Siapa pulak penjaga rumah neh? HAHAHA. Tanya kepada beliau masih wujudkan bunga daisy yang ditanam di tepi pagar rumah jiran? Penjaga rumah cakap ; I ada siram jugak bunga tuh. Okay comel.

Saya harap, bila saya pulang ke rumahtangga kelak, saya akan menjadi pekebun bunga yang lebih rajin. Tapi selagi suami tidak membeli cangkul, mana cukup azamlah bukan? HAHA. Saya harap, setelah saya pulang ke sana nanti, kami sudah pon mempunyai cangkul sendiri.

Ni sebenarnya entry apa neh? Tiba-tiba keluar CANGKUL. Jom ah bersurai.

Chika KAH KAH KAH

Posted by chika under bloggy

Dari kiri : Seri Lyana, Eyeza, Yonna, Chika KAH KAH KAH, Kak Sue, Kak Lyn,  Ain, Kak Lilyn dan Astri. Aik? Ayyok ayyok. Dalam gambar ada 7 orang, tapi disebutkan ada 9 nama. Lagi 2 nama, di manakah muka? Koleksi seram 2009. (Baru perenggan pertama dah nyampah dah nak layan Chika. Jom blah) HAHAHA.

Yang tiada dalam gambar :

Astri Fadhilah nama dia. Boleh panggil Tisha kalau nak. Atau dalam cadangan lain, boleh disebut sebagai Astrisha. Fasha Sandha je jangan. Amboi biasa tu main-main nama Fasha Sandha dalam blog Chika. Cannot cannot. Emak saya marah nanti. Anyway, Tisha juga adalah jurufoto terbaik bagi kategori rakan yang pernah saya ada. Eh Tisha pulak. Maksud saya, Astri. Sumpah terror. Dia patut bekerja di kenduri-kenduri kahwen rakan sebagai jurugambar. Dia hebat. Ada skill ala-ala Abang Jazlan. Tapi Abang Jazlan lagi hebat sebab boleh tundukkan monyet semasa sesi fotografi. Habis. Tersasul sampai ke Abang Jazlan. Tumpang lalu.

Lagi satu nama ialah Kak Lyn atau disebut sebagai Kak Lilyn (sebab ada dua Kak Lyn, habis keliru). Maaf tidak dapat menayangkan muka Kakak Lilyn dalam nuulism.com. Sebab awal-awal lagi dah kena warning jangan letak gambar dia dalam entry. Dah lah dia kerja pejabat peguam. Kang degil kang, habis Chika kena dakwa. Takyah degil ah. Ikut saja permintaan beliau supaya tidak mensebarkan gambar beliau. Identiti berciri rahsia. Blog berciri private. Oh man. Bukan main-main. Sangat menjaga identiti. Yang bersepah muka di internet tu adalah CHIKA. Well. Fakta blog nombor 2 bukankah menyebut bahawa ; Blogger adalah kaki show-off. Err. Fakta nombor 1?  Fakta nombor 1 berbunyi begini ; Penulis always right. Bila penulis salah, sila rujuk kembali fakta nombor satu. Macam tak fair lah bukan? Kita pergi kepada fakta nombor 5 pula yang menyebut bahawa : Who cares? Like I care. Fakta-fakta ini tidak didaftarkan.

Kak Lyn (baju bunga-bunga. CEH. Padahal dua-dua pakai baju bunga) adalah sister in-law Lyana. Sebelah kiri itu takyah diperkenalkan lagi. Kerap sangat nama beliau ambik bahagian dalam entry saya. Sampaikan para pembenci nurulism.com boleh terhafal-hafal sangat dah pasal Aizar. Pembenci pon hebat jugak. Biodata Chika habis dihafalnya perfect. Terror.

Chika yang bajet artist heh (Jangan lupa tambah perkataan BAJET di hadapan untuk melengkapkan title) sampai depan entrance SURIA tepat-tepat jam 2 petang. Terus bersalaman dengan rakan-rakan baru (HAHA HUHU HEHE) dan bergerak berpasukan ke taman KLCC.

Ada 6 orang kesemuanya ketika itu. Sebab Ain dengan Yonna belum sampai. Wah, terror jugak taman tersebut apsal aku tak tahu? Ingatkan South Bank Parkland dah cukup indah, rupanya KLCC Park pon indah juga. Eh kejap. South Bank Parkland terpaling indah langsung takda tandingan. Tempat suami isteri bercinta menyaksikan keindahan bandar Brisbane dan mendengar kisah Kangaroo Bunuh Diri yang berciri tipu Allah marah.HAHAHA. Eh kejap. Chika dah puji tempat orang lebih dari tempat sendiri. Habis, takkan nak puji tempat di mana terdapatnya pasukan pendatang tanpa izin tersebut. Ya Allah. Tak sangka pendatang tanpa izin atau dalam kata simboliknya disebut ‘pengakap’ menjadi majoriti golongan yang memeriahkan KLCC T______T Kita patut menangis keluar hingus. Fenomena ini menyedihkan sob sob sob. Nasib baik ‘pengakap-pengakap’ neh tak buat jambori dekat Brisbane. Kalau tak, habis. Tak tahu nak duduk mana dah.

Selain makan-makan sikit (sumpah sikit HAHA), kami pon berbual gelak ketawa sambil mengulas alam sekitar. ECEH. Habis semua orang lalu-lalang jadik topik. Tapi Chika takda join sangatlah sebab selalu Ingat Allah Ingat Allah. KAH KAH KAH. Err. Status kesihatan yang tidak sihat. Tapi terhibur ah dengan sikap remaja zaman ini. Dah lah pandai picnic atas rumput berbukit yang curam, pandai bersosial dengan rakan baru, malah pandai mengata dulang paku serpih juga. HAHAHA.

Sampaikan rambut wanita Arab yang bergaya dalam akar pokok pon jadik isu.

Lyana : Eh tu rambut betul ke palsu tu?
Astri : Tu ar. Betul ke tak tu?
Aizar : Ha ah ar. Rambut betul ke palsu?

Tiba-tiba Chika membagikan jawapan dengan yakin. Sumpah yakin. Tolong percaya saya.

Chika : Palsu.

Anda semua kena percaya cakap Chika bila ia melibatkan kes kekeliruan rambut palsu atau betul. Sebab saya mahir tentangnya. Walaupon tak pernah pakai wig, tapi saya sangat arif tentang rambut. Emak pon selalu mintak ilmu saya setiap kali tengok drama melayu TV3. Eh tu Qistina SPA Q pakai rambut palsu ke rambut betul? HAHAHA. Emak comel. Suka keliru rambut palsu dengan rambut betul.Pastu kecoh-kecoh tanya dekat anak gadis (dululah)

Okay sangat gembira sebab telah tersasul cerita. Chika memang like this.

Tidak lama kemudian, Ain pon sampai membawa sebuah beg berisi hadiah buatku. Eceh. Terharu ah apalagi. Ain adalah peserta termuda. Eceh. Dengan usia 21 tahun. Bertubuh kecil sungguh comel. Menuntut di HUKM dalam bidang perubatan. Pastu Aizar cakap : Bagus, bakal doctor yang pandai bersosial. CEH. Mula ah tu nak mengata-ngata tentang doctor. Nak kena neh. Doctor adalah insan terpaling saya sayang. Bukan saja sebab berkhidmat ke atas nyawa orang lain, malah menjadi nyawa, hati dan jiwa saya. Ngeee. Puisi cinta sikit. Tumpang lalu.

Sambil menikmati panorama, kami juga membuat beberapa aktiviti dari tempat kami berkelah ria itu. Antaranya :

  • Mengendap sekumpulan Pak Guard yang kononya potluck party juga. Padahal Pak Guard tak berdosa. Habis semua orang berdosa. Ayyok tak tahu. HAHAHA.
  • Berbincang sebuah topik : Mana lagi salah? Baring atas rumput di taman atau merokok di taman?
  • Chika, best tak duduk Aussie? Terus menangis rindu sebak sedu-sedan si Chika di dalam hati menterkenangkan suami di kejauhan. HAHAHA. Eh gelak pulak padahal benar sekali.
  • Mencipta cerita tentang ‘Jambori Pengakap’ di suatu bahagian tidak jauh dari tempat kami.
  • Menjaga tepi kain pasangan Arab berambut palsu yang bergambar di dalam akar pokok.
  • Mentertawa dan mempersoalkan tentang orang-orang yang bergambar di dalam akar pokok.

TIBA-TIBA!

Ceh. Situasai inilah dinamakan mengata dulang paku serpih. KAH KAH KAH. Mereka pon sama juga ada hati rupanya merakam foto di dalam akar pokok. Chika tak nak kah? Err sumpah tak nak. HAHAHA. Sebab heels tajam sangat, menyukarkan aksi. HAHA.

Setelah tempat berkelah kami diserang daineso vegetarian, kami pon berlari keanak-anakkan menyelamatkan diri. Sepantas kilat, clear! Dengan makanan, bags dan barangan lainnya selamat di bawa lari dari serangan tersebut. HAHA. Err. Serangan air penyiram rumput. Dah ar datang tak bagi salam. Tiba-tiba terpancut. Nasib baik tak terus memancut ke arah kami. Kalau tak, siap ah dia. Ewah, bukan sahaja bajet artist, malah bajet Ultraman.

Kami pon bergerak mencari tempat lain untuk bersosial. eh kejap kejap. Bergambar sakan dulu. Kami pon fotomania secara bergilir-gilir di hadapan menara berkembar. Bangga sekali. Inilah kali pertama merakam foto bersama menara berkembar. Sebelum ini, tidak pernah T____T Sekarang dah bangga dah boleh tunjuk satu dunia ada foto bersama menara tertinggi di dunia. Eh, dah bukan dah.

Chika bersama Ain.
Dua-dua comel.
Objection!
Okay okay. Chika tak comel. Okay okay
T____________________________T

Bersama Lyana dan Ain.
Tiga-tiga comel.
Objection!
Okay-okay. Chika tak comel. Okay okay.
T_______________________________T

Bersama Lyana.
Chika co…
Okay ar okay ar. Tak tak. Tak comel.

Bersama Aizar.
Tidak pedulik lagi.
Saya beranggapan gambar ini comel sekali.
Anggapanmu (lagu Ziana Zain berkumandang)

Aik? Tadi kata bergambar secara bergilir-gilir. Habis apsal Chika ada je dalam setiap gambar? HAHAHA. Maksud dia, bergilir-gilir bergambar dengan Chika. Gila ah sangat tak boleh blah perasaan saya ketika itu. Makin terbajet-bajet artist. Exaggeration. Tidaklah begitu. Saya seronok sekali dapat bergambar bersama rakan-rakan blog.

Teruslah kami membunuh waktu dengan aktiviti fotomania sementara menunggu kehadiran artist sebenar. HAHA. Artist yang bernama Yuna. Phewwit phewwit. Oh bulan … nanana (itu saja lirik aku tahu, selebihnya maafkan saya)

Akhirnya artist pon sampai. Yuna nama dia. Phewwit. Tapi dalam blog dikenali sebagai Yonna. Kesian betul. Dahlah Chika call dia pukul 12 tengah hari ajak berjumpa jam 2 petang. Sumpah zalim bukan? HAHAHA. Saya sangat menghargai kehadiran Yuna (eh Yuna pulak) Yonna (ehem) yang bergegas berjumpa saya sehabis tenaga. Sumpah kesian melihatkan keringat yang membasahi wajahnya. Memang rakan sejati.

Berbuallah macam kenal lama dah. Macam dulu sekampung dekat Penang. Eceh. Padahal baru kali kedua bertemu. Dulu berjumpa semasa wedding saya. Yonna adalah mensokong kuat nurulism.com. Yang selalu jadi tali barut Chika. Eh apsal pulak jadik tali barut? HAHAHA. Maksud saya, supporter terbaik. Selalu tolong back up untuk saya.

Lama juga kami berpeleseran di taman perkhemahan pengakap itu KAH KAH KAH. Hampir ke pukul 5.30 petang agaknya baru selesai. Dan saya telah mendapat buah tangan dari Yonna, Lyana dan juga Ain. Terima kasih banyak-banyak. Maafkan saya sebab terlupa bawak souvenir T___T well, sejak dah tua neh memang sering terlupa.Padahal memang dah ingat sangat nak bagi souvenir. My bad.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Sikit sahaja. Tapi mencapai sasaran jugs. Bukankah sasaran Chika adalah EMPAT orang? HAHAHA. Habis, dah buat last minute bajet Celine Dion, takkan nak harap kehadiran 4000 orang. HAHA. Mimpi indah nama dia.

Thanks dekat Lyana sebab mengusahakan perjumpaan dengan Chika. Lyana neh boleh tahan kelakar orangnya. Dia lah yang membagikan nama ‘pengakap’ kepada para pendatang asing yang bersidai-sidai di segenap penjuru taman KLCC. Tak boleh blah. Macam golongan elit sahaja duduk rekreasi di taman pada waktu petang. CEH. Berbulu ja mata dibuatnya. Belum lagi menceritakan perihal wargakota (dan wargadesa juga) yang duduk bercinta berpasangan macam dunia mereka yang punya. Emak tak marah ke awak tak balik dah nak Maghrib? Nanti bapa balik, ayyok kena rotan.

Habis Chika? Apsal tak balik? Ayyok, suami marah. Sumpah tercuak-cuak dibuatnya. Berasa tidak manis sekali perbuatan pulang lewat malam. Dahlah sudah bersuami. Duduk bersama ibubapa pula ketika ini. Tapi ada hati lagi masuk SURIA layan SALES. Tak guna ah SURIA. Buat SALES terbaik pada waktu tersebut. Chika dah lah cepat goyah. Terus tershopping kejap. Kejap? HAHAHA. Sampai SURIA nak tutup pon kami bertiga masih berada di situ. Shopping. HAHAHA.

Mula-mula Yonna ikut. Sampailah ke jam 6.30 petang. Yonna teman saya sampai ke surau. Lepas itu, beliau pon meminta diri. Tinggalkan Chika, Aizar dan Astri masih tak ingat jalan nak balik rumah.

Masuk sahaja dalam surau, tengok tapak kaki telah merah. Sakit jangan cakap ah. Itulah padahnya memakai high heels 4 inci berjalan-jalan di taman dan mengelilingi shopping mall. Aizar dah bising-bising macam emak-emak. Sambil itu memicitkan kaki saya. HAHA. Comel sekali.

Siap solat Maghrib semua, kami pon kebuluran dan membawa muka starving masing-masing. Kesian ah. Terus makan. Chika telah membuat perangai aneh. Iaitu membeli dua jenis makanan sebanyak dua kali berturut-turut. Mula-mula makan nasik ayam tiru Aizar dengan Astri. Tiba-tiba tengok nenek meja depan suap cucu bihun sup. CEh. Tak boleh jadik. Aku nak jugak. Terus tolak nasik ayam suruh Astri habiskan. Pastu beli bihun sup. Baru makan sikit dah berasa geli tak sanggup makan dah. Tekak berasa loyar. Habis membazir. Dua-dua pon makan tak habis. Nafsu lah katakan.

Puas makan, kami pon tertidur di foodcourt. Eh tipu saja. Selesai makan, kami sambung shopping. Astri ah shopping apatah. HAHAHA. Pusing punya pusing, sampailah SURIA nak tutup dah. Hebat. Seharian suntuk berjalan. Sampai akhirnya saya tak sanggup lagi dah. kaki sudah sengsara. Maka saya pon bertindak mengikut pengalaman yang saya timba sepanjang berada di Australia. KAKI AYAM. Ini perkara biasa di Aussie. Berjalan kaki ayam bukan perkara aneh. Tapi di Malaysia, perbuatan tersebut dianggap aneh tak boleh pakai langsung. Ah peduli apa aku. Kaki aku sakit. Terus jalan pegang heels. Membawa muka selamba tanpa terjejas dek mata-mata yang mempandang dengan mulut. Ada juga yang bersuara ; Oh, wutta beautiful shoes. kenapa tak pakai. Hanyalah jika engkau tahu bahawa kakiku sengsara. Selamba saja si Chika neh berajaln round SURIA memakai kaki ayam (habis ayam pakai kaki apa? HEHE) Sekarang anda masih kagum dengan penulis? Fikir dua kali. Fikir semula. Penulis pernah berjalan kaki ayam dalam KLCC. Ayyok tak tahu. HAHAHAHA. Selekeh but who cares?

Sampai rumah semalam, terus musnah. HAHA. Tapi selepas mandi dan menyempurnakan solat Isyaq, berasa sedikit segar. Ingatkan dah boleh pengsan dua tiga hari. Alhamdulillah. Walaupon tidak sehat, namun masih berupaya bangun pada hari ini.

Demikianlah diari hujung minggu Chika yang turut melibatkan kaki ayam. HAHAHAH. Di Aussie, memang kecoh saya mengutuk Mat Saleh kaki ayam. Tak hygenic lah, pengotor lah, selekeh lah apa semua. Tapi balik KL, saya pon buat sekali. HEHEHEHE. Dah tu, kaki dah sakit sangat. Kepala pon dah pitam rasa macam dunia berpusing. Padahal memang benar pon dunia ini berpusing pada paksinya.Tapi kepada saya telah terpusing-pusing tanpa paksi.

Namun, begitu seronok hari semalam.

Sweetheart,
Maafkan I sebab lambat pulang malam semalam.Namun nama dan wajahmu terlekat kuat di hati langsung tak lupa. I miss you Sayang.

Bedtime.

CHIKA : PICNIC URBAN

Posted by chika under Uncategorized

Atas permintaan ramai. Eh mana ada ramai. Atas permintaan rakan, blogger dan reader bernama Seri Liyana (macam bukan nama sebenar), beliau ingin menganjurkan perjumpaan ahli Persatuan Pembaca Nurulism.com.  Walaupon sebenarnya tak tahu bilakah wujud persatuan neh. HAHA. Persatuan cipta sendiri padahal tak pernah wujud. Tapi takpe.

Beliau berhasrat untuk menganjurkan sebuah POTLUCK PARTY di KLCC PARK pada hari esok (Matilah I. Last minute baru istihar HEHE. Melayu memang like this, jangan pelik) Disebabkan party mulia ini akan diadakan secara mengejut, maka saya bagi pihadiri saya sendiri ingin meminta maaf kerna membuat program secara tiba-tiba. Macam orang tak pergi sekolah kan? Esok nak buat, malam neh baru nak bagitahu anda. HAHAHAHA. Dah buat salah, gelak.

Kepada yang berminat dengan Chika (Eh, Chika pulak). Kepada yang berminat untuk bertemu sesama blogger (termasuk Chika eceh) jangan segan marilah menjayakan pertemuan sederhana kita pada hari esok. Dengan detail seperti di bawah :

Tarikh :
17 May 2009 (Dalam kata lain, esok HEHE)
Waktu :
2 PM (Dalam kata lain, lambat tak kena denda HAHA)
Tempat :
KLCC PARK (Dalam kata lain, berkumpul di main entrance SURIA)
Tema :
Aik? Macam kahwen pulak pakai tema. Okay, tak ada tema boleh bawak peribadi masing-masing jangan worry.
Tujuan :
Bertemu pembaca Nurulism.com (Dalam kata lain, bajet artist CEH)

Err. Habis ah Chika bajet Diva nak jumpa readers. Eh apa salah dia berjumpa rakan blog. Bukan senang untuk berjumpa pembaca yang comel selalu keluar masuk nurulism.com dengan hati yang terbuka. Sumpah comel.

Siapa mempunyai kelapangan, bawak-bawaklah diri ke tempat kejadian. Ingat. Bukan tujuan berjumpa Chika. Tujuan dia berjumpa sesama blogger. Itu pon tidak mengharapkan pertemuan besar-bearan. CEH. Dah buat last minute ada hati nak harap penyertaan yang banyak. HAHA. Dapat jumpa tiga empat orang pon dikira syukur sangat.

Maklumat lanjut, klik ke blog penganjur yang bersemangat tinggi. Terharu Chika T____T. Oh lagi satu tidak boleh dilupakan. POTLUCK PARTY tahu. Bawalah makanan dalam kuantiti sederhana untuk dikongsi bersama rakan secara berkelah. Bawak diri sahaja pon boleh juga. Bawak kucing kesayangan? Ni carik pasal nama dia. HAHAHAHAHAHA.

INI PESANAN PENGANJUR : CHIKA POTLUCK PARTY

Saja suka-suka berjumpa pembaca. INGAT TAHU. Ini acara berkelah urban (ceh, bunyi hebat) secara kecil-kecilan. Bukan acara besar. Jangan segan. Jangan malu. Kita bergembira secara sederhana dalam suasana yang sederhana. Phewwwit.

.

.

EDIT , 11.04 pm.

Maaf maaf. Maaf sebab membuat acara mengejut tak bagi salam. Setelah dipertimbangkan, baiklah saya akan merancang acara sebegini secara proper pada masa akan datang. Dengan persiapan dan pemberitahuan yang lebih awal. Maaf okek. Habis Chika kena serang ; Apa ni Chika buat plan last minute kami nak jugak ^$%$#@#%&& Baiklah. Aktiviti esok akan diteruskan. Iaitu Chika dan rakan akan tetap ke KLCC bertemu Cik Lyana. Tapi acaraPotluck Party dan Picnic ini akan dirancangkan untuk masa yang akan datang dengan lebih proper. Anggap saja esok adalah hari Chika bertemu Lyana. Lepastu siapa nak join, join saja. Maka, tiada orang boleh cakap Chika buat acara tak kena gaya. HAHAHAHA. Eh gelak pulak. Sebenarnya nak mintak maaf tadi. My bad. Dah lah tiba-tiba. Tak bagitahu awal. Pastu publish invitation hari Sabtu. Hari di mana pembaca kurang. HARAP MAAF. Anggap sahaja acara kita sedang dalam perancangan. Dan kalau masih berminat nak jumpa esok, kita jumpa okeh. Yang tak puas hati cakap Chika tak bagi salam tu lepastu pandai-pandai plan sendiri lupa tanya readers tu, releks sekejap okeh. Kita buat nanti. Insyaallah. HEHEHE. Sangat bersalah. My bad my bad.