Love & Co

My name is Bunga Chika Lestari.

Yewwwwwh Chika! Tolong sumpah sekarang tak akan ulang lagi nama di atas, I meluat. HAHAHA.  Melakukan perbuatan annoying memang my habit, well. Selain menggunakan nama Chika Citra Lestari, saya juga pernah menggunakan nama Nurulism Hepburn, Chika Dior malah pernah juga menggunakan nama Anggerik Desa. CEH sumpah geli ah jom blah semua. Menyesal ah baca nurulism.com kalau tahu Chika macam neh. HAHA. I gurau lah gurau. Siapa panggil saya Bunga Chika Lestrai secara lebih lanjut, siap dia. HAHAHAHA. Eh dah ah asyik annoying je.

Hari ini telah keluar bersama rakan sekolah ke Puchong membawa ke Bangsar dan seterusnya ke kedai jambu 88 di mana kejadian Dedek buat hal mintak mainan harga RM18 pastu ulang ulang cakap sepanjang jalan sumpah terror sanggup ulang cakap mintak mainan tanpa henti. Good luck Astri. (info : Dedek adek bongsu Astri)

Cerita Puchong, Bangsar, Dedek mintak mainan, Aizar menyampuk tak bagi salam, Jullian beli kereta baru cash fuyyyo terror dan sebagainya akan kita ceritakan kemudian. Sekarang kita cerita benda manis-manis dulu semanis lori gula terbalik what the heels ? *&%#%^

Eii manisnya. CEH. Belum cerita lagi hati dah flowery bau softlan floral peach (eh tetiba pulak) Sumpah merah menyala hati ini bagaikan cinta kali pertama menyapa hati :x (icon cinta berdegup-degup versi yahoo messenger)

Masuk sahaja ke dalam rumah pada petang tadi, terus merah menyala oh jantungku. Histeria di tempat kejadian terlupa ada emak ada makyang ada bapa di depan mata. Terus tango di situ. Gedik sekali.

Sejambak bunga di atas meja kaca! Dengan kiriman kad bersampul merah jambu oh so lovely. Tak fikir lain dah. Takyah teka dah takyah. Dalam fikiran dan hati yang penuh kecintaan ini, dah tahu sangat dah lelaki manakah yang manis sekali mengirimkan jambangan bunga buat saya. Tak ada terfikikan lelaki budiman lain dah. CEH kau dah kawen lelaki budiman mana pulak nak buang duit bagi kau bunga? HAHAHA.

Lovely………….. ! From my dearest husband I LOVE YOU. Manis sekali perbuatan tersebut mengirimkan bunga buat isteri di tanah air. Cannot tahan liao. Very touching sob sob sob. Tak sangka-sangka akan mendapat a bouquet of roses bagaikan dalam usaha mengorat phewwit phewwit. He is the man! Bukan sahaja bermain bunga semasa nak mengorat, selepas dah dapat pon masih sanggup bermain bunga. Sangat lovely, Sayang I can’t help it.

Punyalah touching separuh nafas dibuatnya, tidak sedar telah melafazkan kata-kata berani mati di hadapan keluarga. Memuji suami sendiri pastu lupa yang ibubapa sedang menonton aksi ngeri tersebut. HAHA.

“Ya Allah. Sayang ni comellah. Romantic always omaigod. Sayang, I love you too. Waaaa… rindunya kat you lama tak jumpa”

Sumpah annoying ok aku hari ini. Cakap yang bukan-bukan melepas kalimat cinta depan ibubapa CEH tak malu ah dia neh.

My mom is MY MOM okay. Apa lagik, dia bantai gelaklah beberapa harkat di situ langsung tidak bersisa. Gelak habis-habisan. Bapa sudah tersenyum sangat pannnjang. Mak Yang mentengok muka anak buahnya dengan penuh seri. Pasti dia pon takda boleh memahami istilah percintaan muda-mudi zaman ini.

“Tak apalah. Dia nak puji suami dia sendiri, apa salahnya,” Emak cakap pastu dia ajar ramai-ramai ketawa. Okay fine.

I love you too Sayang.
There’s nothing really matters but the love you bring.
Thanks for coming into my life.

I miss you Sayang.
To see you in the morning with those big brown eyes

Seperti biasa. Citarasa bunga-bungaannya selalu cantek.

Setiap kali menerima bunga dari beliau, saya mesti tak boleh lepaskan nostalgia 6 June 2008, bila beliau mengirimkan bunga pertama kepada saya. Hampir setahun dah berlalu. 6 June 2009 ini, genaplah setahun semenjak peristiwa ROSES itu. Genaplah setahun saya menyedari kehadirannya dalam hidup saya. Macam-macam berlaku hanya dalam setahun. Berkenalan, berbalas email, kehadiran perdananya bertemu ibubapa, bertunang, bercinta, berkahwin, ber ber ber ber HAHAHA. Banyak lagi tidak tersebutkan. Sesungguhnya, inilah dia setahun yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Sungguh berharga. How expensive? Priceless. Sejak kehadiran beliau dalam hidup saya, setiap hari adalah indah sekali dan penuh loves berterbangan beserta sayapnya ECEH. Okay habis dah basah keyboard siapa nak lap? T__________T

Hari ini bagaikan mengulang sejarah 6 June. Sumpah I tell you. Saya pergi ke ruang tamu. Terlihat jambangan bunga atas meja kaca. Berbalut ungu. Membaca kad. Berkongsi kegembiraan dengan ibubapa. Membaca kad yang sama tetapi dengan ucapan yang berlainan. Dan juga kejadian dengan brother florist yang seakan-akan sama dengan kejadian satu tahun lalu.

Begini.

Florist : Nurul Haizum siapa kak?
Emak : Anak akak.
Florist : Ni mesti boyfriend dia bagi ni.
Emak : Taklah. Dia mana ada boyfriend (emak memang terbaik ah)
Florist : Ooo. Ni mesti secret admirer ni. Kirim salam kat anak eh Kak.
Emak : Okay.

Oh begitu dejavu.

Dah lah tu I nak pergi nangis sebanyak satu sungai. Sayang, you cry me a river T____T

Recent Entries

46 Responses to “Love & Co”

  1. angel_baik Says:

    soooooooooooo sweeettt….

    bertuahnya bunga chika lestari..

    opssss…!

    hehehe

    chika Reply:

    Gedikkan nama BUNGA CHIKA LESTARI tu.
    Nyampah I.
    HAHAHA :P

  2. aiza89 Says:

    yeay! sebab dah abis exam tatau nak wat hape balik mesia pun blum bisa, jadik orang pertama baca blog kak chika! oops, komen post kak chika! ahaha. alololololo…shuwitttnyaaaaaaaaaa.. jauh-jauh pn masih menghantar bunga..waaaaaaa so shuwitttttttttttt.. cerita korea pun kalah :D chikalove the muvie. :D

    chika Reply:

    Dah habis exam? Apalagi, berseronoklah! HAHAHAHA. Lagi jauh lagi berbunga. HAHA

    angel_baik Reply:

    sebut pasal citer korea yang sweet ‘n romantik nie, tingat citer Full House….

    sesuai la chika and hubby wat versi malaysia lak..

  3. aiza89 Says:

    halaa.. bukan org pertama..adeh..

    chika Reply:

    tak apa. kan dah cuti. Banyak peluang lagi :P

  4. fara-d Says:

    takmo panggil ko chika da…panggil bunga boleyy?? ^.^

    chika Reply:

    weh jangan buat malu member weh.

    tolonggggg.

  5. zarin Says:

    alalalala… sweetnye si sang husband.
    sumpah i jeles sama insan benama
    bunga chika lestari ittew. kehkehkeh..

    chika Reply:

    owh noooo.
    BUNGA CHIKA LESTARI.
    Ngeri ah nama tu.
    HAHAAHA

  6. aini noraini Says:

    oohooo…soooo sweeeettt….Pn.Nurul pasti da xsaba2 nk balik brisbane..heee….take care..:)

    chika Reply:

    Ye la I rindu Brisbane T___T
    Tak sabar nak jumpa suami I.
    HAHA

    take care :)

  7. ayza Says:

    pehal gule sgt nih..huwa…aku pon nak nanes jugak bc entry nih..
    dtg balik meroyan nak kawen..ahahahaa

    eh..eh,bunga konvo dr mu dan astri masih ku simpan..ahahaha..simpan sampai mati kalo boley..

    chika Reply:

    simpan tau simpan. Tah bila lagi tah aku nak bagi ko bunga. Tunggu ko grad degree pulak. Insyaallah aku sampaikan sejambak bunga lagi :)

    aku simpan bunga dari husband aku sampai dah kering-kering semua. Still nampak cantek je aku tengok. HAHA

  8. nadhirah Says:

    apa ni chika…..!!?? dah tahap DIABETES truk dah ni..hahaha
    hmmm….Dr.naruto ska kasi gula byk2 ni..
    aip..aip..DIABETES..DIABETES… =P
    smoga bhagia ke akhir hayat… ;)

    chika Reply:

    Tah lah my husband tu. Dia taknak pulak makan gula. Tapi provide gula dekat wife dia HAHA
    Thanks Nadhirah :)

  9. liz Says:

    so sweeet…dr jauh bunga tu smpai..
    mesti hati berbunga2 mcm bunga rose tu jugak

  10. haziqah Says:

    ini baru suami mithali
    bukan mngurat smasa mengurat sahaja
    lepas kahwin ngurat lagi sweet
    heeee
    satu lagi episod drama korea ..eh ke bukan ? hehe
    tak sabar nak tahu apa kah episod seterusnya sebab setiap episod berbunga-bunga sahaja ;)
    suma nama chika tu : Nurulism Hepburn, Chika Dior,Anggerik Desa, Bunga Chika Lestari..sume cm comel hoho

  11. izzah Says:

    adakah wajah kak chika semerah mawar tersebut ketika parents mentergelakkan aksi luar kawalan anda?HEHE.

  12. nieja Says:

    bunga chika lestari..
    sweet gile oke!
    i plak snyum2 baca n3 u ni
    wkakakka..

  13. rizzar Says:

    waaa sungguh comel laa kejadian isteri mendapat bunga dr seorg suami ituu…waaa kagum ngn keprihatinan beliau.. ishk nk g petik bunga sekarang jugak! hehehehe suker arr tgk anda berdua nih.. eh mner penah tgk..

  14. azeyra Says:

    besh gak bunga chika lestrari…hehe

  15. hudaLuna Says:

    comel gila la..
    begitu romantika..

    eheh..
    cian di tertawa kn emak..
    xpe..
    chika n emak chika sgt comel..

  16. oshinz Says:

    aiyok tak tau nnt umah chika banjir sape nak mop?
    hahaha..
    sweet btulla mr doctor kamu chika..
    *eceehh berani btul memuji husband orang*
    ampun chika!!

  17. ijat Says:

    hahaha…berkongsi gembira melihat kak chika kembali sihat dgn kehadiran bunga…akak mmg comel..sangat sweet phewit phewit entri nih…

  18. Almaels Says:

    Assalamualaikum wbt,

    Why CHIKA ada suami yang penyayang? Sebab CHIKA juga seorang yang penyayang. Buat gadis2 yang idamkan suami seperti ini… maka tanyalah CHIKA apa rahsia hatinya, amalannya dan ibadahnya. How CHIKA daily bersih hatinya.
    R U willing to share it with us CHIKA?

    lyana si permaisuri Reply:

    I think I setuju dgn this statement. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.

    Dia Maha Tahu, bagaimana mahu membalas kasih sayang hamba-NYA kepada DIA dan bagaimana mewujudkan cinta dalam keadaan yang langsung di luar jangkaan kita.

    Semoga masih ada ruang untukku untuk berbahagia seperti itu.

  19. dari Stockholm Darul Bunga-bungaan Says:

    Amboi… nama, geli aje dengar..haha!
    Takpe, berkongsi kegembiraan dengan keluarga. At least your parents tahu anak yang ‘dilepaskan’ sedang berbahagia.
    Another thing, money is not everything, but we need money to buy everthing kan(eh, melencong pulak!). Ye lah, bukan murah nak deliver flowers ni kan. It’s ‘priceless’ but pricey too. Duit juga yang menampung untuk ‘accessories’ menambah kebahagiaan. Semurah-murah hadiah pun, kena duit juga, ye tak.

    Woohoo… nak balik Malaysia lagi 2 minggu. bila balik Brisbane?

    chika Reply:

    Geli kan?
    Eiiii janji tak buat dah. HAHA

    Oh, tak boleh letak perkataan PRICELESS eh. Kena letak PRICEY. HAHA.

    Saya nak balik dah lagi beberapa hari. Takpela, kita tukar shift. Lepas ni Nurul balik Brisbane, akak jaga pulak negara okeh. Eceh :P

  20. yantie Says:

    see..sekejap je rasenye dah nak 3 minggu kat m’sia..=)
    bila balik brisbane lagi la hati berbunga2 satu taman..HEHE..
    take care bunga chika lestari..HAHA
    mcm sesuai..

  21. wani Says:

    Salam Chika….

    Dah sihat ke???

    Bestnye perjalanan hidup Chika lepas kawin ni….
    Sungguh comel perbuatan Dr. husband untuk Dr. wife dia kan..Semoga melimpah ruah gula dalam hidup Chika seharian…Chika n Roses…sumpah comel….

  22. kdee Says:

    ala,comelnye..sweet betul..huhu

  23. yonnaism Says:

    omg!! lori gula dah accident kembali!!!
    aduhai chika! minggu depan kompom i diabetis hahahhaha..

    yezzaa,
    tgk flowers tu, mmg terus i teringat dia hantar bunga kat u last year :) sebijik kan? alahaii.
    mmg suami u sumpah sweet laa!
    i ingat doc ni takde perasaan sweet2 ni :p ngeee

    err bunga CHIKA lestari?
    sumpah tak sesuai dengan u! hahahha
    nak panggil u bunga? ngaaa
    pengsan mungkin ;p

    eh eh bila nak bg souvenir kangaroo ni T____T

  24. Noi Says:

    Soooooooooooooooooooo sweet la Mr.Husband Bunga Chika Lestari.. Hahaha. confirm gedik nama tu, tak best lah.
    Chika Dior lagi best ^^

  25. dira Says:

    bunga chika lestari..bestnyeeeee..romantiknyee….
    i’m happy for u..

  26. azmamusa Says:

    romantic tul…. ‘mmg comel perbuatan mengkirim bunga itu….’ lg comel bila si isteri nk nangis satu sungai… klu sungai tu lalu kuala kangsar, singgah le umah….

  27. Darling Says:

    so sweet..
    atleast boleh tumpang happy..
    i tengah berduka sekarang ni..
    my mistake i think..

  28. nihas Says:

    salam…
    apsal kat sini saya juga terbau2 bunga ros ne….
    ececeh….hihihihi…
    tiada apa dah nak cakap. mmg sweet ler….

  29. zu Says:

    salam…
    romantiknyer doctor hati chika tu…
    pg bangsar k…opos sy dekat je dgn jambu 88 tu..
    klu tau chika pg situ mesti bes dpt jumpe…take care

  30. anot Says:

    aku tak tau nak komen ape lepas bace2 komen mereke2 semua ni..

    hahahahha!!

    selamat hari raya !!

    anot Reply:

    oh lpe. bunga ke lestari [nama kumpulan jiwang leleh2 zaman dulu] ke citra-warna ke apa ke.. ko tetap seorang dior..

    awak ni sakai tau!

  31. cemut Says:

    so romentik….waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berdarah idung..

  32. dib Says:

    nanges!!huuuu~comel la…

  33. angel_baik Says:

    chika tgh main bunga kah?..

    chika Reply:

    ha ah

Leave a Reply