Ibu Mertuaku

Khamis lalu.

Emak mertua telah menjemput anak menantunya dari kediaman untuk di bawak berjalan-jalan ke rumah sanak-saudara. Sungguh comel aktiviti tersebut. Emak mertua saya energetic orangnya. Seorang pemandu yang masih hebat. Seorang emak yang comel sekali dan suka bercerita. Eh bercakap pasal comel, patutlah suami saya pon comel sekali sebab emak dia comel. Bini pon comel juga tumpang sekaki tak nak kalah macam biasa. HAHA. Jangan biarkan Chika tergelincir kang entry neh intro lain ending lain.

Emak mertua cakap, sanak-saudara telah mentuduh emak menyembunyikan menantu. Bukan emak mertua sahaja dituduh sedemikian rupa. Emak saya juga dituduh atas tuduhan yang sama. Err. Itulah siapa suruh sehari lepas majlis terus fly jauh meninggalkan tanah air.

Untuk memendekkan cerita, saya telah dibawa ke beberapa buah rumah. Dimulai dengan kediaman kenalan emak mertua saya di Keramat. Kemudiannya ke rumah Mak Long di Setiawangsa dan akhirnya ke Gombak. Bertemu emak saudara di sebelah arwah bapa mertua saya.

Menyeronokkan sekali. Tak percaya telah melalui fasa ini dalam kehidupan yang belum lanjut ini. Eceh. Jumpa saudara mara dan diperkenalkan sebagai seorang menantu merupakan satu pengalaman yang berharga. Namun demikian, menerima pertanyaan ‘Hizwani tak balik sama?’ sungguh menikam kalbu &^%#$* Well, what to do. My husband has nothing to do with Malaysia T______T Kejap. Mana aku dapat idea membuat statement My husband has nothing to do with Malaysia neh?Aik?

Saya tidak tahu bagaimanakah sepatutnya hubungan mertua dengan menantu. Sebab tiada garis panduan dalam membentuk hubungan antara mertua dan menantu. Ia bergantung kepada keadaan. Atau lebih thrill, ia bergantung kepada nasib.

Mungkin anda beruntung sebab emak mertua melayan anda bagaikan Tuan Puteri. Datang rumah emak mertua basuh tangan sahaja takyah basuh pinggan. HAHA. Mungkin juga anda bertuah sebab emak mertua anda tidak peduli kalau anda terbaring tergolek di ruang tamu dari jam 10 pagi sampai jam 5 petang. Pastu kejap lagi emak mertua datang bawak pencuci mulut. Itu kalau bernasib baiklah dapat emak mertua penyayang tiada tandingan lagi.

Kalau dapat emak mertua yang bukan sahaja tidak ingin menghidangkan pencuci mulut, malah anda yang dicuci berkali-kali sehari, tak boleh duduk menonton tv kang kena lastik, atau lebih dahsyat, rumahtangga anda dikuasai emak mertua. Cukup pedih hakikat tersebut NAMUN jangan sesekali bertindak luarbiasa ke atas emak mertua tersebut.

Emak mertua adalah emak kepada suami kita. Eh apsal kau nak derhaka dengan wanita yang melahirkan suami kau? Cannot cannot. Bagi saya, kisah emak mertua garang adalah kisah biasa dalam masyarakat. Konflik emak mertua dengan anak menantu (terutamanya menantu perempuan) adalah satu perkara umum yang bukan aneh lagi. Takyah nak pelik sangat kalau emak mertua tak suka anak menantu. Atau kalau anak menantu tak selesa dengan emak mertua dia. Takyah pelik takyah.

Malah kejadian ini berlaku ke atas emak saya sendiri dulu. Arwah nenek saya err… garang. Bukan garang macam garang-garang manja. Memang garang secara betul. Anak menantu jangan harap nak duduk menonton Cerekarama sambil menghirup minuman panas di depan TV. Jangan harap boleh bangun lambat pastu basuh tangan, makan. Tapi saya kagum dengan emak saya sebab sangat mentaati emak mertuanya yang garang tersebut. Atau dalam kata lain, arwah nenek saya.

Bagi saya, peranan suami penting. Kalau suami pon kaki derhaka suka lawan cakap emak dia, tak mustahil isteri pon tumpang sekaki jadi derhaka sama. Tapi cuba kalau suami jenis yang mentaati emak dia. Langsung tak berani angkat muka. Seperti bapa saya contohnya. Sumpah tak berani langsung angkat muka dengan arwah emak beliau. Kalau arwah nenek saya marah-marahkan emak saya pon, bapa saya boleh diam langsung tak pergi jadi Hero tarik emak balik rumah pastu boikot emak sendiri ke apa. Itu koleksi Drama Melayu nama dia. Bapa saya sebaliknya diam tak berbunyi apa. Balik rumah nanti, barulah dia cakap dekat emak saya ; Sabar je. Nanti lama-lama dia suka.

BENAR SEKALI.

Lama-kelamaan, emak saya menjadi menantu terbaik dihatinya.  Sebab emak tak pernah melawan. Emak kata, dia tak berani nak melawan sepatah kata pon sebab melihatkan sikap bapa saya sendiri yang sungguh taat dengan ibunya. Simpan satu pengalaman yang saya belajar sejak saya kecil tentang hubungan emak saya dengan arwah nenek saya : Orang tua ni kau jangan lawan dia. Jangan lawan dia secara gusti atau secara kasar. Lawan dia secara halus. Kau tunduk saja dengan kehendak dia. Telan saja apa kata dia (I bet, emak mertua kalau paling marah pon tak akan sampai menembak peluru sesat dekat kita. Sebab dia pasti tahu akan hakikat yang kita ni wanita kesayangan anak dia. Apsal dia nak musnahkan kita pulak?)

Emak mertua ni kadang-kadangnya dia mencari pasal dengan anak menantu tanpa sebab. Sekadar mengikut budaya. Memang dah budaya menjadikan bahawa emak mertua mesti kena kerek dengan anak menantu. Sebab itulah dia pon nak kerek juga walaupon tiada sebab sangat. Sebab itulah abaikan. Anggap sahaja konflik dan ketidakselesaan dalam hubungan mertua-menantu satu budaya yang sebenarnya bukan apa-apa. Tapi kalau kau layan atau suka nak lawan, I bet! Bukan sahaja emak mertua terus berkeras hati dengan anda, malah akan mengganggu hubungan anda dengan suami.

Sebab satu hakikat tentang lelaki : Jangan sesekali bercakap tak baik tentang ibunya.

Habis hubungan Chika dengan emak mertua?

Alhamdulillah. Saya senang sekali setiap kali bertemu emak mertua saya (sebab beliau comel) HAHA. Betul tidak menipu anda. Emak mertua saya kuat bercerita dan sesekali pandai mengusik secara yang tidak disangka-sangka.

Emak mertua saya jenis yang up-to-date. Tidak berciri makcik kampung maksud saya. Beliau bercakap secara educated. Kalau berbual dengannya, jangan harap ah kau nak cakap pasal gulai masak lemak atau cara-cara menjahit manik. Sumpah mak mertua I tak join perbualan sedemikian rupa. HAHA. Beliau berbual tentang isu semasa. Pastu kadang-kadang saya tak updated pon dengan kes di Malaysia. Habis kantoi. Ha padan muka kau, Chika! HAHA.

Namun saya tahu, beliau seorang yang strict. Kalau dah janji, jangan lambat. Kalau lambat sikit, memang nahaslah tercuak-cuak jantung berdegup kencang. Boleh bergurau dengan beliau tapi sumpah tak berani bergurau berlebihan. Bergurau setakat mewujudkan suasana sahaja. Kalau kata nak bergurau bertepuk tampar itu, please be in control (eh tagline Brylcream!) Namun demikian, saya rasa inilah mungkin cara yang sepatutnya wujud.

Pertama, ia menjamin rasa hormat antara menantu dan mertua. kalau emak mertua banyak bagi muka dekat menantu, nanti wujudlah fenomena menantu pandai basuh tangan tapi lupa nak basuh pinggan.

Kedua, emak mertua pon perlu bersosial dengan menantu. Saya suka emak mertua saya sebab energetic. Berjalan keliling KL pon beliau bertenaga sahaja. Sebut sahaja kompleks membeli-belah di KL, jalan-jalan yang wujud di KL atau apa ceruk pelosok pon, pasti beliau tahu. Sudah beberapa kali saya berjalan-jalan bersama emak mertua saya. Enjoy. Memang enjoy sebab emak mertua saya pandai berjalan dan yang penting, pemandu yang hebat.

Ketiga, untuk mengelak kejadian tidak diingini di hari depan, eloklah jika kita jarang-jarang sekali bertemu dengan mertua kita. Sesekali bertemu barulah bercerita itu ini. Dan jangan lupa, kena pandai bersembang mengikut personaliti emak mertua anda. Kalau emak mertua anda jenis minat menjahit, buat-buatlah bercakap tentang saiz jarum atau warna benang ke apatah lagi. Takyah bukak kisah enjing empat lejang kang dia bosan abes kita sendiri yang makan hati. HAHA.

Keempat, emak mertua saya bukan jenis yang mushy mushy (memetik kata-kata husband saya). Kalau dia tidak suka, dia tidak menunjukkan kebenciannya secara nyata. Tidaklah jenis menghamun menantu ke apa. Atau kalau kita datang dia tarik muka empat belas ke. TIDAK SAMA SEKALI. Tetap akan melayan orang dengan baik. tetap akan bukakan pintu. Tetap akan sediakan makan. Tetap akan cakap ; Nurul takyah basuh pinggan nanti mak basuh. Kalau beliau suka pon, tidak akan sesekali memuja-memuji kita di khalayak ramai seperti perbuatan emak mertua dalam filem melayu korporat. Cerita sana sini menantu baik, menantu cantek, menantu pandai menjahit manik, menantu ada blog, menantu hebat main FB atau pon menantu pandai mengarang entry dalam blog. Eh ni ciri-ciri siapa pulak neh? KAH KAH KAH. Itu contohlah. Contoh. Emak mertua saya memang bukan jenis seperti itu. Yang saya tahu, selagi kedatangan saya dan pertemuan kami boleh menjana senyum dan membuatkannya bercerita itu ini kepada saya, selagi itulah saya berasa cukup dah. Senang hati dah. Tak harap emak mertua pergi puji bagitahu rakan-rakan bahawa anak menantu pandai menjahit manik. CEH. Mana ada aku menjahit manik pon HAHAHA.

Malah saya tidak perlu bertanyakan pendapat sesiapa pon samada emak mertua saya suka saya atau tidak. Sebab hubungan mertua-menantu itu sesuatu yang rumit to define. Yang saya tahu, selagi pertemuan kami mewujudkan suasana gembira, selagi itulah saya berpuas hati. Dan selagi suami tidak membuat komplen tentang sikap saya terhadap emaknya.

Tiada tips untuk mengambil hati emak mertua. Sebab seperti yang telah saya katakan, kerumitan hubungan menantu-mertua itu dah jadi macam satu budaya. Kesukaran akan wujud tanpa sebab. Suka atau tidak suka bergantung kepada kehendak emak mertua sendiri yang kadang-kalanya lahir tanpa sebab. Tapi bersikap baiklah selalu. Jangan tunjuk perangai buruk depan-depan. Ambil hati dan belajarlah berbual dengannya.

Saya bersyukur kerana tidak dikurniakan emak mertua yang garang dan membenci kita depan-depan langsung tak bagi muka. Emak mertua saya baik hati dan mudah tersenyum. Wah, lega hatiku. Saya bersyukur sebab emak mertua saya energetic dan sungguh steady. Saya bersyukur sebab emak mertua saya bukan jenis emak-emak yang suka mencampuri urusan rumahtangga anak-anak. Saya bersyukur sebab emak mertua saya bijakbestari pandai menguruskan macam-macam perkara. Saya bersyukur sebab emak mertua saya cantek dan menghasilkan anak lelaki yang cantek sekali. HAHAHA. Maksud saya, bersikap cantek. Dan anaknya yang paling comel dihatiku. Saya bersyukur sebab emak mertua saya masuk meminang saya untuk anaknya dan mengahwinkan anaknya dengan saya. Yahoooooooo. Kalaulah dia tidak izinkan, habis. HAHAHAHA. Terima kasih emak sebab mengizinkan kami berkahwin. HAHAHAHAHAHA Apsal boleh ending keluar statement neh? HAHAHAHAHAHAHA Chika keluar skang!

Semoga emak mertua saya sihat-sihat selalu dan bergembira atas kegembiraan kami. Amin. Syurga suami tetap terletak di bawah kaki ibunya. Dan syurga isteri ada pada suaminya. Pandai-pandailah adjust.

Recent Entries

42 Responses to “Ibu Mertuaku”

  1. cik ayza Says:

    adoi..ending rs nak guling okeh..

    mak mertua chika sporting juge..eceh,br ckp beberapa patah perkataan je pon..poyo aku nih..

    chika Reply:

    saya bersyukur sebab emak mertua saya baik dan berbual elok dengan saya :)

    cik ayza Reply:

    waaa..aku 1st..lama tak jd 1st..nyiahahaha

    sy juge berharap agar mendapat mak mertua baik dan berbual elok dengan saya..

    astri'sha' Reply:

    sayaaaa ponnnn samaaaa :)

  2. madiera Says:

    cara chika menganalisis sesuatu sungguh ajaib.
    Pandai chika mengwujudkan suasana dgn mertua…syabas..!! hehe …

    mmg betul hub. mertua n menantu ni agak complicated….. dan sangat thrill….
    kene pandai amik ht….

    btw…. just like the way u r … cheeers

    chika Reply:

    Tidaklah. Saya menceritakan pengalaman sahaja yang tidak seberapa. Disertakan dengan pendapat peribadi yang segelintirnya tidak tepat. HEHE

  3. izzah Says:

    hehe raye taun ni rye dimn?erk

    chika Reply:

    susah untuk dijawap.
    :D

  4. nawal Says:

    saya dapat lihat chika sedikit reserved dalam menjawab komen. emm.kenapa ye?

    tapi chika sangat bertuah dapat mak mertua seperti itu. chika sendiri tau. moga2 anak kalian jadi cucu kesayangan . hoho.

    chika Reply:

    sebenarnya saya mempunyai kesulitan menjawap komen skang ni. Jadi malas lagi2 bila tengok komen dah berderet. HAHA. Ikutkan hati nak jawap semua.

    insyaallah.

  5. nadhirah Says:

    btol org ckp..,kbyakn kta akan smakin matang slps bkahwin..
    mcm chika.. ;)
    i je xbrapa nk center g..haha asyik kna mrah ngan mak.. =p

    chika Reply:

    Dah kawen nanti pandai-pandai sendiri nak adjust diri. Sebab hal rumahtangga ni personal sangat. Kena discover sendiri. Tapi eh jangan kata begitu. Saya pon taklah matang mana. HAHA. Cuma kalau dah kawen tu akan terautomatik tahu itu ini.

    nadhirah Reply:

    yalakan…lgpun smua 2 sbuah t/jawab! =)

  6. anasxz Says:

    huhu..
    (perkataan awal yg selalu sy guna untuk, mengawal keadaan agar tidak cuak untk conteng komen kat sini)

    bagus sangat apa yg puan chika bagitau. sememangnya begitu yg laki harapkan kepada isterinya, berbaik dan berkenal kenalan dengan emaknya.

    bukan senang, tak boleh nak menunduk sgt pujian mak mertua, tak boleh nak melangut tinggi sangat pujaan mak mertua.

    macam yg dikata, ikut budaya, kalau disuruh cuci tangan sj, itu hanya sapaan, bukan suruhan. kalau buat2 kemas ruang tamu, disuruhnya tak yah la susah2, itu hanya sosialan mak mertua, kena lah pandai2 amik hati kan.

    mmg penting dan sgt penting hubungan mertua dengan menantu. dan yg paling penting hubungan tak semudah untuk menjadi baik yg seperti yg dikata.

    tak selalu jumpa mak mertua pun satu tips menarik juga, kalau begitu, kena la jrang balik kampung.

  7. lyana si permaisuri Says:

    ayat yang penghabisan tu.
    “Pandai-pandai Adjust’ Gilerrr ahhh bermakna siot.

    Sbb banyaknya daripada kita (segelintir mybe)
    adjustkan term tu jadi cam ni

    “syurga ibu mertua bawah tapak kaki dia
    syurga suami bawah tapak kaki dia jugak”

    Woooh Jahanam macam nih.
    So cepat2 semua adjust betul terma2 tersebut.

    My mom also facing the same situation as ur mom did. Bukan menantu kesayangan at first. But lama-lama. My Mom made miracle. Smpai hujung nyawa pun arwah nenek tetap pilih my mom untuk jaga dia. Fuhhhh terharu betol..

    chika Reply:

    maksud saya pandai-pandai adjust ialah : Pandai-pandai letakkan diri untuk berkesinambungan dengan dua hakikat syurga tersebut :)

    emak mertua mmg suka uji menantu la i think. Dah lah tempoh ujian dia panjang. HAHA.

    ciare Reply:

    yeke mak mertua suke uji menantu?? ujian yg camne chika..contoh sket :P

    haishhhh camnelahh UJIAN yg bakal ku lalui nanti yekk..oowh debar2 rasa nak pecah berderai jantung takot mak mertua tak suke kite T_____T

    lyana si permaisuri Reply:

    perempuan mesti kena tahu kedudukan dia selepas bernikah.

    Yang first suami
    kemudian mertua
    baru ibu dan bapa sendiri.
    (kalau sy silap harap perbetulkan)

    ramai jugak yg tak realised benda ni. Last2 lepas kahwin emak dia jugak nombor satu. Suami dengan mertua dia campak pegi nombor berapa ntah. Ish Ish Ish Na’uzubillah.. Mintak jauh sifat macam nih.

  8. ijat Says:

    nasib baik ni versi mak mertua sangat baek punyee..kalau versi ibu mertuaku macam cerita p.ramlee tuh..minta ampun.. :p

  9. ortho Says:

    tebaek lah entry ini. mendidik secara tidak langsung.

    ortho Reply:

    *terbaek

  10. yonnaism Says:

    mak mertua u kecik je kan :D ngee mcm cina. sangat putih ok! elok la u kecik,mak mertua kecik. 2-2 suka berjalan keliling KL (kecuali masjid india mungkin) hahahha..

    takde gambar dengan ibu mertuamu? hehe
    beliau dah umur brape eh?
    still cergas eh

  11. hidayah yassin @ dee83 Says:

    selalu akak fikir adakah satu masa nanti diberikan atau dikurniakan dengan mak mertua yg garang atau yang sebaliknya? tapi betullah kata nurul tu…sukar untuk dimengerti… dulu2 mak ngan nenek akak (mak abah akak) nak kata tak sebulu, tidak jugak…nak kata rapat pun tak sebab kata adik ipar dia (adik abah akak paling bongsu), nenek akak ada menantu feveret…

    akak tak suka dgr macam tu sebab akak rasa ada jurang yg sgt2 besar antara perhubungan mentua dan menantu… dan sekarang macam nenek akak tu boleh2lah dengan mak akak…bila dah kata ada menantu feveret kami2 ni pun terasa tempiasnya jugak. menantu feveret tu pulak entah kemanalah agaknya ye?

    harap2 walau siapa pun mak mertua yang kita terima biarlah kita dapat dan cuba berkomunikasi dgn dia sebaik mungkin. ye, betul kadang2 takde sebab pun boleh bertelagah lepas tu masuk hal2 rumahtangga anak2…moga2 dijauhkan sampai macam tu…

    p.s.: akak doakan kebahagiaan nurul dan seluruh keluarga terutama kelurga nurul yg baru dibina ni…amin3…

  12. cik puan muda xaida Says:

    Emak mertua saya pon alhamdulilah. x mengecewakan. Apa yang penting….!!!! Respectful each other. Amalkan amalan ini “Semakin hari semakin sayang”. hahahaha..

  13. missivasaionji Says:

    ~ibu iva juga melalui fasa seperti ibu chika…permuLaan anak menantU yg sukar satu masa duLo..Alhamdulillah sekarang disayangi…iva juga akan mempunya ibu mertUa..syukur juga bakaL ibu mertua iva juga baik dan xakan dilabel dengan keganasan rumahtangga..hehehehe…yup iva setuju dgn kata2 chika tuh…SEMUA..sebab ibu mertua sebenarnya dah macam ibu sendiri..kena hormat n sayang …~

  14. azmamusa Says:

    betul betul betul……
    ape yg betul…?
    setuju ngan pendapat chika…bagus la chika ni… baru bbrp bulan nikah dh mampu buat analisa yg mantap. smoga jodoh dan kebahagiaan kalian kekal selamanya…

  15. Finie Says:

    Chika, bagusnya entry ni. Boleh buat rujukan bila nak jumpa dengan mertua. Saya dah sedar sekarang… Emak mertua adalah emak yang melahirkan suami kita, tanpa beliau, tak akan wujudlah anak beliau… sob sob… (tetiba rasa terharu pulak…)

  16. kdee Says:

    mak mertua cm scary je..huhu.takot la nk kawen

  17. Lee Says:

    hehehe..bestnye dpt mertua yg comel!!

    chika n kwn2..jgn lupe ke walimah saya okeh..

    thanks!!

    walimatulurus.fazdli.com

  18. angel_baik Says:

    salam chika.. dalam makna betul entry kali nie, sampai merangsang jari jemari nak menaip komen.. actually bukannya nak komen per pun, just lately nie dah terasa chika dah makin ‘dewasa’… dah jadi budak besar.. hehe…
    it’s a good thing… :)

    all the best untuk chika… forever….

    yonnaism Reply:

    chika dah jadik budak besar,tp masih mengekalkan saiz tapak kaki yg sama :p

    cik ayza Reply:

    xlama lg jd besar yonna..
    u tengokla nanti..gerenti punyer..

  19. asanrivas Says:

    huhu, sejuk ati mak mertua kamu kalo terbaca ini;)

  20. bozzo Says:

    untungla chika dapat mak mertua yg best…memang untung sgt…

  21. lyana si permaisuri Says:

    Macam nak komen banyak kali pulak dekat entri ni.
    Sebab suka. Sebab ia penuh makna.

    I memang tak kahwin lagi. But sepanjang hidup I, I memerhati pelbagai karenah mertua dan menantu in real. Kadang-kadang takooot giler pon ada..

    Itu belum masuk hubungan ipar duai lagi. Seram seeh.

    cik ayza Reply:

    btol..btol..ipar duai pon agak mentakotkan juge..fuhh..moga2 dapat ipar duai yg sekepala..takde hasad dengki..huhu

  22. cujie Says:

    amat setuju sekali… just anggap MIL ni mcm mak sendiri… segalanya lebih mudah

  23. ilyanie Says:

    entry ini sangat perfect!
    sangat menampakkan kematangan anda Chika hehe

    erm nanti kalau da berumahtangga, pasti otomatik akan tahu macam mane wujudkan suasana dengan mertua kan?

    =)

  24. nono Says:

    eheh macam2 la awk nie chika. comel je.. and mentuduh yang tak tahan tu.. baris pertama, perenggan ke2 :)

  25. marissa Says:

    mak mertua saya depan baik sekali..tp hati nya tak ikhlas dgn saya…sebab dah terlampau lama simpan dalam hati satu hari dia terjah..katanya saya tak pernah nak tinggal cucu dgn dia..
    mcm mn nak tinggal..anak saya hyperactive, mak mertua pula sering sakit dan perlu rehat..tapi dia tak nak terima ..saya tak boleh terima dia salahkan ibu saya pula,katanya ibu saya nak control..saya terpaksa tinggalkan anak saya sebab sering outstation..suami pula tak ambil tau pasal anak..sbb suami saya dimanjakan oleh ibunya sampai satu kerja pun tak tau nak buat…ibu mertua kata saya jarang balik kg..tapi dia tak sedar yang setiap bulan saya balik..suami pula raya tahun lepas dia balik rumah saya, yg lain semuanya saya mesti blk rumah mertua..saya fedup perangai ibu mertua tapi saya masih berdiam diri…

  26. princess Says:

    besh arrr…. klu balik mak mertua kene jd org gaji ganer? sampai gugur plak tue….

  27. TenangSudey Says:

    sebuah catatan yang menarik…

    Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung

Leave a Reply