Redha Itu Indah Tapi Bukan Mudah
Saya menonton Nasi Lemak Kopi O pagi ini. Buat pertama kali rasanya, saya melihat wajah isteri Ustaz Akhil Hayy. Cantek.
Terus-terang, sebenarnya saya tak mengikuti perkembangan artis. Siapa kahwin siapa. Siapa bercerai siapa. Siapa bergadoh cakar muka tarik rambut baling dalam swimming pool ke apa semua saya tidak berapa tahu. Kalau tahu pon kadang-kadang sebab terbaca sepintas lalu atau ada orang bercerita. Well, girls memang like that kalau hang out semua isi dunia dia nak ulas. HAHA.
Saya terkejut juga pagi ini bila isteri Ustaz Akhil tampil di TV9 tentang kes tuntutan cerai. Ya Rabbi. Untuk pengetahuan semua, saya pon seperti kebanyakkan orang memanglah suka dengar ceramah Ustaz Akhil. Ingat dulu dekat Kolej Matrikulasi Jawa. Eh, Johor. Sanggup saya dengan Athirah outing keluar town (yang tak berapa nak town tersebut) mencari kaset-kaset Ustaz untuk hiburan waktu malam sambil prep. Alim sekali. HAHA. Sumpah menseronokkan koleksi ceramah Ustaz. Isi ceramah yang penuh humor, santai, you can smell the teen spirit ECEH dan penceramah handsome. Eh. Saya tak bermaksud.
Daripada rancangan pagi tadi, saya mempunyai beberapa pandangan peribadi saya. INGAT. Pandangan peribadi yang mungkin tidak sesuai diambil oleh sesiapa pon sebagai satu fakta. Ini bukan fakta. Ini pandangan dan kefahaman saya.
Tentang isteri Ustaz. Bagi saya, kemunculan beliau di TV 9 tidak patut dijadikan pertikaian. Eh apsal isteri Ustaz nak keluar TV? Buat apa nak buka pekung di dada? Kan dah cukup didikan agama, apsal tak boleh kawal emosi? Sumpah tidak matang sama sekali para pemanggil pada pagi ini. Itu bukan point dia.
Bagi saya, saya admire juga cara isteri beliau. Kenapa?
- Cara beliau bercakap, sangat tenang. Tidak melenting malah tidak memburuk-burukkan Ustaz. Walaupon saya sesama wanita ni faham sangat dalam hati hanya Allah yang tahu. Tapi sikit pon dia tidak memburukkan suami dengan kata-kata yang menghina atau menyalahkan satu sama lain. Apa yang dinyatakan sekadar perkara untuk mendapatkan haknya sebagai seorang isteri dan untuk anak-anaknya.
- Mungkin ada berpendapat dia membuka pekung di dada. Masalahnya, berada dalam situasi dia kita barulah boleh faham agaknya bila suami tidak pulang ke rumah, menghilang tinggalkan kita dan anak-anak dan tidak memberikan apa-apa jawapan.(wallahualam lah hanya mereka berdua yang tahu) Kita ni manusia biasa. Biar saya ingatkan sifat-sifat manusia biasa. Kita ada emosi, kita boleh buntu dan kita berhak untuk memperjuangkan kehidupan sendiri. Tidak kira siapa kita. Tidak kira kita isteri kepada seorang artist atau isteri kepada seorang Ustaz. Kita manusia, kita ada emosi. Kita wanita, kita tetap ada naluri kewanitaan.
- Menurut isteri Ustaz, beliau sudah pon redha sekiranya ditakdirkan yang dia akan bermadu dengan penyanyi yang digosipkan dengan Ustaz. See. Sampai ke tahap itu. Tapi malangnya Ustaz tidak tampil memberikan respon. Anda fikirkan. Tiada wanita dalam dunia ini boleh terima hakikat bermadu. TIADA. Maka bersyukurlah dan berbahagialah bagi suami yang mana isterinya redha atas hakikat tersebut.Wallahualam. Saya tidak suka bercakap tentang hakikat poligami. Sebab dalam setiap diri wanita, hakikat poligami sungguh menyakitkan. Tapi menidakkan poligami itu haram. Maka saya ingatkan juga kepada wanita, untuk menjaga hati sendiri dan menjaga akidah terhadap hukum Allah, jangan mudah membara bila bercakap soal poligami. Paling mudah, jangan suka membangkitkan isu poligami. Sumpah saya tidak suka bercakap soal poligami walaupon secara gurauan. Sebab ianya menyakitkan tetapi tidak boleh dinafikan hakikat akan HALAL nya poligami.
- Detik paling sedih baginya menurut isteri Ustaz, apabila dia langsung tidak mengetahui di mana suaminya berada sedangkan artist yang digosipkan dengan Ustaz boleh lepak makan malam sana sini dengan Ustaz. Pedih kan?
- Sekali lagi, saya tetap admire cara isteri Ustaz yang menampakkan ciri-ciri baik dalam didikan Ustaz sebagai suaminya selama ini. Beliau tenang walaupon banyak kali menitis air mata. Tidak mengucapkan yang buruk-buruk malah mendoakan dan mengucapkan tahniah ke atas kejayaan artist wanita yang terlibat dalam rumahtangganya sekiranya mereka dijodohkan kelak.
Ada pulak pemanggil yang menghubungi TV9 dan mengajukan soalan aneh bagi saya : Sebagai isteri seorang Ustaz, saya yakin Puan mendapat didikan agama yang secukupnya. Seharusnya situasi sebegini tidak menjejaskan Puan langsung.
Wuttaaaaa???
Okay. Saya suka jawapan Farah Adiba (pengacara rancangan) yang mengingatkan kembali penonton tentang kejadian antara Rasullullah SAW, Fatimah RA dan juga Ali. Bila mana pada suatu hari Fatimah anak Baginda datang mengadu tentang kesedihannya tentang Ali yang mahu bernikah lagi. Baginda Rasulullah pon berjumpa Ali dan menyatakan bahawa kesedihan Fatimah turut menjadi kesedihan Baginda.
Dari sini, kita nampak bahawa hakikat manusia itu dijadikan dengan emosi. Manusia berhak sedih. Dan bersedih atas kejadian-kejadian sebegini bukan satu kesalahan.
Situasi sebegini akan menjejaskan mana-mana isteri pon. Dan bukan satu kesalahan bagi para isteri berasa terguris, sedih dan mendapat gangguan perasaan. Hanyalah jika anda berada dalam tempat seorang isteri anda akan faham macam mana pentingnya kedudukan suami dalam hidup seorang isteri.
Sebab itu bila terkena dalam situasi sebegini yang melibatkan keretakan rumahtangga, paling sukar adalah bagi pihak isteri. Saya yakin, hampir kesemua isteri menyerahkan sepenuh kehidupannya kepada suami pada hari dia dinikahi. Malah seorang wanita itu mampu memberikan kesmeua kasih sayangnya kepada suami sampai ke tahap paling tinggi yang boleh dilakukkannya. Percayalah dengan satu hakikat ; Cinta wanita sebelum dan selepas kahwin itu tidak sama. Sebab cinta wanita akan menjadi terlalu besar hanya selepas perkahwinan. Tidak percaya, saksikan sendiri kasih sayang isteri anda kepada anda.
Dari kes Ustaz dan isterinya ini, saya rasa boleh disimpulkan sebagai :
- Kita semua manusia biasa yang tidak akan lari dari membuat kesilapan. Seorang Ustaz juga merupakan seorang manusia biasa. Dengan naluri sebagai manusia biasa. Dengan kehendaknya sebagai manusia biasa. Dan dengan nafsunya terhadap wanita sebagai manusia biasa.
- Seorang isteri akan jatuh kemuliaannya bila menceritakan walau satu keburukkan suaminya pada orang lain. Cakaplah yang baik-baik tentang suami. Yang buruk itu simpan saja dalam rumahtangga sendiri. Sebab bagi saya, terlalu buruk sikapnya bila seorang wanita bercakap keburukan suami.
- Semua wanita perlu mengetahui haknya sebagai wanita. Bersuara bukan satu kesalahan. Mungkin menampilkan diri itu perlu bagi wanita untuk menjaga aib dirinya sendiri. Lumrah hidup. Keburukan wanita itu mudah sangat dilihat orang berbanding keburukan lelaki.
- Meletakkan kepercayaan kepada suami sendiri adalah sikap terbaik dalam rumahtangga. Tidak kira jika satu hari kelak pon kita dibuktikan bahawa kepercayaan kita itu sia-sia. Seharusnya kita tidak akan terkilan kerana percayakan suami sendiri. Sebab kepercayaan yang kita letakkan itu akan memuliakan martabat isteri itu sendiri. Tiada seorang manusia pon akan kelihatan terhina hanya kerana penganiyaan.
- Wanita yang baik dihasilkan oleh suami yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Dengan menghasilkan isteri atau suami yang baik ini, insyaallah apa juga masalah dan keretakan yang bakal timbul kelak tidak akan menyebabkan kemusnahan dalam peribadi kita. Sebab kita tahu, isteri yang baik hasil didikan kita tidak akan mengaibkan kita dengan fitnah. Begitu juga sebaliknya. Walaupon dalam keretakan (seperti kes Ustaz dan isteri)
Saya touching betullah dengan kes-kes sebegini. Lagi-lagi dalam kes di mana masih wujudnya kasih sayang dalam diri salah seorang. Tapi itulah. Jodoh akan sentiasa menjadi rahsia Allah.
Pupuklah yang baik-baik dalam rumahtangga. Sebab tiada satu kebaikan pon yang akan buat kita terkilan kelak. Macam kata isteri Ustaz, apa pon terjadi dia tidak akan terkilan. Sebab ini takdir buatnya.
Saya pon tidaklah bertujuan menyalahkan Ustaz. Sebab beliau juga lebih tahu.
Lelaki perlu sedar satu hakikat. Bahawa hati wanita adalah fragile. Sedikit gangguan boleh memberi gangguan yang terlalu besar bagi kebanyakkan wanita. Jangan kerap mencabar hatinya. Sebab kalau sudah banyak kali pecah berderai, tidak mustahil satu hari kelak selembut-lembut hati pon boleh jadi sekeras-kerasnya. Ini hakikat.
Dan pada pagi ini, saya menjadi terlalu rindukan suami saya yang tidak ditemui sudah hampir dua minggu. Saya sayangkan suami saya dan saya yakin saya tidak akan menyesal atau terkilan. Sebab tiada siapa yang memaksa saya mencintainya. Saya mencintainya kerana perasaan saya sendiri. Saya memberikan kasih sayang buat suami saya kerana kehendak saya sendiri. Saya mahu taat kepadanya hanya kerana dia suami saya. Saya masih dan masih lagi belajar bersabar dan memupuk yang baik-baik sahaja dalam rumahtangga. Saya tahu ada kalanya saya terlanjur tindakan. Kurang berfikir dan terlalu taksub dengan emosi sendiri. Sebab saya manusia biasa. Salah satu prinsip baru hidup saya sejak bergelar isteri : Saya akan lawan dan menentang siapa-siapa sahaja dalam dunia ini. Tapi tidak kepada ibubapa dan suami saya. Saya tidak memerlukan restu dan redha orang lain untuk membentuk hidup saya. Sebab redha dan restu suami juga ibubapa adalah paling penting.
My dearest Husband,
Please forgive me for everything I’ve done. I love you and I will always do. Lillahi taala nawaitu.




May 24th, 2009 at 11:29 am
chika, sangat touching lah baca entri ni.
ini adalah entri PALING TERBAIK dari semua entri yang baik dlm blog chika
***** LIMA BINTANG!
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:53 am
Alahai.
Terima kasih sebab baca.
:)
May 24th, 2009 at 11:33 am
sedih kn?
tula…hakikat yg kene taw,aty wanita mmg fragile.
Mane mungkin tak terguris tak tercalar bile kes mcm ni jd..
isteri ustaz sgt tabah.
moge Allah merahmati hidupnye kelak.
Psl ustaz n artis 2,ape yg mereka buat hnya Allah saje yg taw..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:49 am
eiii alangkah pedihnya bila suami tinggalkan rumah. Tak boleh imagine.
May 24th, 2009 at 11:44 am
Saya pun de tgk rancangan tu pagi tadi..
Memang sumpah sedih..
Rasanya isteri dia tu dah cukup baik..
Lain lah kalau isteri dia tu mengabaikan ustaz tu ke apa ke..
Mungkin boleh diterima lagi..
Bila hati dah dibuai cinta..Err,mungkin la..
Memang pedih bagi seorang isteri untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi..
Tapi menidakkan poligami bermakna menidakkan hukum ALLAH..
So,pasrah je la ^_^
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:45 am
TApi itulah. BAik pada pandangan kita belum tentu pada pandangan suami. Hanya dorang je tau apa berlaku. Apa kurangnya dan sebagainya :)
May 24th, 2009 at 11:53 am
Allahu akhbar..
Semoga Allah berkati hidup kita semua..
Semoga DIA sentiasa sayang pada kita..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:38 am
Amin.
semoga kita dijauhkan daripada ujian seberat ini dan dari ujian yang kita tak mampu pikul.
May 24th, 2009 at 12:19 pm
chika ni boleh jadi kaunselor tahu ? sangat boleh.. chika lagi berapa hari di kl ?
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:36 am
eh tak boleh. Chika ni suka emosi berlebihan. Cannot cannot. HAHAHAH
ada lagi seminggu lebih. Happy nak jumpa suami tak leh sabar dah. tapi sebak jugak sbb akan meninggalkan keluarga di sini T___T kesian emak saya.
May 24th, 2009 at 12:33 pm
Adik Nurul,
Ingat lg ksu, yg htr msg pujukan comel kt fb adik ari tu.
Ari ni, tk dpt tahan.. nk htr jugk ‘contengan’ kt sini. Becoz, this is the best entri yg akak pernh baca. Sgt bagus dan matang sekali. Lebih bagus dr entri pasal ’show off dlm blog’ itu hari, yg akak rasa dh cukup bagus.
Take care dear!
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:35 am
Ingat ingat. Insyaallah saya ingat smeua nama yang penah hantar komen :)
alahai. terima kasih sebab sudi baca entry entry superpanjang saya. HAHA.
May 24th, 2009 at 12:43 pm
Quote “saya tidak suka bercakap tentang hakikat poligami. Sebab dalam setiap diri wanita, hakikat poligami sungguh menyakitkan. Tapi menidakkan poligami itu haram.”
hoho..so true, kalo tanak ikut sudey, jangan condemn, kan?
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:33 am
bukan setakat JANGAN condemn. Memang benda tak boleh dipertikaikan. Ni tak. Dah tau hati boleh hancur, lagi nak sogok sogok isu poligami.
May 24th, 2009 at 12:43 pm
saya pn kagum dgn cara istri ustaz 2..
slagi seorg lelaki i2 bgelar suami kita,slagi i2lah kta msih dibawahnya..
hmm…sbuah ksah msyarakat..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:32 am
kita boleh ambik iktibar kan?
May 24th, 2009 at 12:57 pm
Salam..
Tengok jugak pagi tadi Nasi Lemak Kopi O tu.
Betul cakap chika, beliau seorang yang sangat tenang.Tidak terlalu EMOSI..
Tapi 1 je persoalan yg saya duk pikir smpai skrg..
Apa lagi seorang lelaki mahukan drpd seorg isteri yg Baik, cantik sangat2, ada anak,bukan sorg tapi 6 orang.
pelik2…
Ermm..maybe ade kekurangannye kan..yang hanya ustaz n isterinye je tahu..
maybe….
yahooo Reply:
May 25th, 2009 at 12:54 am
tak pun, mungkin bukan sebab kekurangannya.
sebab semata2 Allah nak uji.
chepot Reply:
May 25th, 2009 at 1:42 pm
yep.. i agree
akhil dah isteri kan punyai background agama yg kuat? pasti Allah akan menguji hambanya yg kuat pegangan..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:07 am
wallahualam :)
May 24th, 2009 at 1:01 pm
hmm..terlepas plak sy rncgn tu..dh lama nk tgk istri beliau..xsangka kan..tp betol la pe yg chika kata..kita manusia ni mcm2 halnya..ade emosi, n kdg2 ade khilafnya..terpulang pd kita sndr cmna nk tangani segala halangan..
hr ni chika bg tips rumahtgga tu…wahh..ske sy bc..go..go…Chika!
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:30 am
hahahaha.
chika ni apatah dah jadi blogger rumahtangga. HAHA. Yang baik, bolehla simpan. tak tak baik, jangan pakai. Sekadar pendapat sahaja :D
May 24th, 2009 at 1:30 pm
wah..inn ngah kat kmj sekarang :)
amek sc fizikal :)
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:29 am
Akak pon Sc Fizikal.
Praktikum 22.
Blok F al-khawarizmi.
eceh :P
masih sehatkah ikan-ikan kap di kolam belakang blok perempuan?
haha
inn Reply:
June 27th, 2009 at 1:20 pm
gile arh! inn pun blog f :)
tapi inn 4.17…wee~
owh ikan kat blakang tue dah bertambah2 populasi dye.tapi kadang2 ade biawak mamam diorg.cian2…
kadang-kadang inn saje je bg ikan makan roti :)
btw inn praktikum 32 :)
May 24th, 2009 at 1:52 pm
sy dpt tgk sjmpot je kt hujung siaran.ades
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:27 am
saya pon tak tengok dari mula :D
May 24th, 2009 at 2:22 pm
Salam chika… semoga terus berbahagia di samping suami tercinta dan akan menjadi isteri yang soleha dan ibu yang penyayang kepada anak-anak nanti :)
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:26 am
Salam Kak E :)
insyaallah. Amin.
May 24th, 2009 at 3:53 pm
Alhamdulillah,kalau semua isteri mcm u ni insyallah aman dunia,tapi ramai yg tak tau atau buat tak tau bahawa syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami.Dan ramai juga yg buat2 tak tau bahawa isteri paling senang dapat pahala dan isteri juga paling senang dapat dosa.Kalaulah saya dapat isteri yg mcm u atau isteri ustaz tu alangkah bahagianye hidup ni,tapi tak pe saya tetap bersyukur Allah telah kurniakan saya seorang isteri dan anak2 yg berjaya.
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:24 am
Besar sangat pujian saudara. Saya pon banyak buat silap dan selalu menyesal. Tapi takpela. Belajar dan ada niat untuk jadi baik. Doa banyak-banyak nanti Allah lembutkan hati :)
yang penting, suami yang baik akan menghasilkan isteri yang baik. Dan sebaliknya.
Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan isteri dan anak-anak sebab itu anugerah Allah :)
May 24th, 2009 at 5:33 pm
salam..chika mmg pandai wat entry ikut keadaan…sy pn baru tau psl cite ni pg td…betapa la xmengikuti perkembangan…
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:22 am
salam :)
saya tertonton secara tak sengaja juga :)
May 24th, 2009 at 8:02 pm
iye kea…alahai kecian isteri ustaz tu…mmg betul dia tu dari nampak luaran mmg cantik orang nya…anak pun ramai…
APA LAGI SEORANG LELAKI ITU MAHU DARI SEORANG PEREMPUAN?
ALLAH sahaja yang mengetahui segalanya..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:22 am
Dia lagi tahu.
Kita tengok benda permukaan sahaja
May 24th, 2009 at 10:09 pm
ustaz akhil dgn waheeda.
bawa imej tak baik dgn latar belakang diorang macam tu.
kadang2 rasa meluat tengok gambar diorang. kata kawan je tapi apa kes?
tapi isteri Akhil memang kuat semangat.
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:21 am
fitnah akhir zaman.
wallahualam.
May 24th, 2009 at 10:49 pm
betul tak kalau akak kata expectation org pada isteri Ustaz (dalam situasi yang nurul cerita sekarang), sama je macam expextation org pada anak2 alim ulama, pakar2 motivasi, anak dsbnya bilamana keluar cite2 yang anak org tu tak pakai tudung tapi mak ayah dia….bla…bla…bla…pastu anak org itu pakai seksi2…
mula2 dulu akak antara yg terfikir gak, kenapa anak2 org tu macam tu? yelah org yang dikenali kan, sekali buat tak elok semua org nampak n menilai…tanpa selidik… tapi skrg ni bila fikir2 balik, No One Is Perfect… org expect macam2 tanpa berfikir…
macam kes yang sdg berlangsung erm, susah nak komen kan? setiap manusia ni tak sempurna, itu saja…mudah kan?
mak akak ckp, perempuan yang biasanya hancurkan hati perempuan yang lain…sebagai perempuan, kita perlu jugak pasal hati n perasaan perempuan yg lain kan?
takpelah, jadikan pengajaran je…panduan hidup…akak terbaca dlm metro ahad je…tak sempat tgk tv pun…
chepot Reply:
May 25th, 2009 at 1:50 pm
setuju sgt dee… mmg wanita yg biasanya menghancurkan hati wanita yg lain.. itu yg saya sedih sgt…
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:01 am
walaupon wanita memahami isi hati wanita. Begitu kejam.
May 24th, 2009 at 11:36 pm
salam..
akak..
nak tanya..
macam mane nak wat entry password protected ea?
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:21 am
salam.
kalau guna blogger.com, kena masukkan coding (setahu akaklah)
kalau guna wordpress, boleh setting terus as password protected entry.
May 25th, 2009 at 12:04 am
en3 yg sgt2 bgus….=)
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:19 am
:)
cuma pendapat yang tidak sempurna
May 25th, 2009 at 2:41 am
Assalamualaikum wbt,
Sebahagian tanda2 akhir zaman :
Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik.
(Riwayat Ibnu ‘Adi)
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi.
(Riwayat Tirmidzi)
Ulama akhir zaman… apabila berhadapan dengan golongan melakukan maksiat (penyanyi, penghibur, apa saja yang melalaikan ternyata haram hukumnya) Mereka tidak berani menegur apatah lagi menyatakan perbuatan golongan tersebut adalah haram disisi Islam.
Akhil Hayy bertemu dengan penyanyi@penghibur
AF 7. Memberi ‘nasihat’ tetapi tiada 1 perkataan pun keluar dari mulut beliau menyatakan hukum menyanyi sehingga melalaikan adalah HARAM.
Maka timbul FITNAH seolah2 1 org yang digelar “Ustaz” membenarkan perbuatan haram.
Saya kurang pasti bagaimana beliau mendapat gelaran ‘Ustaz’. Adakah selepas berhijrah dari penyanyi rock kepada nasyid atau mempunyai kelulusan dan pendidikan agama yang membawa kepada gelaran tersebut.
Hati2 dengan FITNAH akhir zaman. Walaupun isteri beliau tidak memburukkan suaminya akan tetapi tetap MENGAIBKAN suaminya dengan mendedahkan salah silap maupun kekurangan suami. Dilaknat Allah SWT perempuan begini.
Hati2 soal hukum bukan boleh dikaitkan sebagai alasan soal hati wanita. Mengadulah kepada Allah SWT mengadulah kepada jabatan agama. JANGAN MENGADU KEPADA MEDIA.
InsyaAllah golongan yang memperalatkan agama akan mendapat AIB akibat perbuatan mereka menzalimi diri sendiri apatah lagi bertopengkan agama = memburukkan agama Islam.
Wallahualam…
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:19 am
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pendapat :)
saya setuju tentang perihal beliau yang tidak menasihati secara tidak menyeluruh. Tidak pulak menyebut hakikat menjadi penyanyi dalam islam. Takut dengan hentaman media agaknya.
dan saya setuju juga : Media bukan tempat aduan. Sekarang ni semua benda nak mengadu kat media.
May 25th, 2009 at 4:23 am
saya ada search record rancangan tu kat youtube. tapi tak ada lagi. kat tv9 pun dah lama tak update rancangan tu. :( *nak tengok juga*
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:16 am
tak ada eh?
kenalah baca laporan akhbar :)
May 25th, 2009 at 8:06 am
entry yang perfect!
sangat matang!
sangat touching!
sampai i sendiri dapat rasa kerinduan u kat suami u T_______T
entry terrrrbaik u since u bergelar isteri :)
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:16 am
i miss you like crazy… even more than words can say. ECEH
May 25th, 2009 at 8:43 am
asenye isteri ustad bkn request utk tampil, msti tv station yg approach tuh. bese aa dorg pantang ada cite sensasi..
tp die stuju tampil sbb die pn ada emosi n perasaan… tp tu la..die tak burukkan laki die……dlm paper pn sebut yg baik2…
tp mmg dia tabah la… i tak dpt bygkan if in my case mcm tuh… mcm mana lah nk hadapi hari2 yg bersuami, tp suami tak balik2…. suami kt mana pn tak tau…bkn br setahun dua kawin…
ustad2 jgk. ustad pn manusia… wpn die kate die buat tu utk family ke hape… tp still.. die tak patut biarkan bini dia curiga..he shud make the effort to come back and sooth perasaan bini dia..
mmg bergegar dunia ni bila seorg isteri mintak diceraikan… tp sanggupkan hidup bersuami tp mcm tak bersuami…..
suami bkn utk hari ni smlm atau kelmarin.. suami adalah untuk dunia dan akhirat….
kadang hati pn dh tak mampu… brita suami pn dpt dr org lain… tabahnya hati seorang isteri..
walau macam mana pn klau terjadi penceraian jgk.. bkn salah bini ustad nih… sbb ustad sepatutnya kembali pada bini dia dn pujuk… klau die taknak buat effort tu.. mmg terang2 die yg salah…
tak kisah dh skang ni die kawin ke tak kawin ngn waheeda tu… dh tak penting dh.. yg penting KERJASAMA!
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:15 am
yang penting KERJASAMA.
tapi masalah dia bila salah sorang tanak bagi KERJASAMA memang meruncingkan keadaan.
semoga kita dijauhkan daripada dugaan sebegini :)
May 25th, 2009 at 8:48 am
thanks chika for this entry..
boleh jd panduan nanti..
thank you..
arigato..
danke schon..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:14 am
Yang elok jadikan panduan. Yang tak elok, hindarkan :)
May 25th, 2009 at 9:23 am
sgt sedih kan tgk d wife?lagi bila dia dah nangis.aduh..tersentuh sgt
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:11 am
Faham sangat hati perempuan.
May 25th, 2009 at 9:40 am
aku nak nangis masa tgk tu..waaaaaaaaaaaa…..
padahal aku lelaki..tapi tah ler…tersalah makan ubat hormon kot..takut kalau mende ni jadi di pihak aku plak kan…aish…
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:10 am
haha. Ubat hormon apa kau makan? HAHA
insyaallah. Doa kat Allah jangan benda camni terjadi ke atas kita :)
May 25th, 2009 at 9:59 am
erm tak sempat tgk rancangan neh. YUP tiada wanita yg sggup bermadu walaupon kita ngaku yg ianya HALAL. yg penting sbg wanita jagalah akhlak, taat & sayangi lah suami semaximum mgkin. insyaAllah dia akan jadi milik kita forever. amin.
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:09 am
Amin.
All the best Ciare :)
May 25th, 2009 at 11:06 am
bagusnya tulisan kamu, best bace.
:)
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:08 am
kongsi pengalaman rumahtangga yang tak seberapa. Yang tidak tepat boleh dibetulkan bersama :)
May 25th, 2009 at 1:09 pm
salam….
mmg patut pun orang addicted dgn blog chika. semua ada. hapy, pengajaran, renungan, bahasa yang gila2 (dlm kata lain - perusak bahasa yang berjaya…) hihihi…tapi dalam masa yang sama sentiasa memberi peringatan kepada pembaca… “berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”…
take care.
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:08 am
saya kongsi pendapat sahaja. Taklah pandai pon. HAHA. Yang baik jadikan tauladan, yang tidak baik kita betul-betulkan :)
May 25th, 2009 at 1:22 pm
redha itu indah tapi bukan mudah
betul..sy sedang mlaluinya ;(
eh tapi tak sama dgn kes ini lah he
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:07 am
banyak lagi hal nak redha. Bukan dalam urusan rumahtangga saja :P
May 25th, 2009 at 1:54 pm
sejak bila akhil ni jd ustaz?
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:00 am
saya tidak tahu.
yang saya tahu, sejak mengenalinya, dia bergelar ustaz.
May 25th, 2009 at 2:22 pm
Chika…bravo….
Chika sungguh matang….dan saye selaku org yg usia “tua” sket…byk blaja gak dari chika….
but then…ustaz is manusia jgk kn…xlari dari bt kesilapan….yang penting…”ISI” bukan “KULIT”
chika Reply:
May 26th, 2009 at 1:00 am
matang? Oh tidaklah begitu. Selalu membuat salah dan menyeal kemudiannya. Tapi kita belajarlah dari kesilapan. Manusia memang membuat silap.
May 25th, 2009 at 8:54 pm
chika yg comel :)
entry ni akak baca byk kali..suka cara penulisan chika dan penyampaian mesej chika
redha itu mudah tapi bukan mudah - simply the best entry :)..well done sis!!
chika Reply:
May 26th, 2009 at 12:57 am
terima kasih kerana membaca (sebanyak berkali-kali :P)
May 25th, 2009 at 10:04 pm
entri nih patut di baca oleh semua yg bergelar suami & isteri..perkahwinan itu bkn satu perjudian..dan bkn satu permainan..tiada siapa yg nak melihat sebuah masjid yg dibina tu roboh begitu saja.. tiada.. tp selagi manusia bergelar manusia.. selagi itu lah kita x lari dr kesilapan..dan apabila kita silap renungkan lah semula apakah tujuan asal perkahwinan yg kita bina itu..kenapa kita berkahwin ngn si polan tu..dan bkn dgn si polan ni..kerana jodoh semata2? (chika ada jwpan nyer..)
poligami?.. hmm fahami lah maksud poligami tu sblm mengambil keputusan utk berpoligami..
chika Reply:
May 26th, 2009 at 12:51 am
saya pon tidak suka dengan pendapat bahwa perkahwinan itu satu perjudian.
May 25th, 2009 at 10:57 pm
“Redha Itu Indah Tapi Bukan Mudah” — aptly said. sesungguhnya.
chika Reply:
May 26th, 2009 at 12:49 am
:)
sesungguhnya, kena belajar ilmu redha :D
May 26th, 2009 at 2:12 am
Assalamualaikum wbt,
Bagi setiap pandangan yang CHIKA luahkan yang membawa kepada kebaikan, insyaAllah akan peroleh manafaat serta ganjaran di dunia dan akhirat. ini akan bertali arus apabila bloggers turut menyampaikan berpesan-pesan akan kebaikan. Kesemua akan memperoleh ganjaran.
Walaubagaimanapun haruslah berhati-hati dalam menyampai, membidas serta mengeluarkan pandangan. Hendaknya biarlah menurut landas2 agama Islam yakni hukum2 yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Bak ulasan Cik Siti Fatimah di atas, ada kebenarannya isteri (elakkan menggunakan perkataan BINI yang ternyata KASAR dan kurang elok digunakan - maaf menegur) Akhil Hayy berkemungkinan di ‘approached’ by media. Tetapi, as muslimah beliau seharusnya menolak bagi menyimpan aib suami. Walau berat mana sekali pun ingatlah, ujian Allah SWT. Jadi mengadulah kepada NYA.
Pastinya musibah@keburukan yang terjadi akan diganti dengan yang lebih baik InsyaAllah. Ada terfikirkah kita apabila Akhil Hayy bersyubahah dengan artist seperti AF (tidak menegur menyanyi hukumnya haram dalam Islam) maka Allah SWT tidah mahu isterinya turut bersyubahah. Wallahualam…
Ingat apabila punca rezeki ada unsur syubahah dengan perbuatan haram maka haramlah hukumnya. Maka mungkin buat para isteri yang baik-baik Allah SWT mahu jauhkan suami2 mereka dari memberi makan minum dari punca sebegini.
Ini bukan nak puji chika. Lihat saja beliau, yang dikenali sebagai bukan kaki dating maupun gedik2. Jumpa juga jodoh dengan suami yang soleh dan berakhlak baik… ehem. InsyaAllah, Amin.
Firman Allah SWT,
“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (Al-Baqarah:221)
May 26th, 2009 at 10:27 am
Chika, entri yg ni sangat2 berguna dan banyak manfaatnya utk kita semua. Isi kandungan yg sangat adil, dan tidak menyebelahi mana2 pihak.
Lebih2 lagi ianya menjadi pendorong kepada saya yg nak bernikah minggu depan. Hehe..Thanks Chika!!
Dengan ini, saya nk menjemput Chika utk hadir ke walimah saya pada 7 Jun 2009 minggu depan.
Saya juga menjemput kwn2 yg lain utk ke walimah saya. Sila ke blog kahwin saya untuk maklumat lanjut. Atau klik je nama Lee utk ke blog tersebut.
Thanks, wslm.
p/s : entri ini sgt menyentuh hati walupun aku seorang lelaki sejati. Hehe..
walimatulurus.fazdli.com
May 26th, 2009 at 5:17 pm
selalunya wanita akan menjadi berani apabila bersangkut-paut dengan anak.
May 26th, 2009 at 6:19 pm
sangat menyentuh.
enteri yang sangat baik.
lelaki perlu sangat-sangat tahu dan kena tahu dan perlu faham betul-betul keadaan wanita.
itu kisah pedoman untuk kita. salah atau tidak itu urusan rumah tangga diorang. kita sangat2 perlu ambik pedoman. itu ujian rumah tangga mereka.
kita punya ujian rumah tangga tak tau lagi macam mana.
semoga Allah berikan kekuatan untuk menghadapi ujian-2 yg bakal mendatang.
Ingat, ujian untuk menilai prestasi. Melepasi ujian, tingkatlah prestasi.
tq atas perkongsian.
May 27th, 2009 at 3:02 am
Assalamualaikum wbt,
LELAKI@SUAMI jangan ingat senang nak berPOLIGAMI. rasa2 nak senget bahu di akhirat lakukanlah tanpa berfikir dalam2.
4 golongan WANITA yang akan menyeret LELAKI ke NERAKA :
1. IBU
2. ADIK PEREMPUAN
3. ISTERI
4. ANAK PEREMPUAN
Dapat MEMIMPIN dilandasan yang betul menurut SYARIAT ISLAM lepaslah tangunggjawab. FAIL one of ABOVE maka FAIL le kat SANA.
Buat WANITA2 di atas, andai KASI dan SAYANG akan BAPA, SUAMI, ADIK BERADIK LELAKI, maka patuhilah mereka sebagai KHALIFAH@PEMIMPIN.
Amin
…CHIKA PIMPIN SUAMI KE SUAMI PIMPIN CHIKA? Exclude pimpin tangan ler…
chika Reply:
May 27th, 2009 at 7:15 pm
saling memimpin dan berpimpin tangan.
June 23rd, 2009 at 4:57 pm
sy setuju dgn almaels …pd pendpt sy istri ustaz perlu adukan masalah pd Allah dan jbtn agama bkn media. klu media nk buat liputan atau temubual seharusnya dia menolak demi menjaga aib suami dan dirinya. Niat tidak menghalalkan cara wlupun dia tidak burukkan suaminya tp ternyata caranya tetap salah dari segi hukum syarak.
sy juga setuju “perkahwinan bukan satu perjudian” hanya orang-orang kafir saja menganggap perkahwinan sebagai JUDI. mana mungkin yang halal disama ertikan dengan yang haram??!! tapi sayang generasi muda sekarang berpegang pada prinsip itu..nauzubillahiminzaliq
November 7th, 2009 at 5:18 pm
laaa… rupa rupanya dia copy and paste dari sini …. ish ish ish…. sabar je la chika… ni la akibat kalau blog chika ni popular… hehehe