RUMUSAN ENTRY LALU

Dapat sahaja komen/mesej/apa-apa bentuk gangguan yang negatif dan menjatuhkan, saya tidak akan teragak-agak untuk forward kesemua bukti yang ada, mind you. Sebarang ketidakpuasan hati dengan penulis, dengki, busuk hati atau menyampah sekalipon tidak akan dihiburkan sama sekali. Kalau ada masa terluang, saya nasihatkan orang-orang yang memiliki kekosongan rohani ini semua pergi sertai aktiviti rukun tetangga atau rakan muda. Takyah baca nurulism.com kalau tak tahan menyaksikan kehidupanku yang warna warni ini. Nanti kesan buruknya, akan berbalik kepada anda sendiri. Ini ingatan terakhir. Selepas ini, tak ada warning lagi dah. Tunggu sahaja habuan dari pihak berkuasa :)

Diingatkan juga beberapa perkara.

  1. Komen negatif yang menjatuhkan tidak akan dilayan dalam nurulism.com. Sebaliknya kita boleh bawa ke tengah kalau berminat.
  2. Tolong bezakan kritikan membina dengan komplen dan kutukan biadab. Semua kritikan membina saya tidak pernah buang. Saya approve dengan hati terbuka. Tapi kesemua kutukan dan cemuhan biadab akan saya simpan dalam koleksi saya  untuk tindakan susulan. Tak takut tak apa :) Please try again.
  3. Saya bukan artist. Saya tidak memerlukan kontroversi, fan club, forum atau pon mana-mana pihak untuk berbincang tentang personality saya mahupon karier saya (eh kejap, aku mana ada karier HAHAHA) Bermula dari ketika ini, saya tidak membenarkan mana-mana pihak pon bercerita mahupon bersidang macam hebat hebat sangat je bercakap tentang kehidupan saya, personality atau apa sahaja secara negatif.
  4. NAMUN DEMIKIAN. Bercakap dan menulis artikel tentang nurulism.com, gaya penulisan saya, kelebihan, kekurangan serta kritikan membina tentang tulisan saya sentiasa dialu-alukan selagi tidak berciri cemuhan atau bagi tujuan menjatuhkan (backoff) Boleh menulis dan menyebut mana-mana bahagian daripada penulisan saya. Saya benarkan tetapi bukan bagi tujuan menjatuhkan. Dan tidak ditulis atau diulas secara biadab. Kalau tidak, good luck :)
  5. Saya tidak mempunyai masa berlebihan untuk menyiasat aktiviti serta penulisan orang ramai tentang saya. Tapi saya sering dimaklumkan oleh pembaca-pembaca tentang apa sahaja perkara tidak baik yang terjadi. Maka, beware! Pembaca saya bukan dua tiga kerat. (dan saya tidak mempunyai seorang pon pembaca khayalan semuanya manusia real kalau kau nak tahu)
  6. Saya tidak pernah menubuhkan KELAB PEMINAT. Tidak pernah, mind you. Saya juga tidak pernah menganggap pembaca saya sebagai peminat. Jangan celupar sangat mulut menuduh saya cuba menjadikan readers sebagai peminat. Saya tidak memerlukan itu semua. I have everything I want. Saya cuma memerlukan pembaca yang baik hati dan tahu berseronok.
  7. Pardon? Chika tenggelam dalam peminat yang diciptanya sendiri? LOL. Where the hell are you coming from? Bila masa pula saya mencipta peminat sendiri? Untuk mencelikkan mata buta anda yang berkenaan, sila baca shoutbox, sila baca puluhan ribu komen yang saya terima, dan sila siasat networking saya. Rata-ratanya membaca dengan rela hati bukan saya panggil ; Semua orang baca nurulism.com meh sapa tak baca siap dia! Sumpah aku tak buat kerja tidak berpatutan tersebut.
  8. Saya tidak pernah mempromosi blog ke sana sini mencari pembaca atau meminta-minta popularity dan sebagainya. 90% of my readers muncul di kalangan readers yang membaca secara sukarela dari pelbagai cara. Antaranya dari rakan, dari blog ke blog ataupon terjumpa secara AIK? BLOG APA NEH? Pastu mereka pon follow langsung tidak melibatkan promosi saya. Kalau aku nak sangat famous, lama dah aku iklankan blog dekat lebuhraya Utara-Selatan.
  9. Apa saja saya tulis di sini sepatutnya tidak menjejaskan siapa-siapa. Semua penceritaan berkisarkan cerita harian seorang surirumahtangga cukup kasih sayang, cukup makan, cukup kelengkapan hidup dan memiliki hampir kesemuanya pada usia 23 tahun (apsal kau tak puas hati? ha?) Bukan millionaire (mind you) dan bukan wanita bekerjaya bagus (at least bukan sekarang) Sepatutnya diari harian saya tidak menjejaskan siapa-siapa sampaikan anda perlu membincangkan kehidupan saya secara serius. Lebih baik jaga anak bini sendiri, jaga ibubapa sendiri atau jaga ibadah dan amal jariah sendiri. Itu semua urusan yang akan membawa ke akhirat kelak. Setakat my personal life, malaikat maut tak akan tanya kat kau kelak. Jadi, ignore saja. Takyah nak bincang aku pakai apa, gaji laki aku, apsal aku tak kerja atau kami makan roti jenapa apa semua takyah bincang.
  10. Nurulism.com tidak menjana wang pendapatan buat saya. Setakat seposen dua. Shopping make up aku pon tak lepas. Jadi stop talking about me making business with blogging. Blogging adalah lebih dari sekadar mengumpul wang.
  11. Bermula dari hari saya dinikahi suami saya, bermula dari itulah diari hidup saya adalah tentangnya. Habis takkan nak cakap pasal kau pulak. Atau takkan nak cerita pasal handphone baru duit PTPTN kau kot. INI PERSONAL BLOG TAHU. Memanglah bercerita kisah harian. Nak dengar cerita Selesema Babi atau kisah Bakal Pengetua AF 8, takyah harap ah.
  12. Selepas ini, tiada peringatan sebegini akan ditulis kembali. Kita kurangkan mengarang ayat. Kita bertindak pula ok. Jangan terkejut kalau kehidupan anda terjejas sepenuhnya hanya kerana kesilapan kecil yang boleh dielak malah sudah diingatkan berulang kali. JANGAN TERKEJUT kalau hanya dengan menghantar sebuah komen biadab dan berpuaka, hidup anda menjadi susah kelak.

Setelah dinasihati oleh beberapa orang, termasuk ibubapa dan keluarga. Saya akan TAKE IT EASY. Takyah cakap banyak sangat. Sekarang saya sudah tahu apa perlu dilakukan.

Okay darling readers,
Blog akan berjalan seperti biasa. Dengan kisah kehidupan harian yang biasa tapi akan diolah secara annoying oleh penulis yang poyo neh. Poyo poyo pon mampu buat orang histeria sakit jiwa KAH KAH KAH sumpah terror. Dan akan terus menulis kisah rumahtangga memuja memuji suami sendiri (habis takkan nak puji laki kau. Kau puji ah sendiri laki kau kang dapat pahala Amin). Siapa rasa terjelek-jelek, diam atau keluar.  Tapi I bet lah. Rasa jelek pon, nak baca juga lah bukan? Busy body memang like that.

Kepada pembaca,

Hantarlah komen dengan berhemah. Kita jangan berpuaka-puaka di dalam ruang komen okek. Kita berhibur muda-mudi sahaja apa salahnya. Jangan menyentuh isu orang lain ataupon bercakap luar tajuk. Lagi satu, jangan suka sangat main teka-teka tak baik. Penulis tidak gemar sikap suka meneka-neka. Apa yang saya akan tulis, itulah dia yang berpatutan untuk pengetahuan anda. Selebihnya bukan untuk diceritakan.

Kes yang dimaksudkan kini tiada kena-mengena dengan kes ‘wanita dan penyamaran identiti’ tempoh hari. Saya tidak mahu membesarkan kes itu dalam blog. Biarlah pihak yang sepatutnya sahaja bertindak apa yang patut.Nothing to do with me anymore.

Terima kasih kepada semua pembaca yang mengikuti nurulism.com malah sangat perihatin. I am tired walking in my shoes. Tapi saya optimis kali ini. Blogging memang thrill. Kalau anda duduk sebumbung dengan saya, anda dapat menyaksikan macam mana tekanan blog terhadap kehidupan saya. Ditekan oleh pembaca. Ditekan oleh pembenci. Ditekan dengan kritikan. Menjadi bahan perbualan. Dikenali bila jalan-jalan (ha tengok tu Chika bajet artist! Masalah dia, ini kejadian benar-benar berlaku). Bila badan kau naik 1 kilo je, habis jadi isu. Chika apsal nampak gemuk? Bila nampak susut pon dipersoalkan jugak. Chika apsal kurus? Makan hati ke? CEH PENIPU. Mana pernah aku nampak kurus. Kau nak kena neh. HAHAHAHA.Malah bersengkang mata menyiapkan entry. Edit baik-baik sebelum publish. Dulu lain. Dulu main belasah sahaja takyah pikir. Sekarang disebabkan banyak sangat mata intelek memperhatikan, kadang-kadang kena hold entry sampai tiga empat jam. Anda boleh tanya suami saya bagaimana sengsaranya saya dengan kerenah-kerenah blog.

Tutup ah blog.

Ah tak nak aku. Perangai aku kan suka melawan. Lagi kau sogok aku suruh tutup, lagi aku aggresif. Kecuali tiba-tiba suami cakap ; Yang tutup blog sekarang jugak. Sumpah aku tutup saat itu juga. Setakat mulut puaka kau hentam-hentam aku, over my dead body okey.

khidmat pesanan ringkas : kemunculan ayat riak dalam entry ini memang disengajakan untuk tujuan melawan. HAHAHAHAHA.

Siapa tahu kat mana boleh beli tudung murah area KL neh? Selain Jalan Masjid India. Sorry? CEH kalau suruh pergi Nilai baik takyah. HAHAHA. Jauh tak nak. I kan tengah kepala swing sekarang neh mana larat nak merempuh Jalan Masjid India yang berbunyi-bunyi siap dengan efek asap tersebut.

Recent Entries

61 Responses to “RUMUSAN ENTRY LALU”

  1. ikoko Says:

    ada satu kedai tu.. tak ingat apa namanya.. semua jual tudung2.. macam2 jenis.. nampak kluar kat tv haritu… kedai tudung tu dikelolakan oleh keluarga jakel jugak..

    try searching..

    chika Reply:

    T____T
    kena google sendiri eh? (CEH PEMALAS CHIKA!)
    HAHAHA

    Kak ina, kad jemputan dah sampai lama dah. terima kasih tau phewwit. Selamat pengantin baru :D

    ikoko Reply:

    hah.. nape panggil saya kakak ni chika.. panggil ina sudah la.. uhukz.. (ni tak sedar diri dah tua sebenonya.. ahaha)

    chika Reply:

    sengaja.

    :P

    ikoko Reply:

    okeh dah jumpa.. namanya “Ariani Gallery” n Jakel.. ke butik ariani.. something like that..

    rasanya dia satu bangunan..

    bleh belek dari sini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20090412111658/Article/indexv_html

    ileena Reply:

    nurul, you can try and find some in ampang park:)
    they have quite a variety of shops/stalls selling nice scarfs.

    hugs.

    chika Reply:

    yes lah ileena. Ampang Park i tak terfikir pulak. Dah la dekat je nak pergi from my place. Yeay. Thanks. HAHA

    liz Reply:

    butik ariani dekat jalan bunos/bonos/bonus..dekat dgn mydin jalan masjid india,btol2 depan jakel situ..tudung diorang adalah sgt best..

    liz Reply:

    butik ariani dekat jalan bunos/bonos/bonus..dekat dgn mydin jalan masjid india,btol2 depan jakel situ..tudung diorang adalah sgt best..

    kalo dekat butik zahra, mutiara damansara pon ade byk tudung.and tudung kt sini banyak org TV3 pakai time show.bukan hello kitty saheje ade disane..WAKAKAKAK..

    neway..sabar chika.lantak pi kat depa yg jahat2 tu..

    chika Reply:

    Kalau Ariani tak mahu :(
    dah ada beberapa koleksi.
    Dan jarang disentuh.
    HAHA

  2. irma2203 Says:

    hai chika..
    kuatkan semangat..pedulikan mereka yg menyakitkan hati..

    haaiishh..x habis2 dengan sikap dengki..nak kata orang cina..sure x la kan..mesti melayu sendiri..

    apapun, teruskan memblog.. dah risau kot2 chika posa dr memblog..hehehe

    dah sihat blom ni..? ;)

  3. fievelskirensler Says:

    ni ayat berhemah.

    (tipu!)
    motif si gedix mau berhemah-hemah..bukan gedix la namanya..by the way, aku kan free hair, maka tak kuasa lah aku nak membeli tudung, shawl bagai..maka den tak dapek nak nolong!…ko nak aku jadi azwan ali kah belit shawl kat leher bajet kat negri omputeh?

    sekian…merepek dengan berhemah..wohoho…larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  4. bintuLFaZna Says:

    chika cari tudung jenisan apakah? yg sarung kah, bawal kah? nape tak pi kat jln Tar? especially bile pasar sabtu kat jln tar… ctu kan byk tudung murah… siyes…

  5. Callister Says:

    betul ckp family awk 2 chika..
    take it easy..
    derang 2 dengki ajer…
    tah ape2..kalo dah xsuke xpayah la nk buang masa baca n komen kan?

  6. zuha Says:

    yay!!! tak sabar nak tunggu chika update lagi. tips utk org yg x suka tengok idup orang senang. memula… korang tekan aje button Alt dan F4 serentak. pastu boleh blah.

    orang tulis blog peribadi, korang bising. kalo orang letak password, korang lagi bising tak boleh baca. tak reti bersyukur ke?

    hahahahaha!!! aku plak yang emosional. ampunnn yek cik chika. terlepas geram kejap kat sini. ngeeee… :D

  7. hudaLuna Says:

    abaikan sume tu ok kak..

    takot la bile akak garang2 ni..
    nk komen pn xtau nk ckp ape..

    chill ok..
    take care..
    jgn lupe mkn ubat ok?

    :P

  8. xoxo Says:

    hihi ske bace entri kak chika!:)) gaye tulisan yg sempoi jep..ngee~XD btw,,abaikan jep sape2 yg ta ske blogie cumil akak ne..wink3!!~ nurul ske :DD *erkk,,apaka yg die ne mepek eh?uhuk3 :P*

  9. Penduga Arus Says:

    Salam alayk.. Puan Chika (klu kat mesir dipanggil madam Chika @ mama Chika) ^_^ dh lama xbrknjung ke laman nurulism.com ni.. sy yg pling lewat ucap tahniah atas trbinanya ‘masjid’ kasih & sayang buat Puan Chika n suami.. Smoga sntiasa dlm lembayung rahmat Allah SWT.

    chika Reply:

    salam alayk :)
    terima kasih banyak saudara. Ewah, Mama Chika tu kedengaran kelakar sekali. HAHAHA
    Insyaallah. Semoga Allah merahmati kamu sekeluarga juga. Amin :)

  10. nawal Says:

    dia tu senang sangat agaknyer. kalao idup susah karang taula dia langit tinggi rendah

  11. ijat Says:

    idea pengetua af8 tu mmg lawak kak chika…anyway chill je kak chika..manusia ba alif ngang ngang ni mmg…x de masalah cari masalah..hohoho

  12. aryn Says:

    chika. suka la baca blog chika :D pelikla. nape blog yg femes2 mesti org dengki. bukan blog chika je. ada blog lain pun kena sama cam chika. ada komen yg biadap. xpaham betul. kalu xsuka dengan chika janganla buka blog chika.

    manusia penuh dgn pHd. kalu post doctoral xpe gak. ni perasaan hasad dengki

    keep up the good work :))
    i love ur blog

  13. aida hashim Says:

    kakak! mahu menahu. Sapekah sidurjana itu? Haha. Adekah dia mnggunakan identiti org laen lagi? ehhh dun worry. dia ugut2 pun readers here takkan stop reading. wokeh

  14. Slimo Says:

    Aku suka tgk perempuan yg boleh jd garang kpd stranger tp lemah lembut dgn suami. Keep it up, Chika.

  15. astri'sha' Says:

    okayyyyyy
    skang ni sape2 buat dajalllll
    kite abaikannn..
    simpan buat kenangan..
    supaya hati akan lebey gembiraa~~~~

    tudung?
    xnak pegi jalan masjid indie.eh..india?
    xpe..kite pegi jalan tar.
    [saje nk kene pelangkung ast3 neh]
    hohohoh

  16. famia Says:

    1. tudung murah2?
    ha.. di area Carefour. Serius. Carefour Wangsa Maju ini pun ada. Atau pun.. dalam The Mall, tingkat bawah sekali sederet dengan kedai buku. itu kalau berat kaki ke Masjed Indialah.

    2. utk orang yg ‘hitam dan keruh’ hatinya pada kamu… ucapkan tahniah padanya. Kerana dia… kamu berjaya menambah pahala dan beberapa keping bonus. Ini menunjukkan ada yang ‘bermata hijau’ (green eyes) dengan kamu. Tahniah. Ini tanda-tanda populariti meningkat naik. Hehe. Sabarlah ye. Keep it cool. Kamu cool kan? Caiyok.

  17. sitilemon2 Says:

    skg feymes tudung ariani n ratu. mcm ekin mawi pakai.

    tp kene define murah tu. bajet brapa br murah? jln tar adalah syurga tudung. tak pn the mall…hehehehe

  18. dee83 Says:

    hi dik…rasanya semalam akak baru cite pasal perangai org yang suka tulis dan sakwa diri dia ANON…dah le nama penyamaran tu sama…hehehe…

    dah la dtg blog org tak menyapa, main terjah (itu biasalah kan…akak pun kadang2), lepas dah baca dia pulak tak puas hati lepas tu komen macam2… akak rasa macam ada sekumpulan manusia yg macam tu kot?

    dh banyak blog akak pergi n yg peliknya semua terkena benda yg sama…pelik2… takpe2, diorg jeles tu…diorg tatau macam mana nak fikir dengan positif tu…

    p.s.: akak ada jugak g blog yang dah bertindak macam Nurul ni bila ada pembaca yg komen secara melulu…yg penting Nurul bahagia dengan cara Nurul, kan? lantaklah diorang, tak menjejaskan langsung pun…

  19. dee83 Says:

    lupa nak gtau, minggu lepas tgk BUSANA kat TV9, diorg g Jalan Kenanga…kat situ ada jual handbag, kasut2, baju2, tudung…akak tatau kat mana tapi macam best je tempat tu…oh ye, area KL tu tau…

  20. mrs k Says:

    kat pasa tani putrajaya byk tudung murah2,
    selendang murah2… cuma rm10 sahaja..series cantik!!ada yg liplap-liplap anak mami pon ada..ngeh..ngeh..

    *setiap selasa dan jumaat

    hehehe.

  21. chime Says:

    saya pun peliku jugak dgn pembaca2 iri hati ni… selama saya baca citer2 kat sini tak de satu pun yg nampak mcm mengada2 menunjuk2 semua… semuanya pd saya menghiburkan.
    mcmanalah diorg ni menilai… manusia ni kalau bijak sgt pun payah jugak..

    tapi yelah. manusia ni kan pelbagai….

  22. dira Says:

    siapalah yg buat onar kat blog chika ni..?tempeleng kang!

  23. aiza89 Says:

    ahahaa.. KAK CHIKA, chaiyokkk2.. mereka suma tu kaki jelessss..ahahaa.. aiza sentiasa sokong dari jauh..:D lama x jenguk blog kak chika..best2..suka baca sukaaaa..santaiii.. ;)

  24. Abby Says:

    Salam chika…
    Well, tudung nak kata murah2 di KL ni..
    Mcm dah takde istilah murah tu je, sebenarnya….
    But to get the best and high in quality, try to go to some boutiques mcm hajaba (Damansara), sri munawarah (TTDI) etc…
    I think Hajaba type suits you well…lagi2 jenis kita (ceh…soon to be wifey gak saya ni) bertudung dalam dan luar rumah (bergantung pada situasi…)
    Sekadar cadangan…
    Teruskan blogging…
    Persetankan yg lain2 so called tidak membina bla bla itu….(^_^)

    p/s: btw, chika ke majlis Ikoko ke?

  25. rizzar Says:

    jgn suroh chika tutup blog.. jgn.. jgn.. x berwarna warni kehidupan mendatang..
    slalu bli tudung kat Jln TAR jer.. byk pilihan, harga berpatutan & kualiti dijamin.. tp kalo rajin g laa pasar pagi kt Giant Shah Alam tuu setiap ari ahad.. pon byk tudung.. kain pasang & hello kitty utk di bawa balik ke aussie.. ampun…
    chill chika chill…

  26. zarin Says:

    sila abaikan segala anasir2 tu &
    pls jgn tutup blog k?

    be strong
    take care darling ;)

  27. dNa Says:

    Ler..
    ade lagi ke yang nak kaco2 Chika nie..
    memang tak puas hati betul dorang ngan CHika nie..
    Dah…abaikan jer la Chika berblogging nie hak individu, kite tak panggil readers tapi readers yang nak tahu tentang perjalanan hidup kita seharian. Mungkin die tu baru start nak berblogging dan macam ini la jadi die.

    Kedai tudung Ariani tue terletak berhadapan dengan JAkel Chika. Betul2 berhadapan dengan Jakel yang terletak di belakang MAsjid India tue. Ade satu lagi kedai best2 jugak tudung die, RatuBaiduri tak silap. cuba Chika search..

    p/s: kuatkan semangatmu yer Chika

  28. fafarafa Says:

    nak tudung apa?? bawal?? kalo tudung bawal, kat sg buloh ada 1 kedai murah. memang murah gile. kedai dia kat area pump station caltex kalo x silap. pegi aa. mmg murah gile. smpi i jadi gile aa masuk kedai tuh. rambang mata. hahahhahaha

  29. shay Says:

    chika kalau marah macam mana pun jangan tutup blog yerk…

    kita ni dah admirer kat blog awak ni dari kita memula pandai berblog… tak tau la ntah apa yang best sangat kat blog ni… mungkin sebab tuan dia kiut sangat kot…

    Ntah la memang minat la… tu sebab kalau link member hilang bila tukar template, blog chika no satu kita cari link dia… ntah apsal la jadi mcam tu…

    tapi biasa kalau nak letak komen tu macam kena hati2 sikit takut tersalah komen, pastu kena boikot pastu tak leh masuk sini lagi, pastu tak leh nak baca cerita tgk gambar kat sini lagi… pastu macam mana nak admirer lagik… sebab tu kadang2 jadi silent reader jerk…

    ok la dah panjang sangat nih… :D ampun chika kalau ada salah taip :p

  30. Jai Says:

    Haiz… saya tak pasti samada sepanjang sy hantak komen kat chika, ada tarkasar bahasa atau tidak. Jadi dengan itu, saya mintak maaf jika saya terlanjur taip komen yang bukan2 kepada Puan Chika.

    P/s: Kat UIA banyak tudung murah. hahahahaha. Datang la UIA skali skala. Bertemu your readers di sini. ;>

  31. kdee Says:

    huhu..xbest la bila chika garang.saya pun takut…

  32. Ummul Says:

    wah!
    kasihan kak chika..
    be strong kak..
    maybe inilah dugaannya bila akak ada kat tahap ni..

    be happy,
    hati-hati,
    jaga diri,
    and sayang suami..=)

  33. lyana Says:

    aihhh sentap sekejap pasal kelab peminat tu..

    Dah kami memang peminat blog chika, then nak wat mcm mana. Bukan boleh tahan-tahan.

    Saya membaca kerana saya suka. Kenapa saya suka, itu masalah saya.

    Setakat saya mengikuti blog chika, belum pernah terbit sebarang rasa cemburu, iri hati atau menyampah giler yg tak patut kepada nurulism.com mahupun tuan punya nurulism.com yg telah selamat ditemui baru2 ini (yahoooooooo)

    Yang ada cuma sifat kagum dan tumpang bahagia sama dengan kebahagiaan anda.

    Dari pihak saya dan blog saya (ecehhhh) mohon ampun dan maaf, jika sepanjang mencurahkan kata-kata komen di sini ada membuatkan tuan punya blog tidak senang hati dsbgnya.

    Go CHIKA go. Take care ok..!

  34. titanbullet Says:

    busan ar tengok entry yang sentiasa berbaur (berbau pun bole walaupun xde kena mengena dengan hidung chika yang kecik tu) stress, penuh emosi, dan berbagai2 lagi tu..

    itu bukan dadah yang aku cari2 setiap hari

    please chika, please lah! (ehehehe)
    tolong la bagi entry2 yang ‘syiok’ (yakni yang bole mengguris perasaan aku untuk cepat2 mendirikan rumah-tangga-batu)

    please, please, please chikaki!!
    (ops.. terbiadab plak – jangan report sama polisi iya bu!)

  35. kak wan Says:

    alamak… ape kes ni?

    whatever pun dunia ni macam2 orang. yg deserve publisiti (aka you) dan orang yg cari publisiti (mereka yg murahan itu)

    hmmmm

    chika Reply:

    ada jugak yang bagi kita publisiti pastu dia kata kita mencari publisiti. Itu namanya rezeki kan? HAHA

  36. dib Says:

    “….surirumahtangga cukup kasih sayang, cukup makan, cukup kelengkapan hidup dan memiliki hampir kesemuanya pada usia 23 tahun”

    kamu sangat bertuah.

    cpat2,update happy post!

    chika Reply:

    haha.
    sekarang dah kurang produktif :P

  37. almaels Says:

    Assalamualaikum wbt,

    Chika, golongan org yang sakit hati ni dah jadi mcm wabak. Pegi spcialist medical centre mana pun doktor pasti reject.

    I setuju tindakan u. Jangan beri ruang org2 ni ‘tembak’ dlm blog u. Kasi jatuh hukum je terus.

    All the best to u and hubby…

    chika Reply:

    ye benar sekali.
    jangan bagi peluang.

  38. yonnaism Says:

    chika hunny bunny sugar plum! :)
    u tau tak?
    org2 yang biadab dan bermulut puaka tu, hanya segelintir sampah je chika. sampah blog.
    and the rest adalah diorang yang ikhlas komen2 atau follow blog u secara berhemah.

    i pun mcm u T___T
    terseksa setiap kali nak publish entry.
    pk panjang. berjam2 sebelum publish. bukan sorang 2 baca blog kita. beratus org sehari (blog u beribu :p)

    chika,terus kan la kisah fairy tale u.sangat membuat hati melonjak2 mcm nak kawen (gataiiii :p)

    ingat.diorg sampah.
    sampah patut dibuang dalam tong sampah.

    or diorang jeles dengan kehidupan u?
    HAHAHAHHA
    yang i anggap sangat sempurna :D

    chika Reply:

    benda ni akan terjadi lagi. I bet.
    Tapi at least i tau apa nak buat

  39. ciare Says:

    salam. eh eh…baru 2 ari cuti dah terlepas hot story..dah suam2 tak best…huhu..

    anyway chika, teruskan berBLOG :) persetankan puaka2 niang rapik tersebut :>

    tudung murah?? erm psl mlm kat mana2 pon ada jual lah syg..

    chika Reply:

    tak suka pasar malam banyak indon buat bising T______T

    ciare Reply:

    alololorh xsuke g psr mlm rupenye si chika ni. beware! jgn pkai heels KALO mau try pegi psr mlm =P

    erm apa lagi? ajak lak MAK @ ibu mertua chika jln2 cari tdg. I BET she knows where to buy tudung2 neh :)

  40. dyla Says:

    chika,
    akak baru je baca blog chika ni.

    akak setuju apa yg chika tulis. pada akak, yg cemburu kan blog ni kdg2 kwn2 kite sendri. itu pengalaman akak la..

    takpe chika, setakat akak baca ni, akak suka gaya penulisan chika yg ikhlas & jujur. biasanya org akan suka pada kejujuran kite. bila ramai pengikut org pun dengki la.

    hope chika trus menulis blog ye! jgn berhenti & mengalah.

    Salam Kenal! =)

    chika Reply:

    tidak mungkin akan berhenti. Dah la Chika ni takde keje lain. Blogging je keje. kang dah tak tulis blog kang, habis menganggur. HAHA

  41. Kak Ain Says:

    Salam,Chika.

    Akak termasuk dalam kategori “Aik,blog apa neh?” tu :) So what if you keep on saying how much you love your hubby & life? Don’t feel sorry to be happy my dear.

    Take care.

    chika Reply:

    ya sure. will keep on writing about my beloved husband :)

  42. .i.b. Says:

    daymlah kan dieorg ni nurul.. sabar jelah… jgn layan sgt org2 cetek pemikiran dan mempunyai kecerdikan dan kewarasan akal yg terhad ini… dun put ursef among them… yg penting nurul hapi n kami nk bace entry2 ni… abaikan depa tu takde kepentingan kan…

    Chill nurul!!! ;)

  43. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Suri Rumah Tersedih Di Sini Says:

    [...] panjang-lebar dekat blog I. Komen tahyul seperti itu I tak akan approve. Remember THIS ENTRY and THIS ENTRY? Saya serius dengan apa yang saya pernah tuliskan dulu tentang POLISI BUAT PEMBACA [...]

Leave a Reply