Chika KAH KAH KAH

Dari kiri : Seri Lyana, Eyeza, Yonna, Chika KAH KAH KAH, Kak Sue, Kak Lyn, Ain, Kak Lilyn dan Astri. Aik? Ayyok ayyok. Dalam gambar ada 7 orang, tapi disebutkan ada 9 nama. Lagi 2 nama, di manakah muka? Koleksi seram 2009. (Baru perenggan pertama dah nyampah dah nak layan Chika. Jom blah) HAHAHA.
Yang tiada dalam gambar :

Astri Fadhilah nama dia. Boleh panggil Tisha kalau nak. Atau dalam cadangan lain, boleh disebut sebagai Astrisha. Fasha Sandha je jangan. Amboi biasa tu main-main nama Fasha Sandha dalam blog Chika. Cannot cannot. Emak saya marah nanti. Anyway, Tisha juga adalah jurufoto terbaik bagi kategori rakan yang pernah saya ada. Eh Tisha pulak. Maksud saya, Astri. Sumpah terror. Dia patut bekerja di kenduri-kenduri kahwen rakan sebagai jurugambar. Dia hebat. Ada skill ala-ala Abang Jazlan. Tapi Abang Jazlan lagi hebat sebab boleh tundukkan monyet semasa sesi fotografi. Habis. Tersasul sampai ke Abang Jazlan. Tumpang lalu.
Lagi satu nama ialah Kak Lyn atau disebut sebagai Kak Lilyn (sebab ada dua Kak Lyn, habis keliru). Maaf tidak dapat menayangkan muka Kakak Lilyn dalam nuulism.com. Sebab awal-awal lagi dah kena warning jangan letak gambar dia dalam entry. Dah lah dia kerja pejabat peguam. Kang degil kang, habis Chika kena dakwa. Takyah degil ah. Ikut saja permintaan beliau supaya tidak mensebarkan gambar beliau. Identiti berciri rahsia. Blog berciri private. Oh man. Bukan main-main. Sangat menjaga identiti. Yang bersepah muka di internet tu adalah CHIKA. Well. Fakta blog nombor 2 bukankah menyebut bahawa ; Blogger adalah kaki show-off. Err. Fakta nombor 1? Fakta nombor 1 berbunyi begini ; Penulis always right. Bila penulis salah, sila rujuk kembali fakta nombor satu. Macam tak fair lah bukan? Kita pergi kepada fakta nombor 5 pula yang menyebut bahawa : Who cares? Like I care. Fakta-fakta ini tidak didaftarkan.

Kak Lyn (baju bunga-bunga. CEH. Padahal dua-dua pakai baju bunga) adalah sister in-law Lyana. Sebelah kiri itu takyah diperkenalkan lagi. Kerap sangat nama beliau ambik bahagian dalam entry saya. Sampaikan para pembenci nurulism.com boleh terhafal-hafal sangat dah pasal Aizar. Pembenci pon hebat jugak. Biodata Chika habis dihafalnya perfect. Terror.

Chika yang bajet artist heh (Jangan lupa tambah perkataan BAJET di hadapan untuk melengkapkan title) sampai depan entrance SURIA tepat-tepat jam 2 petang. Terus bersalaman dengan rakan-rakan baru (HAHA HUHU HEHE) dan bergerak berpasukan ke taman KLCC.
Ada 6 orang kesemuanya ketika itu. Sebab Ain dengan Yonna belum sampai. Wah, terror jugak taman tersebut apsal aku tak tahu? Ingatkan South Bank Parkland dah cukup indah, rupanya KLCC Park pon indah juga. Eh kejap. South Bank Parkland terpaling indah langsung takda tandingan. Tempat suami isteri bercinta menyaksikan keindahan bandar Brisbane dan mendengar kisah Kangaroo Bunuh Diri yang berciri tipu Allah marah.HAHAHA. Eh kejap. Chika dah puji tempat orang lebih dari tempat sendiri. Habis, takkan nak puji tempat di mana terdapatnya pasukan pendatang tanpa izin tersebut. Ya Allah. Tak sangka pendatang tanpa izin atau dalam kata simboliknya disebut ‘pengakap’ menjadi majoriti golongan yang memeriahkan KLCC T______T Kita patut menangis keluar hingus. Fenomena ini menyedihkan sob sob sob. Nasib baik ‘pengakap-pengakap’ neh tak buat jambori dekat Brisbane. Kalau tak, habis. Tak tahu nak duduk mana dah.

Selain makan-makan sikit (sumpah sikit HAHA), kami pon berbual gelak ketawa sambil mengulas alam sekitar. ECEH. Habis semua orang lalu-lalang jadik topik. Tapi Chika takda join sangatlah sebab selalu Ingat Allah Ingat Allah. KAH KAH KAH. Err. Status kesihatan yang tidak sihat. Tapi terhibur ah dengan sikap remaja zaman ini. Dah lah pandai picnic atas rumput berbukit yang curam, pandai bersosial dengan rakan baru, malah pandai mengata dulang paku serpih juga. HAHAHA.
Sampaikan rambut wanita Arab yang bergaya dalam akar pokok pon jadik isu.
Lyana : Eh tu rambut betul ke palsu tu?
Astri : Tu ar. Betul ke tak tu?
Aizar : Ha ah ar. Rambut betul ke palsu?
Tiba-tiba Chika membagikan jawapan dengan yakin. Sumpah yakin. Tolong percaya saya.
Chika : Palsu.
Anda semua kena percaya cakap Chika bila ia melibatkan kes kekeliruan rambut palsu atau betul. Sebab saya mahir tentangnya. Walaupon tak pernah pakai wig, tapi saya sangat arif tentang rambut. Emak pon selalu mintak ilmu saya setiap kali tengok drama melayu TV3. Eh tu Qistina SPA Q pakai rambut palsu ke rambut betul? HAHAHA. Emak comel. Suka keliru rambut palsu dengan rambut betul.Pastu kecoh-kecoh tanya dekat anak gadis (dululah)
Okay sangat gembira sebab telah tersasul cerita. Chika memang like this.
Tidak lama kemudian, Ain pon sampai membawa sebuah beg berisi hadiah buatku. Eceh. Terharu ah apalagi. Ain adalah peserta termuda. Eceh. Dengan usia 21 tahun. Bertubuh kecil sungguh comel. Menuntut di HUKM dalam bidang perubatan. Pastu Aizar cakap : Bagus, bakal doctor yang pandai bersosial. CEH. Mula ah tu nak mengata-ngata tentang doctor. Nak kena neh. Doctor adalah insan terpaling saya sayang. Bukan saja sebab berkhidmat ke atas nyawa orang lain, malah menjadi nyawa, hati dan jiwa saya. Ngeee. Puisi cinta sikit. Tumpang lalu.
Sambil menikmati panorama, kami juga membuat beberapa aktiviti dari tempat kami berkelah ria itu. Antaranya :
- Mengendap sekumpulan Pak Guard yang kononya potluck party juga. Padahal Pak Guard tak berdosa. Habis semua orang berdosa. Ayyok tak tahu. HAHAHA.
- Berbincang sebuah topik : Mana lagi salah? Baring atas rumput di taman atau merokok di taman?
- Chika, best tak duduk Aussie? Terus menangis rindu sebak sedu-sedan si Chika di dalam hati menterkenangkan suami di kejauhan. HAHAHA. Eh gelak pulak padahal benar sekali.
- Mencipta cerita tentang ‘Jambori Pengakap’ di suatu bahagian tidak jauh dari tempat kami.
- Menjaga tepi kain pasangan Arab berambut palsu yang bergambar di dalam akar pokok.
- Mentertawa dan mempersoalkan tentang orang-orang yang bergambar di dalam akar pokok.
TIBA-TIBA!

Ceh. Situasai inilah dinamakan mengata dulang paku serpih. KAH KAH KAH. Mereka pon sama juga ada hati rupanya merakam foto di dalam akar pokok. Chika tak nak kah? Err sumpah tak nak. HAHAHA. Sebab heels tajam sangat, menyukarkan aksi. HAHA.
Setelah tempat berkelah kami diserang daineso vegetarian, kami pon berlari keanak-anakkan menyelamatkan diri. Sepantas kilat, clear! Dengan makanan, bags dan barangan lainnya selamat di bawa lari dari serangan tersebut. HAHA. Err. Serangan air penyiram rumput. Dah ar datang tak bagi salam. Tiba-tiba terpancut. Nasib baik tak terus memancut ke arah kami. Kalau tak, siap ah dia. Ewah, bukan sahaja bajet artist, malah bajet Ultraman.
Kami pon bergerak mencari tempat lain untuk bersosial. eh kejap kejap. Bergambar sakan dulu. Kami pon fotomania secara bergilir-gilir di hadapan menara berkembar. Bangga sekali. Inilah kali pertama merakam foto bersama menara berkembar. Sebelum ini, tidak pernah T____T Sekarang dah bangga dah boleh tunjuk satu dunia ada foto bersama menara tertinggi di dunia. Eh, dah bukan dah.


Chika bersama Ain.
Dua-dua comel.
Objection!
Okay okay. Chika tak comel. Okay okay
T____________________________T

Bersama Lyana dan Ain.
Tiga-tiga comel.
Objection!
Okay-okay. Chika tak comel. Okay okay.
T_______________________________T

Bersama Lyana.
Chika co…
Okay ar okay ar. Tak tak. Tak comel.

Bersama Aizar.
Tidak pedulik lagi.
Saya beranggapan gambar ini comel sekali.
Anggapanmu (lagu Ziana Zain berkumandang)
Aik? Tadi kata bergambar secara bergilir-gilir. Habis apsal Chika ada je dalam setiap gambar? HAHAHA. Maksud dia, bergilir-gilir bergambar dengan Chika. Gila ah sangat tak boleh blah perasaan saya ketika itu. Makin terbajet-bajet artist. Exaggeration. Tidaklah begitu. Saya seronok sekali dapat bergambar bersama rakan-rakan blog.

Teruslah kami membunuh waktu dengan aktiviti fotomania sementara menunggu kehadiran artist sebenar. HAHA. Artist yang bernama Yuna. Phewwit phewwit. Oh bulan … nanana (itu saja lirik aku tahu, selebihnya maafkan saya)

Akhirnya artist pon sampai. Yuna nama dia. Phewwit. Tapi dalam blog dikenali sebagai Yonna. Kesian betul. Dahlah Chika call dia pukul 12 tengah hari ajak berjumpa jam 2 petang. Sumpah zalim bukan? HAHAHA. Saya sangat menghargai kehadiran Yuna (eh Yuna pulak) Yonna (ehem) yang bergegas berjumpa saya sehabis tenaga. Sumpah kesian melihatkan keringat yang membasahi wajahnya. Memang rakan sejati.
Berbuallah macam kenal lama dah. Macam dulu sekampung dekat Penang. Eceh. Padahal baru kali kedua bertemu. Dulu berjumpa semasa wedding saya. Yonna adalah mensokong kuat nurulism.com. Yang selalu jadi tali barut Chika. Eh apsal pulak jadik tali barut? HAHAHA. Maksud saya, supporter terbaik. Selalu tolong back up untuk saya.
Lama juga kami berpeleseran di taman perkhemahan pengakap itu KAH KAH KAH. Hampir ke pukul 5.30 petang agaknya baru selesai. Dan saya telah mendapat buah tangan dari Yonna, Lyana dan juga Ain. Terima kasih banyak-banyak. Maafkan saya sebab terlupa bawak souvenir T___T well, sejak dah tua neh memang sering terlupa.Padahal memang dah ingat sangat nak bagi souvenir. My bad.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Sikit sahaja. Tapi mencapai sasaran jugs. Bukankah sasaran Chika adalah EMPAT orang? HAHAHA. Habis, dah buat last minute bajet Celine Dion, takkan nak harap kehadiran 4000 orang. HAHA. Mimpi indah nama dia.
Thanks dekat Lyana sebab mengusahakan perjumpaan dengan Chika. Lyana neh boleh tahan kelakar orangnya. Dia lah yang membagikan nama ‘pengakap’ kepada para pendatang asing yang bersidai-sidai di segenap penjuru taman KLCC. Tak boleh blah. Macam golongan elit sahaja duduk rekreasi di taman pada waktu petang. CEH. Berbulu ja mata dibuatnya. Belum lagi menceritakan perihal wargakota (dan wargadesa juga) yang duduk bercinta berpasangan macam dunia mereka yang punya. Emak tak marah ke awak tak balik dah nak Maghrib? Nanti bapa balik, ayyok kena rotan.
Habis Chika? Apsal tak balik? Ayyok, suami marah. Sumpah tercuak-cuak dibuatnya. Berasa tidak manis sekali perbuatan pulang lewat malam. Dahlah sudah bersuami. Duduk bersama ibubapa pula ketika ini. Tapi ada hati lagi masuk SURIA layan SALES. Tak guna ah SURIA. Buat SALES terbaik pada waktu tersebut. Chika dah lah cepat goyah. Terus tershopping kejap. Kejap? HAHAHA. Sampai SURIA nak tutup pon kami bertiga masih berada di situ. Shopping. HAHAHA.
Mula-mula Yonna ikut. Sampailah ke jam 6.30 petang. Yonna teman saya sampai ke surau. Lepas itu, beliau pon meminta diri. Tinggalkan Chika, Aizar dan Astri masih tak ingat jalan nak balik rumah.
Masuk sahaja dalam surau, tengok tapak kaki telah merah. Sakit jangan cakap ah. Itulah padahnya memakai high heels 4 inci berjalan-jalan di taman dan mengelilingi shopping mall. Aizar dah bising-bising macam emak-emak. Sambil itu memicitkan kaki saya. HAHA. Comel sekali.
Siap solat Maghrib semua, kami pon kebuluran dan membawa muka starving masing-masing. Kesian ah. Terus makan. Chika telah membuat perangai aneh. Iaitu membeli dua jenis makanan sebanyak dua kali berturut-turut. Mula-mula makan nasik ayam tiru Aizar dengan Astri. Tiba-tiba tengok nenek meja depan suap cucu bihun sup. CEh. Tak boleh jadik. Aku nak jugak. Terus tolak nasik ayam suruh Astri habiskan. Pastu beli bihun sup. Baru makan sikit dah berasa geli tak sanggup makan dah. Tekak berasa loyar. Habis membazir. Dua-dua pon makan tak habis. Nafsu lah katakan.
Puas makan, kami pon tertidur di foodcourt. Eh tipu saja. Selesai makan, kami sambung shopping. Astri ah shopping apatah. HAHAHA. Pusing punya pusing, sampailah SURIA nak tutup dah. Hebat. Seharian suntuk berjalan. Sampai akhirnya saya tak sanggup lagi dah. kaki sudah sengsara. Maka saya pon bertindak mengikut pengalaman yang saya timba sepanjang berada di Australia. KAKI AYAM. Ini perkara biasa di Aussie. Berjalan kaki ayam bukan perkara aneh. Tapi di Malaysia, perbuatan tersebut dianggap aneh tak boleh pakai langsung. Ah peduli apa aku. Kaki aku sakit. Terus jalan pegang heels. Membawa muka selamba tanpa terjejas dek mata-mata yang mempandang dengan mulut. Ada juga yang bersuara ; Oh, wutta beautiful shoes. kenapa tak pakai. Hanyalah jika engkau tahu bahawa kakiku sengsara. Selamba saja si Chika neh berajaln round SURIA memakai kaki ayam (habis ayam pakai kaki apa? HEHE) Sekarang anda masih kagum dengan penulis? Fikir dua kali. Fikir semula. Penulis pernah berjalan kaki ayam dalam KLCC. Ayyok tak tahu. HAHAHAHA. Selekeh but who cares?
Sampai rumah semalam, terus musnah. HAHA. Tapi selepas mandi dan menyempurnakan solat Isyaq, berasa sedikit segar. Ingatkan dah boleh pengsan dua tiga hari. Alhamdulillah. Walaupon tidak sehat, namun masih berupaya bangun pada hari ini.
Demikianlah diari hujung minggu Chika yang turut melibatkan kaki ayam. HAHAHAH. Di Aussie, memang kecoh saya mengutuk Mat Saleh kaki ayam. Tak hygenic lah, pengotor lah, selekeh lah apa semua. Tapi balik KL, saya pon buat sekali. HEHEHEHE. Dah tu, kaki dah sakit sangat. Kepala pon dah pitam rasa macam dunia berpusing. Padahal memang benar pon dunia ini berpusing pada paksinya.Tapi kepada saya telah terpusing-pusing tanpa paksi.
Namun, begitu seronok hari semalam.
Sweetheart,
Maafkan I sebab lambat pulang malam semalam.Namun nama dan wajahmu terlekat kuat di hati langsung tak lupa. I miss you Sayang.
Bedtime.




May 19th, 2009 at 12:31 am
berusahahahahahahhaha~~~~
astrisha si peguambela Reply:
May 19th, 2009 at 10:38 am
YESH! berjaye.. kerherkherkher..
okek. da berjaye jadik yg 1st setelah berapa lama dpt nombor tercorot jeee…
tulah.. shopping lmbat sngt.. pastu baru tau sales tu last day ahad tu jugek ..siot ah.. ayza kena marah ah ngan ibu.. saya takottttt :(
hek2. agak2 kalo aku ikot fotoshut kat pantai bersame2 monyet itu..pasti aku riang ria bermaen sep3..tom3 dengan merekaaaa..keh keh, tu yg die sampai pinjam payung x pulang2kan..tah pape kan monyet tu.. ahahhaha
p/s: gamba klcc nmpak body je..i malu ah nak baring2 ala suparman.. nanti pakgad suruh enyahh… ahhaahhaa
aizar Reply:
May 20th, 2009 at 11:02 am
wahaahaha…
pakgad KLCC da la cam psiko..
err,dimarah ibunda perkara biasa bg anak gadis+membawa isteri org..mmg patot pon..huhuh
May 19th, 2009 at 12:44 am
me first me first?
wah semacam bes menyaksikan pengakap2. rugi rugi.
tapi semacam bes je jalan kaki kat klcc. kelmari ke career fair, kaki pon nak tercabut, nak bukak kasut takut maloo..kakaka. i tak kawen lagi.ampun.
May 19th, 2009 at 12:46 am
wah! kak nurul tetap vogue
evn mst pnt melyn peminat. eceh
May 19th, 2009 at 12:50 am
semenjak kawen ni, entri blog panjang2 belaka.. :) seb baik selalu byk gambar.. baca ikut gambar je la aku..
May 19th, 2009 at 12:53 am
Salam Kak Chika, wah orang pertama baca blog Kak Chika ni huhu..bestnya kalau dapat jumpa Kak Chika.
May 19th, 2009 at 1:04 am
sumpah makan hati.
huhuhu~
tanak kawan korang dah.
*tetibe*
haha~
nieja Reply:
May 19th, 2009 at 7:41 am
dieyla..
i xpegik.
boley la kwn ngan i
haha
liz Reply:
May 19th, 2009 at 8:03 pm
kawan dgn aku gak dieyla..aku pon tak pegi..
May 19th, 2009 at 1:09 am
perghh semua girls ke… nasib x gi….
ada hikmahnye…. tp nmpk cm best….
May 19th, 2009 at 1:14 am
chika.
May 19th, 2009 at 1:21 am
ayam pkai kaki ape eh?
huhu…
cian kt ayam xde kaki..
chika dh curi kaki ayam dgn bjln round2 klcc dgn bkaki ayam..
ayyok!
wah..
seronok nye korang..
alangkah best nye dpt join…
next time rncg elok2 tau..
mau join..
dlu da la x dpt g kenduri chika sbb ade exam..
kecewa gile..
sumpah chika comel..
:p
May 19th, 2009 at 1:25 am
respect la chika ni…
sakit2 pon bley g jumpa peminat
berkaki aym xprnh lg…
tp pegi beli selipar jepon murah adalah…
hbs hilang cun time tue…
May 19th, 2009 at 1:53 am
haha
i penah berkaki ayam kat the curve..
sumpah kaki sangat saket masa tu
berjalan kaki dari cineleisure ke the curve berkaki ayam T_________T
dahla orang ramai, tapi pedulikan merekaa.. yang penting, kaki yg saket harus diutamakan dulu kan..
chika, u mcm dh kurus lah :)
kalau i dekat, mst i pergi jmp u..
takpe, next time kalau ada peluang, mst nak jumpa u..
May 19th, 2009 at 1:58 am
nak cuba berkaki ayam di tgh hiruk pikuk kota jgk la =D
May 19th, 2009 at 7:49 am
whoaa meriahnya kedengaran
May 19th, 2009 at 7:59 am
apesal ayat u formal sangat neh? hahaha
eh i takkan lupa soalan u bila kita dok usha couple2 yang dok merendek kat taman tu..
“eh,mak diorang tak marah ke diorang keluar ni? ”
HAHAHHAHA
sangat comel ok!!!
chika,err tak sihat lagi kah? get well soon ok babe :)
May 19th, 2009 at 9:12 am
ah bencinyeee sayeeee.. mengapa kecomelan team tersebut? plus, cam kenal saja belt itu.. hihihik
May 19th, 2009 at 9:14 am
Chika tak sihat lagi ke????
Agaknya kena jumpa doc. kat Aussie la tu…
Wow berkaki ayam tu…respect tul la Chika. Mesti comel kan masa tu…hahaha…
Penyanyi Elyana pun suka berkaki ayam. Sampai ayam2 kat luar sana abis smua tak berkaki…
May 19th, 2009 at 10:31 am
huhu~~serius berkaki ayam kat klcc?? errr I did also few months ago. HAHAHA ^___^
padahnya pakai heels 3 inci setengah (errr xbleh pkai 4 inci nti kwn2 lain kecik ati kang tggi sgt =p) at last berkaki ayam smpai kete amek slipar..fuhhh~~lega pkai selipar jepun lg..hahaha…
x sihat lg ke chika? get well soon dear…dah dekat 3 mggu dah ni kan? :)
May 19th, 2009 at 12:07 pm
cyan belt tu cantik! =)
May 19th, 2009 at 3:07 pm
ahaks…apsal gaya makan semacam jer?? ;)
jaga kesihatan okeh..dan..cyan mmg sgt masyukk ngan chika..haaa..
May 19th, 2009 at 3:42 pm
ala..bestnya klu dpt join sma..
chika nti bg tau awal2 tau klu nak wat camni lg..
huhuhu bkn apa..i kat Um smpai awal jun nti..
klu dah blek kedah nti susah la nak jmpe…huhu
May 19th, 2009 at 6:35 pm
kira kalau ada terserempak dengan kak chika kat klcc kaki ayam dah tau dah..owh, ni lah pemilik nurulism tu..larr nape tak perasan dari awal..(kalau terserempak lah kan..hohoho)
May 19th, 2009 at 8:05 pm
comel gile jalan kaki ayam kt klcc..
tp takpe..i pnah pakai baju tidor kt klcc sbb tgk midnite movie..
May 19th, 2009 at 9:31 pm
nyesal tak g je walopun da lewat..tatau plak korang meng’shopping’kan diri kat SURIA..huuuu..=(
May 20th, 2009 at 12:03 am
salam chika…
yuna is your friend? “is you favorite color blue? lalala…” punya singer tu? suka dengar lagu dia..
kalau tak sihat jalan smpi nak tutup SURIA, cuba bayangkan kalau sihat? tak boleh bayang… tak boleh bayang…
apapun take care… bila nak balik aussie?
May 20th, 2009 at 11:03 am
aku bace je..komen dlm hati..huhuh
tp sangat tak sangka kwn aku jalan kaki ayam dlm SURIA okeh..huhuh..
May 21st, 2009 at 7:22 pm
pttla mcm knal…cna pn ade..aduss