Minumlah Smoothie Baru Sehat
Sebuah lagi hari yang tidak produktif (langsung). Diganggu oleh sakit kepala yang melampau. Baring sahaja sepanjang hari menonton kartun bersama emak tersayang. Kartun tetap kartun. Sakit tak sakit, kartun jangan lupa mesti tengok.Lagi-lagi Si Hagemaru kartun yang sungguh menghina intelektual tersebut. Sangat membodohkan penonton tapi kena tengok jugak. Padahal berasa sangat terhina intelektual dibuatnya. Err. Mana ada kartun yang tidak menghina intelektuallah bukan? Naruto pon sikit lebih kurang juga. Boleh terbang merentas awan-gemawan dan membelah hutan. CEH. Macam bagus sangat. Eh berani gila ah kutuk Naruto. Tumpang lalu, suamiku.
Perkara-perkara yang mentertawakan pada hari ini :
- Menonton Hagemaru. Sumpah tercabar-cabar intelektual. Tapi tengok jugak dan tertawa jugak secara besar-besaran. Siapakah pembuat kartun tersebut apsal boleh terfikir untuk buat babak-babak jenaka sebodoh itu. Tapi sumpah kelakar.
- Adek-beradek menceritakan kisah-kisah kelakar yang kakak dia ketinggalan sepanjang tiga bulan ini. Sungguh banyak. Sampai kisah tak ada kene-mengena dengan keluarga kita pon kita cerita sekali kan? Seperti kisah awek perasan hot banyak orang nak call dia. Padahal dia bercakap di telefon seorang diri. Tak ada siapa pon call dia. Pastu kantoi tengah berbual syok sendiri, telefon bimbit berbunyi. Sumpah malu malas nak hidup dah. HAHAHAHA. Itu memang kisah terbaik ah yang korang sampaikan hari ini.
- Berbual dengan emak tak cukup mulut. Rasa nak pinjam mulut orang lain. Oh Tuhanku. Banyak sekali perkara nak dibualkan tak habis-habis. Pastu tak sudah-sudah Si Chika neh mempuji suami sendiri kasi emak impress. Nasib baik emak impress. Contoh : Memberitahu emak bahawa suami pandai buat kek pisang. Pastu bagitahu emak yang suami seorang genius terbaik ah tak boleh blah dah. KAH KAH KAH. Sampailah emak cakap : Rindu sangat dah eh kat abang? Okay kantoi di situ. Apalagik, diam skang jangan cakap dah. HAHAHA.
- Saudara kandung sudah tidak sabar-sabar hendak ke rumah kakaknya. Eceh. Saudara kandung. Lain macam bunyi perkataan tersebut. Tidak lama nanti, saya akan membawa Ijat ke Australia bersama saya. Hooooorayyyyyy. Ada teman untuk berbual perkara-perkara jenaka. Tak sabar hendak shopping sempena winter. Eceh. Err. Malaysia benar-benar SUMMER lah bukan? Habis cair muka dan jantung semalam. Hot nyaaaaaah. Ceh gedik. Duduk Aussie tak tahan sejuk Autumn. Duduk sini menggelupur panas. Bukankah perbuatan tidak tahu bersyukur tersebut? Tapi lebih rela mentahan kesejukan Autumn. Boleh pakai muffler dan berkasut boot tinggi dengan legging ketat. Musim panas habis takkan nak pakai tube dengan hot pants kang habis kena pungkang kang. Sengsara siang malam.
- Ibu bapa membuat perancangan masa depan dengan begitu details sekali. Oh Tuhanku. Excited betul mendengarkannya. Tak sabar mahu berkongsi cerita ini dengan Naruto ku. Eh Naruto pulak mana ada. Dengan suamiku yang jauh di mata, dekat di hati.
Perkara yang mensedihkan.
- Kalau cakap point pertama neh, confirm anda mengeluh *sigh* keluar peluh -_-”. Err. Masih sedih dengan ketiadaan suami di sisi. Tersangat rindu sampaikan ternampak wajahnya di dalam cawan sampai tak sanggup nak menghirup minuman. CEH tipu sangat. Bukankah tidak meminum minuman panas langsung hari ini? Minum pon air suam sahaja dalam tumbler lah bukan? Suka sangat mentipu di dalam entry. Kalau tak metipu sikit tak sah.
- Haikal baik hati macam angel ah. Sumpah baik hati siap bersayap-sayap. Habis bagi kereta orang lain pakai sana sini. Kakak sendiri pon tak sempat nak testing kereta baru modified tersebut. Emak sudah naik angin sampai tak larat dengar dah. Mentakutkan. Takut punya pasal terus lari naik masuk bilik. HAHA. Emak kalau mengamuk, habis bergoncang langit runtuh dan menghempap diriku.
- Tidak sabar hendak pulih. Satu apa pon belum dilakukan. Sehari suntuk tergolek terlentang sahaja. Kesian macam nak tolong bukan? Takyah tolong kang dah sehat kang habis dia pusing mall je kerja. KAH KAH KAH. Macam elok jugaklah tidak sehat seperti ini. Ada hikmahnya. Kalau tak habis. Duduk berjam-jam di counter Anna Sui atau Christian Dior mencuba make up. Cis tak boleh pakai. Makin lama makin suka make up. Makin lama makin suka high heels. Makin lama makin WANITA. Habis ah kang ada rezeki kang, baby pon bagi pakai make up. Sumpah comel. Baby pakai eyeshadow two-toned. KAH KAH KAH. Baby juga akan dibagi pakai high heels walaupon belum boleh berjalan. Biarlah dari kecik tahu nak vogue. Kang dah besar baru nak ajar bergaya susah. Sakit hati tengok kanak-kanak perempuan yang degil tak pandai bergaya. Suruh ikat rambut pon tak nak. Suruh pakai clip rambut pon tak nak. Pastu pilih kasut blink blink. Ayyoh, so kampung cannot like that. Eh membebel. Habis ah kau. Chika dah membuat ayat-ayat senafas memang menyesal kang kalau layan.
Sebenarnya saya merasa sangat tidak ber-mood. Dull sahaja. Tidak mahu melakukan apa-apa. Mahu duduk di rumah menikmati keindahan rumah yang lama ditinggalkan dan menatap muka emak dan bapa. Kemudiannya kepala asyik terpanggil-panggil untuk menghadap komputer mentunggu suami online. Dapat cakap sikit pon jadilah. Asalkan dapat mengadu sakit kepala demam sakit itu ini semua sakit. Dah cukup dah.
Nak kasi publish entry sekarang ah. Apatah my brain tidak bekerja hari ini. Langsung tak boleh produce cerita untuk diceritakan kepada anda semua. Apa kata kita bersurai dulu. Esok datang lagi. Jangan lupa bawak kepala otak semasa membaca kang susah kang. Tahukah ada manusia membaca nurulism.com tak pakai otak. Sebab itulah selepas tamat entry, dia sawan. Kalau terlupa mempakai otak, avoid diri ah jangan baca okek. Nanti susah. HAHAHA. Err. Sedang kasi WARNING. HAHAHAHAHA.
‘Chika apsal blog kau cerita benda-benda tak sepatutnya.Apsal kau tulis blog? Bukan ke dengan menulis blog tu kita macam show off? Pastu semua orang nanti kenal kita. Eiii susah ah camtu’.
Inilah dia contoh orang yang membaca terlupa mempakai otak. Anda fikir anda cukup pandai mengambik kesempatan dari isi penceritaan saya? Fikirkan lagi. Anda fikir saya tak berfikir sebelum tulis? Semua yang saya tulis di sini, adalah ditulis DENGAN NIAT. Bukan TER-TULIS atau dibuat tanpa mempakai otak. Otak saya sentiasa on. Mind you. Anda fikir saya menceritakan perkara sulit dan peribadi? Engkau sangat kelakar. Keluar skang! KAH KAH KAH. Err. Otak jangan off lah. Biar sentiasa switch on. Agak-agak suka nak sawan atau berasa kurang senang, panas punggung ke apa setiap kali membaca entry Chika yang berkualiti tinggi neh, baik takyah baca. Jangan suka psiko diri buruk padahnya. Anggap sahaja ini nasihat berguna.
Kepada yang mempunyai otak berkualiti tinggi dan pandai menikmati hidup juga pandai enjoy diri dengan kisah hidup orang lain, selamat datang ke nurulism.com. Memang susah membaca blog neh kalau terlupa mampakai otak. Sumpah tak tipu. Dari dulu dah ingatkan.
Seronok dan makin terharu ada banyak pembaca yang comel dan baik hati T_________T Andalah.




May 14th, 2009 at 12:31 am
akak chika! i just visited your blog today.. suke la akak nye blog! mungkin orang yang comment tuh jeles kot.. akak femes.. hehe seriyes dah ramai kawan saye baca love story akak.. memang dah femes dah love story akak neh.. semua cakap sweet…. tahniah krana mendapat jodoh yang baik.. Alhamdulillah..
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:46 am
terima kasih banyak :)
Tidak kesah kalau jeles. Asalkan boleh bertahan. Kalau tak tahan dan berasa terjejas, jangan teruskan membaca. Hukum membaca bukan wajib. HEHE
:P
May 14th, 2009 at 12:32 am
Lepak lah kat rumah…kan 1st time balik frm long trip.. ^^
Kami akan serbu rumah u, jgn risau! :P
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:46 am
okay tak risau :P
ast3 kacak Reply:
May 14th, 2009 at 11:21 am
pakcik..u nak serbu i ikot. hahahaha
eh padahal i tinggal dekat ni..
dtg skang boleh x [konon2 sambel membwak buah2 dan bunga2]
hehhe
May 14th, 2009 at 12:34 am
haha..komen first!bajet ni blop prezhilton la berebut nak comment first neyh…
neway..back to the story..elok2 la duk kat umah tu…ko ni kalo sihat, berjalan jer yer kank yong tak gitu?.hoho..larikkkkkkkkkk
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:47 am
aku tak baca perezhilton. sorry. HAHA
lagi satu, kau bukan first. Sorry gedik :( HAHAHA :P
Sini kau, mana nak larik? gagagga
May 14th, 2009 at 1:00 am
Sape lah datang bace entry tak pakai otak.
Sume readers Chika pakai otak.
Yg tak pakai otak tuh,boley blah dari sini.
Ayat bley blah ni akan buat u rendu kat someone kan?
Da pegi Kota Damansara carik Hello Kitty ke?
hikhikhik
Get well soon!
nieja Reply:
May 14th, 2009 at 3:28 am
hello kitty dmnsara cap ayam..
x payah bli haha
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:48 am
Ada orang yang suka sangat foillow blog neh. Pastu setiap kali habis baca dia sawan. Tak puas hati. panas hati panas punggung semua panas. Bodoh sangatlah bukan? Orang lain baca releks je dia boleh baca sampai sakit jiwa. Kang sakit jiwa kang sapa susah, sendiri jugak susah. habis takkan Chika kena taja kos rawatan jiwa dia. I tak bertanggungjawap. HAAHA
yonnaism Reply:
May 15th, 2009 at 8:07 am
gila agaknya org tu!!
i baca ni gelak guling2 nak matttii!!
sangat kesian dengan org yg tertinggal otak semasa baca nurulism.
tp mmg kan chika.
dr dulu kalau org sawan dalam blog u,
mmg otak diorg not up to standard.
sumpah la sangat bangang
May 14th, 2009 at 1:15 am
org yg bace xpakai otak itu mungkin jeles kottt..hahahaha..
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:49 am
Membaca blog neh menjadi risiko masing-masing. Penulis tak bertanggungjawap. HAHA
May 14th, 2009 at 1:18 am
memang dadah blog chika.mungkin morfin atau mungkin heroin. tapi bukan nikotina oh tidak tidak.
hahahhahha
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:49 am
HAHAHAHAHAAH.
Hep apa neh main dadah dalam blog? Polis, tangkap dia! HAHA :P
nawal Reply:
May 14th, 2009 at 6:22 pm
saya tak bersalah cik, saya cume pengedar (eh pengedar lagi salah)
May 14th, 2009 at 1:23 am
urghh..
phiuhhh..
membaca dgn senafas..
okeh..
eheh..
siapakah yg mbaca tanpa pakai otak itu..
abaikn dia..
sebab..
luna sgt la suke baca cite chika..
yg pjg n pnuh thrill..
paling mcabar..
kisah love story..
mgambil ms sehari utk mghabiskan mbaca..
huhu..
get well soon chika..
nnt da baek leh jumpe eh!
leh shopping sesame..
:p
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:50 am
Ada. Jangan ingat tak ada orang yang suka saiko diri/ Tak boleh athan baca tapi tetap gedik nak follow.astu kang sakit jiwa sendiri susah. Tidak bijaklah bukan? Itupon kena ajar.
Tengah recover. Tak sabar nak sehat :)
May 14th, 2009 at 1:30 am
hehe saya jumpa blog akak Chika sebab nak cr protected entry.skali tertuju disini!Tak suka xpayahla baca kan kan? Get well soon!
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:51 am
Itulah dia. Apa dia ingat baca blog neh hukum wajib ke? Taknak baca takyah baca. Penulis tidak terjejas sama sekali. HAHAHA
Thanks izzah :)
May 14th, 2009 at 1:47 am
nurul…bestnya dah balik msia! im counting my days to be back home on 24th june. u dah balik aussie eh time tu?
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:52 am
welcome home! HAHA.
5th June my flight to Brisbane. I balik sini 3 minggu lebih je. Seronokkan nak balik?
May 14th, 2009 at 2:28 am
awalnya kau kahwin..
mudanya~
suami umur brapa?
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:52 am
Jodoh :)
ast3 kacak Reply:
May 14th, 2009 at 11:27 am
eh eh incik khairul..
orang zaman dulu umo 14 da kawen daaaaa
keh keh keh..
skang mungkin sbb ape org skang lmbt kawen..
sebb nak kumpol duet..
dan yg pempuannya adelah wanita bekerjaya..
etc etc..
ape2 pon..semuanya jodoh :D
May 14th, 2009 at 2:39 am
hurm… mana cite psl smoothie?
time nmpk tajuk ingt nk promote kebaikn smoothie
tp chika mmg cmtue…
n malaysia mmg mcm tgh summer
sgt merasai kepanasan…
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:53 am
Smoothie itu tajuk semata-mata. HAHAHAHA. malaysia tengah panas, eloklah banyak minum smoothie :P
May 14th, 2009 at 8:31 am
sory tapi mmg agak show off sikit (kot)
setiap orang akan ada kisah love story yang membahagiakan.
percayalah.
samada anda nak share or tidak.
:)
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:58 am
Thats why I said :
1. Membaca blog adalah pilihan sendiri. Tiada siapa paksa dan bukan berhukum wajib. Kalau rasa terjejas dan memudaratkan jiwa, buat apa dibacalah bukan? Ignore saja. Bukan susah.
2. Blogger memang golongan show off. Kalau tak nak show off, duduk rumah tengok tv, henjut bayi dalam buaian. Sebab blog memang digunakan untuk catatatn peribadi.
3. Blog yang sedikit maju dengan pembaca yang ramai (alhamdulillah, nurulism.com is one of them) menulis untuk pembaca. Bukan untuk diri sendiri. Sebab itu banyak penceritaan peribadi yang dikongsi. Tapi masih di bawah kawalan. Perkara serius dan peribadi sangat jangan harap nak dikongsi.
4. memang semua orang ada kisah cinta tersendiri dengan pelbagai keadaan dan bahagian masing-masing. Tidak dinafikan. Untuk kongsi atau tidak, hak sendiri. Saya berkongsi sebab tahu ada ribuan orang hendak membaca. Dan saya telah menulis atas permintaan :)
kesimpulan : Membaca blog bukan perkara wajib. Tinggalkan pon tak apa. Tidak berdosa :)
peguambela tah apa2 Reply:
May 14th, 2009 at 11:37 am
oh no…
sape2 yg memblog utk diri sendiri dan request orang laen mmg lah kena show off kan diri sendri bukan cik rema?
setiap orang mmg akan ada kisah ‘love story’ yg membahagiakan.. dan kalao orang mintak beliau tulis make x salah la beliau meng show dan offkan kehidupannya yang sekarang… dan sekarang beliau mmg melakukan yang satu itu..iaitu men’sharing.
x kesahlah love story ke ape, blog itu selagi tidak menghina sapa2, utk kepuasan diri sendri.. bagaimana beliau menggunakan blognya up to him/her..
kalo anda rasakan blog se-show off begini is nt ur cup of tea… butang X di atas sgt mudah utk ditekan :) .. .
chika Reply:
May 14th, 2009 at 1:18 pm
Saya tak rasa Cik Rema cuba menghentam ke apa. Releks Astri. HAHA. Beliau menyatakan secara baik. Dan kita cuma jelaskan perbuatan kita saja.
Cik Rema, pandangan anda tidak dianggap satu hentaman. Jangan risau :)
May 14th, 2009 at 8:43 am
betol betol betol..
ade org bace blog n kutuk kite show off..
“beli brg besar kuman pon nak pampang besor2 dalam blog…”
kecoh kan?
chika Reply:
May 14th, 2009 at 10:59 am
BLOGGER MEMANG GOLONGAN SHOW OFF. ITU REALITY.
liz Reply:
May 14th, 2009 at 11:02 am
yeah!! tp kite bahagia menjadik pengshow off di dalam blog..
so hell ya pengutuk2 blogger2 sume..
like WE care diorg tak bace blog kita..
May 14th, 2009 at 9:44 am
chika dah minum smoothie ke?hehe
chika Reply:
May 14th, 2009 at 11:00 am
errr….
belum. gagagagaga
May 14th, 2009 at 10:01 am
laaaaa…..
ingatkan nak bg resepi buat smoothie
buat panas jer…..ah
tp x per mlm td dah ujann
yahoooo
chika Reply:
May 14th, 2009 at 11:01 am
nak buat smooth9ie takyah resepi. Baling je buah buahan ke dalam blender. HAHAHAHAHA (ceh macam pandai padahal tak penah buat. harap suami buat ) :P
Kak Liza, cubalah. Berkesan semasa musim panas yang berlarutan ini :P
May 14th, 2009 at 11:19 am
cinta novel dialam realiti.. :)
chika Reply:
May 14th, 2009 at 1:18 pm
tidaklah setinggi itu. HAHA
:P
hadio Reply:
May 14th, 2009 at 3:42 pm
ad org kagum dgn kisah novel alam realiti tu haha XP
chika Reply:
May 14th, 2009 at 4:14 pm
KAH KAH KAH
wanie Reply:
May 14th, 2009 at 4:37 pm
oh,hadi,aku kah?haha
anyways.btul tuh cik puan chika.
buat lalala sudah.
ape kesah.
kubur asing2.
*adekaitanke?*
May 14th, 2009 at 11:47 am
Ada gak yang baca tak pakai otakkan…
Mesti blur je time dia baca. Sebab dia tak tau dia baca apa…sungguh kasihan….
Pedulikan orang2 itu Chika.
Semoga cepat sembuh ya Dr. Cik Puan Chika Comel….
chika Reply:
May 14th, 2009 at 1:19 pm
Saya suka dapat title DR. HAHAAAHHA. Ceh Chika ni. Dia pon nak jugak. padahal duduk rumah jadi surirumah saja. HAAHA
May 14th, 2009 at 12:44 pm
Quoted from chika:
“Seronok dan makin terharu ada banyak pembaca yang comel dan baik hati T_________T Andalah.”
Hait! sy memang pembaca yg sangat comel dan baik hati. hahaha… (Ape kes ko ni Jai… -,-” )
chika Reply:
May 14th, 2009 at 1:14 pm
Tah. Ni apa kes ni? Polis, tangkap dia!
HAHAHA
May 14th, 2009 at 6:03 pm
salam…
lm dh xbg komen..
baru blik tebiu keje terus smbar laptop nk bace entry baru chika…
ape ni chika wat org teruja hari2 nei…hehe..
pepun bace blog ni dh jg sbhgn hobi yg sngt santai…
blogger mmg show off..tp klu pndg dr sudut positif bley jd teladan n inspirasi utk readers…kn chika kn…
May 15th, 2009 at 7:48 am
dearie chika,
kagum sekali dengan respon2 followers chika semua.
mungkin blog tu sendiri dikategorikan dalam
ciri2 tertentu:-
yours is so sweet,kisah2 yg hapy2,bahagia and sgt sweet ( tak perlu tension baca blog chika) – mengetahui sehinggalah secara tak sengaja terjumpa blog ini
while mine, mmgla blog orang2 tua yang korang tak hingin baca :)
keep blogging , for sure i’ll b one of ur follower
explanation chika yg sgt2 memuaskan hati
no harm
i raise my case :)
May 15th, 2009 at 8:11 am
chika never change!
tajuk dengan entry sangat tak berkaitan!
T____T
hahha
May 20th, 2009 at 1:23 pm
hahahhahahaha….puas carik smoothie dalam entry ni…..x jumpa arrrr :D
chika Reply:
May 20th, 2009 at 1:44 pm
HAHA. Anda terkena!
HAHA. Tak de lah.
Smoothie sekadar tajuk takde kena mengena :P