Malaysia Airlines
Semalam merupakan hari dukacita. Tidak syak lagi. Tak boleh nak kira berapa banyak kali saya menangis dalam dakapan suami. Belum kira lagi yang menangis di luar dakapan suami, di dalam blanket, di depan laptop sampai keyboard habis basah lupa nak lap kering sendiri. Huh -_-”
Habis keyboard masin. CEH tahu pulak rasa dia masin.
Bangun pagi semalam, jiwa terus sebak tak boleh blah. Eh tak boleh blah pulak. Jiwa sebak tak boleh tahan. Menggunakan kesempatan secara menyeluruh untuk peluk suami setiap kali ada chance. Semasa tak ada chance pon ambik kesempatan jugak nak peluk. Contoh : Semasa suami sibuk mengemas luggage pon isteri mengendeng peluk-peluk. Ceh betul-betul mengambik kesempatan nama dia. Pastu nangis sebanyak satu sungai. Deras. Sumpah deras tak tahu ni sungai apatah deras sangat pastu siap ada bunyi. Menangis macam dunia telah runtuh. Sampaikan simpati dekat wanita itu. With love. (?)
Suami pon banyak diam semalam. Lepastu cakap ; I sebaklah you nak balik Malaysia. Tak tunggu apa dah, terus nangis lagi si isteri. Drama Korea episod 7 betul. Pastu peluk dan menangis di dada suami. Sumpah berciri drama Korea episod 7.
Namun begitu, pagi semalam kami sempat ke Ipswich. Sebuah kawasan yang sepatutnya boleh maju tapi tak menjadi sangat. Aik? Takyah cakap pasal bandar tersebut sebab saya pon tidak tahu sangat tentang Ipswich. Tahukah kenapa kami ke sana padahal lagi baik duduk rumah bercinta I love you ke apa sebelum berpisah jauh selama 3 minggu setengah.
HELLO KITTY punya pasal. Aik? Apsal pergi Ipswich carik Hello Kitty Kota Damansara kan banyak Hello Kitty. It is a common thing in Kota Damansara lah bukan? KAH KAH KAH. Cannot help. Komedi terbaik ah.
Saya akan email kepada pembeli Hello Kitty yang berjaya. Alhamdulillah. Saya berjaya membawa pulang beberapa ekor ke tanah air. Eh takyah ah cakap dalam blog. Bisnes Hello Kitty kita buat dalam gmail sahaja. Tak manis heret masuk dalam blog kang ada penjual Hello Kitty Kota Damansara hantar message hebat lagi kang.
Semalam saya menangis terlalu banyak. Sampai suami pon jadi sebak tak menentu. Tak pernah sangka saya akan tersebak-sebak sedahsyat itu. Siap buat drama Korea episod 8 pulak dekat Brisbane Airport. Sebijik macam yang anda boleh temui dalam babak-babak Drama Korea. Hindustan takyah cakap ah dia main keretapi sahaja tak berapa nak main dengan kapal terbang. Baiklah sekarang anda saksikan babak di bawah ini :
Di tengah-tengah ruang legar Brisbane Airport. Terdapat sepasang merpati (tapi bukan merpati lah sebenarnya manusia) berpelukan erat. Isteri menangis teresak-esak sampai cakap pon terputus-putus. Sumpah kesian macam nak tolong je. Orang lain lalu-lalang sambil menjeling. Ada yang buat tak tahu sebab malas ah layan Drama Korea Episod 8. Ada yang buat-buat tak tengok tapi kantoi jeling sikit-sikit. Ececeh kantoi suka tengok orang berpeluk. Kemudiannya pasangan tersebut berjalan beberapa tapak dan suaminya menarik hand luggage.Tiba-tiba, isteri berhenti dan memaut suaminya lagi sekali. Habis dua-dua kena stop again. Peluk again lama-lama. Nangis lagi sebanyak bersungai-sungai. Sudah bukan lagi Cry Me A River. Sudah jadik ber-river-river. Kemudiannya suami pujuk isteri suruh sabar (padahal suami mata dah bergenang sikit tapi nasib baik masculin terbaik maka air mata susah nak tumpah). Sampai ke departure area, suami suruh isteri turun ke bawah. Pastu isteri menangis tarik suami lagi sekali. Againlah berpelukan tak tahu malu. Lupa dah dalam dunia ni ada orang lain. Sumpah lupa. Ingat dunia milik berdua padahal bukan.
Bila isteri akhirnya berlalu menyorong hand luggage dengan air mata merambu-rambu, suami pon melambai-lambai. Makin lama makin jauh dan menjauh. Hinggalah tak nampak lagi. Suami call dan berhubung menggunakan telefon bimbit. Madah cinta semua keluar. Pastu nangis lagi. Intai ikut kaca semasa isteri bergerak ke gate 78. Pastu melambai tangan dengan sayup secara slow motion (Ceh sebijik drama ah). Keluar lagu Anuar Zain (aik? Tadi kata drama korea apsal pakai lagu Anuar Zain neh? &%#%^)
Pernahkah anda menyaksikan babak seperti itu? Dalam drama bukan? Ya ya. Kami telah berdrama semalam di Brisbane Airport. Sumpah sebak. Paling sebak bila melihat suami makin lama makin hilang dari pandangan hinggalah hanya kelihatan tangan yang melambai dari celahan-celahan objek lain. Sangat sedih. Semalam merupakan antara hari tersedih yang pernah saya lalui dalam hidup ini.
Untuk menahan kesedihan yang tersedih-sedih tersebut, Chika pon bermain teng teng di depan gate 78. Eh mana ada. Chika pon bermain Sudoku. Tengah sedih pon pandai boleh habiskan satu game. Sangat genius ah kepala otak. KAH KAH KAH. Okay tak manis angkat diri. Malu sikit.
Tak lama kemudian, suami call again. Suami punya pasal, terus tolak Sudoku ke tepi. Berbual-bual sambil menangis keluar hingus semua. Jijiklah bukan? Tapi untuk melengkapkan cerita ini, kes hingus pon kena tulis sekali kang tak perfect kang mana best. Suami pon pandai betul buat ayat-ayat sebak. Hati bagai dicarik-carik. Punyalah sebak. Sesaat pon tak boleh hentikan air mata. Mak Cik seat sebelah dah mula jeling-jeling. Apsal budak neh menangis teruk sangat ishk buruk ah camni. Kata Mak Cik tersebut di dalam hati. Saya terus menunggu di depan gate tersebut sambil berbual di telefon dengan suami, memegang pen dan sudoku magazine. Gate 78 ; Jet Pejuang MH140 ke Kuala Lumpur. Departure pada jam 10.50 pm, Brisbane’s time.
Duduk sahaja di seat 19A, apalagi! Continue menangis teresak-esak. Teringat-ingat perbualan di telefon dengan suami. Dia dah sampai rumah pon (Info : Airport is just about 20 minutes away from our place) Husband cakap dia tak boleh tahan sebak juga bila masuk ke rumah dan tiada saya. Kesian you Sayang.
Kejap. Lap keyboard yang telah masin.
Sebelah saya adalah seorang gadis New Zealand 23 tahun (wah rakan sebaya). Dia nak ke London. Kami pon berbual-bual dan berkenalan dan bergelak ketawa. Sumpah kuat kami berbual like nobody’s business. Sampai lelaki row sebelah asyik tengok setiap kali kami ketawa. Gila desperate saya ketika itu. Desperate untuk berhenti menangis. Saya paksa diri untuk berbual-bual dan ketawa. Pastu overdose. Ceh macam mabuk.
Her name is Paige. Siap nak add Facebook dan sebagainya. Merancang pertemuan di New Zealand kelak kalau berkesempatan *^$%%#& Wah sedih sangat sampai jadi friendly Si Chika neh. HAHA.
Kemudiannya saya menonton Bride War selama beberapa minit sahaja. Tiba-tiba teringat Doctor Hati saya terus tak lalu nak menonton. Stop dan tarik selimut. Nangis. Pastu dah puas nangis, tengok 7 Pounds pulak selama beberapa minit juga. Tiba-tiba teringat suami. Ah masuk bawah blanket agai. Nangis. Kemudiannya dah penat nangis, collect lagu masuk Jukebox dan layan lagu dalam blanket. Sumpah bertambah feeling. Ceh tak guna. Makin deras menangis. Akhirnya terlalu tension dan tertido.
Bangun setiap kali pramugari cantik offer makan atau minum. Yang itu memang tak tolak walaupon tengah sedih. Nasib baik masa makan lupa nak nangis kalau tak habis Chicken Biryani jadik masin T____T
Kemudiannya tidur semula. Tak tahulah sedang tidur kah atau menangis. Sebab semacam menangis di dalam tidur. Asyik terbayang muka suami. 3 bulan hidup bersama macam belangkas. Tiba-tiba travel sendiri. Oh Tuhanku. Mana boleh jadi.
Tiba-tiba alarm clock berbunyi pada jam 5.30 pagi. Waktu untuk solat Subuh. Buat pengetahuan anda, inilah dia detik terpaling sedih yang sedih sangat ah sungguh sedih oh sedih sedih.
Biasanya. Lebih kurang jam 5 pagi, kami berdua akan tercelik secara automatik. Kemudiannya akan menarik-narik blanket dan bergurau senda sementara menunggu alarm clock 5.30 berbunyi untuk bangkit solat Subuh. Selagi belum berbunyi, kami akan bergolek dan membuat morning talk eceh. Setiap pagi, itulah kerja kami. Sangat seronok dan saya terbiasa dengannya. Tiba-tiba pagi itu, ketika jam berbunyi saya dalam penerbangan. Teringat suami. Aaaaa. Pasti bersendirian dia tercelik mata pagi itu. Pasti tidak berbual pagi sebelum solat Subuh. T____T
Kejap. Lap keyboard lagik.
Boleh dikatakan, saya menangis sepanjang hari semalam. Saya tahu suami pon sebak. Banyak kali dia cakap betapa sunyinya rumah hari ini. Hati saya pon sunyi sekali. Namun saya juga merindui keluarga di Kuala Lumpur. Saya gembira dan teruja sekali sampai mencium emak bertalu-talu. Rindu sangat dengan emak. 3 bulan tidak jumpa emak. Emak masih muda dan comel dan Wonderful macam selalu. Malah emak semakin pandai menyanyi lagu Wonderpets Wonderpets Kami Datang … lirik yang begitu perfect. Tahniah emak.
Saya tiba di KLIA pada jam 6 pagi tadi. Melalui pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah. Sehat walafiat walaupon hari ini telah demam. Abah menjemput. Abah dan adek-adek kelihatan sangat gembira tidak terkata bila ternampak saya. Excited betul bapa.
Bapa cakap : Semalam nangis teruk dengar cerita.
Gulp. Ada orang pantas saja buat report. HAHAHA. Sayang, you comel. Dah lah pergi call Ma cerita dekat Ma yang I menangis gila tak nak tinggalkan you. Habis dah drop air muka I. HAHAHA.
Jetlag belum selesai. Masih penat. Hari ini fikiran tak ada lain. Ingat suami sahaja. Souvenir untuk keluarga telah selamat diberikan. Berbual habis semua cerita. Esok dah habis dah tak tahu nak cerita apa dah dengan keluarga. HAHAHHA.
Perasaan sangat penuh dengan kecintaan. Sekarang saya sangat merasainya. Betapa banyaknya sayang dan cinta saya buat suami. Tak berbelah bagi. Sekarang saya tahu yang saya sangat memerlukannya just like oxigen. Punyalah banyak cinta buatnya. Sampai rasa sengsara betul tak ada suami di sisi. Aih. Sekejap saja. 3 minggu. Sekejap saja. Sekejap saja.
Kami kembali seperti masa kami bertunang dulu. Ketika suami di Brisbane, saya di Kuala Lumpur. Bila suami pulang dari kerja, bergegas lah saya menerkam Yahoo Messenger. Yahoo chat. Sangat nostalgik. Teringat masa kami dalam tempoh pertunangan. Cara inilah kami guna untuk melepas rindu. Cuma bezanya, waktu dulu kami berbual secara penuh batas. Berbual tentang wedding preparation, dan perkara serius. Hari ini berbual penuh rasa dan memadu rasa. Ceh. Gila sangat. Tak ada batas lagi dah. Boleh rindu-rinduan secara dahsyat. Boleh main ayat cinta power pastu tak berdosa. Sangat indah.
My husband is my favorite subject.
I love you. Banyak.




May 12th, 2009 at 12:55 am
huhu~
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:13 am
:P
May 12th, 2009 at 1:01 am
*nanges 5 minit*
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:14 am
nangis satu hari suntuk
May 12th, 2009 at 1:06 am
Aiseh..naik bulu jeles sambil membaca~
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:14 am
Bulu jeles tu apa Jullian?
HAHAHA :P
ada pulak bulu jeles eh
~JviperS2~ Reply:
May 12th, 2009 at 10:48 pm
Hahahaha..
jeles=cemburu in malaysian language~
Hahahaha!! :P
May 12th, 2009 at 1:08 am
huhuhuhuhu T_____T…sedihnyer kak…comel sangat2…buat saya teringat ngan someone special.we almost 5 year berhubung jarak jauh untuk mengekalkan sebuah relationship…bezanya akak da selamat dalam hubungan suami isteri, kami jauh lagu..huhuhuhu….sabar ek hati..
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:14 am
sangat sedih T___T
May 12th, 2009 at 1:15 am
ok baru siap bace..
isk sedey plak i bace n3 u neh…
sabar k chika.. 3 mngu je..
pejam celik pejam celik..
kejap je tu..
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:15 am
lamanya tiga minggu.
T___T
May 12th, 2009 at 1:21 am
T___T
sumpah comel.
ni nak terus tutup pc layan tdo nih. kot2 dpt mimpi indah. isk isk. (sbb story ko gula sangat, dan masa ku belum sampai. jadi, mengharapkan mimpi indah aja lah,…isk isk)
T____T
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:15 am
Jangan tidur. Siap kerja dulu! Nanti kang nightmare :p
May 12th, 2009 at 1:23 am
waa.kak nurul…saya pun nak nanges jugakla….sayunye denga akak cite. memang serupala cam cerita drama korea.cume ni versi Malaysia.realistik lagi tu. bukan khayalan.
xpe kak 3 minggu tu tak lama.
t sedar2 jer sok akak da balik Brisbane balik. huhu.
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:16 am
Separuh dari hati dan jiwa saya tertinggal di Brisbane. Di rumah kami :(
May 12th, 2009 at 1:41 am
alolo…
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:16 am
T_T
May 12th, 2009 at 1:51 am
oh..semoga tabah la kak chika ooi…
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:17 am
kalau tak tabah dah suruh pilot U-turn dah. HAHA
May 12th, 2009 at 1:52 am
adoyai..byk entri yg sdih2
sjak 2 mnjak ni..huhu..
uwaaaa….
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:20 am
Melankolik mode :P
May 12th, 2009 at 2:04 am
sob3~
nk nangis jugak..
sgt penuh kecintaan chika ni..
xpe..
YM ade..
FB pon ade..
lps ni klu blk brisbane mst kerinduan tu lg di rasai sbb dh lm x jumpe..
take care ye sis..
xmo nangis2 da..
nnt x comel..
mata sis cantek..
nnt sembab plak..
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:21 am
sudah sembab pon
:(
May 12th, 2009 at 2:09 am
ala cian die….heheheh…
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:21 am
:(
sedih.
May 12th, 2009 at 2:25 am
alamak macam ni ke rasa chica bila berjauhan ??bolerh terasa kasih sayang dengan suami chica.ops.chica dan suami ok.sumpah saya bukan perempuan hello kitty.eh?
haha.3 minggu je.lepas tu suami bolerh cuti 3 minggu lagi pergi bercuti..haha.
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:22 am
errr. Idea yang bagus. Lepas 3 minggu neh ajak suami bercuti 3 minggu. KAH KAH KAH. Habis kang hospital carik chika. Pandai2 bagi cuti kat suami. HAHA
May 12th, 2009 at 2:29 am
Uhuu.Keyboard laptop saye pun dah masin dah..
:’(
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:23 am
lap cepat lap cepat.
HAHA
May 12th, 2009 at 3:10 am
dah baca entry you…. sampai mengalir air mata…. well, tak sure – mungkin mengalir sbb banyak menguap jugak – belum kol 5 pagi dah bangun kesejukan, almaklumlah :P
I love you too sayang :)
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:28 am
Sayang, I love you ♥
Tak best tidur malam semalam T___T Bangun -bangun you takde, bangun-bangun you takde :( Eiii nangis pon tak sure. Cakap cepat. Nangis ke menguap? HAHAHAHAHA. I miss you Sayang. Take care of yourself. I miss home. Our home :)
Jai Reply:
May 12th, 2009 at 5:02 pm
Ini…. ini kire penutup drama Korea episod 7 tu la ye…
“You was not by my side when I wake up…”
May 12th, 2009 at 3:10 am
double sedey bc entry ni…
sedey sbb chika wt cite sedey…
sedey sbb jealous dgn kisah cinta anda…
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:29 am
saya pon sedih sebab buat entry ni. HUHU
May 12th, 2009 at 3:31 am
sweeeeeeet!!
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:30 am
sedihhhhhh!
May 12th, 2009 at 3:44 am
Chika, lain kali bawak balik kain pelikat suami, baju ke…. yang tak basuh punya…Haha!!
p/s: Lepas kahwin (since we are also separated by oceans), boleh skype bukak tudung :).
Takpe Chika, rindukan suami pun ada pahala. Walaupun jauh, selagi pride & nama suami dijaga, you’ll be fine.
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:31 am
Mesti kakak buat kan? kan? kan? Habissss. HAHAHA. Berkesan tak? Berapa lama natural body odour pada pakaian boleh tahan? 3 minggu sampai tak? :p
Ha ah. Boleh video chat bukak tudung. Boleh cakap macam-macam takyah nak tapis ke apa. Cakap je.
Thank you very much :)
May 12th, 2009 at 5:26 am
x pe kak chika, sabar ye.. 3 minggu tu x lama..cuba akak pejam,celik,pejam,pelik..dah 3 minggu..buat video call slalu yee..
chika Reply:
May 12th, 2009 at 7:34 am
pejam celik pejam celik, nangis kang.
sob sob
May 12th, 2009 at 7:26 am
Ya Allah…
Sweetnya…
Setiap entri chika smpailah habis percutian ni pasti akan berbunga dengan ayat2 bunga cinta pada suami…
suami I mana..? mana..?
eh, lupa.. belum kahwin lagi..
hahaha
chika.. take care..!
May 12th, 2009 at 7:44 am
alahaiiiiiii… udah la baru publish love story
berpisah sementara pulak…
alahaiiiiiiiiii
kejap je tu chika….. sure byk benda blh di buat utk mengisi masa rindu…. pejam celik pejam celik
eh sudah tiga minggu huhuhu
GOOD LUCK!
May 12th, 2009 at 8:16 am
huhu.sedih la chika…ksian cik chika…lg 2,mana tau keyboard tu masin?jilat ek?hahaha
May 12th, 2009 at 8:18 am
apesal sweet sgt ni??
apesal sumpah sedih ni T_____T
May 12th, 2009 at 9:10 am
nak tumpang sedih la sama2. aiceh mcm la ade suami hihiih
May 12th, 2009 at 9:46 am
kesah2 akak sungguh hidop………
mcm sambil membaca ada tygn kt dpn mata.. hehe ;D
take care too! =)
farhana rahim Reply:
May 12th, 2009 at 9:54 am
alaa. once again! huhu
just chika. chika n chika n chika…
tiada akak2 begitu jua sis. hua3
~sekali lagi malu~~
join nyorok muka dlm blenket laaa ;p
May 12th, 2009 at 10:06 am
chika..
mmg sedihhhh gilerrrr baca entry chika neh..
mcm baca novel, betul² dalam novel..
ari tu novel cinta [yg gembira]
ari ni novel cinta [yg sedih] pulak..
seriously, akak dapat memahami & menyelami perasaan chika..
sumpah sedih, bile ape yg selalu kita lakukan bersama, dah x boleh wat sama² untuk sementara waktu..
dah la tidor pun xde berteman..
kesian hubby chika kesejukan..
tapi akak rasa, untuk suatu perpisahan..
antara org yg pergi dgn org yang ditinggalkan, org yang ditinggalkan lagi sedih daripada org yang pergi…
akak dapat rasakan kerinduan hubby terhadap chika
selalunya balik rumah mesti ade chika, but lepas anta chika ke airport, ur hubby balik umah dengan perasaan kosong & sunyi..lagi sedih T___T
setiap saat ternampak² chika kat mana² dalam sudut umah..
balik kerja dah xde chika yg menunggu di depan pintu [seb baik bukan lama, kejap jek]
apepun, perpisahan sementara nilah yg menguji kekuatan cinta & kasih sayang kamu berdua
akak percaya, baru berpisah 1 hari ni pun perasaan sayang dan cinta dah menggebu² di dalam hati, sampai hati dah penuh sesak sampai xtau lagi nk letak cinta tu kat mana :)
pejam celik, pejam celik..dah 3 minggu
kalo sedih², chika p makan tomyam yer..
lepaskan kerinduan terhadap tomyam juga
so nnt dah balik aussie xdelah rindu nk makan tomyam lak..hehe
be strong, ok ;p
May 12th, 2009 at 10:30 am
sabar sabar ^_^
jgn lupa lap keyboard tau..hukhuk..
May 12th, 2009 at 11:09 am
Apsal story Chika ni semua comil2 gitew…Akak pun leh rasa sayu je tetiba…
Memang sedihkan bila hari2 kita lalui suka duka ngan orang tersayang tetiba kena berpisah(jap je k)…mesti perit nak lalui hari2 tanpa insan tersayang tu kan…
Takpe Chika semaikan bunga2 rindu bebayak supaya nnt balik Aussie boleh taburkan pada hubby terchenta…
Semoga Chika terus comel ngan entry comelnya…
May 12th, 2009 at 11:24 am
chika,tanak bukukan entry2 u jadi buku ke?
i mesti beli 100 jilid T____T
May 12th, 2009 at 12:14 pm
memule ade rasa cam geli.
tp bile bace balek syahdu.
pasni tak payah bace novel cinta.
basa blog ko je.
[aku tak bace novel cinta oke!]
ahahahahha.
ko lenkali bawak la balek barang2 hubby kau tu, aku ni even jarak johor-selangor je.. kain batik n kain pelikat mak bapak aku pon aku bawak.. hahahaha! ko ni btol la chika, keras2 kematu pon bole melt gile.. adoi.. penangan org becinte plus da menikah ni kan.. hehe..
bawak-bawak betenang, dh terbiasa bersama kan.. bile time2 camni mmg la terasa kan.. hehehhe…
ape lagi chika!! shopping ah.. rabu n khamis ni ade j-card day!!!!!! hahahaha.. shoping shopping!!
nieja Reply:
May 12th, 2009 at 2:34 pm
ko kan anot tak abis2 ngan j-card day ko tu. aishh! aku nak g kambenggggggggg! amek la aku nant.. hehe..
May 12th, 2009 at 3:28 pm
kenapa drama korea episod 7?*x tgk cite korea jd xtahu*
chika,lap keyboard cepat.nanti laptop rosak,susah.h0h0.
May 12th, 2009 at 5:17 pm
Alaa sedihlah baca. Sedih secara banyak.
May 12th, 2009 at 6:08 pm
suka tau buat entry sweet2 .. bluek kat chika.. hahah baru teringat blog sendiri da lama ketandusan entry sweet.. hahah agak nye diri da tak sweet lagi kot.. erkk hahah busy menjadi guru yang baik.. :)
May 12th, 2009 at 7:55 pm
di sebalik kesedihan
terdapat sekelumit kecomelan di dalam entri mu kali ini. hohohoh..
jgn cedeh ah. meh i pelok meh
May 12th, 2009 at 8:10 pm
huhuhuhu…
mcm tgok ceta korea…tp ni ceta chika… :’(
jauh d mata…dekat d hati..
kuatkan smangat!! cayok! cayok! ;)
May 12th, 2009 at 8:33 pm
sabar yek chika… bak kate pepatah, jauh dimata, dekat dihati… mesti incik husband ponn tgh berendam air mata kat brisbane neh…
May 12th, 2009 at 8:44 pm
entry u comel sgt tp kenapa akak rasa sebak.. huuhuhuu nak nangiss jugak arrr
May 13th, 2009 at 8:14 am
hye dik chika,
lama akak tak komen kat blog awak nih disebabkan masa mengadap internet yang terhad.
hmm.. syahdunya baca entry ni. sebak pun ada because i’ve been through this moment. tapi tak se drama korea awak. hehehe.
the day i’ve sent to sabah. kat airport KLIA tu berlagak macho. tapi bila sampai je kat hotel di KK, malam tu nangis je sepanjang malam. sepanjang tidur dan mimpi. cakap phone pun nangis-nangis sebab tak boleh bayangkan how’s my life gonna be.
and still, sampai ke hari ni tak boleh nak adapt dengan keadaan di sini.
cuma mungkin, sekarang hati makin kuat. cuti sekolah kan banyakkkkkkkkk… hehehe
chika,
congrates on ur wedding! sorry sangat-sangat ye akak tak dapat nak hadir… i am so far away….
take care babe.
May 13th, 2009 at 4:03 pm
chika,enjoy la ngan famili u…cuma ada 3mggu je ngan mak ayah..n then, suruhla husband you cepat2 bertukar ke malaysia jer…tak payah ada episod sedey cenggini..
May 13th, 2009 at 8:29 pm
Alahai chumel betol komen dari mr.husband
Hikhikhik
bangun pagi sejuk je, almaklumlah.
wakakakak chumel giler
=)
Chika, jangan nanges.
entry ni berciri sedihhi
tapi chumel!
May 13th, 2009 at 8:47 pm
erm,mesti rindu giler kan…sabar yer dear chika.
May 14th, 2009 at 10:18 pm
sgt touching!
manis becinta lpas kawen kan?
doakan chika same hubby kekal bahagia selamanya!
insyaAllah..~ :D
September 4th, 2009 at 7:33 am
[...] ke Brisbane, saya akan bersedih sakan untuk meninggalkan keluarga. Baiklah. Nantikan sebuah lagi drama korea episod 8. Lokasi pengambaran di Coolangatta Airport, Gold Coast. Nantikan [...]
September 4th, 2009 at 12:03 pm
chika..xpenah2 i tinggalkan komen tapi kali ni i komen..:p..
i paham perasaan u…dulu masa i lahirkan anak sulung i kene berpantang di kampung…dh terpaksa tinggalkan hubby di kl…punya la sedih…nangis2 tahap gaban…sampai my mon risau takut i moroyan lk nanti…lg i sebak bila nampak mata hubby i merah2…dia nangis dalam toilet okk!! punya la xnk i nampak…ye la dia takut i lagi sedih kalau i nampak dia nangis…
bila kita kene berjauhan baru kita perasan betapa sayang nya..cintanya kita kepadanya kan??