Ketika Cinta Bertasbih
Posted by chika under Uncategorized“… Ketika cinta bertasbih, nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta …”
“… Ketika cinta bertasbih, nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta …”
Kesihatan saya semakin merosot. Eceh. Okaylah kalau tak suka ayat proper seperti itu kita ubah dia. Kesihatan saya buruk sekali what the heels. Sepanjang hari menghabiskan usia di atas sofa sambil mempilih program Astro yang boleh dibuat hiburan. Malangnya Astro pon sumpah what the heels juga semua program tak menghiburkan CEH. Balik-balik Pontianak Harum Sundal Malam. Balik-balik Spongebob episod Spongebob buat magik mentukarkan Squidward jadi aiskrim pastu Patrick makan cair atas lantai nyum nyum CEH^%$#^&. Balik-balik Hagemaru episod melukis helmet atas kepala. Balik-balik Rempit, Castelo dan semua ah himpunan filem Melayu modal kecik collection kecik &^$#%&%@ Masa depan pon kecik jugak. Malu ah malu.
Blog akan berjalan secara tenang dan perlahan. Slow and steady. Kalau dulu satu hari satu entry dikira pencapaian terbaik, sekarang tiga hari satu entry dikira cemerlang dah. Sekarang tak tahu nak apa dalam hidup ini (selain nak mendakap suami, itu takyah cakap ah memang nak sangat KAH KAH KAH. Siapa gelak memang ah) Makan tak mahu. Berhibur tak mahu. Makan angin tak mahu. Update blog goreng-goreng ayat pon errr macam tak bermasa depan juga. Membeli belah? Pon tidak mahu juga.
Chika kah neh atau Pontianak Harum Sundal Malam kah neh aik? Apsal shopping pon dia kata tak mahu?
Last time pergi Bangsar. Shopping di Jalan Telawi. Semua dress pon kelihatan tidak bernafsu sekali. Terlalu bosan. Masuk Cat Whiskers, carik sofa duduk. Masuk Gossips, carik sofa duduk. Masuk Mooie, carik sofa duduk. Masuk Oopsie Daisy barulah terpesona sikit dan membeli sepasang pakaian dibuat syarat asalkan membeli kang tak beli kang macam malu ah HAHAHA. Eceh. Like aunty aunty only, jalan sikit and sit. And then Aizar dan Astri shopped like nobody’s business. I pitam liao. Ajak rakan-rakan pulang.
Saya tidak tahu apa yang saya ingin lakukan ketika ini. Semua perkara mengundang kesakitan. Hanya menghitung hari untuk pulang ke sarang. Eh bukan. Menghitung hari untuk pulang ke Brisbane sebab di sana ada suami menanti. Eh sapa menanti mana ada? Nak kena neh, jangan main-mainkan perasaan isteri. KAH KAH KAH.
Selain menghabiskan waktu di sofa, saya juga menghabiskan waktu berpeleseran di rumah bersama ibubapa yang saya sayangi. Berbual perkara berbangkit dan kadang-kala perkara yang sama seperti topik Bila Suami Nak Balik KL? Sungguh mensedihkan topik tersebut. Eh tak tak. Tak sedih sangat.
Eh lupa ah sebenarnya entry neh ditulis dengan tenaga yang banyak untuk menyatakan alasan kenapa entry akan hidup segan mati cannot sekarang neh. Sebab dia, penulis tidak sehat. Makin tengok blog makin rasa sakit. Ah boring ah.
Nanti sebentar lagi akan ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan. Nak mintak doctor ubat tahan rindu. Eh tak. Ubat tahan rindu hanyalah dengan mengingati Allah yang memberikan nikmat rindu. Eceh tetiba tarbiyah pembaca HAHA. Doctor A memberitahu (eceh, Doctor A kau! HAHA Sungguh kerek) beberapa nama ubat yang sungguh aneh. Doctor C pon mensalinkan nama-nama alien tersebut di dalam buku nota untuk dijadikan rujukan. HAHA. Comel. Doctor C rindu Doctor A. Ewaaahhh.
Chika dah buat dah perenggan yang membelenggu perasaan kita. Apalagi, jom bersurai ah. HAHAHA.
Ok bye.
My name is Bunga Chika Lestari.
Yewwwwwh Chika! Tolong sumpah sekarang tak akan ulang lagi nama di atas, I meluat. HAHAHA. Melakukan perbuatan annoying memang my habit, well. Selain menggunakan nama Chika Citra Lestari, saya juga pernah menggunakan nama Nurulism Hepburn, Chika Dior malah pernah juga menggunakan nama Anggerik Desa. CEH sumpah geli ah jom blah semua. Menyesal ah baca nurulism.com kalau tahu Chika macam neh. HAHA. I gurau lah gurau. Siapa panggil saya Bunga Chika Lestrai secara lebih lanjut, siap dia. HAHAHAHA. Eh dah ah asyik annoying je.
Hari ini telah keluar bersama rakan sekolah ke Puchong membawa ke Bangsar dan seterusnya ke kedai jambu 88 di mana kejadian Dedek buat hal mintak mainan harga RM18 pastu ulang ulang cakap sepanjang jalan sumpah terror sanggup ulang cakap mintak mainan tanpa henti. Good luck Astri. (info : Dedek adek bongsu Astri)
Cerita Puchong, Bangsar, Dedek mintak mainan, Aizar menyampuk tak bagi salam, Jullian beli kereta baru cash fuyyyo terror dan sebagainya akan kita ceritakan kemudian. Sekarang kita cerita benda manis-manis dulu semanis lori gula terbalik what the heels ? *&%#%^
Eii manisnya. CEH. Belum cerita lagi hati dah flowery bau softlan floral peach (eh tetiba pulak) Sumpah merah menyala hati ini bagaikan cinta kali pertama menyapa hati :x (icon cinta berdegup-degup versi yahoo messenger)
Masuk sahaja ke dalam rumah pada petang tadi, terus merah menyala oh jantungku. Histeria di tempat kejadian terlupa ada emak ada makyang ada bapa di depan mata. Terus tango di situ. Gedik sekali.

Sejambak bunga di atas meja kaca! Dengan kiriman kad bersampul merah jambu oh so lovely. Tak fikir lain dah. Takyah teka dah takyah. Dalam fikiran dan hati yang penuh kecintaan ini, dah tahu sangat dah lelaki manakah yang manis sekali mengirimkan jambangan bunga buat saya. Tak ada terfikikan lelaki budiman lain dah. CEH kau dah kawen lelaki budiman mana pulak nak buang duit bagi kau bunga? HAHAHA.

Lovely………….. ! From my dearest husband I LOVE YOU. Manis sekali perbuatan tersebut mengirimkan bunga buat isteri di tanah air. Cannot tahan liao. Very touching sob sob sob. Tak sangka-sangka akan mendapat a bouquet of roses bagaikan dalam usaha mengorat phewwit phewwit. He is the man! Bukan sahaja bermain bunga semasa nak mengorat, selepas dah dapat pon masih sanggup bermain bunga. Sangat lovely, Sayang I can’t help it.
Punyalah touching separuh nafas dibuatnya, tidak sedar telah melafazkan kata-kata berani mati di hadapan keluarga. Memuji suami sendiri pastu lupa yang ibubapa sedang menonton aksi ngeri tersebut. HAHA.
“Ya Allah. Sayang ni comellah. Romantic always omaigod. Sayang, I love you too. Waaaa… rindunya kat you lama tak jumpa”
Sumpah annoying ok aku hari ini. Cakap yang bukan-bukan melepas kalimat cinta depan ibubapa CEH tak malu ah dia neh.
My mom is MY MOM okay. Apa lagik, dia bantai gelaklah beberapa harkat di situ langsung tidak bersisa. Gelak habis-habisan. Bapa sudah tersenyum sangat pannnjang. Mak Yang mentengok muka anak buahnya dengan penuh seri. Pasti dia pon takda boleh memahami istilah percintaan muda-mudi zaman ini.
“Tak apalah. Dia nak puji suami dia sendiri, apa salahnya,” Emak cakap pastu dia ajar ramai-ramai ketawa. Okay fine.

I love you too Sayang.
There’s nothing really matters but the love you bring.
Thanks for coming into my life.
I miss you Sayang.
To see you in the morning with those big brown eyes

Seperti biasa. Citarasa bunga-bungaannya selalu cantek.

Setiap kali menerima bunga dari beliau, saya mesti tak boleh lepaskan nostalgia 6 June 2008, bila beliau mengirimkan bunga pertama kepada saya. Hampir setahun dah berlalu. 6 June 2009 ini, genaplah setahun semenjak peristiwa ROSES itu. Genaplah setahun saya menyedari kehadirannya dalam hidup saya. Macam-macam berlaku hanya dalam setahun. Berkenalan, berbalas email, kehadiran perdananya bertemu ibubapa, bertunang, bercinta, berkahwin, ber ber ber ber HAHAHA. Banyak lagi tidak tersebutkan. Sesungguhnya, inilah dia setahun yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Sungguh berharga. How expensive? Priceless. Sejak kehadiran beliau dalam hidup saya, setiap hari adalah indah sekali dan penuh loves berterbangan beserta sayapnya ECEH. Okay habis dah basah keyboard siapa nak lap? T__________T
Hari ini bagaikan mengulang sejarah 6 June. Sumpah I tell you. Saya pergi ke ruang tamu. Terlihat jambangan bunga atas meja kaca. Berbalut ungu. Membaca kad. Berkongsi kegembiraan dengan ibubapa. Membaca kad yang sama tetapi dengan ucapan yang berlainan. Dan juga kejadian dengan brother florist yang seakan-akan sama dengan kejadian satu tahun lalu.
Begini.
Florist : Nurul Haizum siapa kak?
Emak : Anak akak.
Florist : Ni mesti boyfriend dia bagi ni.
Emak : Taklah. Dia mana ada boyfriend (emak memang terbaik ah)
Florist : Ooo. Ni mesti secret admirer ni. Kirim salam kat anak eh Kak.
Emak : Okay.
Oh begitu dejavu.
Dah lah tu I nak pergi nangis sebanyak satu sungai. Sayang, you cry me a river T____T
LOL
Terkedu semasa mendapatkan notification Facebook. Terima kasih Hidayah sebab scan dan upload helaian kelas kita dalam majalah PUNCAK (majalah Sekolah Menengah Tmn Seraya) Yang membanggakan eceh, muka surat ini dibuat oleh saya dan Marlia. Lepastu kumpul wang bersama rakan kelas untuk mencetak muka surat berwarna.

(Ada tiga muka saya di dalam gambar)
Kelas 5 Sains 1 tahun 2003. Terdiri daripada 10 orang sahaja gadis melayu dan 2 orang jejaka melayu. Selebihnya rakan-rakan berbilang kaum terdiri daripada African, Arabian, Viatnamese eh dah dah dah! Takyah menipu sangat Sekolah Tmn Seraya bukan International School T______T
Selebihnya rakan-rakan Chinese yang sangat happening dan bijak bestari tapi Chika pon bijak jugak macam biasa taknak kalah ah nyampah ah Chika neh ^%$@$^&
I was a happy student back then in school. Saya merupakan pelajar yang gembira di sekolah. Saya tidak liat pergi sekolah walaupon liat nak buat kerja sekolah. Saya paling gemarkan aktiviti Kelab Seni sebab saya Pengerusi eceh. Cikgu yang lantik, menang tanpa bertanding, kalau bertanding confirm tak menang sebab teacher’s pet mana ada orang suka. Semua orang berbulu sahaja. Maafkan saya.
Saya suka rakan-rakan sekelas saya (dan rakan tidak sekelas juga seperti beberapa rakan di 5 Sains 2) Saya suka waktu rehat sebab tak sabar nak beli nasik goreng belacan yang pedas what the heels. Saya juga tukang mintak kebenaran dari cikgu nak keluar rehat awal. Pengawas diberi rehat awal 10 minit. Tapi kadang-kadang saya mintak awal 15 minit pastu kena jerit dengan cikgu. Terus duduk kembali membawa muka serpihan kecundang.
Di sekolah, saya ada geng gadis yang mungkin dibenci oleh murid-murid lain tapi takyah peduli kebencian murid-murid tidak berkenaan asalkan cikgu sayang kita KAH KAH KAH. Geng gadis saya terdiri daripada Saya, Marlia, Hani, Mimi, Aizar, Astri, Nadia dan Hikmah. (siapa nama dia tercicir sila tambah sendiri dalam hati) Semua kami pengawas. Pastu suka rehat. Waktu rehat adalah waktu terpaling ditunggu oleh kami semua gadis-gadis sebab nak makan nasik goreng belacan, nugget dan yongtaufu kongsi. HAHA. Begitu indah.
Nadia sudah berkahwin dan tidak lama lagi akan meminang (LOL) cahaya mata. Begitu menseronokkan. Congratulations dariku buatmu (salam perantau). Rakan terpaling kecik dengan saiz kasut terpaling kecik tapi berhati besar dan suara lantang selalu tak segan pergi jerit marah budak Boys hisap rokok belakang sekolah juga sudah mendirikan rumahtangga. Eh itu Chika! HAHA. Saya juga telah mendirikan rumahtangga. Sekarang sedang menunggu giliran rakan-rakan seterusnya. Saya harap ada majlis perkahwinan lagi tahun hadapan. Bukan sebab saya suka makan nasik minyak (sebenarnya saya tak suka nasik minyak, saya suka nasik kuning lauk kangaroo Vindaloo. CEH begitu demand) tetapi saya lebih proud kalau ada rakan sebaya turut berkahwin. Maka kita sama-sama boleh berbual kategori makcik sikit. Seperti senarai harga bawang termurah atau senarai sayur terbaik untuk tumbesaran keluarga.
Rindunya alam persekolahan. Sudah 6 tahun meninggalkan bangku sekolah. Sekarang duduk atas sofa dalam rumahtangga sendiri pulak tak ada bangku kayu dah T_________T Rindu pada uniform sekolah berserta beg biru Body Glove yang entah di manakah ketika ini masih wujudkah? Rindu pada Pusat Tuisyen Martin. Di mana kita belajar erti Cinta Waikiki Burger (bukan bercinta maksud dia, tapi melihat orang bercinta secara muda mudi) dan mengharungi kehidupan penuh aksi dalam bas Intrakota nombor 45. Nasib baik kita tidak ajal di tempat kejadian bukan? Aizar menjadi saksi akan peristiwa itu. Juga peristiwa dikejar peminat di dalam bas. Sumpah mencemaskan. KAH KAH KAH. Oh lagi satu jangan dilupakan. Peristiwa surat cinta di bilik pengawas. Sebuah komedi aksi tiada tandingan.
Tamat.
Khamis lalu.
Emak mertua telah menjemput anak menantunya dari kediaman untuk di bawak berjalan-jalan ke rumah sanak-saudara. Sungguh comel aktiviti tersebut. Emak mertua saya energetic orangnya. Seorang pemandu yang masih hebat. Seorang emak yang comel sekali dan suka bercerita. Eh bercakap pasal comel, patutlah suami saya pon comel sekali sebab emak dia comel. Bini pon comel juga tumpang sekaki tak nak kalah macam biasa. HAHA. Jangan biarkan Chika tergelincir kang entry neh intro lain ending lain.
Emak mertua cakap, sanak-saudara telah mentuduh emak menyembunyikan menantu. Bukan emak mertua sahaja dituduh sedemikian rupa. Emak saya juga dituduh atas tuduhan yang sama. Err. Itulah siapa suruh sehari lepas majlis terus fly jauh meninggalkan tanah air.
Untuk memendekkan cerita, saya telah dibawa ke beberapa buah rumah. Dimulai dengan kediaman kenalan emak mertua saya di Keramat. Kemudiannya ke rumah Mak Long di Setiawangsa dan akhirnya ke Gombak. Bertemu emak saudara di sebelah arwah bapa mertua saya.
Menyeronokkan sekali. Tak percaya telah melalui fasa ini dalam kehidupan yang belum lanjut ini. Eceh. Jumpa saudara mara dan diperkenalkan sebagai seorang menantu merupakan satu pengalaman yang berharga. Namun demikian, menerima pertanyaan ‘Hizwani tak balik sama?’ sungguh menikam kalbu &^%#$* Well, what to do. My husband has nothing to do with Malaysia T______T Kejap. Mana aku dapat idea membuat statement My husband has nothing to do with Malaysia neh?Aik?
Saya tidak tahu bagaimanakah sepatutnya hubungan mertua dengan menantu. Sebab tiada garis panduan dalam membentuk hubungan antara mertua dan menantu. Ia bergantung kepada keadaan. Atau lebih thrill, ia bergantung kepada nasib.
Mungkin anda beruntung sebab emak mertua melayan anda bagaikan Tuan Puteri. Datang rumah emak mertua basuh tangan sahaja takyah basuh pinggan. HAHA. Mungkin juga anda bertuah sebab emak mertua anda tidak peduli kalau anda terbaring tergolek di ruang tamu dari jam 10 pagi sampai jam 5 petang. Pastu kejap lagi emak mertua datang bawak pencuci mulut. Itu kalau bernasib baiklah dapat emak mertua penyayang tiada tandingan lagi.
Kalau dapat emak mertua yang bukan sahaja tidak ingin menghidangkan pencuci mulut, malah anda yang dicuci berkali-kali sehari, tak boleh duduk menonton tv kang kena lastik, atau lebih dahsyat, rumahtangga anda dikuasai emak mertua. Cukup pedih hakikat tersebut NAMUN jangan sesekali bertindak luarbiasa ke atas emak mertua tersebut.
Emak mertua adalah emak kepada suami kita. Eh apsal kau nak derhaka dengan wanita yang melahirkan suami kau? Cannot cannot. Bagi saya, kisah emak mertua garang adalah kisah biasa dalam masyarakat. Konflik emak mertua dengan anak menantu (terutamanya menantu perempuan) adalah satu perkara umum yang bukan aneh lagi. Takyah nak pelik sangat kalau emak mertua tak suka anak menantu. Atau kalau anak menantu tak selesa dengan emak mertua dia. Takyah pelik takyah.
Malah kejadian ini berlaku ke atas emak saya sendiri dulu. Arwah nenek saya err… garang. Bukan garang macam garang-garang manja. Memang garang secara betul. Anak menantu jangan harap nak duduk menonton Cerekarama sambil menghirup minuman panas di depan TV. Jangan harap boleh bangun lambat pastu basuh tangan, makan. Tapi saya kagum dengan emak saya sebab sangat mentaati emak mertuanya yang garang tersebut. Atau dalam kata lain, arwah nenek saya.
Bagi saya, peranan suami penting. Kalau suami pon kaki derhaka suka lawan cakap emak dia, tak mustahil isteri pon tumpang sekaki jadi derhaka sama. Tapi cuba kalau suami jenis yang mentaati emak dia. Langsung tak berani angkat muka. Seperti bapa saya contohnya. Sumpah tak berani langsung angkat muka dengan arwah emak beliau. Kalau arwah nenek saya marah-marahkan emak saya pon, bapa saya boleh diam langsung tak pergi jadi Hero tarik emak balik rumah pastu boikot emak sendiri ke apa. Itu koleksi Drama Melayu nama dia. Bapa saya sebaliknya diam tak berbunyi apa. Balik rumah nanti, barulah dia cakap dekat emak saya ; Sabar je. Nanti lama-lama dia suka.
BENAR SEKALI.
Lama-kelamaan, emak saya menjadi menantu terbaik dihatinya. Sebab emak tak pernah melawan. Emak kata, dia tak berani nak melawan sepatah kata pon sebab melihatkan sikap bapa saya sendiri yang sungguh taat dengan ibunya. Simpan satu pengalaman yang saya belajar sejak saya kecil tentang hubungan emak saya dengan arwah nenek saya : Orang tua ni kau jangan lawan dia. Jangan lawan dia secara gusti atau secara kasar. Lawan dia secara halus. Kau tunduk saja dengan kehendak dia. Telan saja apa kata dia (I bet, emak mertua kalau paling marah pon tak akan sampai menembak peluru sesat dekat kita. Sebab dia pasti tahu akan hakikat yang kita ni wanita kesayangan anak dia. Apsal dia nak musnahkan kita pulak?)
Emak mertua ni kadang-kadangnya dia mencari pasal dengan anak menantu tanpa sebab. Sekadar mengikut budaya. Memang dah budaya menjadikan bahawa emak mertua mesti kena kerek dengan anak menantu. Sebab itulah dia pon nak kerek juga walaupon tiada sebab sangat. Sebab itulah abaikan. Anggap sahaja konflik dan ketidakselesaan dalam hubungan mertua-menantu satu budaya yang sebenarnya bukan apa-apa. Tapi kalau kau layan atau suka nak lawan, I bet! Bukan sahaja emak mertua terus berkeras hati dengan anda, malah akan mengganggu hubungan anda dengan suami.
Sebab satu hakikat tentang lelaki : Jangan sesekali bercakap tak baik tentang ibunya.
Habis hubungan Chika dengan emak mertua?
Alhamdulillah. Saya senang sekali setiap kali bertemu emak mertua saya (sebab beliau comel) HAHA. Betul tidak menipu anda. Emak mertua saya kuat bercerita dan sesekali pandai mengusik secara yang tidak disangka-sangka.
Emak mertua saya jenis yang up-to-date. Tidak berciri makcik kampung maksud saya. Beliau bercakap secara educated. Kalau berbual dengannya, jangan harap ah kau nak cakap pasal gulai masak lemak atau cara-cara menjahit manik. Sumpah mak mertua I tak join perbualan sedemikian rupa. HAHA. Beliau berbual tentang isu semasa. Pastu kadang-kadang saya tak updated pon dengan kes di Malaysia. Habis kantoi. Ha padan muka kau, Chika! HAHA.
Namun saya tahu, beliau seorang yang strict. Kalau dah janji, jangan lambat. Kalau lambat sikit, memang nahaslah tercuak-cuak jantung berdegup kencang. Boleh bergurau dengan beliau tapi sumpah tak berani bergurau berlebihan. Bergurau setakat mewujudkan suasana sahaja. Kalau kata nak bergurau bertepuk tampar itu, please be in control (eh tagline Brylcream!) Namun demikian, saya rasa inilah mungkin cara yang sepatutnya wujud.
Pertama, ia menjamin rasa hormat antara menantu dan mertua. kalau emak mertua banyak bagi muka dekat menantu, nanti wujudlah fenomena menantu pandai basuh tangan tapi lupa nak basuh pinggan.
Kedua, emak mertua pon perlu bersosial dengan menantu. Saya suka emak mertua saya sebab energetic. Berjalan keliling KL pon beliau bertenaga sahaja. Sebut sahaja kompleks membeli-belah di KL, jalan-jalan yang wujud di KL atau apa ceruk pelosok pon, pasti beliau tahu. Sudah beberapa kali saya berjalan-jalan bersama emak mertua saya. Enjoy. Memang enjoy sebab emak mertua saya pandai berjalan dan yang penting, pemandu yang hebat.
Ketiga, untuk mengelak kejadian tidak diingini di hari depan, eloklah jika kita jarang-jarang sekali bertemu dengan mertua kita. Sesekali bertemu barulah bercerita itu ini. Dan jangan lupa, kena pandai bersembang mengikut personaliti emak mertua anda. Kalau emak mertua anda jenis minat menjahit, buat-buatlah bercakap tentang saiz jarum atau warna benang ke apatah lagi. Takyah bukak kisah enjing empat lejang kang dia bosan abes kita sendiri yang makan hati. HAHA.
Keempat, emak mertua saya bukan jenis yang mushy mushy (memetik kata-kata husband saya). Kalau dia tidak suka, dia tidak menunjukkan kebenciannya secara nyata. Tidaklah jenis menghamun menantu ke apa. Atau kalau kita datang dia tarik muka empat belas ke. TIDAK SAMA SEKALI. Tetap akan melayan orang dengan baik. tetap akan bukakan pintu. Tetap akan sediakan makan. Tetap akan cakap ; Nurul takyah basuh pinggan nanti mak basuh. Kalau beliau suka pon, tidak akan sesekali memuja-memuji kita di khalayak ramai seperti perbuatan emak mertua dalam filem melayu korporat. Cerita sana sini menantu baik, menantu cantek, menantu pandai menjahit manik, menantu ada blog, menantu hebat main FB atau pon menantu pandai mengarang entry dalam blog. Eh ni ciri-ciri siapa pulak neh? KAH KAH KAH. Itu contohlah. Contoh. Emak mertua saya memang bukan jenis seperti itu. Yang saya tahu, selagi kedatangan saya dan pertemuan kami boleh menjana senyum dan membuatkannya bercerita itu ini kepada saya, selagi itulah saya berasa cukup dah. Senang hati dah. Tak harap emak mertua pergi puji bagitahu rakan-rakan bahawa anak menantu pandai menjahit manik. CEH. Mana ada aku menjahit manik pon HAHAHA.
Malah saya tidak perlu bertanyakan pendapat sesiapa pon samada emak mertua saya suka saya atau tidak. Sebab hubungan mertua-menantu itu sesuatu yang rumit to define. Yang saya tahu, selagi pertemuan kami mewujudkan suasana gembira, selagi itulah saya berpuas hati. Dan selagi suami tidak membuat komplen tentang sikap saya terhadap emaknya.
Tiada tips untuk mengambil hati emak mertua. Sebab seperti yang telah saya katakan, kerumitan hubungan menantu-mertua itu dah jadi macam satu budaya. Kesukaran akan wujud tanpa sebab. Suka atau tidak suka bergantung kepada kehendak emak mertua sendiri yang kadang-kalanya lahir tanpa sebab. Tapi bersikap baiklah selalu. Jangan tunjuk perangai buruk depan-depan. Ambil hati dan belajarlah berbual dengannya.
Saya bersyukur kerana tidak dikurniakan emak mertua yang garang dan membenci kita depan-depan langsung tak bagi muka. Emak mertua saya baik hati dan mudah tersenyum. Wah, lega hatiku. Saya bersyukur sebab emak mertua saya energetic dan sungguh steady. Saya bersyukur sebab emak mertua saya bukan jenis emak-emak yang suka mencampuri urusan rumahtangga anak-anak. Saya bersyukur sebab emak mertua saya bijakbestari pandai menguruskan macam-macam perkara. Saya bersyukur sebab emak mertua saya cantek dan menghasilkan anak lelaki yang cantek sekali. HAHAHA. Maksud saya, bersikap cantek. Dan anaknya yang paling comel dihatiku. Saya bersyukur sebab emak mertua saya masuk meminang saya untuk anaknya dan mengahwinkan anaknya dengan saya. Yahoooooooo. Kalaulah dia tidak izinkan, habis. HAHAHAHA. Terima kasih emak sebab mengizinkan kami berkahwin. HAHAHAHAHAHA Apsal boleh ending keluar statement neh? HAHAHAHAHAHAHA Chika keluar skang!
Semoga emak mertua saya sihat-sihat selalu dan bergembira atas kegembiraan kami. Amin. Syurga suami tetap terletak di bawah kaki ibunya. Dan syurga isteri ada pada suaminya. Pandai-pandailah adjust.
Saya menonton Nasi Lemak Kopi O pagi ini. Buat pertama kali rasanya, saya melihat wajah isteri Ustaz Akhil Hayy. Cantek.
Terus-terang, sebenarnya saya tak mengikuti perkembangan artis. Siapa kahwin siapa. Siapa bercerai siapa. Siapa bergadoh cakar muka tarik rambut baling dalam swimming pool ke apa semua saya tidak berapa tahu. Kalau tahu pon kadang-kadang sebab terbaca sepintas lalu atau ada orang bercerita. Well, girls memang like that kalau hang out semua isi dunia dia nak ulas. HAHA.
Saya terkejut juga pagi ini bila isteri Ustaz Akhil tampil di TV9 tentang kes tuntutan cerai. Ya Rabbi. Untuk pengetahuan semua, saya pon seperti kebanyakkan orang memanglah suka dengar ceramah Ustaz Akhil. Ingat dulu dekat Kolej Matrikulasi Jawa. Eh, Johor. Sanggup saya dengan Athirah outing keluar town (yang tak berapa nak town tersebut) mencari kaset-kaset Ustaz untuk hiburan waktu malam sambil prep. Alim sekali. HAHA. Sumpah menseronokkan koleksi ceramah Ustaz. Isi ceramah yang penuh humor, santai, you can smell the teen spirit ECEH dan penceramah handsome. Eh. Saya tak bermaksud.
Daripada rancangan pagi tadi, saya mempunyai beberapa pandangan peribadi saya. INGAT. Pandangan peribadi yang mungkin tidak sesuai diambil oleh sesiapa pon sebagai satu fakta. Ini bukan fakta. Ini pandangan dan kefahaman saya.
Tentang isteri Ustaz. Bagi saya, kemunculan beliau di TV 9 tidak patut dijadikan pertikaian. Eh apsal isteri Ustaz nak keluar TV? Buat apa nak buka pekung di dada? Kan dah cukup didikan agama, apsal tak boleh kawal emosi? Sumpah tidak matang sama sekali para pemanggil pada pagi ini. Itu bukan point dia.
Bagi saya, saya admire juga cara isteri beliau. Kenapa?
Ada pulak pemanggil yang menghubungi TV9 dan mengajukan soalan aneh bagi saya : Sebagai isteri seorang Ustaz, saya yakin Puan mendapat didikan agama yang secukupnya. Seharusnya situasi sebegini tidak menjejaskan Puan langsung.
Wuttaaaaa???
Okay. Saya suka jawapan Farah Adiba (pengacara rancangan) yang mengingatkan kembali penonton tentang kejadian antara Rasullullah SAW, Fatimah RA dan juga Ali. Bila mana pada suatu hari Fatimah anak Baginda datang mengadu tentang kesedihannya tentang Ali yang mahu bernikah lagi. Baginda Rasulullah pon berjumpa Ali dan menyatakan bahawa kesedihan Fatimah turut menjadi kesedihan Baginda.
Dari sini, kita nampak bahawa hakikat manusia itu dijadikan dengan emosi. Manusia berhak sedih. Dan bersedih atas kejadian-kejadian sebegini bukan satu kesalahan.
Situasi sebegini akan menjejaskan mana-mana isteri pon. Dan bukan satu kesalahan bagi para isteri berasa terguris, sedih dan mendapat gangguan perasaan. Hanyalah jika anda berada dalam tempat seorang isteri anda akan faham macam mana pentingnya kedudukan suami dalam hidup seorang isteri.
Sebab itu bila terkena dalam situasi sebegini yang melibatkan keretakan rumahtangga, paling sukar adalah bagi pihak isteri. Saya yakin, hampir kesemua isteri menyerahkan sepenuh kehidupannya kepada suami pada hari dia dinikahi. Malah seorang wanita itu mampu memberikan kesmeua kasih sayangnya kepada suami sampai ke tahap paling tinggi yang boleh dilakukkannya. Percayalah dengan satu hakikat ; Cinta wanita sebelum dan selepas kahwin itu tidak sama. Sebab cinta wanita akan menjadi terlalu besar hanya selepas perkahwinan. Tidak percaya, saksikan sendiri kasih sayang isteri anda kepada anda.
Dari kes Ustaz dan isterinya ini, saya rasa boleh disimpulkan sebagai :
Saya touching betullah dengan kes-kes sebegini. Lagi-lagi dalam kes di mana masih wujudnya kasih sayang dalam diri salah seorang. Tapi itulah. Jodoh akan sentiasa menjadi rahsia Allah.
Pupuklah yang baik-baik dalam rumahtangga. Sebab tiada satu kebaikan pon yang akan buat kita terkilan kelak. Macam kata isteri Ustaz, apa pon terjadi dia tidak akan terkilan. Sebab ini takdir buatnya.
Saya pon tidaklah bertujuan menyalahkan Ustaz. Sebab beliau juga lebih tahu.
Lelaki perlu sedar satu hakikat. Bahawa hati wanita adalah fragile. Sedikit gangguan boleh memberi gangguan yang terlalu besar bagi kebanyakkan wanita. Jangan kerap mencabar hatinya. Sebab kalau sudah banyak kali pecah berderai, tidak mustahil satu hari kelak selembut-lembut hati pon boleh jadi sekeras-kerasnya. Ini hakikat.
Dan pada pagi ini, saya menjadi terlalu rindukan suami saya yang tidak ditemui sudah hampir dua minggu. Saya sayangkan suami saya dan saya yakin saya tidak akan menyesal atau terkilan. Sebab tiada siapa yang memaksa saya mencintainya. Saya mencintainya kerana perasaan saya sendiri. Saya memberikan kasih sayang buat suami saya kerana kehendak saya sendiri. Saya mahu taat kepadanya hanya kerana dia suami saya. Saya masih dan masih lagi belajar bersabar dan memupuk yang baik-baik sahaja dalam rumahtangga. Saya tahu ada kalanya saya terlanjur tindakan. Kurang berfikir dan terlalu taksub dengan emosi sendiri. Sebab saya manusia biasa. Salah satu prinsip baru hidup saya sejak bergelar isteri : Saya akan lawan dan menentang siapa-siapa sahaja dalam dunia ini. Tapi tidak kepada ibubapa dan suami saya. Saya tidak memerlukan restu dan redha orang lain untuk membentuk hidup saya. Sebab redha dan restu suami juga ibubapa adalah paling penting.
My dearest Husband,
Please forgive me for everything I’ve done. I love you and I will always do. Lillahi taala nawaitu.