Archive for April, 2009

Syurga Surfers

Posted by chika under Travel : Australia

Baru Autumn dah sejuk macam ni. Winter nanti agaknya Chika terus hibernasi dalam ketuhar gelombang mikro. Dua hari ni badan sejuk menggigil-gigil. Malam jangan ceritalah. Berebut quilt saya dengan husband. Tadi pagi husband komplen. Dia cakap saya asyik tarik quilt. Dahlah dia pon sejuk. HAHAHAHA. Apakan kata, kita mendapatkan seorang satu quilt supaya kita takda fighting semasa tidur. KAH KAH KAH.

Husband cakap : I dah biasa sejuk masa kat Ireland.

Ceh. Dah biasa sejuk konon. Pastu pagi-pagi buta sound kita tarik quilt lah apa. Bukan sudah biasa ke? Bagi je isteri pakai quilt. You kan steady. HAHA.

Jangan komplen ah. Setakat sejuk Brisbane ni apa sangat. Bersyukur duduk di Brisbane. Cuaca just nice dibandingkan dengan Melbourne. Err. Sejuk-sejuk macam neh, teringat Surfers Paradise. Berjemur berjemur! Waktu macam neh baru kau tahu nikmat matahari atau nikmat baring terlentang tepi pantai pukul 10 pagi.

Atau mungkin teringat nikmat terik matahari Kuala Lumpur pukul 12 tengah hari. Pastu nak lagi nikmat, pergilah kayuh basikal panjat bukit pastu jangan bawak bekalan Mineral Water. KAH KAH KAH. Err. Itu bukan setakat nikmat matahari akan anda kecapi. Malah nikmat mati pon boleh dirasai. Ceh. Sejuk-sejuk pon boleh merepek lagi.

Surfers Paradise. Saya cintakannya.

Pulang dari Movieworld itu hari, kami ke Surfers Paradise. Malu ah kalau pergi Gold Coast tak singgah Surfers Paradise menikmati kehidupan malam yang sungguh happening dengan deretan kedai-kedai. Dari kedai murah (yang menjual souvenir kangaroo satu packet $4) hinggalah ke butik mewah (sumpah takut masuk) seperti LV, Fendi, Bvlgary, Coach dan Bintang. Bintang buat apa? &%$#RT$$?!@# Ah you name it. Semua ada. Tapi Pasaraya Bintang tak ada lah. Sumpah tak ada. KAH KAH KAH.

Dan satu-satunya MNG yang saya jumpa dekat sini. Di Brisbane tak pernah jumpa satu pon butik MNG. Tak tahulah kalau Chika yang tak tahu pastu pandai-pandai menuduh ke apa. HAHA.

Tujuan datang ke Surfers Paradise? Untuk membawa Tya dan Hanis menikmati keindahan pantai Gold Coast (macamlah Melbourne tak ada pantai kan? ) KAH KAH KAH. Selain tujuan bersifat skema tersebut, tujuan lain adalah untuk membawa Tya ke Hard Rock Cafe Surfers Paradise. Tya kan collect T-Shirt Hard Rock Cafe. Selain itu? Yeaaaaaa untuk menikmati daging kangaroo halal. (since dekat Melbourne tak ada halal kangaroo kan?) Kangarooooo hoooyeay!

Oberoi’s Taj Indian Restaurant, SP

Plain Naan and Garlic Naan

Prawn Jhal Frezie

Mushroom Kashmiri

Kangaroo Masala

Daging kangaroo ni dari segi rasa, tak ada beza sangat dengan daging biasa (as for me, at least. ) Tapi memang sedap. Serat dia kasar kalau dibandingkan dengan daging lembu atau daging-daging yang lain. Kalau banding dengan daging elephant atau daging tiger? Tak tahu aku nak jawap camne sebab tak pernah jumpa Tiger Halal atau Elephant Halal lagik. HAHAHAHAHAHA.  Ham halal? Keluar kau! KAH KAH KAH.

Yeah. Hard Rock Cafe.
Datang sini semata-mata bawak Tya carik T-Shirt.

Surfers Paradise punya pantai di waktu malam.

Pagi-pagi dah blog. Sekarang waktu untuk menguruskan rumahtangga. Masak, mesin baju, sidai baju, lipat baju, mesin blog, lipat blog, cuci blog, blog blog blog. KAH KAH KAH. Menu hari ini ; Blog masak kicap. HAHA

Ah. Sudah-sudahlah tu memblog. Autumn. Bukankah masa yang sangat sesuai untuk bercucuk tanam? Ewwaaaah. Mentanam azam. Wowoh, apsal sejuk sangat neh?????

Ke hadapan suami,
Sekiranya kanda pulang kelak tak jumpa isteri, bukaklah pintu mikrowave di dapur kediaman kita. Mungkin isterimu dalam situ.

Yang benar,
Isterimu yang masih berusia 22 tahun hari ini.

Esok I jadik Aunty Chika, 23 tahun.

Boleh bersurai.

Movieworld

Posted by chika under holiday, Travel : Australia

Mr Doctor kerja siang sekarang. Tak ada on call malam lagi atau dalam kata lain, takda tidur sendiri peluk bantal lagik. Ceh malu kalau ibubapa baca. Dah lah emak suka suruh Adek bukak blog Kak Yong, Ma nak tengok gambar dia, Ma rindu dia. Emak comel.

Suka sangat buat ayat-ayat terpinggir. Yang saya bosan tu, Saturday pon kerja juga. Seperti hari ini. KERJA. KERJA. KERJA.

PATIENT. PATIENT. PATIENT.

Peruntukan untuk WIFE. WIFE. WIFE ?

Eh eh dia ni. Pandai merungut pasal peruntukan masa pulak. Padahal bukan sikit punya cukup masa berkasih sayang. HAHA. Sumpah tak puas hati today. Sabtu pon kena pergi hospital. (orang Sabtu pergi pasar pagi beli buah plum atau mencarik sayur segar ke apa) Dah lah bekerja up to 13 hours sampai jam 9 malam nanti. Sayang I miss you. I miss you too. Jangan lupa makan lunch sedap tersebut yang disediakan isteri secara berseni. HAHA.

Menu lunch buat suami :
Nasi putih setengah container + Beef Bhoona + Egg Plants + Chicken Tandoori 2 pieces.

Okay. Nampak sangat bukan menu isteri masak. India yang masak. KAH KAH KAH.

—————————————– divider —————————————-

Apa? Apsal tanya-tanya pasal husband aku lagi? Sekarang takda cerita pasal husband lagi. Biar dia gembira di hospital Queen Elizabeth sana merawat patient tua atau merawat remaja mabuk nak bunuh diri (tu lah dia akibatnya ingkar dengan Allah HAHA) Sekarang kita bercerita tentang our Easter Holiday yang lalu!

Tya dengan Hanis kan sampai Sabtu malam minggu lepas. Ahad pagi tu terus bawak mereka ke Gold Coast. Ishk. TYA TYA TYA! HANIS HANIS HANIS! Dah tak ada nama lain dah dalam blog neh lately. Habis, takkan nak  kasi nama lain pulak. Okaylah, untuk mengelakkan anda semua terkena gejala jemu, kita akan ubah nama TYA kepada TAYAR dan nama HANIS akan disebut sebagai VARNIS.

KAH KAH KAH.

Tak boleh pakai punya kawan. Guraulah, gurau. Err. Mempanggil Tya sebagai Tayar semacam perbuatan yang comel jugak. Habis, takkan nak dipanggil Black Bean atau Kerabat atau Mi..? Atau … okay Ingat Allah ingat Allah.

Tya, Hanis. I am sorry. Typical Malay memang like this. Suka mengejek sesama sendiri pastu mintak maaflah. Bukan susah sangat. HAHA. Guraulah, gurau.

Anda apsal? Jangan berani mempanggil tayar ke varnis ke apa ke. Jangan. Jangan mengejek rakan saya. WARNING. Eceh. Semangat setiakawan (siotnya saya). Suami saya suka komik Pedang Setiawan.

Ok ok. Movieworld. Movieworld.

Varnis (eh, HANIS lah!), Tya, Chika, and err.. Uncle PAS
Nama disusun mengikut ketinggian.
Uncle PAS (baju hijau putih) tu kami lupa nak berkenalan dengan dia.
KAH KAH KAH

Ini adalah gambar pertama kami bersama. Depan entrance nak beli ticket. Perasaan malu yang masih tebal, setebal comforter Hanis pada musim sejuk. Pose pon tegak saja seperti Tiang Telekom. Malulah katakan. Baru sangat berjumpa. Nak ejek Hanis Varnis atau Tya Tayar pon takut. HAHA. Masa tersebutlah. Skang kau tengok! Semua muka tak malu dah.

Kami sampai terlalu pagi. Pastu semua rides belum mula operasi lagi (ceh, ayat macam Dian Sastro) Terkebil-kebillah kami menyaksikan Superman Escape yang belum boleh naik. Tapi semangat tinggi nauzubillah, dah siap beratur panjang-panjang.

Welcome to Movieworld.
Anda semua akan dibawa ke dunia penuh penipuan dan kekeliruan.

Untuk memasuki ke dunia penipuan dan kekeliruan tapi best tersebut,sila READ MORE.

Read the rest of this entry »

Menteri Besar Gold Coast

Posted by chika under Uncategorized

I miss you too.
(tetiba pulak)

Entry akan berjalan seperti biasa secara normal. Seperti biasa secara normal itu membawa maksud :

  • Update setiap hari (kalau generous dan disertakan dengan azam).
  • Satu hari boleh up to 2 or 3 entries (mind you)
  • Entry panjang berjela-jela sampai anda akan mensumpah seranah kepala pening tengok wording banyak gila UAT&&^R&WW!@#
  • Sidai foto melambak-lambak sampai komputer anda boleh hilang akal lepastu anda sendiri pon boleh hilang akal. Sambil loading pictures, baik anda pergi dapur tolong emak potong bawang merah, kopek bawang putih, sidai baju, atau tolong bapa cuci kenderaan bapa yang selalu lupa nak cuci. Atau buatlah aktiviti bebas masing-masing sebab mungkin kena tunggu sangat lama (wa cakap lu) untuk pictures loading. HAHAHAHAHA

Tya dan Hanis sudah sampai Melbourne pukul 10 malam semalam  (waktu tempatan). And I am gonna miss you guys. Akan rindu lawak-lawak jenaka yang hanya kita faham lepastu Mr.Doctor tak faham lepastu kita pon takut. HAHAHAHAHA. Contoh ; kacang hitam, ming2, kerabat dan prada. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

Hantar mereka ke Brisbane Airport malam semalam. Sumpah sedih sebab dah tak ada rakan keremajaan. Lama betul tak rasa kehidupan keremajaan seperti ini. Seronok betul tak tahu nak cakap macam mana dah. Dapat shopping keluar masuk kedai sepanjang Queenstreet Mall, meredah kedai-kedai di Harbour Town dan berfoto mania macam orang lain dalam dunia ni takde kamera. Macam kita je ada. HAHAHAHA. Apsal best sangat neh?

Tapi.

Kami mempunyai komitmen yang berbeza. Tya sibuk dengan studies in architecture (kan dah cakap, architecture babe memang happening. Sumpah best pastu kreatif dalam mengolah ayat gosip untuk mentertawakan orang lain KAH KAH KAH) Hanis pulak final year. In architecture juga. All the best babe. Sejak menjadi Aunty Chika neh, I tak sure macam manakah kalau I need to spend most of my hours in studio. Kang bila pulak nak bercinta dengan suami.

Kalaulah saya dapat menyambung study di Deakin University, saya sudah tahu bahawa saya mempunyai rakan yang boleh diharap dan berkenan di hati. Memang ngam betullah kepala otak neh untuk hangout bersama Tya dan Hanis. Tak kekok langsung. Ini baru fun! Knowing me, anda akan tahu bagaimana susahnya untuk saya menerima rakan baru. But not this time. Saya happy betul berjumpa Tya dan Hanis.

The Crazy Tya to be specific :P. Dia memang crazy kau tak tahu. And vogue. Hanis pulak jenis yang innocent innocent sikit (eceh Hanis. Nyampah :P) Tukang gelak dan tukang dengar pastu menyampuk sikit-sikit. Konon taknak bertanggungjawap lah tu. Takut kena tulah eh? HAHAHAHAHAHAHAAHA.

Anyway. Satu perkara I noticed. Kami tak suka perkara yang sama. Iaitu manusia leceh yang berperangai pelik. Kami bercakap tentang ‘typical malay’ dan kami sendiri pon tak sedar yang kami tiba-tiba sedang menjadi ‘typical malay’. KAH KAH KAH. Itu adalah cerita lain. Tak yah blog, tak yah.

Err. Meninggalkan Brisbane? Never. Betul cakap husband saya mungkin. Brisbane adalah tempat paling nice untuk didiami. Lantas, saya tidak menyimpan hasrat sangat untuk study di Deakin University sebab saya semakin hari semakin cintakan bumi Queensland (to be specific ; saya cinta Harbour Town Shopping Centre) HAHAHAHA. Aku guraulah. Tolong faham.

Perkara yang saya belajar hasil perkenalan dengan mereka :

  • Kita kena pandai bawak diri nanti dibenci rakan.
  • Perempuan tetap kena menjadi PEREMPUAN. Engkau tak akan kurang vogue kalau engkau belajar memasak. Engkau tak akan kelihatan ‘low’ hanya kerana engkau pandai buat kerja rumah atau rajin masuk dapur.
  • Berbual tentang resipi masakan sambil menumbuk bawang dan belacan dalam lesung batu yang kau baru beli dengan harga $14 tak bermaksud engkau dah jadi aunty. Keanggunan engkau tak akan terjejas hanya sebab engkau pergi menumbuk bawang dan belacan dalam lesung batu.
  • Menerima tetamu di rumah sendiri merupakan satu nikmat dan keseronokan yang baru saya faham.
  • Dalam usia 22 tahun, engkau patut proud gila dengan diri engkau kalau kau dah mampu bangun pagi masak breakfast untuk rakan sebaya.
  • Lebih proud, bila engkau tak segan-silu angkut baju kotor, mesin baju kotor, sidai baju, tumis bawang dan mencuci kitchen di depan rakan-rakan. Itu satu kebanggaan yang tak pernah saya terfikirkan sebelum ini.
  • Bila engkau sudah berkahwin, engkau akan mempunyai rasa tanggungjawap terhadap suami secara automatik dalam keadaan apa pon. Kau takyah pergi masuk Bengkel Menjadi Isteri atau baca buku tentang tanggungjawap isteri ke apa. Sebab perasaan itu akan wujud sendiri. Bagaimana pulak kalau perasaan tersebut tak wujud-wujud? Tu maksud dia engkau memang tak guna atau tak berapa nak berguna. Maaf, tiba-tiba berbahasa kesat. HAHAHAHA. Jom gelak.

Yang saya maksudkan sebagai tanggungjawap automatik dalam keadaan apa pon boleh dilihat dalam contoh di bawah :

  • Saya hang out bersama rakan menggunakan kereta suami. Pagi-pagi saya akan hantar suami ke hospital (sebab nak pakai kerata dia). Dalam hati sepanjang hari, tersirat rasa kurang sedap sikit sebab pergi hang out tanpa suami. Honestly, rasa bersalah. Tapi saya tahu suami saya redha dan izinkan. Maka, saya enjoy. Tapi enjoy jenis yang ingat dunia punya. Sebab engkau dibelenggu oleh rasa tanggungjawap sebagai seorang isteri kepada seseorang.
  • Jam 4 petang, saya akan mula resah gelisah sebab risau kalau tak dapat jemput husband balik ke rumah. Saya tak suka kalau dia terpaksa balik naik cab semata-mata sebab mengizinkan isteri pergi berhibur. Tapi saya tahu, ini hal kecik sebenarnya bagi husband saya. Cuma, saya sedang bercakap tentang rasa tanggungjawap.
  • Bila engkau pergi makan di luar bersama rakan, engkau akan terfikir tentang suami. Dah makan ke belum dia (Padahal Doctor tersebut jaga makan diet etc mana pedulik pon pasal nak makan sangat HAHAHAHA)
  • Kadang-kala, jadi bersalah untuk bersikap boros. Kalau boleh tak sanggup nak habiskan duit yang diberi sebab asyik terkenang ; betapa susah dan kesiannya husband saya on call sepanjang malam. Balik rumah terus collapse atas katil keletihan. Selalu kesian. (Tapi sempat beli high boots HAHA)
  • Semasa sedang berhibur di luar bersama rakan, sering teringat suami yang sedang bekerja. Macam kesian dia tak dapat join sama. Macam rindu dia. Macam tak seronok jalan tidak berpimpin tangan. Macam bersalah pergi berseronok tanpa suami.

Eceh.

Luckily, husband saya sangat understanding dan sporting. Dia tak kisah pon dan redha saja. Cuma saya sentiasa sedar tentang komitmen saya kini. Dan inilah kali pertama saya hang out dengan rakan-rakan sejak berkahwin. Tak sangka akan mempunyai perasaan macam ni. Perasaan yang tak sama langsung macam zaman single dulu. HAHA. Tak sangka tak sangka. Dan untuk itu, tersedarlah saya bahawa saya betul-betul telah mempunyai fasa hidup yang jauh berbeza dari dulu. Kalaupon bukan secara nyata, tapi secara emosinya, ia banyak berbeza.

Dan saya, tetap menghargai kehidupan yang saya perolehi. Saya menghargai perkahwinan saya. Saya menghargai suami saya. Saya menghargai kehidupan saya bersama rakan-rakan.

I am happy.

Sesuatu untuk dikongsikan : Anda tidak akan menjadi bahagia selagi anda tidak menghargai apa yang sepatutnya anda hargai. Dan kita tidak akan sesekali berjaya untuk menjadikan semua perkara sebagai priority. Sebab perkara yang paling penting, will come first. Percayalah saya. Tapi anda tetap akan menikmati kesemua perkara cuma dengan nilai keutamaan yang berbeza.

Dan saya tersedar juga ; Betapa saya rindukan rakan-rakan T__________T Thanks Hanis. Thanks  Tya for choosing Brisbane sebagai destinasi percutian Easter Holiday. Hallamaakkkk Chika dah betul-betul jadik duta pelancongan Brisbane KAH KAH KAH.

Chika is going to miss Tya and Hanis very much!

Oh kebetulan dengan itu, sebagai duta pelancongan Brisbane lantik sendiri, saya ingin mengiklankan sebuah tawaran. Sekiranya ada pembaca nurulism.com yang teringin bercuti di Australia, pilihlah Bribane. Kenapa perlu memilih Brisbane? Ya, kerana di Brisbane ada Chika secara relatif nya. Secara teknikal pula, di sini terdapat banyak tempat menarik dan indah (boleh google dengan usaha sendiri). Selain itu, anda akan dibawa ke Dreamworld dan Whitewater World dengan discounted tickets sebanyak 50% (I tell you!). Tapi tawaran ini hanya valid sepanjang April sahaja. Dan tawaran seterusnya akan dibuat untuk September. Berminat? Contact saya. Bagaimana pula dengan tambang penerbangan? Sila semak akaun bank masing-masing. HAHAHAHAHAHHAHHAHAHAHHA.

Actually secara lebih tepat, saya bukan duta Brisbane. Saya duta Gold Coast. Bluweekkkkkk muntah! Tak nak Gold Coast dah. Tak nak Gold Coast! Nak muntah hijau biru ungu metalic silver semua warna dah. Tak boleh kira dah berapa banyak kali berulang alik ke Gold Coast lately. Hari-hari pulak tu. Ya Allah. Cepat ah lantik Chika jadik Menteri Besar Gold Coast. Biar aku kerjakan Gold Coast sampai dia jadik destinasi percutian yang comel dengan bangunan senibina berciri Wonderpets. Pastu boleh bukak theme park baru dengan watak Thomas And Friends atau Roary The Racing Car. Makin maju Gold Coast by the time. Undilah Chika untuk kesejahteraan Gold Coast. Ceh. Macam selama neh Gold Coast tak sejahtera je. HAHAHAHA. Keluar kau Chika!

Eh, tak ada pictures pon. Aku dah siap ambik popcorn ambik twisties semua nak makan sementara tunggu loading pictures yang azab lama tersebut. Mana gambar mana? Tak ada pon? ; rungut anda.

HAHAHAHA.Memang lah tak ada gambar entry neh. Entry kejap lagi baru ada gambar. HAHAHAHAHAHA

Kalau tak bersabar dah, pergi SINI untuk cerita express.

Notification :
Maaf tidak sempat menjawap soalan-soalan anda. Tidak sempat membalas komen ataupon teguran ramah mesra anda semua yang comel belaka mengalahkan wonderpets. Anda semua memang wonderful. Untuk memudahkan kita bersama, sebarang persoalan (tak kira soalan senang atau soalan susah. Soalan Fizik atau berciri Sains jangan tanya sumpah taknak jawap. HAHA) Boleh dihantar ke nurulism@gmail.com. Kalau anda hantar di FB biasanya saya terlepas pandang dan terus terlupa untuk reply. Harap maaf. Comel betul anda semua. Suka bagi Chika soalan-soalan comel. Jangan worries. Saya pasti jawap dan layan jika berkesempatan. Tapi kalau tengah busy tu, memang excuxe me lah okek.

BLOG BELAKANG KIRA

Posted by chika under architecture, Uncategorized

Chika, apsal tak update neh?
Kak Chika, mana entry baru mana?
Chika, gi update gi.
Chika, I dah gian nak entry baru apsal takde?
Chika apsal blog kau lambat update?
Chika apsal slow sangat entry kau, aku dah bosan tunggu.
Chika entry kau boring sebab takda gambar.
Kakak Chika, saya bukak blog kakak sampai bosan tapi takda update.

Chika!
Chika!
Chika!

Ewah. Anda semua memang pandai buat ayat power lepastu saya pon perasan macam bagus. KAH KAH KAH. Anda semua memang manis betul. Sebab itulah kadang-kadang saya membuat fun dengan tidak menghasilkan entry supaya anda akan teriak-teriak ‘Chika chika chika’. Sana Chika, sini Chika. Ceh. Betul-betul buat saya macam bagus. Kau jangan.

I miss you too (ceh)

Anda sengsara (konon) bila Si Housewife Baru Nak Jadi neh tak update entry. Anda jangan terlupakan perasaan saya sendiri semasa tidak dapat memblog. Sangat sengsara. Err. Priority sekarang adalah untuk entertain tetamu lebih daripada entertain readers. Excuse me.

Tya dengan Hanis telah menjadikan hari-hari saya pada minggu ini sangat EXCITING dan penuh KEREMAJAAN. Sumpah best.

Hari ini saya telah diberikan kebenaran memandu kereta suami secara remaja kota. Seronok. Bangun pagi dan menghantar husband (I love you) ke hospital dan kemudiannya menggunakan kenderaan tersebut untuk merayap di City macam Datin-Datin. Duduk sembang gosip-gosip terkini dan tak terkini sangat sambil menikmati ais krim boysenberry.

Antara gosip terkini tapi tak berapa terkini, contoh ;

  • You tau Erra Fazira dah bersalin?
  • Anak Datuk K study dekat Melbourne you know.
  • My bf is like this, my husband is like that (pastu puji-puji kekasih hati sendiri. Semoga kita semua dirahmati)
  • We are going to New Zealand, jom Chika jom (ewah, my husband nak letak mana? mana? mana? HAHAHAHA. Syurgaku di sisi suamiku. New Zealand boleh keluar ikut pintu belakang skang! HAHAHAHAHAKUPONNAKJUGAK!)
  • Pakai legging dengan this boot and this thing that thing bla bla bla (sumpah saya rindu conversation macam neh. Tya and Hanis, I love you guys so much. Thanks kerna mengembalikan zaman keremajaanku)

Proud of myself. Chika bawak rakan jalan-jalan Brisbane secara berdikari (I tell you) Dah lah dah pandai hantar husband and fetch him back from hospital. Eiiiii apsal pandai sangat neh? HAHAHAHA. Pandai buat breakfast kasi tetamu makan pulak tu. And then this morning kan,… opps. Okay entry tamat di sini. KAH KAH KAH.

Husband sudah pulang ke pangkuan isteri. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Blog belakang kira.

Welcome to Brisbane!

Posted by chika under Uncategorized

Excuse me. Excuse me.

I am currently busy being a tourist guide. HAHA. Dengan slogan ; Travel-lah around Queenland bersama Chika, pasti semput. HAHAHAHA. Err. Apsal poyo sangat neh?

Tya and Hanis sekarang berada di Brisbane yahoooooo. Atau dalam kata lain, menginap di rumah saya. Welcome to Brisbane, guys. Disebabkan itulah, saya akan sibuk sepanjang minggu ini. Membawa dua orang gadis yang sebelum ini tak pernah kenal langsung in person. Kenal di blog dan facebook sahaja. Yeah, we had a great day today.

Happy birthday to Hanis. Err. Dengan celebration bersama Kangaroo Masala. Hope you had a wonderful birthday this year with us in Gold Coast.

Saya penat sangat. Semua orang pon penat sangat. Sehari suntuk bermain-main di Movieworld kejar character sana sini. Lepastu histeria jantung gugur nyawa hilang semua semasa menaiki high thrill rides. Movieworld adalah best gila. Gila pon tak best macam neh. Sumpah best. Sumpah gila. Sumpah melting jumpa Batman Forever muka ketat tak nak kalah. Suara nak maskulin tak tentu arah. Nasib baik gagah. Ya Allah. Sangat Batman. Batman selamanya.

Tya dan Hanis akan berada di Brisbane until this Thursday sebelum mereka pulang ke Melbourne. Banyak lagi tempat nak pergi. Banyak lagi theme park nak dikerjakan. And err.. doing some shopping. Well, remajalah bukan?

I love high boot.
I want harem pant (s).
I want legging.
I need sport shoes.

Sumpah best duduk sini boleh bergaya fashion luarbiasa yang tak boleh dibuat di Malaysia. Seperti pergi supermarket beli buah pakai lengging dengan high boot dan oversized sunshades. Pastu nak lagi vogue kononnya kau neh Australian Idol ke apatah, bolehlah pakai scarf dekat neck bersama waist belt MNG (apsal kena sebut MNG? HAHAHA. Sabar Tya, sabar. I pon drooling sangat dah tadi tengok belt tu tapi Ingat Allah. Ingat Allah) pastu kat tangan pegang bakul beli bawang. Fuuuuuh. Sumpah vogue. Macam baru tahu nak hidup pulak dah. KAH KAH KAH.

Okey bye.

Tamborine Mountain

Posted by chika under Travel : Australia

Direction untuk membaca entry ini:
(Eceh. Dah ada direction membaca entry pulak sekarang)

Font merah : Fakta salah jangan percaya. Taksub apatah lagi.
Perenggan kelabu : Takyah baca nanti menyesal sebab tak bermanfaat.
@!#$^%FT?&@# : Bahasa kesat atau mulut celupar sikit dalam sifat simbol.
Font hitam dan bold : Baca betul-betul sebab macam penting kalau tak pay attention nanti rugi ilmu. Eceh.

Trampoline Mountain, (Eh, Trampoline pulak) Err. Tamborine-lah! TAMBORINE MOUNTAIN terletak kira-kira 70 km daripada Souths of Brisbane. Atau dalam kata lain, it took about 1 hour drive from the capital city of Queensland (Brisbane-lah maksud dia) Tapi tak apa. Anda bukan peduli atau nak tahu sangat berapa jauh dia dari rumah Chika atau di mana dia terletak, pada latitud apa semua. Ah, bukan anda peduli lah bukan? Tapi membuat perenggan menggunakan fakta jarak, masa dan sejarah akan membuatkan entry saya kedengaran macam bagus. KAH KAH KAH. Terima kasih Google.com.au sebab selalu bagi chance Chika berlagak pandai *lap air mata*

Pembaca kesayangan semua. Tukang bodek Kementerian Pelancongan Queensland yang bernama Chika (bukan nama sebenar), seperti biasalah akan membawa anda cuci-cuci mata menjelajah dan meratah keindahan bumi Brisbane dan kawasan sekitarnya (konon nak bodek government ke apatah) Err. Husband cuti last week. Pasti makan angin minum anginlah kami secara sakan.

Kali ini, kita ke Gunung Trampoline


Eh salah lagi. Bukan trampoline. TAMBORINE MOUNTAIN. Trampoline tu buat apa. Yang Thomas (anak Kakak Lisa, jiran sebelah) punya tempat melompat-lompat padahal tak pernah guna tu barulah nama dia TRAMPOLINE. Ceh. Baik hantar bagi jiran sebelah yang happy go lucky ni main. Dah lah aku teringin sangat nak henyak Trampoline tu. Dah ada tak tahu bersyukur. Pergilah main, Thomas. Pergilah main Trampoline kau yang selalu gugat kesabaran Kakak Chika tu. Daripada kau main dengan anak perempuan jiran depan lagi baik main trampoline dekat lawn rumah kau yang selalu Kakak Chika intai selepas solat. HAHA. Okay kantoi di situ Chika mengendap lawn jiran. Tapi tak apa. Bukan dia ada ayah ke apa.

KAH KAH KAH.

Anda membacakah perenggan trampoline di atas? Pasti sangat menyesallah bukan? Siapakah suruh baca? Ah kau memang. Lain kali perenggan yang agak-agak tak bermanfaat tu, anda skiplah nanti rugi.

Sekarang saya akan mentulis entry laju-laju sebab dah malas. Ikutkan hati, sekarang jugak nak habiskan entry lepastu biar kasi dia tergantung-gantung. Tapi tak apa.

Sumpah cantek punya tempat. Kawasan pergunungan yang mencabar tahap pemanduan pemandu. Kimi Raikkonen pon kalau kita suruh dia driving naik Tamborine Mountain pon belum tentu dia redha. Jalan terpusing-pusing terbelit-belit lepastu had laju yang tak tentu arah. Kejap 40km/h lepastu 60km/h lepastu tiba-tiba ada 4wD pecut 120km/h dari belakang. Chika pon heart attack. Apakah punya jalan tersebut. Apsal thrill sangat?

Oh. Lupa. Tadi kata malas tulislah bukan?

Ah. Apsal bosan sangat nak buat entry neh? Tak sabar nak siapkan entry Trampoline ke Tamborine ke apatah. Macam gila bosan ah entry neh. Sikit lagi mesti anda tertidur atas papan kekunci sebelum menghabiskan entry. Kalau kau betul-betul tertido semasa membaca entry Chika, tolong jangan pergi hantar komen pastu cakap ; Chika aku tidur tadi baca entry kau.*yawn*

At least kau jagalah hati aku sikit. Kalau kau tidur pon, kau takyah bagitau saya. Simpan dalam hati. KAH KAH KAH KAH KAH.

Apa ada di Tamborine Mountain?

Ada banyak kedai-kedai cantek yang sumpah cantek tak tahu nak cakap macam mana dah. Deretan kedai dan gallery yang mempunyai dekorasi dalaman yang sangat berciri country dan artistik. Lepas kau masuk, kau akan terpegun sampai taknak beli apa-apa dah. HAHAHAHA. Err. Banyak betul koleksi barang baik (barang baik? dadah ada? dadah mana ada orang jual dalam galeri) yang sesuai dijadikan souvenir kepada emak, bapa, makcik saudara atau pon rakanbaik (Rakan tak berapa baik takyah bagi sangat). So Puan Chika. Apa Puan beli untuk rakan baik? Err. Tak ada apa. HAHAHAHAHAHAHA.Kan dah cakap. Barang dan kedai terlalu mempesona sampai kau tak jadi nak beli. Sebab tengok-tengok pon dah puas. Sumpah I tell you. Tak percaya boleh keluar skang! Oyya. Nama kawasan tersebut Gallery Walk.

Kami di hadapan tempat tasting Cheese. Nama dia lupa dah. Cheese dia punya rasa pon lupa dah. Nama kakak counter penjaga Cheese pon lupa dah. Yang ingat, tak nak try atau beli cheese dia sampai bila-bila. HAHAHAHA. Sebab cheese dia terlalu original. Sampai boleh nampak kulat bakteria sampah sarap semua. HAHA. Err. Betul neh saya cakap. Bukan mentipu anda. Berasa sangat geli-geleman. Lepas dah taste sekali, terus pening kepala rasa nak muntah keluar ulat di tempat kejadian.

Kami juga melakukan aktiviti yang dinamakan Bushwalks. Iaitu berjalan atas kepala Bush (Tak kenal Bush tak apa sebab dia bukan penting sangat. Kalau tak kenal Chika? Kau keluar skang! KAH KAH KAH). Baiklah jangan menggoreng banyak sangat. Bukan tadi cakap malas ke?

Bushwalks ini memerlukan anda berjalan kaki di dalam hutan untuk sampai ke Curtis Falls. (Jadi apa yang anda perlukan ialah kaki, kaki, kaki dan sedikit semangat) Air terjun yahooooooooooooo! Err. Taklah yahoo sangat. Waterfalls dia bukan sikit punya tak senonoh. Baik kau gi Gunung Ledang. Tapi itu bukan waterfalls untuk mandi-manda main baling bola lepastu gelak besar-besaran dengan rakan. Itu memang hutan tempat visitors buat jungle trekking.

Dalam hutan kena ambik gambar secara solo. Jangan nak rakam foto romantis ke apa. Malu sikit dengan nature.

Dah keluar hutan. Okay, skang boleh bergambar berdua. Tu pon jangan rapat-rapat sangat. Hormati alam.

Setelah puas berjalan-jalan dalam hutan sambil main tarik baju suami (sebab tak nak kasi dia jalan laju kang tercicir kena tinggal kang, naya kang), kami drive menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Rotary Lookout.
Perempuan pakai shades (saiz shades taknak kalah) tersebut boleh delete kalau nak. HAHA.

Okay sekarang boleh berpelukan sebab dengan cara ini pon menunjukkan kita memanfaatkan panorama indah ciptaan Allah.

Ya Allah. Indahnya ciptaan Allah.
HAHAHAHAHAHA
Aik? Apsal gelak?

Singgah kejap di Lavender Shop

Ya Allah. Apsal seronok sangat kedai neh? Sangat mempesona. Kedai yang menjual sepenuhnya produk Lavender dan Rose. Sangat purple dan pink kedai tersebut. Mr. Husband pon pandai menghargai kecantikan dan tarikan kedai tersebut sampai dia cakap ; Apsal best sangat kedai ni? Apsal cantek sangat? Pastu apalagi, histeria kejap.

Sangat comel tak tahu nak kata apa dah. Kami beli room refreshner sahaja di sini. Sangat mententeramkan feelings. Aroma yang membangkitkan ketenangan. Ceh. Poyo sangat.

And one more lookout area.
(nama tempat takda ingat)

Ah. Habis habis habis! Hooooray entry sudah siap! Sumpah memang bosan dan tak bertenaga langsung nak buat entry neh. Ini entry bosan nama dia. Cuma anda bayangkan kalau Chika bermotivasi tinggi dan excited lebih ketika ini? Anda bayangkan berapa punya panjang lagi kah entry ni bakal jadi? HAHAHAHAHAHAHAHA.

_apsal bosan sangat entry neh? Okay, takyah hantar komen dan cakap ; Chika aku tertido tadi masa baca perenggan kedua pastu aku mimpi aku gi bakar entry Tamborine Mountain kau sebab bosan sangat buat hidup aku sia-sia je. HAHAHAHA. Jagalah sikit hati penulis.

KAH KAH KAH
Okay bye.

ohlupacakap : tarikh kejadian ialah 31 march 2009.