Archive for April, 2009

Iceworld

Posted by chika under Uncategorized

Kejaplah kejap. Nak update lah neh. HAHA. Entry neh sudah masuk draft sejak pagi tadi jam 7 (wa cakap lu). Habis apsal tak publish? Sebab tak siap. Apsal tak siap? Sebab hari neh dapat ketagihan baru. Ketagih apa? Diam ah. HAHA. Err. Ketagih bermain jigsaw puzzles. Sumpah thrill.

Mula-mula bermain secara solo pada jam 9.30 pagi. Bila husband balik, kami pon ber-puzzle-maniabersama-sama. 750 keping. Tunggang langgang darah dalam kepala. Macam kepala mintak cerai dari badan dibuatnya. Akhirnya suami pon tension lalu cakap ; Eii. Nak rosakkan semua! Nak rosakkan semua! Apalagi, menjeritlah isteri yang tak faham jenaka tersebut. Ingatkan betullah dia nak hancurkan semula usaha yang kita bina bersama. Ewah. Padahal belum siap. Apsal thrill sangat neh? Kalau camni punya thrill main puzzles, lebih baik main Superman Escape dekat Movieworld ke apa. @#!#%#??!@

Esok ah fikirkan urusan duaniwi tersebut. Setakat main puzzles pon boleh pecah belah kepala. Apakah punya game tersebut boleh mempecahkan kepala.

Chika, kami datang bukan nak tahu pasal kau dan suami bermain puzzle atau mempecah kepala atau thrill Supeman apa semua tak nak. Kami datang nak tahu sambungan entry lepas. KAH KAH KAH.

Err.

Memandangkan Chika macam tak sabar nak membuta mata, apakan kata kala kita memblog laju. Takyah mentipu. Takyah menggoreng orang. Takyah buat perenggan membazir dan takyah KAH KAH KAH banyak sangat.

Mula!

Suami bawak keluar selepas Maghrib pada malam kejadian itu (malam hari lahir tahu bukan malam pesta muda mudi ke apa, bukan) Sebelum keluar, beriya-iya suruh saya pilih pakaian mengikut kebenarannya SAHAJA. Ewah. Puas saya tanya nak bawak saya pergi mana. Tapi dia tidak mahu cakap juga.

Tapi dia punya hint ; tempat tersebut sejuk.

Husband suruh pakai winter jacket yang saya baru beli. Pastu saya tak mahu. Degil. Saya cakap, jacket tersebut akan dipakai sempena winter kelak. Selagi tak winter, tak mahu dipakai. HAHA. Degil.

Dipendekkan cerita, kami pon sampai ke satu kawasan bernama Acacia Ridge. (Aik? Taman bunga kah?) Diam kau jangan main teka-teka. Oooo… taman permainan eh? (Diam diam. Jangan teka)

Sampai di Beaudessert Road, kereta membelok masuk ke sebuah kawasan yang dipenuhi bunga-bunga mekar dan harum mewangi (Haaaa… kan betul kami teka tadi taman bunga!) Keluar kau skang! HAHAHA. Err. Mentipu anda lah (Err.. susahlah kalau memblog tapi takda menggoreng seketika. Sumpah susah. HAHA) Mana ada bunga.

ICEWORLD.

Tertulis nama tersebut di hadapan entrance. Apalagik, terus excited lah wanita di seat kanan (aik? siapa pulak neh?  Atau dalam kata lain, excited lah si Chika neh. Yahooooooo akhirnya! Sudah lama tahu saya mengajak suami ke situ tapi dia cakap sesuatu yang lebih kurang seperti ini ; Ala, I tak minat sangat ah.

Err. Tahukah apa dia tempat Iceworld tersebut? Dunia Ais? Tempat memborong ais? Tempat bermain baling ice? Tempat proses ais krem? Ceh. Takyah teka takyah. Itu tempat bermain ice skating hooooorayyyyyy!

Sumpah best.

Muka belum siap. Buat-buat takda peduli sudah dengan monumen ungu tersebut.

Suami sangat baik hati kerna membawa isteri ke tempat yang amat diketagihinya. Sudah lama tidak bermain ice skating. Kalau anda mahu tahu (tak nak tahu, tak nak tahu) Tengok sikit muka yang tak tahu tu. Tak nak tahu, okay tak apa. HAHA. Ice skating is definitely my cup of tea. Padahal tak terror tapi tetap suka dan akan main dengan penuh keterujaan. Sumpah suka.

Pengalaman pertama kali bermain pada waktu malam. Dalam ice rink yang jauh lebih baik dari Sunway Pyramid punya. Dan bermain bersama mat saleh terror yang kalau kita tengok aksi dia skating tu, berdegup jantung dan terhenti nafas. Ewaaaah.

Sungguh menarik dia neh. Eh salah pulak. Sungguh menarek tempat neh.

Sungguh menarik lelaki neh (eh tetiba pulak)

Bila sampai pada satu masa yang ditetapkan, akan ada announcement yang memberitahu bahawa waktu tersebut hanya untuk bermain sejenis game tak tahu nama. Sumpah best game neh. Skaters akan bergerak ke satu side dan dikehendaki skating secara laju ke the other side. Dan ada seorang lelaki (coach di situ mungkin) yang akan kejar mereka. Siapa yang kena sentuh dengan lelaki yang kejar tersebut, dia kena keluar. HAHAHA. Macam main polis and thieves (atau bahasa kampongnya disebut polis sentri KAH KAH KAH) Dan orang yang terakhir keluar dikira sangat hebat dan pemenang. Tak tahu menang dapat apa. Tapi kalau kalah tu, dapat malu. HAHA

Gayat ooo. Puas Chika menggelecek dan menggunakan semua skill untuk mengelak dari kena tangkap. Hebat tak hebat ar kan. HAHA. Ah. Tipu saja.

Chika mana main. Elok saja game tersebut dimulakan, Chika pon mintak diri keluar dari ice rink tersebut. KAH KAH KAH. Beginner like me mana layak mencampuri urusan orang terror. Kang jatuh tergolek kena pijak kang, habis masuk QE II (nama hospital). Habis kang kena CPR dengan suami sendiri. Habis kang suami sendiri kena rawat wife sendiri. Habis kang etika kedoktoran suami dipertikaikan sebab rawat ahli keluarga sendiri. Habis kang … okay cukup.

Kemudiannya, lampu dipadamkan dan bertukar ke night mode. Sumpah best ah ice rink dia.

Err. Kalau saya punya mood dan motivasi yang mencukupi ketika ini, pasti entry ini lebih berbaur keterujaan. Malangnya sudah sangat mengantuk. Apsal bantal sebelah neh macam ada bunyi ke apatah. Panggil panggil suara mendayu-dayu semacam ja. Err. Chika, tidurlah tidur. HAHA. Bantal dekat Brisbane neh ada suara. Tahukah anda? Okay tak tahu.

Sebelum pulang pada malam tersebut, kami makan dulu. Dah lah susah nak carik restoren yang halal dan masih buka.

Tengok tu tengok. Nampak sangat saya menggigil kesejukan. Sekarang cuaca sangat sejuk. Jangankan kata malam, siang-siang pon saya berstokin dalam rumah. Nasib baik ketuhar gelombang mikro bukan saiz manusia 23 tahun. Kalau tak … KAH KAH KAH.

Dengar cerita, ada orang tu terlibat dalam idea development tentang membawa Chika bermain ice skating. Ehem. Pandailah orang tersebut membagi idea. KAH KAH KAH.

Okey bye.

Ulangtahun Ke 23

Posted by chika under Uncategorized

Semasa berhubung dengan ibubapa pada hari lahir yang lalu (21 April), emak cakap ; Dah 23 tahun dah anak Ma. Rasa macam baru je lahir T_____________T Tajuk filem ini Sembilu 2009. HAHAHA. Emak buat drama.

Err. 23 tahun. 23 is just a number. Apa nak takut sangat? Sudah berkahwin lah bukan? Trauma usia sudah tidak begitu kuat lagi. 23 tahun dan sudah berumahtangga dianggap maju. HAHA.

Tak sangka betul sudah berusia 23 tahun. Aik? Apsal jiwa seperti teenagers 13 tahun neh? Sudah dewasa (DEWASA lah bukan TUA) Amboi, biasa tu cakap Chika tua. Nak kena neh. Lebih tak sangka, sudah bersuami pada usia 22 tahun yang lalu. Tahun ini menyambut hari lahir bersama suami. Tak sangka. Tak sangka. Ingatkan akan sambut dalam studio;  surprise baling air baling tepung baling kek , baling duit(?) lepastu rakan-rakan nyanyi lagu Happy Birthday. Nostalgik betul.

Perasaan adalah gembira dan bersyukur. Sama macam tahun-tahun yang lalu. Tapi tahun ini kalau dilihat dari segi nilai dan suasana, berbeza. Tahun neh takda celebrate dengan keluarga. Hiba dalam hati. Tapi sebaliknya dapat berasa nikmat menyambut ulangtahun secara berdua dengan suami. Excited betul. Tahun ini hanya sambut berdua bukan beramai-ramai bersama rakan studio. Tapi itulah nilai yang maksudkan. Nilai kasih sayang, memadu rasa dan berbagi kasih (Ah diam kau Chika!)

O kejap kejap. Lupa cakap satu perihal lagi. Tahun neh menyambut ulangtahun bersama pembaca-pembaca yang mungkin sudah lama dikenali malah lebih ramai yang baru dikenali. Sangat comel macam objek dalam Teletubbies. Dengan ucapan-ucapan berciri manis sekali sampai Chika pon boleh tumpas mahu membalasnya dengan; Terima kasih. Aik? Terima kasih saja? Habis takkan orang wish happy birthday saya kena hulur RM50 seorang satu pulak. Tu kempen pilihanraya nama dia (Senyap kau senyap!)

Kakak Chika yang selalu pemurah neh akan berkongsi cerita 21 April bersama anda semua. Sharing is caring. Ceh. Menyampah pepatah ini. Sama macam menyampah pepatah Single is Simple, Double is Trouble. Banyak ah kau.

Pagi tersebut (21 April maksud dia), saya telah menyiapkan breakfast dalam bentuk bihun goreng seawal jam 5.30 pagi. Tindakan tak ubah seperti seorang Opah masuk dapur pagi-pagi ceh. Tak remaja langsung. Err menjadi birthday girl lah bukan? Mood pon sangat cantek sampai menghasilkan bihun goreng. Selepas breakfast, husband tanya ; Sayang, you nak hadiah birthday you sekarang ke atau malam?

Woh.

Sumpah gembira mata bercahaya terang seterang cahaya terang. HAHAHA. Sumpah tak terfikir langsung suami telah menyediakan hadiah sebab muka dia tak macam orang yang dah beli hadiah pon. KAH KAH KAH.

Isteri : Ha? Ada hadiah? You beli hadiah dah?

Suami : Ada.

Isteri : Bila you beli???? (Ceh. Banyak tanya pulak isteri tersebut. Takyah ar bagi dia hadiah)

Suami : Ada lah. You nak sekarang ke malam?

Isteri : Errr… (Ayok ayok, tak tahu nak jawap HAHA) Err.. nak malam.

Suami : Tapi I nak bagi sekarang.

Isteri : Okay, nak sekarang

Suami : Malam lah. (Ceh. Mempermainkan keterujaan isteri)

Isteri : Ihhhhh.

Suami : Hurm. Kalau you nak sekarang, hadiah dah ada. Kalau you nak malam, hadiah belum ada. HAHAHA

@!$%$$ Huh?! Apakah suami aku cakap neh apsal susah sangat nak faham neh?

Isteri : You tipu I eh? Ada ke tak tak de? (Mula meraguinya)

Suami : HAHAHHAHA. Ada. Tapi kalau you nak malam, tak ada lagi lah sekarang (@!£%%%^) Nak malam ke sekarang?

Sabar je lah.

Isteri : Malamlah malam.

Suami : Tapi I nak bagi sekarang.

Isteri : Okaylah sekarang.

Suami pon terus bergegas naik tingkat atas. Isteri pon menunggu di bawah dengan debaran yang menseronokkan. Malam lah, sekarang lah. Payah betul.

Husband tunjuk paperbag MNG. I was like ; Omaigod. I know I know I know! Sumpah ketika itu saya sudah tahu apakah isi di dalam paperbag tersebut. KAH KAH KAH. Terus excited rasa nak terbang ikut lalat di taman ke apatah. Saya memang dah dapat agak apakah di dalam paperbag tersebut.

MNG Belt in cyan!
Yahooooooooo.
T_____T

Sumpah terharu di tempat kejadian. Anda tahu kenapa saya harus sangat terharu? Okay anda tak tahu. Pertama, saya tak sangka langsung husband saya akan membelinya. Agak tak logik dan tak boleh relate dengan akal langsung macam manakah suami boleh membelikan belt tersebut buat isteri sempena hari lahir. Kedua, belt tersebut sangat sangat dikehendaki oleh err… oleh Chika lah. Kan sedang bercakap tentang birthday Chika neh. HAHA :P Saya tak ingat entah berapa kali saya menyebut tentang belt MNG tersebut. Tapi memang sangat nak. Ketiga, itulah belt yang saya dan Tya kecoh-kecoh try dan beraksi depan cermin semasa di Surfers Paradise pada suatu malam tersebut.

Untuk itu, TYA PLEASE LOOK AT ME! I dah dapat HAHAHA. Tak sangka kan? Sebab pada malam tersebut my husband tak nampak seperti akan membelinya kan? HAHA. Betul cakap you masa I bising bising cakap nak belt nak belt. You cakap, nanti I mesti beli that MNG one :P

Picture from : Tya Ilyana

Bagi anda mungkin ia hanya sepasang belt. Mana best. Dapat teddy bear besar lagi besar dari anda atau chocolate atau bunga atau jam tangan pasti lagi menarek. Oh tidak sama sekali. Teddy bear  besar Chika mana mainlah. Bunga chocolate semua dah tak nak tak nak. Puas sudah merasainya. Jam tangan baru saja dapat. Make up perfume apa semua tu pon sudah ada malah masih excited bersama Anna Sui yang belum terluak-luak tersebut. Sumpah excited dapat belt MNG dengan code warna CYAN. Exactly apa yang saya nak. Tak sangka wo husband sangat perihatin dan boleh sedar betapa isteri nak belt tersebut. Padahal takda pernah mintak sekalipon. Cuma pada malam tersebut semasa di Surfers Paradise, saya dengan Tya main cuba-cuba depan cermin secara full of passion. Dalam hati sangat nak tapi takda mintak. Eceh.

Sekarang kena carik baju untuk dipadankan pulak. KAH KAH KAH.

FCUK Harbour Town banyak baju menarik lah bukan? Aik? Ok sudah sudah. Tapi. Lupa untuk menyatakan sebab yang terakhir kena belt ini sangat menarek. Sebab nombor empat, saya tak tahu bilakah suami membelinya. Jeng je jeng. Pandai pulak tu pergi Gold Coast carik MNG ewah ewah. Sebab itulah ia jadi sangat berharga kerna dibeli dengan penuh babak dan kesungguhan. Nanti saya akan bercerita dengan lebih lanjut (eceh)

Selepas membuat upacara penyerahan tali pinggang (Huyyo, dah macam pertandingan Taekwondo), suami pon bersiap ke hospital. Habis takkan mintak cuti sempena hari lahir isteri kot. Bergegar kang bangunan Hospital Queen Elizabeth II tersebut. HAHA. Doktor public holiday sempena hari lahir isteri. Ceh. Macam bagus.

Petang tersebut, husband pulang dan membuat surprise lagi. Ingatkan dah kasi hadiah dah lah. Sebab Chika neh kalau celebrate birthday, tak adalah overdose sangat. Setakat ada celebration pon dikira bersyukur sangat. Jangan takda langsung, kang histeria kang. HAHA.

Bukak pintu saja, tadaaaa.

Baskin Robbins.
Pralines & Cheesecake Ice  Cream.
Ice Cream for two

Bukan kek tapi ais krim. Maka, marathonlah pasangan suami isteri tersebut menghabiskannya sebelum cair. Malah sempat disedekahkan sebahagiannya kepada jiran sebelah kanan. Semoga hidup kami dirahmati. Amin. HAHA

Pralines & Cheesecake Ice Cream merupakan limited edition ice cream from Baskin Robbins. Di mana ia hanya ada pada musim tertentu (husband cakap). Semasa husband tempah ice cream neh, husband saya dimaklumkan bahawa ; Kami mungkin orang-orang terakhir yang akan dapat merasa perisa tersebut sebab sudah tiada musim lagi. Dan lebih thrill, orang from BR kata berkemungkinan jugak mereka terpaksa menggantikan dengan flavour lain sebab chance untuk dapat adalah tipis. Ewah. Dalam erti kata lain, istimewa betul ice cream neh. HAHA HUHU HEHE

Sungguh sedap tak tipu.

Dah lah sikit lagi nak terkantoi. BR boleh call my husband pada malam yang salah. Dia ingat husband saya lupa collect order tersebut padahal mereka yang tersalah hari. Bila saya tanya husabnd siapa call, husabnd saya boleh sengih-sengih pastu taknak bagitahu. Agak sentap juga dibuatnya. HAHA. Manalah tahu main sembunyi ke apatah. Dahlah terdengar suara perempuan ceh. Terganggu fikiran I. KAH KAH KAH

Wajah seorang surirumahtangga berusia 23 tahun

Awak cuba menyembunyikannya,
Saya tahu.
Bila apa yang awak betul-betul nak ialah …
saya datang dan mendapatkan awak.
Awak bergerak lebih rapat,
Saya merasakan awak bernafas,
Seumpama dunia baru sahaja lenyap …
Bila awak di sisi saya. Oh.

Apa ni apa ni? Apakah ini semua? Apsal tetiba keluar puisi ke apatah neh? HAHAHAHA. Ini lagu Enrique Iglesius lah. Aik? Dia merakam lagu Bahasa Melayu? Ah kau je tak tahu.

Thanks Sayang.
I love you selalu.
Everyday I love you.

Setelah tamat sesi memotong kek (padahal ice cream), kami cepat-cepat solat Maghrib sebab husband kata ada surprise lagi. Ewah.

.

.

Dan akan bersambung pada episod akan datang.

Chika neh sikit lagik je boleh jatuh tersembam atas keyboard. Tidur first.

Bukan Protected Entry

Posted by chika under Uncategorized

Tidak menarek langsung membuat protected entry pada blog yang mempunyai pembaca comel-comel. Yang suka penasaran pastu email-email dan carik-carik Kakak Chika. Kak Chika, mana password. Nak password. Nak password TSK TSK TSK T_____T

Sumpah comel buat Chika jadi tak sampai hati. Mood hilang dah. Ingat nak kasi public holiday dekat semua orang hari ini ; jangan masuk nurulism.com hari ini. Public holiday. Tapi disebabkan anda semua comel sangat dengan mulut manis hantar komen bawak muka kesian dan sebagainya, Kakak Chika telah mengubah fikiran.

Kesian anda semua kalau datang sini tapi kecewa. Dahlah kecewa, penasaran pulak tu tengok protected entry. Kalau boleh nak pecahkan blog neh. Atau nak pecahkan pentulis blog.

Mood hilang dah. Makan belum. Tadi sumpah lapar. Sekarang pon sumpah lapar. Jangan harap ah boleh produce entry pelancongan atau entry berciri rumahtangga ke apa pada masa ini. Kita main err … main … main TAG.

KAH KAH KAH.

Malu ah sikit. Main tag dalam blog nampak sangat entry terdesak. Err. Memang itulah kenyataan dia. Entry terdesak. Daripada membuat anda yang comel terkebil-kebil mentengok protected entry yang sungguh interesting (well I know dear. Lagi sorok lagi ah nak tahu. Manusia memang begitu. Chika pon termasuk sekali) Untuk tidak membelenggu pemikiran anda semua, kita main tag lah okey.

Masalah dia, siapa tag Chika? Err. Chika men-TAG diri sendiri. Biasalah. Orang kesian memang macam neh.

1,2, 3, main tag!

1. Bekas kekasih saya adalah :
Ceh. Baru nak mula main dah thrill. Malas ah main.

2. Saya sedang mendengar :
Bisikan hati yang terdalam. Ih. Neh yang aku meluat neh bila bermain tag mesti nak poyo.

3. Mungkin saya patut :

Membela sejenis binatang peliharaan seperti Wombat atau Sea Lion untuk menjadikan saya lebih luarbiasa berbanding jiran tetangga lain yang tak habis-habis bangga sangat ada anjing. Bila ada Wombat nanti nak dikasi nama Wombat. HAHAHA. Sama macam Arnab rakan saya yang diberi nama RABBIT.

4. Saya suka :
Sekarang tak berapa ingat saya suka apa. Benda suka semua takda peduli at the moment. Tapi saya tak suka perbuatan yang tak menjaga pride dan emosi saya. Malah saya tak suka orang pergi merepek berciri baik takyah secara berkenalan $#@$%#!!#

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Ada sikit dan terpilih sahaja. Sangat berkualiti dan secara kimianya boleh bertindakbalas. Mereka adalah orang yang berkualiti with brain. Kalau tercicir brain? Itu manusia kah atau alien kah?

6.Saya tak paham :

Kenapa ada orang tak tahu membezakan inbox CHIKA dengan inbox HUSBAND CHIKA. Dan kenapa kena merepek salam perkenalan nice to meet you take care %%$@!!@ baby#$@!! anak #@@# jemput datang rumah $#@!@#@!! Ewah ewah. Rumah mana kau nak datang?

7.Saya kehilangan :
Kesabaran dan hilang punca juga.

8.Ramai yang berkata :
“Chika kenapa? Chika kenapa?” pada hari ini. Harap anda akan tahu? Jangan harap sangat.

9.Makna nama saya :
SI COMEL LAGI COMEL BILA SAKIT HATI


10.Cinta itu adalah:
Buta dan berkuatkuasasa serta merta

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Rasa tak bersalah macam dunia menghempap muka dia padahal tak ada pon.

12.Saya akan cuba :
Masak nasik goreng bagi suami makan sebab semalam tak masak.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever. Macam Batman. Batman Forever.

14.Telefon bimbit saya :
adalah sejenis objek merah yang tak penting sangat berbanding lipstick warna merah saya.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya nak tidur lagi (sama macam Farah) Okay, sekarang kantoi sebenarnya tag ni ambik dari FARAH.

16.Saya paling meluat apabila :
Orang lupa fikirkan saya semasa bertindak.

17.Pesta/Parti adalah :
tidak menarek sama sekali.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Wombat (padahal bukan paling comel sangat tapi tak berapa kenal binatang jadi saya pilih wombat sebab baru kenal dia)

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Semasa belum pandai berfikir dan belum tahu bermain perasaan. Hidup je dan tak tahu kenapa sedang hidup tapi sangat enjoy betul hidup sewaktu itu. Err. Sekarang pon sangat menseronokkan. Sebab penuh kecintaan dan tak pernah jatuh cinta sebanyak ni sampai tamak.

20.Hari ini :
tidak menarek langsung dan belum makan.

21.Malam ini saya akan :
Duduk kedai mamak sampai mamak suruh balik sebab nak simpan meja kerusi dalam kedai sebelum MPAJ datang serang saman ke apatah. Ah. Sini mana ada kedai mamak ah.

22.Esok pula saya akan :
Mati. Eh mati pulak. Mati kutu sebab belum tahu apakah dia rupa hari esok. Err. Kantoi ada kutu.

23.Saya betul2 inginkan :
Suami 24 jam sehari

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Ceh. Cantek macam semalam. Bila nak lagi cantek neh? Ahhh aku gurau pon tak boleh kau ni memang ah.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Arked Permainan buat apa.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Bila sendiri kena terang. Bila bersuami kena gelap %$#@!@

28.Makanan segera adalah :
cepat dimasak, tak sedap dimakan.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Take Care Sayang (pagi tadi)

30.Siapa yang anda nak Tag?
Orang yang buat protected entry pastu kedekut taknak kasi password.

Protected: PEDIH DAN PEDAS SEKALI

Posted by chika under Uncategorized

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Brissy City

Posted by chika under Uncategorized

Selamat Hari Lahir Puan Chika
(Ok, ini cerita lain)

Impian hari ini sempena usia yang ke 23 tahun ; Bagi bonus entry kepada pembaca iaitu sebanyak 23 entries sehari. Ok confirm tipu. Niat dah ada cuma logik tu tak ada. Kalau dapat publish 3 entries pon dikira berjaya sangat. Untuk menjayakan impian tersebut, wanita muda ini pon telah bangkit jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Dan kemudiannya terus memasak breakfast dalam bentuk bihun goreng buat suami. Washing baju dan siap menjemur ikan kering di tepi pantai &*^%#@##. Hoi, jangan mentipu pada hari lahir. Not nice. Jemur baju, sudah. Kemas kitchen, sudah. Washing dan cooking pon sudah. Semua kerjaan rumahtangga disiapkan pada awal pagi demi blog. (Ceh, macam bagus betul blog neh. Aku bagi kang)

Jam 10.55 pagi. Excited sangat ketika ini. Punya lebihan masa yang melimpah-ruah untuk memblog entry seperti tiada esok lagi. Blog memang sesuatu yang addictive. Masalahnya sekarang, wanita muda ini addict dengan blog sendiri di mana kalau dilihat dari sudut yang negatif, macam tak tahu malu ke apatah. Publishing an entry merupakan satu addiction yang engkau tak faham kecuali kau overdose.

Ramai rakan-rakan dan kenalan mula memblog. Selamat datang ke industri blog yang kadang-kadang menjahanamkan kehidupan yang sepatutnya lebih tenang. Blog macam satu taruhan identiti. Engkau tak boleh histeria bila orang mula mengenali kau. Dan jangan nak sawan bila lelaki dengan id pelik buzzing engkau dekat Yahoo Messenger dan cakap secara tiba-tiba ; Bagus tak pencuci muka yang kau beli Rabu lepas, Chika? Ini contoh. Saya dah pernah kena. Readers bila addict dengan engkau, dia akan peka setiap butir yang engkau pernah tulis. Dia ingat. Sebab dia addict.

Tak tahu apsal bercakap pasal Blog Addict. Overdose tiba-tiba mungkin.

Untuk menjayakan impian 23 entries sehari ( kononlah), kualiti entry akan dikurangkan. HAHA. Err. Bukan perkara biasakah tersebut dalam industri blog? Mentulis entry tak berkualiti sehari sampai 8 entries? Bukankah? Belum pernah jumpa blogger hebat yang menghasilkan 8 entry sehari, di mana kelapan-lapan entry tersebut adalah berkualiti dan memuaskan ketagihan. Belum pernah jumpa. Sebab apa? Sebab boleh jahanam kepala otak kalau sehari terpaksa berkerja keras menghasilkan 8 entry berkualiti.

Untuk itu, terimalah entry tak berkualiti ini.

Ciri-ciri entry tak berkuali :

  1. Tah apa-apa punya cerita &%#@@!#
  2. Tak kelakar pon.
  3. Gambar bersusun-susun, caption pendek atau langsong tak ada caption.
  4. Selepas baca, readers akan cakap ; Boring, nak blah ah.
  5. Penceritaan tak penting. Contoh ; Tadi saya pergi stesyen minyak isi minyak lepastu isi angin dalam tayar kereta sebab tayar kurang angin pastu drive pergi kedai runcit beli sugus pastu makan dan tertido semasa makan sugus. Baik takyah cerita.
  6. Contohnya boleh dilihat dalam tulisan di bawah.

Bersedia semua. Pagi ini anda akan didedahkan kepada sebuah entry tak berkualiti dengan ciri-ciri yang tersebut di atas.

Mula sekarang.

Isnin lepas bawak tetamu manis (Hanis dan Tya) ke Brisbane City. Saya drive secara sendiri tanpa suami. Sangat bangga sepanjang jalan. Saksikan gambar.

Southbank Parkland sentiasa indah tak kira masa.

Datin & Co.

Membeli-belah di Queenstreet Mall yang bagaikan syurga membeli-belah. Err. Salah. Bukanlah syurga sangat. Harbour Town adalah syurga beli-belah yang lebih tepat.

Lepas shopping mood sangat steady.

Tya : Chika, apsal you usha  I camtu?

Chika : I am trying hard to look vogue.

Tya : Are we acting in front of the lense?

Chika : I don’t think so. This is real.

Dialog rekaan penulis.

Ok tamat entry tak berkualiti.

________________________________________________

Tadi pagi sebelum husband melangkah keluar ke hospital.

Isteri 23 tahun : Sayang, jangan balik lambat cam semalam. Balik awal. You lambat, I call you nanti.

Suami : Uuuuu. Takutnya.

Ceh. I serius Sayang. Serius. Tengok muka I. Tak senyum pon. Tak senyum pon. Serius sangat ni.

________________________________________________

TERKINI

  1. Saya susah hati selagi tak siapkan dan publish semua entry yang naik basi dalam koleksi. Sebab itu entry tak berkualiti pon kasi publish juga (seperti di atas).
  2. Hidung sudah tiga hari berdarah. Bibir kering dan luka. Kesan cuaca yang kering. Nampak sangat tak pandai hidup dalam Autumn. Malaysia mana ada Autumn. Malaysia summer waktu siang, winter waktu malam (itupon dengan bantuan pendingin hawa)
  3. Huyyo kanak-kanak JSB pakat membuka blog . Kakak Chika sangat gembira. Blogginglah secara seronok dan pasrah.
  4. Siapa mintak tips blogging itu hari? Jawapan dia, tiada tips. Yang penting, jangan membuat entry tak boleh pakai atau baik takyah seperti yang disebut dalam contoh berwarna merah di atas.  Sesekali nak buat tak apa. Tapi kalau sehari kasi lapan entry tak boleh pakai camtu, baik takyah. Eh eh. Kau mintak tips kan? Inilah tips dia.
  5. Picnic di KLCC Park seperti menarik bukan? Berminat? Email : nurulism@gmail.com

Wet n’ Wild

Posted by chika under Travel : Australia

Lagi cerita Easter holiday.
Lagi cerita Gold Coast.

Jemu?

Kalau anda jemu, fikir semula (eceh). Fikirkan pula bagaimana jemunya penulis untuk menulis tentang Gold Coast. Bagaimana jemunya penulis dengan keindahan Gold Coast (sampai semalam boleh berlakon nak termuntah-muntah depan pintu masuk Dreamworld sebab memang dah jemu sangat muntah muntah!) Dan penulis merujuk kepada Chika. Katalah anda tak kenal siapa penulis. Nak kena ni.

Sebelum penulis pergi lebih jauh (Belasah kang Chika neh. Ayat nak power je taknak kalah), biar saya berterus terang sekali lagi kepada anda semua , pembaca yang disayangi. Penulis sesungguhnya memang sudah jemu sangat tak tahu nak cakap apa dah dengan Gold Coast. Kalau ada yang teringin datang Brisbane carik  saya, tolong jangan ajak pergi Gold Coast. Baik kita pergi pasar pilih buah atau pilih sayur atau duduk tepi jalan makan Kebab. Pergi city tengok mat saleh pakai bikini pon tak apa. Asalkan jangan ajak pergi theme park. At least untuk tempoh beberapa bulan (ceh. Cakap berapi. tengok-tengok esok lusa, terhegeh-hegeh pergi Gold Coast lagi &^%$#@!@)

Pada hari Isnin yang lalu (yang lalu tahu! bukan hari ini) Dr. Hizwani telah membawa Dr. Chika dan rakan-rakan iaitu Dr. Tya dan Dr. Hanis (payah ar kalau masing-masing nak jadi doctor) ke Wet n’ Wild. Apa pulak neh Wet n’ Wild? Nama disco ke apa? Ingat Allah sikit. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma (tumpang lalu, Too Phat) Duduk tempat mat saleh pon kena ingat Allah jugak. Tak boleh main dalam disco, Allah nampak.

Wet n’ Wild tu nama sejenis theme park yang basah. Atau dalam kata lain, water park. Maksud Puan, macam Sunway Lagoon? Ya ya. Macam Sunway Lagoon cuma Sunway Lagoon tu saya belum pernah jejak lagik. HAHAHAHA. Err. Malulah bukan?

Memang betul-betul punya WET. Hujan pulak pada hari tersebut. Sejuk gila. Gila pon tak sejuk seperti hari tersebut. Sebab itulah kena mendampingi suami dengan lebih dekat dan dekat dan dekat dan de … ok, Chika. Cukup.

Basah dan Liar.

Dalam Bahasa Melayu ia dipanggil Basah dan Liar. Ceh. Sumpah tak menarik. Basah dan Liar. Basah dan Liar. Mengundang maksud-maksud yang mendalam dan tidak sepatutnya mungkin. Eh apa ni apa ni?

Agen Basah dan Liar.
Ceh

Dr. Chika, Dr. Hanis dan Dr. Tya.
Gambar diambil oleh Dr. Ahmad Hizwani
(See Sayang. Dah banyak geng doctor dah skang)

Info tak boleh pakai : Dr. Chika bertugas di bahagian Blogtherapy.

Di bawah ini adalah salah satu rides yang namanya langsung tak diingati sebab memang malas nak ingat dia. Baik ingat resipi gulai asam ikan mackerel ke apa. Hangin betul saya (eh saya pulak.Maksud saya Penulis.is Hangin betul penulis ketika itu sebab kena beratur panjang macam tunggu giliran nak dapat duit ke apatah. Padahal rides biasa saja. Bukan best pon. Dekat Sunway Lagoon lagi best (tetiba) Bohong sangat. Bukan tadi pada perenggan di atas telah mengaku tak pernah jejak Sunway Lagoon ke? HAHAHA. Mentipu mentipu.

Tekalah teka. Kaki siapakah milik kaki tersebut? (Apa ayat tunggang terbalik macam Cikgu Muthu) Kaki tersebut milik Hanis. Tentulah bukan kaki Tya sebab Tya mana main permainan warna hijau terbelit-belit neh. Tya main yang thrill thrill ja. Yang berciri Sunway Lagoon neh Tya mana main. KAH KAH KAH. I miss you Tya.

Itu dia Dr. Chika meluncur deras dari gelungsur hijau warna kegemarannya. Kelihatan hebat sekali mengalahkan Sealion yang meluncur hebat semasa Sealion Show tempo h hari. Hebat gila ah Chika. Err. Maksud saya Penulis. Hebat betul penulis.Dahlah syok sendiri semasa meluncur. Siap gelak kuat-kuat dan mulut asyik menyebut WO WO WO. Konon-konon thrill lah tu.

KAH KAH KAH. Setakat meluncur macam ni kan, kanak-kanak perempuan baru kenal kaki pon berani buat. HAHAHAHA. Tapi. Anda tidak tahu ada kekuatan dalaman yang diperlukan untuk bermain permainan putar belit ini. Ia memerlukan azam yang kuat untuk memanjat tangga sumpah gila tinggi sebelum meluncur. Okay confirm taknak naik lagi sebab tak thrill. Malu nak tunjuk dekat adek-beradek di tanah air.

Penulis tak akan membenarkan pembaca mentertawakan kebolehannya bermain permainan high thrill.  Kali ini penulis akan menceritakan tentang permainan paling thrill yang dimainnya sebanyak dua kali in a row (saja bold dan merah sebab nak berlagak). Semoga perenggan ini akan mengembalikan maruah penulis yang tadinya dipertikaikan sebab main gelongsor berciri Sunway Lagoon. T_____T

KAMIKAZE.

Kamikaze merupakan high thrill rides yang baru sahaja ada di Wet n’ Wild. Memang gila punya thrill. Anda akan ditolak ke bawah (bukan tolak badan anda. Itu nama dia bunuh diri) tetapi anda akan ditolak ke bawah menggunakan tubes. Di mana anda akan duduk secara berdua (duduk sahaja jangan nak peluk-peluk ke apa dengan suami kang kena tiup wisel kang malu)

Memang thrill tak bagi salam. Bila staff di situ tolak je kita punya tube, tube akan terus turun menjunam dalam sudut 70 darjah! Gila kau. Dan perasaannya, sama seperti terjun menjunam secara 90 darjah tegak. Gila trauma kepala dibuatnya. Dahlah tinggi. 11 meter. Apalagik, screaming lupa  dunia semua lupa. Nak terpecah jantung dan sekelian anggotanya.

Turun saja daripada ride, terus saya dan husband berlari nak tengok Tya dan Hanis. Tya buat hal pulak dah. Dah sampai turn dia, boleh pulak Tya menggelupur taknak naik. Kesian Hanis. Hanis dah siap duduk dalam tube. Dahlah nak angkat tube naik atas berat nauzubillah. Letih pulak tu. Tup tup dia tak nak naik. Dia trauma tengok gelungsur tu tinggi dan menjunam. Saya pon masa tengok dari atas ada terfikir nak lari jugak. Memang mentakutkan.

Tya pon turun meninggalkan Hanis. Kesian Hanis. Pastu husband suruh saya naik temankan Hanis. Sebab tak boleh ride secara solo. Disebabkan saya berasa sangat gembira walaupon jantung jadi taruhan, saya pon pergi dengan begitu pasrah. HAHAHAHA. Saya suka sebenarnya permainan tersebut. Gila thrill tapi best.

Maka, merasalah saya main DUA KALI (Nak berlagak lagi sekali) Haha. Chika kah tersebut? Mana dia dapat kekuatan tersebut? KAH KAH KAH

Gambar mana gambar? Mana ada gambar. Bermain air tak boleh bawak kamera. Jadi gambar tak ada. Bukti untuk mentunjuk terror pon tak ada. Tapi walaupon tanpa bukti, percayalah bahawa Chika sebenarnya seorang yang berani dan berjiwa gagah juga. Eceh. Boleh mengorat Batman ah kalau macam neh punya terror. (Belasah kang, kata suami di dalam hati)

Boleh tahan thrill jugak aku neh.