Infinity

Ingat semula entry INI. Pada hari tersebut, suami beriya-iya nak ke Gold Coast. Isteri beriya-iya menyibuk itu ini (Ceh. Mak nenek) Untuk menutup tektik yang dirancang, suami mengajak saya bermain di Gold Coast. Theme park? Sumpah tak nak. Kang muntah kang. HAHA. Sumpah muak tolong jangan ajak ke theme park sampailah suatu waktu yang akan dinyatakan kelak. Eceh.

Saya mencadangkan untuk bermain INFINITY! (Tanda seru di situ seakan-akan excited) Memang excited awalnya. Apakah dia infiniti? Err. Tanya siapa? Tanya Chika kah? HAHAHA. Err. Susah mahu dicakapkan ke dalam bentuk ayat. Sebab ianya seakan-akan luarbiasa kalau nak dibandingkan dengan bermain roller coaster atau menyaksikan pertunjukan ikan lumba-lumba.

Begini.

Infinity merupakan satu permainan di dalam satu kawasan yang direka khas secara futuristik, mendebarkan, dunia yang amazing di mana kita tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Atau dalam kata lain, ruang infinity tak berpenghujung secara ilusi. Yang mempermainkan perasaan, ilusi dan sensual environment manusia.

Peh. Description sikit pon tak nak kalah. Padahal anda bukan fahamlah bukan? HAHA. Err. Itulah dia. Susah untuk memfahamkan orang.

Begini

Bila anda masuk ke dalam kawasan tersebut, yang dibahagikan kepada lorong-lorong sempit dan bilik-bilik gelap, dengan kesan pencahayaan dahsyat (Taklah dahsyat sangat sebab kantoi nampak cermin dia. Peh. Teknologi belum terbaik tu nama dia) dan anda seolah-olah berjalan pada satu ruang yang infiniti. Atau dalam kata lain, ruang tidak berpenghujung. Interesting?

Indah khabar dari rupa.

Tidaklah besar mana ruang dia. Cuma terletak di salah satu lot kedai tidak jauh dari pantai. Tiket untuk dewasa ; $24.90.

Beratur dulu. Takyah beratur ikut ketinggian kang kena belasah dengan Mat Saleh depan kang naya je. Kalau disuruh beratur ikut ketinggian, Chika pastinya masuk dulu. HAHA. Pastu suami masuk last. HAHAHA. Pastu kami terpisah sob sob sob T____T Pastu balik Malaysia pergi Metropoint Kajang karaoke lagu Jangan Pisahkan. Nangis sebanyak satu sungai (Cry me a river) Diam kau Chika.Suka lari topik.

Sumpah waktu ini saya sangat excited. Siap dengar orang menjerit-jerit di dalam. Wah hebatnya tak sabar tak sabar. Apatah lagi apabila dikehendaki memakai glove dan socks. Wah nak pergi ke dunia mana neh apsal macam hebat sangat neh? Sumpah girang dalam hati.

Suami dah ada kuasa Naruto dah sekarang jangan berani nak tarik baju dia. HAHAHA. Naruto Naruto Naruto. Setiap pagi sebelum ke hospital suami akan menonton Naruto (kalau tak sempat download akan menonton Smallville atau mengikuti Formula One) Tak puas menonton Naruto, suami akan click ke onemanga.com untuk membaca episod komik terbaru Naruto. Sumpah saya tak berapa faham apsal boleh ketagih camtu sekali membaca komik tanpa dialog tersebut. Tetiba keluar bunyi ERK atau HUH atau TSKKK. Tapi tak apalah. Mereka lebih tahu. Sama macam suami tak faham kenapa Chika kena menonton Thomas And Friends lepastu muka girang @!@$£”%

Kita tidak memerlukan persamaan untuk menjadi serasi.

Wah mutiara kata. Tak malu bagi mutiara kata padahal tak ada siapa mintak. Err. Terlari topik lagi lah bukan?

Kami pon melangkah masuk dan mulakan permainan yang kononnya mengambil masa selama 40 minit. Gelap. Sumpah berdebaran dan agak stress di dalam ruang itu. Ada ketikanya, nak jejak pon berasa gayat sebab lantai seakan-akan tidak wujud. Ada ketikanya, berasa seperti sangat gayat seperti berdiri di titian gantung yang sangat tinggi padahal berdiri atas floor sahaja. Ceh. Ah. Sukar untuk diterjemahkan ke dalam kata-kata.

Layarai www.infinitygc.com.au untuk memahami apakah itu INFINITY yang juga merupkana antara attraction di Gold Coast.

Apa kata Menteri Pelancongan. Kita semak.

“Saya faham konsep permainan ini. Idea yang baru. Interesting. Namun belum cukup memberi kepuasan. Malah ianya indah khabar dari rupa. Namun idea tersebut boleh dimajukan lagi. Dan patut berbangga kerana ini merupakan yang pertama di dunia (mengikut hasil pembacaan saya. Tak tahulah kalau di Pulau Tioman atau di Jalan Masjid India pon ada) Saya tidak menggalakkan pelancong ke tempat ini kecualilah pelancong mempunyai lebihan masa yang terlimpah-limpah tak tahu nak salirkan ke mana. Kalau setakat melancong 4 hari 3 malam, eloklah bermain di taman tema atau menyusuri keindahan pantai Gold Coast (Pantai Desaru pon jangan dilupakan, tak baik) Atau lebih baik singgah menikmati minum petang di kediaman err … Puan Seri Chika di Brisbane. Malah bagi saya selaku Menteri Pelancongan Queensland, saya agak kecewa juga dan merasakan ianya tidak begitu worth the money. Lebih elok kalau wang tersebut disalurkan ke Harbour Town Seafood Market. Lebih membahagiakan mungkin”

Demikian memetik kata-kata Menteri Pelancongan Queensland, Chika Carrera. Ok nyampah. Malas ah layan Chika dah.

Infinity : Kecewa memang kecewa sebab tidak se-best yang diharapkan. Tapi masa di dalam ruang tersebut, teriak-teraik ah jugak. HAHAHAHA

Sebelum bersurai, sudahkah anda membuang undi untuk nurulism.com? Kalau belum, susah-sudahkanlah. Kalau sudah, okay bagus sekali HAHA. Undian akan ditutup sehingga hari ini (kan kan?) Err. Undilah Chika walaupon harapan tipis nak menang KAH KAH KAH. Kesian bukan?

Recent Entries

43 Responses to “Infinity”

  1. yin Says:

    wah…kak chika ngan husband ni..memg pasangan kanak2 riang…sebabnya..setiap kali nak kuar dating n berjalan2..mesti pergi ketempat keriangan…taman temala,taman airla,taman permainanla..dan pelbagai tamanla..hahahaha….otomatik,pembaca entry kak chika ni pun jadi kanak2 riang bila membca blog kak chika…hahahaha.tahniah kerana memberikan keriangan kepad kami…hidup kak chika!!!..tajuk komen ini adalah “keriangan”..yeah..

    chika Reply:

    eh mana boleh sukati tukar tajuk entry orang. HAHAHAHA :P

    yin Reply:

    ishh..manada yin tukar tajuk entry kak chika..yin bg nama tajuk komen yin…men tipula kak chika ni..

    chika Reply:

    ewah. komen dia siap bertajuk :P

  2. Masy Says:

    kakak cuma mahu tahu nombor berapakah komen kakak ini? hohoh

    chika Reply:

    sekarang saya akan bagitahu.
    nombor 2

    :P

  3. irma2203 Says:

    dah baca..tapi masih teringat entry cekodok…hahaha
    lepas ni kena belajar wat cekodok bubuh udang atau ketam..yummmy..!
    ehm, kena tunggu hujung minggu la baru leh wat…

    chika Reply:

    Ya Allah.
    Masih dibelenggu cekodok? HAHAHAHA
    saya suka cekodok udang!

  4. kwn lame chika Says:

    chika2.. ko mmg comel laa..!!

    ade gaye da tuu hehehe

    chika Reply:

    gaya apa?
    haha

  5. ~JviperS2~ Says:

    Wah! $24.90, mcm tak worth la~
    Baik minum taro milk tea 5 botol (botol ke cawan?)! :P

    chika Reply:

    ya rite.
    tak worth the money langsung.
    baik ice skating. HAHAHA

    last time i played ice skating,

    chika Reply:

    ya rite.
    tak worth the money langsung.
    baik ice skating. HAHAHA

    last time i played ice skating, without you without astri without aizar. HAHA.

    ~JviperS2~ Reply:

    Hehehe..kenapa? Miss us ke??
    Ke u tak puas hati tak nampak I jatuh lagi?? :P

    chika Reply:

    u main kat tepi-tepi pegang dinding mana nak jatuh. Tak fair oo

    ~JviperS2~ Reply:

    Hohohoho! I main near tepi, but tak pegang dinding after a while~ :P
    Tak mcm u, pegang Astri.. :P

  6. mastakilla Says:

    haha..
    err menteri pelancongan brisbane promote desaru jugak..btw sy dah vote utk chika..smoga berjaya!!

    chika Reply:

    terima kasih.
    sangat baik hati :P

  7. Stockholm Darul Bunga-bungaan Says:

    Naruto? Haha… b4 kahwin I tak tau my hubby giler minat Naruto. Lepas kahwin baru tau, satu DVD rack penuh Naruto. Every week dia download latest Naruto. Now ni dia dah ada geng – my nephews! Diorang share minat. Untung budak2 tu coz hubby masa kecik tak mampu beli toys, now ni anak2 buah dapat macam2.. of course Naruto merchandise. (Siap I sekali dah tau characters dalam naruto tu. And dah terminat anime jugak)

    chika Reply:

    Belum pernah jumpa lelaki minat Naruto secara sederhana dan berpatutan. Semua minat sungguh sungguh dan mendalam kan?

    Saya masih belum terpengaruh. Tapi saya tak kesahlah. Dah minat dia. HAHA

  8. Puan xaida Says:

    x kesahlah $24.90 chika kalo x bez pon.. janji banyak betul tempat2 bez yg bley pg. Xdalah mcm kat KL neh. Busanlah.. abeskan duit kat mall ja.. kan seronot kalu ade mcm2 taman tema.

    nak pg theme park upin n ipin lorrrrrrr…. kalu ade?

    chika Reply:

    betul gak.
    Kat KL tak ada kota keriangan.
    eceh.

    Theme Park Upin dan Ipin. KAH KAH KAH. Lawak gila.

  9. Masih Cik Ciare =P Says:

    erm xdpt bygkanlah camne rupa tempat infinity tuh. sbb kalo ikot definisinya mcm dasyat dan exciting. err tp puanchikacarrera kata xckup membestkan lagi..

    alaa camne ni.. hahahaha wat susah hati mcm lah aku nk pegi gold coast besok. wakakaka.

    next year perhaps? :)

    chika Reply:

    memang suah nak ceritakan. Dia patutnya menarek. Cuma kurang kick la. Boleh dimajukan.

    jangan susah hati jangan. HAHAH

  10. nadhirah Says:

    naruto + sailorchika = hehee
    u nak tau x, i pn msih tringat cokodok td gak.. (tb2 pla.. ) =p
    huhuhu tmbh2 hujan ptg2 mcmni..
    xsbr nk hbih exam bsok nak blek umh
    mak…nak cokodok gak!!!! =p”

    chika Reply:

    Lerr. Masing masing ingat cekodok plak dah. HAHA.

    Sikit lagi jek. Esok makan cekodok okek. Ingat ingat kat Chika sewaktu menikmatinya kelak.

  11. monecomel Says:

    setiap kali membaca entry-entry chika, perasaan untuk melancong ke Australia semakin membuak-buak..rasa cam skang jugak nak beli tiket g sana…hahaha

    chika Reply:

    apalagik, marilah cuti-cuti Queensland bersama chika. HAHAHAHHA

  12. zu Says:

    salam…
    pakwe sy pn suke sngt tengok naruto…
    mmg sebijik perangai gile naruto dgn husband chika n peminat2 naruto mania yg lain…
    xbes pn cite tu…komek tok sah ckp berderet leh wat libry dlm umah…hish…simpan duit utk kawen lg bek…hehe..

    chika Reply:

    salam Zu :)
    apakata, bagitau dia tentang idea tersebut secara slow slow. HAHAHAHAHA

  13. ilyanie Says:

    whoaaaa saya sudah undi kamu Chika. nak saya undi lagi?
    Okey, no probss..
    HEHEHE~

    Taro Milk tea 10 =)

    TQ

    chika Reply:

    waa. ni rasuah niiii.
    polis, tanggap dia!

  14. AM Says:

    nangis sebanyak satu sungai. sumpah comel.

    chika Reply:

    gagagagagga
    cry me a river

  15. Tya Says:

    wah jeles..saya mahu ke situ..kamu tidak mahu membawa

    chika Reply:

    tak best aaa Tya.
    Tak rugi pon kalau tak masuk.
    I nak try Haunted House.#Tu lah haritu nak masuk korang tanak :P

  16. Lady Qeen Says:

    suka baca cerita Chika. Terasa macam sorang yang positive-minded sentiasa. Nice!

    p/s: adakah saya sorang aje yg pasan muka hubby Chika ada iras Dr Mahathir??

    chika Reply:

    Oh tidaklah begitu. Sometimes saya tak pandai berfikir pon pastu menyesal dan menerbitkan situasi yang negatif juga. :)

    HEHE

    Dr. Mahathir? HAHAHA. Err.Ye ke? TAk perasan pulak saya. HAHA

    Thanks for reading :)

    yonnaism Reply:

    hah? dr mahathir? eh. eh.
    bukan mcm muka naruto kah?
    HAHHAHAHHA

    wallau chika,
    lepas ni jadi datin seri pn haizum kot :p
    dr cinta jadik tun hizwani plak. huh? :p

  17. dira Says:

    memang sesuaaaiiiii..
    perempuan petite tp bullat ini patut jadi meneteri pelancongan aus!! alahai, nama infinity pun membuatkan org rasa mcm hebat tahap karma..ghupenye tidah..oh kasihan!!

    waahh, metro kajang, teringt dira dulu slalu gak outing kat sana wat release tensen abes kelas..

    chika..chika..harbour town seafood market tu ape? mcm sedap je didengari?? makan2 kat situ ke? ke kene bli balik rumah br masak untuk hubby..lalalal!

    chika Reply:

    Itulah. Nama dia macam hebat kan? Tapi tak apa. Boleh dimajukan lagi.

    Harbour Town Seafood Market tu ialah market yang jual seafood segar. MAcam2 ada pastu murah. Boleh beli bawak balik. Atau suh dia cook. Tapi tak adalah dia masak merah masak halia masak kari ke apa. Dia boleh grill, battered atau crumbed sahaja. Sedap. Fresh. Murah. Husband saya suka gila sampai takleh miss lah kalau dah lalu tu.

  18. wani Says:

    Salam Chika Comel si menteri perlancongan Aus merangkap menteri penerangan Malaysia – Aus…hehehe…
    Hilang tension oooooo baca blog Chika ni. Dah macam ketagih dah. Asal masuk ofis bukan blog sendiri tengok dulu…tapi blog Chika. Cerita2 smuanya comel2. Teruja sangat nih….hihihi…
    Akak dah vote Chika…harap2 Chika menang. Tapi kalau tak menang kat situ, Chika tetap menang di hati pembaca2 setia Chika…

  19. sara Says:

    chika..br tau hubby u rupanya minat naruto..
    tp i nak in4m..siapa yg mengikuti naruto..sure addicted punya..sumpah tak tipu u..huhu

Leave a Reply