Cekodok Tom Yum

Had these for breakfast.

  • Tom Yum Goong (sumpah sedap secukup rasa)
  • Lipton Green Tea with Apple flavour

Tom Yum Goong merupakan sejenis tom yum. (maaf statement ini tidak membantu) HAHA. Ianya fast and easy, fat free, gluten free namun bukan dapat free. Hanya dengan 95 cents (Apalah sangat kalau dibandingkan dengan Taro Milk Tea $5), anda sudah mampu sangat untuk mendapatkan satu packet (satu packet sahaja. Kalau nak banyak, bayar lebih) Tom Yum Goong dengan ciri-ciri yang disebutkan di atas. 95 cents sahaja, ow man! Murah murah. Takyah harap Noodle Tom Yum Secret Recipe RM18.60 (harga teka sendiri HAHA) Semasa berbelanja di Coles tempoh hari, saya telah sambar 5 packet ke dalam troli. Kebetulan sewaktu itu berbelanja secara alim. Kalau tidak, mungkin sambar 50 packet pastu makan Tom Yum Goong pagi petang siang malam pastu balik Malaysia kang habis emak tak kenal anak. Aik? Anak ka neh atau Gong neh? HAHAHA tak kelakar.

Mari kita berganjak dari topik Tum Yum Goong yang tak kelakar tapi buat Chika teruja lupa dunia kejap. Kita pergi kepada kisah cekodok. HAHAHAHA. Jangan gelak dulu kang tak kelakar kang, rugi.

Saya penggemar cekodok. Just name it. Cekodok pisang, cekodok ikan bilis, cekodok pisang, cekodok ikan bilis, pisang, ikan bilis dan cekodok pisang semua Chika suka. HAHAHA. Err. Sebenarnya saya cuma suka cekodok pisang dan ikan bilis sahaja. Duduk di bumi di mana penduduknya Mat Saleh yang tak reti pon sebut cekodok, telah meningkatkan jatidiri saya serba sedikit ewaah. Kalau nak harap Mak Cik Chloe (contohlah) menjual cekodok tepi simpang sekolah, itu sangat tidak mungkin. Maka, Mak Cik Chika pon kenalah membuat cekodok secara sendiri.

Bangga sebab dah pandai. Bukan sahaja pandai memasak Tom Yum Goong (yang sebenarnya memakai teknik yang sama dengan memasak Mawi eh Mawi pulak. Maggie), malah pandai pulak membuat cekodok pisang dan cekodok ikan bilis terbaik. Err. Siapa pulak neh iktiraf sebagai terbaik? Iktiraf sendiri ah.

Nampak sedap?
Ingatlah kata pepatah. Sedap mata memandang, sedap lagi lidah merasa. Eceh tak boleh blah. Blah skang.

Ini cubaan kali ketiga membuat cekodok ikan bilis setelah cubaan pertama yang berjaya manakala percubaan kedua yang tidak berjaya. Percubaan ketiga, berjaya pula. Mungkin ia akan bertindak secara selang seli. Ah kalau camneh takut ah nak buat cubaan keempat. Kang tak jadi kang, makan hati.

Cubaan kali kedua adalah sangat damn. Di mana waktu tersebut kami mendapat invitation untuk menghadiri gathering PPMQ (Persatuan Pelajar Melayu Queensland). Merupakan potluck party. Maka semua orang pandai-pandailah bawak makanan untuk dihidangkan kepada orang lain. Saya menyediakan cekodok ikan bilis dan cekodok pisang ketika itu. Sumpah bangga sebab cekodok pisang laku macam pisang panas HAHAHA. Cekodok ikan bilis errr… keras. Cis. Malu takyah cakap tapi nasib baik saya tengok semua orang makan dengan muka begitu tenang sekali macam sedap sangat. Mungkin mereka sudah lama tak jumpa cekodok ikan bilis. Keras macam stone pon sanggup makan jugak. HAHAHA. Atau mungkin mereka pon dah lupa yang cekodok ikan bilis sepatutnya lembut bukan keras. Anak Melayu perantauanlah katakan.

dsc03942

Saya gemar breakfast seperti ini. Cekodok ikan bilis bersama sweet chili sauce dan nescafe panas. Tapi saya craving for Mak Yang’s sweet chili. Terbaik dalam dunia. Nanti nak balik Malaysia nak belajar membuat cili manis dari mak cik kesayangan saya. Ya Allah. Balik Malaysia nanti nak belajar masak macam-macam. Ceh. Apsal murni sangat jiwa neh? Ingatkan nak balik Malaysia nak enjoy poya-poya ke apa. Nehi nehi. Ingat suami sikit. Bila berjauhan, eloklah kalau si isteri mengambil kesempatan itu untuk meningkatkan kualiti kewanitaannya. Waaaaaaaaaah hebat sangat tak tahu nak cakap apa dah dengan Chika neh. Karang ayat bukan main terror.

Semoga suami yang cute (sumpah cute lagi-lagi semasa tidur HAHAHA) sangat berlapang dada untuk meredhakan kepulangan isteri ke tanah air. Rindu Jalur Gemilang. Ah jangan nak tipu. Bukan pada depan entrance Movieworld pon boleh nampak Jalur Gemilang berkibar tinggi di ruang angkasaraya Gold Coast kah? Tiba-tiba patriotik kami ketika itu. Excited takda ingat ah bila nampak Jalur Gemilang berkibaran depan entrance Movieworld. Dalam hati berdiri tegak, nyanyi lagu Neragaku. Dalam hatilah. Luar hati lain cerita.

Chika mentipu. Malas ah layan Chika. Ooo tak percaya saya? Nah bukti nah.

Jalu Gemilang berkibaran cuba menandingi ketinggian Batman Wing.
Malaysia ku terbilang, Malaysia ku gemilang.
Teng teng teng teng (Jangan lupa lirik yeah yeah!)

Edited with Photoscape. (Habis kantoi) Malu ah sikit architecture student pakai Photoscape. KAH KAH KAH. Apa nak buat. Cubaan memuat turun Photoshop yang gagal setelah beberapa kali cubaan. Carik DVD pirate tak jumpa. HAHA. Lama betul takda bermain Photoshop, Ilustrator, Autocad, 3d Max (sumpah lama), Sketch Up dan juga Microsoft Power Point KAH KAH KAH. Bejeweled, Tekken 5 dan Colorlinez pon lama takda pakai. Err. Itu game lah bukan? HAHAHAHA. Dulu dalam studio siap lawan Bejeweled secara besar-besaran. Pastu Ya bawak wabak Colorlinez sampai saya buat drawing 31%, lagi 69% main colorlinez. Architect apakah neh?

Saya rasa, saya dah sampai ke tahap rindu yang mendalam terhadap architecture. Should I come back? Yes maybe I should. Insyaallah kelak, akan sambung dengan Masters in Architecture. Nak buat Part 2 memang mustahil juga bagi perempuan yang sudah berkahwin. Kang macam mana nak stay studio 24 jam kang. Dahlah studiolife merupakan sesuatu yang addictive.

Yang benar,
Ar. Chika Carrera
Arkitek Rumahtangga.
Qld 4122.
1266
(Nombor apa neh?)

Recent Entries

36 Responses to “Cekodok Tom Yum”

  1. Kak ju Says:

    hehehe arkitek rumahtangga.
    aduiiiii gelak tekan perut dah ni.

    chika punya cekodok apsal penyet2 leper je ni yang..? tak suka yang garing eyh ?

    chika Reply:

    chika memang suka yang leper. Memang sengaja buat dia kasi leper. Tak nak bulat2 kang isi dia tebal tak best. HAHA. Nak belajar masak apa pulak ehhhh. Eceh.

  2. dira Says:

    kat sana banyak tea sedap2 ke? pos kat dira..i want! cis sumpah tak malu!

    chika Reply:

    err. tidak pasti sebab husband tak minum tea/ coffee T____T so chika pon kurang motivasi nak minum. Tapi takpe. Nanti chika tengok2 kan :)

  3. wani Says:

    Sedap je tengok cekodok Chika. Siap tersusun rapi macam menara lagi. Petang ni kena p cari cekodok kat simpang umah coz mcm terbau cekodok kat entry Chika ni….

    chika Reply:

    saya spray bau cekodok kat blog ni tadi :P

  4. seri lyana Says:

    Chika dah pernah roti jala dan kari ayam ke belum Kalau belum.. tryLAH buat.

    Waahhh tak sangka sempat lagi bagi komen kat sini..

    Ok.Chika Cute.. bye

    chika Reply:

    tak minat sangat roti jala. Tapi apa salahnya cuba. Ha ah kan. Akan dipertimbangkan :P

  5. monecomel Says:

    cekodok @ cucoq ikan bilis..my favorite too..yum yum…chika pandai tak buat lempeng..?

    chika Reply:

    eleh. setakat lempeng…. pejam mata je buat. (waaaaaaaa sumpah riak Allah marah) HAHAH. Takde ah memain je :P Pandai pandai. Tapi lempeng saya dipanggil PANCAKE (ewaaaahhh) :P

    itu lagi senang buat. Dan sellau dibuat ketika nak habiskan susu yang dah nak expired. HAHA

  6. sitifatimah Says:

    sy terliur la tgk cekodok tu. bole post ke malaysia tak…

    chika Reply:

    susah sket ah. Kang tak lepas kastam. haha

  7. haziqah Says:

    makcik chika….cekodok ikan bilis satu pinggan plzzz….!!
    oopps..sory2..puan chika yang comel lagi cantik manis sweet ..sedap nya tgk cekodok tu..
    er..sy pnggil tu jemput2 tp x kesah la he
    sama la feveret cekodok pisang n ikan bilis..
    da mngidam mkn cekodok ni..wlupun duk kat malaysia je tp mcm duk kat luar ngara je sbb tak dpt merasa cekodok..cekodok buatan mak saya yg tbaik..he
    lg sdap mkn dgn cicah telur sparuh masak n sambal ikan bilis nyum2
    rupa cekodok kite tu sama la..so rasa dia pasti sama lagi2 air tgn puan chika yg cantik ni ;)

    chika Reply:

    cicah telur separuh masak???????
    oh itu saya tidak tahu.

    hehe

  8. mrs e Says:

    nak skettt…nak rasa cokodok chika tu..
    mesti rasanyer comel mcm tuan nyer ;P

    chika Reply:

    rasanya terbaik
    ceh. sendiri puji :P

  9. Masih Cik Ciare =P Says:

    tahniah cubaan kali ke-3 cekodok berjaya ^_- erm nti kali ke-4 mtk husben tlg kalo takot xjadi. kalo wat berdua nti dua2 bleh disalahkan kalo xsedap. agagagaga ;n

    erk?Colorlinez?? hehe sgt addictive pon.bukan saja bdk architecture malah budak IT pon abeskan masa 60% pd Colorlinez ngn 40% pd programming..ahahahahaha =D

    chika Reply:

    kali 4 kena pikir 40 kali sebelum buat. HAHA

  10. mira zin Says:

    haha..standardla tu,masing2 menyimpang masa study,kat lab ftsm ni,ada satu lab ni siap install DOTA kat setaip pc.hahaha..habis je lecture,pakat main DOTA secara jemaah.wakaka~

    chika Reply:

    Dota jangan cakap ah. Budak boys bila ber-DOTA, studio cam medan perang ke apatah

  11. nadhirah Says:

    cekodok pisang + cekodok ikan blis = sgt10x sdap
    tmbh2 buat dgn pnuh kaseh syg! hahaaha
    xpe chika, blek mesia nti bleh blaja buat kueh mueh yg lain sma.. gudluck!! ;)

    chika Reply:

    sedap kan? sedap gila sumpah tak boleh tolak. Nak belajar buat lepat (wah, cita2 kemain over) taknak ah buat lepat. Susah. Nak belajar buat goreng pisang. HAHA

    nadhirah Reply:

    cptnya reply aunty ni.. =p

    chika Reply:

    i kan a serious blogger.
    ceh :p

  12. zu Says:

    salam…
    huhu benyer cokodok bilis
    terliur2
    hbs exam blik umah nk suh mak wat banyk2
    haha

    chika Reply:

    salam Zu :)

    suruh suruh. Suruh emak buat banyak-banyak. Ikan bilis banyak. Pastu sweet chili sekali. HAAHA

  13. ~JviperS2~ Says:

    Sweet chilli? Takde Linggams ke?? :P

    chika Reply:

    Tak pernah jumpa pulak
    I carik Kicap Kipas Udang pon tak jumpa-jumpa :(

    ~JviperS2~ Reply:

    Kesian…pos laju? ^^

  14. ilyanie Says:

    uuhh kalo letak ikan bilis banyak2, confirm sedap namati. kruk kruk kruk jek bila geget bilis tuh.Arhhh saya nk cucur bilisssss =)

    Erm chumel2 cucur bilis kamu.
    sechumel tuannya.
    ehemss bukan pujian.bukan.
    HAHAHA~

    chika Reply:

    ha ah. betul betul. Ikan bilis banyakkkkkk.

    hahahha. semua leper leper. Sebab kalau bulat nanti isi dia banyak sangat tak best. HAHA

  15. aizar Says:

    okeh..kawan aku da pandai buat cekodok!hoyeh..tepok2..
    pasni kalo dtg umah,mmg kenyang aku..haha

    pasni belajar masak lemak cili api..rendang..ayam masak kurma..ayam masak merah..nasi ayam..ikan 3 rasa..kek coklat..cheese cake..karipap..

    chika Reply:

    ehhhhhh. Ayam masak merah aku dah buat okek. terbaik ah. HAHAHA. Sampai husband aku puji tak henti-henti. AKu pon tak caya apsal jadik sedap camtu. HAHAH. Sumpah aku tak caya.

  16. una Says:

    woho0o… dah jadik chika carrera la plak.. apsal comey sgt neh akak.. hikhik

    waaH.. cekodok bilis!! mau2..
    ape kate wat karipap lak!!.. trill w0o nak kelim kulit karipap tuu~ huhu

    chika Reply:

    hahahaha. Perasan nama omputeh. HAHAHA.

    tu lah. akak memang ada hati nak buat karipap. Tapi belum cukup inspirasi lagik. AKan cuba kelak. Tunggu ehhh. HAHA

  17. sukmarindu73@yahoo.com Says:

    assalamualaikum sdri,
    saya berhasrat untuk melancong ke gold coast,
    boleh anda jadi tourist guide kami?

    wassalaam-zane/jb

Leave a Reply