Mohon Pada Allah
Dear Diary,
(ceh sejak bila pulak blog dianggap diary)
Saya mendapati diri kurang motivasi dan menjadi sangat pasif pada hari-hari kebelakangan ini. Saya mengharapkan keajaiban (teringat senikata lagu Sailormoon ; Ini keajaiban alam, aku mempercayainya) untuk hari-hari akan datang. Saya akan mensenaraikan … oh kejap!
Telefon berbunyi tapi tiada suara di talian. Gedik betul main telefon petang-petang. Ceh. Perasan macam ada lelaki nak mengorat ke apatah. Jangan harap ah. Kau dah kahwin tak ada lelaki nampak muka kau lagi. Kalau jalan terlanggar bahu pon takda siapa akan pusing 30 kali nak pandang muka kau lagi T______________T Eh sedih pulak dia. Jangan hiba kang suami balik kang dia beli Chuppa Chup okay. Sumpah comel. Petang-petang balik rumah bawakkan Chuppa Chup untuk isteri. Apsal comel sangat neh apsal? Rindu suami. Sudah lapan jam tak jumpa mana boleh jadik neh. HAHAHAHAHA.
Berbalik kepada topik. Saya akan mensenaraikan perlakuan pasif dan kurang motivasi saya sejak akhir-akhir ini.
- Kerap mengantuk tak kira masa. Semasa excited mensusun puzzles pon boleh menguap. Tapi itu tak hairan sangatlah bukan? Yang hairannya, semasa di bawah shower pon boleh mengantuk. Semasa menikmati cekodok terbaik dalam dunia (buat sendiri) pon boleh mengantuk. Err. Neh termasuk dalam kategori Koala neh. KAH KAH KAH.
- Malas membuat housework. Tapi buat juga. Tapi berasa malas termalas-malas. Ikutkan hati nak berdoa sujud siang malam supaya rumah mengkemas diri secara sendiri. Ting! Magik. Apaneh main magik pulak dia “!@!@(*&^
- Nafsu makan berkurangan. Yang neh dikira pencapaian terbaik ke atau pencapaian terburuk kah neh? Anda tentukan. HAHAHAHA.
- Kuat sensitif atau dalam kata lain, kuat sentap. Hati diperbuat daripada kaca ke apatah. Kejap kejap pecah. Kejap kejap pecah. Padahal tak ada siapa pecahkan. Dia terpecah sendiri. Err. Tahukah itu dinamakan sebagai fenomena apa? Itu nama dia overheat. Temperature mendadak naik. Hati pon cepat sangat melenting. Sumpah buruk ah perangai neh. Patut diatasi. Malu ah jadi hati kaca.
- Nak tomyam nak tomyam nak tomyam nak tomyam tomyam tom and jerry tomtombak tomcruise tommyhilfiger. Damn. Nak tomyam T_____T At least ada instant Tom Yam Gong. Itulah yang saya santap ketika histeria tomyam. Gong pon Gong lah.
- Okay habis dah.
- Tepuk tangan.
Ah. Bosan terbosan-bosan betul. Nak update entry pon kurang semangat. Nak membelek muka di hadapan mirror mirror on the wall pon malas (siapakah paling buruk dalam dunia? Adela Termizi *mungkin bukan nama sebenar* jawapan dia. Sumpah buruk muka tak siap mengalah muka batu-bata ke apatah. Perangai pon sangat huduh macam nenek kebayan mengilai siang malam tak cukup kasih sayang. Siapa kenal perempuan bernama Adela Termizi *mungkin bukan nama sebenar* tolong ludahkan muka dia pastu bagilah sebijik dua sepakan ultra slash dekat jantung dia. Bagi je. Hiargh. Argh. Mati)
Perempuan tak senonoh belum tahu nak hidup. Mungkin emak dia tak sayang dia. Mungkin jugak tak ada lelaki nak kat dia pasal itulah hari makin hari berciri batu bata. KAH KAH KAH. Sumpah comel ah mensumpah orang seperti batubata.
Err. Keep in mind ; Saya dan suami suka mentertawakan orang sebegini. Sebab sangat menseronokkan. Kalau keadaan ini berterusan, bersedialah untuk berurusan dengan kes polis okek. I am serious HAHAHAHA (walaupon I am laughing) Tiada siapa pon berciri ‘anonymous’ di dalam alam maya ini. TIADA SIAPA PON.
Sebagai contoh, Si Loser bersama sampah sarapnya yang suatu masa dahulu cuba menjatuhkan nurulism.com. Sudah jadi apakah? Aik? Lesap kah? Sudah jadi tong sampah kah masing-masing?
Saya ingin mengingatkan semua (SEMUA SEKALI, KAU SEKALI JANGAN NAK LARI). Semua aktiviti kita di dalam alam internet ini di bawah pantauan suatu sistem. Kau jangan rasa selamat sangat. Lagi selamat kalau kau pergi baling batu sembunyi tangan secara nyata. Pas baling batu (nak lagi comel, baling chuppa chup) dekat muka kawan yang engkau benci lepastu kau lari sembunyi belakang pintu. Itu mungkin lagi selamat. Tiada siapa pon berciri ANONYMOUS dalam dunia cyber ini. Dan kes-kes penganiayaan, hasutan mahupon apa sahaja yang mengganggu hak asasi dan privacy individu lainnya dikira sebagai jenayah internet. Takyah ah lompat katak depan skrin komputer kau lepas hantar mesej puaka. Konon Chika menangis ar? Hell to the yeah. Sebaik sahaja mendapat mesej yang bukan-bukan, kami terus bercinta dan berkasih sayang bagaikan merpati dua sejoli. Ewah.
Okek. Sekarang tengah giat mempelajari dan memahami tentang jenayah alam cyber. Dan akan membiasakan diri dengan prosedure untuk berhadapan dengan masalah-masalah sebegini. Saya juga ingin menasihati anda semua untuk peka dan tahu hak peribadi anda dalam dunia cyber yang menjanjikan keseronokkan bermain Facebook dan memiliki blog glamour. Contohlah.
Sikit saja lagi. Sikit saja lagi, jika saya diganggu (tidak kira di blog, di messenger, FB atau di networking lainnya malah di email saya dan suami), saya tidak akan berdiam diri lagi.
Kalau tak cukup kasih sayang, bawak-bawaklah diri ke rumah warga emas ke apa. Cuba nasib daftar diri dekat situ. KAH KAH KAH. Takyah gugat kebahagian orang lain apatah lagi mengharapkan perhatian daripada suami orang. Kan dah dapat balasan buruk dari Mr. Doctor yang budiman. KAH KAH KAH. Sumpah comel bila my husband reply ; Boleh blah. Dekat perempuan tak siuman yang cuba add him as friend. HAHAHAHA. You comellah Sayang. Ayat Boleh Blah itu merupakan antara ayat terbaik yang pernah you hasilkan. Kalau akulah, lelaki yang cuba digoda cakap Boleh Blah dekat aku, sumpah pergi tidur taknak bangun-bangun dah. Hinakan dia? Tapi saya doakan semoga dia mendapat hidayah suatu hari nanti. Amin.
Tak faham orang yang terhegeh-hegeh mencarik suami orang. Apatah lagi lelaki jenis yang terhegeh-hegeh mengkacau isteri orang. Bila kita tak layan dia sawan di tempat kejadian. Lepastu bertindak biadab. Ishk awak ni tak pergi sekolah agama ke masa kecik-kecik? Emak awak tak ajar awak adab ke? Kesian awak. Orang biadab ni agama tak suka tau.
Namun saya bersyukur. Saya kenal suami saya. Saya tahu budi pekerti dia. Saya yakin dengan perlakuan baik dia. Seorang lelaki yang menjaga solat. Menjaga halal haram dalam perhubungan. Ikhlas dan bijaksana. Mempunyai akal dan pemikiran yang cergas. Malah tidak akan menipu dalam pertuturan. Saya tidak perlu menselongkar inbox beliau dan sebagainya. Beliau sendiri akan menceritakan A to Z tentang apasahaja mesej yang diterimanya. Even dari teman-temannya juga. Sikit tak berselindung. Reader saya mesej dia pon dia bagitahu saya. Comelkan? (Jangan salah sangka. Saya tak kisah pon sebenarnya. Selagi tidak berbaur semacam dan menjengkelkan, I don’t mind) Kes yang lepaspon, saya tahu dari dia sendiri. HAHAHAHA. Namun, apa yang dibimbangkan oleh kita adakalanya, bukan pasangan kita. Tetapi orang luar. Kita mungkin menaruh percaya pada pasangan dan pasangan mungkin setia dan jujur dengan kita. Tapi kuasa dan anasir asing diluar kuasa kita. Sebab itulah dalam doa saya kini, tak boleh terlepas dari memohon keharmonian yang berkekalan. Kesabaran. Kepercayaan. Kecintaan dan paling penting, Keredhaan.
Jaga solat. Jaga solat. Jaga solat. Hanya itu yang akan menguatkan hati kita. Saya masih ingat kata-kata suami saya sebelum kami berkahwin dulu. Kalau kita saling menjaga solat masing-masing, insyaallah kita akan bahagia :)
Sudah. Waktu untuk memikirkan menu makan malam pula. Tak lama nanti suami pulang yahooooooooo. Anda tidak akan faham ertinya menunggu suami pulang ke rumah selagi anda tidak bersuami. Sebab saya pon tak sangka, akan berasa excited sampai macam neh. Cuba kalau suami lambat setengah jam, panas je hati. HAHAHAHA. Tapi tak kesah. Asalkan balik ke rumah dan kembali dalam dakapan isteri. Ha sudah. Cukup tu cukup.
Berkongsi dengan isteri lain : Tengoklah suami anda bergerak ke tempat kerja sehingga kenderaannya hilang dari pandangan mata. Salam dan kucup tangannya sebelum dia keluar bekerja.Doalah yang baik-baik. Redhakan kepergiannya meninggalkan rumah untuk mencari rezeki. Minta Allah pelihara suami tersebut, lindunginya dan pelihara hatinya dari hasutan duniawi. Insyaallah, kita tenang. Suami pon tenang juga :)




April 28th, 2009 at 2:47 pm
Sabarlah Nurul, doa yang elok2 pd rumah tangga. Yang penting masing2 kena percaya, cekal n falling selalu. Buat pengacau@pengganggu today ari diorang 1 day kt tengok langit tinggi or rendah.
Tapi kan……………. perlakuan pasif tu mcm simpton sesuatu ja…=) xpe husband Nurul doctor…
Nota : Cuba masak udang goreng butter kat suami. Pastu hias chuppa chup kat sebelah. Mesti suami blari2 sampai umah. Hehehehe…
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:23 pm
udang goreng??
gulp.
nakkk T__________T
April 28th, 2009 at 3:16 pm
dugaan org baru berkahwin kot..
tapi tak pa, Allah Maha Adil..
pasti ada hikmahnya , kan?
mungkin akan buat awak and husband lebih memahami hati budi masing-masing..
*ceh, ckp senang la kn..
=)
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:25 pm
insyaallah
:)
thanks ain
April 28th, 2009 at 3:24 pm
salam..comelnya kak nurul…beruntung da kawin..wanita yang da kawin adalah wanita solehah..berbanding yg mc anak dara…saya dapat rasakan kak nurul semkn lama semakin sweet n ada ciri2 isteri solehah…saya kagum ngan kak nurul..perkahwinan memg sesuatu yang menenangkan…pasangan yg ditakdirkan dengan kita tu adalah pasangn yg terbaik…kita sentiasa rasa selamat n tenang d ccnya…wish u happy together n 4 ever….luv u sis…
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:31 pm
insyaallah.
thanks banyak Yin
:)
April 28th, 2009 at 3:27 pm
malunye kalu kna reject cm 2.isk..sorok muka bwh bantal pun xilang malu lg.btw,thanks for d tazkirah at the end..bagus la chika ni..
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:32 pm
Tapi manusia kalau dah tak ada maruah, sifat malu pon dah terhakis. Payah orang camni. Tapi takpe. Jangan entertain orang tak boleh pakai camtu. haha
ahaha. Tidak bermaksud memberi tazkirah :P
April 28th, 2009 at 3:34 pm
ewaahhh tetiba nickname aku tukar ikot kesesuaian tajuk ;)
alahai dik chika..awat ni…ada anasir2 luar yee..erm sabo yek. yg penting jgn henti2 bdoa. solat solat dan solat. insyaAllah Allah akan lindungi hamba2 yg mengingatiNya dan mintak bantuanNya :)
wahh part yg menunggu suami pulang kepangkuan isteri tu yg plg xtahan skali. sabar ciare. sabarr..tp kan, riso plak takot suami yg menunggu isteri kat umah nti. haishh bahaya bahyaaa…nk jadik housewife jugakkkk..hewhewhew..bleh main msk2 =P
anyway, selamat memasak yerrr. jgn tertidur plak ms masak kang. mau mkn serba hangit nti ^_-
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:35 pm
suami menunggu isteri pon perbuatan comel jugak :))
April 28th, 2009 at 3:37 pm
chika……kesian sungguh kamu..percintaan i diancam oley pompuan kabaret pown i rse nk lastik muke beliau, apetah lg umahtangga u…sabo laa chika erk…husband u tetp syg u…ehehe
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:40 pm
kami releks saja. Takda terjejas. Cuba sengaja kasi WARNING. hehe
April 28th, 2009 at 3:38 pm
takpelah nurul…doakan yang terbaik terus2an…dorang yang selalu tak mengaku diri manusia (yang Anon tu la…kalo bukan manusia cane leh menaip bagai kan? hahaha) ni rasanya sebab tak boleh tengok apa yang org lain dapat, apa yang orang lain sedang kecapi…
ingat ni – buat BAIK dibalas BAIK kan? so biarlah DIA je yang tentukan semuanya…mungkin dorg fikir dorang BIJAK…lantak p sama dorang…
simptom2 PASIF tu memang semacam la…ada apa2 ke?
p.s.: boleh blah? sampai sudah pun kalo akak yang kena CONFIRM tak mahu keluar rumah dah…huhuhu…jaga diri baik2, jaga keluarga baru dibina ni…akak pun sedang belajar dari nurul…
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:41 pm
Doakan dia kembali bermaruah.
April 28th, 2009 at 4:01 pm
itulah dia dugaan rumah tangga..tp klu masing2 ada sikap saling percaya insyaallah semua nya akan selamat… byk2 kn bersabar ehh
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:42 pm
insyaallah
:)
April 28th, 2009 at 4:27 pm
bagus chika ni… pandai kawal emosi dan semakin matang…
betul tu kalau kita saling mempercayai dan tak ada rahsia antara satu sama lain tentu kita tak risau tentang sesuatu yang jahat yang nak menggangu tu…
chika ni la dugaan bila kita dah berkahwin tetiba jerk ada ramai lak orang yang berminat ngan hubby kita, sedangkan sebelum ni tak de pun nak tersalah no, nak berkenalan bagai…
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:43 pm
sebab saya percaya suami saya.
tak akan terjejas dengan gangguan sampah sampah
April 28th, 2009 at 4:36 pm
Boleh blah laki kau reply? hahhaha…ayat pompuan tu mesti jenis konon2 cair la kan? padan muka dia. tak sedar2 ke itu laki orang? tak nampak ke betapa riang bahagia korang walaupun cuma terpapar di gambar.. sungguh terpancar cahaya kebahagiaan tu..yang dia sangat bodoh nak mengganggu gugat rumah tangga orang tu knp? dah tadek keje lain..eh..emo plak.
eh…ciri2 perlakuan pasif tu macam sesuatu jerk..hahaha..jeng jeng jeng!! sila suruh suami siasat tgk ape punca dia? hehe.
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:43 pm
ayat terbaik dari my hsuband. Sumpah comel. HAHA
April 28th, 2009 at 5:24 pm
adui laaaaa..chika chika.. dia punya bebell.. fuhh berpeluh kakju baca (panas tak pasang kipas sebenarnya)
*rasa nak kawen lagik*
ok babai
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:45 pm
panas pasang la kipas biru stitch tu.
hehe
tak lama lagik, jeng je jeng. Kak Ju ehem ehem ar kan. Ehem. Ah, sakit tekak carik asam jawa jap
April 28th, 2009 at 5:34 pm
ok chika, i know u kuat!! hehehehe tba2 plak =p
ni dkatakan dgaan rmh tgga..ada hkmah Allah bg dsbalek smua ni
yg pnting KUASA BULAN CHIKA xkan pudar.. hiiiaaakkkkkkk… cayok! cayok! ;)
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:46 pm
Dengan KUASA BULAN, akan mentumpaskan penjahat bertopeng. eceh
April 28th, 2009 at 5:54 pm
tahniah, kak chika sebab pandai kontrol emosi wpun rasanya hati mesti calar sikit.
tak pe, tak pe.
nanti kita sama2 cari adela termizi tuh, okay :)
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:47 pm
kalau jumpa dia jangan lupa belasah kepala dia
April 28th, 2009 at 6:25 pm
chika, u mesti baik kan..
dats y u dpt husband yg sgt baik pd sy..
uh..ku jeles neyh..
haha
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:47 pm
hahaha.
jodoh saya.
syukur alhamdulillah
April 28th, 2009 at 6:27 pm
mari, sy tolong ludahkan muka pmpuan mcm tu. pptttuuiii~
May God bless your wedding Nurul. With trust, love and faith, both of you will be able to make it through.
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:48 pm
Patt u jangan ludah saja, you kungfu muka dia sekali okek.
Thanks Patt :)
April 28th, 2009 at 6:40 pm
chika..bersabarlah…sy pun sedang bersabar dgn kerenah perempuan2 yg ntah sapa2 ntah..huhu
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:49 pm
Alhamdulillah.
Memang bersabar dan tidak terjejas :)
April 28th, 2009 at 7:17 pm
dear chika,
ur last paragraph really caught my eyes…even though u’re young…u’re very matured when saying that :)
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:50 pm
:)
pengalaman mendewasakan
ceceh :P
April 28th, 2009 at 7:17 pm
Chika si comel…naper tetiba ada simptom2 pelik ni…jeng…jeng…jeng…(cukup2 nanti Chika marah…maaf cik puan Chika)
Apahal la si pompuan yang nak ganggu gugat umahtangga orang tu…tau la kat Mlaysia ngah gawat…kot ya pun dah tak de kerja jgn la sampai nak ganggu laki orang. Bayak lagi yang bujang2.
Chika bebayak bersabar dan berdoa ye. Yang penting husband Chika jujur ngan Chika. Moga2 dengan gangguan yang datang membuak-buak lagi kasih sayang + cinta antara korang…smoga kebahagian milik Dr. Chika n Dr. Husband hingga akhir hayat…Amin….
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:56 pm
amin.
terima kasih banyak
:)
April 28th, 2009 at 7:39 pm
aiyaakkkk…
ade org jeles ngan chika n try nk ngorat husband chika eh?
sape orang tuh? NAK KENA BABAB nih!!
suke² je nk kacau rumahtangga org..cari la kebahagiaan diri sendiri DEK NOOONNNN..ini nk kacau chika yg comel lak.. ;)
dah le comel, makin comel bertambah comel dah chika adik akak neh..hehe
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:57 pm
hahahaha.
banyaknya perkataan COMEL.
cuba kira.
:P
April 28th, 2009 at 7:48 pm
uhuhuhu..
ok,aku suke entry nih…
reminder for myself oso…
semoga tabah melalui alam perkahwinan..byk anasir2..btol2,kene jaga solat!
2weeks more..
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:58 pm
tapi kami tak terjejas Alhamdulillah :)
April 28th, 2009 at 8:22 pm
sape yang usik kak chika ngan suami tuh??meh kita jentik dan lepuk dahi dia reramai…
chika Reply:
April 29th, 2009 at 12:59 pm
takyah ar jentik. Kungfu jah.HAHA
April 28th, 2009 at 8:23 pm
jadi chika entry yg protected tu mesti pasal org2 yg sawan tu kan. apa lah derang nih. tak faham btol ada spesis yg tak leh tgk orang hepi ni. pegi crk hepi sndiri lah kan…sibuk je..awak report je polis..hhuhuhu..ayat menghasut.. wish u hepi chika..
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:00 pm
bukan. itu hari pasal lain. HAHA
kalau keadaan berterusan, tak teragak-agak mengambil tindakan serius. :D
thanks kakak :)
April 28th, 2009 at 8:31 pm
saya sangat impressed ngan pengetahuan kerumahtanggaan Chika. Yang penting jangan cepat melatah ok…Good Girl.
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:02 pm
rumahtangga merupakan satu koitmen. eceh :p
thank you very much :)
April 28th, 2009 at 9:12 pm
Bersabarlah dan bertawakallah dalam kehidupan ini… tidak semua manusia gembira dengan kebahagiaan kita … moga setiap dugaan akan mengeratkan lagi hubungan chika n mr doc
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:03 pm
insyaallah :)
terima kasih Rizka :)
April 28th, 2009 at 9:23 pm
sabar ja chika… yg penting husband chika sayang sgt kat chika…
~last paragraph tu membuatkan akak tak sabar nak kahwin…hehehe (n_n)
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:04 pm
alhamdulillah.
sagat bersabar di sini.
hehe
April 28th, 2009 at 10:18 pm
salam chika,
sabar ajelah chika. manusia nih berbagai ragam.kadang-kadang kita tak kacau pun dia, dia pulak yg menggangu ketenangan kita.
jealous agaknya dia mentengok kebahagiaan chika dgn suami.
jealous tu boleh tp jgnlah sampai nak mensakiti hati org lain. berusahalah sendiri kalau nak dptkan apa yg org lain tu ada..
isk,apesal panjang bebenor nih..
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:05 pm
salam :)
memang ada orang perangai dia camtu. Dan orang2 sebeginilah yang memeriahkan cabaran hidup. Eceh. Think positive. HAHAHA
April 28th, 2009 at 10:55 pm
mungkin orang itu seorang psiko stalker yang menghendap2 blog ini. stalk FB. A psycho stalker is definitely creepy~
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:09 pm
siapa pon dia, semoga dia kembali bermaruah. Amin
April 28th, 2009 at 11:49 pm
BERSABARLAH…
ITU SMUE ADLH DUGAAN…
SME MCM PERCINTAAN NAZ JGK…
PENUH CBRN & DUGAAN YG NAZ HARUNGI…
SBB ITU PRCINTAAN SYE LBH KUAT…
(^_^)
http://www.flickr.com/photos/wieya07
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:10 pm
alam perkahwinan dengan pencintaan sebelum kawen tidak sama :)
April 29th, 2009 at 12:46 am
Chika! hehe~
takpe.ramai readers yg mendoakan kebahagiaan kalian di sana.
U harus bangga punya husband yang lengkap segalanya dan sentiasa menjaga solat.
sebab tuh dat gurl dengki dengan u.
Biasalah, perempuan yg takda kasih-sayang.
mesti nak kacau org punya.
kesian dia. semoga dia cepat dapaat hidayah.
Takpe.Chika tabah.Chika kuat.
I yakin!
=)
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:12 pm
amin. semoga dia kembali bermaruah. Itu sahaja. HAHA
i tak terjejas. Tapi sengajalah kasi WARNING. Supaya ingat bahawa aktiviti di internet tidak menjanjikan kebebasan
April 29th, 2009 at 2:15 am
(QuOtE)Berkongsi dengan isteri lain : Tengoklah suami anda bergerak ke tempat kerja sehingga kenderaannya hilang dari pandangan mata. Salam dan kucup tangannya sebelum dia keluar bekerja.Doalah yang baik-baik. Redhakan kepergiannya meninggalkan rumah untuk mencari rezeki. Minta Allah pelihara suami tersebut, lindunginya dan pelihara hatinya dari hasutan duniawi. Insyaallah, kita tenang. Suami pon tenang juga :)
>>> subhanallah… kata2 yg dri hati selalunya akn smpai ke hati juga… sy dah lame jdi pembaca blog chika tpi arini tergerak sy nak bg comment secaralangsung… sy bce je post chika last para tu (by the way sbenarnye the whole post) betul2 menyentuh hati… hmm sy tak kawin lagi, tpi ape2 yg chika ckp niyh betul wat sye sprti belajar seswatu…subhanallah… TQ Allah for lettin me know some one like you… Chika…semoga Allah merahmati dan melindungi Chika dan suami…aminn…
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:19 pm
Terima kasih. Sekadar kongsi-kongsi apa yang dilalui je :)
Insyaallah. terima kasih atas doa. Amin. Semoga Allah merahmati kamu juga :)
April 29th, 2009 at 2:27 am
jd kan pengalaman itu sbg cabaran menempuhi ari2 yg akan di penuhi kebahagian.. percaya laa satu ari nnt terasa nk ucap timakaseh jer kt org tu yg tlh mematangkan lg perjalanan & menguatkan lg ikatan korg berdua…doakan yg baik2 ajer utk anda berdua.. ayat rasmi dr lidah pengarang berlesen..
chika Reply:
April 29th, 2009 at 1:25 pm
you’re right :)
pengarang berlesen? pengarang mana?
April 29th, 2009 at 2:42 pm
perkahwinan bkn mudah. kan kan? dlu ms bace blog kak chika selalu rase nk kawen cpt2. sbb kamoo sngguh comel n bahagia. tp sekarang rase kna belajar alam rumahtangga dgn lebih dlm. tp sntiasa doakan yg baek2 saja utk kak chika. (:
April 29th, 2009 at 3:35 pm
aduiiii gila kelakar chika ni… bagi warning pun gelak2… comel sangat….
kirim salam husben u ye… bkn kirim salam ngorat ek… bravo la kat dia…. amalkan ayat boleh blah tu slalu2… segala sampah akan lari bertempiaran nnt… (tetiba sampah ada kaki pulak!)
last paragraph was sooooo meaningful… sentiasa adakan paragraph yang begitu lah chika.. syok baca.. hihi…
May 1st, 2009 at 2:16 am
ni pembawakan budak ke apa ni..
yeay~~~!! jaga baby baik2 tau.. tu cam dah 1 bulan tu.. :P (ok. maaf salah silap)
August 29th, 2009 at 12:18 am
akak yakin chika dan suami dapat hadapi cabaran2 dgn matang dan bijaksana. :)
Chika, pesanan perenggan terakhir tu sgt bagus. terima kasih byk. I did that dulu2…bila dah ada anak tu makin kurang2 buat perkara tu. sibuk dgn anak2.
**alasan kah sedang dicipta?
by the way, chika comel. hehe