Grasias

Selamat hujung minggu semua. Aik? Chika tak pergi bersiar-siar ronda Queendsland bersama pasangan? Aik? Tidak berhujung minggu di Gold Coast? Err. Sudah sudahlah tu berjalan. Kang baru enam bulan duduk sini kang, habis mati kutu tak tahu nak pergi mana dah sebab semua tempat pon dah ziarah.

Suami tidur setelah penat mowing the lawn sepanjang pagi tadi. Phewwitt. Lawn rumah siapa neh cantek dan kemas sangat neh? Phewwit phewwit. Skang dah tak malu dah nak mengaku tu lawn kita. Dah boleh tampal singboard besar iklan di lebuhraya dah depan rumah dengan tulisan ; House of Dr. Ahmad and Dr. Chika. Ceh. Nak title jugak tu.

Sebelum suami tidur, kami telah bermain puzzles sampai stress. @!@!£$^$%. Hari ini Chika tidak masak sebab suami telah masak. Enak sekali. Eh sekali pulak. Enak banyak kali. Gulai ayam yang tak berapa pasti jatuh dalam ketagori gulai lemak kah atau gulai kari kah tersebut. Memang susah untuk mempastikannya. Err. Tukang masak pon tak boleh memberikan jawapan yang tepat. KAH KAH KAH. Yang penting, enak.

Okay janji janji. Ini entry hari lahir  Chika yang terakhir untuk tahun ini. Habis berderet-deret in a row dikasinya entry hari lahir. Sikit takda peduli perasaan pembaca. Mungkin malas lah bukan mahu membaca perihal hari lahir Chika lagik. Esok takda entry hari lahir Chika lagi. Esok kita bukak cerita baru pulak.

Last Thursday, pulang dari kerja suami terus ke post office untuk collect one parcel. Dari Malaysia. HEHE. Untuk Chika with love (ceh, pandai pandai).

Excited lah apa lagik wanita 23 tahun tersebut. Suami masuk rumah sahaja, terus sambar parcel tersebut. Lupa dah nak sambar suami ke apa semua lupa. HAHAHAHA.

Tudung. Tudung. Tudung. Dan tudung. Ada empat helai tudung dengan aneka warna, corak, citarasa dan inspirasi (ewaah) Kalau anda bercakap tentang nama tudung dengan Chika, anda akan kecewa sebab saya takda peduli pon apakah nama tudung. Setakat boleh kenal tudung bawang (apa pulak neh tudung bawang apsal buruk sangat nama dia? HAHA) Tudung bawal lah. Dapat kenal tudung bawal pon dikira cukup. Takyah sebok sangat bukak wikipedia belajar nama tudung Ariani lah, tudung Ekin lah, tudung Beyonce lah, tudung Pamela Anderson lah (Ceh. Pelakon lucah pon ada tudung mana boleh jadik) tudung saji lah dan sebagainya.

Maka dengan itu, tudung yang dihadiahkan ini pon takda diketahui namanya. Never mind. Saya suka kesemuanya. Sebab tak pernah ada lagi tudung jenis ini. Biasa pakai long scarves tanpa awning. Yang neh semua disertakan awning. Bolehlah mencuba pakai tudung neh kelak semasa berjalan-jalan membeli Taro Milk Tea. Atau semasa di taman berpimpin tangan. Atau mungkin semasa membeli-belah di pusat beli-belah terkemuka seperti … Okay, tak sure apakah dia pusat beli-belah terkemuka di Brisbane neh. HAHA.

Banyak cakap ah Chika neh. Tapi takda sekali pon mensebut nama pemberi. HAHA. Anyway. Terima kasih Kakak Quiyah (comelnya panggil Quiyah kakak) HAHAHA. Thanks babe. Andalah satu-satunya bakal kakak ipar yang ingat kepada adik ipar yang jauh di perantauan neh. HAHAHA. Tak sangka sudi memberikan hadiah sampai ke Aussie. Nanti bila sudah berkahwin dan secara rasmi kita berbiras, janganlah berubah pula. Tetaplah mengingati hari lahir adik ipar ini (termasuk suaminya juga HAHA)

Tidaklah, Quiyah. I am kidding. Its very nice of you. Thank you very much for the tudung(s). I love them all. I dah mencubanya di hadapan suami dan suami telah mempujinya juga. Err. Tak tahulah puji tudungkah atau puji binikah. Tak tahu. Yang penting, puji. HAHAHAHAHA. Tak mahu visit rumah kami ke?

Walaubagaimanapun, di bawah ini merupakan hadiah terawal yang saya dapat. Belum hari lahir lagi dah dapat. AHAHAHA

A legging. From Tya (I miss you). Dan saya telah memakainya buat julung-julung kali pada malam tersebut. Beli di Queenstreet Mall. Thanks Tya sebab hadiahkan legging neh kat I. It fits me very well. Insyaallah, I try dapatkan that souvenir yang you request from Brisbane tu. Insyaallah. Kalau ada rezeki, boleh jumpa dekat KL around May to June.

Aik? Motif?

KAH KAH KAH

Rakan-rakan baik (siapa rasa dia baiklah) salin salin. Salin address neh dalam buku nota masing-masing. Manalah tahu ada hati nak carik Chika ke kan. HAHAHAHARAPAN.

Saya nak balik Kuala Lumpur dah yahoooooo T____T Aik? Kata yahooo tapi apsal sedih? Sebab nanti meninggalkan suami yang dicintai sampai mati tersebut. Bagaimanakah kelak? HUWAAAAAAA HUWAAAA *berhingus*

Saya mahu birthday bash di Kuala Lumpur. Tak kira. Nak jugak nak jugak. HAAHAHAHAHA. Mana puas kalau tak celebrate dengan Aizar Astri Farah Ainul Shida Gedik Athirah dan nama yang tidak disebutkan (jangan sentap. Nama anda tersemat dalam hati)  Emak tanya hari tu, nak hadiah apa. Saya tak boleh fikir apakah yang saya nak ketika ini. Sebab saya cuma mahu berjumpa emak dan mencium emak. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Tapi kalau emak nak bagi, bagilah saya sebuah pesawat peribadi supaya boleh anakanda ulang alik KL-Brisbane sesedap rasa. Ceh. Maaf emak. Anakanda perasan macam kaya T_____T HAHAHAHAHA.

Tak dilupakan, terima kasih kepada blogger dan rakan-rakan yang menulis entry ulangtahun kelahiran saya.

MUCHOS GRASIAS.

Ada yang tercicir?

Recent Entries

27 Responses to “Grasias”

  1. nadhirah Says:

    chika, ok tau pkai tdung camtu.. i slalu pkai g klas
    cepat, slesa n sweet sgt.. ;)

    chika Reply:

    sudah cuba.
    lain betul rasanya pakai tudung neh sebab tak biasa pakai tudung ada awning. Tapi cantek dan kemas

  2. sara Says:

    best la chika episod2 bezday yg rupanya dah tamat..hihi

    chika Reply:

    nak episod lagi?
    hehe
    habis dah

  3. ilyanie Says:

    x sabar menunggu kepulangan u ke tanah air.
    KLCC PArk jom. HAHAHA~
    kesian en. husband kena tgal. tak ape.
    sayang husband tgal2 kan.
    Hihi

    chika Reply:

    yeayyy
    KLCC Park .
    wait for me

  4. dira Says:

    oooowh..dira tak tau plak nama dia tudung bawang..dan, betulke ade tudung pamela anderson ke rekaan semata2 niih?

    chika Reply:

    ishk Dira neh. Suka sangat percaya Chika :p

    dira Reply:

    ooh mestilah dira percaya kat chika..walaupun chika bertudung, tapi chika tetap nampak sexy..mesti salah satu tudung yg chika pkai ilah tudung pam,ela anderson. tak begitu..?

    cis mcm interview artist!

  5. nieja Says:

    u pakai tudung tu..
    nant secara automatiknya
    menjadi tudung chika..
    eceh.. nak jugak ade name
    tudung chika.. u jual la kat aussie..
    mesti rmai nak beli wkakkaka..

    ape motif bg add tu?
    nak soh kirim adiah lg ke?
    x nak la.. sebab u ckp ni last
    n3 psal bday kan.. kang i bg
    adiah u tak post lak kat n3..
    kecik ati nant
    wkkakaaka..

    chika Reply:

    Tudung Chika.
    Not bad.HAHAHAHA

    motif dia, mengajak rakan-rakan ke rumah. ewah

  6. aizar Says:

    wuwuwuww..
    name 1st n last eh??seb baik..kalo tak,dah nak sentap nih..hahahaha

    cepat2 balik,besday ko mmg ade punyer surprise..

    chika Reply:

    tak sabarrr

  7. Masy Says:

    ade entry kucing utk chika. klu nak laa sebagai adiah bday ahahahahha

    chika Reply:

    aaa??
    sanggop dia bagi entry kucing T________T

  8. quiyah Says:

    sama-sama cik puan nurul..

    balik mesia nanti jgn lupe jumpe kami sumer ok, bersama tudung anda yg cantik tuh.. haha..

    im glad u like it la..

    chika Reply:

    ya ya insyaallah.
    thanks again Quiyah :)

  9. haslina Says:

    selamat pulang ke tanah air tercinta…
    ;)

    chika Reply:

    yeayyyyyyyyy!

  10. haslina Says:

    opp.tertinggal pulak..masih belum terlambat rasanya…kan..

    selamat ulangtahun ke 23 tahun kepada puan Nurul..

    chika Reply:

    terima kasih kakak.
    oh, tak pernah terlambat untuk sesiapa pon mengucap happy birthday to Chika. Bulan depan pon masih dikira valid lagik :P

  11. wani Says:

    nak tggu entry besday next yer lak…mesti lagi thrill…Chika bila puzzles tu nak siap…tak sabar nak nengok ni… sampai stress2 ni…confirm best…

    chika Reply:

    hahaha.
    puzzles? Tah la bila nak siap. Makin lama kmakin susah. Asal mengadap puzzles je kepala tension.

  12. fashya Says:

    chika, umah chika bumbung putih ke???saya telah mengoogle map rumah anda…

    HAHAHAHA….

    chika Reply:

    errrr. Ha ah kan. Saya tak tahu pulak warna bumbung rumah saya. Japgi nak check. jap eh. HAHAHA.

  13. Ciare Ciare Ciare Says:

    tuh namanya tudung dr.chika..wahwahh ^__-

    chika Reply:

    boleh pakai juga nama tersebut :)

Leave a Reply