Bukan Protected Entry
Tidak menarek langsung membuat protected entry pada blog yang mempunyai pembaca comel-comel. Yang suka penasaran pastu email-email dan carik-carik Kakak Chika. Kak Chika, mana password. Nak password. Nak password TSK TSK TSK T_____T
Sumpah comel buat Chika jadi tak sampai hati. Mood hilang dah. Ingat nak kasi public holiday dekat semua orang hari ini ; jangan masuk nurulism.com hari ini. Public holiday. Tapi disebabkan anda semua comel sangat dengan mulut manis hantar komen bawak muka kesian dan sebagainya, Kakak Chika telah mengubah fikiran.
Kesian anda semua kalau datang sini tapi kecewa. Dahlah kecewa, penasaran pulak tu tengok protected entry. Kalau boleh nak pecahkan blog neh. Atau nak pecahkan pentulis blog.
Mood hilang dah. Makan belum. Tadi sumpah lapar. Sekarang pon sumpah lapar. Jangan harap ah boleh produce entry pelancongan atau entry berciri rumahtangga ke apa pada masa ini. Kita main err … main … main TAG.
KAH KAH KAH.
Malu ah sikit. Main tag dalam blog nampak sangat entry terdesak. Err. Memang itulah kenyataan dia. Entry terdesak. Daripada membuat anda yang comel terkebil-kebil mentengok protected entry yang sungguh interesting (well I know dear. Lagi sorok lagi ah nak tahu. Manusia memang begitu. Chika pon termasuk sekali) Untuk tidak membelenggu pemikiran anda semua, kita main tag lah okey.
Masalah dia, siapa tag Chika? Err. Chika men-TAG diri sendiri. Biasalah. Orang kesian memang macam neh.
1,2, 3, main tag!
1. Bekas kekasih saya adalah :
Ceh. Baru nak mula main dah thrill. Malas ah main.
2. Saya sedang mendengar :
Bisikan hati yang terdalam. Ih. Neh yang aku meluat neh bila bermain tag mesti nak poyo.
3. Mungkin saya patut :
Membela sejenis binatang peliharaan seperti Wombat atau Sea Lion untuk menjadikan saya lebih luarbiasa berbanding jiran tetangga lain yang tak habis-habis bangga sangat ada anjing. Bila ada Wombat nanti nak dikasi nama Wombat. HAHAHA. Sama macam Arnab rakan saya yang diberi nama RABBIT.
4. Saya suka :
Sekarang tak berapa ingat saya suka apa. Benda suka semua takda peduli at the moment. Tapi saya tak suka perbuatan yang tak menjaga pride dan emosi saya. Malah saya tak suka orang pergi merepek berciri baik takyah secara berkenalan $#@$%#!!#
5.Sahabat-sahabat baik saya :
Ada sikit dan terpilih sahaja. Sangat berkualiti dan secara kimianya boleh bertindakbalas. Mereka adalah orang yang berkualiti with brain. Kalau tercicir brain? Itu manusia kah atau alien kah?
6.Saya tak paham :
Kenapa ada orang tak tahu membezakan inbox CHIKA dengan inbox HUSBAND CHIKA. Dan kenapa kena merepek salam perkenalan nice to meet you take care %%$@!!@ baby#$@!! anak #@@# jemput datang rumah $#@!@#@!! Ewah ewah. Rumah mana kau nak datang?
7.Saya kehilangan :
Kesabaran dan hilang punca juga.
8.Ramai yang berkata :
“Chika kenapa? Chika kenapa?” pada hari ini. Harap anda akan tahu? Jangan harap sangat.
9.Makna nama saya :
SI COMEL LAGI COMEL BILA SAKIT HATI
10.Cinta itu adalah:
Buta dan berkuatkuasasa serta merta
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Rasa tak bersalah macam dunia menghempap muka dia padahal tak ada pon.
12.Saya akan cuba :
Masak nasik goreng bagi suami makan sebab semalam tak masak.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever. Macam Batman. Batman Forever.
14.Telefon bimbit saya :
adalah sejenis objek merah yang tak penting sangat berbanding lipstick warna merah saya.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya nak tidur lagi (sama macam Farah) Okay, sekarang kantoi sebenarnya tag ni ambik dari FARAH.
16.Saya paling meluat apabila :
Orang lupa fikirkan saya semasa bertindak.
17.Pesta/Parti adalah :
tidak menarek sama sekali.
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Wombat (padahal bukan paling comel sangat tapi tak berapa kenal binatang jadi saya pilih wombat sebab baru kenal dia)
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Semasa belum pandai berfikir dan belum tahu bermain perasaan. Hidup je dan tak tahu kenapa sedang hidup tapi sangat enjoy betul hidup sewaktu itu. Err. Sekarang pon sangat menseronokkan. Sebab penuh kecintaan dan tak pernah jatuh cinta sebanyak ni sampai tamak.
20.Hari ini :
tidak menarek langsung dan belum makan.
21.Malam ini saya akan :
Duduk kedai mamak sampai mamak suruh balik sebab nak simpan meja kerusi dalam kedai sebelum MPAJ datang serang saman ke apatah. Ah. Sini mana ada kedai mamak ah.
22.Esok pula saya akan :
Mati. Eh mati pulak. Mati kutu sebab belum tahu apakah dia rupa hari esok. Err. Kantoi ada kutu.
23.Saya betul2 inginkan :
Suami 24 jam sehari
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Ceh. Cantek macam semalam. Bila nak lagi cantek neh? Ahhh aku gurau pon tak boleh kau ni memang ah.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Arked Permainan buat apa.
26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat.
27.Bilik yang terang atau gelap :
Bila sendiri kena terang. Bila bersuami kena gelap %$#@!@
28.Makanan segera adalah :
cepat dimasak, tak sedap dimakan.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Take Care Sayang (pagi tadi)
30.Siapa yang anda nak Tag?
Orang yang buat protected entry pastu kedekut taknak kasi password.




April 22nd, 2009 at 3:32 pm
kak chika comellll,
siapa yg baik sangat pergi merepek wish salam perkenalan kat dr ahmad nehh.
nak ikut marah skali ahh.
p.s: di manakah password tersebut? ;)
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:01 pm
hal kecik.
tak de apa
April 22nd, 2009 at 3:33 pm
xleh dpt password ek chika?huhu..td happy je tgk awk ade update new entry.tp bila tgk kna ade pasword la pulak.kuciwa hatiku..lalala~~~hehe
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:02 pm
ye takde siapa dibagi password
April 22nd, 2009 at 4:26 pm
chika. aku pon nak baca gakkk…aku pon nak memohon password nih…(muka tak malu nih)
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:05 pm
private entry :)
April 22nd, 2009 at 4:46 pm
ish, entri tak takdak sama dengan yang protected,huhuhu.
chika ok kah?hopefully semua ok. kalau jiran buat bising, lempar saja pada trampoline itu,ehehe
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:14 pm
he he
protected, protected la :P
April 22nd, 2009 at 5:08 pm
Kah Kah Kah ..lucunya..bergetar isi seluruh otakku..Jawapan chika yang sangat simple dan comel tapi benar dan menambahkan sakit kepala..lepas ni terpaksa amik painkiller..Adooii..
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:15 pm
jangan overdose :P
April 22nd, 2009 at 5:13 pm
chika, nombor 6 tu memang sangat pelik la..huhuhu..Masa baca ur status tu, cerita kat kawan minta pendapat dia, kawan pun cakap “Eh, pelik lah!” Tak tahu apa disebaliknya..atau mungkin dia terlebih peramah. Peramah tak bertempat pulak
eh chika, nombor 27 itu sencored ok.hahahah
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:16 pm
Tak ada apa. Jangan spekulasi atau membuat assumption. Sebab semua orang salah. Takyah pikir takyah. HAHA
ala, setakat nombor 27 tu apa sangatttt :)) HAHAHA
April 22nd, 2009 at 5:34 pm
chika cm stress je
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:17 pm
ye betul
April 22nd, 2009 at 6:02 pm
nak password..nak password..
1st time neh mintak p/word..hahahah..sesekali jd penyibok…
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:18 pm
private entry.
takde sapa ada passwordnya pon :P
April 22nd, 2009 at 6:10 pm
berkuatkuasasa
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:18 pm
o terlebih ejaan
haha
April 22nd, 2009 at 6:54 pm
harap chika banyakkan bersabar yerk…
ni kira dugaan la nih…
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:20 pm
tengah kurang kesabaran skang ni
April 22nd, 2009 at 8:22 pm
ayong kna byk2 bsbar ye.. =p
eh, nak jgk password 2!!! nak jgk!!!
mlm ni msak sdap2..mkn pn knyang2 hahaha
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:21 pm
password tak akan dibagi kepada sesiapa:) sorry.
malas makan.kurang selera. malas masak. takde motivasi/
April 22nd, 2009 at 9:07 pm
lor…. ade password erkk??
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:21 pm
private entry.
bukan untuk umum :)
sorry :P
April 22nd, 2009 at 9:19 pm
salam..sy silent reader setia blog akak
akak..nk paswd:)
**klu boleh:)
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:22 pm
tiada seorang pon memiliki password :)
April 22nd, 2009 at 9:56 pm
1st time komen di blog comel ni. Chika be storg okeh. Jgn worry.. u sentiasa comel w/pun sdg marah :P peace
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:24 pm
terima kasih cakap saya comel :P
HAHAHA
April 22nd, 2009 at 10:02 pm
*nak betulkan error typing.. chika be strong .. eii eja cam bdk tadika ok.. hehe tumpang lalu puan chika
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:24 pm
tolak 2 markah
April 22nd, 2009 at 10:35 pm
Sabar Chika.
Jangan stress.
Sikit masa jek lagi nk balik KL hehe
er nak password Chika.
Nak?
=(
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:26 pm
sorry mc.long :P
takde sapa yang dibagi password pon. HAHA
yeay. balik KL!
Jom KLCC park. Sunway Lagoon. Atau ke mana saja kau mahu membawaku eceh.
April 22nd, 2009 at 10:54 pm
chika….protected entry tu mmg xleh bkk k?????bosan la mcm ni…haha…kite plak yg stress lebih2…cool ok…bnyk lg entry pas ni kn chika kn….~wink~
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:26 pm
ye betul. semua orang tak dapat baca. tiada sapa yang boleh baca :) takde apa yang penting dan menarek pon.
ha pandai pon. Baik tunggu entry baru kan. :P
zu Reply:
April 23rd, 2009 at 2:52 pm
stress!!!!!
ubat:entry baru chika….mn entry baru chika….
akauntabiliti perasaan telah dimainkn dlm dewan exam kat keris mas yg bes xbrape sngt tuh…so wut i need is chika nyer new entry…hahahahahohohommmmmmmmmm..
April 23rd, 2009 at 2:42 am
entry ni sangat bad moodlah kak chika…relaks..tarik nafas dalam2..
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:27 pm
bad mood sangat ni
April 23rd, 2009 at 10:33 am
org laen sume suro awak sabar, tp kite nak suro awk marah org tuh..hehe berani2 nk ngorat husband org..
*awk, kite gurau ok..don’t take it serious ok dear? huhu~
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 11:40 am
takde.
bukan kes ngorat ah.
salah tu
ain Reply:
April 23rd, 2009 at 1:40 pm
hehe…sorry…
=(
pape pun, be strong..awk cekal, mesti boleh hadapi semua ni..
April 23rd, 2009 at 10:48 am
chikaa…jgn arr ckp adik2 aje suka baca ur blog..kakak2 pon suke baca jugak (uuu tetiba redha jadi lebih tua…egegege ;n)
anyway, jgn la wat protected entri lagi tauu..nk wat camne..ramai telah addict dgn ur blog ni..huhu..^____-
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:28 pm
Oooo maaf kepada golongan kakak-kakak sebab seperti lupa disebut dalam ayat. HAHAHAHA :P
sesekali. bukan selalu buat protected entry :P
April 23rd, 2009 at 10:56 am
kalau kakak mintak paswed skrg masih relevan ke?
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:29 pm
tidak sama sekali.
HAHA
takdela. Takde sapa pon yang dapat password. Jangan kecik hati eh. :P
April 23rd, 2009 at 10:59 am
” salam perkenalan nice to meet you take care %%$@!!@ baby#$@!! anak #@@# jemput datang rumah $#@!@#@!! ”
maaaak aih. cam tu skali ayat dia. can’t imagine if i’m in your shoe. (walau hakikatnye kaki sy xmuat kasut awak. kah kah kah.)
kalau ade rezeki, sy pon nak jugak la passwordnye. huhu…
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:30 pm
tidak.
bukan seperti yang anda bayangkan atau fikirkan. Di atas itu sekadar ayat contoh. Bukan penceritaan tepat. Jangan spekulasi :)
tak ada apa yang menarik atau penting sangat. Hal kecik. Cuma hal kecik. But small things also count.
Maaf Jai. Password tu mmg takde sapa pon dapat :P
Jai Reply:
April 23rd, 2009 at 5:20 pm
Bukan seperti yg dibayangkan ke?
Adoyai… kecewa. (apakah???)
Hmm… pnh ade gf dulu… masalah2 harian kami… bagiku mmg kecil, tapi perkara2 kecik tu la yg sgt besar bagi dia. Bila sy berada kat tmpt dia, dan dia katakan pada sy, “Jai, its a small matter,” it opens my eyes. That bila salah seorg xanggap perkara itu kecil, bermakna pasangan kena belajar anggap perkara itu adalah serious. Just sharing my opinion…
Bagus. Chika pandai berlaku adil kepada semua pembaca. Layak mendapat anugerah blog terbaik nih. huhu…
April 23rd, 2009 at 11:25 am
Chika bebanyak sabar ye…walaupun tengah marah..entry still comel…kalau Chika nak marah pun entry jgn tak updet ye…:-)
chika Reply:
April 23rd, 2009 at 1:31 pm
sabar semua takde skang ni. Tak tahu apsal emosi sanga terhadap perkara kecik. Mmg emosi sangat ni padahal benda kecik.
tengok ah kang kalau cukup motivasi dan bermurah hati, akan menghasilkan entry :)
April 23rd, 2009 at 1:01 pm
salam..sy silent reader je kt blog akak ni..kalo bole nk password, bole?
April 23rd, 2009 at 2:58 pm
dari kecik akan jadi besaq! betoi dak?