Brissy City

Selamat Hari Lahir Puan Chika
(Ok, ini cerita lain)

Impian hari ini sempena usia yang ke 23 tahun ; Bagi bonus entry kepada pembaca iaitu sebanyak 23 entries sehari. Ok confirm tipu. Niat dah ada cuma logik tu tak ada. Kalau dapat publish 3 entries pon dikira berjaya sangat. Untuk menjayakan impian tersebut, wanita muda ini pon telah bangkit jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Dan kemudiannya terus memasak breakfast dalam bentuk bihun goreng buat suami. Washing baju dan siap menjemur ikan kering di tepi pantai &*^%#@##. Hoi, jangan mentipu pada hari lahir. Not nice. Jemur baju, sudah. Kemas kitchen, sudah. Washing dan cooking pon sudah. Semua kerjaan rumahtangga disiapkan pada awal pagi demi blog. (Ceh, macam bagus betul blog neh. Aku bagi kang)

Jam 10.55 pagi. Excited sangat ketika ini. Punya lebihan masa yang melimpah-ruah untuk memblog entry seperti tiada esok lagi. Blog memang sesuatu yang addictive. Masalahnya sekarang, wanita muda ini addict dengan blog sendiri di mana kalau dilihat dari sudut yang negatif, macam tak tahu malu ke apatah. Publishing an entry merupakan satu addiction yang engkau tak faham kecuali kau overdose.

Ramai rakan-rakan dan kenalan mula memblog. Selamat datang ke industri blog yang kadang-kadang menjahanamkan kehidupan yang sepatutnya lebih tenang. Blog macam satu taruhan identiti. Engkau tak boleh histeria bila orang mula mengenali kau. Dan jangan nak sawan bila lelaki dengan id pelik buzzing engkau dekat Yahoo Messenger dan cakap secara tiba-tiba ; Bagus tak pencuci muka yang kau beli Rabu lepas, Chika? Ini contoh. Saya dah pernah kena. Readers bila addict dengan engkau, dia akan peka setiap butir yang engkau pernah tulis. Dia ingat. Sebab dia addict.

Tak tahu apsal bercakap pasal Blog Addict. Overdose tiba-tiba mungkin.

Untuk menjayakan impian 23 entries sehari ( kononlah), kualiti entry akan dikurangkan. HAHA. Err. Bukan perkara biasakah tersebut dalam industri blog? Mentulis entry tak berkualiti sehari sampai 8 entries? Bukankah? Belum pernah jumpa blogger hebat yang menghasilkan 8 entry sehari, di mana kelapan-lapan entry tersebut adalah berkualiti dan memuaskan ketagihan. Belum pernah jumpa. Sebab apa? Sebab boleh jahanam kepala otak kalau sehari terpaksa berkerja keras menghasilkan 8 entry berkualiti.

Untuk itu, terimalah entry tak berkualiti ini.

Ciri-ciri entry tak berkuali :

  1. Tah apa-apa punya cerita &%#@@!#
  2. Tak kelakar pon.
  3. Gambar bersusun-susun, caption pendek atau langsong tak ada caption.
  4. Selepas baca, readers akan cakap ; Boring, nak blah ah.
  5. Penceritaan tak penting. Contoh ; Tadi saya pergi stesyen minyak isi minyak lepastu isi angin dalam tayar kereta sebab tayar kurang angin pastu drive pergi kedai runcit beli sugus pastu makan dan tertido semasa makan sugus. Baik takyah cerita.
  6. Contohnya boleh dilihat dalam tulisan di bawah.

Bersedia semua. Pagi ini anda akan didedahkan kepada sebuah entry tak berkualiti dengan ciri-ciri yang tersebut di atas.

Mula sekarang.

Isnin lepas bawak tetamu manis (Hanis dan Tya) ke Brisbane City. Saya drive secara sendiri tanpa suami. Sangat bangga sepanjang jalan. Saksikan gambar.

Southbank Parkland sentiasa indah tak kira masa.

Datin & Co.

Membeli-belah di Queenstreet Mall yang bagaikan syurga membeli-belah. Err. Salah. Bukanlah syurga sangat. Harbour Town adalah syurga beli-belah yang lebih tepat.

Lepas shopping mood sangat steady.

Tya : Chika, apsal you usha  I camtu?

Chika : I am trying hard to look vogue.

Tya : Are we acting in front of the lense?

Chika : I don’t think so. This is real.

Dialog rekaan penulis.

Ok tamat entry tak berkualiti.

________________________________________________

Tadi pagi sebelum husband melangkah keluar ke hospital.

Isteri 23 tahun : Sayang, jangan balik lambat cam semalam. Balik awal. You lambat, I call you nanti.

Suami : Uuuuu. Takutnya.

Ceh. I serius Sayang. Serius. Tengok muka I. Tak senyum pon. Tak senyum pon. Serius sangat ni.

________________________________________________

TERKINI

  1. Saya susah hati selagi tak siapkan dan publish semua entry yang naik basi dalam koleksi. Sebab itu entry tak berkualiti pon kasi publish juga (seperti di atas).
  2. Hidung sudah tiga hari berdarah. Bibir kering dan luka. Kesan cuaca yang kering. Nampak sangat tak pandai hidup dalam Autumn. Malaysia mana ada Autumn. Malaysia summer waktu siang, winter waktu malam (itupon dengan bantuan pendingin hawa)
  3. Huyyo kanak-kanak JSB pakat membuka blog . Kakak Chika sangat gembira. Blogginglah secara seronok dan pasrah.
  4. Siapa mintak tips blogging itu hari? Jawapan dia, tiada tips. Yang penting, jangan membuat entry tak boleh pakai atau baik takyah seperti yang disebut dalam contoh berwarna merah di atas.  Sesekali nak buat tak apa. Tapi kalau sehari kasi lapan entry tak boleh pakai camtu, baik takyah. Eh eh. Kau mintak tips kan? Inilah tips dia.
  5. Picnic di KLCC Park seperti menarik bukan? Berminat? Email : nurulism@gmail.com

Recent Entries

45 Responses to “Brissy City”

  1. kawan lame chika Says:

    yeahh hepi besday chika!

    chika Reply:

    terima kasih :)

  2. Y n n Says:

    wahh dh semakin muda lh cik puan chika hihi.

    happy bufday, ehem bila nk buat entry berkualiti tentang ehemehemehembabyemehemehem okay kalo x faham abaikn bhaha :P

    chikaa, bju lawa. suka :D

    chika Reply:

    makin birthday, makin muda. HAHA

    terima kasih ynn :)

    errr. maaf. saya tak faham :P

  3. Shafie Says:

    hi sis chika..
    epi besday for u :D

    chika Reply:

    hi shafie :)
    terima kasih banyak

  4. chuelah Says:

    hepi besday kak chika!!

    chika Reply:

    terima kasih chuelah :)

  5. yot Says:

    Happy 23rd Birthday Dearest Chika!!!!! Jaga kesihatan baik2 tau!!

    chika Reply:

    terima kasih cik yot :)
    insyaallah. Akan menjaga kesihatan dengan sehat

  6. chime Says:

    eh… tak ada lah tak berkualiti sgt entri kat atas tu.. kalau tak berkualaiti pun, setakat sipi-sipi je… sebab gambar2 dia masih tetap berkualiti… mesti pakai kamera jenis mahal ni… hehe…

    ok… Sudah..

    Selamat hari jadi Puan Chika… Moga sentiasa ceria, sihat dan sentiasa beridea (untuk mengasilkan entri-entri berkualiti)… moga segera di anugerahkan rezeki yg itu (kat sini tak leh sebutkan perkataan tu)**perkataan larangan kot** semoga semakin cantik juga…

    chika Reply:

    Ya. Kamera mahal. Tapi bukan chika punya. Tya punya :P Kalau chika punya produk, semua blur. Maklumlah, I kan tak cukup seni dan lack of passion in photography. Posing pandai ah. HAHA

    Terima kasih chime :)
    Ha pandai pon pakai words filter :P

  7. fashya Says:

    huuuu..terer…terer….
    nway…
    Selamat hari lahir yang ke 23, semoga cute, happy,sihat,bahagia n terer slalu..hihi..

    **kadang2 xsedar tgh buat blog berkualiti ke x**

    chika Reply:

    terima kasih fashya :)

    hahaha. TERROR SELALU yang tak tahan tu. HAHAHAHAHHA :P

    takpe. Entry tak berkualiti mmg seringkali terjadi. Seperti entry yang telah anda komen ini. HAHA

  8. nhmnrh Says:

    happy 23rd birthday kak chika :) happy selalu, okayh. hee. nanti kasitau dapat present apa tauuu.

    chika Reply:

    terima kasih :)
    hahaha.
    present? pagi2 buta tadi dah dapat dahhh yeayy :P

  9. Noor Says:

    hepi bezday puan chika..
    hepi2 slalu k..

    chika Reply:

    terima kasih Noor :)
    Alhamdulillah. Happy so far :)

  10. ikoko Says:

    happy birthday chika~~!!! :D

  11. nadhirah Says:

    hapy befday chika… =)
    hehehehe apa hdiah spesel u dapt kli ni?
    hmmm..thn ni smbut bdua…
    thn dpn btga la kot.. =p
    may God bless u..

  12. ummul Says:

    selamat hari lahir kak chika…
    semoga pjg umur,
    murah rezeki,
    cpt dpt anak,
    bahagia selalu…=)

  13. Ciare Ciare Ciare Says:

    uishh yg pentingnya entry chika sume bkualiti..xpenah jemu…

    SAH ada dadah..hahahahahahahaha ^_-

  14. hani Says:

    happy birthday chika….
    maintain cute ok..hahaha
    n happy2 selalu…:)

  15. aienurz shuhaimi Says:

    selamat hari ulangtahun yang ke 23 chika
    haha
    ayat mcm ape je bila teratur cani
    hehe

    semoga pjg umo murah rezeki
    eh..
    sy ad nk bg adiah kek SR
    tapi macam tak sempat smpi brisbane sy suda abeskan
    maafkan saya

    HAHA

    :)

  16. JS Says:

    epy besday chikaaaaaaaaaaaaa

  17. yonnaism Says:

    klcc park??
    hahaa jom!!!!
    hoyeh..

    hey2 chika,
    u balik cni nnt,
    apa kata u buat perjumpaan nurulism? cheewahh!! :p
    err picnic di klcc mungkin? :p

  18. bozzo Says:

    bleh demam klu buat 8 entri sehari…nak jawab 8 komen sehari pon malas…

  19. Rara; CandyFloss Says:

    kakak chika
    selamat hari lahir .
    yang ke .. ? oh lupa .
    ke sepuluh tahun .
    hik :D semoga happy selalu dengan Mr.Doctor.
    asyik sambut birthday chika neh kan
    bila nak sambut birthday orang baru ? hekhek

  20. riyana Says:

    hi cik puan chika. happy 23rd birthday! =D

    i still 22 lagik ni..=D

  21. Faiya Says:

    Hepi besday Kak Chika!

  22. ilyanie Says:

    wohoo picnic di KLCC? bunyi seperti menarik!!
    nanti nk join lar. Hihi
    =)
    ehems sunway lagoon ape cerita? hiks

    Chika,
    Happy Birthday. Sweet-23.
    walau sudah menjadik auntie,tapi tetap maintain cun gtu.ayat manis neh.
    Semoga panjang umur dan murah rezekik.
    Selamat berbahagia selamanya

    Daa~

  23. farah Says:

    happy birthday chika! nnt kalau dtg auckland i belanje makan lamb vindaloo. haha ;) semoga pjg umur dan murah rezeki ^^

  24. nem0 Says:

    hppy besdy chika comel.. moga besdy tahun dpt chika jR lak.. =)

  25. aTiQah Says:

    Selamat hari lahir Puan Sri Chika. Hihi.

  26. kakakdegil Says:

    puan chika

    happy 23rd birthday
    wah.. muda lagi nih.

    moga berbahagia sentiasa ngan tuan dr yer..

  27. yin Says:

    salam..kak chika tipu..kater nak buat 3 entry sempena bday akak ni..xder pun..yin tgk 3 kali blog akak.ingat betul akak nak bt entry lebih hr nii..T___T

  28. AJ Says:

    CHIKA

    hepi besday…

    cepat wish besday aku gak..tapi aku nye 19apr laa…ngehngehngehh

  29. haziqah Says:

    happy belated bday puan chika
    uhh..seronoknya boleh sudah dipanggil puan pada usia 23 tahun
    ahha..cumel sungguh bangun 530am lpas tu siapkan bihun untuk suami
    mmg isteri solehah ;)

  30. nieja Says:

    chika da tuaaaaaaaaaa..
    bluwerkkkk…
    hpy bday darl!

  31. hisoka Says:

    selamat hari lahir, chika.

  32. Masy Says:

    KLCC Park? ade shade yg cantek utk gantikan Prada kakak yg patah 3 itukah? klu ade, kakak akan email. hahahahahahhaha

    epy sebeday chika! i cant never wish for ur happiness, bcos u’r already happy :)

  33. nadia Says:

    chika..mau baca entry di atas boleh?

    tadi nampak ur status kat fb..kenapakah?

  34. Tya Says:

    cika..comel la kawan u yg pakai bajuu belang2 ttu…kirim salammm

  35. kak meen Says:

    adik chika..sangat sorry lambat wish..

    tapi takpe..tetap boleh wish jugak kan. Happy 23rd bday chika, terus gembira dan terus dalam kecintaan ya chika..

    psst..tahun ni kakak pun akan cecah 23 jugak hihi tapi plus 10 laaa….

  36. ikoko Says:

    chika, kem salam hanis hamizan..

    cakap inazabha kem salam

    :P

Leave a Reply