Wet n’ Wild
Lagi cerita Easter holiday.
Lagi cerita Gold Coast.
Jemu?
Kalau anda jemu, fikir semula (eceh). Fikirkan pula bagaimana jemunya penulis untuk menulis tentang Gold Coast. Bagaimana jemunya penulis dengan keindahan Gold Coast (sampai semalam boleh berlakon nak termuntah-muntah depan pintu masuk Dreamworld sebab memang dah jemu sangat muntah muntah!) Dan penulis merujuk kepada Chika. Katalah anda tak kenal siapa penulis. Nak kena ni.
Sebelum penulis pergi lebih jauh (Belasah kang Chika neh. Ayat nak power je taknak kalah), biar saya berterus terang sekali lagi kepada anda semua , pembaca yang disayangi. Penulis sesungguhnya memang sudah jemu sangat tak tahu nak cakap apa dah dengan Gold Coast. Kalau ada yang teringin datang Brisbane carik saya, tolong jangan ajak pergi Gold Coast. Baik kita pergi pasar pilih buah atau pilih sayur atau duduk tepi jalan makan Kebab. Pergi city tengok mat saleh pakai bikini pon tak apa. Asalkan jangan ajak pergi theme park. At least untuk tempoh beberapa bulan (ceh. Cakap berapi. tengok-tengok esok lusa, terhegeh-hegeh pergi Gold Coast lagi &^%$#@!@)
Pada hari Isnin yang lalu (yang lalu tahu! bukan hari ini) Dr. Hizwani telah membawa Dr. Chika dan rakan-rakan iaitu Dr. Tya dan Dr. Hanis (payah ar kalau masing-masing nak jadi doctor) ke Wet n’ Wild. Apa pulak neh Wet n’ Wild? Nama disco ke apa? Ingat Allah sikit. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma (tumpang lalu, Too Phat) Duduk tempat mat saleh pon kena ingat Allah jugak. Tak boleh main dalam disco, Allah nampak.
Wet n’ Wild tu nama sejenis theme park yang basah. Atau dalam kata lain, water park. Maksud Puan, macam Sunway Lagoon? Ya ya. Macam Sunway Lagoon cuma Sunway Lagoon tu saya belum pernah jejak lagik. HAHAHAHA. Err. Malulah bukan?

Memang betul-betul punya WET. Hujan pulak pada hari tersebut. Sejuk gila. Gila pon tak sejuk seperti hari tersebut. Sebab itulah kena mendampingi suami dengan lebih dekat dan dekat dan dekat dan de … ok, Chika. Cukup.
Basah dan Liar.
Dalam Bahasa Melayu ia dipanggil Basah dan Liar. Ceh. Sumpah tak menarik. Basah dan Liar. Basah dan Liar. Mengundang maksud-maksud yang mendalam dan tidak sepatutnya mungkin. Eh apa ni apa ni?

Agen Basah dan Liar.
Ceh
Dr. Chika, Dr. Hanis dan Dr. Tya.
Gambar diambil oleh Dr. Ahmad Hizwani
(See Sayang. Dah banyak geng doctor dah skang)
Info tak boleh pakai : Dr. Chika bertugas di bahagian Blogtherapy.
Di bawah ini adalah salah satu rides yang namanya langsung tak diingati sebab memang malas nak ingat dia. Baik ingat resipi gulai asam ikan mackerel ke apa. Hangin betul saya (eh saya pulak.Maksud saya Penulis.is Hangin betul penulis ketika itu sebab kena beratur panjang macam tunggu giliran nak dapat duit ke apatah. Padahal rides biasa saja. Bukan best pon. Dekat Sunway Lagoon lagi best (tetiba) Bohong sangat. Bukan tadi pada perenggan di atas telah mengaku tak pernah jejak Sunway Lagoon ke? HAHAHA. Mentipu mentipu.

Tekalah teka. Kaki siapakah milik kaki tersebut? (Apa ayat tunggang terbalik macam Cikgu Muthu) Kaki tersebut milik Hanis. Tentulah bukan kaki Tya sebab Tya mana main permainan warna hijau terbelit-belit neh. Tya main yang thrill thrill ja. Yang berciri Sunway Lagoon neh Tya mana main. KAH KAH KAH. I miss you Tya.

Itu dia Dr. Chika meluncur deras dari gelungsur hijau warna kegemarannya. Kelihatan hebat sekali mengalahkan Sealion yang meluncur hebat semasa Sealion Show tempo h hari. Hebat gila ah Chika. Err. Maksud saya Penulis. Hebat betul penulis.Dahlah syok sendiri semasa meluncur. Siap gelak kuat-kuat dan mulut asyik menyebut WO WO WO. Konon-konon thrill lah tu.
KAH KAH KAH. Setakat meluncur macam ni kan, kanak-kanak perempuan baru kenal kaki pon berani buat. HAHAHAHA. Tapi. Anda tidak tahu ada kekuatan dalaman yang diperlukan untuk bermain permainan putar belit ini. Ia memerlukan azam yang kuat untuk memanjat tangga sumpah gila tinggi sebelum meluncur. Okay confirm taknak naik lagi sebab tak thrill. Malu nak tunjuk dekat adek-beradek di tanah air.
Penulis tak akan membenarkan pembaca mentertawakan kebolehannya bermain permainan high thrill. Kali ini penulis akan menceritakan tentang permainan paling thrill yang dimainnya sebanyak dua kali in a row (saja bold dan merah sebab nak berlagak). Semoga perenggan ini akan mengembalikan maruah penulis yang tadinya dipertikaikan sebab main gelongsor berciri Sunway Lagoon. T_____T
KAMIKAZE.
Kamikaze merupakan high thrill rides yang baru sahaja ada di Wet n’ Wild. Memang gila punya thrill. Anda akan ditolak ke bawah (bukan tolak badan anda. Itu nama dia bunuh diri) tetapi anda akan ditolak ke bawah menggunakan tubes. Di mana anda akan duduk secara berdua (duduk sahaja jangan nak peluk-peluk ke apa dengan suami kang kena tiup wisel kang malu)
Memang thrill tak bagi salam. Bila staff di situ tolak je kita punya tube, tube akan terus turun menjunam dalam sudut 70 darjah! Gila kau. Dan perasaannya, sama seperti terjun menjunam secara 90 darjah tegak. Gila trauma kepala dibuatnya. Dahlah tinggi. 11 meter. Apalagik, screaming lupa dunia semua lupa. Nak terpecah jantung dan sekelian anggotanya.
Turun saja daripada ride, terus saya dan husband berlari nak tengok Tya dan Hanis. Tya buat hal pulak dah. Dah sampai turn dia, boleh pulak Tya menggelupur taknak naik. Kesian Hanis. Hanis dah siap duduk dalam tube. Dahlah nak angkat tube naik atas berat nauzubillah. Letih pulak tu. Tup tup dia tak nak naik. Dia trauma tengok gelungsur tu tinggi dan menjunam. Saya pon masa tengok dari atas ada terfikir nak lari jugak. Memang mentakutkan.
Tya pon turun meninggalkan Hanis. Kesian Hanis. Pastu husband suruh saya naik temankan Hanis. Sebab tak boleh ride secara solo. Disebabkan saya berasa sangat gembira walaupon jantung jadi taruhan, saya pon pergi dengan begitu pasrah. HAHAHAHA. Saya suka sebenarnya permainan tersebut. Gila thrill tapi best.
Maka, merasalah saya main DUA KALI (Nak berlagak lagi sekali) Haha. Chika kah tersebut? Mana dia dapat kekuatan tersebut? KAH KAH KAH
Gambar mana gambar? Mana ada gambar. Bermain air tak boleh bawak kamera. Jadi gambar tak ada. Bukti untuk mentunjuk terror pon tak ada. Tapi walaupon tanpa bukti, percayalah bahawa Chika sebenarnya seorang yang berani dan berjiwa gagah juga. Eceh. Boleh mengorat Batman ah kalau macam neh punya terror. (Belasah kang, kata suami di dalam hati)
Boleh tahan thrill jugak aku neh.




April 20th, 2009 at 1:11 pm
hahaha basah dan liar!!!
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:25 pm
yeaaaaah.
dah la basah, liar pulak.
HAHA
April 20th, 2009 at 1:21 pm
chika, tak thrill eh permainan gelungsur air tu? baru ingat nak try yg macam kat genting tu. Macam sama serupa..heheh..Tapi chika cakap tak best, tak jadi lah nak try..hahaha
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:26 pm
tak tau la kalau genting punya thrill. atau chika ni terlalu thrill ke apa. HAHA. high expectation kot :P
April 20th, 2009 at 1:22 pm
bozzo pernah main gelongsor air tuh dan pernah tersekat kat tengah2…serik dah…
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:27 pm
ya Allah ye ke?
malang tak berbau
:(
April 20th, 2009 at 1:36 pm
Dr. Chika, tak pening ke maen gelongsor pusing2 tuh?
jangan malu. ai pon x penah jejak sunway lagoon lagi.
HAHAHA~
jom gelak sama2
=)
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:28 pm
tak pening. tak best. beratur panjang cam best sangat jek. Tak thrill.HAHA.
balik malaysia nak gi sunway lagoon ah. Jom ilyanie jom
April 20th, 2009 at 9:00 pm
very romantica de amor gambo dr chika and dr hizwani..hahaha ^___- very nice gambo2nya…
ermm ni rasa nk pegi gold coast ni…hehehe
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:29 pm
terima kasih. I suka romantik romantik ni :P Kalau nak gi GC, bitau chika. Boleh I jadik tourist guide. eceh
April 20th, 2009 at 9:13 pm
oh chika sgt petite orangnya!
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:30 pm
dan bulat.
jangan lupa ; BULAT
April 21st, 2009 at 1:20 am
happy birthday =)
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:31 pm
terima kasih nadia :)
April 21st, 2009 at 9:03 am
hepi besday my fwen!!
semoga sentiasa bahagia, pnjang umo, cepat2 dpt baby.. muachhh!!
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:32 pm
thanks :)
insyaallah. Dengan rezeki Allah
April 21st, 2009 at 9:38 am
hi there…
happy birthday…. 23 eh? semoga bertambah ceria + bahagia di samping suami dan keluarga tercinta. dah bleh dah tu nak tambah ahli keluarga. ;P
chika Reply:
April 21st, 2009 at 12:34 pm
hi :)
terima kasih. Insyaallah. Tambah ahli keluarga? Insyaallah, dengan rezeki Allah. Adalah kelak :)