Movieworld

Mr Doctor kerja siang sekarang. Tak ada on call malam lagi atau dalam kata lain, takda tidur sendiri peluk bantal lagik. Ceh malu kalau ibubapa baca. Dah lah emak suka suruh Adek bukak blog Kak Yong, Ma nak tengok gambar dia, Ma rindu dia. Emak comel.

Suka sangat buat ayat-ayat terpinggir. Yang saya bosan tu, Saturday pon kerja juga. Seperti hari ini. KERJA. KERJA. KERJA.

PATIENT. PATIENT. PATIENT.

Peruntukan untuk WIFE. WIFE. WIFE ?

Eh eh dia ni. Pandai merungut pasal peruntukan masa pulak. Padahal bukan sikit punya cukup masa berkasih sayang. HAHA. Sumpah tak puas hati today. Sabtu pon kena pergi hospital. (orang Sabtu pergi pasar pagi beli buah plum atau mencarik sayur segar ke apa) Dah lah bekerja up to 13 hours sampai jam 9 malam nanti. Sayang I miss you. I miss you too. Jangan lupa makan lunch sedap tersebut yang disediakan isteri secara berseni. HAHA.

Menu lunch buat suami :
Nasi putih setengah container + Beef Bhoona + Egg Plants + Chicken Tandoori 2 pieces.

Okay. Nampak sangat bukan menu isteri masak. India yang masak. KAH KAH KAH.

—————————————– divider —————————————-

Apa? Apsal tanya-tanya pasal husband aku lagi? Sekarang takda cerita pasal husband lagi. Biar dia gembira di hospital Queen Elizabeth sana merawat patient tua atau merawat remaja mabuk nak bunuh diri (tu lah dia akibatnya ingkar dengan Allah HAHA) Sekarang kita bercerita tentang our Easter Holiday yang lalu!

Tya dengan Hanis kan sampai Sabtu malam minggu lepas. Ahad pagi tu terus bawak mereka ke Gold Coast. Ishk. TYA TYA TYA! HANIS HANIS HANIS! Dah tak ada nama lain dah dalam blog neh lately. Habis, takkan nak  kasi nama lain pulak. Okaylah, untuk mengelakkan anda semua terkena gejala jemu, kita akan ubah nama TYA kepada TAYAR dan nama HANIS akan disebut sebagai VARNIS.

KAH KAH KAH.

Tak boleh pakai punya kawan. Guraulah, gurau. Err. Mempanggil Tya sebagai Tayar semacam perbuatan yang comel jugak. Habis, takkan nak dipanggil Black Bean atau Kerabat atau Mi..? Atau … okay Ingat Allah ingat Allah.

Tya, Hanis. I am sorry. Typical Malay memang like this. Suka mengejek sesama sendiri pastu mintak maaflah. Bukan susah sangat. HAHA. Guraulah, gurau.

Anda apsal? Jangan berani mempanggil tayar ke varnis ke apa ke. Jangan. Jangan mengejek rakan saya. WARNING. Eceh. Semangat setiakawan (siotnya saya). Suami saya suka komik Pedang Setiawan.

Ok ok. Movieworld. Movieworld.

Varnis (eh, HANIS lah!), Tya, Chika, and err.. Uncle PAS
Nama disusun mengikut ketinggian.
Uncle PAS (baju hijau putih) tu kami lupa nak berkenalan dengan dia.
KAH KAH KAH

Ini adalah gambar pertama kami bersama. Depan entrance nak beli ticket. Perasaan malu yang masih tebal, setebal comforter Hanis pada musim sejuk. Pose pon tegak saja seperti Tiang Telekom. Malulah katakan. Baru sangat berjumpa. Nak ejek Hanis Varnis atau Tya Tayar pon takut. HAHA. Masa tersebutlah. Skang kau tengok! Semua muka tak malu dah.

Kami sampai terlalu pagi. Pastu semua rides belum mula operasi lagi (ceh, ayat macam Dian Sastro) Terkebil-kebillah kami menyaksikan Superman Escape yang belum boleh naik. Tapi semangat tinggi nauzubillah, dah siap beratur panjang-panjang.

Welcome to Movieworld.
Anda semua akan dibawa ke dunia penuh penipuan dan kekeliruan.

Untuk memasuki ke dunia penipuan dan kekeliruan tapi best tersebut,sila READ MORE.

Foto kegemaran. Foto ini sempurna betul. Dengan tiga orang pedang setiawan (erk?), dengan Van Scooby-Doo dan watak-wataknya. Driver Van cute. HEHE HUHU HAHA. Bukan Chika cakap, Tya yang cakap (ceh, tak mengaku pastu point kat orang lain)

Di tangan Chika tersebut apa dia? Itu goreng pisang. (mentipu anda)

dsc03692

dsc03689

Tweety Bird, character Looney Tunes.

Harry Potter’s Shop.

Shrek’s Souvenir Shop.
Shrek’s ears dijual dengan harga $5. Dulu dekat Mc. Donald ada kan? Tapi saya tak berkesempatan membelinya. Sekarang apalagi, beli beli!

Batman muka ketat dengan muscle di stomach yang macam gagah padahal realitinya hanya dia yang tahu apakah rupa stomach dia di sebalik costume. HAHAHA. Admire gila pada Batman Forever tersebut. Boleh dia tahan tu buat muka ketat sepanjang hari. Sikit takda senyum, tertawa apatah lagi. Lupa nak buat lawak dekat Batman pasal teka-teki ikan apa kepala besar badan kecik (jawapan : ikan bilis pakai helmet) Tengok, dia gelak kah atau tak gelak jugak kah? Nanti jumpa dia lagi, kita testing humor dia.

Catwoman pon ada. Ni pon satu. Muka nak gatal sepanjang hari. Bagaimanakah dia boleh maintain membuat muka gatal tanpa gagal seminit pon? Outfit dia gila seksi. Sumpah terganggu fokus dibuatnya.

Hanis cakap : Kat Malaysia pon patut buat dengan watak-watak tempatan. Keluang Man, Cicak Man etc.

Ceh. Bayar tiket mahal-mahal, masuk-masuk jumpa Cicak Man badan keding saiz Apek Senario. Mana feel.

Bugs Bunny

Tweety Bird
Something wrong bila tengok tweety bird tinggi. HAHA

Movieworld merupakan sebuah taman tema yang cantek dan penuh dengan elemen fantasi yang menakjubkan. WO WO WO (bunyi takjub)

Charlie and The Chocolate Factory

Semasa beratur untuk bermain rides ; Spooky Coaster from Scooby-Doo.

Berlaku kejadian yang bertajuk : TYA TERTIPU

Untuk pengetahuan ramai, Tya ni penakut (darah gemuruh ke apatah). Sepenakut-penakut Chika, penakut lagi Tya. Jejak je theme park, kami terus nampak Superman Escape (roller coaster yang gila punya laju cam &^%$^&%*) Terus je Tya buat statament ; Korang nak naik rides, naiklah. I tak akan naik. I nak ambik-ambik gambar je.

Ceh.

My husband tak puas hati. Husband I kan perangai camtu. Kalau tak, tak adalah dia paksa wife naik The Claw, naik Cyclone apa semua sampai wife nak menangis pon dia takda peduli. HAHA. Kali ni, dia paksa Tya pulak naik rides. (Saya pon join sekali paksa-paksa Tya). Hanis macam steady jugak walaupon mulanya dah terjebak nak ikut Tya. HAHA.

My beloved Doctor boleh mentipu kami semua. Kiranya tiga-tiga ekor terpedaya. Kami pon excited gila beratur nak naik Spooky Coaster. Husband saya cakap, itu rumah hantu. Ada rides biasa je untuk bawak kami berjumpa-jumpa hantu. Bukan thrill pon. Kami pon seronok hoyeh hoyeh.

Masuk-masuk je, ambik kau! Gila thrill punya coaster. HAHAHA. Tapi besttttttt. Dan inilah ride paling menseronokkan tak ingat dunia. Hanis siap ajak naik lagi sekali tapi kami malas beratur panjang. Tya screaming cam apa tah. Keluar-keluar je, muka dia agak tertekan. HAHAHAH. Terpedaya jugak. Merasalah dia naik thrill rides. KAH KAH KAH. TAk habis-habis dia merungut tak sangka yang dia dah naik ride tu. HAHA. Kesian betul,

Bila kami sebut je betapa best nya Spooky Coaster, Tya pon akan bersuara ; Tak best! I tak suka. Damn &%$&^*&(&. HAHAHAHAHA.  Well done Tya.

Batman show. Terkesima jugak dibuatnya semasa menyaksikan pertarungan Batman menentang penjahat secara live. Show yang memang interesting dengan efek bunyi dush dush. (dah macam filem Shah Rukh Khan) Kebetulan waktu tersebut adalah Easter Holiday. Anda fahamlah bukan macam mana punya ramai orang di situ. Sampai saya dengan Hanis memanjat tembok untuk menyaksikan Batman bertarung.

Bang kepala!

Selamatkan saya, Batman. Saya lapar.Selamatkan saya. Selamatkan saya.

Ini semasa Parade Show. Semua character keluar. Err. Banyak sangat gambar. Takkan nak kasi anda tengok semua. Kenalah simpan simpan sikit untuk bekalan hari muka. Habis kang nak tunjuk dekat cucu, apa je yang tinggal. HAHAHA.

Damn interesting! Hollywood Stunt Driver.

Sumpah best rugi sapa tak tengok. (Hanis dengan Tya lah) Boleh terlepas show yang gila best neh. Wooo dahsyat wo. Aksi drift yang disaksikan secara live. Dekat sini kita boleh saksikan macam mana pembikinan filem aksi hollywood. Memang sumpah menarik. Masa bangunan meletup tu, api dia menyambar gila besar. Sampai muka penonton semua rasa bahang panas. Gila panas. Dahsyat dahsyat. Pakai Mitsubishi Evo.

Ini pon dahsyat jugak.
HAHAHA.
I love you selalu.

Gambar melambak-lambak. Kalau boleh nak bagi anda tengok semua. Memang generous sangat hati neh nak tayangkan semua sekali. Tapi mana mungkin. Apa ingat Chika neh takyah basuh baju? Nak membuat housework pulak. Jemu melangut menghadap blog sendiri dari pagi tadi.

Tak sabar nak tunggu jam 9 malam.

Recent Entries

55 Responses to “Movieworld”

  1. pphoenix Says:

    kereta batman tersebut sangat la kotak
    entah sape design engineer dia
    hahahaha

    pphoenix Reply:

    e eh no1 la
    dh lame tak no 1
    haha

    chika Reply:

    kereta tak siap nama dia
    haha

  2. chuelah Says:

    salam..cumelnyer kak chika n husband di smping bugs bunny tersebut..hoho
    bugs bunny tu comel kn (hoho puji sapa sbenarnya neh)

    chika Reply:

    salam :)
    itu lah. puji sapa sebenarnya neh?
    cakap bebetul.
    HAHAAHA :P

  3. ainkarim Says:

    awk, nk tweety bird 1kg..

    chika Reply:

    ok.
    semua sekali 63 dolar.
    bayar di counter 5.
    belok kiri

    ain Reply:

    kena byr kt counter jgk ke?
    pakai paypal atau bank transfer xboleh ek?
    hehe

  4. farah misses chika Says:

    betul la….macam satu diskriminasi plak bila tweety bird lagi tinggi dari chika. tp takpe, anda semakin comel pabila tweety tuh semakin beso. huahahaha.

    akhirnya, aku jumpa sorg yg turut tau teka teki ikan badan kecik kepala beso tu. selalu aku kasik teka teki tu, masing2 ingat flowerhorn! ceh!good job, nurul! hahaha

    chika Reply:

    ngok kan rupa dia bila tweety bird yang kita kenali sebagai kecik, tetiba jumpa, besar dan tinggi. Long sexy leg. ceh.

    teka teki tu adek aku bagi. teka teki yang paling lawak bg aku

  5. ain_j Says:

    chika3…sangat cumel pic kamu jalan2..lagi2 time dgn bugs bunny.dat pic very cute..bole framekan kat depan bilik anak chika sooonnnn…hoho~

    chika Reply:

    ha ah.
    nak frame dalam bilik anak.
    lantak dia jeles kang
    haha

  6. ✿ Rara ✿ Says:

    bestnya kakak chika
    entah bila lah rara berpeluang pergi tempat best mcm WO WO WO ni . ishk

    chika Reply:

    satu hari nanti bila berkesempatan dan ada rezeki. insyaallah :)

  7. ilyanie Says:

    uit2 chumel giler u pakai Shrek’s ears tuh.
    macam chumel lar.
    itu jek nak cakap.
    hiks

    jeleshnya tgk u dpat jalan2.
    gagah betol batman tuh kan.

    =)

    chika Reply:

    terima kasih cakap saya comel :p haha
    batman tu muka dia mmg dahsyat ar. Boleh ketat sepanjang hari. camne tah dia tahan humor atau mmg takda humor langsong. Tah

  8. ast3 kacak Says:

    nakkkkk ppegiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
    mauuuu mauuuuu//
    haha

    chika Reply:

    bila? bila?
    tak sampai sampai pon :(

  9. iezy Says:

    chika..chika…saya ngan family pun pernah terpedaya dengan spooky coaster tu…kami igt rumah hantu n just naik train kemudian hantu main sergah2…sekali roller coaster da….tipah tertipu…huhu

    chika Reply:

    ya. same here.
    ingat tak thrill.
    rupanya boleh tahann

  10. Yot | is | Yati Says:

    hhehehe…kamu dan suami sangat pandai berlakon kena tembak. sangat sweet. kahkahkah.

    chika Reply:

    jenuh tahan aksi muka kena tembak.
    cameraman lambat sgt snap :P

  11. nadhirah Says:

    aunty chika….nak pg sna jgakkkkkkkk!!!!!
    huhuhu mcm best sgt10x..tgok gmbr2 2..
    nak p! nak p! nak p! =p

    chika Reply:

    marilah datang sini.
    nanti saya bawaklah pergi Gold Coast :P

  12. ummul Says:

    best2…nk ikot jugak..
    kak chika bwk la kite..hehe…

    chika Reply:

    datang ar sini.
    nanti kakak bawak jalan2

  13. fara Says:

    kak chika neh…. dlm gmbo tuh sume die pakai shrek’s ears…. adoyai… kemaruk btul… gagagagaag….

    chika Reply:

    hahaha.
    lagipon lupa ada telinga shrek atas kepala. tak terasa :p

  14. aizar Says:

    okeh..
    aku nak pergi sangat2 dengan meluap!!!
    memang wajib pergi!!
    i wanna go!!!!

    chika Reply:

    datanglah cepat!!

  15. bozzo Says:

    bestnya dapat bergambar ngan batman…hu hu hu…bestnya….

    chika Reply:

    gagah wo

  16. GadiS HebaT Says:

    adoih laaa~
    ko memang bole jadi duta gold coast!
    sangat2 berjaya memikat hati pembaca (aku la tu) sampaikan rasa macam nak terbang ke sana sekarang juga!
    blanja aku lawatan ke sane for my bday nnt bole?
    hehehehhe~

    chika Reply:

    wahahahaa.
    baik kau pikir untuk belanja aku dulu sempena birthday aku esok. LOL

  17. angel_baik Says:

    chika, pergi apply jadi duta australia skrg.. tunjukkan bukti2 kesungughan chika dekat blog inie…..

    akak pun dah teruja nak p sana… :)

    chika Reply:

    tengah apply (eceh)
    kalau Australia tak approve, siap ar dia. kejap je chika jatuhkan pelacongan dia. HAHA

  18. syazid Says:

    chika asal u tk keje je kt cna.gaji architect kat sana lumayan gk!!
    bes gilaaa gold cost, rasa nak cancel je plan gi adelaide winter ne. entry fee bape kat theme park tu?
    damn! i want to go to gold cost. citer la, high cost ke nak gi sana. byk interesting places ke? cheap hotels ke? what about food? melb pnuh food halal, tatau kat tmpt u mcm mane

    chika Reply:

    keje kat cina? hahahahahaha. abes my husband nak buh mana? :P

    dapat 50% off untuk dreamword and whitewater world. Best wo Brisbane. Cuaca just nice. Nak gi tempat2 menarek pon dekat je. Err. Accomodation banyak gak yang murah. Boleh tahan ar. Kat gold coast makan takde hal. banyak halal.

  19. izza Says:

    comel nyeee dpt jmp n peluk2 tweety bird :D

    chika Reply:

    tapi apsal tweety bird dah tinggi???
    T___T

  20. thah Says:

    whoa..amat la bst klau sye kat tmpat kak chika..sgt comey mse kak chika and dr kne tmbak **dush3**
    erk,,itu bunyi cam org kne tembak ker??hahak..lantak la..kak chika mmg bst~~

    chika Reply:

    lagi best kalau kak chika yang pegang pistol.
    HAHAHA

  21. .i.b. Says:

    huhu..
    bestkan bestkan muveewerl!!
    sungguh ako mau pergi lagi… tak mentipu [ayat chika] anda!! ;)

    p/s: tp biasenye chika gune utk mentipu anda semua.. haha

    chika Reply:

    best.
    fantasi gila.
    husband saya cakap : lagha.
    KAH KAH KAH

    hahahahahah.
    jangan ‘mentipu’ tak baik :P

  22. kwn lama chika lg Says:

    beb.. ko bg ym ko.. free2 bole sembang2 ngan ko.. huhuhu

    chika Reply:

    tulip_glowing

  23. Puan xaida Says:

    Gambar btiga tu paling cantik, comel n comel. Tp Scooby-doo kat belakang tu yg paling comel.. Kira scooby-doo tu menanglah even x pakai spek.

    chika Reply:

    err chika kalah :(
    HAHA

  24. yonnaism Says:

    ya ampun chika!!!!
    bugs bunny tu sumpah comel gila!!!
    warghhh rasa nak peluk2!!!!

    chika Reply:

    muka dia cute kan?
    besar lak tu

  25. Jai Says:

    Tak boleh jadi. Saya nak balik kampung n buat satu Keluangman Escape depan rumah atok. huhu…

  26. iman Says:

    11/04/2009

  27. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Syurga Surfers Says:

    [...] dari Movieworld itu hari, kami ke Surfers Paradise. Malu ah kalau pergi Gold Coast tak singgah Surfers Paradise [...]

  28. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Cekodok Tom Yum Says:

    [...] kepulangan isteri ke tanah air. Rindu Jalur Gemilang. Ah jangan nak tipu. Bukan pada depan entrance Movieworld pon boleh nampak Jalur Gemilang berkibar tinggi di ruang angkasaraya Gold Coast kah? Tiba-tiba [...]

  29. Saya Says:

    Baru baca yang neh..HAHAHA…xleh tahan gelak sys Tya kena tipu…sy prnh naek ride camni kt disneyland, n sy tipu kakak sy..errkk..sbnrnya tertipu diri sndiri jgk..mmg btul2 igt ride biasa jer..HAHAHA..

    hlg tension bca entries akak Chika :D

Leave a Reply