Tamborine Mountain
Direction untuk membaca entry ini:
(Eceh. Dah ada direction membaca entry pulak sekarang)
Font merah : Fakta salah jangan percaya. Taksub apatah lagi.
Perenggan kelabu : Takyah baca nanti menyesal sebab tak bermanfaat.
@!#$^%FT?&@# : Bahasa kesat atau mulut celupar sikit dalam sifat simbol.
Font hitam dan bold : Baca betul-betul sebab macam penting kalau tak pay attention nanti rugi ilmu. Eceh.
Trampoline Mountain, (Eh, Trampoline pulak) Err. Tamborine-lah! TAMBORINE MOUNTAIN terletak kira-kira 70 km daripada Souths of Brisbane. Atau dalam kata lain, it took about 1 hour drive from the capital city of Queensland (Brisbane-lah maksud dia) Tapi tak apa. Anda bukan peduli atau nak tahu sangat berapa jauh dia dari rumah Chika atau di mana dia terletak, pada latitud apa semua. Ah, bukan anda peduli lah bukan? Tapi membuat perenggan menggunakan fakta jarak, masa dan sejarah akan membuatkan entry saya kedengaran macam bagus. KAH KAH KAH. Terima kasih Google.com.au sebab selalu bagi chance Chika berlagak pandai *lap air mata*
Pembaca kesayangan semua. Tukang bodek Kementerian Pelancongan Queensland yang bernama Chika (bukan nama sebenar), seperti biasalah akan membawa anda cuci-cuci mata menjelajah dan meratah keindahan bumi Brisbane dan kawasan sekitarnya (konon nak bodek government ke apatah) Err. Husband cuti last week. Pasti makan angin minum anginlah kami secara sakan.
Kali ini, kita ke Gunung Trampoline

Eh salah lagi. Bukan trampoline. TAMBORINE MOUNTAIN. Trampoline tu buat apa. Yang Thomas (anak Kakak Lisa, jiran sebelah) punya tempat melompat-lompat padahal tak pernah guna tu barulah nama dia TRAMPOLINE. Ceh. Baik hantar bagi jiran sebelah yang happy go lucky ni main. Dah lah aku teringin sangat nak henyak Trampoline tu. Dah ada tak tahu bersyukur. Pergilah main, Thomas. Pergilah main Trampoline kau yang selalu gugat kesabaran Kakak Chika tu. Daripada kau main dengan anak perempuan jiran depan lagi baik main trampoline dekat lawn rumah kau yang selalu Kakak Chika intai selepas solat. HAHA. Okay kantoi di situ Chika mengendap lawn jiran. Tapi tak apa. Bukan dia ada ayah ke apa.
KAH KAH KAH.
Anda membacakah perenggan trampoline di atas? Pasti sangat menyesallah bukan? Siapakah suruh baca? Ah kau memang. Lain kali perenggan yang agak-agak tak bermanfaat tu, anda skiplah nanti rugi.
Sekarang saya akan mentulis entry laju-laju sebab dah malas. Ikutkan hati, sekarang jugak nak habiskan entry lepastu biar kasi dia tergantung-gantung. Tapi tak apa.
Sumpah cantek punya tempat. Kawasan pergunungan yang mencabar tahap pemanduan pemandu. Kimi Raikkonen pon kalau kita suruh dia driving naik Tamborine Mountain pon belum tentu dia redha. Jalan terpusing-pusing terbelit-belit lepastu had laju yang tak tentu arah. Kejap 40km/h lepastu 60km/h lepastu tiba-tiba ada 4wD pecut 120km/h dari belakang. Chika pon heart attack. Apakah punya jalan tersebut. Apsal thrill sangat?
Oh. Lupa. Tadi kata malas tulislah bukan?
Ah. Apsal bosan sangat nak buat entry neh? Tak sabar nak siapkan entry Trampoline ke Tamborine ke apatah. Macam gila bosan ah entry neh. Sikit lagi mesti anda tertidur atas papan kekunci sebelum menghabiskan entry. Kalau kau betul-betul tertido semasa membaca entry Chika, tolong jangan pergi hantar komen pastu cakap ; Chika aku tidur tadi baca entry kau.*yawn*
At least kau jagalah hati aku sikit. Kalau kau tidur pon, kau takyah bagitau saya. Simpan dalam hati. KAH KAH KAH KAH KAH.
Apa ada di Tamborine Mountain?
Ada banyak kedai-kedai cantek yang sumpah cantek tak tahu nak cakap macam mana dah. Deretan kedai dan gallery yang mempunyai dekorasi dalaman yang sangat berciri country dan artistik. Lepas kau masuk, kau akan terpegun sampai taknak beli apa-apa dah. HAHAHAHA. Err. Banyak betul koleksi barang baik (barang baik? dadah ada? dadah mana ada orang jual dalam galeri) yang sesuai dijadikan souvenir kepada emak, bapa, makcik saudara atau pon rakanbaik (Rakan tak berapa baik takyah bagi sangat). So Puan Chika. Apa Puan beli untuk rakan baik? Err. Tak ada apa. HAHAHAHAHAHAHA.Kan dah cakap. Barang dan kedai terlalu mempesona sampai kau tak jadi nak beli. Sebab tengok-tengok pon dah puas. Sumpah I tell you. Tak percaya boleh keluar skang! Oyya. Nama kawasan tersebut Gallery Walk.

Kami di hadapan tempat tasting Cheese. Nama dia lupa dah. Cheese dia punya rasa pon lupa dah. Nama kakak counter penjaga Cheese pon lupa dah. Yang ingat, tak nak try atau beli cheese dia sampai bila-bila. HAHAHAHA. Sebab cheese dia terlalu original. Sampai boleh nampak kulat bakteria sampah sarap semua. HAHA. Err. Betul neh saya cakap. Bukan mentipu anda. Berasa sangat geli-geleman. Lepas dah taste sekali, terus pening kepala rasa nak muntah keluar ulat di tempat kejadian.

Kami juga melakukan aktiviti yang dinamakan Bushwalks. Iaitu berjalan atas kepala Bush (Tak kenal Bush tak apa sebab dia bukan penting sangat. Kalau tak kenal Chika? Kau keluar skang! KAH KAH KAH). Baiklah jangan menggoreng banyak sangat. Bukan tadi cakap malas ke?
Bushwalks ini memerlukan anda berjalan kaki di dalam hutan untuk sampai ke Curtis Falls. (Jadi apa yang anda perlukan ialah kaki, kaki, kaki dan sedikit semangat) Air terjun yahooooooooooooo! Err. Taklah yahoo sangat. Waterfalls dia bukan sikit punya tak senonoh. Baik kau gi Gunung Ledang. Tapi itu bukan waterfalls untuk mandi-manda main baling bola lepastu gelak besar-besaran dengan rakan. Itu memang hutan tempat visitors buat jungle trekking.

Dalam hutan kena ambik gambar secara solo. Jangan nak rakam foto romantis ke apa. Malu sikit dengan nature.

Dah keluar hutan. Okay, skang boleh bergambar berdua. Tu pon jangan rapat-rapat sangat. Hormati alam.
Setelah puas berjalan-jalan dalam hutan sambil main tarik baju suami (sebab tak nak kasi dia jalan laju kang tercicir kena tinggal kang, naya kang), kami drive menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Rotary Lookout.
Perempuan pakai shades (saiz shades taknak kalah) tersebut boleh delete kalau nak. HAHA.


Okay sekarang boleh berpelukan sebab dengan cara ini pon menunjukkan kita memanfaatkan panorama indah ciptaan Allah.

Ya Allah. Indahnya ciptaan Allah.
HAHAHAHAHAHA
Aik? Apsal gelak?
Singgah kejap di Lavender Shop

Ya Allah. Apsal seronok sangat kedai neh? Sangat mempesona. Kedai yang menjual sepenuhnya produk Lavender dan Rose. Sangat purple dan pink kedai tersebut. Mr. Husband pon pandai menghargai kecantikan dan tarikan kedai tersebut sampai dia cakap ; Apsal best sangat kedai ni? Apsal cantek sangat? Pastu apalagi, histeria kejap.





Sangat comel tak tahu nak kata apa dah. Kami beli room refreshner sahaja di sini. Sangat mententeramkan feelings. Aroma yang membangkitkan ketenangan. Ceh. Poyo sangat.
And one more lookout area.
(nama tempat takda ingat)


Ah. Habis habis habis! Hooooray entry sudah siap! Sumpah memang bosan dan tak bertenaga langsung nak buat entry neh. Ini entry bosan nama dia. Cuma anda bayangkan kalau Chika bermotivasi tinggi dan excited lebih ketika ini? Anda bayangkan berapa punya panjang lagi kah entry ni bakal jadi? HAHAHAHAHAHAHAHA.
_apsal bosan sangat entry neh? Okay, takyah hantar komen dan cakap ; Chika aku tertido tadi masa baca perenggan kedua pastu aku mimpi aku gi bakar entry Tamborine Mountain kau sebab bosan sangat buat hidup aku sia-sia je. HAHAHAHA. Jagalah sikit hati penulis.
KAH KAH KAH
Okay bye.
ohlupacakap : tarikh kejadian ialah 31 march 2009.




April 9th, 2009 at 10:09 pm
nak ckp something..
apesal muka husband nmpak innocent tapi muka wife nya nmpk naughty je..
chika Reply:
April 9th, 2009 at 10:41 pm
i memang.
HAHAHAH
April 9th, 2009 at 10:20 pm
Ya Allah..apasal seronok sangat lavender shop tu chika..sampai ke sini terbau haruman lavender ngan rose tu..apa punya seronoklah!
*kak meen yg tetiba pi selongkar almari nak cari lavender pump spray..kasi bau lavender satu rumah ini malam*
chika Reply:
April 9th, 2009 at 10:42 pm
eiiii memang seronok. Hialng akal jap duduk kat kedai tu. Cantek gila tak tau nak kata apa dah. Pastu barang dia semua sweeeeeeet sangat.
best kan best kan?
April 9th, 2009 at 11:18 pm
waaaaa…cantiknya view kat situ…sangat suka dengan gambar terakhir dan anda berdua sangat la romanik sekali di gambar ke 8..hehe
bestkan bau lavender..ya Allah, rindu sangat dengan bau lavender…sy adalah peminat bau-bauan lavender ok..:)
April 9th, 2009 at 11:23 pm
*ayooo..romanik lakkk..romantik laaa..hahahaha…sorry chika, kesilapan menaip..huhu
April 10th, 2009 at 1:04 am
kak chika pakai tudung apa tu?tak penah tengok pun..tapi masih comel,tak apa=DD
btw,lavender?purple?wahh sukanya!
April 10th, 2009 at 3:20 am
ROSES!!! T_T
nak nak nak!
hehe. like ur tudung la dear.
gambar ko ngan teddy bear, comel! mucung matching lah! hehe
April 10th, 2009 at 9:29 am
dik chika, kakak tamau buat apa2 permintaan tp ade satu permintaanlah pulak. kakak mau shade itu bolehkah? shade Prada (prada olok2lah tp Prada gak okeh) kakak telah patah tigalah hadek. nak boleh? *kelip2 mata tanda caring* eh eh??
April 10th, 2009 at 10:28 am
hiii Chika…bestnyer tiap2 minggu p jalan2….best je tengok life Chika setelah bergelar puan ni…
April 10th, 2009 at 10:40 am
bestnya… love your pic ngan teddy bear tu…
April 10th, 2009 at 12:20 pm
bagi 5 markah per 5 untuk oversize shades yang coolness ;)
April 10th, 2009 at 12:36 pm
bez nengok gambar2 menarik kat sane..
pengantin pun cam masih di dalam mood honeymoon je kan?
April 10th, 2009 at 2:36 pm
selamat berseronok dengan alam maya ini.
:)
April 10th, 2009 at 2:47 pm
Aku suka bushwalk….
kalau ada kepala bush la…..
April 11th, 2009 at 11:09 pm
chika…nk tanye..
kenal ur husband bile ek?
xcinta lm2 kn…
tlg jwb…tlg jwb…
sngt ingin mengetahui….
plzzzzzz
April 12th, 2009 at 3:45 am
saya tak bosan, betul..tak bosan..takkk..tak bo….
April 12th, 2009 at 10:06 am
31 mac yek?? owh my bezday..hehe
April 13th, 2009 at 10:55 am
wah, lawa tudung ko chika!
kat australia berapa darjah celcius..nampak mcm panas je?
hijau je ek gambar2 kat tamborine park..segar mata memandang!!!
April 13th, 2009 at 10:09 pm
hahahahai…
salam…
yup chika…
saya dok pontian tp bkn kt air baloi..
tp kt parit semerah…klu tau la ek..
May 1st, 2009 at 7:00 pm
kantoi.kak nurul tuka seluar..huahh…*yawn* mengantuk sgt bace……nota exam..haha