Archive for March, 2009

Diari Suri Rumah

Posted by chika under Uncategorized

Home alone lagi (bukan filem Hollywood, bukan) Macam biasa. Ditinggalkan sendiri pada waktu malam. Tak ada kawan. Nasib baik ada dua laptop boleh tamak bolot semua. Err. Waktu berkualti untuk diri sendiri. Kononnya. Ah, sejak bersuami, mana mungkin memerlukan waktu berkualiti untuk diri sendiri! Dunia macam gelap sangat kalau tak bersama suami. Err. Terbiasa bersama. Menjalani kasih sayang. Bahagia ku denganmu. Baik kau jampi muka aku, jangan sampai aku nyanyi habis satu lagu nanti hujan lebat Queensland the Sunshine State neh. KAH KAH KAH.

Mengetuk papan kekunci dalam suasana ini. Rumah yang sangat sunyi sepi. Jiran tetangga pon sangat sunyi sepi macam duduk dalam kompleks warga bisu atau tak ada mulut ke apatah. Jiran sebelah semua dah gelapkan rumah. Australian people memang tak berapa nak rock sangat. Suka tidur cepat. Mungkin sebab tak ada kedai mamak 24 jam kat sini. Cubalah bukak-bukak kedai mamak sebijik dua dekat Wishart neh. Boleh kami makan nasik lemak ayam tandoori dengan teh tarik sambil menonton perlawanan bola sepak Selangor lawan Johor (sokonglah sikit sukan tanah air, kau ni!). Lepastu meja bertabur atas jalan. Majlis Perbandaran datang, saman! Ha, padan muka siapa suruh langgar peraturan. KAH KAH KAH. Kejaplah. Mana datang pulak cerita Majlis Perbandaran saman meja kerusi kedai mamak neh? Kau sini, Chika! Kau, sini! *piat telinga*

Diari harian Chika.

Kita telah masuk ke segmen diari harian. Bersedia semua. Ke garisan. (Okay, orang dah kahwin pon pandai buat poyo jugak dalam blog) Marilah kita terus kepada isi penting. Lagipon malas nak goreng ayat banyak sangat. Sebab sekarang lagi taksub menggoreng bawang, halia, cili dan sebagainya. Kalau boleh nak goreng semua benda.

Pagi-pagi menyediakan breakfast yang berciri brunch. Kami takda lunch sangat. Sebab kami lebih cenderung ke arah breakfast dan dinner. Tak pernah tahukah satu peringatan kesihatan? Never skip your breakfast, peeps. HE HE.

Semalam membuat pancake yang dimakan bersama maple syrup. Husband saya puji-puji macam biasalah. Pandai isteri I masak lah. You masak sedaplah. Pancake you jadilah. Ni pancake paling sedaplah. Semua puji-pujian keluar sampai rasa nak jadik ninja turtle simpan kepala masuk cangkerang. Punya terblushing-blushing wajah dibuatnya. Sumpah memang seronok bila kena puji.

Pagi ni buat breakfast orang malas. Mashed potato dengan gravy. Husband masak fillet ikan dan steamed snow peas.

Tak baguslah gravy tersebut. Too salty. Rasa nak menangis mengenangkan gravy KFC. Merembes-rembes saliva dibuatnya. Tak sabar nak balik KL, makan KFC macam dracula dapat darah. Bawak mengucap sekarang! Apa akallah KFC sini tak halal. Kalau tak, tak ada berdentang berdentunglah dalam kitchen jawapnya. Memang iman dan jati diri yang baik saja yang buat saya bertahan setiap kali mentengok KFC yang bau dia sangat devil. Gila punya kuat mencabar nafsu serakah betul. Kuatkan iman. Ingat Allah ingat Allah.

Snow peas telah over cooked nampaknya. Terkecut-kecut dia.

Siangnya pula, menamani dan berpeleseran dengan husband. Teman suami menonton movie Underworld. Tapi saya mana sukalah filem-filem aksi makan orang berdarah terpancut sana sini tak bawak mengucap semua. Saya tengok chick flick movie saja seperti High School Musical ke apa. KAH KAH KAH. Maria Mariana? HAHAHAHAHAHAHAAHAHA. Hei, apa ni gelak panjang-panjang. Ziana Zain punya pasal, filem Sembilu pon aku tengok what. HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA. Gelak panjang-panjang lagi. Sumpah aku taknak tengok dah.

Selain itu, membuat aktiviti tipikal seorang permaisuri rumahtangga. Contoh? Ni pon nak kena dibagi contoh kah? Suri rumah buat apa lagi. Pergi gym. Angkat berat. Bertukang. Mencangkul. Jual sayur keliling kota. HAHA. Err. Secara serius, siang harinya saya agak sibuk (agak sibuk, maksud dia tak berapa nak sebok sangat. Sempatlah nak main Facebook semua). Washing baju pagi-pagi dengan bantuan mesin yang memekak tersebut. Lepastu pergi kemas kitchen jangan sampai sink berair basah-basah atau ada pinggan kotor semua. Sakit matalah bukan? Mensidai baju sambil intai-intai lawn jiran sebelah. Manalah tahu ada yang bukan muhrim ke apa. HAHAHAHA. Sejak dah mentanam daisy neh, kenalah mensiram dia dengan kasih sayang. Kemudiannya masuk dalam rumah main internet. Well. Tanpa internet, mundurlah bangsa. Eceh.

Angkut jemuran, lipat dan susun dekat wardrobe. Tapi sebahagian besar masa dihabiskan dengan menatap muka suami sendiri. KAH KAH KAH. Sekarang anda tahu kenapa saya sebuk. Saya sebuk menjaga suami. Ececeh. Jangan gelak, jangan gelak. Perbuatan ini melibatkan unsur pahala dan keredhaan. Ewwwaaaaah. Makin hari makin pandai aku neh. Dah lah pandai buat ayat poyo. Pandai masak. Pandai jaga suami. Pandai mencangkul tanah keras untuk tanam daisy pulak tuh. Sumpah tak sangka aku buat semua neh. Kau pernah cangkul tanah keras sampai keluar keringat SPF 30? Pernah? (Riak di situ)

Lagi satu. Kau pernah beli benih bunga tulip lepastu kau simpan dalam fridge? Pernah? Okay tak pernah. Saya pernah. KAH KAH KAH. Entah bila nak mentanam tulip pon tak tahu. Mungkin menjelang winter kelak. Kalau Chika sudah berjaya mentanam tulip sampai menghasilkan tulip kelak, anda jangan lupa buat kenduri sikit kasi jiran makan. Tapi kalau Chika mentanam tulip sampai menghasilkan benda selain tulip, anda janganlah kawan dengan Chika lagi. Ah ah! Berdebaran betul nak tanam tulip. Biarlah dia releks-releks lama sikit dalam fridge.

Sebelum saya bercerita lagi merepek pasal ladang bunga, apakan kata kalau kita terus ke diari malam Chika. Malam ini saya memasak sardin sebagai santapan dinner. Macam biasa. Masak pada jam 5 petang. Dan makan selepas solat Maghrib. Supaya husband akan pergi kerja dalam keadaan kenyang dan gembira sekali. Niat saya memasak memang tak ada lain. Memang untuk memberi suami makan dan menggembirakan suami dengan masakan saya. Sebab tuh dimasak dengan kasih sayang melimpah-limpah.Sedang saya cooking, husband movie-ing.

Sardin.
Sedap. Suami cakap.
Dipuji-puji.
Dan husband cakap ; Thanks sayang masak sedap-sedap untuk I. Pandai you masak.

Macam biasalah. Lumrah manusia. Lepas kena puji, makin syok nak buat lagi. Sebab nak kena puji lagi. Saya harap, suami akan terus mempuji sampai bila-bila. Supaya semangat saya tak luntur. Tanpa pujian, semangat tak ke mana. Eceh. Bukan motivasikah ayat neh? Apalagi, salin salin.

Okay licin.Terima kasih sebab buat hati isteri berbunga-bunga bangga.

Chika Chika! Mana tahu masak sardin neh? Jiran sebelah ajar kah?

Hang gila? Mat saleh sebelah neh mana makan sardin tumis-tumis. Dia makan tuna dalam toasted bread lah. HAHAHA. Tadi saya call emak di tanah air. Semata-mata nak bertanya cara-cara memasak sardin. Okay macam muka tak malu. Masak sardin pon nak call emak jauh-jauh. Dah memang saya tak tahu.

Di bawah ini saya sertakan senarai isi conversation emak yang membuat saya rindu emak banyak gila. Sampai sempat menangis kejap dalam kitchen selepas bercakap dengan emak. Punyalah rindu. Nasib baik husband datang mempeluk saya sampai saya pon tergoda kejap dan tak jadi menangis lebat. HAHAHAHAHAHA. Emak cakap ;

  • Jangan gemuk! Jangan gemuk!
  • Bergaya tak? Kalau keluar rumah, bergaya tak? Jangan selekeh. Pakai high heels tak? Jangan malas bergaya. Lawa-lawa selalu walaupon dah kawen. Jangan selekeh dalam rumah.
  • Sehat tak? Happy tak?
  • Husband buat apa? Husband jaga Ayong elok-elok tak?
  • Jangan garang dengan laki. Jangan lawan cakap laki. Jangan degil.
  • Kami semua rindu Ayong. Semalam semua orang dekat sini sebut-sebut. Dah sebulan Ayong kawen. Semua orang dekat sini masih bercakap pasal wedding Ayong. Semua orang kat sini masih terkejut dan tak percaya anak Ma dah kawen. Dah tak duduk dengan Ma.
  • Abah kelakar. Dia simpan semua kasut-kasut Ayong masuk kotak. Simpan elok-elok dalam bilik. Dia tak kasi siapa-siapa usik atau pakai barang Ayong. Bilik Ayong pon dah kunci.
  • Haikal rindu Ayong. Semalam dia mintak nak masuk tengok bilik Ayong. Semua sedih bila masuk bilik Ayong.
  • Ma boring Ayong tak ada. Ma malas keluar sejak Ayong tak ada.
  • Ma rindu suara Ayong panggil Ma setiap saat. Kejap kejap panggil. Kejap kejap panggil. Sekarang, tak dengar lagi suara Ayong panggil Ma. Mak Yang pon rindu suara Ayong panggil Mak Yang mintak urut badan.
  • Ada lagi hadiah wedding belum bukak. Kami tunggu Ayong balik sini baru nak bukak hadiah wedding.
  • Ayong belum ada apa-apa ke?

Jeng jeng jeng.

Yang akhir tu. Yang akhir tu. Semacam sikit. KAH KAH KAH.

Asyik dapat soalan tersebut. Bersepah sana sini dapat soalan tersebut dari macam-macam orang. Dari anda juga. Tapi kali neh lain macam sikit. Sebab disoal oleh emak sendiri. Bantai gelaklah aku. KAH KAH KAH.

Belum Ma. Masih kosong.

Eceh. Sumpah malu nak bercakap pasal benda-benda macam neh dengan emak sendiri. Sumpah. Memang sumpah malu. Mana pernahlah bercakap macam neh dengan emak. Baru sebulan menikah. Ada rezeki nanti, adalah.

Apalah semua orang neh tak sabar-sabar. Sedangkan Chika lagi bersabar. HAHA. Rezeki itu hak Allah. Tapi masih terkejut-kejut sebab disoal oleh emak. Emak comel betul. Lama tak tengok wajah emak yang cantek. Lama tak menonton Spa Q dengan emak lepastu emotional sama-sama kutuk Julia, kutuk Datin Sofira. HAHAHAHA. Rindunya sangat dekat keluarga. Rindu nak shopping Ringgit Malaysia. Eh eh tetiba pulak dia. Ah tak heran. Barang kat sini murah. Tak payah spend sampai RM300 beli perfume. $59 dah boleh dapat. HE HE HE. Tak heran tak heran! (nampak sangat sebenarnya HERAN) Arght! Rindu family! Rindu KL! Rindu Ringgit Malaysia! T____T

Tapi bahagia sangat dekat sini. Sebab dekat sini ada suami. Dekat KL tak ada suami. Nanti tak tatap muka suami, sesak nafas pulak kang. Dah lah tengah jatuh cinta sangat neh. Complicated sikit hidup buat masa neh. Sebab dekat KL ada family. Dekat Brisbane ada husband. Boleh tak you pergi kerja dekat Hospital Ampang. Boleh tak? HE HE HE. Tapi Brisbane best ooooo. Boleh bercinta sakan. HE HE HE. Mintak diri. Aku dah malu dah.

Insyaallah.

Sepanjang minggu ni akan mengisi entry edisi perkahwinan. Insyaallah.

note : Masak sardin lah. Takkan beginner nak masak gulai lemak ketam dengan asam pedas ikan tongkol. KIta kayuh pelan-pelan.Err. Internet laju betul. Rugi kalau tak youtube SPA Q. Program TV Queensland neh tak berapa dahsyat ar. Aku nak ASTRO, tahu!

One Month After …

Posted by chika under Uncategorized

7 Februari 2009

Majlis ijab qabul.
Ahmad Hizwani Abdul Rahman & Nurul Haizum Zainodin

Hari ini,

8 Mac 2009.

Sebulan sudah kami berumahtangga. Alhamdulillah. Kejap betul masa berlalu. Inai dekat jari bersisa lagi setengah. Sayang betul rasa. Kalau boleh tak mahu inai pengantin hilang. HAHA.

Buat suami.

Sayang, selamat menyambut tempoh sebulan bergelar suami! I love you banyak-banyak. Terima kasih for being such a great husband of mine. Terima kasih sebab beri kehidupan yang baik pada I. Jaga I, didik I supaya jangan selfish, ingat orang lain, buat baik dengan orang lain dan selalu ingat Allah. Terima kasih sebab datang dalam hidup I secara tiba-tiba dan buat magik kuasa super sampai ke tahap ini. Everyday I love you.

Sayang,
I mintak maaf atas semua kekurangan I. Selalu degil keras kepala tak nak kalah lepastu buat salah. I tahu betapa banyak perangai I yang menguji kesabaran you (kan dah dapat pahala sebab sabar dengan I ) HAHA. Sorry sebab I suka childish tak mahu fikir banyak. But then you hug me. Everytime you hug me, I rasa semua benda adalah logik. Semuanya adalah make sense and I learned how to calm down. Sorry I suka childish. HAHA.

Di sini, saya sertakan senarai ‘kenapa suami saya merupakan makhluk indah’ yang tercipta untukku (hey hey! Ni lagu ni) HAHA.

  1. Suami saya pandai. Selalu dapat jawap soalan saya dengan jawapan yang boleh terima pakai. Tapi bila dia tak tahu jawap, dia akan cakap ‘TAK TAHU’ secara tak segan tak silu. Lepastu akan bukak kisah zaman kenabian pasal seorang ulama’ yang akan jawap ‘tak tahu’ pada perkara yang dia tak tahu. Bukankah pandai?
  2. Suami saya selalu hiburkan saya dengan pelbagai cara. Masa lelap dalam lena pon masih menghiburkan saya sampai saya boleh ketawa berdekah-dekah sepanjang malam. Ya Allah, sayang. You cute betul. Okay tak apa. Jangan jawap ‘I tahu’ nanti macam muka tak malu. HAHA
  3. Dia rajin masuk kitchen. Buat smoothie setiap hari. Hari ni dia buat Avocado smoothie tapi dia terlupa masukkan banana. Saya harap, esok kami tidak perlu tengok muka banana lagi atas meja sebab dah jemu. HAHA. Husband saya pandai memasak pelbagai santapan hanya menggunakan microwave. Terror betul. Tak payah berlagak sangat Sayang dengan wife you yang naif neh. KAH KAH KAH.
  4. Dia selalu tak kedekut lengan. Selalu bagi saya pakai lengan dia sampai kadang-kadang dia kebas.
  5. Dia seorang suami yang lemah lembut, baik hati, pandai ambik hati isteri (saya masak apa pon dia puji sedap berkali-kali sampai saya malu tak tahu nak letak muka dekat mana). Kalau nampak perempuan cantek pon, akan cakap saya lagi cantek padahal penipu sangat. (Takkanlah saya lagi cantek dari heroin filem Twilight) HAHAHAHAHA. Tapi tak apa. Memang dapat pahala puji isteri sendiri. Eh eh, tetiba pulak.
  6. Dia selalu belikan saya Taro Milk Tea dan tak pernah lupa nak offer saya untuk dapatkan minuman tersebut setiap kali melintasi Easy Way. So sweet.

Setelah sebulan hidup bersama di bawah satu bumbung, di dalam satu rumah, berdentang-dentung di dalam satu kitchen, menginap di dalam satu bilik, dan juga sehati sejiwa (ececeh, soulmate soulmate), saya dapat kenal macam-macam pasal suami saya. Err. Well. Enam bulan kenal terus kahwin. Dah lah tak sempat bercinta sangat atau berdating sebelum kahwin. Sekarang barulah nak bercinta-cinta dan berkenal-kenalan. Eceh.

  1. Suami saya tak memerlukan sugar dalam rumah. Dia kata, sebelum ni langsung tak ada sugar dalam rumah dia sebab dia memang tak minum sugar. Saya sorang yang tak segan silu habiskan sugar (err. Actually belum pernah habis lagi one pack of sugar dekat rumah kami)
  2. Dia minum air masak sahaja atau smoothie yang dibuat dari buah-buahan segar seperti avocado kelat (sorry sayang I tengah kutuk avocado you), banana, watermelon besar dan lain-lain lagi. Dia tak minum caffeine jadi buat pengetahuan saudari saudari, saya belum pernah sekalipon membancuh nescafe panas atau teh panas dan hidang kepada suami semasa suami balik kerja. Sangat tak ada chance. Sebab husband saya minum air kosong saja. HAHAHA.Tapi semalam you mengaku minum espresso dekat hospital semasa on call malam-malam. Apa ni sayang? Apa ni? Okay tak apa. Sekali sekala mengelak dari tertidur semasa merawat pesakit. Oleh itu, milo, nescafe dan teh lipton yang ada dalam rumah neh semua saya minum seorang diri macam monster.
  3. Dia suka makan muruku. Sampai dekat Aussie pon pergi Indian Market carik muruku. KAH KAH KAH. Makan muruku pagi-pagi sambil baca surat khabar atau sambil menonton TV. Krup krup saya dengar. Tapi saya tak join sebab saya mana makan muruku. Saya makan cheesecake je. Okay tak ada kena-mengena.
  4. Pantang naik kenderaan, suka nak tidur. Bila saya drive, dia tidur. Bila dia drive, saya tak tidur. Syukur sebab dia tak tidur semasa driving. HAHA. Naik cruise pon nak tidur :( Dah lah bosan 1 jam setengah atas cruise. I sampai terbosan-bosan rasa nak pergi mengorat mat saleh usia pertengahan yang duduk depan kita tu. (cabutttttt!)
  5. Rajin buat kerja macam-macam. Ada je benda nak buat. Hari tu dah buat lawn mowing sampai luka-luka tangan dia. Olololoo. Lepastu susunkan furniture dalam rumah. Interesting, no?
  6. Selalu tak letak sport shoes dekat shoe rack. Mana aci macam niiiiiii. Kasut I semua tersusun baik je. Tak aci tak aci.
  7. Selalu hilang cermin mata. Cermin mata beliau is everywhere. Boleh jumpa atas lantai, dalam bathroom, terselit belakang laptop, atas katil malah di atas trampoline. (eh, rumah kita mana ada trampoline) Aik?
  8. Suka makan sayur banyak-banyak tapi tak suka makan buah.
  9. Suka makan makanan berkhasiat sahaja. Seperti soy milk rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan jugak cereal. Dia suka minuman Boost sebab berkhasiat. Saya suka minuman Easy Way (sebab ada Taro Milk Tea) tapi tak berkhasiat sangat. Saya rasa, makanan tak berapa berkhasiat selalu sedap.
  10. Selalu buat lawak yang kelakar. Err. Kalau dia buat lawak tak kelakar pon, saya tetap ketawa berdekah-dekah jugak. Jangan worry sayang. Tapi dia kata, lawak saya sebelum pukul 10 pagi semuanya tak jadi. Dia pesan supaya saya jangan buat lawak pagi-pagi sebab lawak tersebut tak kelakar.
  11. Ketinggian dia yang teramat tinggi kadang-kadang buat saya rendah diri. HAHAHAHAHA. Apa aku cakap neh?
  12. Setiap hari saya tengok dia download Naruto lepastu menonton sorang-sorang pakai earphone. Lepastu online baca komik jepun yang banyak sound efek like URGHT! PRANG! CHING! Whatever sayang.
  13. Bila dia buat tulisan doctor, saya tension.
  14. Dia rajin ajak saya shopping tapi saya malas keluar rumah sebab Queensland ni adalah Sunshine State. Erk? Maksud saya, panas.
  15. Dia mempunyai citarasa memilih bunga yang sangat baik. Dari zaman mengorat saya lagi, selalu bagi jambangan flowers yang tidak memalukan. Semua pilihan bunga beliau untuk saya adalah bercitarasa baik. HAHAHAH. I nak tulip I nak tulip I nak tulip (Hey, shut up kau Chika!)
  16. Sangat anti dengan rokok atau perokok atau merokok dan semua yang berkaitan rokok. Bangga dapat suami bebas tembakau.
  17. Suka tolong orang dan selalu buat baik dengan orang. Selalu hati kecik saya bercakap; Baiknya laki aku neh. Kantoi, hati boleh bercakap.
  18. Dia sangat rajin dan perihatin. Contoh :

    Semburkan water proofer untuk kasut isteri sebab isteri dia selalu lupa dan tangguh-tangguh buat kerja. Saya tahu dia tak suka sikap saya tangguh-tangguh buat kerja. Hambik kau! Kan dah laki kau yang pergi jagakan kasut kau. Malulah sikit! Sumpah malu! Sorry sayang. Err. Nampak? Betapa perihatin.

    Kasut-kasut saya tak boleh dibiar jadi kotor atau terjejas. Sampai gladiator shoes saya berhabuk pon dia perasan. Semasa mencuci blender juga, kena cuci bersih-bersih dan jangan sampai frying pan bercalar. See see. Sangat perihatin. Which is cute, no? A very particular person indeed. Ya Allah. Jatuh cinta lagi.

Ya Allah. Saya harap, rumahtangga kami dalam keberkatan sentiasa. Dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rezeki yang halal. Dijaga dengan keimanan dan saling mengingat kepada Allah. Diharungi dengan penuh kesabaran sepanjang cabaran dan ujian yang akan datang kelak. Ujian tak akan pernah berhenti. Saya harap kami berdua dapat bertahan dengan kesabaran. Memang indah usia-usia awal perkahwinan. Saya harap, indahlah selalu walaupon sampai ke hujung nyawa.

Sekian, coretan jiwa-jiwa saya buat pembaca laman nurani. KAH KAH KAH KAH KAH.

Apa nak jadilah dengan Chika neh. Makin lama makin berjiwa halus. Entry bukan sikit punya puitis macam pujangga ke apa tah. Esok kita tukar topik lah okay. Kita cakap pasal Spongebob tak pakai seluar ke apa. Kasi bergoncang balik jiwa keremajaan aku. HAHAHAHAHA.

Macam biasa. Tak sabar tunggu pukul 9 pagi esok.

Cinta sedang ke-udara.

Sambal Terung konon

Posted by chika under Uncategorized

Teringin sangat nak makan sambal terung. Sejak duduk dekat tempat asing neh, tekak suka sangat nak makan benda-benda tak berfaedah. Padahal boleh je makan cereal dengan soy milk. Atau toasted bread sapu jem atau tuna. Atau steamed vege. Atau spageti yang senang sangat nak dibuat. Cis cis cis! Saya suka masakan Melayu walau apa terjadi sekali pon. Biarlah kena susah payah perah santan, parut kelapa, petik cili semua. Okay okay. Jangan over.

Petang semalam, kami pon ke Yuen’s Market di Sunnybank untuk mendapatkan ikan bilis. HEHE. Yuen’s Market adalah sebuah Asian market. Di mana orang Asia (like me and you) boleh mendapatkan makanan-makanan, rempah ratus dan lain-lain lagi berciri Asia. Seperti Kicap ABC, daun limau purut, kayu cengkih, Mee Sedaap dan sebagainya. Kicap Kipas Udang tak ada, heck! Belacan semua ada jangan worry. Tapi kalau carik Sup Bunjut Adabi ke apa memang tak jumpa ar. Sorry. Apa? Maggie? Bersepah-sepah naikmenyampah aku tengok. Eh eh, tetiba pulak. Maggie tu kat mana-mana pon ada. Kebanggaan Malaysia tuh, anda tahu? Saya tak tahu.

Berbalik kepada cerita sambal terung. Huuuuuu sangat mengkecewakan dan mensebakkan. Dua kali tahu! Dua kali saya masak sambal. Kali pertama tu, saya buat secara sendiri dengan usaha murni tak berbelah bagi. Niat lillahi taala disamping hendak bagi suami makan. Bukan sikit punya dahsyat lah bukan niat saya tersebut.

Potong bawang, blend cili kering (sampai hangat pijar nak terbakar-bakar tangan dibuatnya), tumis dan masak semua. Terung pon dah siap goreng. Tunggu nak masukkan terung dalam sambal je. Saya pon ke ruang tamu bertemu suami untuk tengok beliau online dan sebagainya.

Tiba-tiba!

Oh Tuhanku! Telah rentung hitam legam garing hangit cis punah harapan hampa frust nak nangis semua! Mulalah aku buat ayat senafas kan. HAHA. Tension betul dalam kepala. Berjuta-juta kali menyuarakan kekecewaan dekat husband. Husband pon berlari ke kitchen. Beliau pon sangat frust mentengok saya frust. Tapi jiwa neh sangat sakti ke apa tah, terus cakap ; Sayang, jom masak lagi sekali. I tak peduli, nak buat sambal terung jugak.

Pergi masuk kitchen. Buang sambal hangit rentung hitam legam satria baja hitam cis cis cis masuk dalam tong sampah. Mintak husband saya tolong masak. Beliau pon join dan akhirnya, menghasilkan sambal terung KAMI. Padahal asalnya baru nak berlagak sombong bagi nama Sambal Terung Chika. Sangat frust woooooo.

Tapi tak apa. Dengan bantuan gigih suami tersayang, dapat jugak kami dinner makan sambal terung. Kami pon makan dengan bahagia. Tapi tangan kanan saya sangat sengsara hangat pijar. Entah apa jenis keturunan cili kering tah. Sangat pedas. Bukan saja pedas di mulut, malah bisa membakar tangan anda. Ni cili ke atau api neh? Mungkin cili yang disiram dengan api dan berbaja api. Sangat marah aku dengan cili kering tersebut. Macam tak ada kerja lain. Pedas belebihan.

Sambal terung.
Timun sebagai penghias kasi cantek lah sikit. Terima kasih, timun.

Prawns with herbs and garlic sauce.

Kalau nak kelentong anda, bolehlah saya mengaku ni udang saya masak sendiri. Tapi kalau dah nama dia siap pakai herba segala, nampak sangatlah Chika tipu. HAHA. Ini masakan segera. Frozen food. Bukan susah pon masak dia. Keluarkan dari kotak, masaklah dia di atas frying pan. Sangat mudah. Tapi sedap.

Kami tak pandai masak sikit-sikit. Setiap kali masak, macam nak makan satu keluarga. Padahal nak makan berdua. HAHA. Huyyoooo. Best betullah cooking. Gadis-gadis di luar sana. Watch your mouth. Jangan lantang sangatlah mengaku tak suka cooking, tak nak cooking, menyampah cooking, dah kahwen tak mahu masuk dapur ke apa. Mind you. Tengoklah apa telah terjadi dengan saya. Dulu bukan main taknak memasak. Sekarang saya rasa begitu enjoy memasak. Tapi kalau tak sedap, histeria lah aku di dapur! Itu time, rasa nak bakar kitchen pon ada, HAHAHAHAHAHAHA. Hurm. Tapi tapi tapi! Rasanya, kalau kami tinggal di KL tak ada jugak kot saya memasak. Ni pon sebab dah terdesak dan tersedak. HAHAHAHA. Siapa tak pandai masak, lepas kahwen cubalah bawak-bawak diri ke tempat asing. Nak lagi cepat terror, pergilah Africa ke apa. Mesti menggelupur punya nak memasak sendiri. HAHA. Motivasi neh. Salin salin. Simpan dalam diari anda.

Lone Pine Koala Sanctuary

Posted by chika under Uncategorized

Minggu ni husband kembali bekerja (sob sob sob). Seminggu telah bercuti (huyeay!) Gembira betul hati isteri bila suami tidak pergi kerja. Buat masa ni, schedule kerja husband saya adalah macam tu. Seminggu kerja malam. Seminggu cuti. Seminggu kerja malam. Seminggu cuti. Yang tak seronoknya, beliau bekerja malam (kesian you, Sayang. Okay, tak ada sebab nak kesian) Yang seronoknya, akan bercuti seminggu lamanya.

Husband telah ke hospital. Saya telah kembali masuk office jugak. Aik? Chika masuk office? Memblog lah apa lagi. Kalau husband di sisi, sangat terganggu fokus, hilang arah, distracted dan sebagainya sampai tak mampu nak memblog. HAHA. Err. Tengok muka suami lagi seronok dari tengok muka blog. Tahukah anda? Okay, anda tidak tahu. Tak apa.

Disebabkan husband cuti seminggu lah, kami asyik makan angin saja this week. Semalam kami pergi Lone Pine Koala Sanctuary. Di Brisbane lah, mana lagi. Kami ke sana dengan menaiki Mirimar Boat Cruise. Dan perjalanan dari Cultural Centre Pontoon (Southbank) ke Lone Pine Koala Sanctuary (LPKS) telah memakan masa selama 1 jam setengah (wa cakap lu). Perjalanan yang memakan masa tersebut telah disertai dengan taklimat informasi dari pihak The Mirimar.

Boleh saya tahu, kenapa Puan menulis blog dengan gaya penulisan format laporan rasmi?

HAHA. Tension betullah kepala aku. Susah betul nak goreng ayat malam neh.

Di atas boat cruise. Di mana kami berpelukan dan mat saleh semua kena tengok kami. HAHA. Kalau mereka pandai beristighfar, pasti sudah basah bibir dengan nama Allah sebab tengok ada merpati dua sejoli macam belangkas. Ya Allah. Dah lah merpati, macam belangkas pulak tu. Jangan imagine, jangan imagine.

Lama tahu duduk dalam cruise tersebut. Dah lah panas terik matahari tegak atas kepala. Terbayang macam kulit kena jilat dengan matahari lepastu melting macam mentega atas kuali panas (terror tak terror tak saya punya perumpamaan?) KAH KAH KAH. Husband dah siap lengkap dengan sun protection SPF 30. Dia kata harus apply sun protection every 4 hours untuk mengelak kanser kulit. Chika macam biasa. Tetap berdegil dan percayakan Clinique SPF 15 yang tak guna sangat sebenarnya. HAHA.

Sepanjang perjalanan merentasi Sungai Brisbane (maksud saya, Brisbane River) tour guide pon berceritalah tentang apa yang ada kiri kanan river. Queensland University etc. Yang menseronokkan, tour guide sangat poyo. Husband cakap, cara dia sampaikan informasi sama macam cara saya tulis blog. KAH KAH KAH. Iaitu suka mengkelentong orang secara tiba-tiba. Bukankah sangat comel punya perbuatan?

Kami naik cruise pukul 10 pagi. Sampai LPKS pukul 11.30 pagi. Agak rushing lah jugak. Sebab city centre adalah sesak (tapi KL tetap menang dalam bab-bab kesesakan jalan neh. Brisbane pon tak sesesak KL I tell you. Bangga jadi anak jati KL. Ewwaahh)

Bukan pokok jering. BUKAN. Yang hitam bergayutan tersebut bukanlah buah jering. Itu adalah lembaga kepala hitam, badan hitam, muka hati jantung semua hitam yang bersepadu dengan Satria Baja Hitam menentang musuh dunia. Hoi hoi. Mengkelentong anda. Itu bat lah. Kelawar. Menghampiri LPKS tu, memang seriau rasa tengok kelawar sangat banyak bergayutan. Dah lah bising. Tengah ujibakat One In A Million ke apa tah.

Yours truly and the kookaburra.

Okay aku tension. Semua koala sedang membuta semasa kami datang menziarah. Koala adalah sejenis haiwan yang tidur selama 20 jam sehari. Lagi 4 jam pula dihabiskan dengan makan. They don’t drink. Ini fakta, bukan kelentong anda. Err. Berdasarkan fakta tersebut, nampakkah anda akan potensi koala sebagai haiwan peliharaan di rumah? Macam anda membela kucinglah. Padahal bela koala lagi mudah. Sebab dia akan tidur 20 jam, jadi tak akan sempat sangat nak kencing atas sofa emak anda. Dia makan 4 jam selebihnya. Bukan susah sangat. Lagipon dia tak memerlukan minuman jadi tak payah bancuh kopi ke apa. Lepastu jangan lupalah mempakaikan loceng dekat leher dia. Ya Allah, sangat comellah bukan? Dan tak terkecuali, memberikan nama timangan. Seperti Koka-kola. Okay, dah merepek banyak. Move move!

Yang ini husband saya. Tapi tak apa. Kita akan bercakap tentang Emu dan hukanlah tentang husband saya. Emu adalah haiwan di dalam foto di atas. Yang kononnya masuk dalam mulut husband saya. Ya Allah, Sayang. Jangan makan kepala Emu!

Bird of prey flight show

Kangaroooooooo

Yes, babe. Akhirnya saya jumpa dan buat sentuhan dengan kangaroo. Apalah ertinya berada di Aussie tapi tak jumpa kangaroo kan? Eceh.Ni bukan ayat Chika. Ni memetik kembali ayat husband saya. Yang beriya-iya paksa saya suruh sentuh jugak kangaroo padahal Chika mana suka haiwan lah bukan? Seboleh-boleh husband saya suruh jugak sentuh kangaroo. Tertekan sikit ketika itu. HAHA

Muka begitu pasrah dan releks. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Betapa bergoncangnya jiwa nak menghampiri pasukan kangaroo. Dekat sini boleh hand feed kangaroos and emus. Malangnya, kami terlupa nak beli makanan kangaroo dekat counter. Sorry, kangaroos! Next time, maybe.

Time ni husband paksa jugak suruh saya sentuh kangaroo masa ambik gambar. Saya tetap taknak. I takutlah, please!

Jeng je jeng. Macam biasa. Akan ada selitan foto panas. Dah lah Queensland neh panas. Makin mendidih lah bukan? HAHAHA.

Aksi panas di belakang kangaroo. Depan kangaroo, pijak semut tak mati. Err?

AND FINALLY, YIBBAAAAAAA….!

Chika sentuh kangaroo! Chika pegang dia! Chika pegang dia!

HAHAHA.

Dan husband saya menjadi insan paling gembira mengharungi detik-detik saya memegang kangaroo. Kelakar betul. Semuanya gara-gara amoi baju hitam (dalam gambar di atas. Nampak?) Beliau adalah seorang Malaysian. A chinese. Yang kami jumpa dalam Cruise. Beliau datang dekat kami mintak ambikkan foto dia dengan kangaroo. Saya tengok dia pegang kangaroo sangat steady. Dan akhirnya saya pon termotivasi.

Sudah pegang kangaroo, I tell you. Ingat senangkah nak tengok Chika mempegang haiwan? Err. Belum cukup sempurna hanya dengan memegang kangaroo. Bagaimana pula dengan memeluk koala dan mengabadikannya dalam foto?

Okay, done.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Beberapa perkara tentang koala cuddling.

  • Koala berat kau tahu! Tengoklah badan dia. Bukan sikit punya montok. Tak tahu macam mana emak dia dukung dia semasa membeli barang dapur. (Chika, get out!)
  • Saya histeria sikit pada mulanya. Bila kuku dia terkena dekat leher, omaigod! Rasa nak baling Koala tersebut tapi mana mungkin. Tengok muka dia macam baby sampai tak sanggup nak marah dia.
  • Bau dia adalah err… kejaplah. Mencarik perkataan lain selain ‘busuk’. Tak sanggup nak cakap dia ‘busuk’.
  • Koala adalah haiwan yang pasif. Di mana muka dia sentiasa blues. Kepala sentiasa lentuk. Dan pergerakkan adalah dalam sifat slow motion. Sentimental betul.

Bergambar dengan Koala, $16.

Ececeh. Doktor memandu cruise.

Went back to the city centre. Dua jam saja di LPKS.

Disebabkan kami park kereta dekat Queensland Art Gallery and Museum, dia benarkan kereta park until late midnite. Bayar parking $12 sahaja dan boleh park sehari suntuk sampai tengah malam. Jadi, kami pon malas nak balik. Pergi merayap dan bercinta sepanjang Queen Street Mall. Ni dah kali kedua saya melilau dekat this street. Menseronokkan. Banyak butik yang menarik.

Oyya.

Kalau tak silap saya, ada reader yang bertanya tentang Tie Rack. Ya ya. Ada butik Tie Rack dekat Meyer, Queen Strett Mall ni. Tapi saya tak sempat singgah last time. Siapakah yang bertanya last time?

HAHA.

Ini couple T-Shirt. Yang kami pakai semasa ke LPKS. T-Shirt ni hadiah wedding kami. Yang diberi oleh Aizar dan Astri. Cute, no? Semalam saya tengok, husband saya dah cantumkan baju tersebut di atas bed. Geli hati betul. Saya terus ambik camera.

Dah letih dah letih. Tadi sibuk memasak untuk bagi husband makan. HEHE. Sudah jam 11 malam di sini. Home alone. Dan hiba dan sedih sikit. Eceh. Tak sabar nak tunggu jam 9 pagi esok. Bukak pintu sambut husband balik. Yahoooooo.

Saya sangat rindu keluarga saya di Kuala Lumpur. Nak pergi call ibubapa lah.

Mt. Coot-Tha

Posted by chika under Uncategorized

Last Monday kami pergi jalan-jalan makan angin panas. HAHA. Err.Memandangkan ini entry makan angin, semacam tidak perlulah menggoreng ayat berlebihan sangat. Anda tontonlah gambar-gambar di bawah ini dengan hati yang terbuka. Itulah. Dulu suka sangat komplen blog Chika takda gambar. KAH KAH KAH. Sekarang, bukankah sudah memberikan anda koleksi foto yang berlebihan? Semoga anda semua berpuas hati. Dan semoga blog ini mencapai piawaian anda. HAHA. Apa-apalah.

Kejadian berlaku di Brisbane City (sebab inilah bandar happening terpaling hampir dengan kediaman). Destinasi pertama ialah ke Brisbane Botanic Gardens, di Mount Coot-Tha.

Ini walking guide kami. Nama beliau Dick. Kalau takda beliau, pasti terbosan-bosanlah kami sebab hanya lalu lalang depan tumbuhan tanpa mempedulikan apakah natijahnya tumbuhan tersebut kepada kami dan persekitaran. Dah lah panas. Macam biasalah. Queensland ni panas nauzubillah.

Nak masuk Planetarium. Unfortunately, Monday dia tutup.

Destinasi kedua, Lookout area.Dari sini boleh meninjau seluruh bandar Brisbane. KLCC? Ye, boleh nampak Menara Berkembar Petronas dan Menara KL juga di sebelah Timur Barat. KAH KAH KAH. Maksud saya, saya sedang membuat kelakar. Menjengkelkan.

Cuaca taklah begitu cantek. Agak kelam dan kurang mempersonakan. Tapi masih sesuai untuk pasangan bercinta yang gemar bercumbu-cumbuan. Hep! Orang dah kahwin memang gemarkan perkataan-perkataan sebegitu. Blame me not, can you? HAHAHA. Ingat Allah ingat Allah. Dah lah readers aku banyak budak sekolah. Maafkan Kakak Chika.

Sayang, nak $2

Dahsyat ooo tempat neh. Kedekut. Nak pakai teropong kena bayar $2. Dah lah teropong dia tak hebat mana. Kalau dibandingkan dengan KL Tower punya teropong, macam langit dengan bumi. Nak mengendap ke apa semua, simpan dalam hati sebab memang tak ada chance punya. Kalau KL Tower punya teropong, macam-macam kau boleh tengok. Budak sekolah panjat pagar pon nampak, Mat Saleh swimming dekat rooftop pon nampak. Orang err… okay, enough enough. Banyakkan berzikir. Anyway, tak lama pulak tu dapat pakai teropong tu. $2 untuk beberapa minit.

Kan saya dah kata. Sesuai untuk bercumbu-cumbuan anda tak percaya. Aaaaaa sudah kau! Aku berguraulah!

Kemudiannya, kami mencari tempat makan. Saya telah membuat perangai nak makan seafood. Tapi akan bercerita tentang peristiwa makan pada waktu dan kesempatan yang lain. Pada kesempatan ini, mahu meneruskan dengan destinasi terakhir. Iaitu Roma Parkland.

Macam biasa. Taman bunga untuk bercinta juga. Seiring dan sejalan. Seindah bunga di taman. Bak burung nan megah, kanda kupuja … Bahagia kita berdua. Percayalah. Anda akan berasa seperti berada dalam zaman kegemilangan Sharifah Aini dan Broery Marantika semasa berada di taman ini. Percayalah sangat. Baiklah, tak ada modal hendak menggoreng anda lagi.

Mood pon tak berapa nak ada.

Boleh bersurai.

Sunday Holiday

Posted by chika under Uncategorized

Semalam adalah Ahad yang gelap, kini sudah terang. Okay, entah apa-apa buat ayat tak ada pedoman. Semalam adalah Ahad. Ahad adalah hari di mana kami (saya dan suami akan membentuk ‘kami’) tidak boleh tidur selepas Subuh. Sebab selepas Subuh, suami akan cakap ; Yang, I keluar carik surat khabar, you siap-siap eh. Selepas itu, si isteri akan cakap ‘okay’ padahal sebenarnya tak okay. Isteri yang tak okay tersebut pon akan rebah atas sajadah bersama telekung putih. Macam seram pulak dah.

Err. Sabtu Ahad, adalah hari mengejar garage sales. Di mana, kami akan bersiap-siap sebaik sahaja solat subuh. Dah lah solat Subuh pukul 5.15 am. Anda, fikirkan sendiri apakah punya sengsara yang saya lalui. HAHA. Bad mood betul rasa nak keluar pagi-pagi buta.

Garage sales adalah seperti carboot sales (kalau anda kurang pasti) di mana anda boleh mendapatkan portable air-cond dengan harga 10AUD dan histeria sebab murah sangat. Balik rumah histeria sebab air-cond tak sejuk. KAH KAH KAH. Okay sorry Sayang. Terima kasih sebab semalaman cuci air-cond, cuci kipas, cuci heater, cuci tv, cuci washing machine, cuci garage, cuci mata. Eh eh… lebih-lebih pulak padahal cuci aircond dengan kipas je. Tumpang lalu, Sayang.

Setelah garage sales semacam ‘annoying gila’ iaitu entah apa-apa jual barang macam tak guna buat pening kepala aku panas berpeluh baik balik terjun atas katil tidur daripada merayap tak tentu pasal bla bla bla. Ya Allah, terror betul perempuan ni membebel senafas. Kalau mengaji mesti sedap ni sebab nafas sangat stabil. Berbalik kepada kisah Ahad kita. Setelah garage sales semacam ‘annoying gila’, kami pon bersepakat ke Brisbane Market (untuk membeli pencuci kain buatan Malaysia KAH KAH KAH. Hey hey, this is serious man! Apsal gelak?)

Breakfast makan Jagung Pop atau dalam bahasa ibunda, bertih jagung (Popcorn tahu? Oooo kau! Bahasa Inggeris kau pandai, bertih jagung kau tak tahu! Malu sikit). Sedap. Oyya, tengok muka Chika semacam bahagialah bukan? Padahal sedang sengsara menahan terik mentari Queensland yang memerlukan sun protection SPF 30 (Clinique moisturizer saya pon tumpas sebab SPF 15 sahaja, standard Malaysia) Apa punya panaslah Australia neh. Ni yang buat saya nak pakai pepatah neh ; panas terik di Kuala Lumpur, panas terbakar di Queensland. Lebih baik di negeri sendiri (mempersembahkan pepatah paling buruk dalam dunia, tolong belasah aku sekarang sebab buat pepatah tak kelakar neh) Argh, kejaplah nak pakai font grey lepas tu nak strike dia kasi kau tak boleh baca sangat pepatah buruk yang buat malu keluarga je.

Brisbane Market, anda boleh samakan dia macam pasar malam dekat rumah anda setiap hari Rabu yang ada orang jual towel Barbie atau towel Manchester United sepuluh ringgit tu. HAHA. Bukan best pon. Tapi yang membezakan Brisbane Market dengan pasar malam rumah anda setiap minggu tersebut, di sini terdapat penjualan pokok-pokok bunga yang berleluasa dengan harga yang murah dan mengujakan sekali. Terdapat juga bunga-bunga segar (florist) yang dijual secara murah. Seperti sedozen roses dengan harga $6 (mana nak dapat?) Dan 6 kuntum bunga cantek yang gila cantek dijual dengan harga $8 tapi husband tak kasi beli sebab takut terpenyek sebelum sampai rumah. Agak terkilan sampai tak lalu makan 8 hari (okay tipu sangat)

Tapi tak terkilan sangat sebenarnya. Sebab telah mendapatkan sepasu Gerbera Daisy (nama ni saya teka HAHA) dan dua pasu bunga tak tahu nama (sebab takde idea langsung nak teka).

Murah murah! 3 Dolar 3 Dolar!
(Entah-entah kat KL RM3, tak kecoh pon)
HAHAHAHA.

Sampai rumah, bunga segar telah menjadi bertukar menjadi …

Erk. What is your name? HAHA. Apakah neh? Bunga ke atau mop? HAHAHAHA. Itulah sudah cakap tadi. Inilah dia kesan SPF 30 yang memancar terus ke Queensland. Tapi jangan bimbang, sekarang telah kembang segar semula. Sangat cantek di depan mata ni ha. Rasa nak telan dia sebab terlalu kembang dan cantek. Err. Sejak-sejak kahwen neh, asyik cerita pasal bunga lah bukan? Well. Ada ladang bunga dalam hati. What to do. HAHA. Nyampah nyampah.

Tunggu husband saya siap mow the lawn barulah akan mula bercucuk tanam dan membuat ladang bunga secara real. Dah lama sangat bercucuk tanam dalam hati. HE HE. Tahukah sesuatu hal yang dahsyat tentang rumah kami?

Rumah kami ada laman yang besar (Alhamdulillah). Dan diiktiraf sebagai lawn yang paling besar dalam kompleks ni (Subhanallah) Tak sangka pulak laman kami terpaling besar. Dan err… terpaling maju dalam industri perladangan lalang dan rumput (Astaghfirullah!) KAH KAH KAH. Gila punya tinggi lalang. Kalau Chika masuk dalam lalang pon, husband pasti tak boleh jumpa. HAHA. Malu kalau orang tengok. Walau apa pon, terima kasih dekat suami tercinta sebab telah berusaha nak memotong rumput. Tapi tak berjaya atas sebab teknikal. Kita usahakan lagi. Hey hey, bukan salah kami pon. Memang lawn dah semacam neh punya terror semasa kami masuk. Kami pon belum ada peruntukan masa untuk menguruskan laman rumah. Itulah Sayang, orang dapat tanah sekangkang kera, you dapat besar-besar sangat laman dia. Kan dah sakit nak maintain dia :P

Balik dari market , oyya. Lupa nak cakap. Memang membeli pelembut kain pon. Comfort. Dengan harga $4 lepastu terhegeh-hegehlah aku peluk softener keliling market. HAHA. So like makcik-makcik kan? Pergi pasar beli pelembut kain. Pergi pasar beli pokok. Err. Dah kahwen lah bukan? Takkan pergi pasar beli DVD pirate Spongebob pulak.

Balik dari market, singgah Acacia Market Place mencari buah-buahan segar. Sebab husband tengah addict nak buat smoothie.Hari-hari husband saya buat smoothie. Hari-hari pulak saya kena test smoothie dia. Yang anehnya, hari-hari saya rasa seperti meminum smoothie yang sama. Padahal hari-hari husband saya buat smoothie yang berlainan menggunakan buah-buahan yang berlainan. Err. Okaylah, jangan teruskan ayat. Nanti husband saya kungfu muka saya kang. HAHAHAHAHAHAHA.

Memperkenalkan, Taro Milk Tea. Minuman kegemaran kami. Ia adalah sejenis minuman teh berperisa keladi. Bukankah lazat sekali bunyi dia? Ya. Dan rasa yang sehebat bunyinya. KAH KAH KAH. Sedap I tell you. Sekali try, mesti nak try lagi lagi lagi. Salahkan husband saya sebab ajar saya minum minuman yang bukan-bukan macam neh. HAHAHAHAHA. Err. Adakah minuman ini menyihatkan? Husband cakap, tak. HAHA. Dan ia boleh didapati di Garden City berdekatan rumah anda. Maksud saya, rumah saya.

Pada hari Ahad yang tersangat panas terik tersebut juga, saya telah menjumpai kedai menjual pakaian muslimah yang lain. Sangat gembira. Akan ke sana kelak. Sebab semalam kedai tutup. Sejak duduk jauh dari Masjid India neh (maksud saya, Kuala Lumpur), kejakunan menjadi-jadi. Tengok hijab pon jakun. Tengok Comfort made in Malaysia pon jakun. Tengok Mamee pon jakun. Tengok trampoline lagilah jakun. Op opp!Jangan buat husband tension, jangan! HAHAHAHAHA.

Tengoklah sekarang. Berapa banyak tempat yang dipergi dalam satu hari. Sebab tu saya cakap. Dah malas sangat nak keluar.

I guess, dah terlalu penat untuk hari ni. My husband dah collapse dah. HAHA. Sehari suntuk berjalan. Pergi Brisbane City again hari ni. Berjalan ke Mt.Choo-Tha dan Roma Parkland. Sangat memenatkan dan mendahagakan. Kami minum banyak gila air. Akan blog about it later. Dalam kata lain, not now.

Entry wedding akan dibuat secara marathon kelak. Saya akan cuba untuk update kisah-kisah wedding yang belum anda temui di alam maya. Supaya ia lebih fresh. Well, wedding I kan dah basi. HAHA. Kalau google tu, dah bersepah sangat boleh ditengok dan dibaca. Sampai saya tak semangat nak buat entry dah. HAHAHAHA. Tapi tak apa. Akan blog tentang majlis khatam quran, akad nikah dan outdoor photoshoot.

Oyya. Selalu lupa. Abang Jazlan adalah photographer yang sangat best. Tak menyesal hire beliau. Saya harap dia tak khatam kan blog saya. HAHAHAHA. Saya pon terkejut monkey bila tengok short video, banyak gambar dia ambik dari blog. Ewah ewah. HAHA.

Akan mempromosikan beliau kelak. No worries.