Archive for March, 2009

Gold Coast : Preview

Posted by chika under Uncategorized

Penat sangat. Dua hari berturut-turut merayap ke Gold Coast like nobody’s business (eh, memanglah). HAHA. Esok akan ke Gold Coast lagi sekali. Macam crazy eh? Mana tak crazy, punyalah best punya tempat. One day will never be enough. Campur esok, jadilah a complete three days in a row kami merayap satu hari suntuk ke Gold Coast.

Err. Mana ada crazy. Rumah kami dengan Gold Coast punyalah dekat. Less than 1 hour drive (I tell you) Nak pergi setiap hari pon tak ada problem sangat. Problem sikit saja. Tapi boleh letak tepi masalah-masalah ringan seperti malas drive, penat, panas, cuaca, bangun pagi dan perkara-perkar ringan yang lain. Kalau setakat nak beli biskut dekat Gold Coast lepastu drive balik rumah makan biskut tersebut pon boleh sangat (over tau).

Disebabkan Gold Coast merupakan satu kegilaan, kami pon telah membeli Premium Pass huyeay! Pass yang akan memberi kami unlimited access selama 2 tahun untuk Dreamworld dan White Water World. Worth it sangat untuk residents yang duduk di kawasan berhampiran. Seperti yang saya nyatakan tadi, one day will NEVER be enough. Kami dah buat 2 round punya trip pon masih belum khatam lagi Dreamworld. Tapi Waterworld dah beres dah. KAH KAH KAH I am in love.

Matlamat esok adalah ke Surfers Paradise (buat kali kedua sebenarnya). Untuk melihat orang surfing lah. Sambil tengok Mat Saleh gagah-gagah. HAHA HUHU HIHI. Err. Sudah menikah lah bukan? Jaga tingkahlaku, Puan. Tak manis kalau Puan cakap pasal Mat Saleh lah, gagah lah, apalah. Ingat Allah Puan, ingat Allah. HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ha, gelak ar panjang-panjang.

Koleksi gambarajah kita humban kemudianlah okek. Sekarang kita cerita secara tak berapa nak cerita saja. Aku penat neh. Kepala pon swing sana sini takda tentu pasal sangat. Kepala lintang pukang macam ber-roller coaster. Itulah. Tadi petang naik roller coaster sampai mabuk (bukan mabuk sebab hari neh St. Patrick’s Day. Hehe. Husband cakap, St Patrick’s Day adalah hari mabuk untuk Irish. Itu informasi lah buat anda supaya blog Chika neh tiba-tiba je jadik informative. Aku nak jugak blog yang berciri ilmiah. HAHA)

Blame my husband lah sebab mensuruh dan mempaksa-paksa. Tarik tangan, tarik tudung tarik rambut semua (ok tipu) Nak jugak suruh saya try CYCLONE. Sampai stress dibuatnya. Nasib baik saya tak tunjuk perasaan melalak atas lantai ke apa tadi. Sumpah memang sangat tak nak. Tapi husband paksa jugak sampai Chika jadi sangat terdesak. Engkau bayanglah macam mana aku tak terdesak. Husband main kasar. Pakai kuasa super pergi bagi ayat macam neh kat aku ; Yang, kalau tak ikut cakap suami derhaka Yang. I nak you try jugak. Naik jugak. T____________T Apa akallah saya fobia selalu dengan perkataan DERHAKA. HAHAHAHAHAHA. Tak adalah. Husband saya gurau-gurau je. Kalau saya ingkar pergi lari masuk semak menyorok belakang tong sampah ke apa pon, tak ada dia boikot saya punya.

Tapi saya taknaklah menghampakan harapan suami. Ececeh. (Anugerah isteri mithali 2009, goes to Chika! Tepuk tangan) Merepek. Ok, saya pon officially telah selamat mencuba CYCLONE! (sejenis roller coaster) Yahoooooooooooo. Sayang, nak CROCS. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ok, I am kidding you. I proud betul sebab dah naik roller coaster buat kali yang ke satu. Thanks Sayang sebab paksa I.

Eh eh. Sepatutnya nak tulis preview je. Tapi macam dah berjela-jela pulak dah entry neh. Ah, malas layan kau ni blog. Sudah jam 1 pagi. Esok around 7.30 am nak bertolak ke Surfers Paradise. Gold Coast again yeay! Nak main pantai. Nak main angin bayu (membawa diriku…. sepintas lalu ku terkenangkanmu…) Nak tengok Mat Saleh surfing. Nak dengar talk dekat Sofitel. Nak makan Kangaroo (jakun jakun) Nak bercinta jalan pimpin tangan macam warga emas (senior citizen ehem) HAHAHA. Err. Nak tengok orang pakai bikini. Ceh. Gatal. Kau pergi zikir sana! Ingat Allah sikit. Dah dua hari ni mata sengsara tengok bikini pon tak puas-puas ke? Chika ternyata mabuk kepala swing kepenatan. HHAHAHAHAHA.

Err. Anda takda sedar kah? Anda sedang membaca entry mabuk dari penulis kepala swing yang mengantuk tersenguk-senguk tapi sebok mengetuk papan kekunci. Macam tak ada kerja lain.Anda patut malu sebab baca entry neh. HAHAHAHAHAHAHAHA

Okay. Saya tidur dulu ye. CROCCCCCSSS (ni bunyi sejenis snooze lah. Kau ingat bunyi apa?)

Tiba-tiba pemurah. Nah, gambar. Sekeping dulu kasi panas.

South Bank

Posted by chika under Uncategorized

Remember last time saya komplen-komplen tak ada kawan di sini? Tak ingat tak apa. Saya akan ingatkan anda kembali. Betapa dahsyat hidup ini bila tiada teman wanita. Eceh. Kenapa nak kena pakai term ‘teman wanita’? Never mind.

Disebabkan entry bertajuk 10 Perkara dengan catatan 10 perkara rambang yang sedikit lintang-pukang kerna didorong oleh nafsu, saya telah menerima sepucuk komen (sepucuk surat, Chika!) Okay, macam poyo. Memang suka sangat buat poyo dalam entry. Move on move on!

Saya dapat komen dari Ileena. Ileena ni saya pon tak berapa kenal. Hanya kenal di blog sahaja. She is my hubsband’s friend tapi kami satu matriks dulu back in KMJ. (Ya Allah, lamanya tak ingat KMJ. Macam sikit lagi nak lupa dah. HAHA) This girl pon kenal-kenalkan saya dengan seorang bestfriend dia yang sekarang buat Masters dekat Brisbane. How sweet. Eceh. Macam kenen-kenen pasangan pulak £%&$*%?”! Ingat Allah sikit.

Anne.

Nama rakan tersebut adalah Anne. Untuk mempercepatkan cerita yang macam lambat je neh, saya akan menuliskan cerita secara laju. Ileena mesej saya dekat FB. Bagi nombor Anne. Saya contact Anne. Anne invite BBQ dekat South Bank. Husband kata okay. Kami pergi Brisbane semalam. Kami sesat sikit carik beach tapi jumpa jurang yang amat dalam sampai fobia kejap macam kena terjun gaung arrgt! Matiiiii. Okay, macam drama. Carik punya carik, okay jumpa!

HAHA.

Jumpa man-made beach di tengah bandar Brisbane. Oh Tuhanku. Cantik betul. Tercabar jiwa tengok kanak-kanak berlari pakai pelampung comel warna-warni dengan watak kartun kegemaran masing-masing. Terkesima juga melihat perempuan pakai bikini tengah-tengah bandar. Terpanah ke jantung tengok orang berjemur atas white sand mengalahkan di Hawaii padahal di tengah bandar Brisbane. Mengucap dalam hati setiapkali tengok mat saleh seksi (ececeh. Waraknya aku padahal sebenarnya mata celik besar hati sangat steady. Eleh, setakat pakai bikini secara public apa sangatlah bukan?) Tak kesahlah apa jenis seksi mat saleh sampai terpanah jantung ke apa. Yang penting, gila canteklah man-made beach neh. Tengah-tengah bandar ada pantai dengan pasir memutih, crystal clear lagoon dan juga palm trees (termasuklah mat saleh berjemur pakai bikini dan kanak-kanak pakai pelampung comel rasa nak curik dia bawak balik rumah lepastu pecahkan pelampung dia. KAH KAH KAH. Motif?)

Pandainya manusia. Sampai boleh buat pantai tipu-tipu. Cuma tak ada ombak je. Err. Tiada ombak bagi tujuan keselamatan. Manalah tahu ada man-made ombak ke apa. Bilakah pulak akan membuat man-made skies ke apa. HAHAHAHA.

Macam biasa. Watak utama setiap cerita dan drama. Dah lah pandai berlakon, pandai gubah drama sendiri jugak dalam blog. Lepastu melebih-lebihkan ayat sampai extreme. HAHA. Ni lah orang dia.

Anyway kan. Kami park kereta jauh. Sebab tak ada access melalui kereta untuk sampai ke tempat BBQ tersebut. Sebelum bertemu Anne, dalam perjalanan yang penuh kecintaan sambil berpimpin tangan macam merpati dua sejoli (padahal merpati tak ada tangan tapi tak apa), kami sampailah di man-made beach yang sangat cantek tersebut. Sumpah aku histeria kejap nak celup-celup kaki. Bila husband cakap ; Ha, celuplah. Terus tak nak celup dah. Biasalah manusia. Bila orang suruh taknak buat. Bila orang tak suruh, menggelupur nak buat. Macam sekarang. Tak ada siapa suruh update blog. Tapi selamba je update dengan sepenuh hati. HAHAHAHA. Okay jangan gelak, jangan gelak. Itu sebahagian contoh.

Kau tengok, kau tengok! Ada pantai pasir memutih dengan air kristal (air kristal?) yang jernih siap pokok palm lagi di tengah-tengah kesibukan bandar Brisbane. Sebijik macam berada di tepi pantai yang sebenar. Tapi tak tahulah air dia masin atau tawar. Tapi tak mungkin air tersebut berperisa Taro Milk Tea. Tak mungkin tak mungkin. (ketagih Taro Milk Tea)

Sumpah, panaroma memang menikam kalbu sampai ke jantung kalau macam ni punya seksi. HAHAHAHAHA. Tapi manalah heran lah bukan? I ada makhluk tuhan paling seksi yang lain dah. KAH KAH KAH. Makhluk seksi lain tak ada pandang lagi sebab taksub sangat pandang muka suami sendiri je eceh. Kalau pandang lain pon, pandang mata sebelah je. (Ampun sayang ampun! )

This is Anne. Finally. Punyalah susah nak ikut direction. HAHA.

Anne is a very nice girl.Dialah rakan pertama from Malaysia yang saya kenal. Thanks to Ileena. And thanks to Anne for the meeting. And to her boyfriend too, Afiq yang sedikit sebanyak bagitahu kami about certain things yang kami tak sure sangat. Its a pleasure :)

Tak lama dekat BBQ tu. Kami cuma jamah sepucuk sosej je (sepucuk, sepucuk, sepucuk!) Lagipon, itu event untuk university students. Untuk students Malaysia yang baru sampai Brisabne something like that. Malulah nak join. Dah lah saya ni taraf surirumah HAHA. Singgah semata-mata nak jumpa Anne je.

I love Brisbane.

Esok Gold Coast yahoooooooooo.

Husband saya dah tidur. Sebab esok nak drive to Gold Coast pagi-pagi. I am so excited.

.

.

Well. Bila sampai minggu husband saya cuti, blog akan dipenuhi cerita makan angin. HEHE. Bila husband kerja, blog akan suram tak bermaya (macam rambut rosak)

Diari hari ini : Pagi, saya buat breakfast cekodok ikan bilis kategori ‘boleh makan’. Maksud dia, sedap. Menjadi. Boleh makan. HAHA. Untuk lunch, husband pulak masuk kitchen buat cekodok pisang. HAHA. HAri ini adalah hari cekodok. Jangan kutuk cekodok, saya suka dia. Petangnya telah ke REBEL untuk mebeli peralatan sukan (konon). Saya frust tak dapat CROCS. Gila punya frust rasa nak berguling on the floor. Tak guna betul. Yang saya nak, tinggal size 4 sahaja. Padahal saya kena pakai saiz 6 (apsal, tak puas hati?) KAH KAH KAH. Tak percayakah kaki Chika kena pakai CROCS size 6? HAHA. Aku pon sendiri tak percaya. Err. Bukan kaki membesarlah. Kasut tersebut cutting kecik. Gila frust. Sikit lagi boleh gila. Eh apa neh? BAwak mengucap. Kemudiannya telah ke Underwood untuk ke butik Sitraa. Kedai pakaian muslimah. 3 helai tudung. Dan sepasang swimming wear baru! HAHAHA. Ini swimming wear ketiga yang saya ada. Dan ini adalah yang terpaling muslimah (I tell you) Thanks to the husband.

Nak CROCS nak CROCS nak CROCS nak CROCS nak CROCS

Nak tidur nak tidur.
Esok GOLD COAST.
Yahooooo! Dot com.

Wedding Video Preview

Posted by chika under Uncategorized

Wedding Video Preview.

Secara rasminya, kami ( chika and husband) ingin berkongsi clip video preview perkahwinan kami.

Terima kasih buat Abang Jazlan, Arif, Abang Shukor dan Abang Aziz.

Video untuk majlis akad nikah, persandingan (Cheras Baru) dan outdoor photoshoot (Kuala Selangor)

source : http://www.youtube.com/watch?v=7cYk53YqaBc

Artwork by, Ismail Jazlan.

SERVER *&%#@#!

Posted by chika under Uncategorized

Biasanya saya memblog malam-malam. Bukan biasanya. Tapi sejak-sejak berumahtangga. Alasan dia, macam yang anda pon tahu. Siang-siang menghadap suami. Malam-malam baru menghadap blog. Sebab hidup jadi bosan, rumah jadi sepi bila sendirian (Macam drama. Eceh)

Malam semalam dengan malam yang semalam lagi, saya tidak memblog sebab saya TAK NAK. Kerek kan? HAHA. Err. Selain disebabkan frustration yang mendadak-dadak atas masalah server yang macam nak jahanam sikit lagi neh, saya juga mengidap migrain jangkamasa pendek-pendek (?) Okay tolak tepi soal kesihatan. Untung-untung dapat CPR. Hey hey. Cakap apa neh? Ingat Allah ingat Allah.

Suami sedang tidur di atas couch. Sepanjang minggu ni, dia nampak penat betul dengan kerja di hospital. Patient banyak sangat dia cakap. Dia lah yang cakap. Saya manalah tahu. HAHA. Sampai tak dapat nak lelapkan mata. Kesian betul suamiku. Tengok dia ketiduran sambil TV menonton dia, macam kesian betullah. Biarkan dia tidur sampai solat Jumaat nanti.

Saya betul-betul frust dengan server kebelakangan neh. Dia (pihak server neh) contact my manager (Kay) melalui email. Dia kata, server dia tak boleh support nurulism.com. Kononnya telan bandwidth. Itu tak apa. Mungkin masuk akallah (walaupon macam tak berapa nak masuk sangat) Dia pon bagi suggestion yang tak professional langsung. Cadangan dia;

  • nurulism.com kurangkan readers dengan hanya membenarkan invited readers to view the blog. Sorry, pardon? Dia ingat aku buat blog syok sendiri ke apa? Kalau setakat nak main private blog, lagi baik aku pakai service free blogger lah bukan?
  • nurulism.com kurangkan jumlah foto. Wutta %$%$##@%% (jangan mencarut, jangan mencarut) Kau pergi compare sana nurulism.com dengan blog lain. Bukan blog saya tak banyak foto ke?

Seterusnya, dia pon cakap pasal bandwidth. Gila histeria dia dengan bandwidth aku, apsal? Siap hantar analytics untuk nurulism.com. Dah memang blog neh hits tinggi, salah aku ke? Saya tak suka bila saya emosi. Nanti saya riak. KAH KAH KAH. Okay okay. Move on.

Kita tunggulah apa nasihat Mr. Manager.

Masalah betul. Orang memblog releks je. Aku memblog sampai sakit jiwa. Apa bendalah neh. Aku beli server besar kang (gurau je). My husband pon dah naik menyampah dengan masalah macam ni. Anda pon tahulah. Husband saya masuk blog saya setiap hari. Kalau tak ada entry baru, dia akan soal banyak kali. Bila nak update. Bila dia susah access, dia pon bengang jugak.

Saya dah tak kisah. Kalau kena beli hosting lain, saya belilah. Kalau kena pindah, pindahlah. Kalau kena tukar domain? Aik? Nak kena belasah? Takkan saya nak pakai domain Cutelittlestar.com atau greencabbage.com. Atau Kittykittymeow.com. Gila cute. Sampai tak sanggup aku nak pakai domain tersebut. KAH KAH KAH. Yang aku nak tahu, nurulism.com mesti tersemat abadi. Tukar hosting setahun 12 kali pon takda hal. (berani ar suruh aku tukar hosting setahun 12 kali. Nak kena?) Asalkan jangan tukar domain lah bukan?

Macam tak seronoklah kalau membebel macam mak nenek dalam blog. Baik pergi jemur pakaian. HAHA. Aih. SO like aunty-aunty only. Well, what to do. Apa kau ingat tak dapat pahala ke buat kerja aunty-aunty macam neh? KAH KAH KAH. Go go, sidai baju!

tak tanya pon :
ada siapa nak taja hosting nurulism.com? Okay, bye.

HAHA

10 perkara

Posted by chika under Uncategorized

Perkara pertama. Saya tak sihat sangat. Macam tak percaya pon ada. Boleh menggigil siang-siang atas bumi Brisbane. Nampak sangat SPF 30 semua boleh jalan sekarang. Macam biasa. Bila tak sihat, aku garang. Muka pon macam tak siap. Tapi itu perkara biasa. Kau boleh tolak tepi. Sebab perempuan bad mood tak sampai ke mana sangat. Kecuali kalau kau kacau laki dia ke apa. Kau tahulah nasib kau esok lusa. Ooop ooop. Aku cakap je.

Perkara kedua. Aku dah betul-betul fed-up dengan server blog aku sekarang. Tadi petang, aku emotional sikit. Ikutkan hati aku humban blog ni masuk tong sampah kitar semula yang warna kuning penutup dia. Sumpah aku tension betul tadi petang. Dah lah aku tak ada kerja lain atau komitmen lain selain blog ( rumahtangga dan suami tu hal lain) Confirmed. Aku akan pindah hosting. Insyaallah. Kalau nanti blog ni ghaib ke apa, kau jangan histeria cepat sangat. Bawak bersabar. Baca surah Maryam banyak-banyak. (elok untuk anak perempuan). Kan dah cakap. Aku tak sihat. Sebab tu aku tulis macam orang tak sihat. Fahamlah sikit.

Perkara ketiga. Minggu neh ada potensi untuk jadi minggu yang membosankan. Di mana kau akan malas-malas dan bawak muka tak siap ke sana sini lepastu kau mengeluh. Sebab kau bosan. Aku dah mula harap. Supaya aku ada perusahaan besar-besaran untuk diuruskan sampai aku sebok macam korporat ke apatah. Begitukah? Tidak. Aku tipu. Aku cuma harap, aku dapat hadap photoshop, main layout, adjust blog, update blog dengan ghairah dan main ftp ke apa. Tu je aku harap bila aku bosan. Sebab keghairahan aku memang pada benda-benda macam tu.Err. Selain pergi shopping gadis-gadis. Itu memang ghairah namampos. Itu keghairahan sebenar (kalau kau nak tahulah) Tapi. Ia mengaitkan perkara keempat pulak.

Perkara keempat. Lately aku suka duduk rumah. Sebab aku suka mengadap muka Mr. Doctor (eh dah ada nama samaran baru). Aku rasa itu benda yang aku paling suka lately. Kadang-kadang saya paksa diri menonton filem aksi sebab nak join suami. Kalau boleh, suami pergi kerja pon aku nak ikut. Apa akal aku duduk Brisbane. Kalau setakat KL, tahulah dia! Setiap 4 jam aku ziarah dia dekat hospital. Well. Informasi yang mungkin engkau kena tahu : Aku bukan young lady yang berkereta lagi. HAHA. Kenyataan ni, dalam masa yang sama membuatkan aku jadi macam a good girl. Well. Tak ada kereta. Duduk rumah. Masak. Tunggu husband. Tak ada girlfriends. Good girl, no?

Perkara kelima. Aku sayang suami aku dan dia dah jadi keutamaan dalam hidup aku. Macam mana aku tak pernah berkata tak baik pasal keluarga aku selama 22 tahun aku hidup, macam itulah jugak aku tak akan bercakap tak baik tentang suami aku. So, dear friends. Jangan suka sangat tanya pasal keburukan suami aku. Sebab aku tak akan cakap sampai mati pon tak akan cakap. Ia sama macam kau tak akan khianati emak kau. Macam tu lah kau tak akan khianati suami kau. Nak masuk syurga tak? Syurga aku ada pada suami. Walaupon aku kenal kau dah 10 tahun, kau jangan harap sangat aku akan bergosip tentang suami aku yang baru aku kenal 10 bulan (ini contoh). So that you know, where did I put my husband in my life.

Perkara keenam. Aku tak menyesal. Siapa pedulik pasal usia aku 22 tahun. Malah aku bersyukur sebab at least aku sudah tahu. Aku akan mati kelak bukan dalam keadaan bujang. Memang aku rindu nak menangis meraung gila histeria sebak semua bila terkenang keluarga yang jauh di mata. Ah, shallow sangat kalau aku nak menyesal hanya disebabkan alasan tu. Wake up lah, wake up! Tengok husband pergi kerja selepas selesai menunaikan solat Isyaq merupakan nikmat yang tak semua perempuan 22 tahun dapat rasa. Sebab apa pulak aku nak menyesal? Jangan kontroversikan sangat pasal perkahwinan aku. I am married. And I am taken. Best man win. (Okay, macam main kasar pulak ayat aku neh)

Perkara ketujuh. Aku punya impian jangkamasa pendek ialah nak vakum carpet sampai bersih. Tapi selagi aku tak sudah-sudah habiskan masa mengadap muka suami aku, kerja tu tak akan berjalan jugak. Silap-silap nanti, vakum bergerak sendiri. Ah, sudahhhhh.

Perkara kelapan. Aku tetap aku yang macam dulu kalau kau hitung dari segi emosi. Aku masih cepat melenting. Tak percaya, kau cubalah hantar komen bukan-bukan tak bagi salam. Aku masih seorang yang kuat komplen, kuat demand, kuat mengadu dan kuat emotional. Sebab itu adalah elemen-elemen jiwa yang membentuk aku. Aku masih seorang yang kuat sentap dan kuat sensitif. Cubalah kau cakap yang bukan-bukan. Memang kau tak akan dengar aku bersuara dalam jam-jam berikutnya. Sebab bila aku sentap, aku menyampah nak bercakap. Simpan dalam hati : Aku masih aku yang macam dulu. Jangan ingat aku dah jadi wanita lembut hati yang boleh kau bawak bergurau ikut suka hati engkau. Aku tak suka jenaka kasar tak bagi salam. Watch your mouth lah, tolong.

Perkara kesembilan. Aktiviti hujung minggu Persatuan Pelajar Queensland adalah antara benda yang aku sedang tengok straight forward. Aku harap, jumpa gadis-gadis yang boleh dibuat kawan. Aku tak ada kawan di sini. Tapi aku tak desperate. Sebab semua benda pon boleh tolak tepi bila husband aku ada. Err. Perempuan 22 tahunlah. Malulah kalau tak pergi hang out dengan girlfriends. At least untuk kau pergi shopping keluar masuk fitting room bincang pasal cutting jeans apa kau patut pakai. Atau rakan untuk kau berbincang pasal keburukan product maybeline (contoh : Lipstick dia yang buat bibir kau kering kontang sampai setiap malam kau tenyeh vaseline dekat bibir kau). Atau rakan wanita untuk kau bercakap pasal isu wanita. Contohlah. Ah. Aku rindu betul rakan-rakan di KL. Rakan-rakan yang nak dikata sebagai good girls pon bukan, tapi sumpah tak buat perkara mungkar. HAHAHA. Masalah dia, aku bukan friendly dan muka aku macam orang sombong. Padahal aku sebenarnya baik hati. Cuma ekspresi muka aku kadang-kadang tak kena dengan tempat. Harapnya aku pandai beramah-tamah. Ahhhh. Tahu sangat. Memang tak punya.

Perkara kesempuluh. Aku rindu emak aku. Aku rindu bapa. Aku rindu adek-beradek. Aku rindu keluarga aku. Aku rasa macam dah lama sangat tak tengok muka semua orang. Aku selalu terfikir. Hari ni emak aku pakai baju apa. Malah aku terfikir, apalah perasaan abah sekarang bila aku tak ada di rumah. Dah lah abah selama ni pantang betul kalau aku tak ada dalam rumah. Aku memang rindu Ma. Biasanya pada petang-petang yang bosan, kami akan keluar sama-sama dan bergembira. Dah lama tak mintak-mintak dekat emak. Aku rindu betul. Balik KL nanti, tahulah aku pow emak aku. Okay, aku bergurau. Yang engkau serius sangat ni kenapa? KAH KAH KAH. Oh. Pernah aku bagitahu satu perkara? Emak adalah manusia paling generous yang pernah aku jumpa dalam dunia. HAHAHAHAHAAAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHA. Aku sayang emak. Sebab selalu cium aku lepastu cakap ; Bau yang mengingatkan Ma masa ayong baby. LOL. Sampai mati pon aku akan ingat. Betapa banyak aku pow emak aku menjelang hari wedding aku. Sumpah banyak. Hanya Aizar yang tahu. Sebab tu aku sebak betul. Sebab lepas kawen, aku tinggalkan dia.

Aku nak pergi call emak aku.Tiba-tiba aku sebak macam nak semput.

Kalau aku tak boleh bernafas, aku nak Doctor Ahmad Hizwani CPR aku.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Hello Ma.

Sweet 22 With Brain

Posted by chika under Uncategorized

Okay hari ni tak ada gambar. Sudah-sudahlah tu mensidai gambar dalam blog. Dah serupa fotopages dah blog Chika. Ni blog kah atau fotopages? Cuba jangan mensamakan blog dengan fotopages. HAHA. Err. Maksud dia, tak ada gambar. Memang tak ada. Pergi jampi hembus asap pon, tak akan ada gambar untuk hari ini. HEHE.

T__________T

Menangis hati. Bukan sikit punya susahlah nak access nurulism.com hari neh. Nasib baik siang-siang saya sebuk bercinta, jadi boleh jalanlah dengan blog. Macam aku heran sangat je. Nak down down pulak dia. Macam aku heran sangat je. Takda heran. Takda. Shut up kau, blog! HAHA. Nampak sangat sebenarnya HERAN. Bukan frust tertonggeng kah bila blog buat perangai degil lintang-pukang? Bukan kah?

Okay saya frust.

Macam fed-up betul dengan blog.

Tapi macam biasa. Memaafkan blog sendiri. Habis, takkan nak pergi kungfu kepala dia atau remove dia. Err. Kalau tiba-tiba nurulism.com di-remove, anda semua bawaklah mengucap. Pasti Chika tengah hilang pedoman ke apa. KAH KAH KAH.

Anyway (tiru husband suka main anyway). Disebabkan blog tengah menjahanam system dia. Susah sangat untuk dicapai. Akibatnya, saya tak kuasa nak update entry wedding ke apa. Sebab nanti boleh histeria nak upload foto. Tunggulah sampai blog neh stabil sistem dia. Kalau esok lusa pon dia jahanam jugak, aku bantai dia pakai kuasa Ultra Slash. Ya Allah. Lamanya tak bukak topik Ultraman dalam blog. Err. Sudah kahwin lah bukan? Apsal nak main Ultraman lagi?

Crapping, no?

Jangan membuang masa pembaca dengan topik animasi.

Hari ni Brisbane sangat nyaman I tell you. Semasa kami keluar shopping dan berjalan-jalan di Runcorn pon, sangat damai dalam jiwa. Tak ada bergelumang menentang kuasa SPF 30 sangat. Sangat damai. Sampai tiba-tiba telah hujan. Semasa kami lunch di sebuah Indian Restaurant pon, cuaca sangat tersejuk-sejuk. First time lah saya berjalan di Brisbane sampai tersejuk-sejuk. Biasanya berjalan sampai terbakar-bakar. HAHA.

Hari ni Chika malas masak breakfast. Hari-hari masak, tercabar maruah keremajaan aku lah hayyoh. Disebabkan I am a sweet 22 young lady with brain (eceh), sesekali haruslah taknak cooking. Like makcik only lah, everyday pon nak cook, cook, cook. Pagi neh kita holidaylah sikit. Husband balik, tanya breakfast apa. I said ; No breakfast.

So you nak makan kat luar?

Sayang, I love you. Terima kasih sebab faham that I am a sweet 22 young lady with brain. KAH KAH KAH. Teruslah siap-siap untuk keluar makan dan shopping barang dapur. Shopping barang dapur neh, memang berciri makcik sikit. Tapi siapa peduli kah? Membeli halia, bawang, buah-buahan, sayur-sayuran dan muruku (maruku pon kena sebut sekali) merupakan lumrah hidup orang berumahtangga. Seronok tahu buat kerja-kerja neh. I am a sweet 22 young lady with brain yang menolak troli berisi bawang, halia, potato dan sayur-sayuran. Anda, bila lagi? KAH KAH KAH.

Oppp oopp. Lupalah nak mengkasi warning kepada semua. Simpan dalam hati satu perkara ; Chika bukan lagi seorang penganggur berhias. HAHAHAHAHA. Chika sekarang surirumah tangga sepenuh masa. Err. Bukanlah teruk sangat menjadi surirumah. Malah memberikan lebih banyak masa untuk melawa dan tunjuk lawa dekat suami (tak pasti apa sasaran ayat neh). Dan menjadi surirumah adalah satu kebanggaan bagi seorang young lady like me.

Kadang-kadang pegang pisau pon macam tak berapa nak betul. Kopek bawang sambil menangis tersedu-sedu keluar hingus meleleh macam hujan di tengah panas. Kadang-kadang masak sambal sampai hangit. Kadang-kadang pergi shopping beli bawang tapi dress up macam nak pergi hang out dengan rakan-rakan. Kadang-kadang ambik spanar husband bertukang ketang ketung macam hebat sangat. Kadang-kadang pergi jemur pakaian sampai separuh mati sebab ampaian tinggi sangat. Dahlah Chika neh tak cukup inci. Terjinkit-jinkit aku dibuatnya sampai burung-burung pon naik kesian tengok muka aku. Kadang-kadang iron baju suami sampai terbakar sikit lepastu histeria. Husband tengok, lepastu cakap ; Okay tak apa.

Ada ketika, akan menangis mengenang keluarga di tanah air. Belum sempat nak menangis satu sungai, suami datang mempeluk lantas tergoda dan terus lupa nak nangis. Kadang-kadang lupa nak sidai baju yang dibasuh. Kadang-kadang malas nak shopping beli barang dapur sebab dah ketagih nak shopping dekat One Utama beli baju beli make up beli kasut beli semua beli. Kadang-kadang terlupa nak angkat jemuran sampai basah balik kena hujan. Kadang-kadang cita-cita tinggi nak gardening lepastu beli pokok beli benih tapi tak tanam. KAH KAH KAH. Kadang-kadang tolong husband tolak troli, bila troli degil suka nak melencong tayar dia, suruh husband tolak balik. Kadang-kadang mengadu macam lapar kebulur sangat lepastu husband bawak pergi makan. Makan sikit. Membazir. Kadang-kadang suka sangat nak cooking sebab jakun nak pakai apron berciri kambing biri-biri.

Oh lupa cakap. Saya selalu seronok setiap kali pakai apron. Kalau boleh nak pakai apron sepanjang masa. Tapi malu dekat husband. HAHAHAHAHA. Anda tak faham sangat perasaan a sweet 22 young lady yang baru kenal apron. Perasaan yang sukar dikongsi. Sebab teramat jakun dan best.

Kau semua maafkan aku boleh? Kadang-kadang Chika ni suka jakun.

Owh, begitu seronok menjadi suri rumah tangga. Bangga sebab mengharungi usia muda dengan memakai apron di dapur. Aik? HAHAHAHA. Sebab lain; seronok dapat jalan-jalan dalam mall sambil tarik baju suami sampai suami susah nak jalan. Sebab lain lagi, seronok tunggu suami balik kerja.Dan sebaik sahaja suami masuk ke rumah, akan bagi soalan tipikal yang isteri lain tak dapat bagi dekat husband dia.

Semalam dapat tidur?

KAH KAH KAH.

Kalau husband cakap dapat tidur banyak sebab tak ada patient sangat, saya pon akan ajak husband keluar merayap ke mana-mana. Kalau husband cakap dia letih sebab tak tidur sepanjang malam, saya pon akan bertimbang rasa dan berhati perut. Suruh husabnd berehat. Err. Macam boleh harap jugak Chika ni.

Asalkan dia balik on time, dikira ok lah tu. Kalau pulang lewat, jangan lupa sertakan jambangan bunga segar sebagai tebusan. HAHAHAH. Apa kau ingat, masa mengorat je dah cukup main flower? Dah kahwin pon kena main flower jugak.

Selain bermain flower, mainlah mesej cinta dekat Facebook. Dan jangan dilupakan. Bercintalah secara YM jugak. KAH KAH KAH. Err. Gila seronok bercinta YM dengan suami sendiri. Padahal duduk satu rumah.

Contoh :

Blog Chika kan klasifikasi UMUM. Benda-benda sensative kenalah kita tapis sikit. Nanti adek-adek semua mensalahkan Kakak Chika. Lagipon, membaca blog Chika tak memerlukan pantauan ibubapa. Perkataan-perkataan sedikit ghairah harus ditapis. Padahal itu bukanlah rahsia sangat. Cume demi membuatkan blog neh mencapai piawaian umum. Eceh. HAHAHAHAHAHA. Hep! Belum kahwin jangan main hug main kiss semua. Jangan main. Sebab tuh kita kasi strike lah okeh perkataan yang overdose tersebut. HAHAHAHAKUPONPELIK.

Lagi satu. Belum kahwin jangan main tarik baju semasa berjalan di shopping mall. Tak elok orang tengok. Dah kahwin pon jangan buat. Tapi kat Brisbane tak apa. Mat saleh mana pedulik. HAHAHA. Kau cuba buat dekat Malaysia. Bergempitalah dunia ni dengan suara masyarakat. Padahal kau ada sijil nikah tu. Okay dia dah mula dahhh. Jangan buat Chika membebel boleh?

Okay.

Saya ada kerja waktu malam yang kena dibuat.

  1. Tengok Spa Q
  2. Hantar mesej Facebook dekat suami (HAHAHAHA). Tak ada kerja lain ke ha? Memang tak ada.
  3. Tengok Love Story.
  4. Entertain orang ramai dekat YM.

SIAPA DATANG WEDDING SAYA LAST TIME?
Angkat tangan dalam hati, please. Dan tulis kedatangan anda dalam ruang komen.

.

.

.

Tak Tanya Pon
”Dah menonton Street Fighter ; The Legend of Chun Li.”