Gold Coast : Day 2
Siang-siang bergelumang dengan haba panas membakar kepala. Malam-malam mula lah kelam kabut carik socks, bungkus diri dalam quilt blink blink bentuk love (I love you, Sayang. Ceh, tetiba) Gila sejuk malam di sini. Setiap malam ketika menyaksikan suami bergerak ke hospital (salam, cium tangan, bercinta sket depan pintu, tabur kalimat cinta, pesanan ringkas dan sebagainya), badan akan mentahankan kedinginan mencucuk tulang. Gila sejuk. Rasa nak menginap dalam microwave.
I love you Sayang (eceh)
Kesepian lah apa lagik. Husband sudah ke hospital untuk berlakon episod Grey’s Anatomy (ceh) Isteri tersebut tak lain tak bukan, akan memblog entry mengisi sepi yang macam sepi sangat tersebut. Bila pukul 9.30 pagi je, saya happy macam penguin main shuffle sebab suami pulang ke pangkuan isteri. Bila jam 9 malam je, akan mula sedih, muka monyok masam buruk hodoh mencuka (terima kasih sebab kata muka aku buruk). Nasib baik malam neh malam last husband kerja. Mulai esok, akan kembali bercuti selama seminggu. Tu yang aku tunggu tu. Hoooooray! (Lama takda main hoooray dalam blog. Biasalah. Aunty aunty mana pandai main hoooray. Ceh)
I love you Sayang
(ni dah kenapa neh? Kau nak bodek apa ni Chika? Takda apa)
Asyik eh menjadik pelakon Grey’s Anatomy. Err. Maksud saya, menjadi seorang doktor. Seminggu kerja. Seminggu cuti. HAHA. Jadik blogger pon belum tentu dapat cuti. Eceh.
Pada cuti husband yang lalu, kami hyper ke Gold Coast. Lantaran itu, saya akan membawakan anda kepada pengembaraan Dora dan rakan-rakan dalam misi menentang Naruto. Ceh. Naruto, Naruto, Naruto! (Excuse me sikit)
Oh lupa cakap. Husband ada hati mahu membagi nama Naruto kepada anak. Err maksud saya, bakal anak kelak. BAKAL lah. Warning kali kedua ; Jangan mempandai-pandai jadik doctor di dalam komen nanti buruk padahnya. Bila saya cakap bakal, maksud dia, memang BAKAL. Takda maksud tersirat. Jangan mentuduh tak bagi salam.
Sudah sudah. Sekarang. Saya akan membawa anda semua ke dalam penceritaan berciri air (aik?)
17 March 2009 : White Water World.
Pagi-pagi kami bangun dan bergegas ke Gold Coast lagi. Ada merancang untuk bermalam di sana tapi sebab dah duduk tak berapa nak jauh, elok baliklah. Ulang alik pon tak apa. Kami bukan ada komitmen pon. KAH KAH KAH.

Ya Allah Puan. Puan nak gi mana ni Puan? Habis kenapa pakai macam Permaisuri English. Topi besar-besar. Cermin mata gelap. Err. Tu swimming wear kah atau jubah? Muslimah muslimah. Selain menutup aurat atas sampai bawah, ia juga menjadi UV protector.Gila macam kepoh betul gambar neh.

Okay lagi sekali.
Ceh. Pandai pulak dia buat peace. Takda modal lain ke?

Op op. You again?
Inilah kali pertama saya ke water theme park dengan berpakaian seperti ini.
Ceh. Lilit tudung di dalam tersebut. Engkau jangan main-main. Saya melilit dengan kesungguhan. Lilit macam nak pergi candle light dinner ke apatah. Padahal nak pergi main air. HAHA.

And again? Chika, get out kau!
KAH KAH KAH.
Mensidai muka pon janganlah sampai bersusun-susun banyaknya. Mengkacau mood anda lah bukan? Belum apa-apa lagi dah kena tengok koleksi foto yang baik takyah ni.
Sumpah seronok tempat neh. Semua rides kami naik. Takda yang tak naik. Siap naik berulang kali pon ada. Punyalah excited pasangan tersebut. Habis semua kami ratah dalam masa setengah hari sahaja. Masuk dalam air, terkena percik-percik air dan pelbagai perkara berciri air lagi. Membuatkan aktiviti pada hari tersebut adalah sejuk. Tak sepanas seperti bermain di Dream World. Dan takda trauma mintak nyawa ke apa ke. HAHA. Cis, The Claw memang tak boleh pakai ^%$^FTDE$£U%^*?!% (tetiba pulak mensumpah seranah The Claw yang tak berdosa tersebut)
Bulan madu memang indah. Walaupon ini bukanlah official honeymoon kami (sebab tengah tunggu Darling Harbour, Sydney ecececeh) namun begitu, berdua memang menseronokkan. Walaupon setakat pergi kitchen minum smoothie pon, tetap rasa seronok. Sebab berdua. Hallamak. Makin romantik. Wife siapakah neh, apsal romantik sangat? HAHAHAHAHAKAUKELUARSKANG!
Dan untuk santapan mata anda. Dipertontonkan pameran foto yang kalau takyah tayang pon tak apa. Tapi eloklah ditayangkan untuk mempanaskan sikit atmosphere blog neh.

Bukan selipar tersebutlah panas. Habis takkan lah kau tengok selipar pon rasa panas. Err. Kita boleh berlaku romantik tak kira tempat, keadaan, cuaca dan masa. Dalam selipar pon boleh. Eceh.

Di atas kerusi juga. Sambil memandang langit kebiruan (tapi saya telah syok sendiri pandang langit sorang-sorang. Husband tak pandai berlakon. Ada ke pandang lensa kamera. Pandang langit pandang langit) HAHAHAHA.
Ceh. Konon mencuba untuk berjemur. Padahal tak payah berjemur pon dah cukup garing. Tak ingatkah diri tu berbangsa Melayu? Melayu mana main jemur-jemu badan. Melayu jemur ikan, jemur sotong lepastu jual dekat Terengganu (Tension ah baca entry Chika neh. Tiba-tiba dah sampai Terengganu. Nyampah kat Chika) HAHA

Ya Allah. Apsal comel sangat lelaki tersebut. Pewwit.
Assalamualaikum tak jawap dosa (nak mengorat kejap)
(ceh. Tak nak layan kita. Bagi rose 12 kuntum kang tahulah dia)

Yeah baby! This is CAVE OF WAVES!
Saya suka betul pool ni. Menggunakan teknologi ombak yang boleh bergulung cantek dan indah sejauh 50 meter. Interesting, no? Bila ombak nak keluar je, akan keluar siren like NEE NOO NEE NOO. Akan bersorak jakun dan excited lebih. Tarik pelampung pergi tengah. Depth dia boleh sampai ke 2m. Anda faham-faham sendirilah kalau Chika termasuk 2m ke dalam air, apakah natijahnya. Sesuai untuk mereka yang ingin santai-santai baring atas pelampung dan merelakan tubuh dipermainkan oleh ombak. Sumpah best wa cakap lu.
Kalau mahu swimming? Atau diving? Takyah perasan sangat atau excited lebih nak tunjuk terror pergi buat kuak lentang ke apa dekat Cave Of Waves ni. Karang kena halas dengan lifeguard sia-sia muka malu nak simpan dalam baju siapa? HAHA. Pool neh memang untuk orang santai-santai naik pelampung menikmati ombak sahaja. Nak swimming tunjuk terror kuak butterfly, kuak kangaroo, kuak koala semua boleh buat dekat kolam renang stadium Cheras atau Danau, UKM (Ya Allah. Rindu tanah air)
Kalau nak buat aksi berlari macam tepi pantai konon dan pimpin tangan? Sambil ketawa gelak berlakon macam bahagia sangat depan lensa? Boleh?

HAHA. Boleh sangat. Perbuatan neh lifeguard malas nak masuk campur.

Kau nak berangan macam sedang menggayakan pakaian renang ala-ala Adriana Lima pon lifeguard takda pedulik. Asalkan kau jangan pergi ke tengah pool dan tunjuk terror swimming kuak berciri mana-mana haiwan. (kupu-kupu etc) Tak boleh.

Buat aksi panas tak apa. Sebab diluar tanggungjawap lifeguard. Dia memang tak akan masuk campur. Nak hugging 57 minit sampai ombak naik malu dengan kita pon tak apa.

Tengok. Bukan satu, bukan dua. Malah lagi dan lagi aksi panas sambil merelakan diri masing-masing dilambung ombak berteknologi tinggi. Anda boleh cuba kemudian hari bila berkesempatan ke sini. Tapi ingat, jangan buat berlagak pergi diving ke apa. Nanti lifeguard tiup wisel kau jugak malu terus menyelam dalam air taknak keluar dah. HAHA.

Err. Aksi macam ni boleh juga dicuba buat di tempat rekreasi di tanah air. Cuma jangan buat dekat pool KLCC Park sebab banyak kanak-kanak di situ nanti budak-budak trauma.

Ah. Memang dah suka sangat dengan pool ni. Rasa nak simpan buat hak sendiri. Nanti nak bawak balik Malaysia naik kontena. HAHA. Tumpang lalu.


Apsal ni buat muka simpati? Nah, sedekah 1 dolar. HAHA
Permainan ini diberi nama sebagai Si Tompok (err. Itu nama kucing anda lah bukan?) Erk. Ini adalah Nickelodeon Pipeline Plunge nama dia. Mengembaralah bersama Abang Squarepants, Abang Patricks dan Kakak Dora The Explorer! Sesuai dan sangat selamat sesungguhnya untuk kanak-kanak (like me and you) HAHA. Sangat tak mencabar malah akan berasa sedikit dungu semasa menaikinya. Malu juga dengan anak mat saleh bila datang kakak Chika kacau-kacau je blocking papan gelungsur kanak-kanak. Lepastu menjerit excited sendiri macam thrill sangat. Ishk. Suka buat malu suami tau.


Persembahan Tiger.
Eh. Ni zoo ke apa?
HAHA.
Tiger betina (orange) selalu tak pandai. Asyik terlepas je setiap kali suruh sambut benda. Tiger jantan (white tiger) memang pandai dan gagah juga. Mungkin tiger betina banyak masalah peribadi. Terganggu fokus dia. Nak fikir masak dinner lagi. Nak menyusukan anak. Okay Chika, boleh terus kepada cerita yang lagi betul daripapa menggoreng cerita tiger.

Flowrider.
Hanya untuk mereka yang pandai surfing. Kalau setakat pandai main kocak-kocak air, takyah nak masuk sini nanti kena pinggir. HAHA. Saya harap husband saya akan cepat-cepat beli surfboard sebab saya tak sabar nak menonton dia surfing. Ewah. At least husband saya pernah surfing. Saya belum pernah dan macam tak ada potensi untuk menjadi pernah. KAH KAH KAH. Don’t want don’t want.
Habis semua rides and slides kami naik. Tak tinggal satu pon (agaknya).
- THE BRO
Saya boleh tersangkut tak boleh nak slide. Lepastu husband dah sampai ke bawah dulu tunggu tunggu saya tak muncul jugak. Kelakar betul. Malu malu.
- THE GREEN ROOM
Kami naik dua kali okeh. Sebab terlampau best dan thrill yang masuk akal. Walaupon ada sikit berciri tercabut nyawa. Greenroom ni boleh dianggap sebagai iconic landmark White Water World. Tinggi wo. Sebelum bergembira jerit-jerit tercabut nyawa, kena panjat tangga subhanallah punya tinggi. Ianya 20 metres above the ground okek.
- THE HYDRO COASTER.
Sumpah best. Bila Chika dah sampai naik sumpah tu, maksud dia memang best sangat lah tu. Bukan tipu punya best. Naik dua kali. Sanggup beratur panjang dan memanjat tangga setinggi-tingginya sampai semput nak putus harapa di tengah jalan. eceh. Tapi sebab memang dahsyat sangat dia punya best, gigih jugak nak naik lagi. Sangat thrill cakap pon tak guna. Tapi boleh diterima akal. Takda sampai tahap mintak nyawa macam The Claw tersebut (The Claw jugak yang kena). Dan Hydro Coaster adalah permainan pertama kami naik. Masuk-masuk terus naik hydro coaster. Eceh. Starting terus thrill I tell you. Screaming tak ingat dunia dah.
- THE RIP
- THE LITTLE RIPPERS
- TEMPLE OF HUEY
Semua best. Dah puas main air, pergi changing room tukar baju, masuk Dreamworld pulak, carik makan (di Billabong Restaurant lagik) dan solat. Lepastu sambung main dekat Dreamworld balik. Dreamworld tu besar sangat. Dah dua kali pergi pon belum habis lagi rides.
Jeng je jeng
Drumroll.
Sekarang kita sudah sampai ke perenggan trauma. Yang akan dipenuhi bahasa kesat dalam bentuk simbol. Dan jugak ayat-ayat senafas.
Husband saya paksa saya naik CYCLONE. Macam yang pernah dicerita secara histeria dalam entry yang lalu. Seumur hidup, inilah kali pertama seorang manusia berjaya merasuk dan memaksa saya naik roller coaster. Sayang, mari sini kita shake hands. Tahniah sebab dah pandai hasut bini naik benda-benda trauma macam neh.

Track Cylone tu melingkar di segenap rides yang lain. Gila semak aku tengok. HAHA. Ini pemandangan yang dirakamkan semasa menunggu giliran untuk menyerahkan nyawa dan jantung jiwa raga semua. Saya muka dah sememeh pujuk rayu dekat husband nak turun bawah balik. Tak mahu cuba. Nak tunggu husband dekat bawah. Bantai dipegangnya aku tak kasi turun. Memang nak crying a river waktu tu. Apa akallah ada banyak orang di situ takkan nak melalak buat hal pulak. Tengok perempuan-perempuan lain terkinja-kinja excited nak main.
Jaga maruah punya pasal. Dalam hati dah keluar dah simbol-simbol JGTE%&£Y&TDG&£^(“)>!. Sampai je turn untuk naik, memang dah pasrah sangat dah. Apa jadi pon memang berserah bulat-bulat kepada kecanggihan teknolgi berharag 8 juta AUD neh. Jantung nak gugur ke apa, memang dah pasarah sangat. Baca doa naik kenderaan. Lepastu mengucap dua kalimah syahadah. ingat Allah banyak-banyak. Dan wooooooooooooooooo! Tiba-tiba dah bergerak. Apalagik, screaming pecah suaralah. Tekak ni macam nak terpelanting keluar. Husband di sebelah macam biasalah. Dalam thrill tercabut nyawa tu, dengar lagi dia gelak-gelak. Siap panggil ; Sayang! Sayang! Best kan best kan! Gila trauma aku dibuatnya.
HEntakan kuat dekat kepala. Memang sakit gila. Malas cerita banyak. Guna simbol merah lagik. &^£Y£RRGW??”£!$£^*&^%$%£^%£&EUU&”. Cyclone dengan The Claw. Memang buat saya trauma seumur hidup. Sumpah tak nak naik lagi.



WIPEOUT.
Yang ni saya suka. Nak naik lagi dan lagi. Ini pon antara 6 high thrill rides di Dreamworld. Tapi masih boleh enjoy dan takda menyesal lepas naik.
On the way balik Brisbane, singgah IKEA dekat Springwood.
Tershopping sakan pulak.

Penat dah saya. Entry Gold Coast akan keluar lagi selepas ini. Belum habis belum.
Untuk menyemak semula entry berkaitan yang lampau, boleh klik dengan sennag hati.
- GOLD COAST : PREVIEW
- GOLD COAST : DAY 1




March 26th, 2009 at 11:41 pm
Eh, Satria!
Eh, harimau!!! :P
Ala, tak surfing ke?? Tak dpt rent surfboard ke, pinjam ke?? :D
chika Reply:
March 26th, 2009 at 11:44 pm
kat sini ramai gak orang pakai satria.
kalau nak main kat flowrider tu boleh je rent kot. Tapi kalau nak main kat panai ke apa, belilah sendiri baru nampak gagah dan serius. KAH KAH KAH :P
~JviperS2~ Reply:
March 26th, 2009 at 11:47 pm
Hehehe..try to learn 1st b4 gie tempat yg ramai org.. :P
Satria ngan Arena kot? What u driving over there?? Proton ke?? Hahahahahaha!!! :D
March 27th, 2009 at 12:04 am
uhhhh daku begitu merasa kesal dan terkilan kerana hajat tidak kesampaian untuk pergi ke dreamwerl! gilah best tengak rides die!!!
March 27th, 2009 at 12:04 am
suka tgk gmbr yg ‘aksi panas’ tu..comelll sgt sehh…. =)
March 27th, 2009 at 12:15 am
warghhhhh jelessssss..
bjalan saje u neh..
duk rumah la masak2 haha
March 27th, 2009 at 12:55 am
hallamakkk topi dia yg besar tu… vouge gilerrr…
March 27th, 2009 at 1:25 am
Fuyooooooooooooo…
Chika naek roller coaster.
Sumpah tanak naik da ke?
HAHA~
Jelesh la tgk kamu bersuka ria.
Pandai betol husband u taburkan ayat cinta kasik naik semangat
x sabar lagi nak tgu entry seterusnya, dan gambar panasssssssssss
Hiks
=)
March 27th, 2009 at 5:30 am
yaAllah!! sumpah cemburu cemburu jeles jeles!!!!! arghhh! nk pergi oz jugk nih! tpi xde husband lg..ahaks…=p
March 27th, 2009 at 6:41 am
chika,
Tolonglah… topi itu, tak larat nak tengok! Macam english lady nak pergi menonton acara lumba kuda….Jgn marah eh…
chika Reply:
March 27th, 2009 at 7:01 am
nampak cam perempuan kepoh kan?
HAHAHHAHA
March 27th, 2009 at 7:22 am
hoh baru baca sampai mainan spongebob tu dah benti.
sudah2 pegi masuk bilik air sana.
blog chika baca nanti2.
hahah
March 27th, 2009 at 8:16 am
chika! gile menarik! lg2 cyclone the claw kejadah tu :p waaahhh! teruja betul tgk! chika, ms naik tu, baca bismillah smua2, pstu jerit kuat2 oke!
~kaklin~
March 27th, 2009 at 9:14 am
adoi laaaa dik chika skalik lagi malas mo kecikkan saiz gambo ni hah. jadiknye kakak tengok2 skali lalu je, dan mungkin akan lalu lagi bila ada masa lapang hihihiih
topi tu… topi tuuuuuu.. errrr hohohohoo
March 27th, 2009 at 9:42 am
awk..
kte tgk awk dh kurus..
*betul, xda tipu*
=p
March 27th, 2009 at 10:19 am
chika! sorry semak kt cni lg.
i mintak izin u publish 2-3 keping gambar outdoor u eh :D
March 27th, 2009 at 4:36 pm
ya Allah, comel betul entri budak ni. haha.
best nya jadi doktor seminggu kerja seminggu cuti!
March 27th, 2009 at 8:03 pm
haha
i pun tak thn la tgk topi u tu :P
n btw, sama la kte.. pantang nek benda2 thrill mintak nyawa ni.. tak akannn.. never :D
March 27th, 2009 at 8:05 pm
topi tu…topi tu..adeh..lawak r..ngeh3..
Bdw, tudung sangat bergaya…Macam nak pergi dinner bak kata chika, kira oklah.Bukan selalu dapat bergaya pergi kolam renang mandi2. Seminggu sekali je kan..hehehe
March 28th, 2009 at 10:10 pm
waaaaaaaaaaaa..
err..lawa baju itu..
waaaa…
teruja plak nak pegi sana nih!
hish..
tunggula..tunggu!
January 19th, 2010 at 12:51 am
I cadang nak gi gold coast bawak anak2. Sesiapa dah pergi boleh introduce kat mana nak sewa appartment di surfers paradise. Please email kat I ya