When life is so addictive
Untuk mengelak masalah traffic dalam blog (well, blog neh pon bukan ada traffic light ke apa) saya akan hold dulu entry Gold Coast edisi kedua. Eceh. Saya akan berkongsi cerita-cerita ringan dengan anda untuk mententeramkan kepala sendiri. Kalau dibuat entry Gold Coast secara bersiri takda ingat dunia punya, pasti boleh jahanam blog neh. Dahlah blog neh dah tak siuman sangat server dia. Tapi anda jangan worry sangat. Ini masalah peribadi yang tak ada menjejaskan anda.
#1 : Call emak tadi. Gembira sakan emak kedengarannya. Emak kata, dia mentunggu panggilan saya sejak beberapa hari neh. Sampai berasa dukacita kerna tidak dihubungi oleh anak. Kesian emak. Disebabkan macam tak boleh bersabar dengan perangai anak yang kononnya macam taknak call padahal menggelupur selalu nak call emak, emak pon try call saya petang tadi. Tapi tak berjaya. Emak ketawa sebab tak pandai call anak. Kami gelak kejap lepastu kembali ke babak sayu (dengan soundtrack lagu Mama Aku Ingin Pulang. Ceh. Ada ada je Chika neh) Info tak berguna sangat : Mama Aku Ingin Pulang adalah sebuah lagu nyanyian artist Indonesia iaitu Niki Ardila. Tak payah salin.
Macam biasa. Emak suka bagi soalan comel tak bagi salam. Contoh :
- Sekarang masih rajin tulis blog?
- Masih ramai orang baca blog?
- Apa? Ada budak panggil Ayong aunty? Marah dia. Marah dia (oh gila comel emak aku. I love you emak. Apsal comel sangat neh?)
- Bila balik sini? Nanti travel sorang berani ke? Jangan tersampai negara lain sudah. HAHAHA (eh eh emak ni. Pandai buat lawak lepastu sendiri ketawa. Like daughter like mother betul)
- Ada butik jual tudung ke di sana? (saya cakap ada. Emak pon ghairah sikit) Baguslah. Kesian kalau tak ada kedai tudung. (Dulu emak risau tengok saya tak bawak semua tudung, dia takut saya tak cukup tudung. KAH KAH KAH. Emak suka pikir banyak. Patutlah comel)
- Ada masalah PMS? Ma selalu risau takut Ayong PMS teruk. Terbayang Ma kalau Ayong PMS menangis teruk-teruk masa Hizwani pergi kerja.
- Gemuk? (emak particular betul soal kurus gemuk)
- Hizwani gemuk? Jaga dia jangan kasi gemuk. Lelaki selalu gemuk lepas kawen (HEHE HUHU HAHA. Saya serahkan bahagian ini kepada Doctor Ahmad. Jawap doctor, jawap)
- Orang Australia jahat tak? (sumpah comel emak saya.)
Rindu sangat dengan Jalur Gemilang. Ceh. Macam buang tebiat buat ayat pakai modal jalur gemilang. Rindu sangat dengan keluarga di tanah air. Rindu sangat dengan kenderaan 1266 dengan penyeri patung Cookie Monster di cermin belakang. Rindu sangat dengan Adek Dell, Dek Ekal dan Ijat. Tak ketinggalan, kucing peliharaan yang tak berapa akrab dengan saya tapi ada juga rasa sayang semulajadi. Apa khabarkah Loceng? Sudah panjangkah misai dia yang selalu kena trim kasi nampak remaja tersebut?
#2 : Menelefon nenek di Johor Darul Umno (Astaghfirullah. Bukan sudah taubat berblog politik ke?) Move on move on. Mak Tok sakit kaki. Kesian Mak Tok. Aki sedang solat jadi tak berkesemoatan untuk berbicara hati ke hati. Nenek kata, Aki renovate rumah lagi yahoooooooo (apsal kau pulak yahooo? Bukan rumah kau) Saya yahoooooo lah apalagi. Walaupon bukan rumah saya, tapi bukan syok banyak kah kalau pulang ke kampung dengan keadaan rumah yang makin hari makin menseronokkan. Rindu kampung halaman.
Kejap. Sejuk sangat Brisbane ni pada waktu malam. Kejap.
.
.
.
#3 : Ada banyak koleksi cerita saya bermurah hati nak berkongsi dengan anda. Seperti kisah cekodok pukul 5 pagi, kisah Don’t call me Aunty, kisah Daging Kangaroo sedap lepastu demam, kisah wedding yang basi tersebut, kisah pengembaraan Dora The Explorer (ceh. Dah mula menipu dah)
Nak cakap diri neh sebok sampai tak ada masa untuk blog, macam sebuah statement tak tahu malu pulak. Padahal duduk rumah sehari suntuk. Nak kata banyak masa, tak juga. Sejak-sejak berkahwin ni, banyak juga kerjaan kena buat (tu dia. Banyak mana sangat?) At least saya bukan macam dululah. Bangun tidur sama-sama dengan timing matahari terbenam. Atau bangun tidur terus orang hidang breakfast. Baju emak basuh. Baju emak gosok. Baju emak lipat. Sekarang tidak lagi. Semua buat sendiri (dengan ikhlas dari lubuk hati paling dalam). Dan peruntukan masa siang adalah untuk suami. (err… sedikit sebanyak, nak jugak selit bahagian romantik dalam entry KAH KAH KAH)
#4 : Kahwin memang satu perbuatan yang menseronokkan. Anda cubalah. Seringkali blog saya dikatakan sebagai blog menjana rangsangan perkahwinan ^$£$%£?Q”^£E. Aneh lah bukan bunyi dia ayat tersebut? HAHA. Err. Saya mana tahulah kalau anda excited juga. Tapi ikhlas dari seorang perempuan muda dengan ijazah sarjanamuda sains senibina (ceh. tujuan apa bagitahu kelulusan neh?), perkahwinan memang satu kebahagian dan nikmat yang Allah beri. Nikmat yang paling nikmat kalau dibandingkan dengan nikmat dapat kereta ketika usia 19 tahun. Sumpah seronok I tell you.
Disebabkan aku ni dah macam penghasut perkahwinan, aku pon mahu bersihkan nama sikit-skit. Ewah. Tak ada lah. Saya rasa, ada baiknya saya mengambik kesempatan dengan kebolehan saya menghasut ini untuk menghasut anda semua untuk :
- Jangan bergadoh dalam blog sesama blogger. Buruk sangat rupanya.
- Bacalah Al-Quran at least sehari satu helai daripada membaca nurulism.com bukan dapat pahala. KAH KAH KAH. Err. Bukan betul kah apa aku cakap neh? Banyakkan membaca Al-Quran sebab ramai sangat rakan remaja saya tak pandai baca Al-Quran. Tulisan jawi pon buta. Apa neh guys? Tak steady lah like that. Kita neh remaja-remaja jugak.
- Jaga makan. Kalau nak ikutkan, batu berlian, daun pisang, batang pokok pon boleh makan. Even toys Hot Wheels adek anda pon anda boleh makan. Tapi sebagai muslim, jagalah makan tolong. Cariklah yang halal-halal. Sebab kita adalah apa yang kita makan. Bukan maksud dia, engkau makan ayam engkau adalah ayam. Atau engkau garang macam tiger sebab engkau makan tiger. Bukan macam tersebut, Kita adalah apa yang kita makan. Keras lembut hati, baik buruk amal, semua bergantung kepada pemakanan kita. Aku hangin betul dengan orang tak pandai jaga makan. Takda kira halal haram sangat. Sumpah aku menyampah manusia main pakai belasah je makan. Apsal kau tak makan daging tangan kiri rakan kau ke apa.
- Kalau kau jahil, jangan tunjuk jahil sangat. Tak payah ah tulis blog buat tajuk ‘Aku Wild’ ke apa. Janganlah nampak sangat engkau punya keburukan tu. Kasi simpan sikit, tolong. At least jangan buat ibubapa kau tebal muka. Lagi seronok aku baca blog show off LV dari blog show off dosa. Ingat Allah sikit.
Ini bukan emosi mendadak ke apa. Ini rumusan sedikit sebanyak yang saya jumpa setelah berjalan-jalan blog beberapa jam lamanya. (lama saya takda berjalan blog ni) Orang suka kau atau tak suka kau, itu hal lain. Kalau orang benci kau sebab kau pandai buat ayat tunggang terbalik tapi ramai terhibur sampai addict, itu masalah peribadi orang yang membenci nama dia. Engkau boleh suruh dia ‘bercakap dengan tangan’ lepastu kau berlagaklah terus macam hebat sangat. Tapi bila orang benci kau sebab kau jahil lupa Tuhan, itu bukan masalah peribadi nama dia. Itu masalah akidah engkau. Janganlah fight balik. Sebab kau memang salah.
HAHAHAHAHAA APA AKU BUAT NEH?
Okay. Tazkirah sikit. Saya nak jugak ada blog berciri islamiah.KAH KAH KAH
Ah. Lately aku banyak bahagia. Penjana kebahagian terbesar tentulah perkahwinan yang magik tersebut. Seterusnya, blessed with so many nice people. Anda lah. Facebook jom.
.
.
Tak tanya pon : Slumdog Milionaire syok eh. Tapi sumpah. Jatuh industri pelancongan India. I bet.




March 25th, 2009 at 11:17 pm
test
chika Reply:
March 25th, 2009 at 11:46 pm
lama tak ‘test’
March 25th, 2009 at 11:32 pm
hohoho.. fisrt tyme setelah sekian lama.. dapat bukak chika dgn sekali click.. hahahah.. bangga plak rasenya arinie..
chika Reply:
March 25th, 2009 at 11:43 pm
tumpang seronok.
nak kena belasah ni blog ni.
cikja Reply:
March 26th, 2009 at 12:24 am
hahaha.. adeke tertulis bukak chika.. nak tulis bukak blog chika.. hahaha..:P belasah2..
March 25th, 2009 at 11:38 pm
chika, ‘saya x wild’ bole wat entry? sbb mmg x wild lgsung kalau dok terperap dlm bilik. keh keh
chika Reply:
March 25th, 2009 at 11:42 pm
boleh. duduk bilik pon boleh buat entry menarik. cubalah. hehe
March 25th, 2009 at 11:42 pm
emak chika ada baca tak blog chika ni?? kalau dia baca rasanya tentu dia terhibur dan bangga ada anak mcm chika (errr… bukanlah maksud saya kalau dia tak baca dia tak bangga…bukan gitu) tapi dia bangga lah kalau tahu yg chika sedang menghargainya sepanjang-panjang masa…
ha… kamar chika dah naik taraf jadi kamar anak rantau…
chika Reply:
March 25th, 2009 at 11:46 pm
baca tapi tak berapa nak baca. dia kata tulisan kecik, sakit mata, banyak words, pening, malas baca etc. sebenarnya emak saya tak suka computer langsung sbb dia suka motosikal kuasa tinggi. HAHAHAHAHHAHA
o. naik taraf dah? okek okek
March 25th, 2009 at 11:49 pm
1st, server ni dah kembali seperti dulu. Dah takde problem :)
2nd, setuju dengan chika. Tak paham lah apasal diorang ni nak tunjuk yg diorang ni ganas, jahat. Rasanya itu salah satu tactic untuk ‘attract’ org..Manalah kita tahu kan. Sesetengah orang sukakan blog macam tu dan kononnya nampak ‘jujur’ di mata mereka. Errkk…Okaylah, ikut nasihat chika, jangan gaduh2 sesama blogger =D
March 26th, 2009 at 12:18 am
first skali nak ckp lagi skali mak chika cantik (Hye Auntie!) walaupun tade gambar beliau dlm entry nih mcm entry lepas. ehehe peminat setia :p
Aha..kak ween stuju psl makanan tu. Org skang main makan minum x kisah halal haram. Budak melayu teguk arak luar 7E pun sgt senang dinampak jugak. Sedih. Ada pulak yg duduk oversea tp makan daging x sembelih selamba badak aje. Alasan darurat. Ape kejadah darurat kalo masih ada ikan & benda2 lain yg halal buleh makan eh? Islam yg bertatu pun banyak jugak. Dunia skang mcm2 hal kan. :)
March 26th, 2009 at 12:29 am
huhu…
suda add kamu di mukabuku, maka sila lar approve ea.
Hiks
baru hari ni teringat nak add.
Agaknya kalau Chika x ajak mengfacebook, maka sampai bila2 pon x add.
Tadi insaf sekejap, terus amek wuduk pergi baca Quran.
tuh pon selepas baca nurulism.com.
terima kaseh sebab m’insafkan. HEHE~
=)
March 26th, 2009 at 2:39 am
sungguh!
chika btul..
jgn gaduh sesama blogger…
sbb bile pusing balik..
dlm dunia blog gak..
ari tu dh tkena skali..
teruk kne hantam sbb ayat “lelaki gatal”..
insaf2..
ustazah chika pulak lps ni..
hee~~
nurulism.com saluran informasi
March 26th, 2009 at 7:09 am
memang comel sangat mak chika!! tergolek2 baca ni
March 26th, 2009 at 8:37 am
woooo tatau nk komen ape :D
March 26th, 2009 at 10:10 am
hi chika;
ish ish ish ! dah sampai aussie rupanya dia ni..
mula2 kawin kan chika, mass pun sangat2 homesick.. nanges je selalu.. rindu kampung halaman, cheh =P errr, sampai skang pun ada time2 yang rindu kampung halaman, pastu call mama mesti hari2, pastu yang paling rindu bila…. masak tak jadi, grrrrr !!
tapi kan mass lagi tak dapat bayang, itu baru mass yang semalaysia dengan family, tapi chika…….. lagi jauh ! mau demam seminggu sekali =)
take care chika !!
March 26th, 2009 at 10:12 am
sedang mengalami kesedaran secare pukal.
hehe.
hai. i windu kat u :p.
balik nanti sorang2 je eh?
March 26th, 2009 at 10:35 am
haish..
blog i termasuk dalam rumusan tak??
haha..
nampak tapak kaki chika tadi
March 26th, 2009 at 10:38 am
salam.. akak suka baca blog nie.. :)
March 26th, 2009 at 11:21 am
“Tapi bila orang benci kau sebab kau jahil lupa Tuhan, itu bukan masalah peribadi nama dia. Itu masalah akidah engkau. Janganlah fight balik. Sebab kau memang salah.”
nicely put, sis!
March 26th, 2009 at 12:09 pm
kak chikaaaaa~! (baca dgn nada menjerit)
memang terasa nak kahwin sungguh baca blog kak chika. ahaha. mak saya baca neh habislah satu tahun tak boleh makan nasi T________T
March 26th, 2009 at 1:28 pm
blog islamiah dah berlambak…hang kekalkan identiti hang….klu hang tukar bozzo tak singgah dah…
March 26th, 2009 at 5:19 pm
aku rindu kau (ayat tipikal sejak kebelakangan ini). tambah adik2 junior lak slalu je tanya “kak farah tak rindu kak nurul?”
apa punya soklan la depa neh….
aku selalu mau tegur di ym ka facebook ka…tp sama ada ketika aku nak tegor ko da off atau ketika ko on aku banyak menda lain nak kena buat.
isk isk. nak leave comment kat sini pun tertahan-tahan.
ok.teruskan kehidupan. doakan aku sampai sana weh!! melawat ko dan… lalala….
March 26th, 2009 at 5:43 pm
yayy~ kak chika dah buat archives balik. jangan sorok tau. nak jadi dalamdalam. eheh.