Gold Coast : Day 1
16 March 2009 (Monday)
Gold Coast. Dah lama saya simpan hasrat dalam hati nak ke Gold Coast (eceh). Disebabkan dah duduk dekat sangat dengan Gold Coast (sampai kalau Mak Cik Anderson atau Pak cik Smith ke apa masak rendang dekat Gold Coast pon boleh sampai bau ke Brisbane EWWAAAAAH) maka saya sudah sedikit jemu buat masa ini. Kenapa perlu jemu? Bukan tempat best tak akan menjemukan kah? Setelah anda membaca entry ini sampai entry berikutnya, anda akan fahamlah kenapakah Chika boleh terjemu-jemu. Anda pon boleh terjemu-jemu sekali. HAHAHAHAHAHAHAHA. Eh eh dia ni. Cakap sikit ketawa banyak padahal tak kelakar pon ceh.
Destinasi pertama kami ratah (Ratah? Puan tak ada perkataan lain yang lebih jinak?) Err. Destinasi pertama yang kami adalah ke Surfers Paradise. Memang heaven walaupon aku bukan surfer. Nama lain Surfers Paradise ialah Syurga Bergambar. KAH KAH. Mentipu anda. Tak percaya sudah lah malas layan anda.

Kan betul dikata. Cameraman sedang setup tripod. Eceh. Tidak seperti Dr. Ahmad pon. Oyya people kecintaan saya semua. Seringkali saya dihujani soalan tentang foto panas kami. Chika bawak photographer pergi Aussie ke? (What for? Kau ingat photographer murah? Baik aku gi kumpul duit beli Mazda RX hehe) Siapa ambik gambar korang berdua? (wartawan) Korang holiday bertiga ke? (Puh-lis sikit. Mana boleh mensebok campur orang bercinta pergi holiday. Malu sikit)
Kami holiday bawak tripod. Dialah tersebut yang mentolong kami rakam aksi panas, peluk sakan apa semua macam tak ingat dunia tapi tak apa benda halal lakukan tanpa waswas HAHAHAHHA. Kau apsal neh kerut-kerut muka? KAH KAH KAH. Ha Lam Alif Lam -lah.

Pasir putih, Kelantan (Eh tetiba plak). Surfers Paradise selain terkenal dengan aktiviti surfing tak ingat Tuhan tu, ia terkenal juga dengan tarikan keindahan alam yang mempesona mata hati jiwa sampai ke mulut. Sebab pasti meloponglah mulut mentengok pasukan ombak dahsyat yang menggulung besar. Sumpah takut tengok ombak dia. Macam raksasa pemakan daging membuka mulut mahu membaham daging dalam bentuk manusia. Percaya saya. Believe me. Tapi lebih indah dan berseri pantai tersebut dengan kahdiran merpati dua sejoli dalam bentuk Chika (ehem) dan suami (ehem ehem) bergambar penuh kecintaan. Berdehem-dehem. Gila ayat apakah neh sangat malu takda ingat punya malu (Cikgu Muthu dah datang)

Eceh. Dah model pose sangat dah neh. Senget kepala. Cekak pinggang. Buat-buat pegang kasut mencontohi gaya model dalam magazine CLEO iklan BONIA ke apatah. Konon dah habis model lah neh. Padahal tak payah nak syok dalam hati sangat. Menjengkelkan betul. Nasib baik ada building hebat di belakang sana. Boleh selamatkan foto.
Sekarang tengok building tajam tersebut. Kau tengok kasut aku buat apa? Saiz 4. Mana kau muat. KAH KAH KAH.
Tiba-tiba informative.
Building tersebut dinamakan Q1 Building (emak dia bagi nama jangan tanya) Merupakan residential tower tertinggi di Australia (the tallest residential tower in Australia). Menjadi ikon senibina dan juga di antara fokus visual garisan langit Gold Coast (architectural icon and a visual focus for the Gold Coast skyline) Dengan harapan, blog Chika akan tiba-tiba menjadi blog informative dan membantu pembelajran dan tumbesaran pembaca (ceh) Salin salin. (Siotnya saya) Dan harapan kedua, semoga pensyarah senibina UKM bangga dan lapang dada mentengok Chika yang tak lupa belajar architecture walaupon sekarang sudah masuk kategori perempuan muda bersuami duduk dapur sidai baju angkat baju lipat baju bla bla bla. Kau boleh baca dalam satu nafas, boleh?

Tengok Chika tengok Chika. Bukan tengok Mat Saleh seksi pakai bikini. Apa kau tak ingat Allah? HAHA HUHU HEHE. Oh lupa cakap : Kalau hendak ke Gold Coast secara santai, janganlah bergaya sakan sangat nanti anda nampak pelik. Sebab tak ada siapa pon melaram high heels dengan make up pengantin mahupon menggayakan tudung labuci gemerlapan macam nak masuk Personaliti NONA TV3 ke apatah. Sumpah selekeh setiap kali pergi Gold Coast. Pakailah pakaian buruk sikit (jangan buruk sangat nanti dipandang serong) atau baju sedikit lusuh (pon jangan lusuh sangat nanti orang kata bini kau tak pandai basuh baju) Asalkan kau pakai baju kira okaylah. Allah pasti redha. Sebab sepanjang anda berada di Gold Coast untuk pelbagai aktiviti, seperti bermain game thrill dan screaming macam lupa suara tu aurat wanita (termasuk bercinta dan bergurau senda dengan pasangan HALAL), anda akan menemui diri anda dalam bentuk yang lebih comot from time to time. Cakap berdasarkan pengalaman. Mula-mula sampai muka bukan main berseri dengan krim SPF 15 (ececeh) bersama haruman Paris Hilton lah apa. Sejam kemudian, baju semua naik pasir, muka hitam kaki legam, tudung senget semua pon bagaikan bencana kecil. HAHAHAHAHA wutta &%^$£%£.


Macam biasalah. Mensidai sikit aksi si poyo neh yang tak seberapa. Baju biru beg merah. Maklumlah, belajar fashion dengan Cikgu Muthu (op op op!!). Nasib baik tak pakai tudung leopard printed atau belang-belang hijau ungu ke apa.

Semasa kamera comel berjenama COMEL (okay tipu mana ada camera jenama COMEL) sedang beep beep beep nak snap gambar kami, ketika itulah datang sebuah van bersama sebuah orang membawa sebuah surfboard lantas mengkacau daun. Ulat bulu betullah. Lepastu kami give up malas nak setup foto lagi. Lantak kau. Merasalah kau masuk blog aku.
Puas berfoto mania di Surfers Paradise, kami pergi ke syurga yang lainnya mengikut pintu nombor 42. Okay Chika tolong jangan merepek banyak sangat pagi-pagi Selasa neh. Breakfast belum masak kan? Okay, continue entry quickly. Kami drive patah balik ke Dreamworld! Kalau nak ikutkan, Dreamworld lebih dekat berbanding Surfers Paradise. Kira kami berjalan ke depan dan patah balik. Agak jauh lah jugak nak patah balik.
Persoalannya (tak tanya pon), apakah yang Chika dapat dari Surfers Paradise? Ya. Selain mentengok ombak besar macam raksasa pemakan daging tersebut. Err. Selain mentengok manusia berpakaian separuh. Dan selain mentengok horizon ciptaan Allah yang mendetakkan jantung. Tak lain tak bukan. Mendapat seekor mermaid jantan (ih mana adalah. Kakak Chika nih tak habis habis pakai modal tipu) Aku dapat hat lah. Itu saja yang dibeli di Surfers Paradise. Habis takkan nak membeli ombak atau membeli pasir pantai. Hat yang tak kurang gediknya. Dengan ribbon sebesar tapak kaki elephant. Konon-konon macam bangsawan ke apatah WTH. Topi tersebut adalah seperti gambarah di bawah.

Berbaris panjang dalam terik mentari. Cair rambut (tetiba pulak) Ketika ni sedang queue untuk membeli tiket entry ke Dreamworld. Dah lah beratur gila panjang. Panas nauzubillah pulak tu. Sampai je dekat counter, Kakak counter kata kami sepatutnya terus pergi ke special counter ke apatah untuk buat Premium Pass (like VIP only tak payah beratur. Masuk ikut entrance tertentu) Ceh. Buang masa buang tenaga je beratur gila lama. Rugi rugi rugi. Rasa nak lompat katak di situ punyalah tension kepala sebab sia-sia beratur panjang. Apa akallah dalam mood kecintaan. Buat benda sia-sia pon dikira romantik juga. Erk?
Dapat Premium Pass for 2 years punya access yahooooo dot com dot my. Dan mendapat kemudahan agak istimewa juga. Kemudahan istimewa yang dimaksudkan bukan termasuk kemudahan menggunakan tandas orang kurang upaya atau tumpang curik parking orang kurang upaya atau kelebihan boleh buang sampah di celah pokok bunga ke apa. Bukan. Premium Pass akan membuatkan kami menerima sekeping Card beserta gambar muka masing-masing (tak boleh pilih muka artist pujaan atau nak letak gambar kucing ke apa tak boleh) Kad tersebut akan membuatkan kita jadi istimewa. Antaranya :
- Boleh keluar masuk Dreamworld dan Whitewater World sesuka hati anda selama 2 tahun tanpa had. Nak main pintu dia keluar masuk pon boleh takda siapa akan tarik anda ke balai polis berdekatan.
- Kemasukan selama 2 tahun tersebut adalah tanpa bayaran (sebab dah bayar dia sekelepuk banyak semasa memohon Premium Pass tersebut) So setiap kali datang, boleh tinggalkan wallet dalam kereta dan berlagak macam theme park tu ibubapa kita punya (eceh)
- 15% discount untuk ‘all you can eat’ di Billabong Restaurant. Yahoooooo I love the restaurant sebab ada cheesecake sedap gila. Yang penting, ianya HALAL. Apalagi, berjam-jam lah menyantap buffet dia like monster only.
- Boleh upgrade drinks hanya dengan meng-flash our Premium Pass card.
- Discount untuk photo printing. Pon yahooo jugak.
- Setiap kali datang, tak payah beratur panjang panjang macam pilihanraya umum. Terus ikut entrance lain secara VIP konon. Macam bagus. HAHAHA.
- Dan beberapa tawaran hebat lain yang akan dikongsikan kelak kalau perlu
Masuk je Dreamworld, terus menggelupur carik Billabong Restaurant. Wa lapar o. Nice food I must say. Kalau tak, tak adalah kami buat pesta pinggan mangkuk atas table kami. HAHAHAHAHAHA. Punyalah starving sampai takda peduli nak snap pictures pon. Feed perut dulu.
Selesai makan, terus ke prayer room bersebelah restaurant. Dreamworld memang sangat convenient to us, Muslim. Ada HALAL restaurant yang tidak mengkecewakan. Dan ada Prayer room for muslim. Dilengkapi dengan kemudahan semualah.Happy secara banyak. Tak perlu risau tentang solat. Tak perlu risau tentang makan. Tidur? Kalau nak tidur bukan datang Dreamworld. Pergi masuk bilik tidur.
Disebbabkan kami makan buffet secara ‘all we can eat’, kami pon ambik kesempatan untuk makan secara monster punya makan. Sudahnya tak mampu tampung badan sendiri. Nak pergi main naik thrill ride semua pon tak lalu. Takut termuntah sambil riding. Buat malu tanah air je. Kami pon bersepakat membawa berkat. Marilah ke iMAX dulu menonton apa yang patut ditonton. Ceh. Husband saya bantai tidur pulak dia. Apalagi. Saya ajak dia keluar. Oh. Sekarang saya akan menjawap tentang tempat tidur. Kalau nak tidur, boleh masuk iMAX. Takda siapa ganggu. Sumpah takda sapa ganggu.

Naik train mengelilingi Dreamworld.Ada pasangan di belakang buat hal pulak macam tak ingat Tuhan. Tegang kepala saya dibuatnya. Nasib baik bukan di Malaysia. Kalau tak, lama dah kena simbah dengan air minyak atau air mata air. Atau kena campak keluar train ke apa. Ingat Allah ingat Allah.


Ini adalah main attraction di Dreamworld. Kira kalau anda datang sini tapi tak try, memang sia-sialah anda. Eceh. Tapi lepas anda naik, anda akan mensumpah dalam diri dan berikrar tak nak naik lagi. Sambil dalam hati sedikit berbahasa kesat dan di mulut akan mengamuk-ngamuk menyesal. HAHHAHA. Memperkenalkan. THE CLAW. High thrill ride. Yang memang mencabar nyawa anda sampai adrenalin anda jadi tak menentu. Tak guna punya ride. Apsal thrill sangat? Aku ingat macam aku dah mati dah di atas sana.
Sumpah mentakutkan. Sumpah thrill. Sumpah mempertaruhkan nyawa. Sumpah taknak naik lagi. Husband saya boleh ketawa seronok. Dia kata inilah game dia naik banyak kali dulu masa dia datang Gold Coast zaman bujang (eceh) Saya ingatkan syok sangat sampai boleh buat kita gembira sakan ke apa. Rupanya gila punya thrill. Mula-mula saya menjerit macam nak habis suara dah. Lupa semua pasal suara aurat wanita KAH KAH KAH. Tak lama tu, saya terus terdiam tak cakap apa. Pasrah je. Jantung macam nak gugur jatuh bawah. Kalau betullah jatuh jantung tersebut, memang saya pasrah menyaksikan jantung sendiri jatuh ke tanah Gold Coast. Rasa macam dah sampai hujung nyawa pon ada. Husband boleh ketawa seronok. Enjoy gila kehidupan dia dia atas permainan pembunuh tersebut.
Bukan setakat dia hayun badan kau macam bola pingpong. Dipusing-pusingkannya kau macam bawang putih dalam blender. Kau imagine kau imagine. Err. Entahlah. Bagi anda yang suka benda thrill mencabut nyawa makan neh, mungkin anda rasa seronok. Bagi Chika yang anggap melintas depan kucing pon dah cukup thrill neh, benda macam neh bukan taste akulah. Benda-benda neh satu trauma bagi saya. HAHA. Sejak dah try, nampak je The Claw atau dengar orang ramai berteriak semasa riding The Claw, saya akan menyumpah-nyumpah ride tersebut. Tak faham apsal manusia nak enjoy secara tercabut nyawa. HAHAHA.
Tak sabar nak tunggu ride tersebut stop. Bila stop je, saya beristighfar panjang. Rasa macam mati hidup balik. Muka dah tak semacam muka lagi. Tudung dah senget selekeh comot hodoh hodoh hodoh. Husband tanya ; Best kan best kan? Ikutkan hati, nak je makan suami tersebut telan masuk perut. Saya dah pucat lesi menyumpah seranah ride tersebut, dia boleh bercakap secara enjoy sakan.
Cis punya The Claw.

The Claw.
Omaigod.
No no no no.
Not again.
Thanks Sayang.
Bagi RX-8 sebijik pon belum tentu I nak.
HAHAHAHA.
Disebabkan saya dah separuh trauma. Kepala dah pening. Nak muntah darah semua. HAHAHA. Akhirnya kami pon bersepakat untuk ke alam fantasi yang lebih fun dan tidak menjadikan nyawa sebagai taruhan. Kami ke Nickelodeon Central. KAH KAH KAH. Yang neh baru fun wa cakap lu.


Spongebob Flypants!
HAHAHA.
Jangan kutuk jangan kutuk. Just because Chika loved it. Sumpah syok wo. Anda kena meniarap seakan-akan beraksi flying lah. HAHA. Gila layan. Saya sangat enjoy. Husband pon join sekali. Kelakar tak kelakar la kan. Dari game thrill gila, sampai ke game Seluar Terbang. Bukankah gila comel punya perbuatan?


The Backyardigans Mighty-Go-Round



Ini yang paling layak dipandang serong. KAH KAH KAH.
Blue’s Skidoo
Ada 4 orang saja naik.
Chika. Husband. Dan dua orang budak kecik.
Tiada dalam gambar, kami juga sempat try permainan-permainan ini untuk hari pertama:
Kids Rides.
-
Runaway Reptar Rollercoaster
-
Rocket Power Bumper Beach
-
Dora the Explorer Sea Planes
-
Swinger Zinger
Family Rides.
-
Reef Diver
Thrill Rides.
-

Wipeout
source : http://www.dreamworld.com.au
WIPEOUT is the best. Nak lagi nak lagi! Memang seriously thrill juga. Tunggang terbalik tudung nak melayang semua. Tapi memang fun. Thrill yang masuk akal. Bukan macam The Claw. Tak masuk akal langsung.

Tunggu Spongebob tapi terlepas show dia.

Eceh. Nak ke mana tu, Sayang.

Sebab The Claw neh terlalu thrill. Tak masuk akal. Jahanam. Cis. Gila. Mencabut nyawa. Jatuh jantung. Menjerit tak ingat aurat. &&^%RGGDCW$$^ (bahasa kesat) Saya jadi trauma sampai tak puas puas nak snap gambar dia. HAHAHA. Igauan ngeri betul. Tolong Sayang, I tak nak dah.

Cinta.
Balik Brisbane dalam hujan lebat. I drove the car back okek. Thrill jugak pemanduan pada malam tersebut. Dah lah jalan dekat Australia ni ada lain macam sket. Tersasul-saul I. Sampai rumah terus collapse. HAHA.
Puaskah membaca? Kalau tak puas jugak, tak tahulah nak kata apa dengan anda neh. Sangat ulat buku. Ecececeh. Tetiba plak. Jangan excited sangat. Saya akan buat anda terjemu-jemu dengan kisah Gold Coast. Sebab ini baru kisah satu hari. HAHAHAHA.
Separuh nyawa menyiapkan entry neh.
Tolong hargai entry neh, tolong.
KAH KAH KAH.









March 24th, 2009 at 10:08 pm
omg…..best nyer chika…..
membaca sambil tahan ketawa….wakaka….
klakar la, cara you elaborate pasal “High thrill ride”
hahaha..huhu….hehe… :D
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:44 am
Seriously thrill. Bukan main-main punya thrill. percayalah apa I cerita tu walaupon nampak macam ditokok tambah tp mmg sumpah thrill tercabut nyawa.
HAHAHAH
March 24th, 2009 at 10:24 pm
gile seronok!
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:10 am
ye seronok gila
March 24th, 2009 at 10:40 pm
wohooooo…
baru entry untuk 1 hari.
sangat tidak menjemukan.
Letak gambar panass lagi tau.HAHA
x sabar nak tgu entry seterusnya.
GO Chika,go!
HEHEHE~
=)
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:09 am
Gambar panas jangan bimbang. Byk lagi dalam koleksi panas di sini. HAHA
:P
March 24th, 2009 at 10:53 pm
Fulamak..
u punya n3..
gile panjang..
kalo bace buku pljaran
konpem dah ttidur dlu wkakakka
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:09 am
kalau u habis baca perenggan ke perenggan. ayat ke ayat. baris ke baris. mmg ulat buku. Eceh
March 24th, 2009 at 11:06 pm
bismillahirrahmanirrahim.. 1st time nak comment nie , bdebar la pulak . hehe .
kte suka la tengok kak chika and husband . comel sangat2 . boleh la upload byk2 lagi pic kan .. especially time g jenjalan nih . cam best jekk . hehe~ ;D
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:08 am
bismillah.
welcome to the club (tetiba plak) :P
terima kasih banyak-banyak. Tengah bercinta mmg agak berseri sket. HEHE. Keep on reading me :)
March 24th, 2009 at 11:13 pm
whoa..nampak besh belaka suma permainan kat dreamworld tu. Yg The Claw tu nampak sgt ngeri. Kalo solero kat Genting tu pun kak ween kecut perut x sanggup nak naik sampai bila-bila, apatah lagik menda cam The claw tu. Giler laa melayang cenggitu! huhuh bukan takat jantung gugur tu chika..mau tulang termulang abis tanggal, gagagag
pantai gold coast tu cantik!
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:07 am
Solero Genting Highland? HAHAHHA. Sumpah chika tak pernah naik dan tak pernah nak naik pon. Tetiba sampai Gold Coast, semua jenis rides tercabut nyawa pon chika try. Oh Tuhanku.
Tak berapa sukalah benda thrill mencabut nyawa neh. HAHAHA
yes. Pantai dia mmg cantek. Ombak dia dahsyat. Ganas. Dan pasir dia cantek. Ah. Semua cantek ah senang cakap :P
March 24th, 2009 at 11:21 pm
bestnye pegi dreamworld!!!
kami tak pegi dulu,, pegi movieworld n seaworld je… huhu! tgk dlm youtube jelah ride2 yg ade kat dreamworld! sgt best2!! teruja nak pegi.. tp bilekah… nurul, nanti pegilah pulak movieworld lagi seronok! ramai katun! naik superman mrt n lethal weapon ride! huhu, best! n dun forget to take a ride on scooby doo coaster ride! hell fun! ;)
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:04 am
Movieworld dgn Seaworld kami dapat free ticket. Belum guna. NAnti tunggu mood datang. HAHA. Nak main White Water world lagiiii. Coaster? o-mai-god. I hate Coaster. MAlas mempertaruhkan nyawa. nehi nehi. HAHAHA
March 24th, 2009 at 11:35 pm
lupe lak..
hotel yg kami stay hrtu watermark.. betul2 seblah Q1 Building tu… igt nk naik Q1 deck tu tp tak sempat.. hehe.. nurul kene jalan kat surfers paradise waktu mlm, sebab waktu malamlah nak tengok gadis2 yg melaram memakai dress seolah2 mereka ingin pergi ke sebuah dinner yg grand! hehe.. pastu pakai perfume yg sepesen je baunye.. huahua! kalu free singgahlah friday night market die.. kat tepi pantai tu.. start dekat surf board kat McD tu… [gilak pomot!]
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:03 am
Ko jangan risau Ib. Kami slow and steady. No rush sebab banyak masa lagi untuk ratah kesekian bahagian Gold Coast. HAHAHA. Masalah dia, tiket movieworld dengan Sea World mmg dah ada dlm tangan. Tunggu mood datang je nanti, akan pergi.
Husband cakap, nak naik Q1 building during winter nanti. Yahooooooooo. Err. Tu lah. Mmg teringin berjalan menyusuri Surfers Paradikse pada waktu malam. Tapi takut terjebak dengan pesta keiblisan sikit kang pencegah maksiat datang ke apa. HAHAHAHA, ok merepek. Kat sini takda sapa pedulik lah bukan? :P
March 24th, 2009 at 11:49 pm
wahh!!!!!!! spongebob!!!!!!!!!!
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:59 am
squarepants!
March 24th, 2009 at 11:51 pm
tempat ni cam disneyland ke? yg croc. hunter tu kat sini ke?
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:57 am
ya ya. Disneyland la jugak tapi I would love to go to Disneyland sebab macam lagi hebat je. HAHA
Croc hunter kat somewhere mana tah. Tak sure
March 25th, 2009 at 12:32 am
hm.. ni harus di”resize” gambarnya ni.. agak lambat loading ni..
hish.. tak sabar nak tunggu entry ni loading~~~!! mau tengok gambar lorh..
takpe takpe.. sabar… sabar…
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:56 am
kali ni chika malas resize. KAH KAH KAH.
Sorry banyak-banyak.
terima kasih sebab bersabar. Kesabaran anda akan dibalas dengan pahala yang tidak ternilai harganya. AMin.
yonnaism Reply:
March 25th, 2009 at 9:10 am
ya2 chika.. heng terus pc ni! hahahha
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:21 am
gagaga.
internet i laju. no problemo. HAHHA
March 25th, 2009 at 1:14 am
chika, saya merupakan salah seorang yang sukakan thrill dan suka try permainan yang ala-ala bergegar jantung.hahah..Mula2 dan masa main memang takut, tapi bila dah lepas rasa macam nak main lagi..hehe
p/s:pagi selasa? sini dah nak masuk hari rabu dah :D
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:54 am
anda hebat nampaknya.
(ni entry sejak pagi selasa. Gila lama baru publish. gagga)
March 25th, 2009 at 1:26 am
chika, kalau gambar yang jauh dan kamu berdua menghadap membelakangi kamera, kamera tak ada org curi ka? Kalau tak ada, org aussie memang baik2. Rasanya kalau kat M’sia, konfom dah hilang..huhu
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:53 am
Australian people mmg baik, nice dan not really racist. Samseng ke apa pon tak berleluasa. Malaysia lagi horror. Jangan kata tripod. Kau tertinggal mineral water kejap pon dah selamat kena telan dengan penyangak. HAHAHA
Tapi tu lah. Memang Australia ni a very nice and safe place to live :)
March 25th, 2009 at 7:54 am
omg!! the claw!!
simply like chalenggers kat pesta penang!
i penah naik skali. i ingatkan bila game dah stop, tudung i dah berterbangan kat udara! hahaha
rupanya senget benget semua!!
kalau i p sana la kan..
i wajib naik semua..
waaaa suka!!!
even thrill,but i rasa hilang semua masalah kalau naik benda2 tu :p ngeeee
takpe chika.
pengalaman hahhaa
merasa gak u naik once in ur life :p
tak clear la spongebob flypants tu..
takde gambar full ke? :( huhu
nak tgk patrick laa!!! heee
part 2 plz!!!
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:49 am
sumpah i takkan naik lagi.
apa ah nak making fun mempertaruhkan nyawa.
Seb baik I hidup lagi jantung takda gugur ke apa.
Spongebob tu, mmg susah nak snap picture dia. Lagipon ghairah nak main. So takde snap snap sgt. Tapi mmg cool ar Seluar Terbang tu. Terkejut bila dia suruh meniarap. HAHAHAHA. Gila lawak. Orang lain tengok cam funny jek.
March 25th, 2009 at 8:41 am
huwaaa gambar lambat loading~ mintalah bantuan lori utk meloading gambar2 ni hahahahha
akak komen dulu baru tgk gambar balik huehehehe
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:47 am
sori okek.
chika malas resize gambar kali ni. HAHAHAHAH
March 25th, 2009 at 9:13 am
sidebar u hilang pulak. i komen cni je la haha..
ingat nk drop kat msjbox je :p
tu lah chika comel oii!!
lepas u je dah kat brisbane,
i dpt kerja kat cni!
kalau u balik sini, i roger2 la.
kot boleh date (sambil jeling2 kat camera comel u)
HAHHAHAHA
when u come back,syg?
every 3 months kan?
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:22 am
dont worry. once I dah sampai KL nanti, I’ll give u a call. Tunggu for me okek.
March 25th, 2009 at 9:53 am
haaaaaaa..ok memang thrill the claw tu. gila lah roller coaster pun ai tak berani. kalau the claw tu,memang mintak nyawalah,ahaha.nasib tak duduk sana (eh, tetiba plak)
entri yang berbaloi untuk dibaca sambil bersarapan pagi.
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:15 pm
confirm sarapan habis dulu dari entry. HAHA
March 25th, 2009 at 10:02 am
awk..
best gile!!!
tgh bace pn boleh rs cm ade kat Gold Coast tuh.. best best best
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:16 pm
marilah datang sini ziarah rakan
ainkarim Reply:
March 26th, 2009 at 9:02 am
hihi..
kena beli power root ni masuk contest..
pastu ble menang msti dpt g australia..
hehe..leh jmpe awk time tu..
kah kah kah..
March 25th, 2009 at 12:21 pm
wakakakakak.
saya bantai gelak part blue’s skidoo ituu. hahaha!!
tak menjemukan lah kak chika :DD
ps: nak lagi, nak lagi!
satu tahun kak chika buat entri gold coast pun saya masih akan baca ;)
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:17 pm
sure? kak chika buat kang. buat kang. HAHAH
March 25th, 2009 at 1:24 pm
rasanya ni satu2nya entri chika yg diya tak tinggal satu perkataan pun. hehe [penghargaan utk separuh nyawa chika buat entri ni =p ].
1st scroll entri chik, dlm hati terdetik [eceh] – ya Rabbi kuat semangat nya chika update entri berjela dengan pictures yang sangat banyak. fuhh. terasa lebih thrill banding the claw =D
anyway chika, thanks for sharing those wonderful pictures and blissful moments of yours =)
p/s-Q1 building tu unik dan menarik ler =D
chika Reply:
March 25th, 2009 at 8:19 pm
anda memang ulat buku. eceh.
terima kasih sbb hargai entry dengan keringat ini.
March 25th, 2009 at 1:26 pm
eh eh terpost dua komen, tlg delete chika =p
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:28 pm
okek
March 25th, 2009 at 3:15 pm
chika..sorry i drop sini lagik.
msjbox u i tak nampak la.. :p
o br check keyword yg masuk blog i.
most of them semua cr pic u kawen!!!! :))
i nk publish la esok hahha
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:29 pm
eceh. publish publish. I pon belum buat2 entry wedding. I lazy la. gagagaga
March 25th, 2009 at 3:56 pm
chika!
serius semput baca entry panjang ni.huhu
(cemburulah boleh cintan cintun sama suami.haha)
gamba tengah loading lagi ni..hmmm
chika Reply:
March 25th, 2009 at 9:32 pm
semput lagi chika yang menyiapkan entry neh. HAHAHAHA. boleh tahan gagah jugak si chika ni buat entry bukan sket punya spiritual. haha
gambar tak resize. I lazy. gagaga. sorry sbb kena tunggu :P
March 26th, 2009 at 10:33 am
dah2!dah tengok dah
berbaloi lah tunggu loading kan..hehe
March 26th, 2009 at 11:38 pm
[...] semula entry berkaitan yang lampau, boleh klik dengan sennag hati. – GOLD COAST : PREVIEW – GOLD COAST : DAY 1 Conteng [...]
June 4th, 2009 at 7:47 pm
apsal belah kanan aje..