Gold Coast : Preview
Penat sangat. Dua hari berturut-turut merayap ke Gold Coast like nobody’s business (eh, memanglah). HAHA. Esok akan ke Gold Coast lagi sekali. Macam crazy eh? Mana tak crazy, punyalah best punya tempat. One day will never be enough. Campur esok, jadilah a complete three days in a row kami merayap satu hari suntuk ke Gold Coast.
Err. Mana ada crazy. Rumah kami dengan Gold Coast punyalah dekat. Less than 1 hour drive (I tell you) Nak pergi setiap hari pon tak ada problem sangat. Problem sikit saja. Tapi boleh letak tepi masalah-masalah ringan seperti malas drive, penat, panas, cuaca, bangun pagi dan perkara-perkar ringan yang lain. Kalau setakat nak beli biskut dekat Gold Coast lepastu drive balik rumah makan biskut tersebut pon boleh sangat (over tau).
Disebabkan Gold Coast merupakan satu kegilaan, kami pon telah membeli Premium Pass huyeay! Pass yang akan memberi kami unlimited access selama 2 tahun untuk Dreamworld dan White Water World. Worth it sangat untuk residents yang duduk di kawasan berhampiran. Seperti yang saya nyatakan tadi, one day will NEVER be enough. Kami dah buat 2 round punya trip pon masih belum khatam lagi Dreamworld. Tapi Waterworld dah beres dah. KAH KAH KAH I am in love.
Matlamat esok adalah ke Surfers Paradise (buat kali kedua sebenarnya). Untuk melihat orang surfing lah. Sambil tengok Mat Saleh gagah-gagah. HAHA HUHU HIHI. Err. Sudah menikah lah bukan? Jaga tingkahlaku, Puan. Tak manis kalau Puan cakap pasal Mat Saleh lah, gagah lah, apalah. Ingat Allah Puan, ingat Allah. HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ha, gelak ar panjang-panjang.
Koleksi gambarajah kita humban kemudianlah okek. Sekarang kita cerita secara tak berapa nak cerita saja. Aku penat neh. Kepala pon swing sana sini takda tentu pasal sangat. Kepala lintang pukang macam ber-roller coaster. Itulah. Tadi petang naik roller coaster sampai mabuk (bukan mabuk sebab hari neh St. Patrick’s Day. Hehe. Husband cakap, St Patrick’s Day adalah hari mabuk untuk Irish. Itu informasi lah buat anda supaya blog Chika neh tiba-tiba je jadik informative. Aku nak jugak blog yang berciri ilmiah. HAHA)
Blame my husband lah sebab mensuruh dan mempaksa-paksa. Tarik tangan, tarik tudung tarik rambut semua (ok tipu) Nak jugak suruh saya try CYCLONE. Sampai stress dibuatnya. Nasib baik saya tak tunjuk perasaan melalak atas lantai ke apa tadi. Sumpah memang sangat tak nak. Tapi husband paksa jugak sampai Chika jadi sangat terdesak. Engkau bayanglah macam mana aku tak terdesak. Husband main kasar. Pakai kuasa super pergi bagi ayat macam neh kat aku ; Yang, kalau tak ikut cakap suami derhaka Yang. I nak you try jugak. Naik jugak. T____________T Apa akallah saya fobia selalu dengan perkataan DERHAKA. HAHAHAHAHAHA. Tak adalah. Husband saya gurau-gurau je. Kalau saya ingkar pergi lari masuk semak menyorok belakang tong sampah ke apa pon, tak ada dia boikot saya punya.
Tapi saya taknaklah menghampakan harapan suami. Ececeh. (Anugerah isteri mithali 2009, goes to Chika! Tepuk tangan) Merepek. Ok, saya pon officially telah selamat mencuba CYCLONE! (sejenis roller coaster) Yahoooooooooooo. Sayang, nak CROCS. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ok, I am kidding you. I proud betul sebab dah naik roller coaster buat kali yang ke satu. Thanks Sayang sebab paksa I.
Eh eh. Sepatutnya nak tulis preview je. Tapi macam dah berjela-jela pulak dah entry neh. Ah, malas layan kau ni blog. Sudah jam 1 pagi. Esok around 7.30 am nak bertolak ke Surfers Paradise. Gold Coast again yeay! Nak main pantai. Nak main angin bayu (membawa diriku…. sepintas lalu ku terkenangkanmu…) Nak tengok Mat Saleh surfing. Nak dengar talk dekat Sofitel. Nak makan Kangaroo (jakun jakun) Nak bercinta jalan pimpin tangan macam warga emas (senior citizen ehem) HAHAHA. Err. Nak tengok orang pakai bikini. Ceh. Gatal. Kau pergi zikir sana! Ingat Allah sikit. Dah dua hari ni mata sengsara tengok bikini pon tak puas-puas ke? Chika ternyata mabuk kepala swing kepenatan. HHAHAHAHAHA.
Err. Anda takda sedar kah? Anda sedang membaca entry mabuk dari penulis kepala swing yang mengantuk tersenguk-senguk tapi sebok mengetuk papan kekunci. Macam tak ada kerja lain.Anda patut malu sebab baca entry neh. HAHAHAHAHAHAHAHA
Okay. Saya tidur dulu ye. CROCCCCCSSS (ni bunyi sejenis snooze lah. Kau ingat bunyi apa?)
Tiba-tiba pemurah. Nah, gambar. Sekeping dulu kasi panas.





March 17th, 2009 at 11:45 pm
nice pic!!
gold coast mmg best,duk sana sebulan pun blm tentu puas nk berjalan kn.. =)
March 18th, 2009 at 12:01 am
wah pic die…
March 18th, 2009 at 12:18 am
wahwahwah.
gambar sampingan mmg panas lah kak chika :P
bestnya jalan2 prgi gold coast.
naik roller coaster kak chika pejam matakah?
-_____-”
March 18th, 2009 at 12:23 am
hehehe bestnya honeymoon… =) gambar sangat cantik !
March 18th, 2009 at 12:34 am
Pergghhh gambar terhangat di pasaran ni.
uhuk uhuk uhuk
memang penin bace entry ni, smpai saya pon
da tersengguk2.
HAHA~
nak tido jugak la.
Daa~
March 18th, 2009 at 12:36 am
1.CROCCCCCSSS adalah sejenis sneeze?
haha.
2. hanya sejam untuk ke GC? boleh ulang alik tiap-tiap hari?
Mawi-Ekin pun bakal jeles.
huhu.
March 18th, 2009 at 12:43 am
salam~
best kan sane?..
jgn lupe gi universal studio.
fuh..best woo cyclone tuu~.
March 18th, 2009 at 12:50 am
wah!premium pass!2year all access!wooowwww…
March 18th, 2009 at 1:57 am
baju renang barukah itu?
hehe
nak ikottttttttttttttttttttttttttttt..
nak nak nak
March 18th, 2009 at 2:45 am
waahh bestnye main air kolam tgh2 panas…
March 18th, 2009 at 2:56 am
bestnya umah dkt gold coast..
nak gak lah..
boleh x?
March 18th, 2009 at 8:19 am
mmg hotlah gambar ni *sambil tgk auntie minah saleh yg bjalan dlm air tu* hohohoh
March 18th, 2009 at 8:44 am
wah2.bestnya.nk ikot.hehe
March 18th, 2009 at 9:08 am
korang bawak fotografer ke? cmana amek gambar tu?
March 18th, 2009 at 9:34 am
waa..sangat seronok la u chika..best.
March 18th, 2009 at 10:02 am
huhu bestnya…..
bila la ade masa nak g holiday panjang gakk..
Nikmatnya idup kalau x bz..
March 18th, 2009 at 11:44 am
mcm org putih dinegara org putih… hehehe
March 18th, 2009 at 3:37 pm
wah..gambar terhangat tu..ngehehehe…
naik cyclone mula2 memang pening tapi bila pas abis naik rasa puas pulak (dalam hati:nanti pergi lagi akan naik lagi).
March 18th, 2009 at 4:40 pm
saya rasa saya perlu kawen sekarang!!
bye
March 18th, 2009 at 5:17 pm
haha comel gile komen si anot! :p
chika!!
very sweeettt la picture tu!
sila sidai muka kalian berdua lagiiii!!
i nak sgt sgt sgt naik roller coaster kat gold coast :((((
March 18th, 2009 at 10:34 pm
wah chika…bestnya….jgn kate 2 ari, dudk kat surfer paradise tu hari2 pun best…summer time cuci mate tgk suffer yang dh tanned and tough2 belaka..hihihi…
March 19th, 2009 at 10:44 am
aku pun sependapat ngan anot. kakakaka.
March 19th, 2009 at 12:06 pm
hahaha
smenjak kawen ni.. mmg gambar panas asik kuar je :D
hihi.. happynyeee tgk u :)
March 19th, 2009 at 1:16 pm
salam…
Hi Chika…
Akak baru je ikut blog chika ni…
Memang best. Hari-hari baca pun sure tak bosan…Tak terlambat lagi akak nak ucapkan selamat pengantin baru pada Chika…
March 19th, 2009 at 5:02 pm
just fall in love with da picture. aiyoo. bila my turn to get married lak neh. heheh.
have a nice day chika!
March 20th, 2009 at 10:26 am
alamak aii..
cantik pemandangan!
March 20th, 2009 at 3:27 pm
bru je follow blog chika nie..best..klu bce msti tgelak..
March 26th, 2009 at 11:25 pm
[...] saya paksa saya naik CYCLONE. Macam yang pernah dicerita secara histeria dalam entry yang lalu. Seumur hidup, inilah kali pertama seorang manusia berjaya merasuk dan memaksa saya naik roller [...]
July 13th, 2010 at 3:19 pm
Kak Roy tengok Chika loving sangat….. teringat masa-masa dulu, masa muda. Sekarang dah berumur tapi masih loving lagi!
Kak Roy.