10 perkara
Perkara pertama. Saya tak sihat sangat. Macam tak percaya pon ada. Boleh menggigil siang-siang atas bumi Brisbane. Nampak sangat SPF 30 semua boleh jalan sekarang. Macam biasa. Bila tak sihat, aku garang. Muka pon macam tak siap. Tapi itu perkara biasa. Kau boleh tolak tepi. Sebab perempuan bad mood tak sampai ke mana sangat. Kecuali kalau kau kacau laki dia ke apa. Kau tahulah nasib kau esok lusa. Ooop ooop. Aku cakap je.
Perkara kedua. Aku dah betul-betul fed-up dengan server blog aku sekarang. Tadi petang, aku emotional sikit. Ikutkan hati aku humban blog ni masuk tong sampah kitar semula yang warna kuning penutup dia. Sumpah aku tension betul tadi petang. Dah lah aku tak ada kerja lain atau komitmen lain selain blog ( rumahtangga dan suami tu hal lain) Confirmed. Aku akan pindah hosting. Insyaallah. Kalau nanti blog ni ghaib ke apa, kau jangan histeria cepat sangat. Bawak bersabar. Baca surah Maryam banyak-banyak. (elok untuk anak perempuan). Kan dah cakap. Aku tak sihat. Sebab tu aku tulis macam orang tak sihat. Fahamlah sikit.
Perkara ketiga. Minggu neh ada potensi untuk jadi minggu yang membosankan. Di mana kau akan malas-malas dan bawak muka tak siap ke sana sini lepastu kau mengeluh. Sebab kau bosan. Aku dah mula harap. Supaya aku ada perusahaan besar-besaran untuk diuruskan sampai aku sebok macam korporat ke apatah. Begitukah? Tidak. Aku tipu. Aku cuma harap, aku dapat hadap photoshop, main layout, adjust blog, update blog dengan ghairah dan main ftp ke apa. Tu je aku harap bila aku bosan. Sebab keghairahan aku memang pada benda-benda macam tu.Err. Selain pergi shopping gadis-gadis. Itu memang ghairah namampos. Itu keghairahan sebenar (kalau kau nak tahulah) Tapi. Ia mengaitkan perkara keempat pulak.
Perkara keempat. Lately aku suka duduk rumah. Sebab aku suka mengadap muka Mr. Doctor (eh dah ada nama samaran baru). Aku rasa itu benda yang aku paling suka lately. Kadang-kadang saya paksa diri menonton filem aksi sebab nak join suami. Kalau boleh, suami pergi kerja pon aku nak ikut. Apa akal aku duduk Brisbane. Kalau setakat KL, tahulah dia! Setiap 4 jam aku ziarah dia dekat hospital. Well. Informasi yang mungkin engkau kena tahu : Aku bukan young lady yang berkereta lagi. HAHA. Kenyataan ni, dalam masa yang sama membuatkan aku jadi macam a good girl. Well. Tak ada kereta. Duduk rumah. Masak. Tunggu husband. Tak ada girlfriends. Good girl, no?
Perkara kelima. Aku sayang suami aku dan dia dah jadi keutamaan dalam hidup aku. Macam mana aku tak pernah berkata tak baik pasal keluarga aku selama 22 tahun aku hidup, macam itulah jugak aku tak akan bercakap tak baik tentang suami aku. So, dear friends. Jangan suka sangat tanya pasal keburukan suami aku. Sebab aku tak akan cakap sampai mati pon tak akan cakap. Ia sama macam kau tak akan khianati emak kau. Macam tu lah kau tak akan khianati suami kau. Nak masuk syurga tak? Syurga aku ada pada suami. Walaupon aku kenal kau dah 10 tahun, kau jangan harap sangat aku akan bergosip tentang suami aku yang baru aku kenal 10 bulan (ini contoh). So that you know, where did I put my husband in my life.
Perkara keenam. Aku tak menyesal. Siapa pedulik pasal usia aku 22 tahun. Malah aku bersyukur sebab at least aku sudah tahu. Aku akan mati kelak bukan dalam keadaan bujang. Memang aku rindu nak menangis meraung gila histeria sebak semua bila terkenang keluarga yang jauh di mata. Ah, shallow sangat kalau aku nak menyesal hanya disebabkan alasan tu. Wake up lah, wake up! Tengok husband pergi kerja selepas selesai menunaikan solat Isyaq merupakan nikmat yang tak semua perempuan 22 tahun dapat rasa. Sebab apa pulak aku nak menyesal? Jangan kontroversikan sangat pasal perkahwinan aku. I am married. And I am taken. Best man win. (Okay, macam main kasar pulak ayat aku neh)
Perkara ketujuh. Aku punya impian jangkamasa pendek ialah nak vakum carpet sampai bersih. Tapi selagi aku tak sudah-sudah habiskan masa mengadap muka suami aku, kerja tu tak akan berjalan jugak. Silap-silap nanti, vakum bergerak sendiri. Ah, sudahhhhh.
Perkara kelapan. Aku tetap aku yang macam dulu kalau kau hitung dari segi emosi. Aku masih cepat melenting. Tak percaya, kau cubalah hantar komen bukan-bukan tak bagi salam. Aku masih seorang yang kuat komplen, kuat demand, kuat mengadu dan kuat emotional. Sebab itu adalah elemen-elemen jiwa yang membentuk aku. Aku masih seorang yang kuat sentap dan kuat sensitif. Cubalah kau cakap yang bukan-bukan. Memang kau tak akan dengar aku bersuara dalam jam-jam berikutnya. Sebab bila aku sentap, aku menyampah nak bercakap. Simpan dalam hati : Aku masih aku yang macam dulu. Jangan ingat aku dah jadi wanita lembut hati yang boleh kau bawak bergurau ikut suka hati engkau. Aku tak suka jenaka kasar tak bagi salam. Watch your mouth lah, tolong.
Perkara kesembilan. Aktiviti hujung minggu Persatuan Pelajar Queensland adalah antara benda yang aku sedang tengok straight forward. Aku harap, jumpa gadis-gadis yang boleh dibuat kawan. Aku tak ada kawan di sini. Tapi aku tak desperate. Sebab semua benda pon boleh tolak tepi bila husband aku ada. Err. Perempuan 22 tahunlah. Malulah kalau tak pergi hang out dengan girlfriends. At least untuk kau pergi shopping keluar masuk fitting room bincang pasal cutting jeans apa kau patut pakai. Atau rakan untuk kau berbincang pasal keburukan product maybeline (contoh : Lipstick dia yang buat bibir kau kering kontang sampai setiap malam kau tenyeh vaseline dekat bibir kau). Atau rakan wanita untuk kau bercakap pasal isu wanita. Contohlah. Ah. Aku rindu betul rakan-rakan di KL. Rakan-rakan yang nak dikata sebagai good girls pon bukan, tapi sumpah tak buat perkara mungkar. HAHAHA. Masalah dia, aku bukan friendly dan muka aku macam orang sombong. Padahal aku sebenarnya baik hati. Cuma ekspresi muka aku kadang-kadang tak kena dengan tempat. Harapnya aku pandai beramah-tamah. Ahhhh. Tahu sangat. Memang tak punya.
Perkara kesempuluh. Aku rindu emak aku. Aku rindu bapa. Aku rindu adek-beradek. Aku rindu keluarga aku. Aku rasa macam dah lama sangat tak tengok muka semua orang. Aku selalu terfikir. Hari ni emak aku pakai baju apa. Malah aku terfikir, apalah perasaan abah sekarang bila aku tak ada di rumah. Dah lah abah selama ni pantang betul kalau aku tak ada dalam rumah. Aku memang rindu Ma. Biasanya pada petang-petang yang bosan, kami akan keluar sama-sama dan bergembira. Dah lama tak mintak-mintak dekat emak. Aku rindu betul. Balik KL nanti, tahulah aku pow emak aku. Okay, aku bergurau. Yang engkau serius sangat ni kenapa? KAH KAH KAH. Oh. Pernah aku bagitahu satu perkara? Emak adalah manusia paling generous yang pernah aku jumpa dalam dunia. HAHAHAHAHAAAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHA. Aku sayang emak. Sebab selalu cium aku lepastu cakap ; Bau yang mengingatkan Ma masa ayong baby. LOL. Sampai mati pon aku akan ingat. Betapa banyak aku pow emak aku menjelang hari wedding aku. Sumpah banyak. Hanya Aizar yang tahu. Sebab tu aku sebak betul. Sebab lepas kawen, aku tinggalkan dia.
Aku nak pergi call emak aku.Tiba-tiba aku sebak macam nak semput.
Kalau aku tak boleh bernafas, aku nak Doctor Ahmad Hizwani CPR aku.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Hello Ma.




March 10th, 2009 at 10:31 pm
1st
chika Reply:
March 11th, 2009 at 7:58 pm
tahniah
March 10th, 2009 at 10:34 pm
mula, berkiwa2 baca awal2 entry.
penutup entry ni…tettt!! cewah cewah!!
*icon gelak tutup gigi*
chika Reply:
March 11th, 2009 at 7:59 pm
penutup ada sedikit gatal. haha
March 10th, 2009 at 10:35 pm
salam..
ahahaha yg laz tuh sgt kelakar oke! hik .. :P
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:00 pm
ye la. kalau tak mintak husband CPR, sapa nak CPR. haha
March 10th, 2009 at 10:35 pm
nape blog asyek prob
skrg ni eh.
i pon naek tensen.
huh.
bile nak updte psal
wed?
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:02 pm
entry wedding akan buat selepas blog stabil. I susah nak access blog ni
March 10th, 2009 at 10:38 pm
weih2…kalo aku ke sana,sile jadi pemandu pelancong okeh! :D
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:03 pm
okeh. sila ke sini
March 10th, 2009 at 10:44 pm
assalamualaikum ;)
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:05 pm
waalaikumussalam wr.
:)
March 10th, 2009 at 10:47 pm
huhu.
sabar k.chika, sabar.
istighfar byk2.
absence makes the heart grow fonder.
eceh.
be happy always!
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:06 pm
astaghfirullahala’zim….
HEHE.
im fine, dear. no worries :P
March 10th, 2009 at 11:21 pm
hohoho..
komen tuk perkara 6..
yang penting happy.. org lain memang suka ngumpat.. hohohoh..
“kawin awal sok2 nnti kita muda lgi ank dah besar2″..*ayat yang mak cikja selalu bgi kat anak dia nie yg tak fikir lagi pasal kawin”
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:07 pm
saya happy.
:)
March 11th, 2009 at 12:11 am
yup2…dari semalam lagi blog chika prob..sokong chika tukar hosting..huhu
perkara 1 sampai 10 tu dah feel sentimental tiba2 datang past last tu saya sengih nampak gigi..hahahah
p/s: yup2! seburuk mana pun suami jangan burukkan dia di hadapan org lain..Berdosa..
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:08 pm
insyaallah akan tukar hosting a.s.a.p
entahlah apsal buat ending gatal. HAHA
March 11th, 2009 at 12:19 am
tabahkan hati demi iman,semoga semuanya di mudahkan ALLAH TAALA.
go kak nurul!
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:12 pm
insyaallah.
ye. nak GO ni
March 11th, 2009 at 1:05 am
hep chika..
(silent reader dan first time comment)
takut mula2 baca ini entry.ingat mau mengamuk ke apa.hehe
sabar la rindu kat ma.kumpul rindu banyak2
=)
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:13 pm
hi ielah.
mula2 buat ayat garang. tetiba entry macam gatal sikit. HAHA. err. tak sehat memang
March 11th, 2009 at 8:17 am
harapnya chika tak boleh bernafas.
dr hizwani mesti lagi happy boleh cpr.
chika chika.. kakju harap chika cepat dapat kawan kat sana. kakju faham perasaan chika, sebab kawan kakju, ikin tu pernah mengadu macamana dia rasa sedih sebab takda kawan kat japan nun. sekarang dia ambik knitting class & dah dapat kawan kawan. =)
take care babe.
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:16 pm
Saya nak Dr.Hizwani je CPR saya. Dr lain tak mo. Lagi rela mati. Ewwaaaah romantiknyaaaaa.
CHika memang harap dapat kawan. Sbb takde langsung kawan neh. Nak jumpa melayu punyalah payah. Pernah jumpa beberapa kali jek.
tapi chika tanaklah sampai kena enroll knitting class. HAHAHAHAHA
March 11th, 2009 at 9:53 am
ye ye tukar hosting cepat2. hehehhee (gelak setan toncit)
entry penuh dengan bunga2 ni membuatkan i pun tetiba nak sayang orang macam. nak buat orang macam tu. errrr kompom tak boleh :P
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:18 pm
tak boleh bayang rupa setan toncit. AHAHA
eceh. Sayang kat sapa?
Darling Reply:
March 12th, 2009 at 9:49 am
xyah bayangkan… hehehhe
sayang chika boleh? *wink2*
March 11th, 2009 at 9:58 am
Salam. Hye chika =) ehh nape mcm sedih2 di awal entri? erm..bolayan aje ape komen2 yg xberkenaan tu (if u sad about commentor’s comments la kan =P. memandai aje aku ni. hihi). kalo org yg komen bkn2 tu mksdnye mereka jeles. ciare pon jeles jgk sbb xkawen lg di usia 24..hahahaha..jokes ;p
anyway..nape xsehat? ade apa2kan?? hehe soalan tipical tuk org da kawen..lalalalala~~~
have a good day ye chika.
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:19 pm
salam.
err. sebenarnya saya tak sedih. Saya sangat gembira an bahagia. HAHA. Biasalah. masa tak berapa nak sehat, mmg ada emo sikit. Tipikal chika. HAHA
tak ada apaaaa. HAHA. sabar sabar.
good day!
March 11th, 2009 at 10:54 am
Perkara kelima,keenam dan kesembilan serta penutup…
perkara ke-5:btol2..jgn membuka pekung didada.buruk baik simpan saja.lebih+kurang terima seadanya..nih sape nak sebok badan tau neh?aku pon tak sebok nak tawu..
perkara ke-6:kawen awal la best. sape yg sebok dengki tuh?aiyoh..
perkara ke-9:yer..bagos2,berusaha..dont forget me!aku good girl la..
perkara ke-10:huhu..mmg tawu sgt..lama tak jumpa Ma jugak..ikan keli lagi..haih
penutup: sweet giler!
~tgh kebosanan+ketensionan utk TEST~
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:22 pm
jangan tension. buat keje dengan ikhlas. :P
March 11th, 2009 at 12:45 pm
mulanya ingatkan kak chika nak ajak bertinju tadi. dah takut dah baca entri ni.
harap kak chika cepat dapat kawan :D sabar eh.
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:24 pm
kak chika mana suka ajak orang bertinju. Mana best. Main kuasa ultra salah kak chika suka lah. HAHA.
saya pon harap. tapi saya tetap bahagia walopon tanpa kawan di sini.
March 11th, 2009 at 1:39 pm
bila chika tak sihat,mmg entry pon mcm demam2 la :p
hishh.. mmg bila u demam, slalu entry berangin je hahaha..
chika,
ur family sure doing well kat sini :)
i rasa kalau mak u habis berjuta ringgit pun time wedding u, sure dia akan rasa berbaloi tgk u bahagia mcm ni :)
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:26 pm
sbb tu jangan memblog masa tak sehat. nasib baik entry neh dapat diselamatkan.
family i syukur je bila i happy :)
i pon syukur bila family i happy
March 11th, 2009 at 2:14 pm
nasib baik husband ko dokor…. ha… marah2… marah ler lagik… ngeh3
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:27 pm
nak marah ar ni.
:P
March 11th, 2009 at 4:31 pm
penutup mmg takleh tahan,ahaha
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:28 pm
gatal kan?
haha
azie Reply:
March 11th, 2009 at 9:30 pm
dah kawen gatal2 takpe, wajib gatal so that laki tak pandang kiri kanan dah,kah kah kah
chika Reply:
March 12th, 2009 at 8:28 am
gatal dapat pahala.
HAHAHAHA
March 11th, 2009 at 6:27 pm
I’m happy to see you happy.
#5: setuju!
Kita memberitahu dunia tentang kebahagiaan kita untuk berkongsi, bukan menunjuk, but sometimes people take it differently. Anyway, keep on writing.
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:32 pm
setuju dengan kakak.
masa saya tulis entry pasal husband saya pon, memang tak fikir nak show off ke apa. Memang buat dengan sepenuh hati. HAHA.
kakak dah leave malaysia eh.
March 11th, 2009 at 6:58 pm
hahaa.dramatic nye ending.hahah~
chika Reply:
March 11th, 2009 at 8:38 pm
drama queen.
March 11th, 2009 at 9:07 pm
try guna hosting http://serverfreak.biz la chika.. :) saya pakai tu.. alhamdulillah.. ok setakat ni.. dah banyak tahun guna..
…
chika.. maafkan saya sekali lagi sbb tak dapat attend on your wedding.. :(
chika Reply:
March 12th, 2009 at 8:29 am
ye ke? saya serahkan hal hosting kepada manager saya. HEHEHE. Sebab saya tak pandai la hosting hosting ni.
Its okay. Walaupon agak terkilan tak dpt jumpa, tapi its okay. Next time boleh jumpa, insyaallah :)
March 12th, 2009 at 2:04 am
salam nurul:)
im not sure wether u’ve noticed me or not all these while, but im actually your college mate in kmj. and apparently a friend of hizwani too:).tapi by blogging aje lah.
talking about Brissy, my bestfriend is there, she’s pursuing her master. will let her inform about you so that u guys can be friends okay! jgn boring2..and have fun staying abroad!and believe me, she’s a tad bit crazy but i think you’ll manage well:)
hehe.
chika Reply:
March 12th, 2009 at 8:34 am
salam ileena:)
oh, my husband ada sampaikan salam u dekat i haritu. Tu lah, dia cakap u’re my college mate in kmj.
ya sure. I would love to have some friends around here. Its very nice of u :)
Thanks anyway Ileena. My husband cakap, u’re in Russia kan? Take care, happy studies and all the best :)
dah bookmark blog u :D
March 12th, 2009 at 9:27 am
chika,
take care…semoga cepat sembuh yer…:)
hv a nice day..:)
chika Reply:
March 12th, 2009 at 4:30 pm
terima kasih.
sakit kepala plak petang ni:(
hani Reply:
March 12th, 2009 at 4:48 pm
alalalaa…ciannya dia…hehe..
have a good rest k..:)
March 12th, 2009 at 11:16 am
sudah abes membaca semua.. nnti tambah 10 perkara lagi.. wat panjang2.. baru la dok lame lame melanguk depan monitor.. apapun goreng jer.. ahaks!
chika Reply:
March 12th, 2009 at 4:31 pm
tabaik melangut banyak.
sam Reply:
March 25th, 2009 at 9:41 pm
betul betul..
sikit2 pon ok..
March 12th, 2009 at 6:00 pm
Sepatutnya yang CPR tu perkara yang kesebelas.. LOL
Hello Chika!
March 13th, 2009 at 2:53 am
emo emo emo..
pasang surut mcm air laut..
:)
March 13th, 2009 at 10:10 am
aku pon minggu ni emosional.
aku lagi dah sumpah seranah laptop aku siap nak hanta repair la sebagainye…
kutuk2 modem dalam laptop ni la, nak tuka laptop semata2..sebab..
tak boleh nak connect internet..
tapi.. lepas bermuhasabah diri.. baru aku sedar, aku blom bayar bil maxis broadband aku ni.. pasal tu tak bole gune.. hakakkakakaka!!!
tp kalo server down.. mmg perit la apetah lagi dirantau org…. taro milk tea tu pon kegemaran aku.. tp aku tak suke keladi, aku ske labu. hehe. pumpkin milk tea name die.. kunyah2 pearl itam yg mcm makjun pak tani tu..
ohh sdap sdap..
March 13th, 2009 at 10:14 am
ingat nak baca je.. tapi myumbang komen jugakLAH..
Chika, U should know this!
I jumpa blog u beberapa hari before u get married. Mula2 mcm tak faham nape orang ramai2 suka serbu page u. but then, I pun addicted.. smpai siap canang cerita u kat kawan-kawan. (Sbb ada banyak moral of the story ok!)
Eh… sbenarnya nak cakap.. Entri U membangun jiwaLAH. tiba2 bersemangat nak pergi kawin, siap paksa2 parents suruh kahwinkan saya. HOHOHOHO
Chika, we’re happy for you LAH. tq
(err.. tak reti nak bg komen pendek.. MaafkanLAH)
March 15th, 2009 at 7:36 pm
[...] entry bertajuk 10 Perkara dengan catatan 10 perkara rambang yang sedikit lintang-pukang kerna didorong oleh nafsu, saya telah [...]