Sweet 22 With Brain
Okay hari ni tak ada gambar. Sudah-sudahlah tu mensidai gambar dalam blog. Dah serupa fotopages dah blog Chika. Ni blog kah atau fotopages? Cuba jangan mensamakan blog dengan fotopages. HAHA. Err. Maksud dia, tak ada gambar. Memang tak ada. Pergi jampi hembus asap pon, tak akan ada gambar untuk hari ini. HEHE.
T__________T
Menangis hati. Bukan sikit punya susahlah nak access nurulism.com hari neh. Nasib baik siang-siang saya sebuk bercinta, jadi boleh jalanlah dengan blog. Macam aku heran sangat je. Nak down down pulak dia. Macam aku heran sangat je. Takda heran. Takda. Shut up kau, blog! HAHA. Nampak sangat sebenarnya HERAN. Bukan frust tertonggeng kah bila blog buat perangai degil lintang-pukang? Bukan kah?
Okay saya frust.
Macam fed-up betul dengan blog.
Tapi macam biasa. Memaafkan blog sendiri. Habis, takkan nak pergi kungfu kepala dia atau remove dia. Err. Kalau tiba-tiba nurulism.com di-remove, anda semua bawaklah mengucap. Pasti Chika tengah hilang pedoman ke apa. KAH KAH KAH.
Anyway (tiru husband suka main anyway). Disebabkan blog tengah menjahanam system dia. Susah sangat untuk dicapai. Akibatnya, saya tak kuasa nak update entry wedding ke apa. Sebab nanti boleh histeria nak upload foto. Tunggulah sampai blog neh stabil sistem dia. Kalau esok lusa pon dia jahanam jugak, aku bantai dia pakai kuasa Ultra Slash. Ya Allah. Lamanya tak bukak topik Ultraman dalam blog. Err. Sudah kahwin lah bukan? Apsal nak main Ultraman lagi?
Crapping, no?
Jangan membuang masa pembaca dengan topik animasi.
Hari ni Brisbane sangat nyaman I tell you. Semasa kami keluar shopping dan berjalan-jalan di Runcorn pon, sangat damai dalam jiwa. Tak ada bergelumang menentang kuasa SPF 30 sangat. Sangat damai. Sampai tiba-tiba telah hujan. Semasa kami lunch di sebuah Indian Restaurant pon, cuaca sangat tersejuk-sejuk. First time lah saya berjalan di Brisbane sampai tersejuk-sejuk. Biasanya berjalan sampai terbakar-bakar. HAHA.
Hari ni Chika malas masak breakfast. Hari-hari masak, tercabar maruah keremajaan aku lah hayyoh. Disebabkan I am a sweet 22 young lady with brain (eceh), sesekali haruslah taknak cooking. Like makcik only lah, everyday pon nak cook, cook, cook. Pagi neh kita holidaylah sikit. Husband balik, tanya breakfast apa. I said ; No breakfast.
So you nak makan kat luar?
Sayang, I love you. Terima kasih sebab faham that I am a sweet 22 young lady with brain. KAH KAH KAH. Teruslah siap-siap untuk keluar makan dan shopping barang dapur. Shopping barang dapur neh, memang berciri makcik sikit. Tapi siapa peduli kah? Membeli halia, bawang, buah-buahan, sayur-sayuran dan muruku (maruku pon kena sebut sekali) merupakan lumrah hidup orang berumahtangga. Seronok tahu buat kerja-kerja neh. I am a sweet 22 young lady with brain yang menolak troli berisi bawang, halia, potato dan sayur-sayuran. Anda, bila lagi? KAH KAH KAH.
Oppp oopp. Lupalah nak mengkasi warning kepada semua. Simpan dalam hati satu perkara ; Chika bukan lagi seorang penganggur berhias. HAHAHAHAHA. Chika sekarang surirumah tangga sepenuh masa. Err. Bukanlah teruk sangat menjadi surirumah. Malah memberikan lebih banyak masa untuk melawa dan tunjuk lawa dekat suami (tak pasti apa sasaran ayat neh). Dan menjadi surirumah adalah satu kebanggaan bagi seorang young lady like me.
Kadang-kadang pegang pisau pon macam tak berapa nak betul. Kopek bawang sambil menangis tersedu-sedu keluar hingus meleleh macam hujan di tengah panas. Kadang-kadang masak sambal sampai hangit. Kadang-kadang pergi shopping beli bawang tapi dress up macam nak pergi hang out dengan rakan-rakan. Kadang-kadang ambik spanar husband bertukang ketang ketung macam hebat sangat. Kadang-kadang pergi jemur pakaian sampai separuh mati sebab ampaian tinggi sangat. Dahlah Chika neh tak cukup inci. Terjinkit-jinkit aku dibuatnya sampai burung-burung pon naik kesian tengok muka aku. Kadang-kadang iron baju suami sampai terbakar sikit lepastu histeria. Husband tengok, lepastu cakap ; Okay tak apa.
Ada ketika, akan menangis mengenang keluarga di tanah air. Belum sempat nak menangis satu sungai, suami datang mempeluk lantas tergoda dan terus lupa nak nangis. Kadang-kadang lupa nak sidai baju yang dibasuh. Kadang-kadang malas nak shopping beli barang dapur sebab dah ketagih nak shopping dekat One Utama beli baju beli make up beli kasut beli semua beli. Kadang-kadang terlupa nak angkat jemuran sampai basah balik kena hujan. Kadang-kadang cita-cita tinggi nak gardening lepastu beli pokok beli benih tapi tak tanam. KAH KAH KAH. Kadang-kadang tolong husband tolak troli, bila troli degil suka nak melencong tayar dia, suruh husband tolak balik. Kadang-kadang mengadu macam lapar kebulur sangat lepastu husband bawak pergi makan. Makan sikit. Membazir. Kadang-kadang suka sangat nak cooking sebab jakun nak pakai apron berciri kambing biri-biri.
Oh lupa cakap. Saya selalu seronok setiap kali pakai apron. Kalau boleh nak pakai apron sepanjang masa. Tapi malu dekat husband. HAHAHAHAHA. Anda tak faham sangat perasaan a sweet 22 young lady yang baru kenal apron. Perasaan yang sukar dikongsi. Sebab teramat jakun dan best.
Kau semua maafkan aku boleh? Kadang-kadang Chika ni suka jakun.
Owh, begitu seronok menjadi suri rumah tangga. Bangga sebab mengharungi usia muda dengan memakai apron di dapur. Aik? HAHAHAHA. Sebab lain; seronok dapat jalan-jalan dalam mall sambil tarik baju suami sampai suami susah nak jalan. Sebab lain lagi, seronok tunggu suami balik kerja.Dan sebaik sahaja suami masuk ke rumah, akan bagi soalan tipikal yang isteri lain tak dapat bagi dekat husband dia.
Semalam dapat tidur?
KAH KAH KAH.
Kalau husband cakap dapat tidur banyak sebab tak ada patient sangat, saya pon akan ajak husband keluar merayap ke mana-mana. Kalau husband cakap dia letih sebab tak tidur sepanjang malam, saya pon akan bertimbang rasa dan berhati perut. Suruh husabnd berehat. Err. Macam boleh harap jugak Chika ni.
Asalkan dia balik on time, dikira ok lah tu. Kalau pulang lewat, jangan lupa sertakan jambangan bunga segar sebagai tebusan. HAHAHAH. Apa kau ingat, masa mengorat je dah cukup main flower? Dah kahwin pon kena main flower jugak.
Selain bermain flower, mainlah mesej cinta dekat Facebook. Dan jangan dilupakan. Bercintalah secara YM jugak. KAH KAH KAH. Err. Gila seronok bercinta YM dengan suami sendiri. Padahal duduk satu rumah.
Contoh :

Blog Chika kan klasifikasi UMUM. Benda-benda sensative kenalah kita tapis sikit. Nanti adek-adek semua mensalahkan Kakak Chika. Lagipon, membaca blog Chika tak memerlukan pantauan ibubapa. Perkataan-perkataan sedikit ghairah harus ditapis. Padahal itu bukanlah rahsia sangat. Cume demi membuatkan blog neh mencapai piawaian umum. Eceh. HAHAHAHAHAHA. Hep! Belum kahwin jangan main hug main kiss semua. Jangan main. Sebab tuh kita kasi strike lah okeh perkataan yang overdose tersebut. HAHAHAHAKUPONPELIK.
Lagi satu. Belum kahwin jangan main tarik baju semasa berjalan di shopping mall. Tak elok orang tengok. Dah kahwin pon jangan buat. Tapi kat Brisbane tak apa. Mat saleh mana pedulik. HAHAHA. Kau cuba buat dekat Malaysia. Bergempitalah dunia ni dengan suara masyarakat. Padahal kau ada sijil nikah tu. Okay dia dah mula dahhh. Jangan buat Chika membebel boleh?
Okay.
Saya ada kerja waktu malam yang kena dibuat.
- Tengok Spa Q
- Hantar mesej Facebook dekat suami (HAHAHAHA). Tak ada kerja lain ke ha? Memang tak ada.
- Tengok Love Story.
- Entertain orang ramai dekat YM.
SIAPA DATANG WEDDING SAYA LAST TIME?
Angkat tangan dalam hati, please. Dan tulis kedatangan anda dalam ruang komen.
.
.
.
Tak Tanya Pon
”Dah menonton Street Fighter ; The Legend of Chun Li.”




March 9th, 2009 at 9:39 pm
saye datang. *angkat tangan*
March 9th, 2009 at 9:54 pm
saya pun datang!~
*angkat tangan tinggi2 juga*
March 9th, 2009 at 10:07 pm
saya datang..
angkat tangan dalam hati!
March 9th, 2009 at 10:27 pm
takleh nak angkat tangan..mira tak gi..
March 9th, 2009 at 10:41 pm
tgn xdpt angkt..
tp hati bkobar2 nak g..
mlm tu ade test..
benci btul..
March 9th, 2009 at 10:48 pm
datang,datang!
*wink*
March 9th, 2009 at 10:53 pm
saya pun datang.
March 9th, 2009 at 10:59 pm
*angkat tangan !*
*angkat tangan !*
March 9th, 2009 at 11:06 pm
tentulah sy pun pergi…paling tak boleh lupa, awal gila sampai…huhuhu…malu jugak dibuatnya….
March 9th, 2009 at 11:38 pm
saya!!!!!*angkat tgn tinggi2*
-ok,mau ke john sudah..bye!
March 10th, 2009 at 12:06 am
aku sedar server asik prob sejak kebelakangan neh (dari dulu pon die asik prob).. aku baru jap email provider.. kasik die warning seround dua.. penat dah aku sound.. payah tol dierang neh..
Btw, aku dah angkat tangan dlm hati.. penat dah wei.. aku turun la tangan..
March 10th, 2009 at 12:40 am
datang kenduri melalui dunia maya boleh terima ke??? hehehe….
p/s- rasa sangat gembira melihat kegembiraan & kebahagiaan chika…. :D
March 10th, 2009 at 1:31 am
saya menghadiri wedding kamu, Chika!
HEHE~
angkat tangan lagi tinggi dari husband kamu.
uhh cuba melawan ketinggian dia, tp x mampu.
March 10th, 2009 at 2:32 am
saye pegikkkkkkk!
ngan ahli kronikus :)
March 10th, 2009 at 7:29 am
sy pn dtg!
March 10th, 2009 at 9:47 am
sayeeeeeee
ada bukti gambo kat fesbuk,ahaha
p/s: ni tanya pasal ada hadiah ke?ahaha
March 10th, 2009 at 2:20 pm
*angkat tangan dlm hati* :p
March 10th, 2009 at 5:01 pm
*sy datang ke x?*
angkat kaki… hahaha
March 10th, 2009 at 5:02 pm
*sy datang ke x?*
angkat kaki⦠hahaha
*komen dr nashrex actually*
March 11th, 2009 at 3:23 am
*x angkt tgn*
sbb x dtg. hehe
March 11th, 2009 at 5:57 am
saya angkat tangan!!!!!
sweet la korang ni… bercinta dlm ym pulok.. hehe
March 11th, 2009 at 9:29 am
saya dtg juga bsama keluarga..hehe
March 11th, 2009 at 3:49 pm
*angkat kedua2 tangan
k.chiii dtg bersama2 kay dan tunang tersyg *grin*
March 11th, 2009 at 9:15 pm
maafkan saya tak dapat datang…
March 12th, 2009 at 12:19 am
saya datang juga^^
March 14th, 2009 at 10:18 am
saya datang!