Archive for March, 2009
Posted by chika under
Uncategorized Kembali ke pangkuan ramai.
Eceh.
Biasanya orang akan bagi salam atau buat ‘hi’ atau shouting apa-apa untuk attract orang kepadanya. Anggaplah ini entry ‘bagi salam’ kepada anda yang disayangi. Rindu dekat anda (tengok mukaNurul Haizum sangatserius rindu kepada anda macam tak mampu tanggung dah) Siapa pulak Nurul Haizum neh? Ah, kau memang! AHAHAHA.
Dua hari menutup blog untuk maintenance. Tapi memandangkan ini entry ‘bagi salam’, kita jangan sembang lebih-lebih. Sekarang kena kemas master bedroom (sengaja bubuh perkataan master kasi nampak hebat). Akan mengemas bilik-bilik lainnya (sebab macam ada tetamu nak datang tapi kalau dia tak datang siap dia kita bla bla bla … *membebel macam emak*) Itu pon kita sembang lain kali.
Penat.Husband cuti, apalagi. Chika pon histerialah berjalan cuti-cuti Queensland. Dah macam travel blog dah blog aku neh apahal pulak. Err. Blog saya kan bermusim. Dulu musim budak berhingus cerita pasal studio. Lepastu musim menganggur takda masa depan. Lepastu musim bertunang. Musim membridal dan sekarang musim berkahwin bercinta sakan macam dunia milik berdua takda orang lain dah. Dan ada sikit berubah menjadi blog travel. Ni kalau kerajaan Australia tak kasi PR dekat Chika cepat-cepat memang carik nahas nama dia. Tahulah aku hancurkan industri perlancongan dia. Bukan susah sangat lah bukan? (ok, saya gurau anda serius sangat ni kenapa?) HAHAHA
Okay. Ada tanggungjawap rumahtangga kena selesaikan. Setakat urusan blog, tahun depan pon boleh buat. Bukan dapat pahala pon. HAHAHAHA. Eceh. Padahal dua hari takda blog, menggelupur macam cacing panas.
Esok nak naik Q1 building hoooray! Err. Gold Coast lagik. Jangan tension. Tak tahukah one thing? My middle name is Gold Coast. Ceh. Malas ah layan Chika.
Ni quick entry nama dia. Kalau jumpa banyak spelling error tu adalah perkara biasa. Kalau takda spelling error, bukan blog Chika nama dia.
Posted by chika under
Uncategorized Ini cerita semalam tahu. SEMALAM. Perjalanan hidup hari Jumaat sepasang suami isteri yang tak berapa banyak onak dan duri (sebab makan minum pakai kasih sayang semua cukup HAHAHA) Niat saya pada malam menyambut Earth Hour ini (ceh, konon) adalah untuk meningkatkan prestasi dan tak mahu menggoreng entry lintang pukang sangat. Maksudnya, menghasilkan sebuah entry lurus bendul dengan penceritaan agak serius tanpa tersasul-sasul menipu ke apa.
Hati ada sikit bengang. Muka ada sikit, eh banyak malu. Sumpah malu tak tahu nak simpan muka dalam poket siapa. Sumpah malu dengan suami sendiri. Sanggup dia menipu kita pasal sejarah kewujudan Kangaroo Point Cliffs. Dah tahu bini dia ni kadang-kadang lurus bendul tak masuk akal, sanggup juga dia buat macam tu. Sumpah kencang gila jantung aku dibuatnya. Kenapa you tipu I? Why? You, sini you! Yes, you yang pakai baju surgeon biru macam baju tidur tu. Sini sini! Nak belasah sekali.
Ya Allah.
SUAMI SAYA KELENTONG SAYA!
Cerita dia macam ni. (Ishk, tak boleh tahan ar jantung tengok lelaki baju biru depan TV neh. Tipu bini ^%£YDYR£RF^£&&&&%^£!)
Semalam Friday, husband (atau nama lain, suami yang menipu isteri dengan senang hati padahal isteri dia punyalah percaya sangat) dah mula cuti untuk minggu ni. Macam biasalah. Bila suami cuti, si Isteri mulalah tak nak duduk rumah. Suami pon suka bukan kepalang nak membawa Si Isteri yang innocent macam kain putih (eceh) tersebut keluar ke sana sini.
Pagi itu kami shopping di Sunnybank Plaza sampailah ke waktu solat Jumaat. Semasa Suami tersebut pergi solat di university, Isteri ditinggalkan dekat hospital.


Macam terbosan-bosan duduk melangut bawah pokok dalam taman hospital macam tak ada masa depan. Sementara menunggu suami solatlah katakan. Isteri tersebut pon dengan penuh kecintaan kepada muka sendiri, terus snap pictures banyak-banyak. Takda peduli pulak dengan kenderaan lalu lalang. Terus snap pictures secara narcissictic-nya. Astaghfirullah. Nasib baik muka seperti boleh tahan pada waktu tersebut. Kalau muka macam tak boleh blah, takda aku sidailah dalam blog neh. HAHAHAHAHA. Malu buat kerja macam neh. Tapi well, remaja lah bukan? Takkan sejak menjadi Cik Puan neh dah terlupa mengambik gambar sendiri kot. Malu dengan kawan kalau kawan tahu. Ceh.

Sambil tu membaca menimba ilmu di dada. Tahukah apa tujuan dia membaca buku Queensland? Selain membodek government (ewwaaaah) buku tersebut juga akan membantu perkembangan minda isteri dalam agensi pelancongan. Err. Bukan apa. Senang untuk mengatur jalan dari satu tempat ke tempat yang lain. HAHA. Laaaa. Kata husband cuti seminggu. Itu time lah isteri gred A akan pandai merancang perjalanan makan angin. HEHEHE.
Ah! Saya lazy lah. Malas nak meng-entry tapi husband suruh. Sanggup dia pergi turn off TV sebab taknak kasi saya menonton Happy Feet. Dia kata; Update blog Yang, jangan tengok TV. Saya kata taknak sebab lazy and sleepy, dia kata kena update jugak. Apa tah dia ni asyik membuli isteri. Semalam menipu pasal kangaroo. Tunggulah dia. Ada chance nanti, kita kenakan dia balik. Ada ubi ada batas.
Berbalik kepada kisah buku travel Queensland tersebut. Takda mendapat idea satu apa pon. Buntu. Tapi pada petang semalam selepas Asar, husband mendapat idea. Dia ajak pergi city. Saya semacam malas tapi suami punya pasal, pergi juga. Good girl, no? Kami pon pergi ke Kangaroo Point Cliffs. Tak berapa jauh dari Southbank Parklands.
Sampai je tempat tersebut, husband pon bercerita tentang sejarah cliff tersebut. Sumpah aku percaya walaupon ada beberapa bahagian yang macam kelakar tak boleh blah. Atau dalam kata lain, berciri tak masuk akal. Tapi sumpah. Memang saya percaya. Sebab dalam tak berapa nak logik tersebut, ada kekuatan penceritaan yang macam boleh digunapakai. Dah lah cerita dia interesting. Samppai naik excited lah si bini yang dungu neh mendengarkan history tersebut.
Err. Aku tak akan cerita apa dan bagaimana suami menggoreng aku. Sumpah malu. Tak akan cerita kepada anda. Sebab nanti kantoi Chika neh lurus bendul. Tension betul la kepala. Apsallah sampai boleh percaya sehabisnya dengan cerita husband semalam. Itu pon nasib baik tadi saya pergi Google tentang Kangaroo Point Cliffs. Puaslah saya carik history tempat tersebut sebagaimana dalam penceritaan suami. Tak jumpa. Nasib baik saya tak kongsi sejarah palsu tu dengan anda semua. Kalau tak, confirm! Terus aku tutup nurulism.com neh. Sebab dah tak mampu nak tanggung malu dah. HAHAHAHAHAHAHA
Tanyalah husband saya apakah dia history yang dia reka tersebut sampai bini dia neh percaya sangat. Atau pon kita suruh dia tulis sendiri history buatan dia tersebut. You sini you! Pandai history kan? Bolehlah menulis segmen history untuk nurulism.com neh. Sila sila.
Ah.
Malas tulis. Disebabkan malas yang tak tahu nak cakap punya malasnya, saya akan menulis entry cincai. Tengoklah foto-foto cinta dalam pencahayaan samar di bawah ini. I love the place. Taman rekreasi yang begitu indah untuk pasangan bercinta, untuk keluarga, untuk membawa bayi berjalan-jalan, untuk bersenam, untuk meditasi malah untuk kena goreng dengan suami sendiri jugak T______________________T Bengang wa cakap lu.
Oyya.
Saya berbaju kurung. Well. Apa kau ingat aku dah lupa bangsa dan tradisi? Nehi nehi. Tidak sama sekali. Masih bangga berbaju kurung mengelilingi Brisbane City. KAH KAH KAH. Yang berada di tanah air tu, bawak-bawaklah contohi Chika neh. Berbanggalah dengan baju kurung. Tapi kalau nak pergi swimming atau main pingpong, takyahlah pergi terhegeh-tegeh pakai baju kurung. Habis nanti kena gelak kau jugak yang malu. HAHA. Bagaimana pulak dengan berbaju kurung semasa bermain high thrill rides di Gold Coast? Kau keluar skang! HAHAHAHHAA
Nah gambar. Tengok diam-diam.

















Saya cinta Bandar Brisbane.
Indah dan damai.
Saya rasa begitu gembira setiap kali melihat Brisbane River. Betul-betul indah. Dengan pencakar langit pada posisi vertical yang seolah-olah satu tindakbalas kepada sungai yang mengalir horizontally. Dua pemandangan antara fokus urban dengan nature. Membentuk scenic view yang sangat cantek. I love Brisbane. (I love you too) Eceh.Lebih indah, dengan lintasan feri feri Citycats pembawa penumpang. Bandar apakah neh? Apsal indah sangat?


Pulang ke Wishart dan telah kempunan Vindaloo. Kempunan kangaroo vindaloo sebenarnya. Tapi dekat Wishart ni mana nak dapat kangaroo halal. Lamb vindaloo pon jadilah. Sangat sedap sampai nak menangis.

Bedtime.
Pakai socks, pakai shoes.
Malam di sini sangat dingin.
Good night.
Posted by chika under
holiday Siang-siang bergelumang dengan haba panas membakar kepala. Malam-malam mula lah kelam kabut carik socks, bungkus diri dalam quilt blink blink bentuk love (I love you, Sayang. Ceh, tetiba) Gila sejuk malam di sini. Setiap malam ketika menyaksikan suami bergerak ke hospital (salam, cium tangan, bercinta sket depan pintu, tabur kalimat cinta, pesanan ringkas dan sebagainya), badan akan mentahankan kedinginan mencucuk tulang. Gila sejuk. Rasa nak menginap dalam microwave.
I love you Sayang (eceh)
Kesepian lah apa lagik. Husband sudah ke hospital untuk berlakon episod Grey’s Anatomy (ceh) Isteri tersebut tak lain tak bukan, akan memblog entry mengisi sepi yang macam sepi sangat tersebut. Bila pukul 9.30 pagi je, saya happy macam penguin main shuffle sebab suami pulang ke pangkuan isteri. Bila jam 9 malam je, akan mula sedih, muka monyok masam buruk hodoh mencuka (terima kasih sebab kata muka aku buruk). Nasib baik malam neh malam last husband kerja. Mulai esok, akan kembali bercuti selama seminggu. Tu yang aku tunggu tu. Hoooooray! (Lama takda main hoooray dalam blog. Biasalah. Aunty aunty mana pandai main hoooray. Ceh)
I love you Sayang
(ni dah kenapa neh? Kau nak bodek apa ni Chika? Takda apa)
Asyik eh menjadik pelakon Grey’s Anatomy. Err. Maksud saya, menjadi seorang doktor. Seminggu kerja. Seminggu cuti. HAHA. Jadik blogger pon belum tentu dapat cuti. Eceh.
Pada cuti husband yang lalu, kami hyper ke Gold Coast. Lantaran itu, saya akan membawakan anda kepada pengembaraan Dora dan rakan-rakan dalam misi menentang Naruto. Ceh. Naruto, Naruto, Naruto! (Excuse me sikit)
Oh lupa cakap. Husband ada hati mahu membagi nama Naruto kepada anak. Err maksud saya, bakal anak kelak. BAKAL lah. Warning kali kedua ; Jangan mempandai-pandai jadik doctor di dalam komen nanti buruk padahnya. Bila saya cakap bakal, maksud dia, memang BAKAL. Takda maksud tersirat. Jangan mentuduh tak bagi salam.
Sudah sudah. Sekarang. Saya akan membawa anda semua ke dalam penceritaan berciri air (aik?)
17 March 2009 : White Water World.
Pagi-pagi kami bangun dan bergegas ke Gold Coast lagi. Ada merancang untuk bermalam di sana tapi sebab dah duduk tak berapa nak jauh, elok baliklah. Ulang alik pon tak apa. Kami bukan ada komitmen pon. KAH KAH KAH.

Ya Allah Puan. Puan nak gi mana ni Puan? Habis kenapa pakai macam Permaisuri English. Topi besar-besar. Cermin mata gelap. Err. Tu swimming wear kah atau jubah? Muslimah muslimah. Selain menutup aurat atas sampai bawah, ia juga menjadi UV protector.Gila macam kepoh betul gambar neh.

Okay lagi sekali.
Ceh. Pandai pulak dia buat peace. Takda modal lain ke?

Op op. You again?
Inilah kali pertama saya ke water theme park dengan berpakaian seperti ini.
Ceh. Lilit tudung di dalam tersebut. Engkau jangan main-main. Saya melilit dengan kesungguhan. Lilit macam nak pergi candle light dinner ke apatah. Padahal nak pergi main air. HAHA.

And again? Chika, get out kau!
KAH KAH KAH.
Mensidai muka pon janganlah sampai bersusun-susun banyaknya. Mengkacau mood anda lah bukan? Belum apa-apa lagi dah kena tengok koleksi foto yang baik takyah ni.
Sumpah seronok tempat neh. Semua rides kami naik. Takda yang tak naik. Siap naik berulang kali pon ada. Punyalah excited pasangan tersebut. Habis semua kami ratah dalam masa setengah hari sahaja. Masuk dalam air, terkena percik-percik air dan pelbagai perkara berciri air lagi. Membuatkan aktiviti pada hari tersebut adalah sejuk. Tak sepanas seperti bermain di Dream World. Dan takda trauma mintak nyawa ke apa ke. HAHA. Cis, The Claw memang tak boleh pakai ^%$^FTDE$£U%^*?!% (tetiba pulak mensumpah seranah The Claw yang tak berdosa tersebut)
Bulan madu memang indah. Walaupon ini bukanlah official honeymoon kami (sebab tengah tunggu Darling Harbour, Sydney ecececeh) namun begitu, berdua memang menseronokkan. Walaupon setakat pergi kitchen minum smoothie pon, tetap rasa seronok. Sebab berdua. Hallamak. Makin romantik. Wife siapakah neh, apsal romantik sangat? HAHAHAHAHAKAUKELUARSKANG!
Dan untuk santapan mata anda. Dipertontonkan pameran foto yang kalau takyah tayang pon tak apa. Tapi eloklah ditayangkan untuk mempanaskan sikit atmosphere blog neh.

Bukan selipar tersebutlah panas. Habis takkan lah kau tengok selipar pon rasa panas. Err. Kita boleh berlaku romantik tak kira tempat, keadaan, cuaca dan masa. Dalam selipar pon boleh. Eceh.

Di atas kerusi juga. Sambil memandang langit kebiruan (tapi saya telah syok sendiri pandang langit sorang-sorang. Husband tak pandai berlakon. Ada ke pandang lensa kamera. Pandang langit pandang langit) HAHAHAHA.
Ceh. Konon mencuba untuk berjemur. Padahal tak payah berjemur pon dah cukup garing. Tak ingatkah diri tu berbangsa Melayu? Melayu mana main jemur-jemu badan. Melayu jemur ikan, jemur sotong lepastu jual dekat Terengganu (Tension ah baca entry Chika neh. Tiba-tiba dah sampai Terengganu. Nyampah kat Chika) HAHA

Ya Allah. Apsal comel sangat lelaki tersebut. Pewwit.
Assalamualaikum tak jawap dosa (nak mengorat kejap)
(ceh. Tak nak layan kita. Bagi rose 12 kuntum kang tahulah dia)

Yeah baby! This is CAVE OF WAVES!
Saya suka betul pool ni. Menggunakan teknologi ombak yang boleh bergulung cantek dan indah sejauh 50 meter. Interesting, no? Bila ombak nak keluar je, akan keluar siren like NEE NOO NEE NOO. Akan bersorak jakun dan excited lebih. Tarik pelampung pergi tengah. Depth dia boleh sampai ke 2m. Anda faham-faham sendirilah kalau Chika termasuk 2m ke dalam air, apakah natijahnya. Sesuai untuk mereka yang ingin santai-santai baring atas pelampung dan merelakan tubuh dipermainkan oleh ombak. Sumpah best wa cakap lu.
Kalau mahu swimming? Atau diving? Takyah perasan sangat atau excited lebih nak tunjuk terror pergi buat kuak lentang ke apa dekat Cave Of Waves ni. Karang kena halas dengan lifeguard sia-sia muka malu nak simpan dalam baju siapa? HAHA. Pool neh memang untuk orang santai-santai naik pelampung menikmati ombak sahaja. Nak swimming tunjuk terror kuak butterfly, kuak kangaroo, kuak koala semua boleh buat dekat kolam renang stadium Cheras atau Danau, UKM (Ya Allah. Rindu tanah air)
Kalau nak buat aksi berlari macam tepi pantai konon dan pimpin tangan? Sambil ketawa gelak berlakon macam bahagia sangat depan lensa? Boleh?

HAHA. Boleh sangat. Perbuatan neh lifeguard malas nak masuk campur.

Kau nak berangan macam sedang menggayakan pakaian renang ala-ala Adriana Lima pon lifeguard takda pedulik. Asalkan kau jangan pergi ke tengah pool dan tunjuk terror swimming kuak berciri mana-mana haiwan. (kupu-kupu etc) Tak boleh.

Buat aksi panas tak apa. Sebab diluar tanggungjawap lifeguard. Dia memang tak akan masuk campur. Nak hugging 57 minit sampai ombak naik malu dengan kita pon tak apa.

Tengok. Bukan satu, bukan dua. Malah lagi dan lagi aksi panas sambil merelakan diri masing-masing dilambung ombak berteknologi tinggi. Anda boleh cuba kemudian hari bila berkesempatan ke sini. Tapi ingat, jangan buat berlagak pergi diving ke apa. Nanti lifeguard tiup wisel kau jugak malu terus menyelam dalam air taknak keluar dah. HAHA.

Err. Aksi macam ni boleh juga dicuba buat di tempat rekreasi di tanah air. Cuma jangan buat dekat pool KLCC Park sebab banyak kanak-kanak di situ nanti budak-budak trauma.

Ah. Memang dah suka sangat dengan pool ni. Rasa nak simpan buat hak sendiri. Nanti nak bawak balik Malaysia naik kontena. HAHA. Tumpang lalu.


Apsal ni buat muka simpati? Nah, sedekah 1 dolar. HAHA
Permainan ini diberi nama sebagai Si Tompok (err. Itu nama kucing anda lah bukan?) Erk. Ini adalah Nickelodeon Pipeline Plunge nama dia. Mengembaralah bersama Abang Squarepants, Abang Patricks dan Kakak Dora The Explorer! Sesuai dan sangat selamat sesungguhnya untuk kanak-kanak (like me and you) HAHA. Sangat tak mencabar malah akan berasa sedikit dungu semasa menaikinya. Malu juga dengan anak mat saleh bila datang kakak Chika kacau-kacau je blocking papan gelungsur kanak-kanak. Lepastu menjerit excited sendiri macam thrill sangat. Ishk. Suka buat malu suami tau.


Persembahan Tiger.
Eh. Ni zoo ke apa?
HAHA.
Tiger betina (orange) selalu tak pandai. Asyik terlepas je setiap kali suruh sambut benda. Tiger jantan (white tiger) memang pandai dan gagah juga. Mungkin tiger betina banyak masalah peribadi. Terganggu fokus dia. Nak fikir masak dinner lagi. Nak menyusukan anak. Okay Chika, boleh terus kepada cerita yang lagi betul daripapa menggoreng cerita tiger.

Flowrider.
Hanya untuk mereka yang pandai surfing. Kalau setakat pandai main kocak-kocak air, takyah nak masuk sini nanti kena pinggir. HAHA. Saya harap husband saya akan cepat-cepat beli surfboard sebab saya tak sabar nak menonton dia surfing. Ewah. At least husband saya pernah surfing. Saya belum pernah dan macam tak ada potensi untuk menjadi pernah. KAH KAH KAH. Don’t want don’t want.
Habis semua rides and slides kami naik. Tak tinggal satu pon (agaknya).
- THE BRO
Saya boleh tersangkut tak boleh nak slide. Lepastu husband dah sampai ke bawah dulu tunggu tunggu saya tak muncul jugak. Kelakar betul. Malu malu.
- THE GREEN ROOM
Kami naik dua kali okeh. Sebab terlampau best dan thrill yang masuk akal. Walaupon ada sikit berciri tercabut nyawa. Greenroom ni boleh dianggap sebagai iconic landmark White Water World. Tinggi wo. Sebelum bergembira jerit-jerit tercabut nyawa, kena panjat tangga subhanallah punya tinggi. Ianya 20 metres above the ground okek.
- THE HYDRO COASTER.
Sumpah best. Bila Chika dah sampai naik sumpah tu, maksud dia memang best sangat lah tu. Bukan tipu punya best. Naik dua kali. Sanggup beratur panjang dan memanjat tangga setinggi-tingginya sampai semput nak putus harapa di tengah jalan. eceh. Tapi sebab memang dahsyat sangat dia punya best, gigih jugak nak naik lagi. Sangat thrill cakap pon tak guna. Tapi boleh diterima akal. Takda sampai tahap mintak nyawa macam The Claw tersebut (The Claw jugak yang kena). Dan Hydro Coaster adalah permainan pertama kami naik. Masuk-masuk terus naik hydro coaster. Eceh. Starting terus thrill I tell you. Screaming tak ingat dunia dah.
- THE RIP
- THE LITTLE RIPPERS
- TEMPLE OF HUEY
Semua best. Dah puas main air, pergi changing room tukar baju, masuk Dreamworld pulak, carik makan (di Billabong Restaurant lagik) dan solat. Lepastu sambung main dekat Dreamworld balik. Dreamworld tu besar sangat. Dah dua kali pergi pon belum habis lagi rides.
Jeng je jeng
Drumroll.
Sekarang kita sudah sampai ke perenggan trauma. Yang akan dipenuhi bahasa kesat dalam bentuk simbol. Dan jugak ayat-ayat senafas.
Husband saya paksa saya naik CYCLONE. Macam yang pernah dicerita secara histeria dalam entry yang lalu. Seumur hidup, inilah kali pertama seorang manusia berjaya merasuk dan memaksa saya naik roller coaster. Sayang, mari sini kita shake hands. Tahniah sebab dah pandai hasut bini naik benda-benda trauma macam neh.

Track Cylone tu melingkar di segenap rides yang lain. Gila semak aku tengok. HAHA. Ini pemandangan yang dirakamkan semasa menunggu giliran untuk menyerahkan nyawa dan jantung jiwa raga semua. Saya muka dah sememeh pujuk rayu dekat husband nak turun bawah balik. Tak mahu cuba. Nak tunggu husband dekat bawah. Bantai dipegangnya aku tak kasi turun. Memang nak crying a river waktu tu. Apa akallah ada banyak orang di situ takkan nak melalak buat hal pulak. Tengok perempuan-perempuan lain terkinja-kinja excited nak main.
Jaga maruah punya pasal. Dalam hati dah keluar dah simbol-simbol JGTE%&£Y&TDG&£^(”)>!. Sampai je turn untuk naik, memang dah pasrah sangat dah. Apa jadi pon memang berserah bulat-bulat kepada kecanggihan teknolgi berharag 8 juta AUD neh. Jantung nak gugur ke apa, memang dah pasarah sangat. Baca doa naik kenderaan. Lepastu mengucap dua kalimah syahadah. ingat Allah banyak-banyak. Dan wooooooooooooooooo! Tiba-tiba dah bergerak. Apalagik, screaming pecah suaralah. Tekak ni macam nak terpelanting keluar. Husband di sebelah macam biasalah. Dalam thrill tercabut nyawa tu, dengar lagi dia gelak-gelak. Siap panggil ; Sayang! Sayang! Best kan best kan! Gila trauma aku dibuatnya.
HEntakan kuat dekat kepala. Memang sakit gila. Malas cerita banyak. Guna simbol merah lagik. &^£Y£RRGW??”£!$£^*&^%$%£^%£&EUU&”. Cyclone dengan The Claw. Memang buat saya trauma seumur hidup. Sumpah tak nak naik lagi.



WIPEOUT.
Yang ni saya suka. Nak naik lagi dan lagi. Ini pon antara 6 high thrill rides di Dreamworld. Tapi masih boleh enjoy dan takda menyesal lepas naik.
On the way balik Brisbane, singgah IKEA dekat Springwood.
Tershopping sakan pulak.

Penat dah saya. Entry Gold Coast akan keluar lagi selepas ini. Belum habis belum.
Untuk menyemak semula entry berkaitan yang lampau, boleh klik dengan sennag hati.
- GOLD COAST : PREVIEW
- GOLD COAST : DAY 1
Posted by chika under
Uncategorized Untuk mengelak masalah traffic dalam blog (well, blog neh pon bukan ada traffic light ke apa) saya akan hold dulu entry Gold Coast edisi kedua. Eceh. Saya akan berkongsi cerita-cerita ringan dengan anda untuk mententeramkan kepala sendiri. Kalau dibuat entry Gold Coast secara bersiri takda ingat dunia punya, pasti boleh jahanam blog neh. Dahlah blog neh dah tak siuman sangat server dia. Tapi anda jangan worry sangat. Ini masalah peribadi yang tak ada menjejaskan anda.
#1 : Call emak tadi. Gembira sakan emak kedengarannya. Emak kata, dia mentunggu panggilan saya sejak beberapa hari neh. Sampai berasa dukacita kerna tidak dihubungi oleh anak. Kesian emak. Disebabkan macam tak boleh bersabar dengan perangai anak yang kononnya macam taknak call padahal menggelupur selalu nak call emak, emak pon try call saya petang tadi. Tapi tak berjaya. Emak ketawa sebab tak pandai call anak. Kami gelak kejap lepastu kembali ke babak sayu (dengan soundtrack lagu Mama Aku Ingin Pulang. Ceh. Ada ada je Chika neh) Info tak berguna sangat : Mama Aku Ingin Pulang adalah sebuah lagu nyanyian artist Indonesia iaitu Niki Ardila. Tak payah salin.
Macam biasa. Emak suka bagi soalan comel tak bagi salam. Contoh :
- Sekarang masih rajin tulis blog?
- Masih ramai orang baca blog?
- Apa? Ada budak panggil Ayong aunty? Marah dia. Marah dia (oh gila comel emak aku. I love you emak. Apsal comel sangat neh?)
- Bila balik sini? Nanti travel sorang berani ke? Jangan tersampai negara lain sudah. HAHAHA (eh eh emak ni. Pandai buat lawak lepastu sendiri ketawa. Like daughter like mother betul)
- Ada butik jual tudung ke di sana? (saya cakap ada. Emak pon ghairah sikit) Baguslah. Kesian kalau tak ada kedai tudung. (Dulu emak risau tengok saya tak bawak semua tudung, dia takut saya tak cukup tudung. KAH KAH KAH. Emak suka pikir banyak. Patutlah comel)
- Ada masalah PMS? Ma selalu risau takut Ayong PMS teruk. Terbayang Ma kalau Ayong PMS menangis teruk-teruk masa Hizwani pergi kerja.
- Gemuk? (emak particular betul soal kurus gemuk)
- Hizwani gemuk? Jaga dia jangan kasi gemuk. Lelaki selalu gemuk lepas kawen (HEHE HUHU HAHA. Saya serahkan bahagian ini kepada Doctor Ahmad. Jawap doctor, jawap)
- Orang Australia jahat tak? (sumpah comel emak saya.)
Rindu sangat dengan Jalur Gemilang. Ceh. Macam buang tebiat buat ayat pakai modal jalur gemilang. Rindu sangat dengan keluarga di tanah air. Rindu sangat dengan kenderaan 1266 dengan penyeri patung Cookie Monster di cermin belakang. Rindu sangat dengan Adek Dell, Dek Ekal dan Ijat. Tak ketinggalan, kucing peliharaan yang tak berapa akrab dengan saya tapi ada juga rasa sayang semulajadi. Apa khabarkah Loceng? Sudah panjangkah misai dia yang selalu kena trim kasi nampak remaja tersebut?
#2 : Menelefon nenek di Johor Darul Umno (Astaghfirullah. Bukan sudah taubat berblog politik ke?) Move on move on. Mak Tok sakit kaki. Kesian Mak Tok. Aki sedang solat jadi tak berkesemoatan untuk berbicara hati ke hati. Nenek kata, Aki renovate rumah lagi yahoooooooo (apsal kau pulak yahooo? Bukan rumah kau) Saya yahoooooo lah apalagi. Walaupon bukan rumah saya, tapi bukan syok banyak kah kalau pulang ke kampung dengan keadaan rumah yang makin hari makin menseronokkan. Rindu kampung halaman.
Kejap. Sejuk sangat Brisbane ni pada waktu malam. Kejap.
.
.
.
#3 : Ada banyak koleksi cerita saya bermurah hati nak berkongsi dengan anda. Seperti kisah cekodok pukul 5 pagi, kisah Don’t call me Aunty, kisah Daging Kangaroo sedap lepastu demam, kisah wedding yang basi tersebut, kisah pengembaraan Dora The Explorer (ceh. Dah mula menipu dah)
Nak cakap diri neh sebok sampai tak ada masa untuk blog, macam sebuah statement tak tahu malu pulak. Padahal duduk rumah sehari suntuk. Nak kata banyak masa, tak juga. Sejak-sejak berkahwin ni, banyak juga kerjaan kena buat (tu dia. Banyak mana sangat?) At least saya bukan macam dululah. Bangun tidur sama-sama dengan timing matahari terbenam. Atau bangun tidur terus orang hidang breakfast. Baju emak basuh. Baju emak gosok. Baju emak lipat. Sekarang tidak lagi. Semua buat sendiri (dengan ikhlas dari lubuk hati paling dalam). Dan peruntukan masa siang adalah untuk suami. (err… sedikit sebanyak, nak jugak selit bahagian romantik dalam entry KAH KAH KAH)
#4 : Kahwin memang satu perbuatan yang menseronokkan. Anda cubalah. Seringkali blog saya dikatakan sebagai blog menjana rangsangan perkahwinan ^$£$%£?Q”^£E. Aneh lah bukan bunyi dia ayat tersebut? HAHA. Err. Saya mana tahulah kalau anda excited juga. Tapi ikhlas dari seorang perempuan muda dengan ijazah sarjanamuda sains senibina (ceh. tujuan apa bagitahu kelulusan neh?), perkahwinan memang satu kebahagian dan nikmat yang Allah beri. Nikmat yang paling nikmat kalau dibandingkan dengan nikmat dapat kereta ketika usia 19 tahun. Sumpah seronok I tell you.
Disebabkan aku ni dah macam penghasut perkahwinan, aku pon mahu bersihkan nama sikit-skit. Ewah. Tak ada lah. Saya rasa, ada baiknya saya mengambik kesempatan dengan kebolehan saya menghasut ini untuk menghasut anda semua untuk :
- Jangan bergadoh dalam blog sesama blogger. Buruk sangat rupanya.
- Bacalah Al-Quran at least sehari satu helai daripada membaca nurulism.com bukan dapat pahala. KAH KAH KAH. Err. Bukan betul kah apa aku cakap neh? Banyakkan membaca Al-Quran sebab ramai sangat rakan remaja saya tak pandai baca Al-Quran. Tulisan jawi pon buta. Apa neh guys? Tak steady lah like that. Kita neh remaja-remaja jugak.
- Jaga makan. Kalau nak ikutkan, batu berlian, daun pisang, batang pokok pon boleh makan. Even toys Hot Wheels adek anda pon anda boleh makan. Tapi sebagai muslim, jagalah makan tolong. Cariklah yang halal-halal. Sebab kita adalah apa yang kita makan. Bukan maksud dia, engkau makan ayam engkau adalah ayam. Atau engkau garang macam tiger sebab engkau makan tiger. Bukan macam tersebut, Kita adalah apa yang kita makan. Keras lembut hati, baik buruk amal, semua bergantung kepada pemakanan kita. Aku hangin betul dengan orang tak pandai jaga makan. Takda kira halal haram sangat. Sumpah aku menyampah manusia main pakai belasah je makan. Apsal kau tak makan daging tangan kiri rakan kau ke apa.
- Kalau kau jahil, jangan tunjuk jahil sangat. Tak payah ah tulis blog buat tajuk ‘Aku Wild’ ke apa. Janganlah nampak sangat engkau punya keburukan tu. Kasi simpan sikit, tolong. At least jangan buat ibubapa kau tebal muka. Lagi seronok aku baca blog show off LV dari blog show off dosa. Ingat Allah sikit.
Ini bukan emosi mendadak ke apa. Ini rumusan sedikit sebanyak yang saya jumpa setelah berjalan-jalan blog beberapa jam lamanya. (lama saya takda berjalan blog ni) Orang suka kau atau tak suka kau, itu hal lain. Kalau orang benci kau sebab kau pandai buat ayat tunggang terbalik tapi ramai terhibur sampai addict, itu masalah peribadi orang yang membenci nama dia. Engkau boleh suruh dia ‘bercakap dengan tangan’ lepastu kau berlagaklah terus macam hebat sangat. Tapi bila orang benci kau sebab kau jahil lupa Tuhan, itu bukan masalah peribadi nama dia. Itu masalah akidah engkau. Janganlah fight balik. Sebab kau memang salah.
HAHAHAHAHAA APA AKU BUAT NEH?
Okay. Tazkirah sikit. Saya nak jugak ada blog berciri islamiah.KAH KAH KAH
Ah. Lately aku banyak bahagia. Penjana kebahagian terbesar tentulah perkahwinan yang magik tersebut. Seterusnya, blessed with so many nice people. Anda lah. Facebook jom.
.
.
Tak tanya pon : Slumdog Milionaire syok eh. Tapi sumpah. Jatuh industri pelancongan India. I bet.
Posted by chika under
Uncategorized,
holiday 16 March 2009 (Monday)
Gold Coast. Dah lama saya simpan hasrat dalam hati nak ke Gold Coast (eceh). Disebabkan dah duduk dekat sangat dengan Gold Coast (sampai kalau Mak Cik Anderson atau Pak cik Smith ke apa masak rendang dekat Gold Coast pon boleh sampai bau ke Brisbane EWWAAAAAH) maka saya sudah sedikit jemu buat masa ini. Kenapa perlu jemu? Bukan tempat best tak akan menjemukan kah? Setelah anda membaca entry ini sampai entry berikutnya, anda akan fahamlah kenapakah Chika boleh terjemu-jemu. Anda pon boleh terjemu-jemu sekali. HAHAHAHAHAHAHAHA. Eh eh dia ni. Cakap sikit ketawa banyak padahal tak kelakar pon ceh.
Destinasi pertama kami ratah (Ratah? Puan tak ada perkataan lain yang lebih jinak?) Err. Destinasi pertama yang kami adalah ke Surfers Paradise. Memang heaven walaupon aku bukan surfer. Nama lain Surfers Paradise ialah Syurga Bergambar. KAH KAH. Mentipu anda. Tak percaya sudah lah malas layan anda.

Kan betul dikata. Cameraman sedang setup tripod. Eceh. Tidak seperti Dr. Ahmad pon. Oyya people kecintaan saya semua. Seringkali saya dihujani soalan tentang foto panas kami. Chika bawak photographer pergi Aussie ke? (What for? Kau ingat photographer murah? Baik aku gi kumpul duit beli Mazda RX hehe) Siapa ambik gambar korang berdua? (wartawan) Korang holiday bertiga ke? (Puh-lis sikit. Mana boleh mensebok campur orang bercinta pergi holiday. Malu sikit)
Kami holiday bawak tripod. Dialah tersebut yang mentolong kami rakam aksi panas, peluk sakan apa semua macam tak ingat dunia tapi tak apa benda halal lakukan tanpa waswas HAHAHAHHA. Kau apsal neh kerut-kerut muka? KAH KAH KAH. Ha Lam Alif Lam -lah.

Pasir putih, Kelantan (Eh tetiba plak). Surfers Paradise selain terkenal dengan aktiviti surfing tak ingat Tuhan tu, ia terkenal juga dengan tarikan keindahan alam yang mempesona mata hati jiwa sampai ke mulut. Sebab pasti meloponglah mulut mentengok pasukan ombak dahsyat yang menggulung besar. Sumpah takut tengok ombak dia. Macam raksasa pemakan daging membuka mulut mahu membaham daging dalam bentuk manusia. Percaya saya. Believe me. Tapi lebih indah dan berseri pantai tersebut dengan kahdiran merpati dua sejoli dalam bentuk Chika (ehem) dan suami (ehem ehem) bergambar penuh kecintaan. Berdehem-dehem. Gila ayat apakah neh sangat malu takda ingat punya malu (Cikgu Muthu dah datang)

Eceh. Dah model pose sangat dah neh. Senget kepala. Cekak pinggang. Buat-buat pegang kasut mencontohi gaya model dalam magazine CLEO iklan BONIA ke apatah. Konon dah habis model lah neh. Padahal tak payah nak syok dalam hati sangat. Menjengkelkan betul. Nasib baik ada building hebat di belakang sana. Boleh selamatkan foto.
Sekarang tengok building tajam tersebut. Kau tengok kasut aku buat apa? Saiz 4. Mana kau muat. KAH KAH KAH.
Tiba-tiba informative.
Building tersebut dinamakan Q1 Building (emak dia bagi nama jangan tanya) Merupakan residential tower tertinggi di Australia (the tallest residential tower in Australia). Menjadi ikon senibina dan juga di antara fokus visual garisan langit Gold Coast (architectural icon and a visual focus for the Gold Coast skyline) Dengan harapan, blog Chika akan tiba-tiba menjadi blog informative dan membantu pembelajran dan tumbesaran pembaca (ceh) Salin salin. (Siotnya saya) Dan harapan kedua, semoga pensyarah senibina UKM bangga dan lapang dada mentengok Chika yang tak lupa belajar architecture walaupon sekarang sudah masuk kategori perempuan muda bersuami duduk dapur sidai baju angkat baju lipat baju bla bla bla. Kau boleh baca dalam satu nafas, boleh?

Tengok Chika tengok Chika. Bukan tengok Mat Saleh seksi pakai bikini. Apa kau tak ingat Allah? HAHA HUHU HEHE. Oh lupa cakap : Kalau hendak ke Gold Coast secara santai, janganlah bergaya sakan sangat nanti anda nampak pelik. Sebab tak ada siapa pon melaram high heels dengan make up pengantin mahupon menggayakan tudung labuci gemerlapan macam nak masuk Personaliti NONA TV3 ke apatah. Sumpah selekeh setiap kali pergi Gold Coast. Pakailah pakaian buruk sikit (jangan buruk sangat nanti dipandang serong) atau baju sedikit lusuh (pon jangan lusuh sangat nanti orang kata bini kau tak pandai basuh baju) Asalkan kau pakai baju kira okaylah. Allah pasti redha. Sebab sepanjang anda berada di Gold Coast untuk pelbagai aktiviti, seperti bermain game thrill dan screaming macam lupa suara tu aurat wanita (termasuk bercinta dan bergurau senda dengan pasangan HALAL), anda akan menemui diri anda dalam bentuk yang lebih comot from time to time. Cakap berdasarkan pengalaman. Mula-mula sampai muka bukan main berseri dengan krim SPF 15 (ececeh) bersama haruman Paris Hilton lah apa. Sejam kemudian, baju semua naik pasir, muka hitam kaki legam, tudung senget semua pon bagaikan bencana kecil. HAHAHAHAHA wutta &%^$£%£.


Macam biasalah. Mensidai sikit aksi si poyo neh yang tak seberapa. Baju biru beg merah. Maklumlah, belajar fashion dengan Cikgu Muthu (op op op!!). Nasib baik tak pakai tudung leopard printed atau belang-belang hijau ungu ke apa.

Semasa kamera comel berjenama COMEL (okay tipu mana ada camera jenama COMEL) sedang beep beep beep nak snap gambar kami, ketika itulah datang sebuah van bersama sebuah orang membawa sebuah surfboard lantas mengkacau daun. Ulat bulu betullah. Lepastu kami give up malas nak setup foto lagi. Lantak kau. Merasalah kau masuk blog aku.
Puas berfoto mania di Surfers Paradise, kami pergi ke syurga yang lainnya mengikut pintu nombor 42. Okay Chika tolong jangan merepek banyak sangat pagi-pagi Selasa neh. Breakfast belum masak kan? Okay, continue entry quickly. Kami drive patah balik ke Dreamworld! Kalau nak ikutkan, Dreamworld lebih dekat berbanding Surfers Paradise. Kira kami berjalan ke depan dan patah balik. Agak jauh lah jugak nak patah balik.
Persoalannya (tak tanya pon), apakah yang Chika dapat dari Surfers Paradise? Ya. Selain mentengok ombak besar macam raksasa pemakan daging tersebut. Err. Selain mentengok manusia berpakaian separuh. Dan selain mentengok horizon ciptaan Allah yang mendetakkan jantung. Tak lain tak bukan. Mendapat seekor mermaid jantan (ih mana adalah. Kakak Chika nih tak habis habis pakai modal tipu) Aku dapat hat lah. Itu saja yang dibeli di Surfers Paradise. Habis takkan nak membeli ombak atau membeli pasir pantai. Hat yang tak kurang gediknya. Dengan ribbon sebesar tapak kaki elephant. Konon-konon macam bangsawan ke apatah WTH. Topi tersebut adalah seperti gambarah di bawah.

Berbaris panjang dalam terik mentari. Cair rambut (tetiba pulak) Ketika ni sedang queue untuk membeli tiket entry ke Dreamworld. Dah lah beratur gila panjang. Panas nauzubillah pulak tu. Sampai je dekat counter, Kakak counter kata kami sepatutnya terus pergi ke special counter ke apatah untuk buat Premium Pass (like VIP only tak payah beratur. Masuk ikut entrance tertentu) Ceh. Buang masa buang tenaga je beratur gila lama. Rugi rugi rugi. Rasa nak lompat katak di situ punyalah tension kepala sebab sia-sia beratur panjang. Apa akallah dalam mood kecintaan. Buat benda sia-sia pon dikira romantik juga. Erk?
Dapat Premium Pass for 2 years punya access yahooooo dot com dot my. Dan mendapat kemudahan agak istimewa juga. Kemudahan istimewa yang dimaksudkan bukan termasuk kemudahan menggunakan tandas orang kurang upaya atau tumpang curik parking orang kurang upaya atau kelebihan boleh buang sampah di celah pokok bunga ke apa. Bukan. Premium Pass akan membuatkan kami menerima sekeping Card beserta gambar muka masing-masing (tak boleh pilih muka artist pujaan atau nak letak gambar kucing ke apa tak boleh) Kad tersebut akan membuatkan kita jadi istimewa. Antaranya :
- Boleh keluar masuk Dreamworld dan Whitewater World sesuka hati anda selama 2 tahun tanpa had. Nak main pintu dia keluar masuk pon boleh takda siapa akan tarik anda ke balai polis berdekatan.
- Kemasukan selama 2 tahun tersebut adalah tanpa bayaran (sebab dah bayar dia sekelepuk banyak semasa memohon Premium Pass tersebut) So setiap kali datang, boleh tinggalkan wallet dalam kereta dan berlagak macam theme park tu ibubapa kita punya (eceh)
- 15% discount untuk ‘all you can eat’ di Billabong Restaurant. Yahoooooo I love the restaurant sebab ada cheesecake sedap gila. Yang penting, ianya HALAL. Apalagi, berjam-jam lah menyantap buffet dia like monster only.
- Boleh upgrade drinks hanya dengan meng-flash our Premium Pass card.
- Discount untuk photo printing. Pon yahooo jugak.
- Setiap kali datang, tak payah beratur panjang panjang macam pilihanraya umum. Terus ikut entrance lain secara VIP konon. Macam bagus. HAHAHA.
- Dan beberapa tawaran hebat lain yang akan dikongsikan kelak kalau perlu
Masuk je Dreamworld, terus menggelupur carik Billabong Restaurant. Wa lapar o. Nice food I must say. Kalau tak, tak adalah kami buat pesta pinggan mangkuk atas table kami. HAHAHAHAHAHA. Punyalah starving sampai takda peduli nak snap pictures pon. Feed perut dulu.
Selesai makan, terus ke prayer room bersebelah restaurant. Dreamworld memang sangat convenient to us, Muslim. Ada HALAL restaurant yang tidak mengkecewakan. Dan ada Prayer room for muslim. Dilengkapi dengan kemudahan semualah.Happy secara banyak. Tak perlu risau tentang solat. Tak perlu risau tentang makan. Tidur? Kalau nak tidur bukan datang Dreamworld. Pergi masuk bilik tidur.
Disebbabkan kami makan buffet secara ‘all we can eat’, kami pon ambik kesempatan untuk makan secara monster punya makan. Sudahnya tak mampu tampung badan sendiri. Nak pergi main naik thrill ride semua pon tak lalu. Takut termuntah sambil riding. Buat malu tanah air je. Kami pon bersepakat membawa berkat. Marilah ke iMAX dulu menonton apa yang patut ditonton. Ceh. Husband saya bantai tidur pulak dia. Apalagi. Saya ajak dia keluar. Oh. Sekarang saya akan menjawap tentang tempat tidur. Kalau nak tidur, boleh masuk iMAX. Takda siapa ganggu. Sumpah takda sapa ganggu.

Naik train mengelilingi Dreamworld.Ada pasangan di belakang buat hal pulak macam tak ingat Tuhan. Tegang kepala saya dibuatnya. Nasib baik bukan di Malaysia. Kalau tak, lama dah kena simbah dengan air minyak atau air mata air. Atau kena campak keluar train ke apa. Ingat Allah ingat Allah.


Ini adalah main attraction di Dreamworld. Kira kalau anda datang sini tapi tak try, memang sia-sialah anda. Eceh. Tapi lepas anda naik, anda akan mensumpah dalam diri dan berikrar tak nak naik lagi. Sambil dalam hati sedikit berbahasa kesat dan di mulut akan mengamuk-ngamuk menyesal. HAHHAHA. Memperkenalkan. THE CLAW. High thrill ride. Yang memang mencabar nyawa anda sampai adrenalin anda jadi tak menentu. Tak guna punya ride. Apsal thrill sangat? Aku ingat macam aku dah mati dah di atas sana.
Sumpah mentakutkan. Sumpah thrill. Sumpah mempertaruhkan nyawa. Sumpah taknak naik lagi. Husband saya boleh ketawa seronok. Dia kata inilah game dia naik banyak kali dulu masa dia datang Gold Coast zaman bujang (eceh) Saya ingatkan syok sangat sampai boleh buat kita gembira sakan ke apa. Rupanya gila punya thrill. Mula-mula saya menjerit macam nak habis suara dah. Lupa semua pasal suara aurat wanita KAH KAH KAH. Tak lama tu, saya terus terdiam tak cakap apa. Pasrah je. Jantung macam nak gugur jatuh bawah. Kalau betullah jatuh jantung tersebut, memang saya pasrah menyaksikan jantung sendiri jatuh ke tanah Gold Coast. Rasa macam dah sampai hujung nyawa pon ada. Husband boleh ketawa seronok. Enjoy gila kehidupan dia dia atas permainan pembunuh tersebut.
Bukan setakat dia hayun badan kau macam bola pingpong. Dipusing-pusingkannya kau macam bawang putih dalam blender. Kau imagine kau imagine. Err. Entahlah. Bagi anda yang suka benda thrill mencabut nyawa makan neh, mungkin anda rasa seronok. Bagi Chika yang anggap melintas depan kucing pon dah cukup thrill neh, benda macam neh bukan taste akulah. Benda-benda neh satu trauma bagi saya. HAHA. Sejak dah try, nampak je The Claw atau dengar orang ramai berteriak semasa riding The Claw, saya akan menyumpah-nyumpah ride tersebut. Tak faham apsal manusia nak enjoy secara tercabut nyawa. HAHAHA.
Tak sabar nak tunggu ride tersebut stop. Bila stop je, saya beristighfar panjang. Rasa macam mati hidup balik. Muka dah tak semacam muka lagi. Tudung dah senget selekeh comot hodoh hodoh hodoh. Husband tanya ; Best kan best kan? Ikutkan hati, nak je makan suami tersebut telan masuk perut. Saya dah pucat lesi menyumpah seranah ride tersebut, dia boleh bercakap secara enjoy sakan.
Cis punya The Claw.

The Claw.
Omaigod.
No no no no.
Not again.
Thanks Sayang.
Bagi RX-8 sebijik pon belum tentu I nak.
HAHAHAHA.
Disebabkan saya dah separuh trauma. Kepala dah pening. Nak muntah darah semua. HAHAHA. Akhirnya kami pon bersepakat untuk ke alam fantasi yang lebih fun dan tidak menjadikan nyawa sebagai taruhan. Kami ke Nickelodeon Central. KAH KAH KAH. Yang neh baru fun wa cakap lu.


Spongebob Flypants!
HAHAHA.
Jangan kutuk jangan kutuk. Just because Chika loved it. Sumpah syok wo. Anda kena meniarap seakan-akan beraksi flying lah. HAHA. Gila layan. Saya sangat enjoy. Husband pon join sekali. Kelakar tak kelakar la kan. Dari game thrill gila, sampai ke game Seluar Terbang. Bukankah gila comel punya perbuatan?


The Backyardigans Mighty-Go-Round



Ini yang paling layak dipandang serong. KAH KAH KAH.
Blue’s Skidoo
Ada 4 orang saja naik.
Chika. Husband. Dan dua orang budak kecik.
Tiada dalam gambar, kami juga sempat try permainan-permainan ini untuk hari pertama:
Kids Rides.
-
Runaway Reptar Rollercoaster
-
Rocket Power Bumper Beach
-
Dora the Explorer Sea Planes
-
Swinger Zinger
Family Rides.
Thrill Rides.
source : http://www.dreamworld.com.au
WIPEOUT is the best. Nak lagi nak lagi! Memang seriously thrill juga. Tunggang terbalik tudung nak melayang semua. Tapi memang fun. Thrill yang masuk akal. Bukan macam The Claw. Tak masuk akal langsung.

Tunggu Spongebob tapi terlepas show dia.

Eceh. Nak ke mana tu, Sayang.

Sebab The Claw neh terlalu thrill. Tak masuk akal. Jahanam. Cis. Gila. Mencabut nyawa. Jatuh jantung. Menjerit tak ingat aurat. &&^%RGGDCW$$^ (bahasa kesat) Saya jadi trauma sampai tak puas puas nak snap gambar dia. HAHAHA. Igauan ngeri betul. Tolong Sayang, I tak nak dah.

Cinta.
Balik Brisbane dalam hujan lebat. I drove the car back okek. Thrill jugak pemanduan pada malam tersebut. Dah lah jalan dekat Australia ni ada lain macam sket. Tersasul-saul I. Sampai rumah terus collapse. HAHA.
Puaskah membaca? Kalau tak puas jugak, tak tahulah nak kata apa dengan anda neh. Sangat ulat buku. Ecececeh. Tetiba plak. Jangan excited sangat. Saya akan buat anda terjemu-jemu dengan kisah Gold Coast. Sebab ini baru kisah satu hari. HAHAHAHA.
Separuh nyawa menyiapkan entry neh.
Tolong hargai entry neh, tolong.
KAH KAH KAH.
Posted by chika under
Uncategorized Husband back to work this week (which is tak best gila rasa nak scream suruh dia cuti lagi. Okay, entah apa-apa punya bini) On call lagi waktu malam sepanjang minggu ni leaving me alone terkontang-kanting dalam rumah warna putih yang banyak sangat bunyi angin menderu masuk (horror lah konon)
Saya tidur banyak hari ni. Okay, macam tak penting sangat sampai nak kena tulis dalam blog. Tapi dapat tidur banyak dikira sebagai satu achievement (I am telling you) Kalau tak disebabkan kena tengok suami pergi kerja, tengok dia pakai kasut, kissing kejap (short scene lah engkau diam diam diam! HAHA) sebelum dia driving to hospital, mungkin tak bangun lagi si Chika neh. Apa akal jugak, belum solat Isyaq. Pasang niat, selepas Isyaq akan terjun balik atas katil. Tak mahu peduli msalah cekodok, masalah sinki, masalah blog tak update atau masalah esok tak tahu nak pakai baju apa semua. Semua masalah tak nak fikir. Biar masalah tersebut fikir sendiri HAHA. Tiba-tiba selepas solat Isyaq, ada rasa sikit fresh. Terus terconteng blog sendiri padahal tak pasang niat pon. Orang kata, buat sesuatu kalau dengan niat dapat pahala (ceh, pandai-pandai aku je)
Err. Sebenarnya sudah beberapa hari neh rasa tak sehat. Rasa terjejas dan weak. Rasa tak sedap badan (Shut up kau. Semua orang jangan pandai-pandai jadik doctor) KAH KAH KAH. Sebelum anda meng-doktor-kan diri, lebih baik aku kasi warning dulu. Ceh. Gila cute. Membagi warning kepada orang dewasa. Macam budak gadis (budak gadis?) 4 tahun membagi wraning kepada emak dia jangan balik kerja lambat sangat. Kau tahu tak, anak mat saleh kat sini semua cute gila Subhanallah. Mata cantek, hidung cantek, rambut cantek, bibir cantek, telinga mata otak kepala semua cantek. Dibiar bersepah pulak tu. Aku curik satu simpan dalam almari kaca baru kau tahu. KAH KAH KAH. Erk? Pasal apa termasuk cerita anak mat saleh neh? Aku tak faham betullah penangan orang sakit neh. %$^$£&**&%gila&%%^$.
Mood aku bukan elok sangat neh. Anda pon macam dah bosan lah bukan membaca entry berpenyakit . Semua entry berpenyakit Chika, akan berciri garang tak bagi salam. Lepastu nak emosi mendadak macam hilang pedoman ke apatah. Sumpah aku rasa tak seronok untuk berseronok beberapa hari neh. Kepala pon macam tengah kungfu fighting. Badan semua sudah mula weak lantas mengeluarkan cahaya merah dengan bunyi beep beep beep. (tak ubah bagaikan Ultraman lemah, hilang kuasa).
Bila tak sehat, mulalah jiwa menjadi sensitif tak bertempat. Kalau boleh, tengok buah kelapa jatuh ke tanah pon nak menangis. Tengok bunga layu pon nak sedih. Tengok Roary The Racing Car kena marah dengan tuan dia pon rasa simpati (Rindu emak. Lama tak menonton Roary The Racing Car bersama emak). Bila tak sehat macam neh, mulalah rasa terabai lah apa. Rasa rindu emak. Rindu bapa. Rindu rumah. Rindu Klinik Dr. Razak (eh eh. Tetiba plak) Kalau dekat rumah, confirm sudah dibelai manja oleh Mak Yang. Confirm emak akan panggil baring dengan emak dan emak pon akan usap-usap kepala. Atau Adek datang membawa segelas air mata air (hep! tipu sangat. Air masaklah) dengan ubat-ubatan kasi kakak dia makan. Ya Allah. Rindu rumah. Rindu rumah. Rindu rumah. Mulalah rasa nak simpan jin lampu ajaib mintak dia angkatkan rumah bawak datang Brisbane. KAH KAH KAH.
Apakah punya sedih malam neh. Tinggal sendiri di rumah. Tension betul kepala! Ah ah ah ah ah! (tak tahu bunyi apa neh. Apsal buruk sangat bunyi dia) Tiba-tiba rasa macam sedikit stress. Bosan ah perasaan macam neh. Bosan ah bila rasa tak sedap badan, sakit badan, sakit hati, sakit jiwa semua sakit. Waktu-waktu macam ni lah,aku akan hilang pertimbangan sikit. Sikit je, jangan worry sangat. Tak adalah sampai pergi membelasah jiran ke apa. Atau sampai tahap mencurik trampoline Kakak Lisa (jiran kami, nama dia Lisa) atau pon pergi Gold Coast malam-malam naik train secara membabi buta (apa neh mencarut malam-malam. Emak marah tau)
Macam tak penting betullah entry neh.
Aku delete kang, sia-sia je peruntukan masa selama 19 minit. Aku publish lah sekarang. Ingat, jangan pandai-pandai menjadi doctor. Siapa berlakon dalam komen macam dia doktor dan pergi diagnose penyakit aku secara membabi buta (hoi hoi! mencarut lagik!) siap dia. KAH KAH KAH. Macam biasa. Kasi warning sambil ketawa. (Takkan mahu dikasi warning sambil menangis).
Terima kasih semua. Anda semua memang kesayangan saya. Terima kasih sebab luangkan waktu berkualiti untuk membaca karya Chika (ceh. Macam neh dikira karya &^%$%?$!) Terima kasih sebab tertunggu-tunggu entry baru saya padahal penantian itu satu penyiksaan. Terima kasih sebab suka follow blog saya lepastu hantar komen sweet sweet. Tak cukup komen dekat blog, hantar mesej dekat FB dengan ayat comel-comel. Anda semua memang sangat angelic bersayap kiri kanan (eceh) Nanti bila saya kembali ke dalam bentuk asal, saya akan membalas komen anda,menjawap soalan subjektif anda dan mengunjungi blog anda semua. Jangan worry. Aku sangat muhibah punya kaki. KAlau boleh semua blog aku nak pergi masuk dan beramah-mesra. Siapa link kan nurulism.com dalam blog masing-masing pon, thank you banyak. Chika macam biasalah. Link me-linking neh memang tak berapa nak rajin sangat. Nanti saya dah rajin, saya link kembali blog anda semua. Linkin Park memang best. Kalau mereka datang brisbane, saya sanggup bodek husband 30 hari 29 malam ajak menyaksikan persembahan mereka. Sumpah husband aku tak kan nak. KAH KAH KAH KAH.
Ah. Merapu macam tak ada masa depan.
Bye. Semua boleh balik ke blog masing-masing. Dan teruskan hidup ke dalam bentuk asal. Jangan ikut sangat gejala nurulism neh. Bukan sehat pon. HAHA
Info Power : nampak sangat aku malas. Entry neh sangat flat dan plain. Tak da bold, underline atau colored font. Sakit jiwa lah bukan baca entry berjela-jela dengan font yang flat neh. Tak fun langsung. Anda bersabar je lah. Aku pon manusia biasa yang kadang-kadang malas dan kepala angin. HAHA HUHU HEHE.