Archive for February, 2009

Hantaran : Teaser, Tengok Sahaja

Posted by chika under Uncategorized

Stressssssnya!

Posted by chika under Uncategorized

Rasa stress. Nak tarik rambut. Boleh tak jangan stress. Boleh tak?

Rasa nak meraung kuat-kuat.

Kuat kuat.

Shopping laju-laju

Posted by chika under Uncategorized

Ya Allah. Letih. Nya. Saya.

Disebabkan letih (tapi macam biasa, tak blog sama macam tak makan nasik ibaratnya) jadi saya paksa-paksa diri untuk memblog entry. Walaupon sebenarnya mata sudah hidup segan mati tak mahu. Ya Allah. Tabah betul.Padahal bukan dapat pahala pon. Okay tak apa.

Disebabkan badan letih. Tangan lembek. Kepala tak cukup oksigen. Mata tak larat bukak. Jadi akan memblog laju-laju.

Hari ini telah mengatur jalan dari satu mall ke mall yang lain. Dari jam 10 pagi sampai 11 malam. Ingat Allah ingat Allah. Nasib baik ingat Allah, kalau tak agaknya dua jam sebelum nikah nanti baru balik rumah. Okay tak kelakar.

1. Sungei Wang. Carik chocolate dengan ‘sesuatu’ tapi tak jumpa yang tepat. Lepastu ter-shopping benda lain pulak. Err. Maksud saya, benda lain. Ya. Benda lain. Tumpang lalu.

2. KLCC. Disebabkan tak jumpa dekat Sungei Wang, pergi KLCC. Ya Allah. Apsal neh apsal neh? Chocolate cute rupa cantek semua mengandungi alchohol. Saya dan PA. Oh lupa cakap. PA saya dah ada dua. Aizar dengan Astri (Lepas habis berkhidmat dengan saya, dengar cerita dah ada orang lain berkenan nak ambik jadi PA pulak. Murah betul rezeki. Ecececeh. Nyampah) Kami bertiga pon jadi satu kerja pulak. Duduk berzaman-zaman membelek chocolate punya ingredients. Ewah ewah kau! Macam mahir sangat. Lepastu sakit hati. Godiva pon ber-alchohol pulak Ya Tuhanku. Nasib baik ber-alchohol dan mahal. Kalau ber-alchohol dan murah dan cantek dan comel, pasti frust. Berdarah hati. Eh eh. Tiba-tiba pelik. Buat apakah mencarik chocolate? Bukan taknak pakai chocolate kah? HAHAHA. Itulah yang dinamakan. Hilang pertimbangan. Sindrom naik pelamin nama baru dia.

3. Ampang Point. Ya Allah Ya Tuhanku. Siapa nak kahwen nanti tolonglah hire Chika jadi wedding planner anda. KAH KAH KAH. Err. Semua benda pon sudah habis beres saya buat sendiri. Dari baju sampai ke meja pengantin pon saya fikir semua sekali. Lega. Set semua dah almost complete. Padahal boleh tutup sebelah mata serahkan pada orang lain. Tapi kepala saya suka beep beep beep. Kecemasan. Lampu merah. Suka sangat nak fikir semua benda. Lepastu semua benda kena buat sendiri sebab tak percaya dengan orang. Err. Kalau musnah sendiri buat, bukankah lagi baik daripada dimusnahkan oleh orang lain? Fuuuuu. Dah macam emak-emak betul lately. Asyik shopping pergi household department. Takda shopping-shopping gedik lagi. Tak ada masa nak menggedik sangat. Err. Macam mana nak menggedik. Kalau setiap hari shopping beli bunga, beli vase, beli glass, beli blanket, beli cushion, beli mop, dapur arang, cerek antik, mesin jahit … okay, dia mula dah merepek. Jangan merepek jangan. Nanti ada orang rasa annoyed dan sengsara.

Selepas itu emak call suruh balik. Takut punya pasal. Balik. Kalau emak tak hubungi suruh balik, agaknya dah sampai langit ke tujuh. HAHA. Seronok betul. Sampai sakit tekak.

Balik rumah, rumah dipenuhi oleh saudara mara. Sedang sibuk buat macam-macam. Sampai kepala saya pening. Aduh, berdarah kepala.

My beloved fiance (ehem), call. Meminta saya membeli sesuatu. Ya Allah. Keluar lagi. Call Aizar. Bodek punya bodek, Aizar setuju nak keluar. Saya kalau boleh tak nak keluar esok hari. Nak buat aktiviti indoor.

4. Lepas maghrib, pergi Jusco Maluri bersama Aizar dan Ibu Aizar (ececeh. Ibu pon nak Saturday’s night fever. Mencucuk langit? Ingat Allah ingat Allah). Pergi Jusco sebab itu yang paling dekat. Malangnya, product Jusco semua macam antara nak hidup dengan nak mati. Runsing betul. Dah lah membawa bersama Nina dengan Adek Wana. Ingat senang ke pergi shopping bawak budak? Ya Allah. Baru faham kenapa ibu-ibu selalu ada vokal yang mantap. Rupanya selalu berlatih vokal dekat rumah sampai ke shopping mall pon masih berlatih vokal. ‘Don’t touchhhhh!’. Bukan saja latihan vokal, malah diselitkan unsur-unsur panjang pendek harkat. Ya Allah. Tolonglah jangan tersasul banyak sangat. Dah mengantuk sangat neh.

5. Tengok jam. Pukul 8.57 malam. Sempat sempat. Terus drive ke Sg. Wang. Again. Sebab nak masuk Parkson punya pasal. Kelakar. Pagi tadi masuk Sg Wang bukan main lagi bergaya. Malam pergi sekali lagi, gila punya selekeh. Dengan seliparnya. Muka comot-comot (eh eh Comot. Macam nama kucing peliharaan) Yang seronoknya, sepanjang minggu ni, KL sangat lengang I tell you. Sampaikan last week, kami boleh berjalan tawaf KL all the way from Damansara. Ke Wangsamaju semua siap. Betapa syurganya KL bila musim perayaan. Rasa nak baring tengah jalan HAHA. Sampai Sg Wang, terus mendapatkan apa yang dikehendaki. Sempat sambar gown untuk Adek Wana. Dan menjadi customer terakhir. Lampu semua pon dah padam. Staff pon dah bersiap nak pulang. Wuuui. Tapi kesian Nina. Tak sempat nak sambarkan apa-apa untuk dia.

Dah last minute macam ni, semua benda pon main cekau-cekau saja. Sampai hilang pedoman sikit. Terbeli benda yang dikesali. Lepas menyesal, patah hati. (Okay Astri, nyanyilah lagu patah hati)

Wo wo. Serius mengantuk. Sikit lagi kepala jatuh atas keyboard.

1,2,3 … tidur! Seronoknya.