Archive for February, 2009

Theme: Black, White & Green

Posted by chika under Uncategorized

Antara koleksi renda/lace dan ribbon yang digunakan

Selamat Pengantin Baru HAHA

Posted by chika under Uncategorized

Boring betullah main kemas-kemas. Main kecah-kecah seronok pulak tu.

Oop oop!

Sebelum meredah entry, kasilah mukadimah ke salam ke apa dulu. Assalamualaikum (pandainya bagi salam dekat tengah-tengah) Sehatkah semua? Pasti sehatlah bukan? Kalau takda kesihatan pon, sekurang-kurangnya kena bersyukur sebab pasti lebih sehatlah daripada saya (Bukan aku sehat kah? Tadi yang terkinja-kinja main kungfu fighting dengan Haizat tu siapakah?)

Berat betul hati nak bercuti blog. Ececeh. Dulu berkobar-kobar mintak cuti. Sekarang terhegeh-hegeh sorong entry takda henti. Kelentong betul. Err. Bukan mudah mengharungi hari-hari yang mencabar tanpa merakamnya ke dalam ayat-ayat blog. Eceh. Justeru itu, mengambil kesempatan (walaupon tak menyempat sangat) untuk memblog di waktu senggang. (Perkataan hebat-hebat betul malam neh. Ambik hati Cikgu Tatabahasa) Tapi lepas kahwin ni nanti, memang confirm sangat saya tak akan memblog selama lebih kurang 2 atau 3 minggu.

Kejaplah. Berlari setempat. Macam bosan pulak dah.

.

.

.

Huyyo huyyooo. Semua orang macam tengah mempecah kepala berdarah hati dan sebagainya berbincang tentang majlis. Saya? Sedang mempecah kepala menghentak keyboard demi sebuah blog yang tak berapa banyak dosa. KAH KAH KAH. Err. Aku sudah malas hendak berhempas-pulas.

Tadi siang kawan emak datang membawa cadangan-cadangan untuk hiasan meja etc. Siapa pedulik kah? HAHAHAHAHA. Tengoklah. Sudah sangat malas berfikir si Chika neh. Last minute dah pon. Buat apa mempecahkan kepala lah bukan? Nanti naik pelamin kepala pecah buat apa? KAH KAH KAH. Ngeri ngeri.

Sedap betullah lauk masak asam ikan kembung yang dimasak oleh Mak Yang. Eh eh. Tetiba tergelincir topik. Tapi tak apa. Semua orang tahu sangat. Kalau dimasaklah lauk tersebut, sehari 24 jam ke dapur mencarik nasiklah aku. HAHA. Sama lah macam hari neh. Takda benda lain dah dalam kepala selain lauk masak asam tersebut bersama nasik. Ya Allah. Nikmatnya mentelan nasik. Bawak mengucap bawak mengucap.

Mak Tok cakap ; Belajar masak lauk yang satu ni pon cukup dah. Sebab lauk favorite kamu. Nanti bila-bila rasa teringin, senang.

Hati pon tiba-tiba menyampok tak bagi salam ; Kalau teringin, calling Mak Yang lah apa lagik.

KAH KAH KAH.

Err.

Ada ketika, berasa excited betul nak pergi berkahwin. Sebab kenapa excited :

  1. Ada teman sepanjang masa. Takda dibiar sendirian lagi (pergi kerja tak dikira sebab itu tanggungjawap. Kalau tak pergi kerja langsung sebab nak teman bini alasan dia, menjawap la dekat akhirat kelak. Eh eh. Why so serious. Cool down cool down hayyoh)
  2. Kehidupan baru yang luarbiasa. Sudah bosan juga setiap hari hanya menulis blog, approve comment pembaca dan reply comment anda. Kerja paling berat yang dibuat ialah bangun pagi tersepet-sepet hantar Adek ke sekolah. Lepastu kembali ke rumah dan menganggur tak tentu pasal. Sudah kahwin, akan mengubah arah tuju kehidupan kepada satu fokus yang lebih serius. Maksud dia, hidup sudah officially serious lah. Eh eh. Nampak sangat sebelum neh hidup tak serius. Hidup acah-acah ke apa? HAHA.
  3. Boleh pakai status MARRIED buat pertama kalinya dekat Friendster dan FB. (Myspace boleh keluar skang!) Saya serius ehem. Agak tak sabar-sabar nak cuba pakai status MARRIED tersebut. Comel betul. Bukan comel ke?
  4. Akan menggosokkan kemeja lelaki yahooooooo. (sewel ke apa nih?) Berasa seperti Wanita Sebenar bila menggosok pakaian lelaki dan mensidai pakaian lelaki dan membuka wardrobe yang bercampur aduk dengan T-Shirt lelaki. Apa ni apa ni? Chika, talk to the hand!
  5. Boleh pergi dating hujung minggu menyaksikan merpati putih memakan bijirin dan gandum segar. Ya Tuhanku. Imaginasi sukar dikawal. Serius serius. Hujung minggu boleh pergi dating ke mana-mana sahaja dan emak tidak akan runsing menanti di rumah.
  6. Akan membeli sayur bayam, lobak merah, bunga cengkih, daun bawang, ajinomoto dan mentega pada hujung minggu dari supermarket berdekatan (berjauhan pon okay jugak sebab jauh perjalanan luas pemandangan) Ya Allah. Berangan ke perasan neh? Masalah dia, akan wujudkah situasi membeli daun cengkih, sayur bayam dan sebagainya? Bukan hujung minggu pergi restoren men-tapao makanan kah? HAHAHAHAHAHAHA. (Sabar Sayang sabar. Bernafas, bernafas)
  7. Setiap hari akan menguruskan hal ehwal rumah. Jadi akan ada alasan untuk buat-buat sebok dan boleh letak sign NO ENTRY dekat YM tanpa rasa bersalah. Bila rakan buzz, boleh lah berlagak secara ; Aku tengah hiris bawang besar neh sambil menangis nak masuk 3 tempayan air mata dah. Cewahhh. Macam rajin betul.
  8. Boleh pakai status PUAN. Sama taraf dah dengan cikgu sekolah saya. Jadi cikgu sekolah tak boleh pandang rendah bila saya datang ke sekolah untuk … (okay tak ada sebab nak pergi ke sekolah) Dan status PUAN tersebut akan membuatkan saya nampak lebih maju dari rakan-rakan. Walaupon rakan-rakan akan mendapatkan title Ar atau Dr atau Ir kelak, takda peduli sangat. KAH KAH KAH. Motif?
  9. Bila sudah ada rezeki, akan memiliki mata bercahaya terang padahal tak payah titis Eye-mo. KAH KAH KAH. Artistik pulak aku tengok ayat neh. Simpan dalam hati.
  10. Boleh ada rumah sendiri dan berkuasa untuk berbuat apa-apa ke atas rumah tersebut. Maksud saudari? Memusnahkan rumah? Musnahkan rumah itu bukan kerja seorang isteri. Itu kerja dinosaur pemakan daging dan batu bata. Aik? Pulak dah.

Come on come on! Kita tulis kenapa tak berapa nak best pulak berkahwin.

  1. Tak ada boleh duduk bersama keluarga lagi.
  2. Tak boleh mengadu-ngadu dengan emak nanti suami sentap (eececeh)
  3. Bila suami bekerja, akan terbosan-bosan sendirian. By the time mulalah ajak dinding bersembang.
  4. Tak boleh main mata dengan lelaki lain nanti berdosa masuk neraka. (cakap je, niat takde pon)
  5. …thinking…
  6. …thinking…

Err. Tak jumpa pulak sebab kenapa berkahwin tu tak best. Nampak sangat kahwin tu best KAH KAH KAH.

Ya Allah. Nak kahwen dalam masa 2 hari lagi. Betul ke neh? Apa tak betul pulak, hantaran berderet dalam bilik neh apa dia? HAHAHAHA.

Oh.

Lupa nak cakap.

Saya dah kawan balik dengan tunang saya. Rugi betul tak tunjuk perasaan lama-lama. Manalah tahu dapat bunga ke apa. Rugi rugi. Tapi dia kata, telah memberikan sejambak bunga dalam hati. Patutlah dalam hati macam musim bunga. Cheyyyy.

Selamat pengantin baru, sayang!

HAHAHAHAHA.

Konflik Jiwa

Posted by chika under Uncategorized

Aku tahu semua orang tertekan nak buat majlis. Tinggal 3 hari. Siapa tak tension? Keje banyak. Nak fikir banyak. Kepala sakit. Badan sakit. Hati pon sakit. Semua orang tension saya tahu. (Tapi bapa nampak happy).

Konflik sikit dengan emak.

Sebabnya ; Dia kata kena tunggu saya massage lama sangat. Okay fine lah saya cancel body treatment. Whole treatment cancel. Dengan hati yang sangat terbuka saya rasa tak apa. Mintak the SPA buatkan facial treatment sahaja. Tiba-tiba kakak tu belek muka saya, dia nasihatkan jangan buat. Since tinggal a few days nak majlis pon. Takut kulit sensitif ni keluar bijik kecik-kecik. Damn betul muka aku suka naik bijik-bijik halus. (Luckily bulan lepas dah buat tapi tak guna punya hormon. Naik lagi bijik-bijik bulan neh)

‘Hormon baru nak stabil. Dia tengah recover. Better kita jangan buat treatment bla bla bla … ‘, nasihat kakak SPA. Okay tak apa. Tak payah buat.

Menicure and Pedicure treatment. Mula-mula emak cakap okay. Tiba-tiba dia kata ; Ih, berapa lama pulak nak kena tunggu. Takkan sampai ke Maghrib. Ingat Ma takde keje lain ke? Nak bla bla bla … itu lagi. Ini lagi bla bla bla …

Ya Allah.

Tiba-tiba okay.

Apalagi, terus saya keluar dari situ. Hujan dan-dan lah nak lebat. Emak masih tak puas hati itu ini. Semua benda dia nak marah. Saya keluar sampai malam semalam pon dia tanya padahal semalam dia okay masa saya balik. Tak marah pon. Tiba-tiba petang ni ungkit. Saya asyik merayap sana sini pon tiba-tiba dia ungkit. Dia kata tak reti duduk rumah ke apa semua. Ya Allah. Apa ni?

Rasa pedih. Berdarah hati. Terus drive. Air mata dah meleleh. Tak boleh tahan. Sebak. Gila punya sebak sampai rasa bosannya dunia neh! Boleh tak nak pergi UKM carik Farah lepastu terjun masuk Danau. Seriously berdarah-darah dalam hati.

Nak menjawap, macam biasalah. Tak berani menjawap cakap emak. Biarlah berdarah hati sampai hati mati hancur berkecai ke apa asalkan jangan derhaka. Tahan je. Tahan punya tahan, tak sedar drive laju gila.

‘Drive la laju lagi! Langgar tu kereta depan tu! Lepastu kita tambah lagi kerja kita pasni.Langgar lah, langgar!’

Ya Allah.

Emak kenapa?

Saya drop emak balik rumah. Saya cakap nak pergi bank. Tak tahu kenapa nak pergi bank. Sebenarnya nak tunjuk perasaan. Terus drive dalam hujan-hujan tu ke bank. Sampai bank, keluarkan semua duit yang ada. Habis kosong Bank Islam aku kerjakan. Tak tahu apa natijahnya buat macam neh.

Ah malas cerita.

Balik rumah. Emak tanya ; Nak duit? Esok nak shopping barang lagi? (eh eh, baik pulak dah)

Disebabkan hati sedih sangat rasa berdarah dan sebagaianya, penuh keangkuhan cakap taknak. Sebab semalam saya dah cakap dekat emak, dalam wallet tinggal RM63 *miskin gila macam apa je* Tiba-tiba hari ni nak tunjuk perasaan ke apatah, cakap dengan emak, tak nak duit. Terus blah naik ke bilik. Online. Dan terbuat entry neh. Sekarang engkau fahamlah kenapa entry neh emosi gila. Sebab hati tengah sakit sangat.

Adek saya cakap ; Ma penat sebab tu asyik nak marah. Lepastu dia tension sebab tak lama lagi Ayong dah tak ada dalam rumah ni.

Ya Allah.

Gila betullah perkahwinan ni.

Saya rasa semua orang tension kan benda yang sama. Sebab takut sangat saya pergi meninggalkan rumah tak lama lagi. Saya perasan. Bila orang cakap sikit je pasal ‘anak tinggalkan keluarga lepas kahwin’, emak pon mulalah nak bad mood ke apatah. Ya Allah.

Susah betul nak hidup.

Okay. Sumpah aku takut gila dengan mak aku lately. Takut gila. Sebab tu aku berbincang pasal bunga dengan Abah pagi tadi. Masalahnya, kadang-kadang pon Abah sentimental pasal perkahwinan aku. Ishk. Konflik jiwa namanya ni.

Tak ada kawan dah.

Nak dekati emak, takut.
Adek pergi main bola.
Mak Yang bincang tahlil dengan Mak Tok (tak kuasa aku nak join nanti macam-macam idea keluar masuk lagi aku tak sanggup lagi dah. Cukup cukup!)
Abah sebok mengemas.
Ijat dengan Haikal sebok dengan kereta urghtt!
Tunang … err… Tak nak kawan dia (eh tetiba pulak)

Okaylah. Takde kawan. Apalagi. Pergi nangis gi!

Bride To Be

Posted by chika under Uncategorized

Selamat Pagi.

Bangun pagi-pagi, telah dikejutkan dengan sejambak bunga segar yang agak banyak jambaknya. Terkesima kejap. Baru cadang-cadang nak lari ke Petaling St kejap carik fresh flowers. Mak Yang hulurkan. Dengan tersepet-sepet mata, tak tahu nak buat apa dengan bunga yang banyak tu.

Kawan bapa saya yang bagi. Terima kasih kepada kawan bapa saya. Tak tahu kenapa dia bagi. Tapi orang memberi, kita mengambil. Simpan masuk peti sejuk. Sebab tak boleh fikir buat masa ni apa nak dibuat dengan bunga tersebut. Tapi tak apa. Kejap lagi akan bukak planner dan membuat planning untuk hari ini.

Hari ini tidak mahu keluar (kalau boleh). Sebab 2 minggu ini, setiap hari pon keluar untuk pelbagai urusan. Tak baik tak baik. Kawan emak saya pulak telah meracuni fikiran emak saya. Dia buat mitos macam-macam sampai emak pon cemas. Boleh tak jangan sebut-sebut benda mitos dalam keadaan tegang macam neh? Boleh tak? Kalau saya tak keluar uruskan sendiri, siapa nak buat? Siapa? Engkau? Anak engkau nak buat untuk aku? Atau emak saudara engkau nak uruskan permohonan nikah aku? Okay sorry. Tiba-tiba rude.

Permohonan nikah. Done.
Baju etc. Done
Jemputan. Done.
Bunting. Done (Bukan membunting perut)
Souvenir. Done (sejak lama dahulu)
Yaasin untuk tahlil & marhaban. Done.
Tudung. Done

Hilang pertimbangan bila cakap pasal tudung. Tak tahu nak pakai macam mana dan nak pakai yang mana. Which one and how? How how how? Wo bu zhi dao. Sudah beli sampai 6 perkara-perkara berciri tudung. Malas fikir malas fikir. Veil dengan spider pin (nama neh aku bagi sendiri) pon sudah beli sendiri. Ikutkan hati, crown semua pon nak beli sendiri tapi tak pasti nak pakai macam mana dan dengan kombinasi apa. Boleh tak tak payah fikir dulu? Tolak tepi dulu.

Saya rasa semua orang sudah sangat stress. Emak nampak bad mood betul. Semalam saya tanya dia soalan sikit, kena marah banyak. Punyalah kecik hati rasa. Padahal bukan soalan apa sangat pon. Itu pon nak marah. Balik rumah malam semalam, memang hati berasa sangat bengang hanya Allah yang tahu. Terlalu bengang sampai terus pergi tidur.

Sejak-sejak kebelakangan ni, kau tolonglah jangan cakap benda-benda yang ganas sangat dengan aku boleh? Hati ni dah la diperbuat daripada kaca. Tak tahukah? Kejap-kejap pecah. Semalam bapa meninggikan suara. Sebabnya saya terlupa angkat envelop. Padahal bapa saya memang cakap suara tinggi. Tapi dia tak tahu, disebabkan itu pon dah boleh meleleh air mata murahan ni. Emak pulak, orang tanya sikit dia boleh marah kita banyak-banyak. Dah lah ada orang buat kita macam apa je semalam. Punyalah sedih rasa. Apa akal maruah kena jaga. Kalau tak, lama dah hujan kat muka neh. Cis.

Siapa yang chatting dengan saya tempoh hari? Yang mula-mula saya layan, lepastu saya suruh dia ‘get out’. Adik, lain kali jaga bahasa semasa berchatting dengan Kakak Chika boleh? Tak kelakar Adik, tak kelakar lawak adik tu. Kakak tak gelak pon. Kakak rasa adik ni seorang yang menjengkelkan.

YM status : BUSY.

Maksud dia, NO ENTRY.

Memang stress sangat. Dahlah tak cukup tidur. Badan ni sakit-sakit nauzubillah. Sumpah sakit. Tak faham betullah aku! Dari semalam, dah rasa nak demam. Sebelum keluar, makan panadol. Rasa lalok je kepala sepanjang hari. Tadi pagi pon nak telan panadol, Mak Yang tak kasi. Dia suruh breakfast dulu baru ambik panadol. Ah tak nak aku. Dahlah breakfast makan kuih. Tak nak tak nak. Paling tak suka makan kuih pagi-pagi.

Ah tukar topik.

Balik dari Kajang, singgah makan bawak Adek ke Village View. Tiba-tiba ternampak macam kenal je lelaki yang berbaju pink. Abang Din.

Dia pon pusing. Apalagi, terus menyerbu.

“Eh Nurul! Nurul pon ada kat sini?”

Tak sempat saya nak mukadimah ke apa, terus dia cakap dengan begitu excited.

“Nurul tengok tak Nona minggu lepas? Tengok tak? Mesti tak tengok kan. Pelamin awak tu … dah masuk tv! Cantek. Nanti awak punya pon macam tu lah sebijik,”

Saya blur kejap. Bila masa pulak aku ada pelamin? KAH KAH KAH.

“Ohhh. Yang pengantin dia pakai baju roses tu ke apa kan?” tiba-tiba teringat.

“Ha ah. Baju Radzwan Razwil tu,”

Abang Din ni designer pelamin saya. Kebetulan jumpa dekat situ, saya bincang-bincang la sikit dengan dia. Anyway, saya bukan pakai designer untuk baju tahu. Mind you. Yes, mind you. Seriously, mind you.

Pelamin akan pasang on Friday. Lepas tu saya mintak dia buat sesuatu, terus cerita pasal charge. Ya Allah. Bengang kejap. Apalagi, tak jadi makan dia. Aku cakap cakap cakap takda henti. Dia kata, dia tak ada masalah. Cuma nak kena discuss dengan pekerja yang akan pasang nanti. Eh eh kau ni. Dah lah aku tengah bad mood semalam kan, aku pon tak faham kenapa aku boleh cakap bertubi-tubi dekat dia. Padahal hal kecik je. HAHAHAHAHAH.

Last-last aku pergi cakap ; Tak pe lah. Saya buat sendiri je nanti pelamin tu.

KAH KAH KAH. Kan dah melenting. Boleh tak jangan layan perempuan yang tengah berkonflik dengan hormon sendiri? Boleh tak? HAHAHAHA.

Makan dengan adek di situ. Nasib baik takda jumpa sapa-sapa yang dikenali. Kat Bangi area tu biasalah. Sana sini bersepah muka-muka yang dikenali. Sebab memang tak ada mood nak jumpa orang dan jawap soalan-soalan. Cuak tak? Takut tak? My godness. Engkau sendiri pon tahu dah jawapan dia.

Emak call. Bunyi macam marah sebab dah malam tak balik-balik. Emak punya pesanan tu, satu macam betul. Suruh drive slow-slow. Suruh ikut lane kiri (huh?!) Suruh pasang lampu kenderaan. Pastikan wiper semua okay. Ya Allah. Lain macam btul pesanan dia. Ni sah-sah sebab dah kena racun dengan ideologi mitos-mitos tu semua. Tapi saya tak kesahlah. Hati emak. Emak mana tak risau kalau anak dia keluar satu hari suntuk sampai ke malam.

Balik rumah, kaki melecet semua. Sebab petang tu meredah hujan lebat. Kasut habis lencun. Engkau tahulah kalau berjalan dengan kasut yang basah lencun. Tak ke sengsara rasa dia? Sampai rumah, terus campak kasut tu jauh-jauh. Macam meluat pulak.Dah lah Adek Del tak pandai pegang payung. Saya suruh dia payungkan saya, tapi dia payungkan diri dia sendiri. Hangin betul aku. Tah berapa kali payung dia kena kepala aku sampai stress betullah aku rasa. HAHA.

Okay dah puas dah saya membebel macam mak nenek.

Sekarang akan pergi mengemas pakaian. Bersepah baju saya di sana sini. Sampai dalam almari emak pon ada baju saya. Patutlah emak selalu hangin dengan saya. HAHAHAHAHAHA.

Ya Allah. Malasnyaaaaaaaaaaaaaa. Tak nak buat apa-apa boleh tak? Penat.

Kepada semua yang membaca dan menghantar komen juga ucapan-ucapan : Terima kasih banyak-banyak.

Warkah Kekeluargaan

Posted by chika under Uncategorized

(auto publish)

Surat kepada keluarga.

Bonda.
Ma, I love you banyak gila. Saya akan berkeluarga tidak lama lagi. Tak dapat teman ma shopping shopping selalu. Tak dapat teman Ma pergi makan bubur ayam Mc D kegemaran kita bersama. Tapi tak apa. Nasib baik kita tengah boikot Israel, Yahudi, Fasha Sandha pon kita boikot sekali. Okay. Itu masalah peribadi. Jangan babitkan dalam urusan blog.

Ma,
Saya akan belajar menjadi saya yang lebih baik. Yang bukan saja tak cepat melenting, malah seorang yang penyabar, bertanggungjawap dan pandai jaga mulut supaya tak kuat mengadu sangat dekat emak. Saya akan rahsiakan semua masalah rumahtangga supaya tidak jatuh dalam tangan ibubapa. Sebab Ma cakap ; Masalah rumahtangga, settle sendiri. Jangan babitkan keluarga nanti susah. Nampak sangat Ma faham betapa anak dia ni kuat mengadu. (cikgu suruh padam papan hitam pon dulu aku balik mengadu dekat emak)

Ma,
Halalkan makan minum, perbelanjaan melampau dan melimpah-ruah yang saya lakukan. Maafkan semua dosa-dosa saya selama ni. Suka lengah-lengahkan kerja bila Ma suruh. Suka drive macam mabuk lepastu tak mengaku. Bila Ma suruh slow down, akan tunjuk hebat dengan cakap yang bukan-bukan macam tak buat salah langsung. Ma, saya sayang Ma sangat banyak. Tak tahu macam mana nanti akan hidup tanpa dapat berkepit dengan Ma. Dahlah tak dapat mengadu-ngadu. Tak dapat peluk cium Ma sebelum tidur. Tak dapat menonton Spa Q sama-sama jugak. Dan yang paling saya harap, Ma terimalah kehadiran orang baru dalam keluarga kita kelak dengan begitu gembira sekali. Dan sayangilah suami saya sama macam Ma sayang saya.

Ayahanda.
Abah, ada dua orang yang paling besar ertinya dalam dunia ni bagi saya. Iaitu Ma dengan Abah. Diikuti oleh adek-adek kesayangan. Lepas ni, akan ada orang baru yang akan diselitkan sama ke dalam senarai orang-orang kesayangan saya. Saya harap, Abah dapat menerima kehadiran anak menantu pertama. Saya tahu Abah adalah orang yang paling sebak sebab anak perempuan akan berkahwin dan meninggalkan kehidupan bersama keluarga. Saya tahu Abah selalu cakap dekat Ma ; Tak lama lagi, tak adalah kita jaga Kak Yong lagi. Alahai Abah, sesungguhnya kata-kata tersebut sangat menusuk kalbu.

Saya tak akan sama sekali melupakan pengorbanan ibubapa. Dan perkahwinan ini tidak akan menjauhkan hati kita, insyaallah. Okay nak nangis kejap. Ya Allah. Macam manalah agaknya hidup ni tanpa berjumpa Abah setiap hari untuk mengadu masalah-masalah yang tah apa-apa.

Haikal.
Dek Ekal, harap kita akan lebih memahami satu sama lain. Walaupon Ayong selalu marah sebab Dek Ekal suka keluar rumah dan balik lambat, lepastu suka pakai rantai padahal lelaki tak boleh pakai rantai, tapi percayalah. Sangat sayang dengan Dek Ekal. Susah betul hidup kalau tak dapat perlindungan daripada Haikal yang berjiwa kental. Ya Allah. Walaupon Haikal ni nakal, tapi pandai jaga kakak dengan adek-adek.

Nanti Ayong dah tak ada dengan keluarga kita, Haikal akan jadi ketua dalam adek-beradek. Okay, sekarang boleh mula berlagak macam berkuasa besar. Tapi ingat, jangan lawan Ma dengan Abah. Lawan orang lain tak apa. Jangan suka buli Adek suruh dia ambikkan air, suruh dia charge kan handphone atau suruh dia sidaikan towel lepas mandi. Kesian Adek. Lagipon dia bukan ikhlas pon nanti. HAHA.

Haizat.
Ijat, nanti Ayong dah kahwin, Ayong keluar dari rumah Abah, kita pon akan jarang jumpa. Akan sentiasa rindukan maggie goreng sedap yang Abang Uda masak. Akan selalu terbayang-bayang muka Abang Uda yang manis (yang digilai oleh kawan-kawan Adek HAHA) Nanti Ayong dah tak ada dalam rumah, tolong hantarkan Adek Del pergi sekolah pagi-pagi. Jangan bergadoh marah-marah Adek pada waktu pagi (petang sikit tak apa) Sebab pagi-pagi kalau bergadoh, malu jiran dengar.

Abang Uda akan pakai kereta Ayong nanti. Pakai elok-elok tau sebab Ayong sayang betul kereta tu (walaupon orang kata kereta tu dah lama padahal kita bersyukur je sebab ada. Daripada tak ada langsung lagi malang) Jangan bagi Abah tukar kereta tu dengan kereta lain tahu. Nanti Ayong akan pujukkan Abah untuk dapatkan Abang Uda kereta yang lain (your dream car) sebab kita tidak membuat perjanjian tukar hak milik ke apa. HAHAHAHA. Tapi kena belajar dekat UniKL betul-betul. Jangan jadi macam Haikal. Masuk kolej seminggu je.

Jaga Adek elok-elok. Adek suka tengok Ben 10 dengan Hagemaru (dan sinetron Cinta Indah hahahaha kantoi) Pergi teman dia menonton. Dan cuba tahan telinga dengar dia bercakap sepanjang cerita komplen itu ini. Memang perangai dia, suka bercakap semasa menonton. Walaupon kadang-kadang rasa nak lepuk mulut dia, tapi kena bersabar. Sebab dia akan Adek. HAHA.

Lagi satu. Kalau keluar berjalan-jalan bawaklah Adek sama. Kesian dia nanti. Kalau Ayong tak ada, tak tahu siapa pulak akan layan dia pergi jalan-jalan dan makan Pizza Hut. Ooop oop! Nasib baik lagi sekali. Sebab Pizza Hut pon kita kena boikot. Kalau Adek mintak Pizza Hut, ajak dia makan Pizza yang jual dekat pasar malam. Yang dibuat oleh tangan orang Melayu. Walaupon tak berasa sedap, tapi ada nilai kemanusiaan. Eceh. Maafkan kakak awak sebab jadi ‘nilai kemanusiaan yang tinggi’ pulak sejak nak kawen ni.

.

Ya Allah bisingnya lamanya bunyi mercun di angkasaraya.

Okay sambung surat.

.

Haizdel.
Adek yang comel dan kuat sentap. Nanti Ayong tak ada, tinggal Adeklah untuk temankan Ma dalam rumah. Jangan lawan cakap Ma. Terima kasih sebab selalu tolong Abah buat kerja. Cuci akuarium, siram pokok bunga, cuci kolam ikan, tukar mentol terbakar dan termasuklah tukar bateri jam. Kalau Adek tak tolong Abah sekarang ni, tak tahu nak harap siapa. Kesian Abah. Abang Ngah dengan Abang Uda asyik keluar je dengan urusan kawan-kawan. Tak baguskan macam tu? Adek jugak yang bagus sebab selalu ada dekat rumah. Tak pernah keluar merayap dengan kawan-kawan. Walaupon pernah sekli tu Adek mintak nak keluar memancing udang. Lepastu kena marah dengan Abah. Ayong pon gembira sebab Adek kena marah masa tu. HAHA.

Nanti Ayong dah tak ada, Adek kata nak tidur dalam bilik Ayong supaya bilik tak kosong. Alahai. Sebaknya rasa. Adek adalah kesayangan Ayong selamanya. Walaupon kadang-kadang memang geram betul sebab Adek suka ejek Ayong ‘hidung kecik’. Lepastu ejek kuat-kuat depan khalayak ramai. Malu tahu! Nasib baik, aku kan kakakkk. HAHA.

Nanti bila Ayong balik rumah, kita pergi makan seronok-seronok. Sedihnya. Nanti kita tak dapat menonton Hagemaru sama-sama lagi. Adek jangan melawan cikgu tau. Nanti cikgu heart attack, kesian cikgu. Walaupon cikgu suka maki-maki, sedekah je Al-Fatehah dekat cikgu tu. Jangan fight dia balik. Nanti akan berakhir dalam bilik disiplin. Tak worth it lah, sayang.

Jaga Loceng baik-baik. Jangan bagi dia makan Friskies secara keterlaluan. Kesian kandungan dia nanti obess macam Koko. Kalau Angah keluarkan kereta, make sure Loceng tak ada bawah tayar kereta. Jangan lambung Loceng tinggi-tinggi. Manalah tahu dia tu jenis gayat dengan ketinggian ke. HAHAHAHA. Loceng semakin comel kan? Dan Ayong pon dah tak takut dengan Loceng. Tapi dengan kucing lain, mintak maaf.

Mak Yang.
Mak Yang adalah ibu saudara paling baik hati dalam dunia. Dah lah penyayang. Jaga kami adek-beradek dari kecik dengan begitu teliti. Sampai kena gigit nyamuk seekor pon tak boleh. Nanti Ayong tak dapat makan masakan Mak Yang dengan kerap. Nak merasa makan bersuap apatah lagi (sebab malu kat suami kalau dia nampak kita makan suap-suap) Ayong mintak maaf sebab selalu muka masam bila bad mood. Lepastu suka degil taknak dengar cakap. Masa Mak Yang suruh vacuum carpet, Ayong selalu cakap taknak. Bila Mak Yang suruh cuci pinggan, selalu cakap ; Nanti. Lepastu langsung tak buat. Mak Yang jugak yang buat.

Akan rindu masakan MakYang. Dan pastinya akan rindu urutan Mak Yang yang sangat best. Terima kasih sebab selalu picit-picitkan kepalalah, badanlah, kakilah, tanganlah. Lenguh sikit je carik Mak Yang. Tapi bila Mak Yang suruh simpan balik minyak gamat, mesti taknak. Degilnya Ayong.

.

.

Sampai di sini saja warkah saya buat keluarga. Saya betul-betul sebak dan tak tahu macam manakah hidup saya kelak tanpa dikelilingi ahli keluarga tersayang. Saya harap, tak ada apa yang berubah sangat.

Eh eh. Macam nak naik ke bulan ke apa tah. HAHAHAHA. Perkahwinan tidak memutuskan hubungan kita dengan keluarga. Malah ia akan memberikan kita kekeluargaan yang baru dan lebih besar. Saya harap sangat, akan bahagia. Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia? (memetik lirik lagu CINTA) KAH KAH KAH

Surat kepada suami akan dibuat suatu masa nanti. HE HE HE.

Perasaanku Tentang Perasaan

Posted by chika under Uncategorized

Diari kesayangan,

Di sini saya tidak berapa sehat badan. Mental juga tak berapa nak sehat. Tak tahulah apa yang sehat. Yang pasti, kucing peliharaan semakin sehat nampaknya. Ya Allah, makin gedempol. Nak terberanak tidak lama lagi. Maksud saya, kucing peliharaan. Pernah atau tidak saya menyatakan tentang kucing peliharaan saya? Okay. Suai kenal.

Nama beliau dalam Bahasa Melayu ialah Loceng. Nama Cinanya ialah Cheng Ho. Oh, begitu antik! Saya rasa kucing saya semakin hari semakin comel. Bukan sahaja comel kerana dipakaikan loceng pada leher, malah semakin naik seri wajahnya sejak mengandung ini. Seri ibu mengandung kata orang.

Bercakap tentang seri, saya tengok bakal suami nampak berseri-seri betul hallamak. Mungkin seri pengantin dia sudah menyinar. Okay biarlah kita berterus terang. Sebenarnya telah berasa sangat jatuh cinta lagi banyak setelah 4 bulan tak nampak muka. HAHAHAHAHA. Okay, macam biasa. Lepas buat ayat jiwa-jiwa, akan berasa malu sendirian berhad. Apalagi, kalau nak jatuh cinta semula dengan kekasih, saya cadangkan anda janganlah berjumpa kekasih anda 4 bulan atau 5 bulan. Kalau nak lagi banyak kecintaan, cubalah jangan berdating selama 2 tahun. Pasti akan sangat rindu dan jatuh cinta secara banyak-banyak. Anda cubalah.

Oh terlupa untuk menyatakan satu kenyataan. Setelah 4 bulan tidak ‘dating’, dua hari berturut-turut ini kami berdating lah juga sedikit sebanyak. Iaitu antara dating dengan tidak. Err. Jangan bayanglah berdating pergi candle light dinner dengan alunan music Beethovan ke apa. Memang bukan T______T Okay jangan nangis, tak baik. Dating pon dekat pejabat kadi, dekat butik pengantin, dekat rumah bakal mertua, dekat Kagumas, dekat pejabat kadi, butik pengantin … dan senarai ini terus berputaran secara berulang. Cis.

Saya akan tukar topik sekarang.

Entry pada minggu ini dan hari mendatangnya, adalah auto publish. Sebab sepanjang siang, saya sangat sebuk dengan urusan duniawi untuk membina masjid. Bina masjid? Alhamdulillah. Belum jadi architect dah berjaya bina masjid. Camana tu?

Terima kasih kepada yang mengirim ucapan-ucapan perkahwinan di merata-rata tempat. Saya akan membalas secara pukal di sini. Dengan ucapan ; Terima kasih tak terkira. Semoga Allah merahmati anda. Thank you very much. May Allah bless you. (Tiba-tiba dwi bahasa. HAHA)

Tukar topik lagi.

Perasaan. Perasaan saya adalah excited, I must say. Namun perasaan yang terpaling besar ialah cemas. Sayup dan pilu pon ada juga. Sebab kenapa pilu ; Tidak dapat tinggal bersama keluarga lagi. Tak tahu macam mana akan menghadapi hari-hari mendatang. NAMUN. Ada perasaan excited yang tidak terlindung lagi untuk mengharungi kehidupan secara berdua lebih baik. Dan saya juga sebenarnya mula merasakan betapa thrillnya kelak kehidupan ini.

Akan mula mencuci pakaian sendiri (pakaian suami juga jangan lupa sebut). Akan menggosok baju, mengemop lantai, memasak sikit-sikit (belum pasti sangat HAHA) dan akan menjaga rumah, menjaga diri, menjaga maruah, menjaga suami, menjaga anak. Oop oop!

Ya Allah. Berpancaragam di dalam jantung. Sangat cemas. Tak tahu macam manalah kelak kehidupan tanpa diuruskan oleh keluarga. Dah lah saya ni tak pandai berdikari. Kuat mengadu (memang suka buat laporan harian dekat emak atau bapa atau adek-beradek) Saya harap, bakal suami pon sangguplah kelak mendengar laporan harian saya yang sangat panjang. Sama macam yang emak sanggup dengar selama ini.

Saya juga suka bergantung kepada keluarga secara sepenuhnya. Buat apa-apa pon, akan disupport oleh adek-beradek. Pergi mana-mana akan ditemani oleh emak. Ada masalah, akan mengadu domba secara sepenuh perasaan dengan ahli keluarga. Pendek kata, sangat bergantung kepada ahli keluarga. Habislah bakal suami kena tadah telinga besar-besar. Dah lah kuat mengadu, laporan harian yang panjang, tak reti uruskan hal secara sendiri dan kuat sentap. Tak tahu sejak bilakah saya berhati kaca. Prang! Hati pecah. HAHAHAHAHAHAHA.

Saya sangat bimbang kalau tiada keluarga di sisi selalu. Okay. Aku rasa tu je masalah aku sebenarnya KAH KAH KAH.

Akan bersambung pada entry auto publish yang lain.