Gulai Asam
EPISOD SATU :
QUEEN ELIZABETH II JUBILEE HOSPITAL
Masa husband saya pergi solat Jumaat, beliau drop saya dekat hospital. Beliau suruh saya solat Zohor dekat hospital punya prayer room. Right after solat Jumaat, kami nak pergi jalan-jalan dekat Carindale again. HAHA. Sebab semalam tak puas explore shopping mall tersebut.
Takut okay masuk hospital. Tapi saya nampak doctor yang berjalan laju-laju sambil memakai pakaian seragam (pakaian seragam?) kedoktoran atau dalam kata lain, white coat dan bercermin mata dan segak dan cantik dan nampak pandai. Ececeh. Agaknya, my husband pon like that wo semasa bekerja. Pasti sangat comel lah bukan? Oyya. Jangan lupa sebut. Stethoscope jugak yang semacam satu aksesori leher yang menaikkan personaliti. What the heck ayat aku neh? Okay, move move!
Bukan mahu mempuji doktor lah tujuan entry neh. Entry saya seperti biasa, tak bertujuan sangat. Tapi tak apa. Ia tak lebih dari sekadar membuat komplen dan menggoreng ayat-ayat random. Err. Nak bercakap pengalaman singkat di dalam hospital.
Semasa menunggu husband di lobby hospital, saya pon duduk-duduk macam wanita tak ada kerja (padahal memang tak ada kerja). Mensidai muka betul-betul di depan entrance sambil mengira jumlah orang keluar masuk (okay tipu). Saya tengok, ramai betul orang tua yang datang ke hospital. Dalam pelbagai keadaan. Ada yang datang membawa diri sendiri dalam keuzuran yang sangat terror wa cakap lu. Sampai rasa nak tolong papah pon ada tapi malas nak buat kebaikan tak pasal-pasal. HAHAHA.
Tiba-tiba muncul seorang wanita dengan saiz badan yang … err… subhanallah. Saiz diraja. Maksud saya, king size. Saya tengok kaki dia luka-luka dan semacam berpenyakit. Saya tengok muka dia, kelihatan sengsara macam tak terurus sangat. Tapi dia jalan sorang-sorang bersama kerusi penongkat dia. Saya pon berasa sangat kasihan kepada wanita tersebut. Dah la mengalami masalah obesiti (agaknya, saya teka), pasti sukar nak bergerak lah bukan?
Tiba-tiba! *drum roll* Hey, tak payah drum roll.
Tiba-tiba, wanita tersebut pergi ke mesin minuman. Yang kalau kau masukkan siling tu, akan berdegang dan bergoncanglah dunia tatkala sebotol minuman jatuh untuk kau ambik. Tahukah dia beli air apa? Air SPRITE. Okay sangat terror. Saya pon tengok dan mentengok dia lagi secara berminat (kalau boleh nak mintak nombor telefon, email dan facebook ke apa yang patut HAHA) Gurau saja. Dia pon bukak Sprite dan minum takda henti punya. Lepas tu pergi landing sebelah seat saya. Oh Tuhanku! Rasa nak pitam kepala telah pusing tujuh keliling.
Bau badan dia, sangat dahsyat. Kebersihan dia sangat tak terpelihara. Pakaian yang tidak tentu arah. Sangat mencabar keislaman aku (eh eh, tetiba pulak).
Lepas tu kan…
Tak sampai berapa minit kemudian, sebotol Sprite dia dah habis dah. DIa pon bangun dengan terhegeh-hegeh kaki sakit luka tak larat jalan semua, sanggup pergi ke mesin air lagi sekali. Beli minuman bergas lagi sebotol. Minum lagi secara terror. Ya Allah. Tension nya aku tengok!
Awak tu sakit kan? Kan? Jagalah sikit kebersihan. Jaga makan.
Apa akallah saya bukan doktor ke apa. Kalau dia patient saya agaknya, lama dah bagi dia ubat sedozen coca-cola ke apa. Kau minum je lah air berkarbonat banyak-banyak. Kasi badan tu lagi terror. Lepastu tak kau datang je hospital untuk beli Sprite. Eh eh, emosi pulak aku.
Memang pon saya terlebih perasaan semasa menyaksikan orang-orang tua mat saleh neh. Dah lah tak menjaga kebersihan, pakaian tak bermaruah pulak tu. Err. Sudah tua lah bukan? Body pon sudah out of shape, buat apa ditayanglah bukan? Tolong belajar pakai bra semasa keluar dari rumah boleh tak? Jijik ok, jijik. Kalau dahsyat macam Pamela Anderson ke apa, macam tak apa lah jugak. Kau tua okay! Sangat menjijik dan menjelikkan.
Eh eh, aku nak marah apsal?
HAHAHA.
Itulah beza dia orang beriman dengan tidak. Saya tengok, mereka meniti usia tua dalam keadaan yang teruk sekali. Kebersihan yang diabaikan. Muka yang tidak berseri. Hidup yang terabai. Tak ada anak yang tolong hantar pergi hospital (terror tak terror la kan, menggigil-gigil jalan kaki sendiri masuk hospital). Alhamdulillah kita jadi orang Islam. Kita sentiasa jaga kebersihan kita. Bukan hanya sebab ia sebahagian daripada agama, malah kebersihan yang baik, menjana ibadah yang sempurna.
Err. Sebenarnya saya nak komplen saja. Saya tak boleh tahan. Balik dari hospital, buat komplen-komplen dekat husband. Terima kasih sebab dengar.

Dalam prayer room. Tak tahu kenapa snap gambar ni.
Ini multi religious punya prayer room, mind you. Memandangkan sedang berada di tanah bukan Islam, kenalah belajar menjadi fleksibel.

Nando’s
EPISOD DUA :
MASAK ASAM

Gulai asam adalah masakan kegemaran saya sejak kecik. Gemar yang terlalu gemar sampai tak tahu nak cakap macam mana. HAHA. Err. Gulai asam bukanlah asam pedas, untuk perhatian semua. Jangan simpan imaginasi bahawa Chika memasak asam pedas. Ya Allah, mana mungkin. Kau ingat aku terror sangat ke sampai tahap memasak gulai asam pedas ikan tongkol bagai. KAH KAH KAH.

Alhamdulillah. Menjadi. Yahoooooo! Kalau anda ingin tahu sangat (kalau taknak tahu, tak apa. Duduk diam situ) ini adalah masakan pertama yang saya officially masak secara sendiri. Selalunya masak bersama husband atau berdasarkan supervision husband. Kali neh betul-betul memasak sendiri. Husband jadi tukang keluarkan serai dengan asam keping je. HAHA. Pandainya. Err. Ikan yang digunakan adalah mackerel. Sedap sedap sedap.

Macam biasa. Steamed vegetable. Bendi dan broccoli. Husband buat.

Sangat gembira dan banyak syok wo. Husband puji-puji. Dia kata, Nurul masak lagi sedap dari Mak Yang punya gulai asam (makan hati kalau Mak Yang dengar) Saya sangat gembira sakan tapi malas nak tunjuk excited. Buat muka sangat cool padahal dalam hati dan ber-tango ber-salsa bersamba semua sebab kena puji. Err. Bukan husband membodek wife lah, bukan! Memang sedap. Diakui oleh saya sendiri (eh eh kau tak malu apsal?) HAHAHAHA. Akhirnya, Chika telah pandai sikit memasak. Itulah. Siapa suruh engkau pandang rendah dekat aku dulu. Kan kau dah menyesal sekarang. KAH KAH KAH :P
Siapa belum pandai masak, jangan sedih. Pergi kahwin, nanti secara kuasa super entah dari mana tah, anda akan pandai memasak secara magik. Saya pon tak sangka, sekarang saya sangat suka cooking dan sangat rajin ke dapur untuk berdentang dentung.
Err. Tidak dilupakan. Setiap hari akan me-mesin pakaian dan mensidai dan mengangkat jemuran dan melipat, dan mensusunkan pada wardrobe. HAHA. Chika kah tersebut? Ye, akulah tu! HAHA.
Sekarang kena bersiap untuk Zohor kerna akan keluar mencari hijab lagi selepas ini. Hidup bagaikan sebuah syurga apabila anda berkahwin dan bahagia. Dan pandai memsak gulai kegemaran tanpa dikonplen oleh suami. Bahagia betul.
Ok bye.




February 28th, 2009 at 12:53 pm
salam.
oo da dok aussie la ek skrg.
im ur silent reader b4.
i like ur blog.
February 28th, 2009 at 12:55 pm
keh keh…
selamat mencipta resepi baru.. ;P
February 28th, 2009 at 12:59 pm
haha~
congrates!!!
wah terror seyh chika dah pandai masak.
kagum kejap.
ala masak bukannya susah pun kan.
potong tu potong ni.
masok tu masok ni.
(ceycey~ cakap senang la kan. pergi buat skang dieyla!)
ngeeeeee~
mesti happy kan dah masak pastu hasband puji sedap.
aiseyman.
bestnye kawen.
tapi taknak masak.
boleh?
KAHKAHKAH!
yeaa!
bestnye blog ni dah aktuf balik!
;P
February 28th, 2009 at 1:01 pm
huhuhuhu…best try Puan Chika….
February 28th, 2009 at 1:46 pm
waaaaaaaaaa…
pandainyer kawan aku masak gulai asam..
aku pon xreti neh(maknanye kene kawen dulu la kan..kan..)
tahniah cik puan chika..anda berjaya membuktikan,anda terer masak jugak!
ngeri aku bace cite ko..err,dorg mmg pengkotor sket(sket ker??hahah),ayah pon ckp..
February 28th, 2009 at 1:57 pm
knpe snap pic prayer room 2?
ade salib lak 2
chika Reply:
February 28th, 2009 at 4:11 pm
itu multi religious pnya prayer room.
nothing is wrong with it i guess as im staying abroad dear :)
Akak Reply:
March 3rd, 2009 at 12:07 am
Yup, when you’re abroad, you have to be flexible. Rasanya Chika snap that pic just to share her experience. Bila kita di rantau orang, sembahyang bawah tangga, tepi jalan etc. I pray in the cleaners store room. Itu pun Alhamdulillah, ada space :)
February 28th, 2009 at 2:03 pm
yay kak chika sudah pandai masak.maju lagi setapak=P
February 28th, 2009 at 2:15 pm
tu lah bezanye org barat n org timur n 2 lah bezanye org islam n org bukan islam.. :)
wahh cik puan chika pandai masak! ok skunk dh tak berape nk risau dh cz xpandai masak cz nt pas kawen cm chika ckp,ade kuasa magik yg akn wt kite pandai masak kn? so skunk ley bersenang lenang ketidakpandaian masak yg ade dlm diri… :p
February 28th, 2009 at 2:36 pm
Kalau orang johor panggil, ikan masak singgang
February 28th, 2009 at 2:54 pm
akak pun suka gulai ni
sedap ohhh…
chika dah memasak..bagus2..
teruskan usaha gigih tu ye chika
jgn stop..
lepas ni boleh try asam pedas lak
February 28th, 2009 at 3:00 pm
betul..masak mmg senang… ;P
lagi2 masak dengan penuh kasih sayang.. ;)
February 28th, 2009 at 6:52 pm
chika…kat ganu orang panggil masak singgang…hehehe…
February 28th, 2009 at 7:12 pm
chikaaaaaaa dah pndai masak
fuyoooo!!!
i tgk pon, cm best gile je
gulai asam u buattt…
erkkk laparrr
February 28th, 2009 at 7:42 pm
wow wee… 1 progress yg positive pn chika sudah pakra memasak.. lps ni ape plak menunya?
February 28th, 2009 at 7:59 pm
saya dah agak lepas kawen otomatik mesti pandai masak kan chika. tu la sume org keliling da bising saya tak tahu masak. sebab masak megi macam kena hujan.kah kah.. congrate chika, da jadi warga aussie..
February 28th, 2009 at 8:16 pm
salam,
kagum-kagum..sebab chika selalu tulis kat blog x reti masak…dan susah hati bab masak memasak…skrg dah ada kemajuan lepas ni bole la buka restoren masakan melayu kat brisbane..hehehe…wehoooooo
February 28th, 2009 at 8:29 pm
kalu kat melaka kuah kuning tue tak panggil gulai asam.. dia di panggil masak pindang….
aizar Reply:
March 1st, 2009 at 2:58 am
yer..btol tuh..ibu sy pon panggil camtuh!
cik ara Reply:
March 1st, 2009 at 11:18 am
sebb kan melaka kalau cakap gulai asam je mesti yang asam pedas tue..
February 28th, 2009 at 8:41 pm
owh bahagianya kakak tgk chika bahagia dan dah pandai masak secara magic..hehe
February 28th, 2009 at 11:03 pm
wah.. nanti kalau mak suh balaja masak.. saffa bgtw ‘Mak, Chika kata lepas kawin automatik akan jadi pandai memasak’.. hehe..
Chika.. duk kat sana.. memang tak ada kerja ker?
February 28th, 2009 at 11:07 pm
lepasni akak masak yang lagi mencabar, ijat menyokong dari belakang 100%..huhuhu
March 1st, 2009 at 3:16 am
Seronok je baca cerita2 awak sejak di Brisbane ni. Kat tempat saya ni, takde pun prayer room di hospital. Jadi kitorang memang manfaatkan je la mana2 ruang yang ada untuk solat ke apa. Buat macam rumah sendiri je la. Huhu.
p/s: Lepas ni apa la pulak awak masa ye Chika :)
March 1st, 2009 at 7:38 am
Tahniah anda dah pandai masak…..
Nanti blajar lak buat cookies ke….. mesti comei cookies tue…………….hehe.. :D
March 1st, 2009 at 8:51 am
ala…kak nurul…basuh guna tangan laa…
baru nampak thriller sket hubby akak tgk…kcian bini dia…kehkehkeh…
but i guess…kat sana sejuk kan..hahaha
takpe2…
nampak cam sedap je…leh la buat gulai len lak…gulai kangaroo kah..kih2..
senyum2 always~~ :)
March 1st, 2009 at 11:07 am
wargh.. kekaguman tersangat kepada cik puan chika nih.. hehehe.
anda berjaya menjadi isteri solehah nampaknye..
tapi cam terkezut gak la kat prayer room tu ade salib.
anyway, semoga lebih berbahagia di mase akan datang ye..
gud luck chika…
March 1st, 2009 at 5:38 pm
betul2. tekejut gak prayer ro0m tu ade salib.. x pnah terpk ade multireligious prayer ro0m.. hehe..
cik puan chika..x nak share ke recipe masak asam tersebut?
March 1st, 2009 at 10:02 pm
multireligious prayer room.
sbb deme mane gemar blik kosong2 ni.
hehe.. salib itu adelah kepentingan mereka kan..
ah.haizum
ku suka tudung mu itu.. aku tau kau beli semua di sana..
hadiahkan la aku dan ayza 10-20 helai.. hahahahh.. xdelah.. but seriously cantik..
tp.. mungkin tidak ngam utk muka saya.
saya bangga dengan kwan saya.. skang die da pandai masak.. yay.. nanti bile ktorang ke sane.. dptlah merase.. hohohoho..
p/s: nak resepi makaroni x? er.. tp da dok Oz.. mungkin pasta boringlah kan.. hehehe :)
March 2nd, 2009 at 1:17 am
Salam.. pn.chika , sy biasa bace jek blog anda so alang2 kepalang ni cam terliur pulak ikan masak ape tu? boleh kongsi resepi :D almaklumlah sy pn yang ala2 baru pn la hihi..
March 2nd, 2009 at 2:12 am
haha bgosla bgtu, i mean dh kawen je trus pndai msk dentangdentungtalikecapi..er…?
mmbuatkan patik sgt xsbr utk ke pelamin jgk, ratu sebulan :D
eh, ur cik abg doktor kah?
March 2nd, 2009 at 1:03 pm
owh. gulai asam tu masak singgang lah kan?
husband i org ganu. org ganu sgt suka masak singgang. sonang jo. huu
neway, dah kawen mmg kena selalu masak. tak best, kan? hahaha
March 2nd, 2009 at 2:53 pm
singang?
johor ckp singgang ke?
rasanya pantai timo yg ckp singang..
johor ckp.. pindang.
xtau kalo johor belah Rjuna panggil camtu.
haha.
March 2nd, 2009 at 4:05 pm
oooohhh…mmg itu lah perbezaan orng beriman dan tidak…
syukur alhamdulilah pada ALLAH sebab kite dilahirkan ISLAM..allah maha besar…
March 2nd, 2009 at 10:54 pm
Wow..now u cook! :P
Wonder what’s next? :D
March 3rd, 2009 at 10:34 pm
salam chika.
apa kabar anda di perantauan? sehat?.
hehehe..great entry.
btw, nando’s sane halal ke?
August 28th, 2009 at 11:31 pm
Chika, akak suka gaya penceritaan awak. Baru jumpa blog awak hr ni. terus merayap2 baca sbb suka tgk awak.
Cerita2 cinta bullet awak dan awal2 perkahwinan awak tu buat akak teringat cerita akak. ada sedikit persamaan.Akak lagi laju lah tp…kenal sebulan tunang. Tunang 2 minggu nikah. then ikut hubby gi germany. Dr tak pandai masak langsung…dah jadi pandai…
Skrg dah beranak 2..hehe cerita 4 thn yg lalu. Happy tgk korang berdua….sweet sgt.
Moga bahagia selalu…
chika Reply:
August 28th, 2009 at 11:44 pm
alahai. terima kasih akak :)
same goes to you.
semoga happy bersama your family.
insyaallah :)