Live from Brisbane Darul Panas
Assalamualaikum (tak jawap dosa)
Apa khabar anda semua? Saya sihat dan baik sahaja tidak terhingga. HAHA. Semuanya menggembirakan di bumi Kangaroo ini (padahal belum pernah nampak seekor pon kangaroo walaupon sudah 10 hari di sini) Masakan boleh terlanggar bahu dengan kangaroo sedangkan saya belum ke zoo. HAHA. Aktiviti di sini sangat terhad iaitu tidak lebih daripada membeli-belah, mengemas rumah, memasak dan berkasih sayang (Ya Allah, sayangnya dekat suami sendiri).
Malam ini saya kesunyian (eceh). Sudah dua malam saya berseorangan di dalam rumah dua tingkat berwarna putih bersih yang cantik dan memiliki kitchen yang sangat hyperactive (tak percaya tak apa). Di manakah suami? Husband saya pergi tidur dekat hospital. Ada rumah yang selesa dan mendamaikan pon masih nak tidur dekat hospital. HAHA. Err. Jangan memfitnah suami sendiri, berdosa besar. Sebenarnya husband pergi kerja shift malam (bosan betullah. I suruh jangan kerja, degil nak kerja jugak). Ya Allah. Isteri apakah ni tak suka suami pergi kerja? Bawak mengucap skang!
Comel betul husband pergi kerja pakai baju tidur (gulp) Fitnah lagi. KAH KAH KAH. Bukan baju tidurlah, bukan! Apa aku merepek ni takde keje lain ke? Pergi masak skang. Bosan betullah hidup ini tanpa suami di sisi ewaaahhh! Dahlah tak pernah nampak bayang jiran sebelah kiri. Jiran sebelah kanan pulak baru jumpa dua kali. Nak ajak bersembang apatah lagi. Jiran sebelah kan, dia ada trampoline. (eh eh tetiba pulak) Saya pujuk husband mintak satu trampoline husband senyum je. Sambil telan air liur kut. Eh eh. Sedang mengadu ke apa neh? HAHAHAHAHAHAHA.
Sudah jam 12.35 waktu di sini. Sepatutnya sudah tidur tapi sedang histeria atau melepaskan ketagihan internet yang membuak-buak. Thanks dekat husband saya sebab berusaha bersungguh-sungguh setup connection sebelum pergi kerja tadi. One week kami apply wireless, tapi tak activate langsung. Sampai husband saya tension. Saya pon tension sekaki. Lepastu secara kuasa supernya, berjaya juga pada malam yang penuh barakah ini (?)
Sayang, I am sorry sebab tercabutkan plug modem. Lepastu diam macam tak bersalah. Padahal dalam hati macam takut-takut sikit. HAHA. Terlalu takut sampai terus pergi solat Isyaq. KAH KAH KAH. Takut you suruh i makan modem ke apa ke. Eh mana mungkin. You husband paling lemah lembut dalam dunia. Mana mungkin nak tengking I sebab modem yang tak berdosa. Bukan kah? HAHA
Err. Banyak sangat nak dicerita sampai tak tahu nak cerita apa dah. HAHA. Saya akan menceritakan penceritaan secara random mengikut apa yang terlintas dalam kepala saya yang bercahaya rainbow ini. Tahukah cahaya rainbow tu apa? Maksud saya, yang sangat colorful dan gembira sakan. Anyway. Ais krim paddle pop pelangi adalah HALAL di sini dan saya sangat gembira (lagi sekali, buat cerita secara tiba-tiba). Dan penemuan tersebut telah mencatatkan, bahawa Underwood adalah sebuah kawasan di Brisbane yang terpaling cemerlang untuk umat Islam yang dikasihani.
Kenapakah saya beranggapan bahawa Underwood adalah sebuah tempat yang cemerlang?
- Tempat pertama saya berjumpa paddle pop pelangi dengan tulisan “Halal Gelatine” di sini.
- Ada kedai menjual hijab. Lantas saya dan suami telah bergegas ke sana untuk mendapatkan long scarf (atau tudung panjang) floral patent yang cantik-cantik. Dan yang penting, ia murah sampai kami tak percaya. Saya pon jadi mendadak jakun sebab dapat beli dua long scarfs bersama sehelai anak tudung dengan harga $16. Betul-betul menjakunkan.Okay, jangan jakun sangat. Sebenarnya ia on 50% sales. Okay. Macam tak penting sangat cerita pasal tudung murah.
- Ada Malaysian Restaurant tapi bukan halal pon. HAHA. Tapi boleh bangga-bangga dan mengubat rindu pada tanah air sendiri bila terbaca signboard restaurant tersebut. Padahal tak penting sangat. Sebab itu kedai Buddha lah hayyoh.
- Ada dua restoren HALAL. Di mana kami boleh mendapatkan chicken chop atau steak atau lamb atau apa sahaja daging secara halal. Makan tanpa was-was. Ooop ooop! Daging khinzir halal memang tak ada. Jangan tanya.
- Terdapat HALAL BUTCHER yahooooooo! Seminggu lamanya saya sengsara tak dapat menjamah daging ayam. KFC apatah lagi, jangan harap. Ayam tak sembelih berhukum haram. Ya Allah. Betul-betul menguji keimanan. Nasib baik, saya sentiasa alim dalam bab makan. HAHAHAHA. Dengan adanya Halal Butcher dekat Underwood (yang terpaling dekat dengan kediaman kami), maka dapatlah si suami memenuhi keinginan isteri yang nak makan benda merepek seperti ayam goreng kunyit dengan kicap kipas udang. Malangnya, kicap kipas udang tak ditemui sehingga kini. Kami pon sepakat membeli kicap ABC made in Indonesia sahaja. Ya Allah. Frust betul. HAHA
Baiklah. Saya dah terlalu penat. Menjadi seorang isteri bergelar surirumahtangga sepenuh masa memang penat jugak. Walaupon tak pasti sangat apakah dia kepenatan tersebut, tapi diakui memang penat. Kalau mengadu dekat emak, mesti emak akan bertanya “Buat apa je sampai penat sangat?” Nampak sangat Chika suka nak over. HAHAHAHAHA. Hep! Ni betul-betul penat tahu. Dah lah asyik mengemas kitchen. Maklumlah, kitchen merupakan area terpaling aktif dalam rumah ni. KAH KAH KAH. Dan kitchen lah yang kelihatan paling menarik selain mengintai halaman jiran yang ada trampoline (okay, I gurau je)
Saya tak sabar nak tunggu esok pagi suami pulang ke pangkuan isteri (ayat apa nih???? Tolong jangan buat lagi boleh?) Saya bosan betul bila suami pergi kerja. Saya harap suami saya akan bekerja seminggu sekali sahaja tapi mana mungkin. HAHA. Setiap hari, hobi saya adalah menunggu suami pulang ke rumah. Kalau suami di rumah, hobi saya ialah mengajukan soalan beraneka jenis. HAHA. Baru dia tahu, macam mana susahnya melayan seorang isteri yang talkative.
Saya harap, husband saya akan pulang on time tanpa ada penangguhan ke apa. HAHA. Oyya, pagi tadi. Saya telah membuka pintu untuk menyambut kepulangan husband dengan sebuah kejutan dalam bentuk bunga-bungaan. HAHA. Macam biasa. Perempuan dapat bunga tak ada beza sangat dengan kera dapat bunga. Apakah? Saya bergurau. Saya sangat excited sampai tak tahu nak buat apa dengan lily yang gila cantek menawan. Kalau anda nak mengorat girlfriend anda atau nak ajak dia bertunang cepat-cepat, bolehlah bagi lily cantek macam ni. Confirm hati kekasih akan cair. HAHA. Nasib baik husband saya belikan flowers, kalau tak mesti ada perempuan histeria kejap in the morning sebab suami lambat 1 jam. HAHAHAHAHAHAHAA.


Rumah kami nampak berseri sikit dengan adanya sepasu (padahal bukan pasu) bunga segar. Husband saya sangat pandai. Dia masukkan bunga dalam campuran air Sprite dengan air paip. Tak tahu apa natijahnya tapi dia kata akan membekalkan keperluan kepada bunga. Saya percaya je sebab dia pandai. HAHAHA.
Dah lah pandai beli bunga dan masukkan dalam air Sprite, memandai-mandai tanam pokok bawang depan pintu masuk pulak tu. KAH KAH KAH. Comel betul. Kalau pokok tersebut hidup segar, kita bukak pasar tani lah okek. I jadik cashier. You boleh shout “Daun bawang daun bawang! Murah murah!”. Lepastu you tak payah pergi hospital dah pada waktu malam. Tapi I gembira you kerja malam sebab next week you tak kerja siang malam langsung. Hooooray! Kita makan angin minum angin juga!
Bersambung.




February 25th, 2009 at 12:12 am
oh xcitedddddddddd u dah update
kahkahkah.. gile lame tunggu
chika Reply:
February 25th, 2009 at 7:02 am
i pon excited sbb dapat jumpa blog sendiri. HAHA
February 25th, 2009 at 12:12 am
chika, ai rindu gila nak mati tak de entri baru
akhirnya~ahahah
cepat2 hapdet lagi ok,ahaha
chika Reply:
February 25th, 2009 at 7:03 am
Alamak, terharu.
February 25th, 2009 at 12:13 am
tiba2 tergamam nampak entri chika kat google reader. terketar2 okeh. hahaha
patutlah lambat muncul, ada masalah dengan connection rupanya. bagus lah kalau dah boleh guna. update laju2 ye pasni =D
cantiknya bunga tu. pink =)
chika Reply:
February 25th, 2009 at 7:03 am
terketar-ketar. KAH KAH KAH :P
sedang ghairah sangat ni dengan blog :P
February 25th, 2009 at 12:13 am
setelah lebih seminggu menunggu,akhirnya.. :P
tak seram ke duk rumah sorang2 waktu malam chika? Hiiii hiiii hiiii.
chika Reply:
February 25th, 2009 at 7:04 am
husband saya cakap ; jangan bimbang, hantu sini handsome.
jadi saya tak takut sangat. HAHA
cik ara Reply:
February 25th, 2009 at 9:33 am
hahahahah hensem eh hantu2 kat sana?? kim salam ek..
p/s nasib baik u update kalu tak memang cik ara akan mengulang membaca entry2 u yang lepas2 sampai ke entry yang pertama..kkekekke… lepas tu mesti leh uat review kat blog sendiri pasal blog chika yang berhantu dan mendadah2kan orang..kakaka
February 25th, 2009 at 12:17 am
hehe.. akhirnya dapat juga aku membaca cerita baru mu..
silalah jadi isteri solehah.. (er.. nasihat apakah ini? aku sendiri belom kawin)
sonok gak baca citer chika kat sane..
nanti nak datang la.. (mana mungkin)
February 25th, 2009 at 12:22 am
:)
February 25th, 2009 at 12:25 am
bahagia betul… jelesh aku.. aiya.. bile bleh bergurau senda ngan seorg isteri neh.. aih…
February 25th, 2009 at 12:26 am
saye rindu kakak chika saye !
:)
February 25th, 2009 at 12:26 am
omg!! how sweet my chika!! hahaha
i dpt rasa bunga2 cinta brisbane ni :p
ngeee
kesian laaaa u dok melangut tunggu hubby u. takpe2,dia pergi mencari rezeki (ayat utk sedapkan hati chika.hahaa)
omg!! lily tu sgt2 cantek!!
seriusly chika! hee
kaler sgt striking!!
i jeles la u dpt jalan2 negara org :(
tangkap gambar kangaroo ok! :p
February 25th, 2009 at 12:26 am
ahhh..baguslah kehidupan kamu bagus.. alhamdulillah. tp still tidak mengurangkan kengerian aku utk menikah.
hmm. kawan2 merindui kamu. oh jgn risau, aku tidak.
February 25th, 2009 at 12:26 am
wahh… 1st updet dr sane..
kuatkn iman ye chika..
klo nk mkn kfc,bitau i..
i tlg mknkn bg pihak u~~ ;)
February 25th, 2009 at 12:26 am
hehe
yeay~
puan chika is backk
i missssss u
February 25th, 2009 at 12:27 am
ehh eh..
tmpat kitchen paling hyperactive?
sounds good/.
mintak recipe potato chips leh tak?
HAHHAHHA
February 25th, 2009 at 12:27 am
salam nurul…akhirnya ada jugak berita terbaru yek? baca je pun dah rasa seronok ni…huhuhu…act, dpt mesej kat phone tadi dari nurul kan? pasal blog nurul updated terus2 melompat dari bilik ke bilik mak nak tengok blog nurul…tahniah2…sebab berblog semula…
p/s: jadi surirumahtangga cam nurl pun ok pe kan? rerajin la g blog baru akak eh? hidayahitupetunjuk.blogspot.com
February 25th, 2009 at 12:28 am
adoii
pecah perot bace
aiyoo..
terubat rendu kat chika..
sila update 5minit skali eh
blas dendam
kahkahkah
yonnaism Reply:
February 25th, 2009 at 12:31 am
i setuju!!! hahaha
nieja Reply:
February 25th, 2009 at 12:59 am
bagus yonna sebab mnyokong hahaha
February 25th, 2009 at 12:31 am
hhohooh.. akhirnye.. kamu update.. terubat dirindu dihati.. hahaha..
jom iklan sat….
*aku merindui mu ting tong..*
welcome back2..
February 25th, 2009 at 12:34 am
chentek bunga~
ok..akhirnya, ko update jugak~!
mane gmbr honeymoon bsame suami terchenta?
hehe~
February 25th, 2009 at 12:35 am
yess!!
ade post baru!! hehehe.. (giler)
aku dah addict la dgn tulisan2 yang mewakili hati kau berbicara ni chika..
seriously, sehari aku usha 2 kali 2 make sure aku x terlepas ape2 post pun!
hehehe..
well, tumpang seronok sebenarnya..
ajak la husband post ‘sesuatu’ kat blog ni skali..
hehehe..
February 25th, 2009 at 1:06 am
kicap abc sedap weyyy
nikmatilahhh
February 25th, 2009 at 1:23 am
Ya Allah Chika. Rindunya kat awak. Teruja tengok ada update hari ni. Hidup baik2 kat sana ye. Serius happy je baca cerita awak ni. Kisah 1 dalam 1000 kot. ;)
February 25th, 2009 at 2:22 am
yeay! chika sudah update!;))
February 25th, 2009 at 2:25 am
Chika nak makan kfc ek??Pegi Indoroopilly Shopping Centre.KFC sana halal.heheheheh.
February 25th, 2009 at 2:35 am
akak tumpang gelak melihat orang yang ketagih n3 terbaru awk..
eh..orang tue tak termasuk akak ke?hahahaaa
February 25th, 2009 at 2:56 am
wah, chika update akhirnya..chika, i wonder la your hyperactive kitchen tu. Tertanya-tanya saya bagaimanakah rupanya (hint untuk minta chika letak gambar kitchen kat blog.heheheh)
February 25th, 2009 at 5:50 am
entry masih merepek. x kira single atau tidak…. hahhaa
February 25th, 2009 at 7:07 am
Wah hang npk berseri2 bagai bunga matahari..
Pastu ada bintang2 kat kepala, mcm ape tah.
Wei chika kami :
Nak tgk picture kawin hang chika..
Nak tgk rumah hang.
Nak tgk jiran hang.
Nak tgk..
Nak tgk…
Nak tgkk…
=)
February 25th, 2009 at 8:09 am
heheh baru je nk tanye kot laaa kat sane takde line tenet. ade pon akhirnye hehhe
aouwwwww sangat laaa tersuke2 dgn bunga itu *sambil cabot kelopak satu2 sbb dengki* hahahahha
February 25th, 2009 at 8:22 am
ahahaa… excited tul ahahaa…. anyway.. thnx 4 da goodies (xsampai kat tangan lgpon, stil kat faiz kot ehehehee)
February 25th, 2009 at 8:42 am
yeay…
kt sini pon makan kicap ABC gak..
hihi…
baru pas selamat dinner nasi + kicap…
oh kt sana masih panas yea..
selamat berpanas..
hik hik
February 25th, 2009 at 8:52 am
w0ho0o.. syi0knye k.chika… terselah kehappyanmu.. ahahaha~
February 25th, 2009 at 8:58 am
hayoh..banyak nyer komen..tersenyum2 aku bace neh…mood bahagia chika sampai ke sini okeh. teruskan berbahagia okeh.
February 25th, 2009 at 9:21 am
wei chika…
laki kau takde ke kawan2 yg solo?
warghkahkahkahakhah…
p/s: jgnkan kau, aku yg first time tgk laki kau pon jato centa kau tau.. hahaha… oke bye.
February 25th, 2009 at 9:35 am
awk..bestnya..
happy je dgr cite awk..
bahagia-bahagia selalu ya..
-amin-
February 25th, 2009 at 9:37 am
ya ampunnn… hepi banget ni…
tahniah aku ucapkan.
p/s: kanggaru bukan kat bahagian tengah australia ker? perlu ker dia letak zoo… hehehe
February 25th, 2009 at 9:38 am
salam. hye pngantin baru =)
wahhh at last update jgk blog chika ni..
sori yek xdtg majlis aritu. apepun tahniah. jgn lupe update gamba kawen aritu yek.
have a nice day chika :)
February 25th, 2009 at 9:56 am
hi nurul!
gile lame tak update..mati kerinduan kitorg kat u tau.. hehe.. so lepas ni my turn la plak kan? ohoo..tak sabar rasanye.. so korg balil bile plak bln 9 ni? manela tau kot kalau sempat datang time kitorg punye majlis.. lepas ni i boleh buli u cukup2 plak.. penat tau i haritu..sampai 2 hari pensan..samela dgn en hasrul..hehe..
we miss u.. update la lagi.. how about ur pictures sejak dah kawen ni..n then gambar kitchen, living room, laman umah.. hahah.. take care dear.. hope to see u soon!
February 25th, 2009 at 10:15 am
pergghhh…
baru update yek..
sawan je menunggu u hapdet ni chika..
mujur dah hapdet..
kalo x kompem dah berbuih mulut dah ni…
nak lagi!!
February 25th, 2009 at 10:19 am
chika…tup2 kawen tup2 tinggal mesia..sume kejutan betoi la..
giler bahgia ek org ya da kawen ni..tetiba teruja skali. toreh2 kalendar. kekekekekee
February 25th, 2009 at 10:24 am
finally update jugak.
nampak gembira anda di sana.
bagus.
February 25th, 2009 at 10:39 am
wehhhhhhhhhhhhhh..
alahai rindu giler kat ko!!!
aku online dr lab comp uitm neh..seb dpt bace gak!!
sukenyer ko dah online..hoyeh..hoyeh..miss u very the much!!
see u on friday my dear!
take care!
byk benda aku nak borak neh..
uwaaaaaaaaaaaaa…
sgt cantek lily kaler pink..giler comel!!
February 25th, 2009 at 10:45 am
giler lama tunggu chika update..akhirnya….dpt gak bc entri chika…hepi jer chika kt sana kan..best! best!best!
February 25th, 2009 at 11:11 am
Chikaaaaa….Welcome back!
February 25th, 2009 at 11:36 am
wah…
akhir nye cik puan chika kite sudah kembali..
welcome back..
siyes rindu gile nk bc crite tbaru chika..
bhgie nye idup die d sana…
hepi je..
moga hari2 chika akan lalui dgn pnuh kecintaan..
hee…
February 25th, 2009 at 11:40 am
Betul Ke Laki Ko Malam Pegi Kerje.. Entah2 Pi Umah… Jeng jeng Jeng…Kehkehek..
February 25th, 2009 at 11:44 am
bestnya dapat duduk disisi suami..sy bulan 5 nanti baru sy berpeluang duduk disisi suami,skg sedang pjj lagi hehhehe gd luck chika…
February 25th, 2009 at 11:53 am
eeemmm orang tu seronok sangat dapat update blog dia…
February 25th, 2009 at 12:13 pm
slm chika,
slm kenal ;) akak baru bc blog ni.nway,suke cara penulisan chika.tahniah! ;)
oh ya,selamat berbulan madu..moga hepi sentiasa..
oh ya,pasal kicap tu,akak sekarang kat warrnambool,melbourne.mmg mencari bermati-matian utk jumpa kicap kipas udang.akhirnye jumpa jugak kat kedai india.chika cari la kat kedai2 india.sesetengah kedai india kat sana myb ade jual.kicap abc akak tak leh nak telan.tak besh langsung..huhuh
February 25th, 2009 at 12:28 pm
Selamat memasak..
Selamat mencuba resepi baru (paksa suami makan walaupun masakan tak menjadi… :)
Selamat membasuh..
Selamat melipat baju…
Selamat scrub bilik air…
Selamat mengendap jiran…
Jadi suri rumah boleh menjadikan anda cleanaholic.
Oh ya, selamat bersiap-siap, bercantik-cantik menyambut kepulangan suami pulang dari kerja..heheh!
February 25th, 2009 at 12:50 pm
waalaikumussalam..
panjang citer.. tp pendek sket dr yg dulu2..
wat la panjang sket..hak3
February 25th, 2009 at 1:08 pm
hepynye tgk kak nurul.
bagus2.
nanti doakanla saya dapat smp ke sana
bley la saya melawat kak nurul.
hehehe…
teringin g sana tgk kapal2.(apakah?)hehe..
teringat cite2 ingin menjadi seorang naval architect satu ketika dahulu…
umah kak nurul tepi laut ker??
February 25th, 2009 at 2:23 pm
wahh update gak chika. lama nih menunggu. huhu.
kicap abc tu memana pun ada ke? sbb kt jpn ni pun ada.. cuma x pnh rs nk beli. hehe.
sangat bahgia nampak cik puan chika.=)
February 25th, 2009 at 3:27 pm
im happy for you dik…..tp cian ek…malam2 kena tido sorang2…
itu lah ujian seorang isteri… byk kan bersabar yea dik…
:))
February 25th, 2009 at 4:20 pm
wah sangat seronok hidup chika sekarang.. lebih terisi dengan perkara-perkara baru yang memaniskan hidup. semoga berkekalan kebahagiaan yang sedang dinikmati ni yer dik..
February 25th, 2009 at 4:33 pm
Humang aiiii… rasa mcm ntah apa-apa tiap kali bukak blog ni tapi tak de cerita baru… tapi akhirnya puan Chika dah kembali… huhu… apalah blog tanpa nurulism.com…
mula-mula sekali, nak mintak maaf sebab tak dpt hadirkan diri masa kenduri hari tu… serius memang nak pergi sampai siap beli sehelai kemeja batik kaler ijau sebab nakpenuhi tema (konon-kononyalah kann)… tapi… apa nak buat, dah tak de rezeki saya nak makan nasik kat umah chika… apa-apa pun dri blog-blog blogers lain yg tulis entri pasal kenduri tu, nampak sgt kenduri chika memang meriah… saya cemburu ok pd diorg yg lepas pergi… tapi tak pe…
ok.. tumpang gembira atas kegembiraan chika kat sana… jaga diri elok-elok ya… jaga suami elok-elok juga… semoga rumahtangga chika dan suami sentiasa di rahmati…
oh ya!! di samping bercucuk tanam menanam bawang, apa kata kalau mula belajar memelihara kanggaru di bahagian belakang rumah… heheh – nanti boleh buat kanggaru masak kicap ABC made in indonesia… he…
February 25th, 2009 at 4:49 pm
Lupa nak tanya dalam earlier comment. Buat julung kalinya gambar yang agak cantik dalam blog Chika. Errr…. camera suami kah? :)
p/s: Jauh di perantauan masih boleh tgk Malaysian TV. Sometimes, when I’m abroad, I layan jugak TV3 online kalau boring2 tu.
February 25th, 2009 at 5:28 pm
at last kak chika update jugak!!yey!
February 25th, 2009 at 7:39 pm
uniknya kisah cinta korang ni…
best giler. macam citer dalam drama2 novel2 plak.
nway, wish u selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.
tak terlambat lagi nk wish kan?
masih baru-baru, wangi-wangi lagi kan kan…
February 25th, 2009 at 10:09 pm
weh..
rindu gle kat ko!!hahahahah..
kem slm kangaroo~~
February 25th, 2009 at 10:47 pm
wah..gile romantikus suamimu.
mana kah bunga2 utk ku ..er..kalo aku ade suamilah.. ahahahaahahha..
haizum..
ktorang gle2 rindu kat ko weh..
rase mcm boring je xde ko kat mesia ni..
ko tau.
walaopon aku jarang jumpe ko..
tp aku tau ko dekat.
wani so suwit!
I wish u a happy marriage till the death. er.. ayat mcm x best langsung bahasa inggeris nih..
saya harap anda akan kekal sehingga ke akhir hayat.. ha.. :D. bile ktorang bleh dtg neh.. hahahahaha
haha..biase ni..da dkt xhendak..
da jauh dirindu2..aceh..ayat nak gedik je.. hahahaha..
February 25th, 2009 at 11:06 pm
oh.. hijab kat australia semuanya cantik-cantik belaka. beli banyak2.
February 25th, 2009 at 11:33 pm
chikkkaaa…rindu sama kamu….h0h0h0.comel giler gi dapur nak intai jiran sebelah ada tramp0line.haha.lily tu cantik!
February 26th, 2009 at 12:11 am
huhu..seronoknyer kan!huhu..duk rumah baik2 tau..don’t talk to strangers..hehe
February 26th, 2009 at 3:03 am
wah2.. da lama tak update.. aku igt kan dah lama tertinggal..
selamat menjalani hidup baru kat sana..
pasni boleh rajin2 update kan?
February 26th, 2009 at 12:47 pm
oh.. hubby chika doctor ye… hehehhe… apa yg chika masak di kitchen yg hyperactive tu? hehehhee… tempek ler piccas…. nk nengok… heeeeeee…. (buat2 muka x malu nk ngk piccas org)