Selamat Pengantin Baru HAHA

Boring betullah main kemas-kemas. Main kecah-kecah seronok pulak tu.

Oop oop!

Sebelum meredah entry, kasilah mukadimah ke salam ke apa dulu. Assalamualaikum (pandainya bagi salam dekat tengah-tengah) Sehatkah semua? Pasti sehatlah bukan? Kalau takda kesihatan pon, sekurang-kurangnya kena bersyukur sebab pasti lebih sehatlah daripada saya (Bukan aku sehat kah? Tadi yang terkinja-kinja main kungfu fighting dengan Haizat tu siapakah?)

Berat betul hati nak bercuti blog. Ececeh. Dulu berkobar-kobar mintak cuti. Sekarang terhegeh-hegeh sorong entry takda henti. Kelentong betul. Err. Bukan mudah mengharungi hari-hari yang mencabar tanpa merakamnya ke dalam ayat-ayat blog. Eceh. Justeru itu, mengambil kesempatan (walaupon tak menyempat sangat) untuk memblog di waktu senggang. (Perkataan hebat-hebat betul malam neh. Ambik hati Cikgu Tatabahasa) Tapi lepas kahwin ni nanti, memang confirm sangat saya tak akan memblog selama lebih kurang 2 atau 3 minggu.

Kejaplah. Berlari setempat. Macam bosan pulak dah.

.

.

.

Huyyo huyyooo. Semua orang macam tengah mempecah kepala berdarah hati dan sebagainya berbincang tentang majlis. Saya? Sedang mempecah kepala menghentak keyboard demi sebuah blog yang tak berapa banyak dosa. KAH KAH KAH. Err. Aku sudah malas hendak berhempas-pulas.

Tadi siang kawan emak datang membawa cadangan-cadangan untuk hiasan meja etc. Siapa pedulik kah? HAHAHAHAHA. Tengoklah. Sudah sangat malas berfikir si Chika neh. Last minute dah pon. Buat apa mempecahkan kepala lah bukan? Nanti naik pelamin kepala pecah buat apa? KAH KAH KAH. Ngeri ngeri.

Sedap betullah lauk masak asam ikan kembung yang dimasak oleh Mak Yang. Eh eh. Tetiba tergelincir topik. Tapi tak apa. Semua orang tahu sangat. Kalau dimasaklah lauk tersebut, sehari 24 jam ke dapur mencarik nasiklah aku. HAHA. Sama lah macam hari neh. Takda benda lain dah dalam kepala selain lauk masak asam tersebut bersama nasik. Ya Allah. Nikmatnya mentelan nasik. Bawak mengucap bawak mengucap.

Mak Tok cakap ; Belajar masak lauk yang satu ni pon cukup dah. Sebab lauk favorite kamu. Nanti bila-bila rasa teringin, senang.

Hati pon tiba-tiba menyampok tak bagi salam ; Kalau teringin, calling Mak Yang lah apa lagik.

KAH KAH KAH.

Err.

Ada ketika, berasa excited betul nak pergi berkahwin. Sebab kenapa excited :

  1. Ada teman sepanjang masa. Takda dibiar sendirian lagi (pergi kerja tak dikira sebab itu tanggungjawap. Kalau tak pergi kerja langsung sebab nak teman bini alasan dia, menjawap la dekat akhirat kelak. Eh eh. Why so serious. Cool down cool down hayyoh)
  2. Kehidupan baru yang luarbiasa. Sudah bosan juga setiap hari hanya menulis blog, approve comment pembaca dan reply comment anda. Kerja paling berat yang dibuat ialah bangun pagi tersepet-sepet hantar Adek ke sekolah. Lepastu kembali ke rumah dan menganggur tak tentu pasal. Sudah kahwin, akan mengubah arah tuju kehidupan kepada satu fokus yang lebih serius. Maksud dia, hidup sudah officially serious lah. Eh eh. Nampak sangat sebelum neh hidup tak serius. Hidup acah-acah ke apa? HAHA.
  3. Boleh pakai status MARRIED buat pertama kalinya dekat Friendster dan FB. (Myspace boleh keluar skang!) Saya serius ehem. Agak tak sabar-sabar nak cuba pakai status MARRIED tersebut. Comel betul. Bukan comel ke?
  4. Akan menggosokkan kemeja lelaki yahooooooo. (sewel ke apa nih?) Berasa seperti Wanita Sebenar bila menggosok pakaian lelaki dan mensidai pakaian lelaki dan membuka wardrobe yang bercampur aduk dengan T-Shirt lelaki. Apa ni apa ni? Chika, talk to the hand!
  5. Boleh pergi dating hujung minggu menyaksikan merpati putih memakan bijirin dan gandum segar. Ya Tuhanku. Imaginasi sukar dikawal. Serius serius. Hujung minggu boleh pergi dating ke mana-mana sahaja dan emak tidak akan runsing menanti di rumah.
  6. Akan membeli sayur bayam, lobak merah, bunga cengkih, daun bawang, ajinomoto dan mentega pada hujung minggu dari supermarket berdekatan (berjauhan pon okay jugak sebab jauh perjalanan luas pemandangan) Ya Allah. Berangan ke perasan neh? Masalah dia, akan wujudkah situasi membeli daun cengkih, sayur bayam dan sebagainya? Bukan hujung minggu pergi restoren men-tapao makanan kah? HAHAHAHAHAHAHA. (Sabar Sayang sabar. Bernafas, bernafas)
  7. Setiap hari akan menguruskan hal ehwal rumah. Jadi akan ada alasan untuk buat-buat sebok dan boleh letak sign NO ENTRY dekat YM tanpa rasa bersalah. Bila rakan buzz, boleh lah berlagak secara ; Aku tengah hiris bawang besar neh sambil menangis nak masuk 3 tempayan air mata dah. Cewahhh. Macam rajin betul.
  8. Boleh pakai status PUAN. Sama taraf dah dengan cikgu sekolah saya. Jadi cikgu sekolah tak boleh pandang rendah bila saya datang ke sekolah untuk … (okay tak ada sebab nak pergi ke sekolah) Dan status PUAN tersebut akan membuatkan saya nampak lebih maju dari rakan-rakan. Walaupon rakan-rakan akan mendapatkan title Ar atau Dr atau Ir kelak, takda peduli sangat. KAH KAH KAH. Motif?
  9. Bila sudah ada rezeki, akan memiliki mata bercahaya terang padahal tak payah titis Eye-mo. KAH KAH KAH. Artistik pulak aku tengok ayat neh. Simpan dalam hati.
  10. Boleh ada rumah sendiri dan berkuasa untuk berbuat apa-apa ke atas rumah tersebut. Maksud saudari? Memusnahkan rumah? Musnahkan rumah itu bukan kerja seorang isteri. Itu kerja dinosaur pemakan daging dan batu bata. Aik? Pulak dah.

Come on come on! Kita tulis kenapa tak berapa nak best pulak berkahwin.

  1. Tak ada boleh duduk bersama keluarga lagi.
  2. Tak boleh mengadu-ngadu dengan emak nanti suami sentap (eececeh)
  3. Bila suami bekerja, akan terbosan-bosan sendirian. By the time mulalah ajak dinding bersembang.
  4. Tak boleh main mata dengan lelaki lain nanti berdosa masuk neraka. (cakap je, niat takde pon)
  5. …thinking…
  6. …thinking…

Err. Tak jumpa pulak sebab kenapa berkahwin tu tak best. Nampak sangat kahwin tu best KAH KAH KAH.

Ya Allah. Nak kahwen dalam masa 2 hari lagi. Betul ke neh? Apa tak betul pulak, hantaran berderet dalam bilik neh apa dia? HAHAHAHA.

Oh.

Lupa nak cakap.

Saya dah kawan balik dengan tunang saya. Rugi betul tak tunjuk perasaan lama-lama. Manalah tahu dapat bunga ke apa. Rugi rugi. Tapi dia kata, telah memberikan sejambak bunga dalam hati. Patutlah dalam hati macam musim bunga. Cheyyyy.

Selamat pengantin baru, sayang!

HAHAHAHAHA.

Recent Entries

24 Responses to “Selamat Pengantin Baru HAHA”

  1. aTiQah Says:

    Bagus2. Membuat anjakan paradigma perasaan dengan bagus. Tadi sedih2, tapi anda berjaya mencari sudut positif sekarang. :D

    P/S: Doakan kami tak sesat mencari rumah anda kerana saya dan ahli kereta buta jalan di Lembah Klang itu. Huhu.

    chika Reply:

    atiqah and the geng (ewah, pakai geng ke?) HHAHA
    ambik no. phone aizar untuk bantuan direction.
    ym dia : eyeza2101

    atau msg i kat YM bila nampak i online.
    i bagi nombor i dgn aizar sekali :)

  2. zelo55 Says:

    adulaaa…bc entri ni jd laju smcm je…
    mcm aku plak nk kawin…
    hahahaha…
    xleh2…
    ak x ckup umur lg…
    sbar2…
    tp bleh gk ape kawen awl..
    haaa…nk2…
    tp mak bpak mrah…xpe2…
    kwin lari….tp…
    xleh2…dose…x diredhai…

    jadi….kne tggu ajelaa……

    chika Reply:

    op op!
    kawen lari jangan dibuat. Penatlah bukan, sambil berkahwin berlari. Kawen biar duduk sedap2 atas cushion la.

    zelo55 Reply:

    tu la yang ak mksudkn tu…
    org laen bleh je duk ats kusyen…xkn ak nk tercungap-cungap lari smbil pkai bju mlayu bersampin ngn tengkolok…
    xleh2..

    dah diputuskan…

    ak xnk kawin lari!

    chika Reply:

    alhamdulillah
    ececeh

  3. farah Says:

    hehe. byk yg best kn pasal kahwin? :)

  4. kak wan Says:

    lagi 2 hari, welkam to da club!

  5. oshinz Says:

    uish.. sempat lg memblog chika ni..
    blog pnjg2 lak tu..
    nmpk macam semangat berkahwen & memblog seiring & sejalan..
    lalalalala~

  6. Masy Says:

    sempat lg nk gadoh2 manja padahal da nk kawen sesangat ni heheheh

    ape nk cakap td dah lupe laa plk. huhu

  7. teeha Says:

    wah tunang kak chika pun da pandai dalam2 hati jugak ke..eheheh

    selamat pengantin baru kak chika(dah 2x ucap tapi tak apa.akan diucap lagi kelak.hAHA)=)

    ala.nak sangat attend wedding kak chika tapi ada program pulak masa tu.pergi dlm hati jugak lah jawabnya.hehe=P

  8. ilyanie Says:

    Yeayy..doakan saya dan cda juga supaya x sesat ke rumah kamu. hahaha

    x sabar nk tgk pelamin kamu. bukan pengantin baru. eh eh bergurau aje la.

    Laz minit ni, xley gurau kasar. nanti akan mggu emosi kamu. takot..hehe

    Selamat Pengantin Baru, Haizum!

    =)

  9. cik anum Says:

    eceh. besnye nak kawen dah.. jeles nih.. oh ya, kad kawen kamu baru sampai smlm. punya lah lama tunggu. apa punya posmen da….ok x baik salahkan posmen.

  10. dina Says:

    congrate chika….

  11. dira Says:

    oit seriously..nak kawen pun sempat blogging…fuh dahsat lah ko chika!

  12. Ciare Says:

    Salam..hehe suke bace entry chika dah nk dekat2 kawen ni..bkn ape..nk amek pngalaman..bbrp bln lg ciare pon sama la kot dlm situasi nih. hikhik ;)

    nway chika, jg keshtn, abaikan small matter & menten senyum jee yek :’D

    slmt pgntin baru

  13. indrasakty Says:

    Begini rupanya keterujaan menjelang hari perkahwinan. Menghampiri garis maksima sudah.

    Sebelum ini tak ada pun lagi orang lain yang pernah beritahu saya perasaan mereka dalam detik-detik akhir menuju alam perkahwinan. Alam kematian lebih lagi.

    Semoga dapat menahan sabar dengan lancar.

  14. fara-d Says:

    aku menanti je sesapa geng nak join konvoi dari ukm nih….dak2 kite takdak pun yg bertanya. selamat aku bleh pecut p kenduri hang nnt kalau takdak yang nak follow bagai. lalala…..

    eh eh… ada la… kami kan sewa bas untuk ke kenduri ko *tipu kot* tempat parking bas ada nurul? ^.^

  15. azeyra Says:

    Selamat pengantin bru chika….=)

  16. hisoka Says:

    lagi 2 hari…

    hati tengah duk dak duk dak ya chika. sabar2!

  17. eireen Says:

    aissshhh saya pule yg teketai ketai tak sabar2 nk tgk kamu kawenn… haish haishhhhh ase cam nak gigit je pusat mmber!!! jeles betol dgn org tua cam anda.. EH EH TUA PULAK. MATANGGGG.. hahaha

  18. queenrara Says:

    kak chikaaaaaaa
    pak pak pak gebung gebung gebung
    selamat menjadi seorang isteri
    dan semoga menjadi seorang mak secara cepat dan pantas
    kak chikaaaaaa
    nanti dah kawen kena selalu masak tau, sedap sedap, pastu kena tunggu suami balik kerja kat depan pintu rumah KAHKAH
    kak chikaaaaaa
    nanti dah jadik isteri orang, kena tidur awalllllll
    takboleh lambat2 HAHAHHAHAHAHAHHA

  19. nesya Says:

    hepi pengantin baru chikaa!! :D

  20. AM Says:

    dearie, trust me, kahwin is the best! ;)

Leave a Reply