Konflik Jiwa
Aku tahu semua orang tertekan nak buat majlis. Tinggal 3 hari. Siapa tak tension? Keje banyak. Nak fikir banyak. Kepala sakit. Badan sakit. Hati pon sakit. Semua orang tension saya tahu. (Tapi bapa nampak happy).
Konflik sikit dengan emak.
Sebabnya ; Dia kata kena tunggu saya massage lama sangat. Okay fine lah saya cancel body treatment. Whole treatment cancel. Dengan hati yang sangat terbuka saya rasa tak apa. Mintak the SPA buatkan facial treatment sahaja. Tiba-tiba kakak tu belek muka saya, dia nasihatkan jangan buat. Since tinggal a few days nak majlis pon. Takut kulit sensitif ni keluar bijik kecik-kecik. Damn betul muka aku suka naik bijik-bijik halus. (Luckily bulan lepas dah buat tapi tak guna punya hormon. Naik lagi bijik-bijik bulan neh)
‘Hormon baru nak stabil. Dia tengah recover. Better kita jangan buat treatment bla bla bla … ‘, nasihat kakak SPA. Okay tak apa. Tak payah buat.
Menicure and Pedicure treatment. Mula-mula emak cakap okay. Tiba-tiba dia kata ; Ih, berapa lama pulak nak kena tunggu. Takkan sampai ke Maghrib. Ingat Ma takde keje lain ke? Nak bla bla bla … itu lagi. Ini lagi bla bla bla …
Ya Allah.
Tiba-tiba okay.
Apalagi, terus saya keluar dari situ. Hujan dan-dan lah nak lebat. Emak masih tak puas hati itu ini. Semua benda dia nak marah. Saya keluar sampai malam semalam pon dia tanya padahal semalam dia okay masa saya balik. Tak marah pon. Tiba-tiba petang ni ungkit. Saya asyik merayap sana sini pon tiba-tiba dia ungkit. Dia kata tak reti duduk rumah ke apa semua. Ya Allah. Apa ni?
Rasa pedih. Berdarah hati. Terus drive. Air mata dah meleleh. Tak boleh tahan. Sebak. Gila punya sebak sampai rasa bosannya dunia neh! Boleh tak nak pergi UKM carik Farah lepastu terjun masuk Danau. Seriously berdarah-darah dalam hati.
Nak menjawap, macam biasalah. Tak berani menjawap cakap emak. Biarlah berdarah hati sampai hati mati hancur berkecai ke apa asalkan jangan derhaka. Tahan je. Tahan punya tahan, tak sedar drive laju gila.
‘Drive la laju lagi! Langgar tu kereta depan tu! Lepastu kita tambah lagi kerja kita pasni.Langgar lah, langgar!’
Ya Allah.
Emak kenapa?
Saya drop emak balik rumah. Saya cakap nak pergi bank. Tak tahu kenapa nak pergi bank. Sebenarnya nak tunjuk perasaan. Terus drive dalam hujan-hujan tu ke bank. Sampai bank, keluarkan semua duit yang ada. Habis kosong Bank Islam aku kerjakan. Tak tahu apa natijahnya buat macam neh.
Ah malas cerita.
Balik rumah. Emak tanya ; Nak duit? Esok nak shopping barang lagi? (eh eh, baik pulak dah)
Disebabkan hati sedih sangat rasa berdarah dan sebagaianya, penuh keangkuhan cakap taknak. Sebab semalam saya dah cakap dekat emak, dalam wallet tinggal RM63 *miskin gila macam apa je* Tiba-tiba hari ni nak tunjuk perasaan ke apatah, cakap dengan emak, tak nak duit. Terus blah naik ke bilik. Online. Dan terbuat entry neh. Sekarang engkau fahamlah kenapa entry neh emosi gila. Sebab hati tengah sakit sangat.
Adek saya cakap ; Ma penat sebab tu asyik nak marah. Lepastu dia tension sebab tak lama lagi Ayong dah tak ada dalam rumah ni.
Ya Allah.
Gila betullah perkahwinan ni.
Saya rasa semua orang tension kan benda yang sama. Sebab takut sangat saya pergi meninggalkan rumah tak lama lagi. Saya perasan. Bila orang cakap sikit je pasal ‘anak tinggalkan keluarga lepas kahwin’, emak pon mulalah nak bad mood ke apatah. Ya Allah.
Susah betul nak hidup.
Okay. Sumpah aku takut gila dengan mak aku lately. Takut gila. Sebab tu aku berbincang pasal bunga dengan Abah pagi tadi. Masalahnya, kadang-kadang pon Abah sentimental pasal perkahwinan aku. Ishk. Konflik jiwa namanya ni.
Tak ada kawan dah.
Nak dekati emak, takut.
Adek pergi main bola.
Mak Yang bincang tahlil dengan Mak Tok (tak kuasa aku nak join nanti macam-macam idea keluar masuk lagi aku tak sanggup lagi dah. Cukup cukup!)
Abah sebok mengemas.
Ijat dengan Haikal sebok dengan kereta urghtt!
Tunang … err… Tak nak kawan dia (eh tetiba pulak)
Okaylah. Takde kawan. Apalagi. Pergi nangis gi!




February 4th, 2009 at 6:42 pm
gile ah crite…
emosi nyee!
ak suke care ko tulis….tahniah!
February 4th, 2009 at 7:03 pm
chika.jgnlah macm tu.standardla parents.siapa tak sayang anak.kita berdebar nak kahwin,diorg lg berdebar nak lepaskan anak yg dorg jaga dr lahir smp dewasa.dun worry la,everything’s going to be fine.bakal pengantin kena banyak bersabar.(*eceh,ckp mcm ada pengalaman lak*)
all the best okayh.jangan emo2.bakal pengantin muka kena berseri. :)
February 4th, 2009 at 7:13 pm
sabar chika..semua org nakkan yg terbaik utk chika..lagi2 kenduri pertama dalam keluarga+ kenduri anak perempuan..
semua nak yang terbaik..
harapnya semua berjalan dengan lancar..
tenang yaa..! ;D
February 4th, 2009 at 7:20 pm
Biase la 2. Mak kau kalau x mrh skrg bile lagi?
Bsk2 kau da dok jauh, nnt xleh mrh2 slalu lg.
Tp sbnrnye dia sayang kat kau.
February 4th, 2009 at 7:26 pm
ayyakkk.. manyak tensen la chika.. awww… sabar separuh dari iman.. dan sabar petanda kamu sangat cool ok!
February 4th, 2009 at 8:21 pm
wah.. semakin dekat.. tak sabar nak pegi walimah ahad ni..
February 4th, 2009 at 8:46 pm
x pe chika, cool..
standard tuh, mak chika nak yg da best utk chika..
so, bile die marah tu, sila² la keringkan hati dan buat bodoh sudeyyy..
saya doakan yg terbaik utk chika dan suami.
Amin…
February 4th, 2009 at 8:55 pm
wahh sian tgk chika. xpe chika sabar2. lg brapa hr je ni. bukan pengantin je berperang emosi..semua org pun terjangkit. kna sama2 sabar k. =)
February 4th, 2009 at 9:27 pm
alahai siannya chika…
sbar je la ek..
sume emak akn rasa mcm 2 bila anak nk kawin…
tandanya dia sayang la 2…
February 4th, 2009 at 9:49 pm
Apa2 pon, bertahan lah!
kuatkan semangat. Jgn derhaka terhadap emak. Emak pon stress jugak. Sabar.
Chill, CHika!
=)
February 5th, 2009 at 12:29 am
mak chika penat. tension. risau.sedih.
ai tau chika pun rasa yang sama.
semua orang yg terlibat tgh rasa macam tu.
chika kena tabah sikit je lagi k.
apa kata kalau ma tengah marah2 camtu, chika tengok ma, then peluk dia kuat2. ckp apa yg chika nak luahkan secara lembut. mungkin dgn cara tu dia paham, chika pun rasa benda yg sama. penat, letih, stress, tension.
February 5th, 2009 at 12:43 am
kuatkan semangat..
nak kenduri kawen mmg banyak dugaan..
masa dira wat massage dan treatment sume dira gi sorang2 sbb tau mesti lama…dah dah jgn sedeh2…dugaan mesti ditempuhi dengan ketabahan!
February 5th, 2009 at 12:43 am
my dear fren…
sabar ye. aku setuju semua komen kawan2 ko kat atas neh, semua pun suruh sabar kan.
ma mungkin stress sebagai mana ko sedang stress, lagi pula the thoughts u’ll be leaving her soon makes her heart break. semua ni kan sangat pantas berlaku, maybe she’s trying to catch up with the pace.
waaa….aku sedih jugak neh. mixture of happy dan sedih.
bertahan ye nurul. dugaan ni Allah kasik sebagai bukti Dia sayang kat ko. manusia kadang terlupa pada Dia tapi Dia takkan pernah lupakan kita…. cool ye dear. take care!
^.^
February 5th, 2009 at 1:19 am
salam perkenalan..
majlis nkdekat dh ek..hmmm.. biaselaa tuh..
moga sume berjalan dgn lancar..
kdg2..biler dh penat & byk keje nk settlekan..masing2 nk emosi..huhu..
February 5th, 2009 at 10:58 am
sume emak centu kot..ayah cemut rileks je…tp sampai skang mum mcm nk suh cemut still stay ngan die after maried.haha..adui xkan la istri di sini somi di sana..take time 2 slow talk ngan die.tp mcm xsampai ati..hmmm ntah….