Warkah Kekeluargaan

(auto publish)

Surat kepada keluarga.

Bonda.
Ma, I love you banyak gila. Saya akan berkeluarga tidak lama lagi. Tak dapat teman ma shopping shopping selalu. Tak dapat teman Ma pergi makan bubur ayam Mc D kegemaran kita bersama. Tapi tak apa. Nasib baik kita tengah boikot Israel, Yahudi, Fasha Sandha pon kita boikot sekali. Okay. Itu masalah peribadi. Jangan babitkan dalam urusan blog.

Ma,
Saya akan belajar menjadi saya yang lebih baik. Yang bukan saja tak cepat melenting, malah seorang yang penyabar, bertanggungjawap dan pandai jaga mulut supaya tak kuat mengadu sangat dekat emak. Saya akan rahsiakan semua masalah rumahtangga supaya tidak jatuh dalam tangan ibubapa. Sebab Ma cakap ; Masalah rumahtangga, settle sendiri. Jangan babitkan keluarga nanti susah. Nampak sangat Ma faham betapa anak dia ni kuat mengadu. (cikgu suruh padam papan hitam pon dulu aku balik mengadu dekat emak)

Ma,
Halalkan makan minum, perbelanjaan melampau dan melimpah-ruah yang saya lakukan. Maafkan semua dosa-dosa saya selama ni. Suka lengah-lengahkan kerja bila Ma suruh. Suka drive macam mabuk lepastu tak mengaku. Bila Ma suruh slow down, akan tunjuk hebat dengan cakap yang bukan-bukan macam tak buat salah langsung. Ma, saya sayang Ma sangat banyak. Tak tahu macam mana nanti akan hidup tanpa dapat berkepit dengan Ma. Dahlah tak dapat mengadu-ngadu. Tak dapat peluk cium Ma sebelum tidur. Tak dapat menonton Spa Q sama-sama jugak. Dan yang paling saya harap, Ma terimalah kehadiran orang baru dalam keluarga kita kelak dengan begitu gembira sekali. Dan sayangilah suami saya sama macam Ma sayang saya.

Ayahanda.
Abah, ada dua orang yang paling besar ertinya dalam dunia ni bagi saya. Iaitu Ma dengan Abah. Diikuti oleh adek-adek kesayangan. Lepas ni, akan ada orang baru yang akan diselitkan sama ke dalam senarai orang-orang kesayangan saya. Saya harap, Abah dapat menerima kehadiran anak menantu pertama. Saya tahu Abah adalah orang yang paling sebak sebab anak perempuan akan berkahwin dan meninggalkan kehidupan bersama keluarga. Saya tahu Abah selalu cakap dekat Ma ; Tak lama lagi, tak adalah kita jaga Kak Yong lagi. Alahai Abah, sesungguhnya kata-kata tersebut sangat menusuk kalbu.

Saya tak akan sama sekali melupakan pengorbanan ibubapa. Dan perkahwinan ini tidak akan menjauhkan hati kita, insyaallah. Okay nak nangis kejap. Ya Allah. Macam manalah agaknya hidup ni tanpa berjumpa Abah setiap hari untuk mengadu masalah-masalah yang tah apa-apa.

Haikal.
Dek Ekal, harap kita akan lebih memahami satu sama lain. Walaupon Ayong selalu marah sebab Dek Ekal suka keluar rumah dan balik lambat, lepastu suka pakai rantai padahal lelaki tak boleh pakai rantai, tapi percayalah. Sangat sayang dengan Dek Ekal. Susah betul hidup kalau tak dapat perlindungan daripada Haikal yang berjiwa kental. Ya Allah. Walaupon Haikal ni nakal, tapi pandai jaga kakak dengan adek-adek.

Nanti Ayong dah tak ada dengan keluarga kita, Haikal akan jadi ketua dalam adek-beradek. Okay, sekarang boleh mula berlagak macam berkuasa besar. Tapi ingat, jangan lawan Ma dengan Abah. Lawan orang lain tak apa. Jangan suka buli Adek suruh dia ambikkan air, suruh dia charge kan handphone atau suruh dia sidaikan towel lepas mandi. Kesian Adek. Lagipon dia bukan ikhlas pon nanti. HAHA.

Haizat.
Ijat, nanti Ayong dah kahwin, Ayong keluar dari rumah Abah, kita pon akan jarang jumpa. Akan sentiasa rindukan maggie goreng sedap yang Abang Uda masak. Akan selalu terbayang-bayang muka Abang Uda yang manis (yang digilai oleh kawan-kawan Adek HAHA) Nanti Ayong dah tak ada dalam rumah, tolong hantarkan Adek Del pergi sekolah pagi-pagi. Jangan bergadoh marah-marah Adek pada waktu pagi (petang sikit tak apa) Sebab pagi-pagi kalau bergadoh, malu jiran dengar.

Abang Uda akan pakai kereta Ayong nanti. Pakai elok-elok tau sebab Ayong sayang betul kereta tu (walaupon orang kata kereta tu dah lama padahal kita bersyukur je sebab ada. Daripada tak ada langsung lagi malang) Jangan bagi Abah tukar kereta tu dengan kereta lain tahu. Nanti Ayong akan pujukkan Abah untuk dapatkan Abang Uda kereta yang lain (your dream car) sebab kita tidak membuat perjanjian tukar hak milik ke apa. HAHAHAHA. Tapi kena belajar dekat UniKL betul-betul. Jangan jadi macam Haikal. Masuk kolej seminggu je.

Jaga Adek elok-elok. Adek suka tengok Ben 10 dengan Hagemaru (dan sinetron Cinta Indah hahahaha kantoi) Pergi teman dia menonton. Dan cuba tahan telinga dengar dia bercakap sepanjang cerita komplen itu ini. Memang perangai dia, suka bercakap semasa menonton. Walaupon kadang-kadang rasa nak lepuk mulut dia, tapi kena bersabar. Sebab dia akan Adek. HAHA.

Lagi satu. Kalau keluar berjalan-jalan bawaklah Adek sama. Kesian dia nanti. Kalau Ayong tak ada, tak tahu siapa pulak akan layan dia pergi jalan-jalan dan makan Pizza Hut. Ooop oop! Nasib baik lagi sekali. Sebab Pizza Hut pon kita kena boikot. Kalau Adek mintak Pizza Hut, ajak dia makan Pizza yang jual dekat pasar malam. Yang dibuat oleh tangan orang Melayu. Walaupon tak berasa sedap, tapi ada nilai kemanusiaan. Eceh. Maafkan kakak awak sebab jadi ‘nilai kemanusiaan yang tinggi’ pulak sejak nak kawen ni.

.

Ya Allah bisingnya lamanya bunyi mercun di angkasaraya.

Okay sambung surat.

.

Haizdel.
Adek yang comel dan kuat sentap. Nanti Ayong tak ada, tinggal Adeklah untuk temankan Ma dalam rumah. Jangan lawan cakap Ma. Terima kasih sebab selalu tolong Abah buat kerja. Cuci akuarium, siram pokok bunga, cuci kolam ikan, tukar mentol terbakar dan termasuklah tukar bateri jam. Kalau Adek tak tolong Abah sekarang ni, tak tahu nak harap siapa. Kesian Abah. Abang Ngah dengan Abang Uda asyik keluar je dengan urusan kawan-kawan. Tak baguskan macam tu? Adek jugak yang bagus sebab selalu ada dekat rumah. Tak pernah keluar merayap dengan kawan-kawan. Walaupon pernah sekli tu Adek mintak nak keluar memancing udang. Lepastu kena marah dengan Abah. Ayong pon gembira sebab Adek kena marah masa tu. HAHA.

Nanti Ayong dah tak ada, Adek kata nak tidur dalam bilik Ayong supaya bilik tak kosong. Alahai. Sebaknya rasa. Adek adalah kesayangan Ayong selamanya. Walaupon kadang-kadang memang geram betul sebab Adek suka ejek Ayong ‘hidung kecik’. Lepastu ejek kuat-kuat depan khalayak ramai. Malu tahu! Nasib baik, aku kan kakakkk. HAHA.

Nanti bila Ayong balik rumah, kita pergi makan seronok-seronok. Sedihnya. Nanti kita tak dapat menonton Hagemaru sama-sama lagi. Adek jangan melawan cikgu tau. Nanti cikgu heart attack, kesian cikgu. Walaupon cikgu suka maki-maki, sedekah je Al-Fatehah dekat cikgu tu. Jangan fight dia balik. Nanti akan berakhir dalam bilik disiplin. Tak worth it lah, sayang.

Jaga Loceng baik-baik. Jangan bagi dia makan Friskies secara keterlaluan. Kesian kandungan dia nanti obess macam Koko. Kalau Angah keluarkan kereta, make sure Loceng tak ada bawah tayar kereta. Jangan lambung Loceng tinggi-tinggi. Manalah tahu dia tu jenis gayat dengan ketinggian ke. HAHAHAHA. Loceng semakin comel kan? Dan Ayong pon dah tak takut dengan Loceng. Tapi dengan kucing lain, mintak maaf.

Mak Yang.
Mak Yang adalah ibu saudara paling baik hati dalam dunia. Dah lah penyayang. Jaga kami adek-beradek dari kecik dengan begitu teliti. Sampai kena gigit nyamuk seekor pon tak boleh. Nanti Ayong tak dapat makan masakan Mak Yang dengan kerap. Nak merasa makan bersuap apatah lagi (sebab malu kat suami kalau dia nampak kita makan suap-suap) Ayong mintak maaf sebab selalu muka masam bila bad mood. Lepastu suka degil taknak dengar cakap. Masa Mak Yang suruh vacuum carpet, Ayong selalu cakap taknak. Bila Mak Yang suruh cuci pinggan, selalu cakap ; Nanti. Lepastu langsung tak buat. Mak Yang jugak yang buat.

Akan rindu masakan MakYang. Dan pastinya akan rindu urutan Mak Yang yang sangat best. Terima kasih sebab selalu picit-picitkan kepalalah, badanlah, kakilah, tanganlah. Lenguh sikit je carik Mak Yang. Tapi bila Mak Yang suruh simpan balik minyak gamat, mesti taknak. Degilnya Ayong.

.

.

Sampai di sini saja warkah saya buat keluarga. Saya betul-betul sebak dan tak tahu macam manakah hidup saya kelak tanpa dikelilingi ahli keluarga tersayang. Saya harap, tak ada apa yang berubah sangat.

Eh eh. Macam nak naik ke bulan ke apa tah. HAHAHAHA. Perkahwinan tidak memutuskan hubungan kita dengan keluarga. Malah ia akan memberikan kita kekeluargaan yang baru dan lebih besar. Saya harap sangat, akan bahagia. Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia? (memetik lirik lagu CINTA) KAH KAH KAH

Surat kepada suami akan dibuat suatu masa nanti. HE HE HE.

Recent Entries

24 Responses to “Warkah Kekeluargaan”

  1. Sarah Says:

    Chika, saya tumpang sebak je ni… Tapi betul kesimpulan yang awak bagi tu. Perkahwinan ni membuka hubungan kekeluargaan kita menjadi lebih besar. Semoga persiapan di akhir waktu ni berjalan lancar je la ye.

  2. ilyanie Says:

    Saya pon terasa sebak tatkala membaca warkah ini. sguh pandai kamu mengolah ayat shga membuatkan hati kecil saya turut sebak.

    p/s: x sabar tgu surat utk suami. mesti sgt romantik bukan?

    =)

  3. ain Says:

    sebak je baca..mungkin ini lah perasaannya bila nk berkahwin..huhu..
    smoga bahagia selalu..jumpa hari ahad nnt insya-allah..

  4. azie Says:

    sebaknya baca surat ni:-(

    takpe, ur life will be better with ur husband. now ur life mmg good, nnt tambah even better:-)

  5. chime Says:

    Kalau kita lepaskan perkara-perkara yang baik untuk tujuan yang baik… insyaAllah, akan diganti semula dgn perkara yg lebih baik lagi…

    Terpaksa bekorban utk berpisah dgn mak dan ayah… InsyaAllah akan diganti dgn seorg teman penyanyang yang memahami dan meyanyangi dan mengasihi dan meyintai juga…

    Terpaksa berkorban utk berpisah dgn adik-adik yang dikasihi… InsyaAllah akan diganti pula dgn kehadiran cahaya mata (bukan mata yg bercahaya tau) yg akan memeriahkan kembali rasa sunyi yg seketika…

    jgn sedih2 sgt tau…

  6. fara-d Says:

    nurul haizum. aku agak sebak membaca surat ini.
    isk.

    apa2 pun, do take care of yourself ok. walopon skang da mmg rindu kat hang, tp nnt pasti akan lebih rindu…hiks.

    alahai…aku plak sangat merindui keluarga di rumah walaupun br last week balek. aaaaa

  7. cikara Says:

    wah sangat sedih..:(

  8. HANY Says:

    huhu…ala kak nurul ni….sedeh la hani bace…huhuhu…semangat beb nk kawen…jgn sedey2…heheh….
    ilek aa…sekarang zaman dah cangeh…dia g keje kang…kak nurul balik la umah kak nurul…keje jugak…jadik babysiter…ngeee~~
    anyway…everyone is waiting for THAT memorable day…hehe…so dun sad2..hepy!!hepy!!kikih

  9. AM Says:

    sedih betul :(

  10. imahmomo Says:

    erk..utk suami pun ade surat ke?heh..
    xsbr nk g wed ko..spe lg mon2 ass yg dtg?
    insyaAllah aku n edd smpi kat umah ko nnt..tgk peta..arap2 smpi..hee..
    eh tema kaler pe?nnt aku pkai bju kuar tema ssh plak.. :)

  11. teeha Says:

    sy pon pernah bagi surat untuk family masa nak spm dulu.amek berkat la katakan=P

    btw kak chika,i wish you a very good luck okay=) you`re about to be in a new phase of your life=)

  12. oshinz Says:

    *sob sob sob*
    ni baru bace sekerat coz surat chika pjg sgt..

  13. nadia Says:

    memang macam tu la rasanya kalau kita rapat dengan family kan? huhu. Neway, macam yang chika cakap dulu, keadaan pasti berubah, dari belum kawen tukar status married. Takpe, kita mungkin dapat yang lebih baik mana tahu kan?

    p/s: ikut petua rumah tangga ibu bapa insyaAllah berkat dan berjalan lancar =)

  14. aisyah Says:

    maaf. tapi ngok lah kau buat entry macam niiiii.
    tak mo lah aku kawen.

  15. haziqah Says:

    sebak ..
    masa cuzin saya dulu dinikahkan saya pulak rasa sebak padahal dia duk relax je he
    yep lpas jadi isteri tanggungjawab kita makin besar n surga pon da duk bawah kaki suami pula
    smoga menjadi isteri yang solehah tapi jangan lupa mak bapak kita.lpas kawen sure kita dapat rasa mcmana pngorbanan mak kita dulu ;)

  16. cik anum Says:

    haih, sebaknye.

  17. Julia Says:

    =)

  18. Karim Pisang Says:

    Kau kawin nnt dok mane?
    Jauh sgt ke dr family kau?
    Xpe nnt kau ade ank sndri ok la 2 kan..

    Ank sdri??? Huh!

  19. seri Says:

    aduyaiiii… sedih bangat la… ayooo sngt tersentuh…

    papepun… Selamat Pengantin Baru!

  20. ahin2960 Says:

    Chika, dah lama tak rasa sedih bila baca blog…dah lama tak rasa sedih bila dengar org baca lafaz taklik lepas akad nikah…dan dah lama tak rasa sedih bila kita akan kehilangan (walaupun tidak secara mutlak) org yang kita sayang….hari ni awk dah buat saya rasa sebak pulak….huhu….awk bole jadi director filem atau pernulis skrip. Tapi jadi penganjur rancangan realiti mcm Raja Lawak tu pun ok…Hidup Hagemaru….!!

  21. Mr Jon Says:

    Chika….
    Entry ini sangat meruntun perasaan…

  22. riyana Says:

    sedihnya bc surat ni.
    kalo ur parents baca mesti sedih gila ni.

  23. yonnaism Says:

    i menangis baca entry ni :(

    alhamdulillah u sgt bahagia skarang ni :)

  24. kdee Says:

    terharu..semoga bbahagia

Leave a Reply