Perasaanku Tentang Perasaan
Diari kesayangan,
Di sini saya tidak berapa sehat badan. Mental juga tak berapa nak sehat. Tak tahulah apa yang sehat. Yang pasti, kucing peliharaan semakin sehat nampaknya. Ya Allah, makin gedempol. Nak terberanak tidak lama lagi. Maksud saya, kucing peliharaan. Pernah atau tidak saya menyatakan tentang kucing peliharaan saya? Okay. Suai kenal.
Nama beliau dalam Bahasa Melayu ialah Loceng. Nama Cinanya ialah Cheng Ho. Oh, begitu antik! Saya rasa kucing saya semakin hari semakin comel. Bukan sahaja comel kerana dipakaikan loceng pada leher, malah semakin naik seri wajahnya sejak mengandung ini. Seri ibu mengandung kata orang.
Bercakap tentang seri, saya tengok bakal suami nampak berseri-seri betul hallamak. Mungkin seri pengantin dia sudah menyinar. Okay biarlah kita berterus terang. Sebenarnya telah berasa sangat jatuh cinta lagi banyak setelah 4 bulan tak nampak muka. HAHAHAHAHA. Okay, macam biasa. Lepas buat ayat jiwa-jiwa, akan berasa malu sendirian berhad. Apalagi, kalau nak jatuh cinta semula dengan kekasih, saya cadangkan anda janganlah berjumpa kekasih anda 4 bulan atau 5 bulan. Kalau nak lagi banyak kecintaan, cubalah jangan berdating selama 2 tahun. Pasti akan sangat rindu dan jatuh cinta secara banyak-banyak. Anda cubalah.
Oh terlupa untuk menyatakan satu kenyataan. Setelah 4 bulan tidak ‘dating’, dua hari berturut-turut ini kami berdating lah juga sedikit sebanyak. Iaitu antara dating dengan tidak. Err. Jangan bayanglah berdating pergi candle light dinner dengan alunan music Beethovan ke apa. Memang bukan T______T Okay jangan nangis, tak baik. Dating pon dekat pejabat kadi, dekat butik pengantin, dekat rumah bakal mertua, dekat Kagumas, dekat pejabat kadi, butik pengantin … dan senarai ini terus berputaran secara berulang. Cis.
Saya akan tukar topik sekarang.
Entry pada minggu ini dan hari mendatangnya, adalah auto publish. Sebab sepanjang siang, saya sangat sebuk dengan urusan duniawi untuk membina masjid. Bina masjid? Alhamdulillah. Belum jadi architect dah berjaya bina masjid. Camana tu?
Terima kasih kepada yang mengirim ucapan-ucapan perkahwinan di merata-rata tempat. Saya akan membalas secara pukal di sini. Dengan ucapan ; Terima kasih tak terkira. Semoga Allah merahmati anda. Thank you very much. May Allah bless you. (Tiba-tiba dwi bahasa. HAHA)
Tukar topik lagi.
Perasaan. Perasaan saya adalah excited, I must say. Namun perasaan yang terpaling besar ialah cemas. Sayup dan pilu pon ada juga. Sebab kenapa pilu ; Tidak dapat tinggal bersama keluarga lagi. Tak tahu macam mana akan menghadapi hari-hari mendatang. NAMUN. Ada perasaan excited yang tidak terlindung lagi untuk mengharungi kehidupan secara berdua lebih baik. Dan saya juga sebenarnya mula merasakan betapa thrillnya kelak kehidupan ini.
Akan mula mencuci pakaian sendiri (pakaian suami juga jangan lupa sebut). Akan menggosok baju, mengemop lantai, memasak sikit-sikit (belum pasti sangat HAHA) dan akan menjaga rumah, menjaga diri, menjaga maruah, menjaga suami, menjaga anak. Oop oop!
Ya Allah. Berpancaragam di dalam jantung. Sangat cemas. Tak tahu macam manalah kelak kehidupan tanpa diuruskan oleh keluarga. Dah lah saya ni tak pandai berdikari. Kuat mengadu (memang suka buat laporan harian dekat emak atau bapa atau adek-beradek) Saya harap, bakal suami pon sangguplah kelak mendengar laporan harian saya yang sangat panjang. Sama macam yang emak sanggup dengar selama ini.
Saya juga suka bergantung kepada keluarga secara sepenuhnya. Buat apa-apa pon, akan disupport oleh adek-beradek. Pergi mana-mana akan ditemani oleh emak. Ada masalah, akan mengadu domba secara sepenuh perasaan dengan ahli keluarga. Pendek kata, sangat bergantung kepada ahli keluarga. Habislah bakal suami kena tadah telinga besar-besar. Dah lah kuat mengadu, laporan harian yang panjang, tak reti uruskan hal secara sendiri dan kuat sentap. Tak tahu sejak bilakah saya berhati kaca. Prang! Hati pecah. HAHAHAHAHAHAHA.
Saya sangat bimbang kalau tiada keluarga di sisi selalu. Okay. Aku rasa tu je masalah aku sebenarnya KAH KAH KAH.
Akan bersambung pada entry auto publish yang lain.




February 3rd, 2009 at 12:20 am
ohh…chika, kamu masih memblog…
pasti rindu kamu selepas ini….
wish u all the best in ur Big Day …
February 3rd, 2009 at 1:34 am
haa…akak dah wat apa yg chika cadangkan..PJJ(percintaan jarak jauh)..2 tahun..2010 baru leh jumpa..huhuuu…eerr..tp rasa mcm nak jd 3 tahun plak..x mo balik..syok main snow..heheheee..
akak takut nanti melimpah pulak rasa jatuh chenta itu..tak tau nak tadah kat mana..hehehee..
apa pun all the best tu u.. ;)
February 3rd, 2009 at 3:49 am
chika..wah, syahdu plak baca entri ni. Neway, semoga hari perkahwinan berjalan lancar dan selepas kawen pun berjalan dengan lancar. Tamau gaduh2 :D
February 3rd, 2009 at 7:27 am
kamu pasti boleh harungi hari-hari mendatang…
dengan bantuan bakal suami kamu.
February 3rd, 2009 at 8:40 am
tu diaaaa luahan hati seorang bakal pengantin yg tidak pernah menghadapi dunia luar secara total. hehehe
wish u luck! eh.. silap2 tu utk bakal asben chika tu hihi
February 3rd, 2009 at 11:13 am
x sabarnya nak tgk chika jadi pengantin..
selamat menempuh alam baru.. \^_^/
February 3rd, 2009 at 1:29 pm
bila membaca entri ini, terus rasa xnk kahwin dan rsa mcm nk ajak mak kahwin dgn diri sndiri sbb sama lh xpndai bedikari kahkah :P
February 3rd, 2009 at 1:31 pm
suami kamu pasti lebih prihatin dan sepenuh hati mendengar repotan kamu sebab nanti dia ada kamu dan kamu ada dia.
maaf kalau ayat macam muthu,ahaha
February 3rd, 2009 at 2:36 pm
salam.
owh kak nurul…feeling nk kawin kak nurul tu begitu bkesan di hati pembaca..hahhaha..
akak jgn la tlalu pilu ye bile rase mcm nk tglkan kuarga sume pas nikah..akak masih anak dorg,msh bule mengadu,msh bule bmanja,tp seadanya..akak igtlah ye.wlpn sy belum bnikah,mhupun akan bnikah dlm ms tdekat ni,tp ntahla..rs gatal je nk ckp mcm ni.hehhe..ok.igt ALLAH byk2 ok?smoga dpt tempuhi dgn ht yg sgt tabah,setabah dikritik dan dikutuk lec.:)
February 3rd, 2009 at 2:50 pm
oh lagi 3 hari ye kak chika.
everything will be just fine=)
February 3rd, 2009 at 6:36 pm
haha..wahai chika, sy ni mmg pcntaan jarak jauh btul. 4thun tu. bkn 4 buln mcm chika..sdeyh jugk tau. tp chika nye dugaan da nk tmat da. sy ade lg 2thun stgh je.stakat jmpe mse cuti je.:( xpela. kurang la dosa kami kn..haha. klu nk kua dating pn tak boleh sbb mak ayah garang! huhu..xpela dugaan la ni. klu ade jodoh ade la..:)
pjg pulak cite nye..haha
btw slmt pengantin baru!!!
smoga kekal hingga anak cucu :)
February 3rd, 2009 at 7:44 pm
nasib baik hati aku daging lagi… kalau tak maybe dah jadik ROBOWOMAN cam ko… hahahaha
February 12th, 2009 at 12:53 am
tahniah dan semoga berbahagia ke anak cucu..