Archive for February, 2009

Gulai Asam

Posted by chika under Uncategorized

EPISOD SATU :

QUEEN ELIZABETH II JUBILEE HOSPITAL

Masa husband saya pergi solat Jumaat, beliau drop saya dekat hospital. Beliau suruh saya solat Zohor dekat hospital punya prayer room. Right after solat Jumaat, kami nak pergi jalan-jalan dekat Carindale again. HAHA. Sebab semalam tak puas explore shopping mall tersebut.

Takut okay masuk hospital. Tapi saya nampak doctor yang berjalan laju-laju sambil memakai pakaian seragam (pakaian seragam?) kedoktoran atau dalam kata lain, white coat dan bercermin mata dan segak dan cantik dan nampak pandai. Ececeh. Agaknya, my husband pon like that wo semasa bekerja. Pasti sangat comel lah bukan? Oyya. Jangan lupa sebut. Stethoscope jugak yang semacam satu aksesori leher yang menaikkan personaliti. What the heck ayat aku neh? Okay, move move!

Bukan mahu mempuji doktor lah tujuan entry neh. Entry saya seperti biasa, tak bertujuan sangat. Tapi tak apa. Ia tak lebih dari sekadar membuat komplen dan menggoreng ayat-ayat random. Err. Nak bercakap pengalaman singkat di dalam hospital.

Semasa menunggu husband di lobby hospital, saya pon duduk-duduk macam wanita tak ada kerja (padahal memang tak ada kerja). Mensidai muka betul-betul di depan entrance sambil mengira jumlah orang keluar masuk (okay tipu). Saya tengok, ramai betul orang tua yang datang ke hospital. Dalam pelbagai keadaan. Ada yang datang membawa diri sendiri dalam keuzuran yang sangat terror wa cakap lu. Sampai rasa nak tolong papah pon ada tapi malas nak buat kebaikan tak pasal-pasal. HAHAHA.

Tiba-tiba muncul seorang wanita dengan saiz badan yang … err… subhanallah. Saiz diraja. Maksud saya, king size. Saya tengok kaki dia luka-luka dan semacam berpenyakit. Saya tengok muka dia, kelihatan sengsara macam tak terurus sangat. Tapi dia jalan sorang-sorang bersama kerusi penongkat dia. Saya pon berasa sangat kasihan kepada wanita tersebut. Dah la mengalami masalah obesiti (agaknya, saya teka), pasti sukar nak bergerak lah bukan?

Tiba-tiba! *drum roll* Hey, tak payah drum roll.

Tiba-tiba, wanita tersebut pergi ke mesin minuman. Yang kalau kau masukkan siling tu, akan berdegang dan bergoncanglah dunia tatkala sebotol minuman jatuh untuk kau ambik. Tahukah dia beli air apa? Air SPRITE. Okay sangat terror. Saya pon tengok dan mentengok dia lagi secara berminat (kalau boleh nak mintak nombor telefon, email dan facebook ke apa yang patut HAHA) Gurau saja. Dia pon bukak Sprite dan minum takda henti punya. Lepas tu pergi landing sebelah seat saya. Oh Tuhanku! Rasa nak pitam kepala telah pusing tujuh keliling.

Bau badan dia, sangat dahsyat. Kebersihan dia sangat tak terpelihara. Pakaian yang tidak tentu arah. Sangat mencabar keislaman aku (eh eh, tetiba pulak).

Lepas tu kan…

Tak sampai berapa minit kemudian, sebotol Sprite dia dah habis dah. DIa pon bangun dengan terhegeh-hegeh kaki sakit luka tak larat jalan semua, sanggup pergi ke mesin air lagi sekali. Beli minuman bergas lagi sebotol. Minum lagi secara terror. Ya Allah. Tension nya aku tengok!

Awak tu sakit kan? Kan? Jagalah sikit kebersihan. Jaga makan.

Apa akallah saya bukan doktor ke apa. Kalau dia patient saya agaknya, lama dah bagi dia ubat sedozen coca-cola ke apa. Kau minum je lah air berkarbonat banyak-banyak. Kasi badan tu lagi terror. Lepastu tak kau datang je hospital untuk beli Sprite. Eh eh, emosi pulak aku.

Memang pon saya terlebih perasaan semasa menyaksikan orang-orang tua mat saleh neh. Dah lah tak menjaga kebersihan, pakaian tak bermaruah pulak tu. Err. Sudah tua lah bukan? Body pon sudah out of shape, buat apa ditayanglah bukan? Tolong belajar pakai bra semasa keluar dari rumah boleh tak? Jijik ok, jijik. Kalau dahsyat macam Pamela Anderson ke apa, macam tak apa lah jugak. Kau tua okay! Sangat menjijik dan menjelikkan.

Eh eh, aku nak marah apsal?

HAHAHA.

Itulah beza dia orang beriman dengan tidak. Saya tengok, mereka meniti usia tua dalam keadaan yang teruk sekali. Kebersihan yang diabaikan. Muka yang tidak berseri. Hidup yang terabai. Tak ada anak yang tolong hantar pergi hospital (terror tak terror la kan, menggigil-gigil jalan kaki sendiri masuk hospital). Alhamdulillah kita jadi orang Islam. Kita sentiasa jaga kebersihan kita. Bukan hanya sebab ia sebahagian daripada agama, malah kebersihan yang baik, menjana ibadah yang sempurna.

Err. Sebenarnya saya nak komplen saja. Saya tak boleh tahan. Balik dari hospital, buat komplen-komplen dekat husband. Terima kasih sebab dengar.

Dalam prayer room. Tak tahu kenapa snap gambar ni.
Ini multi religious punya prayer room, mind you. Memandangkan sedang berada di tanah bukan Islam, kenalah belajar menjadi fleksibel.

Nando’s

EPISOD DUA :

MASAK ASAM

Gulai asam adalah masakan kegemaran saya sejak kecik. Gemar yang terlalu gemar sampai tak tahu nak cakap macam mana. HAHA. Err. Gulai asam bukanlah asam pedas, untuk perhatian semua. Jangan simpan imaginasi bahawa Chika memasak asam pedas. Ya Allah, mana mungkin. Kau ingat aku terror sangat ke sampai tahap memasak gulai asam pedas ikan tongkol bagai. KAH KAH KAH.

Alhamdulillah. Menjadi. Yahoooooo! Kalau anda ingin tahu sangat (kalau taknak tahu, tak apa. Duduk diam situ) ini adalah masakan pertama yang saya officially masak secara sendiri. Selalunya masak bersama husband atau berdasarkan supervision husband. Kali neh betul-betul memasak sendiri. Husband jadi tukang keluarkan serai dengan asam keping je. HAHA. Pandainya. Err. Ikan yang digunakan adalah mackerel. Sedap sedap sedap.

Macam biasa. Steamed vegetable. Bendi dan broccoli. Husband buat.

Sangat gembira dan banyak syok wo. Husband puji-puji. Dia kata, Nurul masak lagi sedap dari Mak Yang punya gulai asam (makan hati kalau Mak Yang dengar) Saya sangat gembira sakan tapi malas nak tunjuk excited. Buat muka sangat cool padahal dalam hati dan ber-tango ber-salsa bersamba semua sebab kena puji. Err. Bukan husband membodek wife lah, bukan! Memang sedap. Diakui oleh saya sendiri (eh eh kau tak malu apsal?) HAHAHAHA. Akhirnya, Chika telah pandai sikit memasak. Itulah. Siapa suruh engkau pandang rendah dekat aku dulu. Kan kau dah menyesal sekarang. KAH KAH KAH :P

Siapa belum pandai masak, jangan sedih. Pergi kahwin, nanti secara kuasa super entah dari mana tah, anda akan pandai memasak secara magik. Saya pon tak sangka, sekarang saya sangat suka cooking dan sangat rajin ke dapur untuk berdentang dentung.

Err. Tidak dilupakan. Setiap hari akan me-mesin pakaian dan mensidai dan mengangkat jemuran dan melipat, dan mensusunkan pada wardrobe. HAHA. Chika kah tersebut? Ye, akulah tu! HAHA.

Sekarang kena bersiap untuk Zohor kerna akan keluar mencari hijab lagi selepas ini. Hidup bagaikan sebuah syurga apabila anda berkahwin dan bahagia. Dan pandai memsak gulai kegemaran tanpa dikonplen oleh suami. Bahagia betul.

Ok bye.

Today is Thursday

Posted by chika under Uncategorized

Hoooray! Lily sudah kembang. Lily sudah kembang! Where two, become four. Eceh. Pandai betul husband saya pilih flowers. Segar, cantek dan harum mewangi (Kalah bau softener Cuddly yang botol dia besar lepastu berat setiap hari I terhegeh-hegeh angkat botol dia . Ya Allah, merungut! Berdosa)

Memetik kata-kata suami tercinta; Best betul tengok ada benda hidup dalam rumah.

Maksud beliau, bunga tersebut. Tapi kalau benda hidup dalam bentuk lalat atau berciri serangga yang lain, riuh sekampung husband saya. Boleh bergoncang rumah neh kalau ditemui lalat berterbangan masuk rumah. HAHA. Pernah one time, husband saya berusaha menghapuskan lipas menggunakan perfume Paris Hilton saya. Ya Allah. Nasih baik husband sendiri. Sabar je lah aku. HAHAHA. Err. Bukan comel ke? Menghapus lipas dengan perfume isteri. Silap-silap, lipas tersebut pesta flora dapat semburan harum. KAH KAH KAH. Eiiii, comelnya. Astaghfirullahalazimmmm. (Perfume sendiri tak nak pulak dia guna pergi bunuh lalat) I love you.

Hari ini adalah hari shopping. Sama seperti hari-hari semalam di bumi Brisbane ini. Shopping adalah hobi masa senggang kami selain mengasapkan dapur (padahal tak keluar asap)Saya suka betul pergi shopping beli sayur atau pergi beli jug (tetiba pulak)

Diari suami isteri.

  • Selepas Zohor, bergegas ke suatu daerah lupa nama untuk menguruskan bayaran rumah etc. Oh terlupa. Sebelum itu, telah ke Sunnybank untuk urusan kewangan $$$$$ (simbol wang).
  • Suami telah membuat tawaran yang biasa dibuat kepada saya ; You nak Taro Milk Tea? Ya Allah, ada ke patut pergi tanya dekat Chika. Mana pernah taknak lah bukan? Pantang di offer. Err. Bergegas mendapatkan minuman kegemaran buat masa kini. Punyalah tamak, order besar besar. Lepastu minum sampai nak muntah tapi tak mengaku. Err. Macam setiap hari kena minum minuman tersebut. Ya Allah. Lazat berkrim disukai err… ramai. (tak pasti sangat) Okay okay. Tak penting sangat cakap pasal Taro Milk Tea.
  • Telah ke Westfield Carindale Shopping Centre! Tempat yang sangat menseronokkan zahir batin. Tapi tak sempat explore the whole shopping mall. Dalam tak sempat-tak sempat, dapat jugak saya sesuatu yang sangat menggembirakan yahoooo.

Remember? Fossil watches yang saya target beberapa bulan lepas? Saya tak beli kesemua yang saya target. Sebab semasa melihat dan menatapnya live dengan mata hati sendiri, jadi kurang motivasi. HAHA. Telah membeli model lain yang langsung tak ada dalam target. Err. Sebab telah falling cinta yang lain.

Anyway. Terima kasih sayang.

Saya sangat rindu keluarga di Kuala Lumpur. Tadi call emak. Sangat gembira dapat berbual dengan emak dan Mak Yang. Sempat belajar memasak gulai asam kegemaran dengan Mak Yang on the phone. Sayang, I dah pandai buat dah! Esok kita masak dengan penuh kasih sayang. I dah salin resipi dalam hati. HAHAHAHAHAHAHA.

.

.

Husband is working. Saya is blogging.

Minggu ni, kena bersendirian di rumah sepanjang malam sampai ke pagi. Sebab husband kerja shift malam. Sangat bosan bila husband tak ada. Saya suka bila husband ada sebab boleh bercakap dan menyoal dan mengganggu, memasak, juga berkasih sayang. Chika, please Chika! Talk to the hand.

Tapi yang bestnya bila husband kerja malam, sepanjang siang dapat menatap husband saya. HAHA.Err. Harap maaf semua. Memang sedang cintakan suami sendiri secara melimpah ruah. He is my favorite subject at the moment. Tak ada benda lain dah yang lebih attractive selain beliau. Obsess ke apa neh? HAHAHA. Macam tak kelakar. Semua benda adalah plain and dull kecuali beliau. Fuuuu dahsyat tak aku punya ayat? Semakin terror.

Oyya.

Origin (Electricity and natural gas company) memang mabuk ke apatah. Mereka hantar surat ke rumah kami. Atas nama saya. ‘NAMA SAYA’. Rasa nak melalak okay aku tengok nama aku jadi ;

Murumheizun Zaintin

KAHKAHKAHKAH. Nak gelak ada, nak hangin pon ada. Dah macam Jerman dah nama aku. Husbandasaya hangin okay. Dah lah address kami dia salah tulis. Pandai-pandai je. Tak sekolah ke. Hey hey. Pergilah sekolah dekat Wishart ni ada banyak sekolah macam best. Emak tak mampu hantar awak pergi sekolah ke? Kerja dengan company besar, tapi tak pandai-pandai jugak. Camana tu?

Buruk tahu nama tersebut! Mesti ibubapa saya kesal kalau tahu anak dia dapat nama buruk setelah 2 minggu duduk Aussie. Jangan sedih jangan sedih. Banyak lagi pancaroba dalam dunia neh.

Dan macam biasa. Akan mintak diri secara melulu setelah bosan dengan blog sendiri. Habis.

Wheel of Brisbane

Posted by chika under Uncategorized

Last weekend sangat memenatkan. Err. Bukan bukan. Kesemua hari pada minggu yang lalu adalah sangat memenatkan. Shopping tanpa henti (bukan shopping beli lipstick dengan tunic ke apa mind you!) Shopping untuk rumah. Iaitu memenuhi keperluan asas kehidupan yang kadang-kadang taklah asas sangat. KAH KAH KAH.Setiap hari keluar ke sekitar shopping mall yang ada di area kediaman kami sampaikan sekarang dah taknak keluar rumah dah rasanya. Punyalah muak. HAHA. Aku ke tu?

Saturday dengan Sunday, kejar garage sales selepas Subuh. Bad mood pon ada sebab kena bangun pagi-pagi. HAHAHAHAHAHA.

Disebabkan kami berdua dah rasa tegang kepala otak sebab tak habis-habis dengan urusan rumah, saya pon mengeluarkan mentol bercahaya terang menyuluh alam (ececeh). Saya mensarankan kepada husband, untuk pergi ke Brisbane City. Motif adalah tak berapa jelas. HAHA. Dah lah keluar petang-petang. Maka, petang Ahad yang lalu kami pon makan angin di Brisbane (tak tahu ada angin ke tak)

Ya Allah. Kenapa saya tulis macam buat laporan lawatan akademik neh? Why? Why? Nyampah nyampah.

Di hadapan Conrad Hotel.

Saya tak percaya saya serendah itu bila di sisi suami. Tapi tak apa. Allah mencintai orang-orang yang redha dan pasrah kepadaNYA. Eh eh, tetiba pulak. Anyway kan, Vistoria tak cantek kan? Kan? Victoria, keluar skang! Replace monumen muka saya tak boleh ke? KAH KAH KAH. Okay, tak kelakar. Next!

Sayang, you pilih GPS ke atau you pilih I. Jawap sekarang!
HAHAHA.

Hep! Jaga mulut jaga mulut. Jangan berani kutuk atau hina atau mengata yang buruk-buruk pasal GPS dia. Nanti buruk padahnya.

Sayang, ini dekat South Bank ke? I tak sure. Tapi I macam sure sikit. Correct me if I am wrong.

Masa ni dah nak masuk Maghrib. My husband dah mula gelisah carik tempat solat. Dia boleh je solat kat mana-mana. Tapi saya buat hal sikit. Sebab saya tak tahu nak solat macam mana. Dah biasa solat secara proper atas sejadah, atas carpet dalam prayer room. Tapi dekat sini nak carik surau, sampai hujung nyawa pon tak jumpa. Brisbane Mosque adalah tak berapa nak dekat. Kalau nak ke sana, antara sempat Maghrib atau tidak. Dan jauhnya adalah sama macam kami pulang ke rumah.

Husband saya pon mengeluarkan GPS kesayangan (yang sangat dicemburui oleh… err.. maksud saya, saya tak bermaksud apa-apa HAHA). Cari halal restaurant ke apa sebab kat situ mesti ada muslim malangnya semua halal restaurant yang disebut dalam GPS sudah tak ada.

Husband pon mensarankan kami mencari hospital. Sebab husband cakap, dekat hospital confirm ada prayer room. Saya cakap, masuklah klinik gigi. KAH KAH KAH. Lantas, suami pon mengeluarkan statement yang macam kelakar sikit ; Kat klinik gigi manader orang mati. Kalau takde orang mati, manader prayer room.

Ooooo. Prayer room tu untuk solat jenazah eh? Soalan seorang isteri yang mungkin mencabar kesabaran suami yang sedang tension mencarik tempat solat.

Bukanlah. Prayer room tu, untuk multi religious lah. Nak doa-doa ke apa. Taknak kasi mati. Mintak kat tuhan semua.

HAHAHA

Okay. Masuk akal.

Saya janji. Lain kali, saya akan solat di mana-mana sahaja. Moral of the story, ini bukan Malaysia. Kena survive menjadi muslimah di tanah bukan islam. Tak boleh harap sangat nak solat di tempat yang proper. Saya janji akan belajar untuk survive menjadi muslimah yang fleksibel dengan tempat dan situasi.

Seriously, saya tahu husband sangat bengang malam kejadian itu. Maafkan saya *terkebil-kebil*

Tickets! $15 per adult.

Yeay! Wheel of Brisbane. Dekat South Bank Parkland. Err. Actually bukan menyeronokkan sangat pon wheel dia. Tak ada beza naik di Brisbane atau di Tasek Titiwangsa. Yang bezanya, sebab boleh berkasih sayang dengan suami sendiri dalam gondola. Ya Allah. Ayat jangan melampaui batas umum boleh? Err. Maksud saya, boleh berdua dengan suami. Itu sahaja. Bukan nak naik sangat pon gondola dia. Macam heran je. HAHAHAHA.

Susah okay nak sampai ke sini sebab ada orang degil taknak percaya cakap kita. Tu lah. Lagi percaya GPS dari bini sendiri. Tu lah akibatnya. Ambik iktibar sikit, tolong. HAHAHAHA :P

Orait. Ini gambar favorite kami.

Balik rumah, masak! Yeay I love cooking!
Tak percaya sudah. Boleh keluar sekarang. HAHAHAHAH

Live from Brisbane Darul Panas

Posted by chika under Uncategorized

Assalamualaikum (tak jawap dosa)

Apa khabar anda semua? Saya sihat dan baik sahaja tidak terhingga. HAHA. Semuanya menggembirakan di bumi Kangaroo ini (padahal belum pernah nampak seekor pon kangaroo walaupon sudah 10 hari di sini) Masakan boleh terlanggar bahu dengan kangaroo sedangkan saya belum ke zoo. HAHA. Aktiviti di sini sangat terhad iaitu tidak lebih daripada membeli-belah, mengemas rumah, memasak dan berkasih sayang (Ya Allah, sayangnya dekat suami sendiri).

Malam ini saya kesunyian (eceh). Sudah dua malam saya berseorangan di dalam rumah dua tingkat berwarna putih bersih yang cantik dan memiliki kitchen yang sangat hyperactive (tak percaya tak apa). Di manakah suami? Husband saya pergi tidur dekat hospital. Ada rumah yang selesa dan mendamaikan pon masih nak tidur dekat hospital. HAHA. Err. Jangan memfitnah suami sendiri, berdosa besar. Sebenarnya husband pergi kerja shift malam (bosan betullah. I suruh jangan kerja, degil nak kerja jugak). Ya Allah. Isteri apakah ni tak suka suami pergi kerja? Bawak mengucap skang!

Comel betul husband pergi kerja pakai baju tidur (gulp) Fitnah lagi. KAH KAH KAH. Bukan baju tidurlah, bukan! Apa aku merepek ni takde keje lain ke? Pergi masak skang. Bosan betullah hidup ini tanpa suami di sisi ewaaahhh! Dahlah tak pernah nampak bayang jiran sebelah kiri. Jiran sebelah kanan pulak baru jumpa dua kali. Nak ajak bersembang apatah lagi. Jiran sebelah kan, dia ada trampoline. (eh eh tetiba pulak) Saya pujuk husband mintak satu trampoline husband senyum je. Sambil telan air liur kut. Eh eh. Sedang mengadu ke apa neh? HAHAHAHAHAHAHA.

Sudah jam 12.35 waktu di sini. Sepatutnya sudah tidur tapi sedang histeria atau melepaskan ketagihan internet yang membuak-buak. Thanks dekat husband saya sebab berusaha bersungguh-sungguh setup connection sebelum pergi kerja tadi. One week kami apply wireless, tapi tak activate langsung. Sampai husband saya tension. Saya pon tension sekaki. Lepastu secara kuasa supernya, berjaya juga pada malam yang penuh barakah ini (?)

Sayang, I am sorry sebab tercabutkan plug modem. Lepastu diam macam tak bersalah. Padahal dalam hati macam takut-takut sikit. HAHA. Terlalu takut sampai terus pergi solat Isyaq. KAH KAH KAH. Takut you suruh i makan modem ke apa ke. Eh mana mungkin. You husband paling lemah lembut dalam dunia. Mana mungkin nak tengking I sebab modem yang tak berdosa. Bukan kah? HAHA

Err. Banyak sangat nak dicerita sampai tak tahu nak cerita apa dah. HAHA. Saya akan menceritakan penceritaan secara random mengikut apa yang terlintas dalam kepala saya yang bercahaya rainbow ini. Tahukah cahaya rainbow tu apa? Maksud saya, yang sangat colorful dan gembira sakan. Anyway. Ais krim paddle pop pelangi adalah HALAL di sini dan saya sangat gembira (lagi sekali, buat cerita secara tiba-tiba). Dan penemuan tersebut telah mencatatkan, bahawa Underwood adalah sebuah kawasan di Brisbane yang terpaling cemerlang untuk umat Islam yang dikasihani.

Kenapakah saya beranggapan bahawa Underwood adalah sebuah tempat yang cemerlang?

  1. Tempat pertama saya berjumpa paddle pop pelangi dengan tulisan “Halal Gelatine” di sini.
  2. Ada kedai menjual hijab. Lantas saya dan suami telah bergegas ke sana untuk mendapatkan long scarf (atau tudung panjang) floral patent yang cantik-cantik. Dan yang penting, ia murah sampai kami tak percaya. Saya pon jadi mendadak jakun sebab dapat beli dua long scarfs bersama sehelai anak tudung dengan harga $16. Betul-betul menjakunkan.Okay, jangan jakun sangat. Sebenarnya ia on 50% sales. Okay. Macam tak penting sangat cerita pasal tudung murah.
  3. Ada Malaysian Restaurant tapi bukan halal pon. HAHA. Tapi boleh bangga-bangga dan mengubat rindu pada tanah air sendiri bila terbaca signboard restaurant tersebut. Padahal tak penting sangat. Sebab itu kedai Buddha lah hayyoh.
  4. Ada dua restoren HALAL. Di mana kami boleh mendapatkan chicken chop atau steak atau lamb atau apa sahaja daging secara halal. Makan tanpa was-was. Ooop ooop! Daging khinzir halal memang tak ada. Jangan tanya.
  5. Terdapat HALAL BUTCHER yahooooooo! Seminggu lamanya saya sengsara tak dapat menjamah daging ayam. KFC apatah lagi, jangan harap. Ayam tak sembelih berhukum haram. Ya Allah. Betul-betul menguji keimanan. Nasib baik, saya sentiasa alim dalam bab makan. HAHAHAHA. Dengan adanya Halal Butcher dekat Underwood (yang terpaling dekat dengan kediaman kami), maka dapatlah si suami memenuhi keinginan isteri yang nak makan benda merepek seperti ayam goreng kunyit dengan kicap kipas udang. Malangnya, kicap kipas udang tak ditemui sehingga kini. Kami pon sepakat membeli kicap ABC made in Indonesia sahaja. Ya Allah. Frust betul. HAHA

Baiklah. Saya dah terlalu penat. Menjadi seorang isteri bergelar surirumahtangga sepenuh masa memang penat jugak. Walaupon tak pasti sangat apakah dia kepenatan tersebut, tapi diakui memang penat. Kalau mengadu dekat emak, mesti emak akan bertanya “Buat apa je sampai penat sangat?” Nampak sangat Chika suka nak over. HAHAHAHAHA. Hep! Ni betul-betul penat tahu. Dah lah asyik mengemas kitchen. Maklumlah, kitchen merupakan area terpaling aktif dalam rumah ni. KAH KAH KAH. Dan kitchen lah yang kelihatan paling menarik selain mengintai halaman jiran yang ada trampoline (okay, I gurau je)

Saya tak sabar nak tunggu esok pagi suami pulang ke pangkuan isteri (ayat apa nih???? Tolong jangan buat lagi boleh?) Saya bosan betul bila suami pergi kerja. Saya harap suami saya akan bekerja seminggu sekali sahaja tapi mana mungkin. HAHA. Setiap hari, hobi saya adalah menunggu suami pulang ke rumah. Kalau suami di rumah, hobi saya ialah mengajukan soalan beraneka jenis. HAHA. Baru dia tahu, macam mana susahnya melayan seorang isteri yang talkative.

Saya harap, husband saya akan pulang on time tanpa ada penangguhan ke apa. HAHA. Oyya, pagi tadi. Saya telah membuka pintu untuk menyambut kepulangan husband dengan sebuah kejutan dalam bentuk bunga-bungaan. HAHA. Macam biasa. Perempuan dapat bunga tak ada beza sangat dengan kera dapat bunga. Apakah? Saya bergurau. Saya sangat excited sampai tak tahu nak buat apa dengan lily yang gila cantek menawan. Kalau anda nak mengorat girlfriend anda atau nak ajak dia bertunang cepat-cepat, bolehlah bagi lily cantek macam ni. Confirm hati kekasih akan cair. HAHA. Nasib baik husband saya belikan flowers, kalau tak mesti ada perempuan histeria kejap in the morning sebab suami lambat 1 jam. HAHAHAHAHAHAHAA.

Rumah kami nampak berseri sikit dengan adanya sepasu (padahal bukan pasu) bunga segar. Husband saya sangat pandai. Dia masukkan bunga dalam campuran air Sprite dengan air paip. Tak tahu apa natijahnya tapi dia kata akan membekalkan keperluan kepada bunga. Saya percaya je sebab dia pandai. HAHAHA.

Dah lah pandai beli bunga dan masukkan dalam air Sprite, memandai-mandai tanam pokok bawang depan pintu masuk pulak tu. KAH KAH KAH. Comel betul. Kalau pokok tersebut hidup segar, kita bukak pasar tani lah okek. I jadik cashier. You boleh shout “Daun bawang daun bawang! Murah murah!”. Lepastu you tak payah pergi hospital dah pada waktu malam. Tapi I gembira you kerja malam sebab next week you tak kerja siang malam langsung. Hooooray! Kita makan angin minum angin juga!

Bersambung.

Selamat Tinggal Malaysia

Posted by chika under Uncategorized

Bismillah.

Ya Allah. Rindunya blog. Rindunya dengan anda semua. Rindunya rumah keluarga. Rindunya internet. Rindunya dekat suami. Aik?

Malam ni balik Cheras. Husband saya (ehem ehem) di rumah keluarganya di Kajang. Eh eh. Split sikit. HAHA. Tapi tak apa. Esok sebelum subuh jumpa lagi. HAHA.

Sayang, I rindu you secara banyak.

Anyway.

Esok selepas Subuh akan bertolak ke airport. Saya akan mengikut suami ke Brisbane. Since husband saya attach dengan government sana, sebagai isteri solehah (eceh) saya akan berada di mana beliau berada (Ya Allah sayang, bini sapa la neh bukan main mulia lagi) KAH KAH KAH.

Alhamdulillah. Majlis resepsi sebelah lelaki dah selesai tadi (will update the details nanti). Letih sangat tak tahu nak cakap. Barang belum packing untuk travel. Tak percaya betul akan menetap di Australia bersama husband. Esok flight pukul 9 pagi insyaallah.

Thanks dekat Aizar, Astri dan ibu sebab datang rumah tengah-tengah malam ni untuk hantar kek coklat. Terharu betul. Sebak tak tahu nak cakap. Lepas neh semuanya akan berubah banyak. Saya pon tak akan ada di KL lagi untuk bergembira bersama rakan-rakan. Tak tahu bila nak jumpa dan bergembira lagi. Ih. Jangan bukak cerita sebak boleh?

Okay. Pasal wedding akan ditulis kemudian. Tak tahu bila sebab terlalu banyak benda nak dibuat dalam waktu terdekat ni. Nak pindah Brisbane ni pon masalah jugak ni. Tapi tak apa. Kita cerita lain kali.

Err. Husband? Husband saya kah? Beliau sangat baik dan sangat membahagiakan. Saya sedang falling cinta dengan suami sendiri dan tak ada lelaki lain lagi dah lagi menarik perhatian. Dah lah nice, romantik, handsome pulak tu. Ya Allah, puji laki sendiri KAH KAH KAH.

Alhamdulillah. Kami dah selamat diijabkabul. Lepas kahwin, semuanya berubah I tell you. Perasaan sayang akan jadi mendadak-dadak naik. Akan berasa, tiada lelaki lain lagi dah yang lebih sempurna daripada suami sendiri. Saya rasa, beliau semakin hari semakin sweet.Ya Allah. Jatuh cinta setiap hari. KAH KAH KAH

Oh sayang, I love you. I suka everything about you. Walaupon bila I drive you tidur, bila you drive I tak tidur … still. I love you secara banyak.

Okay confirmed. Kahwin memang menyeronokkan. Anda, bila lagi? HAHAHAHAHA

Terima kasih kepada;

  • Semua yang hadir (saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga dan bloggers)
  • Bloggers yang siapkan entry about the wedding.
  • Rakan taulan yang excited betul upload photo wedding saya (sampai saya dengan husband tak ada kerja lain, teruja sangat carik gambar wedding sendiri HAHA)

Sangat kepenatan hanya Allah yang tahu. Harus tidur sekarang jugak.

Mulai esok, dengan perpindahannya saya ke Brisbane mengikut husband, akan bermulalah secara rasminya jawatan surirumah tangga kepada saya. Akan melakukan kerja-kerja rumahtangga secara sendiri. Dalam seminggu berumahtangga neh, semua benda masih harapkan keluarga buat. Nanti dah terkontang-kanting jauh dari family, ha! Tahulah aku! KAH KAH KAH. Doakan kebahagian saya dan suami.

Dup dap dup dap.

Tak tahu macam manakah kelak kehidupan. Esok. Tinggal esok. Ya Allah. Peliharalah kami. Amin.

Aturcara Majlis

Posted by chika under Uncategorized

Assalamualaikum.
Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa, jemputan saya terbuka kepada pembaca yang sudi dan berkesempatan menghadiri majlis walimatul urus saya. Jika berkesempatan, jemput sahaja ke rumah berpandukan map dan alamat di bawah.

Untuk map :

http://nurulism.com/2009/01/22/undangan-lokasi

Tidak perlu email ke saya untuk mendapatkan keizinan (HAHA) sebab saya sudah tidak berkesempatan menyemak email lagi. Boleh membawa diri masing-masing jika sudi. HEHE (hehe?)

ACARA

Nikah

Tarikh : 7 Februari 2009, Sabtu.
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Kediaman keluarga saya.

Majlis jemputan

Tarikh : 8 Februari 2009, Ahad.
Masa : 11 pagi - 4 petang
Tempat : Kediaman keluarga saya (rujuk link di atas)
Ketibaan pengantin lelaki : +/- 1.30 petang (insyaallah)

Amat menghargai kehadiran saudara saudari kelak.

8 FEBRUARI 2009