Archive for January, 2009

CHING CHING CHING

Posted by chika under shopping, Uncategorized

Teringin nak blog sebelum SPA Q. Memang teringin sangat neh. HAHAHA.

Sudah call kakak make-up untuk photoshoot. Putar alam betul saya. Kejap janji dengan orang ni. Lepas tu cancel. Lepas tu ambik balik. Lepastu cancel lagi. No wonder Kakak Umi pening dengan saya tapi dia kata tak apa. (Boleh buat lagi).

Insyaallah bayar deposit esok pagi. Tak sabar nak settle.

  • Pelamin. Checked.
  • Make up. Checked.
  • Persalinan. Checked.

Dan kesemuanya dari pelbagai pihak yang berlainan. Kata je ambik package. KAH KAH KAH. Nasib lah dia dapat customer macam aku neh. Saya tengok Kakak Umi (assistant dia) pon naik pusing kepala. Apa akallah customers always right kalau tak, nahaslah Chika sudah. HAHAAHAHA.

Akan menjadi sangat sangat sibuk. Malam sahaja akan sedikit free dan kalau generous akan bagi entry. Kalau tak, mintak sorry.

  • Esok bayar deposit untuk book make-up artist.
  • Jumaat emak balik Tg Malim insyaallah. Saya tak ikut insyaallah. Mungkin akan keluar bersosial dengan rakan-rakan insyaallah. Waktu kecemasan neh. Tak lama lagi takda boleh pergi main lagik. Main? Maksud saudari, main apa tu? Saya tak bermaksud apa-apa.
  • Sabtu Aizar balik Cheras. Akan pergi mengedar dadah (hoi!) mengedar kad jemputan kepada rakan taulan. Atau mungkin akan mengadakan bachelorette party bersama studiobabes. Habislah.
  • Ahad ni Hafiz datang untuk rehearsal.
  • Next week Aizar akan available insyaallah. Okay. Otak saya berdenyut-denyut. Sebab tak lama lagi akan disinari cahaya mentol di atas kepala.
  • Next Friday tunang saya balik yahoooooooo dot com dot my.
  • Weekends join dia tasting menu untuk reception beliau. Yahooo lagi sekali sebab sudah terlalu lama takda berjumpa tunangan. Ececeh. Gagah tak gagah lah Chika ni kan. Takda dating 4 bulan pon sangat steady. Tabah betul. Engkau boleh? (Tiba-tiba jatuh hukum riak takbur berdosa semua sekali)
  • Urusan permohonan nikah secara tergopoh-gapah. See see. Sangat steady. (Okay keangkuhan berleluasa. Ampunkan je)
  • Beli ticket. Ticket? Ticket menonton konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur (mentipu anda). Nampak sangat nak kena cincang dengan Encik Zainodin. Lepas nikah menonton konsert macam tak ada kerja lain ke apatah. HAHAHAHA. Ticket pergi honeymoon. Jeng je jeng. Sajalah. Memang suka membuat saspen padahal takda sapa saspen pon.

Nyampahlah Chika neh. Tengok SPA Q lagi elok.

Tadi petang saya dengan Astri membuat kerja amal woh. Tapi amal yang tak berapa nak sampai sangat. Namun begitu, membantu jiran mengangkat jemuran dalam hujan lebat dikira mulia lah bukan? KAH KAH KAH. Macam tak percaya. Aku kah yang melakukannya tersebut? Apa yang penting?! KERJASAMA!

Salon

Posted by chika under Uncategorized

A very productive day of mine.

Telah bangun pagi-pagi macam biasa (MACAM BIASA?) Lagi beberapa hari nak upgrade status ni, emak lantik saya jadi supir Adek. Macam biasa. Jangan derhaka cakap emak. Supir pon supir lah. Bangun pagi pon, pagi lah. Tak mandi pon tak mandilah (sebab mandi dalam hati). Yang penting gaya mesti ada. Pakai selendang hitam, pakai glasses (Padahal pukul 7 pagi tapi takda peduli kalau kena gelak) Baju? Pakai T-shirt buruk seluar bunga-bunga. Apa ada hal. Bukan mahu keluar menghantar Adek sampai ke depan pintu kelas pon. KAH KAH KAH. Mungkin esok kena tampal sticker dekat kenderaan ; PEMANDU MEMAKAI SELUAR TIDUR BUNGA-BUNGA. RM10! RM10! MURAH MURAH MURAH!

Pulang ke rumah, telah menghadap blog seketika. Balas-balas komen tapi tak terbalas kesemuanya. Banyak sangat. Mungkin kena iklankan jawatan Co-pilot untuk nurulism.com. Tak payah kelayakan sangat. Yang penting pandai ketuk papan kekunci dan boleh menggoreng ayat. Goreng ikan, goreng keropok lekor semua simpan dalam hati.

Bersiap-siap terus ke Pejabat Pos. Tahukah saya telah berjalan menggunakan kaki kiri dan kanan untuk sampai ke Pejabat Pos ewwaaah. Ayat macam hebat lah bukan? Padahal berjalan dari parking area sahaja. Tapi boleh tahanlah lenguh kaki dibuatnya. Terhegeh-hegeh berjalan kaki seorang diri. Macam perempuan yang tak ada orang nak kawan dengan dia. Pagi tadi telah selamat menghantarkan kad-kad jemputan ke seluruh pelusuk negara lagi. Sebenarnya saya sentiasa bersedia untuk ke pejabat pos (walaupon takda postmen muka Andy Estranged ke apa. Ingat Allah ingat Allah). Bagi sahaja alamat, pasti kad akan sampai ke rumah anda. Amin. (tak tahu kenapa kena Amin)

Kemudiannya ke bank untuk mengikis harta sendiri. HAHAHAHA. Erk. Bukanlah. Ke bank untuk urusan yang mengkelakarkan. Pergi tanya soalan bukan-bukan sampai kakak bank cakap ; Adek pergi balik, carik buku bank kasi jumpa dulu. Lantas tersenyum kakak tersebut. Nasib baik tersenyum. Kalau dia membuat muka yang bukan-bukan dia akan menyesal. Eceh.

Saloooon. Saya suka betul pergi salon. Saya lagi suka pergi salon daripada pergi SPA atau buat facial treatment. Tapi sebenarnya saya suka buat semua benda yang menghabiskan duit. Sebab saya tak tahu apakah dia benda yang seronok tapi tak menghabiskan duit. Nafsu serakahkahkah. Nak tumpang tandas shopping mall untuk betulkan tudung pon kena pakai duit. Inikan pulak untuk tujuan lain. Nasib baik tidur tak payah pakai duit.

Dari jam 1 sampai ke jam 4 petang saya di salon. Perut pon sampai menjadi terlalu sengsara.

Chika : Amoi ar, I lapar la.
Amoi tukang dandan : You mahu I carikkan bun untuk you?
Chika : Don’t want lah. I want to eat nasik. I need nasik.
Amoi tukang dandan : Ya lor. Banyak lapar meh?
Chika : Lama sangatlah duduk sini. I nak nasik.
Amoi tukang dandan : HAHAHA. Kesian you lah, Amoi. Nanti ar. Sikit lagi siap. Cuci-cuci, lepas itu kita blow ar. And then you boleh balik mintak you punya emak bagi you nasik. HAHAHA.
Chika : Ya lor. Nasik. Nasik.

HAHAHAHAHAHAHAHA. Malu emak kalau tahu anak dia sengsara mintak nasik dalam salon. Amoi pon satu. Suka sangat layan aku. KAH KAH KAH. Kan saya dah cakap berbuih-buih. Saya sangat suka makan nasik. Sebab itu engkau jangan suka sangat nak tanya kenapa badan aku ‘solid’ like this wor. HAHAHAHA. Terlalu ber-karbohidrat lah katakan.

3 jam dalam salon. Tapi ini pengalaman yang tak berapa thrill. Duduk 6 jam dalam saloon pon saya biasa buat. (Dululah. Semasa tak ada komitmen sangat dalam hidup neh) Sampai Adek tertidur-tidur, bangun tidur, makan roti, tidur balik dan bangun balik pon pernah! HAHA. Tapi kali neh pergi seorang diri sebab Adek saya sekolah.

Balik-balik je rumah, kena serang.

Adek : Janji nak pergi saloon ngan Adek.

Okay macam biasa. Dia sentap.

Emak : Apsal rambot kau pendekkkk? Menjawaplah kau dengan abah kau malam kang.

BINGO BINGO BINGO!
Menjawaplah aku.

Setiap kali balik dari salon mesti akan konflik dua tiga hari dengan bapa saya. Bapa saya akan sentap setiap kali saya trim rambut. Padahal 2 inches saja. Tapi dia boleh perasan tu. Okay. Good lucklah kepada aku. Harap-harap tak ada konflik anak-beranak disebabkan rambut. Ye lah ye lah. Saya mengaku. Gila takut nak jumpa bapa saya. Confirm, nahas!

Bapa saya memang sensitif pasal isu neh. Aku pon satu. Tak takut menderhaka ke? Ke? Ke?

Minna wa minkum taqabbal yaa kareem.

Ucapan Perkahwinan

Posted by chika under Wedding Wishes

Ucapan dari pembaca : Karim Pisang
(unik betul nama. Setiap kali baca nama dia, berasa lawak betul)

Terima kasih sebab editkkan foto beserta ucapan perkahwinan buat saya. Sangat menghargainya. Walaupon muka saya jadi horror sikit. Nampak nak telan orang ke apatah mata saya tersebut. HAHAHAHA. Terima kasih banyak-banyak.

Elok sangatlah. Tengah sebok-sebok ni, tak berapa ada peruntukan masa di waktu siang untuk memblog. Dengan adanya foto tersebut, dapatlah modal membuat entry yang tidak memakan masa yang panjang.

Ada siapa-siapa lagi sudi menyumbang modal untuk entry siang saya? Bolehlah berbuat demikian. Sengajalah. Menaikkan mood perkahwinan. Tinggal 18 hari ni. Saya ingin membuka peluang kepada siapa-siapa yang berminat untuk menyumbang entry. Yang akan di-publish pada waktu siang. Jangan bimbang. Kredit akan diberikan kepada anda.

Email ke chika@nurulism.com

Where do I begin

Posted by chika under Uncategorized

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Andy Williams // Where Do I begin

Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love he brings to me
Where do I start

Photobucket

Saya pernah dengar. Tak tahulah ini pepatah atau simpulan bahasa atau penjodoh bilangan atau pon kata kerja. Orang cakap ; Jodoh ada di sekeliling kita. Ia dekat dengan kita. Orang cakap. Terlalu rambang fakta ni.

Saya semakin percaya.

Bila tunang saya pulang ke tanah air (May lalu kalau tak silap), beliau mula contact saya melalui email. Seingat saya, dia memperkenalkan diri beserta tempat tinggal. Woh. Betul-betul punya dekat antara saya dengan dia kalau dikira dari sifat JARAK. Rumah keluarga dia dekat betul dengan kampus saya.

Kemudiannya, dia bertugas sementara dekat Ampang. Woh again. Betul betul betul punya betul berhampiran dengan kediaman saya. See see. DEKAT.

Kami bertunang pada July yang lalu. Tak lama itu, ibu (Aizar’s mother) telah found out sesuatu. Jiran mereka ada kena mengena dengan cousin tunang saya (or something like that malas cerita banyak sangat).

Tak lama selepas itu, my future MIL bagitahu. Bekas pengetua sekolah saya adalah bersaudara dengan keluarga tunang saya. (Dear friends, ingat Dtn Hjh Halimah? Ingat? HAHAHA). Woh again.

Semasa majlis pertunangan, the future kakak in-law cakap, dia biasa jugak ke area rumah saya sebab ada seorang rakan dia yang tinggal di kawasan kejiranan kami. HAHA. Okay kebetulan lagi satu.

Beberapa bulan yang lalu, ada seorang reader yang memberitahu saya bahawa dia mengenali keluarga tunang saya. Omaigod. Dahsyat betul dan sukar dipercayai. Beliau pon mungkin terkejut setelah mengetahuinya. Tapi itulah. Kebetulan yang dekat.

Dan pagi tadi. Emak saya dapat satu lagi kejadian yang WOH WOH! Ada seorang perempuan datang jumpa emak saya bersama rakan dia. Beriya-iya mencari emak saya. Memendekkan cerita (Chika ni bukan boleh percaya sangat. Karang boleh meleret cerita neh jadi 20 episod), perempuan tersebut pon tanyalah itu ini tentang perkahwinan saya. Dan akhirnya dia perkenalkan diri dia sebagai emak saudara tunang saya. (HUH?) Bantai ketawa kami setelah bercerita semula di rumah. Mahu taknya. Sangat kebetulan yang aneh.

Mak cik tersebut telah datang ke rumah seorang rakan dia di Cheras neh. Rakan tersebut adalah penduduk di sini. Yang mengenali emak saya (Sampai siap kenal atuk saya) Tak tahu macam mana cerita dia, dia menunjukkan kad jemputan kahwen saya kepada perempuan yang dikatakan emak saudara tunang saya. Kemudiannya mereka pon terkesima. Sebab tak sangka-sangka, nama anak buah dia ada dalam kad tersebut. KAH KAH KAH. Aneh betul. Kebetulan yang aneh. Terus mereka mencari emak saya untuk kepastian. Lagipon, rakan emak saya ni tak sangka emak saya ada anak perempuan yang hendak kawen (Tak tahu kenapa tak sangka. Mungkin tak pernah tahu kewujudan saya)

See see. Kebetulan yang dekat dan mendekatkan.

Lagi sekali.

Malam ni tadi, saya terbaca mesej yang seorang rakan matrikulasi saya hantar. Selain untuk ucapkan terima kasih sebab saya dah pos kad ke Johor untuk dia, dia jugak hendak menyampaikan sebuah kisah kebetulan yang mungkin dia pon rasa aneh. Kawan saya ni cakap, emak dia betul-betul terkejut bila membaca kad jemputan kami. Sebab emak kawan saya ni macam kenal sangat dengan nama my future MIL. Omaigod lagi. Emak rakan saya terus menghubungi bakal emak mertua saya. BINGO! Memang kenal sangat.

Okay mari buat kesimpulan.

Tunang saya dulu menetap punya jauh berjuta batu di sebarang laut meredah awan gemawan lautan udara dan sebagainya sebelum kenal saya. (Penggunaan ayat hyper untuk menunjukkan kejauhan yang extreme). Tapi, banyak betul perkaitan yang dekat-dekat. Yang membuatkan saya pon jadi faham. Kenapa orang cakap ; Jodoh ada di sekeliling kita. Err. Mungkin betul. Jodoh kita bukanlah a complete stranger walaupon dia mungkin datang secara tiba-tiba sebagai seorang intrusa (orang asing).

Mungkin sekarang adalah peluang yang baik untuk saya menggunakan pepatah melayu ;

Ikan di laut, asam di darat.
Dalam periuk, bertemu juga.

Err. Tak tahu siapakah ikan, siapakah asam. Tapi masalah dia, tunang saya bukan tentera laut pon. HAHAHAHAHAHAHA. Okay tak kelakar.

Go back go back.

Percaya saja bila orang cakap tentang betapa dekatnya jodoh dengan kita. Percaya je. Sejauh mana pon datangnya jodoh tersebut, dia sebenarnya dekat jugak dengan kita.

Mungkin anda pernah terlanggar bahu dengan jodoh anda semasa anda berebut jualan murah di Parkson Grand tapi anda tidak mengenalinya. Mungkin jodoh anda adalah orang yang anda tengking petang semalam. Mungkin juga, dia adalah orang yang anda kutuk pagi tadi semasa di pejabat. Boleh jadi juga, jodoh anda adalah orang yang anda sangat benci sampai kalau boleh nak tumbuk muka dia dua kali dan cincang badan dia atau koyakkan kasut dia. Paling dahsyat, mungkin juga jodoh anda dalam perjalanan menemui anda. Tapi anda tidak pernah menyangkanya. Sebab jodoh tu terlalu aneh. Miracle. (Maigod, saya suka betul perfume Miracle)

Eh eh.

Semalam bagi ceramah hukum hakam. Hari ni bagi motivasi jodoh. Nampak sangat tengah hilang identiti ke apatah. HAHAHAHAHA.

Saya cuma tengah kagum. Sebab banyak betul kebetulan. Dan esok lusa, mungkin ada kebetulan lain lagi. Err. Anda percaya sajalah. Jodoh tu bukan jauh sangat. Dekat. Cuma yang buat dia rasa jauh adalah masa. Eceh. Esok jugak aku hantar resume buat permohonan jawatan DJ radio RTM. Untuk slot luahan hati atau bicara rindu atau bicara cinta. Ewwwaaah! Tengok ayat macam ni punya meleleh, layak sangat! KAH KAH KAH.

Entry apakah neh? Siap lagu oldies. Topik boleh tahan berat ; JODOH. Susah betul jadi perempuan yang mengetuk papan kekunci dengan jiwa yang berbunga-bunga. Chika, keluar skang!

Pengantin : Hukum Berinai II

Posted by chika under Uncategorized

Ada 3 sebab kenapa saya menonton AJL (anugerah Juara Lagu lah).

  1. Ziana Zain
  2. Hafiz
  3. Andy Estranged (point ni tak cukup strong tapi memang jujur)

Ziana Zain memang penyanyi Malaysia favorite saya selain M.Nasir. Malas nak cerita banyak. Memang gemar. Agak kecewa sebab dia tak menang vokal padahal dia sepatutnya menang. Tapi tak apa. Bukan perkara duniawi yang penting sangat pon.

Hafiz. Err… siapa pulak neh? HAHAHA. Ini bukan artist. Ini rakan saya. Kumpulan dia (dia ada kumpulan muzik sendiri) bermain muzik untuk persembahan Aiman (Tak berapa kenallah pulak) Tapi rakan punya pasal, beriya-iya menonton. Lagipon Hafiz sudah kasi tahu awal-awal. Jangan lupa menonton dia dalam AJL. Ewah. Hebat jugak. Tapi sebenarnya itu bukan penting sangat. Yang penting … (Apa yang penting? Kerjasama!) Okay merepek Wonderpets. Back to business. Yang tersangat penting adalah, Hafiz dan gang adalah kumpulan muzik yang akan perform masa wedding saya kelak. Ewah ewah. Saya harap dia akan bagi performance yang memberangsangkan pengantin dan tetamu. Saya harap. Lagipon, dia bukan buat kerja amal. Dia buat business. Kalau dia buat kerja amal tolong member ke apa, dia tak perform baik pon boleh bagi tepukan bergemuruh. Tapi sebab dia membuat bisnes dengan rakan sendiri (dengan aku pon nak bisnes) maka dia kenalah membagikan persembahan yang memberangsangkan jugak.Anyway, dia bukan perjuang muzik rock atau indie. Jangan harap. Budak fakulti Islam, jurusan Syariah. Apa muzik kau jangkakan? HAHAHAHA.

Andy Estranged adalah … Ah, malas cakap. Sebut nama je orang dah tahu niat kau. Tak payah kau goreng ayat cakap dia drummer power lah. Dia ada personalitilah. Atau nak kelentong macam Estranged punya muzik hebat sangat. Sebab kalau kau sebut Andy je, orang dah faham sangat niat tak berapa betul kau dalam hati. KAH KAH KAH KAH. Lain kali boleh tak yang handsome jangan jadi drummer, boleh tak? Boleh tak yang handsome jadi tukang gantung tirai ke, jaga sound system ke, atau suara latar. Supaya tak ada peminat wanita pasang niat songsang. Nanti bias. Tak baik.

Previous post, saya belum sempat reply. Lepas ni mungkin. Atau esok pagi. Atau bila-bilalah bila perlu. Terima kasih sebab respon. Anehnya, rajin sangat meleretkan entry blog sampai ke YM. HAHAHA. Dah macam counter JAKIM dibuatnya. Saya bukan tahu sangat. Saya sekadar berkongsi. Untuk pengetahuan mendalam, marilah kita sama-sama membaca dan mengkaji. Sebab itu lagi baik daripada asyik mempertikaian. Hukum hakam bukan boleh dibuat sesedap rasa.

Ada yang kurang puas hati. Terus leave offline message dekat YM saya. Cara dia bercakap, seboleh-bolehnya nak menghukum halal kan perbuatan tersebut. Masalahnya, entry lepas bukan saya bagi tajuk : HARAM BERHENNA. Saya ajak berbincang. Saya nyatakan pendapat-pendapat ahli sunnah. Saya kongsikan hadith yang saya petik dari pokok. Hoi, bukanlah! Yang saya petik dari website rujukan. Kemudiannya, saya nyatakan keputusan saya yang tidak mahu melakukannya sebab saya ragu-ragu. Itu sahaja. Saya tidak provoke anda bahawa ianya HARAM. Saya tidak mahu sebab saya tidak nak meleret-leretkan soal hukum hakam dalam kepala. Lagipon, ia tidak menjejaskan apa-apa. Ada rugi sikitlah. Sebab dah beli henna satu kotak macam nak kahwen 15 malam punya ceremony ke apatah. HAHAHAHA. Tapi tak apa.

Ingat.

Ada banyak pendapat. Ia bukan macam hukum makan babi. Atau hukum berzina. Atau hukum minum arak. Kalau kau makan babi, itu memang haram. Kau jangan pergi forum hantar soalan pertikaian. Contoh ; Apa hukum makan daging babi betina bagi wanita muslim yang teringin sangat? Contohlah.

Sekarang kita bercakap tentang henna.

Ini bukan soal berat sangat. Ada banyak pendapat. Engkau boleh fikir dan buat keputusan engkau sendiri. Sebab kalau engkau pakai henna pon, tak ada orang pergi rejam engkau sampai mati. Ada pendapat, menyatakan ianya diharuskan selagi tak menyerupai ukiran binatang. Dan atas niat adat semata-mata. Kata orang, adat itu ditentang jangan, ditatang pon jangan.

Ah. Engkau pandai-pandailah.

Offline message anda telah terjawap di sini. SAYA TAK NAK BUAT. Itu satu keputusan. Bukan satu hukum yang saya jatuhkan. Faham boleh? Saya cuma berkongsi apa yang saya baca hari ni bersama anda. Saya pon bukan tahu sangat. Entry yang lalu hanyalah sebuah pernyataan semula yang saya petik dari website rujukan. Tiada pendapat yang saya keluarkan sendiri selain keputusan untuk TIDAK buat lukisan pada kulit.

Wallahualam.

Saya tahu readers saya sangat wise. Terima kasih sebab bagi komen yang setaraf dengan pengetahuan saya yang tak seberapa. Terima kasih sebab tak buat saya macam counter JAKIM. Terima kasih sebab tak wujudkan pertikaian tentang entry tersebut :)

Pasti ramai yang kecewa dengan previous post. (Perlukah saya meminta maaf sebab mengganggu ketenteraman anda yang sedang bersorak nak pakai inai kerawang-kerawang?) Sebab Chika ni buat kantoi ke apa? Tiba-tiba patahkan semangat orang yang berkobar berapi marak menyala untuk menconteng tangan. Saya pon kecewa juga. Sikit. Sebab sudah siap beli inai melambak. Siap simpan design lagi. Tangan pon dah siap. Itu bukan entry warning ke apa. Itu entry berkongsi maklumat. Ingat. Dia bukan macam hukum haram bila memakan babi atau minum arak. BUKAN. Cuba lah engkau baca lebih sikit. Nanti engkau dapat keyakinan dalam pendirian engkau. Betul. Ini bukan pertikaian. Ini pendirian.

Tak ada hukum tegas tentangnya secara menyeluruh. Ia tetap akan berbalik kepada pendapat-pendapat ulama’, hadith dan pendapat ahli sunnah.

Tolong betulkan saya kalau saya salah.

Tolong.

Jom YM Henna lagi! KAH KAH KAH.

.

.

The Fiance: hari tu bukan i ada mention ke pasal inai?
NuruLism: ada
The Fiance: ceh.. tak dapat credit pun….

Okay. Kredit kepada tunang saya sebab pernah usulkan tentang hukum inai sejak lama dulu. Tapi masa tu belum ambik pusing. Tiba-tiba hari ni buat entry inai dan terlupa bagi credit kepada beliau. Perbuatan yang kurang fair mungkin. KAH KAH KAH.

Pengantin : Hukum Berinai

Posted by chika under Uncategorized

Terbaca dari entry Aisyah, tentang hukum ber-henna bagi pengantin wanita. Sejak terbaca, saya jadi musykil. Perkara kecik mungkin, tapi kena ambik pandang jugak sebab membabitkan soal hukum.

Saya google pagi ni.

Dan saya telah membuat keputusan, untuk tidak menconteng tapak tangan mahupun kulit di belakang tapak tangan selain daripada kuku dan hujung jari.

Gambar contoh
Sumber : www.henna4u.co.uk

Berdasarkan bacaan saya (yang belum menyeluruh), saya boleh kongsikan beberapa perkara:

  • Hukum memakai inai bagi wanita

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).

  • Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki

Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’

Namun,

terdapat riwayat menyatakan :

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)

  • Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.

Ada banyak pendapat.

Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Wallahualam.

Bagi pendapat dan kefahaman saya :
Sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian, apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari. Sebab ianya diharuskan dan tidak ada pertikaian tentang jatuh ke hukum haram.

Senang lah bukan? Jangan pening kepala cuba membolehkan perkara-perkara yang jelas ada pertikaian. Lebih-lebih lagi kepada perkara yang tiada tuntutannya dalam Islam. Take it easy :)

Cuma untuk berkahwin. Bukan dalam kes darurat. Jangan berjuang mati-matian sangat dalam urusan inai. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.

Rujukan.

  1. Mesra Forum
  2. Al Fikrah
  3. Halaqah