Archive for January, 2009
Posted by chika under
Uncategorized Semalam kan … Saya drive petang-petang untuk mencari juadah waktu petang (macam bulan puasa pulak bunyi dia). Tak tahulah seronok sangat bercerita apa dengan emak. Sampai bantai mengekek dalam kenderaan.
Sampai dekat traffic light. Stop. Teruslah bercerita anak-beranak punya seronoknya. Borak-borak ketawa borak ketawa. Sangat khayal. Tiba-tiba bergema dunia ni dengan bunyi hon kenderaan dari belakang. Rasa nak luruh jantung dibuatnya. Punyalah terperanjat. Pitam kepala. HAHAHAHA.
Tengok-tengok traffic light sudah hijau. Apalagik, jalan lah Chika, jalan! Terus tekan minyak macam nak terbang kereta dibuatnya. Sebab dah terperanjat sangat kena hon. Itulah dia. Berborak sampai tak ingat dunia. Traffic light dah hijau pon takda sedar. Emak dah bantai gelak. Emak cakap ; Ha, tau kau takut! Selalunya orang hon sket je nak melenting. KAH KAH KAH.
‘Dah kita salah. Takut uuuuu,’ kata saya.
Sumpah takut. Saya drive laju-laju dengan harapan kereta belakang tak berselisih dengan saya. Saya jeling side mirror. Omaigod! Ada sebuah Honda tengah speed gila dengan bunyi enjin dia yang mengaum. Garang betul kau kereta dia. Kereta tersebutlah yang hon saya. Panik kejap kepala saya. Saya rasa, tentu dia bengang sebab saya lambat jalan deka t traffic light. Tahukah? Traffic light di situ sangat sekejap-sekejap. Sebab itu orang boleh naik angin kalau ada pemandu yang lambat jalan. Rasa bersalah betul.
Tapi saya ada satu perangai. Saya suka pandang orang balik bila ada orang nak bengang dengan saya. Sebab kalau bertindak menonong macam tak nak pandang, nampak macam seorang pengecut. Walaupon dalam hati punyalah panik Nauzubillah, tapi dah bersedia bukak tingkap nak pandang kereta sebelah.
Honda tersebut pon terus ke sebelah kenderaan saya dengan bunyi enjin dia yang garang tak bawak mengucap tersebut. Bila dia sudah berasa di lane kanan, betul-betul sebelah kereta saya, dia pon memandu dengan perlahan. Semata-mata nak beriringan dengan kenderaan saya. Emak suruh saya tutup tingkap dan jangan lawan. Saya bukan nak lawan. Saya nak tengok je.
Jeng je jeng.
Dia turunkan cermin tingkap. Berdetap jantung neh. Manalah tahu dia tu penjahat ke. Dia terus baling batu kat muka saya ke. Atau dia lempang muka saya laju-laju ke. Atau simbah asid ke apa. Manalah tahu kan. Saya dah lah kuat imaginasi. Imaginasi semua hebat-hebat.
Wutttaaaaaa!
Dua orang lelaki. Budak seat kiri tengah sengih-sengih. Brother yang men-driving sedang melambai tangan pada saya dengan sangat mesranya. Aiseyman. Engkau bayangkan pulak muka si Chika neh macam mana. Berkerut dahi retak seribu. Punyalah blur.
Fahamkah kena mereka buat macam tu? Memang sengajalah bagi gangguan psikologi. Tapi nasib baik tak marah atau tunjuk penumbuk ke apa. Nasib baik dia melambai tangan saja sambil tersenyum macam muka kerang.
Kusssss semangat. Saya ingatkan mereka nak marah ke apa. Rupa-rupanya kejar kereta saya sebab nak bagi gangguan psikologi. Mengucap panjang emak saya. Lepastu apalagik. Bantai gelaklah kami dua beranak. Orang macam tu pon ada. Tak guna betul buat jantung aku sengsara.
Sampai tempat kuih. Terus tak ada semnagat nak membeli kuih. Sebab jantung berdetak dengan lebih kencang. Mencemaskan betul. Sumpah saya ingat mereka nak marah saya atau nak belasah saya atau nak fire kereta saya ke apa. HAHAHAHHAHAHAHA.
Lain kali fikirkan positif. Dan kawal-kawal sikit imaginasi tu.
Posted by chika under
Uncategorized
- Bezakan air coke dengan pepsi.
- Membaca dalam kenderaan.
- Beli barang warna biru secara suka-suka. Kalau terbeli pon, itu sebab tak ada pilihan lain atau orang bagi. Nampak sangat tak suka warna biru (tumpang lalu ; kata HIJAU)
- Main sms lama-lama. Masuk sms ketiga atau keempat, ok bye.
- Hafal sifir 12 (sumpah aku belum hafal sifir 12 KAH KAH KAH. Sifir lain semua hafal dah. Jangan ambik kesempatan kutuk aku)
- Hidupkan enjin motosikal (Hidupkan enjin pesawat pon tak boleh. Eh eh? Ada aku tanya?)
- Baca blog ‘pelat’. Ah. Pertanyaan lanjut tak akan dilayan.
- Memandu sambil membiarkan tingkap kenderaan terbuka. Distracted nanti. Bagaimana pula memandu sambil membiarkan pintu kenderaan terbuka? Polis, tangkap ni budak gila!
- Jalan-jalan pakai selipar. Selain berasa selekeh nanti, akan berasa kaki sedang naked juga (Bingo! Telah menggunakan perkataan ‘naked’ untuk rebut rating. Main kotor kejap) HAHAHA.
- Pakai tudung warna cerah nanti muka nampak like balloon only. Kalau masuk gas silap-silap satu badan naik terapung di udara. Ow imaginasi mantap betul!
- Dengar lagu ‘CINTA’ (by Melly ft Kris) pasti feeling feeling dan touching touching tak tentu pasal. Padahal tak ada kena mengena. Aih. Saya tak boleh betul. Ada kena mengena ke? Tak ada, diam.
- Tengok …. (okay dah remove point neh)
- Bagi Adek saya menonton Ben10 sebab saya tak suka betul Ben 10. Biasanya kami akan bertelagah bertikam lidah (sssssssakitnya lidah kena tikam) setiap kali rancangan Ben 10 ditayangkan. Hoi Astro, pergi musnahkan Ben 10 pergi!
- Kalau sehari tak berchatting Yahoo dengan tunang saya nanti saya kemaruk (malu I) Sudah seharian neh takda berchatting Yahoo apa nak jadikah dengan kita? Eceh. Ayat proganda. Padahal tak ada apa sangat. Taknak chatting sudah. Macam I heran sangat je. I okay saja. Okay okay fine. Sangat okay. Takda terjejas. Baik saja di sini. Sikit takda terjejas (padahal …. HAHAHAHA)
- Tulis blog pendek-pendek. Memang tak boleh secara sangat. Kalau boleh, dah lama dah buat. Setiap hari bagi entry satu perenggan. Satu perenggan ada dua ayat. Fuuu. Kalaulah saya boleh. HAHAHAHA.
- Dan yang terakhir sekali, saya tak boleh blah. HAHAHAHA (apsal tak kelakar?)
Malaslah buat entry lagi. Dahlah tak best.Buat lawak tak kelakar pulak tu. Malam neh menonton Duyung. Why oh why? Aku suka Maya Karin lah (siap highlight merah tuh!) Jangan kutuk dia just because Chika loves her. Eceh. Maya Karin cantik. Dah lah cantik, lawa pulak tu. Cantik menawan anggun jelita lawa sangat tak boleh blah huyyoooo. Punya dahsyatlah Chika membuat ayat neh. Semata-mata mahu menguatkan hujah bahawa ; Maya Karin cantik. Siapa rasa dia tak cantik, okay tak apa. Simpan dalam hati.
Chika tah apa-apa. Dah puas gila Fahrin, Andy Estranged dan semua yang gagah-gagah. Hari neh histeria puji-puji Maya Karin. Alignment lari ke? Hari neh kurang minum air. (eh eh tetiba pulak)
Posted by chika under
Uncategorized Thika = Chika dalam keadaan T.
Nak jugak pakai huruf T.
Tak ada kerja.
Crap.
Saya ada banyak betul benda nak conteng dalam sini. Ikutkan hati, habislah blog ni saya kerjakan sampai esok pagi sambung lagi sampai minggu depan sampai beranak pinak pon tak mahu berhenti memblog. Obsess macam tak bawak mengucap. HAHA. Tapi tapi tapi. Masa sangat mencemburui kita. Eceh. Ayat tak ada modal.
Setiap hari menerima kunjungan tetamu ke rumah. Sangat meriah rumah warna hijau tapi tembok warna maroon neh (tak sangka rumah saya ada gabunagn warna yang kelakar tapi boleh dimaafkan sebab apalah sangat dosa sebuah rumah) HAHAHAHA. Okay okay. Jangan banyak sangat buat ayat yang menjengkelkan. Nanti readers makan hati.
Hari ini sahaja sudah menyambut TIGA peringkat tetamu secara tanpa henti. Ewah. Sampai saya tak menang tangan menyediakan minuman (tipu sangat) Padahal bukan aku bancuh pon! KAH KAH KAH. Jadi tukang angkat air dan tolong emak tuang. Lepastu gembira dan hati berbunga sebab kena puji rajinlah pandai buat airlah semua. Err. Kejaplah. Mahu guna pepatah Melayu ; Lembu punya susu, sapi dapat nama (betul kah neh? Kalau salah betulkan dalam hati). Atau setelah diubahsuai dengan keadaan, ia berbunyi ; Mak Yang punya Teh, Chika dapat nama. Bukankah sangat pandai mengambik kesempatan nama dia?
Pukul 2.30 petang menerima kunjungan bakal ibu mertuaku. (Teringat filem P.Ramlee eceh) Tak lama kemudiannya, Haji Jamian sampai depan pintu rumah. Ewah. My grandfather kah tersebut? Kelihatan adorable betul dalam kemeja beserta tali leher. Briefcase semua siap blazer. Huyyoh. Tak pernah sangka atok saya kena pakai macam neh semasa meeting. Ow seriously man. Tooo adorable. Blink blink mata mentengokkan keadaan tersebut. Phew.
Petang pula, muncul Makcik Siah sekeluarga dari Penang. Keluarga angkat emak saya semasa emak saya muda belia dahulu. Emak sangat gembira hari ni, saya tahu. Sebab kebelakangan ni, emak tak habis-habis sebut tentang Makcik Siah.
‘Kak Yong, mak hang dulu bukan reti buat apa pon. Masak langsong dia tak taw. Yang dia taw buat hancuq hati jantan. Sana sini dia dok berjanji padahal dia bukan nak pon. Nakal sungguh la hai. Nasib baik menikah dengan abah hang ni. Bukan main elok sampai la ni’
Semua orang hingaq la pasal emak saya tak pandai masak dan sebagainya.
‘Alah. Anak dia pon sama. Dua minggu lagi je nak kawen dah ni. Tumbuk cili pon dia tak tau!’
Haji Jamian tumpang sekaki mengata cucu sendiri depan tetamu. Tapi muka saya neh made in heaven la katakan. Sangat steady. Setakat kena kutuk tak pandai masak. Bukan boleh terbalik pon dunia yang fana neh. Bartenang bertenang. Tak ada apa. Hal kecik saja. Like mother like daughter la bukan?
‘Entah kau ni Kak Yong. Nanti tah tahu ke tak dia nak bancuh air bagi laki minum,’
Ewah ewah. Mak Yang pulak datang menikam anak buah sendiri dari belakang. Tak baik tau like thatttt. KAH KAH KAH.
‘Suami saya suka minum air masak saja’
KAH KAH KAH. Jawapan terpaling hebat pernah dibuat oleh perempuan yang dihentam oleh keluarga sendiri. HAHAHAHA. Pakat terkedulah semua. Nak sangat kan dengar jawapan. Hambik hambik. HAHHA. (Sayang, I thought you suka minum plain water kan? Kan? Kan? I love you)
Semua orang setuju. Mereka cakap saya saling tak tumpah ikut perangai emak saya. Garang macam emak. Tak suka masak-masak macam emak tapi bila masak sesekali, orang akan terkenang sampai dalam mimpi. Wallah! Tapi suka mengemas. Suka basuh pinggan sebab itu saja cara nak tonjolkan bakat kewanitaan bila balik kampong. Tak suka benda leceh-leceh dan yang penting, kami anak beranak suka ketawa dan merepek lepastu kena sound dengan abah. Okay terus diam. Tapi esok buat balik. Gila comel.
Tapi emak pandai menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya pandai menunggang-langgang sahaja. KAH KAH KAH. Emak hebat dan kuat. Saya hebat tapi tak kuat. Ah. Mana boleh salin cetak seratus peratus. Sedikit sebanyak mesti akan bercanggah.
Go back go back.
Sekarang rumah dikunjungi oleh adek Mak Tok saya. Tapi saya malas menunjuk muka. Nantilah 8 February. Saya akan mengadakan rancangan pameran muka sendiri. Siapa nak tengok, tengoklah. Memang akan lelong muka sendiri atas pelamin. Pasti sangat aneh ekspresi muka pada ketika itu. Maklumlah. Sangat tak tahu apakah jenis muka untuk ditayangkan. Pengantin biasanya mentayang muka malu lah bukan? Omaigod. Macam manakah kalau tiba-tiba mentayangkan muka tak berapa nak malu. Aih. Susah betul.
Saya harap bakal suami tidak main jeling-jeling ke apatah atas pelamin. Jangan tiru macam aksi pengantin dalam teater lagenda P.Ramlee. Malu nanti. Takut ada pulak kejadian pengantin gelak pecah perut atas pelamin. Musnah. Musnah. Jangan melakarkan kenangan yang bukan-bukan.
Err. Macam sudah terpesong topik banyak sangat.
Esok nak ke Pejabat Agama Islam mengikut bapa. Bapa kata, saya sorang nak kawen punya pasal, habis semua Pak Imam sekampong kelam kabut. KAH KAH KAH. Semua pakat datang nak membantu. Maklumlah. Kes complicated sikit. Ah malas cerita.
Lepas Zohor, ada rehearsal untuk music performance.
Sangat tired. *yawn*. Mak Tok paksa suruh makan malam *Yawn*. Saya cakap saya mengantuk *yawn*. Mak Tok cakap esok pon boleh tidur. Saya cakap balik ; Esok pon boleh makan. Mak Tok cakap, bukankah jarang-jarang sekali baru dapat makan dengan Aki? Saya cakap, bukankah Aki turun KL sebulan dua tiga kali sekarang neh? Mak tok cakap ; cucu aku ni ada je nak menjawap dia.
Kesian nenek saya. Nasib baik nenek saya tabah dan cekal hati dapat cucu macam neh. Dah lah tak pandai bancuh teh. Lepastu tumpang nama. Bila tetamu tanya siapa buat teh, tak malu pergi mengaku sendiri buat. Makin besar makin tak tahu malu. KAH KAH KAH. Malu tak malu belakang kira. Yang penting dapat nama. KAK YONG BUAT TEH MANIS BETUL. Ewah. Ni kira hukum dia haram ke makruh neh? Mencurik hasil kerja orang lain tapi sendiri dapat nama. HAHAHHA.
Hep!
Bukan sengajalah saya pergi mengaku sendiri yang buat. Dah tetamu beriya-iya sangat tuduh teh tersebut saya buat, apalagi. Malas nak panjang sangat cerita. Mengaku je lah. Malas layan.
Sebenarnya saya adalah pembuat nescafe o yang hebat. Tapi bila suruh buat teh memang fail. Cubalah suruh buat avocado juice ke. Coconut milkshake ke. KAH KAH KAH. Mati aku ditempat kejadian. Hey, plain water kan bagus. Dahlah diperlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Baik untuk kesihatan dan mengawal suhu badan. Tak payah bancuh pulak tu. Tuang saja. Tetamu datang sehari 33 kali pon takda masalah. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Teringat Aizar.
“Aku nak datang rumah kau. Tapi tanak air kosong tau”
KAH KAH KAH. Boleh dia pergi sound aku tuh. HAHAHHA. Itulah padahnya. Bila setiap kali member datang rumah, hidang air kosong.
Hang tunggu sat na.
Lepas menikah neh.
Hangpa tengoklah bakat terpendam semua keluaq kasi habih.
Jangan kata bancuh teh.
Bancuh seladang teh pon bulih agaknya.
Hang tunggu sat na.
Tunggu sat.
Amin beramai-ramai.
‘Ni Kak Yong, suami orang mana?,’ Pak Cik Man tanya,
‘Orang sini jek. Tak jauh,’ jawapan standard.
‘Awat tak carik orang Penang?,’
Sudahhhhhhhhhh. Mana pulaklah aku nak dapat orang Penang ; fikirku.
‘Ehhhhhh Ayong! Dia orang Penang apa!,’ tiba-tiba emak menyampuk.
KAH KAH KAH. Betul jugak. Baru teringat. Allahyarham bapa tunang saya orang Penang. Ececeh. On the spot semua orang gembira. Nak jugak tu ada kait-kait dengan Penang. Sebenarnya Mak Cik dan Pak Cik tersebut kepingin sangat nak berkeluarga dengan emak saya dari dulu. Nak jodohkan saudara mara mereka dengan emak tapi emak taknak sebab emak saya nak orang Johor. Sudahnya, dapat tahu saya dapat bakal suami ada kaitan Penang-penang sikit pon, mereka dah gembira dah. HAHAHAHA. Tahniah. (tetiba pulak)
Sudah sudah. Chika pergi tidur skang! Ni kalau dibiarkan, mahu 10 jam straight anda kena berhempas pulas menghabiskan entry. HAHAHAHAHA. Ow man, I love blogging! Cintaku seratus percent.
Posted by chika under
Uncategorized Quick update lah.
Kena blog laju-laju sebelum tidur laju-laju. Esok kena bangun pagi laju-laju dan buai laju-laju. Macam biasa. Ayat terakhir akan merepek. Kalau tak merepek, tak sah.
Diary Jumaat Chika.
- Pagi : Hantar Adek ke sekolah. Macam biasa. Tak mandi, pakai seluar pesta flora. T-shirt buruk dengan lilit hijab macam makcik-makcik surirumah tangga kena hantar anak pergi sekolah. Lepastu kena tergopoh gapah balik rumah beli sayur beli gula beli kunyit semua nak masak untuk suami. Ececeh. Ibaratlah.
- Terus ke pejabat pos. Saya rakan baik betul dengan pejabat pos kebelakangan neh.
- Balik rumah menonton rangkaian kartun kegemaran bersama emak. Kegemaran emak sebenarnya sebab saya ikut-ikut saja. Dimulakan dengan Postman Pet. Diikuti Fifi and the Flower Tots dan Thomas and Friends. Lepas itu mengantuk sambung tidur sekejap.
- Bangun tidur untuk breakfast. Mak Yang menyediakan bihun goreng dengan perencah ayam yang lazat. Sangat lazat tapi takda sampai menjilat jari sebab makan pakai garpu. Okay maaf. Suka sangat tulis benda tak penting.
- Benda tak penting lain : Telah kejut Ijat bangun tidur secara kasih sayang. Tapi dibalas secara kasar. Menyesal pergi kejutkan dia. Ah malas ah layan kau.
- Mandi dan ke Bangi. Tempah bunting dan print sticker untuk bapa saya. Kemudiannya menjadi terlalu mengantuk. Telah menjadi pemandu mabuk padahal takda ambik alchohol. Ingat Allah ingat Allah.
- Balik Ampang dan terus ke Pandan Indah untuk membeli daun pandan (tipu sangat). Ke Pandan Indah untuk ke bank malangnya transaction sedang offline. Apakah? Terlalu kecewa. Bukan senang tahu untuk mendapatkan parking. Tawaf sejuta kali (tapi tak dapat pahala) sampai kepala rasa nak pecah. Nasib baik ada emak. Bolehlah berhibur dan menceceh dalam kereta macam dunia milik berdua.
- Pulang ke rumah to eat my makan. Nasik yahooooo (Tak ada maruah betul ayat neh. Macam jarang dapat nasik si Chika neh. Malu keluarga)
- Bapa saya ajak pergi travel agency untuk buat payment ticket etc. Done done done! Sayang, mari bergembira! KAH KAH KAH. Err. Bawak mengucap boleh? Sangat lapang dada ini. Macam dalam dada tak ada apa-apa lagi sangat lapang ketika ini. Sudah ada ticket yahooo dot com dot my! Err. Next next!
- Pulang ke rumah dan mengunjungi kolam ikan bapa. Ramai betul rakan-rakan bapa datang berkunjung. Macam zoo negara pulak dah. Ni rumah ke atau zoo neh? KAH KAH KAH. Sangat hiruk pikuk (saya tak suka perkataan neh sebab bunyi dia buruk lah bukan?) rumah saya kebelakangan neh. Err. Bukan kebelakangan neh. Rumah saya memang sentiasa gamat dengan macam-macam projek. Pecah tembok. Bina tembok. Tebang pokok. Tanam pokok. Potong kayu, bina kayu. Lori angkut pasir. Bangladesh angkut besi. Macam Phua Chu Kang lah hayyohh.
- Emak balik kampong. Disebabkan saya neh jenis keras kepala langsung tak mahu ikut. Boleh tu tunjuk keras kepala. Puas emak pujuk pon tak mahu ikut jugak. Itulah. Lain kali jangan membuat sampai saya termakan hati dan terkecil hati nanti sampai ke sudah pon saya takda boleh lupa. Masalah keluarga. Kepala neh begitu stone. Omaigod. Saya suka betul kartun Flintstone.
- Sekarang kena tidur.
Saya harap tunang saya dapat membuat keputusan yang bijak esok hari dan tidak akan dikesali. Ececeh. Istikharah sayang, istikharah. I pon naik terbelenggu dan semakin dup dap dup dap neh. Pasti sangat rock and roll lah kita selepas kawen nanti. KAH KAH KAH. Tak boleh dipikirkan bagaimanakah kehidupan kita kelak. Pasti sangat mencuit hati. Okay jangan pikir jangan pikir.
Counting the days for him to come back to me. (Kena erase ‘to me’ untuk merendahkan kadar pengaratan dalam ayat) Lamanya takda berjumpa. Tabah betul I. HAHAHAHA. Dah lah tabah, sabar dan berwawasan pulak tu. Aik? Ayat yang tak berapa ada maksud.
Mengantuk betul. Patutlah ayat bertaburan. Tolong kutip. Simpan dalam hati.
Posted by chika under
Wedding Bliss 
Saya dengan rasa rendah diri, menjemput rakan taulan sekelian ke majlis perkahwinan saya pada :
8 FEBRUARI 2009.
Bersamaan hari Ahad.
Disertakan peta lokasi ke kediaman saya. Yang beralamat di :
Lot 36, Jalan 47,
Kg. Cheras Baru.
56100, Kuala Lumpur.
Jemput hadir walaupon tanpa kad undangan di tangan :)
Untuk pertanyaan lokasi,
Email : Chika@nurulism.com
YM : Tulip_glowing / eyeza2101

Posted by chika under
Uncategorized 
Dah dua kali gambar ni saya pakai dalam entry. Bagi saya gambar ni terlalu ‘sempurna’. Sebab semua orang ada dalam gambar (minus Astri. Sorry achi :P)
Hari tersebut adalah hari terakhir SPM. Kami gembira betul waktu tu. Siapa tak gembira selepas SPM kan? Dalam gambar ada Mimi, Aizar, Saya, Hani dan Marlia. Kami best friends waktu itu. Kami ada minat yang sama ; Shopping. Berbual pasal baju. Beli purse Lovely Lace (HAHA). Berangan dalam lab Bio. Ponteng kelas lepas tu pergi menyanyi dalam tandas wanita. Lepastu Cikgu Fizik mengamuk dia boikot kami. Kami kena mintak maaf secara terbuka sampai semua orang tengok. Punyalah malu macam takde maruah ke apatah. Tapi bila ingat balik, gila daring lah! (Kalau nanti ada anak perempuan pernah ponteng lab Fizik sekali sekala dan menyanyi dalam tandas, pasti saya maafkan. Sebab perbuatan tersebut memang fun dan membanggakan kalau diingat balik. Buat apa marah lah bukan? Asalkan kau duduk kelas pertama dan cikgu tahu kau pandai. Mommy takkan marah. Eceh. Tetiba jadik mommy)
Kami semua pengawas sekolah. Yang membezakan saya dengan rakan-rakan yang lain adalah saiz dan ketinggian. Mereka tinggi betul. Saya ehem ehem ehem betul. KAH KAH KAH. Rendang. Betullah. Rakan-rakan sekolah saya semua tinggi lampai. Ketinggian jatuh mendadak bila sampai kepada saya. Alahai. Dermalah kepada tabung mangsa ketinggian (tetiba pulak).
Mimi (yang kiri) : Kami semua tak boleh tahan nafsu bila dengan Mimi bercerita. Sebab cara dia bercerita terlalu releks. Padahal cerita best tu. Langsung takda emosi atau keghairahan. Sampai kami tak sabar-sabar nak tahu apakah cerita selanjutnya. HAHAHAH. Mimi pandai melukis. Dulu selalu nampak Mimi draw rumah. Ingatkan Mimi akan buat Architecture. Tapi lastly Mimi buat Landscape Architecture. Mimi suka warna kuning (satu-satunya manusia yang suka kuning dalam hidup saya) Mimi yang ajar saya nyanyi lagu Arjuna Mencari Cinta. Lepastu kita nyanyi dalam kelas Maths. Cikgu Wan datang, merasalah kita semua kena cubit halus.Oyya. Mimi adalah tukang tulis terpaling kemas dalam dunia.
Aizar : Anda sudah biasa sangat mendengar cerita tentang dia neh. Rakan baik sejak usia 6 tahun. Aizar neh garang I tell you. Kalau tak, takde lah dia boleh pungkang budak boys selamba yaya je. Tapi sangat memahami dan tak pandai bergadoh dengan orang langsung. Saya rasa, semua orang senang je berkawan dengan dia. Dah lah pandai tolong Ibu masak sayur. Pandai tolong ibu potong kain. Pandai stalking pulak tu (Astaghfirullah). Ada ada je benda yang dia nak bagitahu dekat saya. Nampak macam tak hebat, tapi sebenarnya sangat hebat kumpul informasi. Ishk. AI LAP YU.
Hani : Si tinggi lampai. Dulu dia adalah rakan membeli belah terpaling menseronokkan hati. Dah lah kuat shopping, kuat jalan, kuat pengaruh pulak tu (Astaghfirullah) HAHAHAHA. Shopping dengan Hani memang best betul. Sebab Hani tak jenis lenguh kaki atau ajak balik cepat atau malas keluar masuk kedai. Selagi ada kedai selagi tu dia heret saya (padahal bukan beli pon tapi tak apa) HAHAHAHA. Hani ada bulu mata yang gila melentik. Semua orang admire betul dengan bulu mata dia (Saya pon) Seingat saya, Hani ni pemurah orangnya macam Astri jugak. Suka belanja kawan. Oyya oyya. Ada satu benda tak boleh lupa. Kena tulis jugak. Hani adalah pemilik pen warna warni paling mahsyor dalam Sekolah Taman Seraya. Sampai cikgu Kimia pon tahu. Buku nota dia dah macam buku biodata atau scrapbook. Dah la kemas, warna warni pulak tu macam pesta Ranggoli buku dia. (Tapi Hani jangan gembira sangat. Sebab nota Hani selalu tak siap kena cubit dengan cikgu. Kita mana suka salin notalah bukan? Gimme five!) Tapi bila shopping dengan Hani, mesti lambat balik. lepastu emak hani jumpa emak saya. Kita pon nahas sama-sama.
Marlia : Woooo memang bestfriend sangat. Sampai rahsia luar dalam semua simpan bersama. Kami ada diary yang berkongsi. See. Gila baiklah bukan sampai berkongsi diary? Tak ada rahsia langsung yang berciri rahsia lagi. Semua benda kami kongsi (tapi tak pernah kongsi boyfriend lah sebab tak sanggup sampai ke tahap tu) Marlia neh understanding betul. Matured pulak tu. Marlia pandai drawing. Tulisan dia cantik betul. Sama macam Mimi, Marlia pon berseni orangnya. Dia buat Interior Design sekarang. Oh oh oh. Saya rindu betul perasaan tersebut. Perasaan mempunyai seorang rakan baik yang boleh diharap. Yang kita tak was was untuk sampaikan apa rahsia sekalipon. Yang ada sentiasa dengan kita.
Astri : Astri macam yang semua orang tahu. Sangat pemurah dan suka belanja rakan. Suka bagi hadiah buat kawan-kawan (semalam pon saya dapat hadiah. Blog later) Astri neh very helpful. Kalau mintak tolong, tak pernah dia kata tak boleh tolong. Masa sekolah dulu, kami tak rapat sangat. Saya mula rapat betul dengan Astri sejak habis SPM. Sebab tak ramai yang masih available dekat Cheras neh. Tinggal saya, Astri dengan Aizar saja. Yang lain sebok dengan studies.
Tapi. Masa menjarakkan semuanya. Sekarang semua pon tak sama macam dulu. Kalau berjumpa pon, tak dapat rasa suasana berkawan macam dulu. Macam saling tak mengenali. Rasa kekok. Rasa janggal. Rasa macam tak pernah berpeluk, bergelak ketawa sama-sama. Mungkin sebab dah terlalu lama. Dah terlalu dewasa. Dah ada life masing-masing.
Saya baca comment antara rakan-rakan di Friendster. Mereka bercakap tentang wedding saya. Tentang saya tak menjemput mereka masa pertunangan. Tentang saya tak bagi invitation card. Saya jadi sebak pulak. Tak lama lagi saya akan berkahwin. Mungkin makin renggang hubungan saya dengan mereka. Saya ingat lagi. Dulu masa sekolah. Selalu kami berangan-angan. Siapakah mungkin kawen dulu. Dalam kebanyakkan kami, Mimi sorang je ada boyfriend. Yang lain ahli kelab single. KAH KAH KAH.
Saya masih kesal sebab tak maklumkan pada mereka pertunangan saya. Saya rasa bersalah dan macam tak ingat kawan. Padahal saya memang ingat. Cuma macam saya kata. Jarak masa tu buat saya tak pasti sangat. Macam mana nak berhadapan rakan-rakan lama macam biasa. Dan wujudkan suasana yang biasa. Sebab secara semulajadinya, saya rasa memang kekok. Tapi saya masih rindu rakan-rakan semua.
Memang saya akan bagi kad jemputan. Cuma asyik tak terbagi-bagi. Hujung minggu ni insyaallah. Saya harap mereka semua datang. Sebab apa jadi pon, mereka tetap sebahagian dari kenangan zaman sekolah saya yang indah. Perasaan mungkin berubah. Tapi tak akan mengubah kenangan. Saya ingat sangat macam mana kami jalan sama-sama pergi ke kantin. Order nasik lemak belacan. Kongsi beli yong taufu (sebab mahal dan banyak kena kongsi). Kongsi air coke sama-sama. Buat hal dalam meeting sampai Hani menangis. Haizum, Marlia dengan Hikmah terpaksa join jadik derhaka dengan cikgu. Derhaka pon derhakalah. Member punya pasal (Hey, fun nya those moments!!) Dan ingat jugak kita semua tolong Hani stalking somebody (HAHAHAHAHA). Kelakar betul.
Anda semua tetap kesayangan saya :)
Rakan-rakan baik saya kebanyakkannya memang pandai melukis. Dan artistik. Saya ingat lagi. Ada 6 orang sahaja dalam dewan peperiksaan semasa SPM paper Seni. 6 orang saja Science stream students yang ambik. Dan semuanya rakan-rakan saya. HAHAHAHA.
Ada cikgu yang harap ada antara kami jadi Doctor. Malangnya, tak ada seorang pon pergi belajar Medic. Astri saja pernah terlepas kejap ambik Forensik. Tapi tarik diri after a few months (sebab peribadi). Kesian cikgu. Sebab harapan tak kesampaian. Saya ingat lagi Cikgu Hayati (Cikgu Bio) asyik paksa salah seorang kami buat Medic. Malangnya kami semua minat Art. Kelakar betul. Masing-masing gila nak buat Architecture. Padahal Cikgu Habibah dah pesan ; Architecture tak berapa elok bagi wanita berkeluarga yang pentingkan keluarga.
“Kenapa you guys ni masing-masing buat Architecture? Why? Cikgu ingat akan buat Medic”
Oh kesian cikgu. Sains. Doctor. Sains. Doctor. Dah kalau lab Bio pon aku malas pergi, layak sangatlah tu jadik Doctor eh? HAHAHAHA. Orang tungkus lumus belajar sains, aku tungkus lumus baca buku Seni dengan buku Sejarah. Tak ke aneh tu?
Syukur betul sebab lepas saja Matriks, takda kepala dibelenggu Sains lagi. Fuuu. Gilalah saya tak minat belajar Sains. Memang tak minat. Sebab tu masa di University, saya semput nafas betul subjek Structure. KAH KAH KAH. Dan Engineering jugak tak pernah terlintas dalam kepala. Dalam kepala saya ada Architecture, Sains Politik, Peguam Syariah (tapi dah terlambat by the time) dan Fashion Designer (memang bapa tak setuju).
Saya gembira sebab ramai rakan-rakan saya dalam line architecture. Bukankah fun? HAHAHAHAHAHAHA. Tak payah membuka buku menghafal molekul atau membuat persamaan kimia atau bermain alkohol. Kalau cikgu tahu betapa tak relanya saya belajar Sains dulu, mesti cikgu sedih. Tapi pensyarah architecture saya pasti lebih sedih sebab lepas graduation, saya takda pergi bekerja di firm membina bangunan. Tapi pergi membina rumahtangga. KAH KAH KAH. Well. Hidup neh terlalu aneh.
Kita bukanlah apa yang kita lakukan dulu. Dan kita bukanlah apa yang kita pernah jadi dahulu. Semuanya berubah.
What say you?