Arabian Night
Baru balik dari kenduri baca yaasin dekat rumah Aizar. Eh eh. Macam kenduri kesyukuran. Siapa nak menikah neh masalah dia? HAHAHAHA. Macam Aizar lah bukan? Tumpang lalu.
Soalan pertama. Siapakah yang hadir?
Jawapan : Pak haji dan mak haji masjid yang berciri ooooh-so-this-is-the-heboh-heboh-bride-to-be (terhadap saya). Dan beberapa rakan taulan. Tak lain Astri, Astri, Astri (ow bumi ini benar-benar berputar pada paksinya. Aik?) Ada Mizi (macam biasa), Suhaimi (macam biasa), Firdaus (ehem ehem, tersedak I!) dan Riz (luar biasa)

Zarul, Saya, Astri.
Zarul, ikhlas sket ikhlas!
HAHAHAHA
Okay, Riz yang luarbiasa. Mari kita cerita tentang Riz yang luarbiasa dulu. Ehem. Ehem. Berdehem-dehem pulak dah. Ke hadapan saudara Riz (bukan nama penuh). Sekiranya terbaca (atau memang suka sangat nak baca blog Chika ewwwaaaaah) saya harap saudara dapat meningkatkan metabolisma diri kejap. Sebab saya akan mentulis sesuatu yang berciri gurauan semata-mata. Tak lebih dari itu. Kalau terlebih, mintak halal. Kami semua memang suka sakat orang sampai kadang-kadang orang boleh jadi malu di tempat kejadian lepastu panas muka, panas telinga, panas pipi semua panas. HAHAHA.
Akhirnya kami (referred to : Astri and me) telah mentengok Riz (ehem. Tak tahu kenapa kena ehem) dengan mata kepala hati lutut sendiri (Ya Allah, tak sangka lutut ada mata) Selama ini, kami asyik-asyik (oh begitu asyikkkk) mendengar yang dia pernah ke rumah Aizar beberapa kali repair komputer je keje. Dan kenal dia melalui blog sahaja. Aizar pon satu, suka sangat rosakkan komputer lepastu Riz kena susah payah datang repairkan komputer dia. Baik hati betul. Dah lah baik hati, lepastu penyabar, pemurah dan ringan tulang (eceh. Macam kenal-kenal sangat pulak dah aku neh. Tipu sangat). Eh eh membebel pulak tak pasal-pasal.
Saya dengan Astri akhirnya puas hati sebab akhirnya dapat mentengokkan lelaki yang baik hati rajin sangat tolong repair komputer Aizar tersebut. Baiknyaaaa Ya Allah. Aizar, cepat bancuh Teh Tarik sedap-sedap! (tetiba pulak) Tak tahu kenapa kena buat sampai 3 perenggan untuk Riz semata-mata. Aizar, tumpang lalu.
KAH KAH KAH. Astri, gimme five! Sedang mengusik Aizar neh, tahukah? HAHAHHA

Gambar ‘bergegar’ sebab tadi gempar bumi ke apatah.
Atau kena serangan parkison ke, manalah kita tahukan.
Ada kenduri, adalah makan. Ya Allah dapat makan. Sukanya. Mari kita semak apakah dia menu yang disediakan oleh Ibu dengan bersungguh-sungguh.
- Nasik himpit (himpit atau impit?)
- Lontong (Tapi Aizar kata lodeh. Tak sedap betul panggil dia lodeh, bukan kah?)
- Sambal sotong. Ya Allah. Sedapnya menyotong! KAH KAH KAH. Apa akallah pedas nauzubillah. kalau tak, penuhlah dua kolam sotong masuk perut Chika. HAHAHAHA. Lepas makan pedas, muka pon kelihatan sangat sengsara. Mulut pon terus bermain ‘push push’. Malu orang tengok. Pergi dapur membebel pedas, pedas. Mak-mak haji semua aneh. apakah yang pedas sangat aku makan tu? Hebat betul lidah semua orang. Padahal saya sampai buat keputusan nak cabut lidah tu cuci dalam air zam zam sampai nyaman. HAHA. (Banyaknya merepek pasal sambal sotong)
- Kebab. Well. Arabian night lah katakan.
- Sosej kena gulung dalam crumb-what-so-ever. Hei, aku mana tahu nama makananlah. Yang penting saya tahu ianya sejenis serbuk roti (Ya Allah, sampai serbuk pon kita nak makan kan? Nasib baik serbuk kayu semua kita takda peduli sangat)
- Buah-buahan bersatu (Nama neh saya cipta sendiri. Copyright reserved, jangan tiru)
- Kek coklat. Yummmmmmyyyyy (sedaplah tu maksud dia)

Sekarang sampai kepada soalan ‘tak sayang mulut’. Adakah Chika telah mentumpahkan minuman di atas karpet orang sebagaimana yang pernah dilakukannya banyak kali selama ini?
Yahooooooooo dot com. Dengan riak takbur angkuh sombong berlagaknya, saya mengaku saya TIDAK LANGSUNG buat perangai tak tahu malu tersebut pada malam ini. Hooooray! Dah lah sopan pakai baju kurung warna light light, tak tumpahkan air pulak tu. Semoga ibu gembira dengan perubahan mendadak saya yang disenangi semua. Eceh. Tahukah siapa pulak mendapat badi berpuaka tersebut? HAHAHAHA. Astri lah. Dia pulak pergi tumpahkan minuman saya atas lantai. Tak ada minuman orang lain ke kau nak tumpahkan? Nak jugak babitkan nama aku dalam kejadian tumpah-menumpah. KAH KAH KAH. Shake hands, shake hands.
Keluarlah hujah-hujah puaka ; Nanti masa wedding dia, kita tumpahkan air beramai-ramai.
Ya Allah. Tak sangka dapat kawan macam ni. Dah lah mengata belakang-belakang tapi dengan suara kuat. Balas dendam pulak tu. Ingat Allah ingat Allah. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Siapa tumpahkan air masa wedding saya nanti, abes majlis kita celup dia dalam air kolam depan Dataran Merdeka sana (apsallah boleh sampai Dataran Merdeka neh?)
Isu hangat berbangkit?
KAH KAH KAH. Marilah gelak sama-sama kalau nak. Saya telah dituduh sebagai ; pandai menggoda orang. Ya Allah. Marilah kita istighfar panjang-panjang. KAH KAH KAH. Kelakar betul walaupon lawak tak jadi sangat. Lepastu buat muka nostalgia dia. Nasib baik ada orang tolong hantar peluru sesat dekat kepala dia. Terus dia ingat Allah ; Ishk… dia nak kawen dah. Nak kawen dah. Dah dah la tu.
Nasib baik saya tabah dan mood baik malam neh. Kalau tak, habislah. Cerita pintu pagar menangis, bas puaka, tragedi belakang bangunan sekolah semua keluar. Malas ah cerita!
Cerita lain pulak.
Telah diperkenalkan kepada tetamu sebagai pengantin. Ya Allah. Malunya muka tak tahu nak simpan muka dalam baju siapa. Disebabkan malu sangat, sampai tercuci pinggan kau!!. Tapi tak apa. Bila lagi ibu nak tengok si Haizum neh mencuci pinggan di rumah ibu lah bukan? Sumpah malu sangat! Mak-mak haji berborak dengan ibu Aizar tentang saya nak kawen. Dah lah semua orang tak kenal saya. Semua rakan-rakan emak, jiran tetangga, makcik pakcik di sini semua takda tahu siapakah saya. Mereka cuma kenal ibubapa saya. lepastu semua histeria sebab tak sangka ibubapa nak terima menantu ke apatah. Itulah kesan dia kalau emak suka sangat simpan anak dalam rumah. Dan anak tersebut pon suka simpan diri sendiri dalam rumah. AHAHAHA.
Sumpah betul-betul malu. Anda tak faham mungkin bagaimana malu besarnya bila diperkenalkan sebagai bakal pengantin. Hilang arah kejap. Sampai tak tahu nak cakap dalam bahasa apa dengan makcik-makcik di situ. Dan kemudiannya disindiri makan sikit.Ibu pulak bukak cerita itu ni pasal saya. Saya yang dah hilang arah terus menuju ke sink dan membasuh pinggan. KAH KAH KAH. Nampak sangat telah gugup.
Sekarang tengah pikir. Macam manalah perasaan semasa naik pelamin kelak. Sumpahlah sangat malu. Sampai hujung nyawa akan ingat. HAHAHAHAHA.

Aizar dengan Astri pakai jubah hitam. Tapi tak bagitahu saya. Saya dah la suka sangat kalau disuruh pakai jubah hitam. Memang sangat suka. Tak tahu pulak ada Arabian Night. KAH KAH KAH.




January 30th, 2009 at 2:20 am
YA ALLAH..betol punya laju kawan baik aku neh update!!
Hoyeah..arabian nite nak lawan Mawi=P
Siapakah yg hadir–> Riz(bukan nama sbenar) telah dijadikan bahan bercerita?waaaa..awk,femes kejap dlm blog cik puan neh!
kenekan aku?tgh redha nih T__T..kasik chance
aku nak mengaku neh..
yg tumpahkan air,AKU la weh..bukan Astri..tuan rumah sendrik wat hal memalukan..jatuh depan Astri dan Riz..sambil malu2 aku lari amek kain
lap..malu giler..ish2..ape nak jadi neh..da la buat tumpah atas carpet kat umah sendrik sambil bersaksikan 2 saksi..uwaaa..
isu hangit–>wakaka,mmg mulut laser btol la..seb kwn haku tgh angin gembira..kalo tak,xke ke fire balik??
tang cuci pinggan,aku sangat suka..nampak ko comel weh..rugi xsnap tadik..
alamak..igt ko pakai jubah..ish..wahaha,tetibe lak arabian nite kan..
January 30th, 2009 at 3:40 am
bestnyeerr,,entry panjang..puas baca ;)
waahh…camana la rupa malu2 miaw chika bila diperkenalkan sebagai bakal pengantin..hehee..
anak2 akak panggil nasi himpit ( chika bg nama) nasi square..konon2nya ala2 london gitew..
glamer nasi tue..hahaaa..
kalau x tau nak nyorok malu..pas nie kena pakai purdah..cover muka..heheee…
January 30th, 2009 at 6:34 am
ayza..haizum x caye aku kate ko tumpahkan air..
aahahahaa.tgk..die buat entri yakinnnn.. kerherkherkherkhre.. saje eh ko haizum
p/s; ape2 pon..aku sgt berpuas hati dpt mengkenen..eh..mengkenakan cik puan ayza dan incik internet riz.. ohhohohohohohohoho
p/s/p: hahahaha..kejadahnye psp.. pss.. mmg bumi berputar pade paksinye..banyak btol name ai.. ahahhaha
p/s/s/s; asal muke aku sepesen neh.
January 30th, 2009 at 7:22 am
da nmpk da seri pngntin da awk ni..;)
comel btul muke..hihihi
n like the way u tell the story tau
tsnyum xpsal je bce blog awk
den xpsal2 org ckp bce msg pkwe
la 2….haha..
January 30th, 2009 at 8:02 am
mmg gambar tuh ada yg repeat dua kali ke aku yang silap nengok?? isk.
nurul, kalo hang pun pakai jubah itam, aku rasa trus bernasyid korg eh… comel betol…
aiza Reply:
January 30th, 2009 at 1:02 pm
farah..len la gamba tuh..cube tengok apa yg lain??haku lar..
January 30th, 2009 at 9:05 am
wah… nak menjodohkan kawan nampak… boleh bukak agensi penjodoh bilangan ni.
January 30th, 2009 at 9:46 am
u nampak mcm dah kurus sikit..haha..
jantung tak berdegup kencangka? Mr. fiance bakal pulang dalam masa 24 jam lagi?
DAG..DIG..DUG…
(i pulak yg nervous lebey-lebey)
Cik chika, jgn lompat tingi sgt tau..haha! I tau u tgh melompat tuh..
January 30th, 2009 at 12:18 pm
Kenapa Chika tak berpakaian a la Arabian? Heh.
January 30th, 2009 at 1:34 pm
dier blom gie umrah kot..
chika Reply:
February 3rd, 2009 at 11:29 am
sudahlah. MAsa usia 16. HEHE
January 30th, 2009 at 2:58 pm
Hahahahaha….
Saya dapat bayangkan muka Chika tersipu-sipu malu sambil di usik oleh auntie2..
January 30th, 2009 at 8:39 pm
hahaha..bergegar sebab parkinson…logik..logik…
i know…lodeh sounds funny. macam bunyik seluar terlondeh laa pulak, bukan..?
wah..menarik jugak ide mnumpahkan air beramai2…mesti boleh jadi wedding history of the year…lol
January 31st, 2009 at 12:45 pm
gahaha.. org ikhlas laa.. ;p