CUTI KAHWIN
Attention Attention!
(memang tension)
Saya akan mengambil cuti kahwin mulai minggu hadapan. (Eceh. Nyampah) Minggu ini adalah minggu terakhir saya akan memblog entry sebagai cik penulis. Mulai minggu hadapan, akan bercuti panjang sikit. 3 minggu hingga 4 minggu mungkin. Sabar sabar! Jangan baling batu baling kasut baling sampah ke apa dekat Chika dulu. Sabar sabar. Cuti kahwin, apa salahnya. Nanti akan kembali memblog sebagai seorang Cik Puan. (Aku dah mula cinta dengan title tersebut)
One week before the wedding, adalah semanis-manisnya kalau saya banyakkan berehat. Goyang kaki. Kiri kanak! Kiri kanan! Err. Berehat kah atau berkawad kah? HAHAHA. Tak manislah pulak kalau masih memblog padahal lagi 2 jam nak nikah. HAHAHAHAHA. Contohla. Jadi saya akan bercuti mulai minggu hadapan.
7hb sehingga 14hb adalah my blissful week. Jangan ganggu jangan. Minggu yang akan dipenuhi dengan acara perkahwinan.
15hb adalah hari yang sangat DAG DIG DUG. Oh Tuhanku.
15hb hingga minggu -minggu seterusnya akan diisi dengan acara luarbiasa, aneh, baru, segar, pelik, letih, excited dan semua sekali jenis perasaan. Campur gaul semua perasaan sampai membentuk sebuah mixture ‘pembunuh’. Merepek betul.
Saya akan unavailable mulai minggu hadapan dan menjadi semakin sibuk agaknya selepas tamat majlis. Jadi, sangat layak bercuti panjang.
Satu hal.
Hal yang lainnya. Apa-apa sahaja pertanyaan tentang majlis saya, seperti direction ke rumah etc boleh lah dibuat di ruang komen. Sepanjang minggu hadapan, Aizar akan jawapkan. Untuk bantuan direction ke rumah saya pada hari majlis, boleh hubungi Aizar. Bagaimanakah caranya menghubungi Aizar?
YM : eyeza2101
Dapatkan number phone beliau. Hubungi saja dia nanti. Aizar akan bersedia membantu anda. Ewah ewah.
Pengumuman lain : Boleh contact Aizar untuk apa-apa kemusykilan. Musykil pasal kucing anda tak lalu makan tak payahlah tanya Aizar. Pertanyaan tu biarlah masuk akal sikit. KAH KAH KAH.




January 28th, 2009 at 1:31 am
owh.. sunyi la dunia internet nie nanti.. hehe
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:11 pm
Sunyi? Okay nanti chika letak plug in music music semua. Kasi bising macam disco ke apa. HHAHAHAH
January 28th, 2009 at 1:48 am
SELAMAT BERCUTI..nasib x keja..x yah apply cuti kan..hehee..
sesedap rasa je nak amik cuti berapa lama..
tp yg panas punggung adalah pembaca blog chika la kan..lama oo nak tunggu CIK PUAN CHIKA turunkan bendera cuti..ngeh..ngeh..ngeh..
x pa…kawen seumur hidup sekali..
sooo…kita enjoy ;D
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:12 pm
Saya akan bercuti juga akhirnya. Ececeh. Cakap macam selama ni busy sangat je tak cuti-cuti. HAHA
January 28th, 2009 at 2:08 am
Jangan Cuti.. Jangan cuti.. Jangan jangan
jangan jagannn,..
Jgn Jgn Jgn
Jgn Cutiiii…
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:12 pm
Nak kawen lah!
Kena cuti!
:P
Karim Pisang Reply:
January 29th, 2009 at 12:22 am
Ne leh cuti…
Suke2 hati je nk cuti..
Bgi la surat doktor dulu, kalau x xleh cuti ok.
Lagi beberapa jam nk kawin leh je lagi main blog. Xpnh org buat. Tp ok pe.. Bru npk cool dn sedikit senget.
January 28th, 2009 at 2:31 am
Didoakan selamat semuanya ye =) Lepas ni dah boleh panggil Puan Chika. Best gile pangkat tu!
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:13 pm
Terima kasih Sarah :)
Janganlah panggil Puan. I malu :P
January 28th, 2009 at 2:40 am
mak aih..lamenye cuti..
br nk berjinak2 ngan tuan empunye dirie..
hahaha..=P
nnt lg byk la pglmn bole dikongsi kt cnie..
pglmn mlm pertame ker..
hehehe
^_^
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:15 pm
gulp.
HAHAHA
January 28th, 2009 at 2:41 am
jgn mare..
^_^
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:17 pm
Takpe. I love jokes :P
Anyway, saya akan kembali blog nanti. jangan worry. Stay di sini. HEHE
January 28th, 2009 at 2:41 am
hehe
nk cuti dh ek
okey~ i akan serang u aizar.. :P
ups..salahkan chika!
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:17 pm
Kesian Aizar pasni.
Jadi bahan serangan
HAHA
I blom cuti lagi. Akan ada di sekitar blog sehingga hujung minggu ni.
aiza Reply:
January 28th, 2009 at 10:15 pm
wahaha..sile la serang..i dont mind..
add la YM by this week,nextweek sy da ke ostel,xde line tenet..
January 28th, 2009 at 3:16 am
bcuti?
alaa…
ye2 je u cuti ni chika
alih2.. 2-3 n3 satu ari
wkakakkaka..
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:19 pm
blom cuti. akan cuti start minggu depan.
kali ni mmg akan cuti panjang sket (3 weeks kot). Banyak hal. Akan kelam kabut sket hidup.
January 28th, 2009 at 3:55 am
15th is my birthday.jgn lupe .jgn lupe.hehe.
okeh selamat k nurul!
lps cuti mst byk cerita nk d blog kn.kan.;)
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:20 pm
Ye, ingat!
Setiap tahun, after 14th feb mmg kak nurul ingat bday syamin. Alahai. Bestnya kalau dapat jumpa syamin.
January 28th, 2009 at 7:29 am
ok… dah add ym aizar mintak number tepon. huhu kakju ni macam tau jalan. tapi tetap tak berlagak nak mintak number tepon aizar sebab takut sesat !
nurul… pesan dekat encik zainodin.. tolong letak bunga manggar banyak banyak dari tol gombak. setiap 200 meter ke. hehehehee senang kakju nak ikut. =P
macam treasure hunt pulak.
ishk insyaAllah akan pergi lah.
selamat bercuti bersama perasaan yg bermixture tersebut. tata !
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:22 pm
Bagusnya Kak Ju sebab tak berlagak. HAHAHAHAHAHHA :P
Wah. Kang mahu Encik Zainodin kena saman dengan Dewan Bandaraya sebab pandai2 pasang bunga manggar sepanjang jalan. HAHAHAHAHAHAHA.
Kak Ju, excitednya rasa nak jumpa Kak Ju. Finally dapat jugak jumpa, insyaallah
January 28th, 2009 at 8:34 am
semua kena tanya aizar?
huhu
selamat berehat sepuasnya chika. ai tak sabar nak tengok orang tu atas pelamin… ada pelamin ker?
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:23 pm
Kesian Aizar kan.
Kena tanggung masalah saya :D
Insyaallah ada pelamin :P
Kak Wan, harap dapat jumpa Kak Wan (anda Fahim of course)
aiza Reply:
January 28th, 2009 at 10:17 pm
nak tanya chika boleh je,tp Chika bz kak wan..
jgn segan2 tanya eh..
January 28th, 2009 at 9:06 am
selamat bercuti cik puan chika :D
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:24 pm
terima kasih :D
tapi blom cuti tau. Cuti start minggu depan. HEHE. Beberapa hari ni, akan memblog juga (insyaallah)
January 28th, 2009 at 9:38 am
chika! i dah add aizar :)
hee nnt boleh mintak nom fone dia hahaha
err cuti ni rasanya br boleh readers u approve! hahaa
sebelum ni u apply cuti,semua tak jadik :p
have a great week my dear!!
kite jumpe nnt ok :)
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:25 pm
Okay good.
Apa2 nanti, serang kat dia eh.
(I love you Jaja!)
:D
Ni kalau ada yang tak bagi i cuti, mmg zalim betullah. HAHAHAHAHAHAH
see yaaaaaaaaaa
aiza Reply:
January 28th, 2009 at 10:37 pm
yonna..ape2 tanya la i eh..huhu
January 28th, 2009 at 10:22 am
Tok tak caya Chika boleh tahan bercuti memblog 3 minggu.
ha ha ha.
Apa2 pun ingat deadline.
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:25 pm
Kita tengok nanti. KAH KAH KAH.
Alamak!!!!
deadline?
mati la i
January 28th, 2009 at 10:31 am
Nurul, byk2 berehat k… See you on your wedding day…
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:26 pm
Thanks kak shai.
Hiiiiiii seronoknya dapat jumpa kakak jugak akhirnya. Insyaallah. Kakak datang tau, datang
January 28th, 2009 at 10:32 am
tak sangka aizar skarang telah dilantik menjadi mohor besar chika sekarang ni… saya pon nak lantik sorang la….sapa nak apply?
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:27 pm
Saya gembira sebab ada rakan yang sudi jadi PA saya. HAHA
January 28th, 2009 at 10:35 am
selamat bercuti.. dan selamat kembali sebagai cik puan.. ahaks
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:27 pm
baiklah.
akan kembali dengan gaya yang lebih segar (eh eh. tetiba plak)
January 28th, 2009 at 10:49 am
kehkeh org xkeja pun ade istilah cuti ekkk..
bleh tukar pd ayat hari ntuk bertendang.eh ari bertenang..
phew!! mandi susu p sane
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:29 pm
Chika ni mengalahkan orang bekerja. Dah la cuti panjang. Pastu sukati je mintak cuti sendiri, pastu approve cuti sendiri. HAHAHAHA.
mandi susu?
January 28th, 2009 at 12:15 pm
Nurul,
i’ll try my best to come to your big day. tapi takleh janji due to other commitments. Anyway, selamat bersiap-siap, pastikan cukup tidur, practice senyum (biar gambar lawa… jangan sengih!), buat-buat sopan (haha, pernah buat dulu)….
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:30 pm
Akak,
Its okay. Tapi akan sangat gembira kalau dapat jumpa akak in person. Ada rezeki, datang eh :)
Ya Allah. Kawen memang acara yang malu kan?
January 28th, 2009 at 12:49 pm
owhhh… tidakk….
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:30 pm
owhhhh iyer!!
:P
January 28th, 2009 at 2:28 pm
selamat bercuti. update twitter…
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:31 pm
Update twitter?
Saya akan bercuti spenuhnya. Tiada updates akan dibuat :P
January 28th, 2009 at 5:07 pm
dear C.I.K P.U.A.N C.H.I.K.A,
wah.. sangat sesuwai la begitu.
hehehe..
cepat lahirkan baby yang chumel!!
e’eh.. okeh ke komen camni?
kena ban tak nnt?
selamat men’rest’kan diri chika..
publish pic kawen anda secepat mungkin ya..
sgt teruja nak tengok maa..
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:33 pm
Ya Allah. Majlis pon belum selesai dah keluar topik baby. BAwak bertenang. Bertenang. HHAHAHAHA.
Insyaallah. Lepas abes cuti yang panjang nanti, akan update mati-matian. Tunggu saja :P
yang benar,
C.I.K P.U.A.N C.H.I.K.A
January 28th, 2009 at 6:14 pm
ok….aku bg cuti kat Puan Chika…..hahak…
skrg cuti bersalin dapat 2 bulan…..cuti kawin..erm…4 bulan lahh……haha….
chika Reply:
January 28th, 2009 at 8:34 pm
terima kasih sbb bagi cuti :P
KAH KAH KAH
Apa neh? Saya mintak cuti kawen bukan cuti bersalin. Jgn advance sangat.
:P
January 28th, 2009 at 10:52 pm
heeeeeks! aku turut ber dag dig dug ni kenapa? isk isk
tp kan….sonok nya!! excited gila!! aaaa…*menjerit*. weh weh. tak dapat kah sms ku siang tadik? hukhuk
chika Reply:
January 29th, 2009 at 9:57 am
Excited? Bagi 20 sebab nak excited. HAHAHAHAH/
Baru baca sms kau. Aku kan pemalas check handphone. Sorry.
Jawapan sms : 9 pagi.
fara-d Reply:
January 29th, 2009 at 6:09 pm
1. sbb kau kawan aku paling comel (ehem!ni bodek ke apa??)
2. sbb kau kawan karib aku yg 1st menaiki jinjang pelamin.
3. sbb tunang kau sangat mysterious, sampai skang aku tak penah nengok orang nya! (cis! sunggoh2 ko sorok ek. isk isk)
4. sbb aku dapat rasakan wedding kau wedding of the year 2009. feeewit! (unsur bodek lagik. awat tah aku neh?!)
5. sbb cepat kau kawen…errmmm…nnt cpt la aku dpt tgk kecomelan kau bergelar mummy nnt. wah! ini paling excited neh!
6. sbb apis perform kat wedding ko nnt (aik? boleh jugak lah kan alasan neh!)
7. sbb wedding kau juga satu alasan dimana insyaAllah rakan-rakan studio semua bakal berkumpul kembali (rindu mereka!)
8. sbb dapat pakai baju baru khas sbb kenduri kau (erk? )
9. sbb nak amik berkat kot(??) (mwahahaha!! alasan ni agak menggedik bukan?)
10. satu sebab yang takleh dinyatakan disini! haha (protected comment. apa, igt entry kau saja bisa di protect? kahkahkah)
11……err….betol kau nak aku list kan 20 sebab nak excited?? nak limaploh pun boleh….
reply kpd jawapan sms: YAY!! bleh anta! semalam resah gelisah igt kan kepergian tersebut malam sbb ptg tuh da bertolak untuk trip ke johor. yahoo!
January 29th, 2009 at 12:35 am
salam kak nurul.
cbe akak kasi hint ckit umah akak dekat2 ngan area ape eh??saya lost kejap tgk map tu.. tak sure area mane.
chika Reply:
January 29th, 2009 at 10:01 am
salam Iman.
Umah akak tak jauh dari area pandan indah. Tahu tak pandan indah? Biasanya sebut pandan indah orang tau.
Err. Ala, apa susah sangat. Nanti kumpul je kat fac ke apa ikut Kak Farah.
Iman, datang tau. Semua studio kena datang. HEHE. Tapi unluckily, junior ada trip to Langkawi eh? T__T sedih.
fara-d Reply:
January 29th, 2009 at 6:11 pm
2nd year trip bukan pada the following week ke? tak silap aku lah….. yg kenduri belah ko kan lecturer dan staf semua ke penang…kan?
atom Reply:
January 30th, 2009 at 6:03 am
ooo.pandan indah.tau2
sbb kemungkinan saya datang dari rumah adalah sangat tinggi. :P
n rumah saya dekat ulu kelang jer area taman melawati
so mmg da dekatla nak g umah kak nurul. :D
InsyaAllah if takder pape saya datang.
January 29th, 2009 at 12:40 am
eh…dah nak kawen ker? nasib baik tak ngorat..
hahaha..(ketawa gatal..) :P
just kidding..ape2 pun, smlt pengantin baru yek! SEMOGA BAHAGIA MENJALANI HIDUP SBG PUAN,hehe..
chayok2! :-))
chika Reply:
January 29th, 2009 at 10:02 am
HAHAHAHA.
ye, nasib baik.
HAHA
Terima kasih banyak-banyak :)
January 29th, 2009 at 1:40 am
salam
dah hmpir sebulan baca snyap2 n tak tinggal jejak
yet today sgt teringin nak wish cik chika okeyh
moga majlis lancar n ceria
selamat kembali dgn title yg menawan
sila menjaga diri
* baca entry2 chika mcm baca komik je.haha
chika Reply:
January 29th, 2009 at 10:03 am
salam saffa :)
Insyaallah.
Pon mengharapkan yang sama.
Terima kasih saffa.
Thanks for reading err… this comic. HAAHA
:P
January 29th, 2009 at 9:43 am
ala, sedikit kecewa.
tapi takpe, enjoy ur wedding ya dear:-)
chika Reply:
January 29th, 2009 at 10:04 am
jangan kecewa. saya tak pegi mana pon. pegi kawen je.
KAH KAH KAH KAH KAH
Insyaallah.
Hope to see you soon :)
January 29th, 2009 at 6:20 pm
hah!cuti2!mse2 nk dkt nikah ni la plng kne jage sume bnd..duk je umah diam2..jgn kuar..nnt ilang seri..haha..memandai je aku ni..~~
aku tgh pk jln g umah ko ni..mcm buntu sket tgk peta tu..i xtau la jln2 cheras ni..arap2 jmp la ye~hee…
chika Reply:
January 29th, 2009 at 6:29 pm
susah2 ko gi kumpul ngan kwn2 aku kat ukm. pastu follow mereka. siyes, ada trip to my place :P
imahmomo Reply:
January 29th, 2009 at 6:34 pm
oh ye ade rombongan?cik kiah ke?tgk la nnt aku tny2 edd kot2 die tau..he~~
chika Reply:
January 29th, 2009 at 7:29 pm
Ko dengan Edd kalau tak datang, mmg tak patot oooo
January 31st, 2009 at 12:11 pm
lamanya chika nk cuti…rindula ngn entri chika ni…but anyway, mmg sepatutnya cam tu pun..tumpukan sepenuh perhatian tuk hari2 yang penting dlm hidup chika yer..akak doakan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan yer…