Tetamu, Teh & Thika
Thika = Chika dalam keadaan T.
Nak jugak pakai huruf T.
Tak ada kerja.
Crap.
Saya ada banyak betul benda nak conteng dalam sini. Ikutkan hati, habislah blog ni saya kerjakan sampai esok pagi sambung lagi sampai minggu depan sampai beranak pinak pon tak mahu berhenti memblog. Obsess macam tak bawak mengucap. HAHA. Tapi tapi tapi. Masa sangat mencemburui kita. Eceh. Ayat tak ada modal.
Setiap hari menerima kunjungan tetamu ke rumah. Sangat meriah rumah warna hijau tapi tembok warna maroon neh (tak sangka rumah saya ada gabunagn warna yang kelakar tapi boleh dimaafkan sebab apalah sangat dosa sebuah rumah) HAHAHAHA. Okay okay. Jangan banyak sangat buat ayat yang menjengkelkan. Nanti readers makan hati.
Hari ini sahaja sudah menyambut TIGA peringkat tetamu secara tanpa henti. Ewah. Sampai saya tak menang tangan menyediakan minuman (tipu sangat) Padahal bukan aku bancuh pon! KAH KAH KAH. Jadi tukang angkat air dan tolong emak tuang. Lepastu gembira dan hati berbunga sebab kena puji rajinlah pandai buat airlah semua. Err. Kejaplah. Mahu guna pepatah Melayu ; Lembu punya susu, sapi dapat nama (betul kah neh? Kalau salah betulkan dalam hati). Atau setelah diubahsuai dengan keadaan, ia berbunyi ; Mak Yang punya Teh, Chika dapat nama. Bukankah sangat pandai mengambik kesempatan nama dia?
Pukul 2.30 petang menerima kunjungan bakal ibu mertuaku. (Teringat filem P.Ramlee eceh) Tak lama kemudiannya, Haji Jamian sampai depan pintu rumah. Ewah. My grandfather kah tersebut? Kelihatan adorable betul dalam kemeja beserta tali leher. Briefcase semua siap blazer. Huyyoh. Tak pernah sangka atok saya kena pakai macam neh semasa meeting. Ow seriously man. Tooo adorable. Blink blink mata mentengokkan keadaan tersebut. Phew.
Petang pula, muncul Makcik Siah sekeluarga dari Penang. Keluarga angkat emak saya semasa emak saya muda belia dahulu. Emak sangat gembira hari ni, saya tahu. Sebab kebelakangan ni, emak tak habis-habis sebut tentang Makcik Siah.
‘Kak Yong, mak hang dulu bukan reti buat apa pon. Masak langsong dia tak taw. Yang dia taw buat hancuq hati jantan. Sana sini dia dok berjanji padahal dia bukan nak pon. Nakal sungguh la hai. Nasib baik menikah dengan abah hang ni. Bukan main elok sampai la ni’
Semua orang hingaq la pasal emak saya tak pandai masak dan sebagainya.
‘Alah. Anak dia pon sama. Dua minggu lagi je nak kawen dah ni. Tumbuk cili pon dia tak tau!’
Haji Jamian tumpang sekaki mengata cucu sendiri depan tetamu. Tapi muka saya neh made in heaven la katakan. Sangat steady. Setakat kena kutuk tak pandai masak. Bukan boleh terbalik pon dunia yang fana neh. Bartenang bertenang. Tak ada apa. Hal kecik saja. Like mother like daughter la bukan?
‘Entah kau ni Kak Yong. Nanti tah tahu ke tak dia nak bancuh air bagi laki minum,’
Ewah ewah. Mak Yang pulak datang menikam anak buah sendiri dari belakang. Tak baik tau like thatttt. KAH KAH KAH.
‘Suami saya suka minum air masak saja’
KAH KAH KAH. Jawapan terpaling hebat pernah dibuat oleh perempuan yang dihentam oleh keluarga sendiri. HAHAHAHA. Pakat terkedulah semua. Nak sangat kan dengar jawapan. Hambik hambik. HAHHA. (Sayang, I thought you suka minum plain water kan? Kan? Kan? I love you)
Semua orang setuju. Mereka cakap saya saling tak tumpah ikut perangai emak saya. Garang macam emak. Tak suka masak-masak macam emak tapi bila masak sesekali, orang akan terkenang sampai dalam mimpi. Wallah! Tapi suka mengemas. Suka basuh pinggan sebab itu saja cara nak tonjolkan bakat kewanitaan bila balik kampong. Tak suka benda leceh-leceh dan yang penting, kami anak beranak suka ketawa dan merepek lepastu kena sound dengan abah. Okay terus diam. Tapi esok buat balik. Gila comel.
Tapi emak pandai menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya pandai menunggang-langgang sahaja. KAH KAH KAH. Emak hebat dan kuat. Saya hebat tapi tak kuat. Ah. Mana boleh salin cetak seratus peratus. Sedikit sebanyak mesti akan bercanggah.
Go back go back.
Sekarang rumah dikunjungi oleh adek Mak Tok saya. Tapi saya malas menunjuk muka. Nantilah 8 February. Saya akan mengadakan rancangan pameran muka sendiri. Siapa nak tengok, tengoklah. Memang akan lelong muka sendiri atas pelamin. Pasti sangat aneh ekspresi muka pada ketika itu. Maklumlah. Sangat tak tahu apakah jenis muka untuk ditayangkan. Pengantin biasanya mentayang muka malu lah bukan? Omaigod. Macam manakah kalau tiba-tiba mentayangkan muka tak berapa nak malu. Aih. Susah betul.
Saya harap bakal suami tidak main jeling-jeling ke apatah atas pelamin. Jangan tiru macam aksi pengantin dalam teater lagenda P.Ramlee. Malu nanti. Takut ada pulak kejadian pengantin gelak pecah perut atas pelamin. Musnah. Musnah. Jangan melakarkan kenangan yang bukan-bukan.
Err. Macam sudah terpesong topik banyak sangat.
Esok nak ke Pejabat Agama Islam mengikut bapa. Bapa kata, saya sorang nak kawen punya pasal, habis semua Pak Imam sekampong kelam kabut. KAH KAH KAH. Semua pakat datang nak membantu. Maklumlah. Kes complicated sikit. Ah malas cerita.
Lepas Zohor, ada rehearsal untuk music performance.
Sangat tired. *yawn*. Mak Tok paksa suruh makan malam *Yawn*. Saya cakap saya mengantuk *yawn*. Mak Tok cakap esok pon boleh tidur. Saya cakap balik ; Esok pon boleh makan. Mak Tok cakap, bukankah jarang-jarang sekali baru dapat makan dengan Aki? Saya cakap, bukankah Aki turun KL sebulan dua tiga kali sekarang neh? Mak tok cakap ; cucu aku ni ada je nak menjawap dia.
Kesian nenek saya. Nasib baik nenek saya tabah dan cekal hati dapat cucu macam neh. Dah lah tak pandai bancuh teh. Lepastu tumpang nama. Bila tetamu tanya siapa buat teh, tak malu pergi mengaku sendiri buat. Makin besar makin tak tahu malu. KAH KAH KAH. Malu tak malu belakang kira. Yang penting dapat nama. KAK YONG BUAT TEH MANIS BETUL. Ewah. Ni kira hukum dia haram ke makruh neh? Mencurik hasil kerja orang lain tapi sendiri dapat nama. HAHAHHA.
Hep!
Bukan sengajalah saya pergi mengaku sendiri yang buat. Dah tetamu beriya-iya sangat tuduh teh tersebut saya buat, apalagi. Malas nak panjang sangat cerita. Mengaku je lah. Malas layan.
Sebenarnya saya adalah pembuat nescafe o yang hebat. Tapi bila suruh buat teh memang fail. Cubalah suruh buat avocado juice ke. Coconut milkshake ke. KAH KAH KAH. Mati aku ditempat kejadian. Hey, plain water kan bagus. Dahlah diperlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Baik untuk kesihatan dan mengawal suhu badan. Tak payah bancuh pulak tu. Tuang saja. Tetamu datang sehari 33 kali pon takda masalah. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Teringat Aizar.
“Aku nak datang rumah kau. Tapi tanak air kosong tau”
KAH KAH KAH. Boleh dia pergi sound aku tuh. HAHAHHA. Itulah padahnya. Bila setiap kali member datang rumah, hidang air kosong.
Hang tunggu sat na.
Lepas menikah neh.
Hangpa tengoklah bakat terpendam semua keluaq kasi habih.
Jangan kata bancuh teh.
Bancuh seladang teh pon bulih agaknya.
Hang tunggu sat na.
Tunggu sat.
Amin beramai-ramai.
‘Ni Kak Yong, suami orang mana?,’ Pak Cik Man tanya,
‘Orang sini jek. Tak jauh,’ jawapan standard.
‘Awat tak carik orang Penang?,’
Sudahhhhhhhhhh. Mana pulaklah aku nak dapat orang Penang ; fikirku.
‘Ehhhhhh Ayong! Dia orang Penang apa!,’ tiba-tiba emak menyampuk.
KAH KAH KAH. Betul jugak. Baru teringat. Allahyarham bapa tunang saya orang Penang. Ececeh. On the spot semua orang gembira. Nak jugak tu ada kait-kait dengan Penang. Sebenarnya Mak Cik dan Pak Cik tersebut kepingin sangat nak berkeluarga dengan emak saya dari dulu. Nak jodohkan saudara mara mereka dengan emak tapi emak taknak sebab emak saya nak orang Johor. Sudahnya, dapat tahu saya dapat bakal suami ada kaitan Penang-penang sikit pon, mereka dah gembira dah. HAHAHAHA. Tahniah. (tetiba pulak)
Sudah sudah. Chika pergi tidur skang! Ni kalau dibiarkan, mahu 10 jam straight anda kena berhempas pulas menghabiskan entry. HAHAHAHAHA. Ow man, I love blogging! Cintaku seratus percent.




January 24th, 2009 at 11:00 pm
mari ramai2 mencarik orang penang!
bf i pon org penang..
chika Reply:
January 24th, 2009 at 11:28 pm
ewaaaahhh.
Penang Penang!
Tetiba kita tolong orang Penang up kan market.
January 24th, 2009 at 11:19 pm
hihihi.. chika. takpa dear. after kawen, boleh belajar memasak, menternak, mentanam pokok dengan jayanya.
eh mak chika menunggang motor berkuasa besar ? besar mana tu ? elaborate boleh ?
chika Reply:
January 24th, 2009 at 11:27 pm
Lepas kawen saya berazam untuk menjadi 98% wanita sejati tak berbelah bagi. Besar betul target. HAHAHAHA
Kak Ju, dapat kad dah? Datang tahu! :P
Emak saya memiliki Virago sendiri. Dan kadang-kadang RXZ adek pon jadilah dilanyak jugak. Dulu-dulu masa ayah saya ada TZM, TZM lah dia belasah main. KAH KAH KAH. Tapi chika pulak lagi terror. Start enjin motor pon tak lepas. HAHAHA
Julia Reply:
January 24th, 2009 at 11:39 pm
yes darling… kad chika dah selamat sampai hari tu. hari hari kakju dok belek map pegi rumah chika tu. kakju ni bukan terer sangat. tapi akan mencuba lah. okek ?
cayang chika ! thankyouuuuu
chika Reply:
January 24th, 2009 at 11:53 pm
Nanti apa-apa call chika eh.
Eceh. Padahal chika pon bukan tahu nak direct orang pon. HEHEHEHHE.
selamat mencuba.
nak jumpa kak jue! :D
yonnaism Reply:
January 25th, 2009 at 1:54 pm
call chika?
:p
org hantar mesej dah seminggu pon br perasan! hahaha
January 24th, 2009 at 11:53 pm
jangan risau tak pandai masak atau buat air semua… masih awal2 selamat lagi. so masa tu ler masa belajar… bila dah lama tak pandai jugak tak tau lah
nasihat ikhlas ni… ditaja oleh tanpa penaja
chika Reply:
January 25th, 2009 at 12:00 am
Sebenarnya saya tak risau pon. Saya sangat steady. HAHAHAHA.
ditaja oleh tanpa penaja? KAH KAH KAHH. lawak gila…
January 25th, 2009 at 12:11 am
tak taw kenapa tapi teringin nak tengok muka haji jamian yang segak bergaya ;)
chika Reply:
January 25th, 2009 at 12:13 am
HAHAHAHAHA.
Silap tak snap gambar dia tadi.
Sebenarnya saya yang tak pernah tahu atok saya pakai camtu everytime ada meeting. Ingatkan pakai T-shirt, songkok haji cam biasa. HAHHAHAHA
January 25th, 2009 at 12:16 am
salam.
aperla kak nurul
len kali ckpla kak nurul bg minum sky juice
barula up ckit.hehe.. :P
chika Reply:
January 25th, 2009 at 10:10 am
Sky Juice bunyi dia hebat sangat. Nak nampak rendah diri, tu pasallah pakai nama plain water saja. HAHAHAHA
sifat mahmudah la katakan.
KAHKAHKAH
atom Reply:
January 27th, 2009 at 10:39 am
macam tu rupenye
hmm..bagus2 :)
lagi bape hari jer lagi da nak jadi isteri orangkan..
so njoy!!! :P
January 25th, 2009 at 1:06 am
chika nk petua untuk msk sedap x? xyah pakai resepi…ikut hati + curahkan 100% kaseh syg :) n jgn lupe bc bismillah bnyk2…slmt mchobaaa ;p
akak (ecehh tbe2 mjadi akak) excited nk tgk chika kawen..harap sgt dpt hadir nt
chika Reply:
January 25th, 2009 at 10:11 am
oooo petua tu memang sebati dengan jiwa saya hahahahahhahahaha.
kalau ada rezeki, kita jumpa lah kelak. insyaallah :)
January 25th, 2009 at 2:23 am
ahaha…nice story telling,lol…
eh eh,8 feb insyaallah turun kalo x der pape prob,ptg sikit kot…almaklum la baru balek dr genting *uceh mcm kompem je* :D
ape2 pon…moga2 majlis berjalan lancar
amin! :)
chika Reply:
January 25th, 2009 at 10:11 am
Ahhhhh aku tak dulik. Kau kena turun jugak.
HAHAHA
January 25th, 2009 at 4:42 am
chika, sementara boleh ‘bermanja’ (ke mengada? hehe..), biarlah semua orang yang buatkan kerja rumah.. sok-sok bila dah dok ngan hubby berdua jek, taulah nak meng’adjust’ diri sendiri supaya pandai membuat kerja-kerja dapur selain dari hanya menyediakan sky juice yang ternyata chika sudah cukup terer.. hehe..
so enjoy your last few days being a single lady…
chika Reply:
January 25th, 2009 at 10:13 am
saya pon harap, nanti saya pandailah secara automatik. ececeh. Terima kasih sbb bagi komen yang menyedapkan hati. HAHAHAHAHAHAHAHAAHHA.
ya ya. sedang meniti hari hari terakhir bergelar single.
January 25th, 2009 at 10:42 am
kad chika dah sampai. comel:-)
erm, sbnrnya tak pyh terer sgt kalau nak kawen. lepas kawen konfem terer,aahaha
January 25th, 2009 at 11:24 am
hi chika. lg 2 weeks kan. =D
xpe x pandai masak, nanti dah dok berdua, pandai la sendiri. masak je sepenuh kasih sayang, konfem sedap gila! hihi
January 25th, 2009 at 2:00 pm
chika..chika!
u lupa satu point la :p
even u tak reti buat air skalipun,
u kan pandai buat dadih!!
hahaha!
bukan semua org leh buat dadih yang sedap tau! (mcm i penah rasa ja)
ishh.
kalau fiance u pandai minum plain water je,kan senang :)
jerang je air :p
saffa Reply:
January 25th, 2009 at 4:52 pm
wah.. chika pandai buat dadih eyk?! itu lagi sangat bagus daripada pandai buat air!
saffa suka giler makan dadih. Tak pernah try buat walaupun ada dadih segera sekarang.. huhu..
aiza Reply:
January 26th, 2009 at 2:03 am
biar sy jwp bg pihak chika..
btol tuh..chika mmg pandai wat dadih vanilla yg sgt sweet dan berkasih sayang..kalo dpt 2-3,makan 1 je,yg lebih simpan dlm fridge,sbb sayang nak makan..
lg satu,kalo air utk aku,aku rs ko mmg sgt bijak..aku kan xske manis2 sgt,ko mmg terer dengan tahap kemanisan lidah ku..
January 25th, 2009 at 4:36 pm
wahaha…klaka la chika ni…tgelak2 huda bc kesah chika dan air ni..hahah..then…slumbe je chika mjawab nenek chika…seb baek die mlayan je…huhu….sempoi la..
chika..huda da dpt da kad chika…cantik..insyaALLAH pjg umo n ade transport huda smpai la sn eh..nnt kite snap pix kmu byk2 eh..
January 26th, 2009 at 12:39 am
Teringat Aizar.
“Aku nak datang rumah kau. Tapi tanak air kosong tau”
KAH KAH KAH. Boleh dia pergi sound aku tuh. HAHAHHA. Itulah padahnya. Bila setiap kali member datang rumah, hidang air kosong.
wahaahah,weh,tu gurauan je tuh..air kosong pon aku suke gak..apa2 ko bg pon,aku trime je..sbb ikhlas..dr yg bg fresh oren kat aku,tp xikhlas watpe kan..
aku rindu kat ko wehhh..
nnt la kite hug2 naa..