Salon
A very productive day of mine.
Telah bangun pagi-pagi macam biasa (MACAM BIASA?) Lagi beberapa hari nak upgrade status ni, emak lantik saya jadi supir Adek. Macam biasa. Jangan derhaka cakap emak. Supir pon supir lah. Bangun pagi pon, pagi lah. Tak mandi pon tak mandilah (sebab mandi dalam hati). Yang penting gaya mesti ada. Pakai selendang hitam, pakai glasses (Padahal pukul 7 pagi tapi takda peduli kalau kena gelak) Baju? Pakai T-shirt buruk seluar bunga-bunga. Apa ada hal. Bukan mahu keluar menghantar Adek sampai ke depan pintu kelas pon. KAH KAH KAH. Mungkin esok kena tampal sticker dekat kenderaan ; PEMANDU MEMAKAI SELUAR TIDUR BUNGA-BUNGA. RM10! RM10! MURAH MURAH MURAH!
Pulang ke rumah, telah menghadap blog seketika. Balas-balas komen tapi tak terbalas kesemuanya. Banyak sangat. Mungkin kena iklankan jawatan Co-pilot untuk nurulism.com. Tak payah kelayakan sangat. Yang penting pandai ketuk papan kekunci dan boleh menggoreng ayat. Goreng ikan, goreng keropok lekor semua simpan dalam hati.
Bersiap-siap terus ke Pejabat Pos. Tahukah saya telah berjalan menggunakan kaki kiri dan kanan untuk sampai ke Pejabat Pos ewwaaah. Ayat macam hebat lah bukan? Padahal berjalan dari parking area sahaja. Tapi boleh tahanlah lenguh kaki dibuatnya. Terhegeh-hegeh berjalan kaki seorang diri. Macam perempuan yang tak ada orang nak kawan dengan dia. Pagi tadi telah selamat menghantarkan kad-kad jemputan ke seluruh pelusuk negara lagi. Sebenarnya saya sentiasa bersedia untuk ke pejabat pos (walaupon takda postmen muka Andy Estranged ke apa. Ingat Allah ingat Allah). Bagi sahaja alamat, pasti kad akan sampai ke rumah anda. Amin. (tak tahu kenapa kena Amin)
Kemudiannya ke bank untuk mengikis harta sendiri. HAHAHAHA. Erk. Bukanlah. Ke bank untuk urusan yang mengkelakarkan. Pergi tanya soalan bukan-bukan sampai kakak bank cakap ; Adek pergi balik, carik buku bank kasi jumpa dulu. Lantas tersenyum kakak tersebut. Nasib baik tersenyum. Kalau dia membuat muka yang bukan-bukan dia akan menyesal. Eceh.
Saloooon. Saya suka betul pergi salon. Saya lagi suka pergi salon daripada pergi SPA atau buat facial treatment. Tapi sebenarnya saya suka buat semua benda yang menghabiskan duit. Sebab saya tak tahu apakah dia benda yang seronok tapi tak menghabiskan duit. Nafsu serakahkahkah. Nak tumpang tandas shopping mall untuk betulkan tudung pon kena pakai duit. Inikan pulak untuk tujuan lain. Nasib baik tidur tak payah pakai duit.
Dari jam 1 sampai ke jam 4 petang saya di salon. Perut pon sampai menjadi terlalu sengsara.
Chika : Amoi ar, I lapar la.
Amoi tukang dandan : You mahu I carikkan bun untuk you?
Chika : Don’t want lah. I want to eat nasik. I need nasik.
Amoi tukang dandan : Ya lor. Banyak lapar meh?
Chika : Lama sangatlah duduk sini. I nak nasik.
Amoi tukang dandan : HAHAHA. Kesian you lah, Amoi. Nanti ar. Sikit lagi siap. Cuci-cuci, lepas itu kita blow ar. And then you boleh balik mintak you punya emak bagi you nasik. HAHAHA.
Chika : Ya lor. Nasik. Nasik.
HAHAHAHAHAHAHAHA. Malu emak kalau tahu anak dia sengsara mintak nasik dalam salon. Amoi pon satu. Suka sangat layan aku. KAH KAH KAH. Kan saya dah cakap berbuih-buih. Saya sangat suka makan nasik. Sebab itu engkau jangan suka sangat nak tanya kenapa badan aku ‘solid’ like this wor. HAHAHAHA. Terlalu ber-karbohidrat lah katakan.
3 jam dalam salon. Tapi ini pengalaman yang tak berapa thrill. Duduk 6 jam dalam saloon pon saya biasa buat. (Dululah. Semasa tak ada komitmen sangat dalam hidup neh) Sampai Adek tertidur-tidur, bangun tidur, makan roti, tidur balik dan bangun balik pon pernah! HAHA. Tapi kali neh pergi seorang diri sebab Adek saya sekolah.
Balik-balik je rumah, kena serang.
Adek : Janji nak pergi saloon ngan Adek.
Okay macam biasa. Dia sentap.
Emak : Apsal rambot kau pendekkkk? Menjawaplah kau dengan abah kau malam kang.
BINGO BINGO BINGO!
Menjawaplah aku.
Setiap kali balik dari salon mesti akan konflik dua tiga hari dengan bapa saya. Bapa saya akan sentap setiap kali saya trim rambut. Padahal 2 inches saja. Tapi dia boleh perasan tu. Okay. Good lucklah kepada aku. Harap-harap tak ada konflik anak-beranak disebabkan rambut. Ye lah ye lah. Saya mengaku. Gila takut nak jumpa bapa saya. Confirm, nahas!
Bapa saya memang sensitif pasal isu neh. Aku pon satu. Tak takut menderhaka ke? Ke? Ke?
Minna wa minkum taqabbal yaa kareem.




January 20th, 2009 at 9:20 pm
Hahaha..can’t imagine what u do at the salon rambut.. >.<
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:28 pm
something to do with hair la. Takkan pergi karaoke pulak :lol:
:P
~JviperS2~ Reply:
January 26th, 2009 at 8:25 am
3 jam~
Summore u kan pakai tudung.. :P
January 20th, 2009 at 9:22 pm
h00h0.ayah chika sensitip pasal potong rambut ek?adooi..kalau ada abang posto muka mcm andy..mmg cari nahas la dia masa ambil/hantar surat.keh3x.surat2 semua untuk dia.
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:29 pm
abah saya mmg nak anak perempuan rambut panjang. Dari sebelum saya lahir itu azam dia. Sampai skang saya tak dibenarkan rambut pendek.
January 20th, 2009 at 9:27 pm
wowowow!!dok salon tu! hehe. pernah merasa aku teman ko dlu. haha. bes jugak. abis semua majalah kat salon tu aku selak! haha!
good luck! semoga abah mu tak sentap kali ni. buat muka comel anda xtra comel sket jap g!! pasti abah terharu…..hehe!
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:32 pm
ha ah kan. Last time kau pernah teman aku sampai naik sangap la muka ko aku tengok. Really appreciate that. Manader orang sanggop teman aku gi salon. Emak pon tak sanggup. Kau dengan Adek je yg sanggup. Sgt sporting.
January 20th, 2009 at 11:31 pm
Wohoo…
apesal lama sgt tuh di salon?
mungkin hobi kamu berlama2 di salon hehe
pelik ni…hihi
=)
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:33 pm
Biasalah. Macam2 benda nak buat.
nak trim. nak blow. nak cuci. Nak buat treatment. Nak kepit. Nak cuci lagi (cuci je sampai 4 kali) nak steam. HAHAHAHAHHAHAHAHAAKUGILA
January 21st, 2009 at 12:05 am
woih dok salon berjam2 potong rambut 2 inchi kah? lama tui..kasi treatment ke? rebonding ke sebab mau kawen hehehe..
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:33 pm
nak trim. nak blow. nak cuci. Nak buat treatment. Nak kepit. Nak cuci lagi (cuci je sampai 4 kali) nak steam. HAHAHAHAHHAHAHAHAAKUGILA
January 21st, 2009 at 12:28 am
suka jugaaak pegi salooon, xtau sebab apa, tapi memang suka gileee, seb baik mahal xleh g selalu, kalo x, da g tiap2 ari kot, hahaaa
chika selalu g salon mana ekk??
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:35 pm
Nasib baik mahal kan? Kalau murah, agaknya rosak akhlak kita semua. Asyik melepak kat salon. HAHAHAH
Selalu gi Wella Pandan Indah. Tapi kali ni pegi Labelle (ye ke camni nama dia?) Adek saya yang recommend pegi sini sebb murah sikit dia cakap.
January 21st, 2009 at 12:50 am
salam! akak! akak! akak! akak!!!!!!!
ade kecemasann! kecemasann! kecemasann! perasaan nak meletop! meletop! meletop!!
tolong kak! saye da dapat kad akak!! hahahah! saye da dapat kad akak yang ada HH tu…waaaaa! kecemasann nieh! sebab tadapat tahan eksaited!! hahaha! kad akak dalam tangan saya sekarang!! waaa..sangat heppy!! tapikan…satu je…
saye nak pegi dengan sape?
uhuk3~
(T_________________T)
chika Reply:
January 25th, 2009 at 2:35 pm
Ya Allah/
HEart attack akak baca komen arina ni. HAHHAHA
Arina, ajaklah kawan-kawan
January 21st, 2009 at 6:09 am
nampaknya semua nya telah tersimpan dalam hati! hahaha..
eh,i nak jadi tukang balas komen u :p ngeee.
tp ayat goreng i tak brapa nak menjadik la chika hahha..
u je yang ber-talented nak goreng ayat yang menjana kegembiraan org sebanyak 100%
kad2 kawen u ade trip kedua eh? hee
ramainyee kawan2 u eh :p
kalau lah ada postman muka ala2 andy estranged,
i yg nanti ikut belakang dia edarkan kad2 kawen u :p oh i sanggup! hahhaha.
(ingat Allah!ingat Allah!) hahhaa
u potong rambut baru,
mr tunang suruh eh? heeee
hye babe!! 17 hari lg ok!!!!!
January 21st, 2009 at 8:52 am
lg dua minggu lebey je. ahakss
January 21st, 2009 at 9:25 am
i pun suka pergi salon. rasanya memang setiap bulan akan tadah kepala kat situ.
ni nak gi kenduri chika kena gak gi salon uhuhuhu
January 21st, 2009 at 10:52 am
lamanya dalam saloon… huhu…..
anyway… slamat pengantin baru in advance… hehe
January 21st, 2009 at 11:29 am
pendek sngat ke u potong chika?
smlm cmne? kena marah ke same abah u?
January 21st, 2009 at 3:19 pm
aku pun suka makan nasik… tak solid pun
January 21st, 2009 at 5:28 pm
1. Beznye p saloooooon. Bley urut2 kepala. Bdn pun bley urut2 guna mesin khas. Bagus saloon tu.. Tau Kat ane?
2. Kakak pun suka mentengok entry ucap kawen. sib baek chika xda buat SMS ucapan ala mawi dikenakan bayaran RM0.50.
3. Jodoh… Magical words ape yg bley dkatakan.. Cuma juz ingat neh ja.. ” Org perempuan x perlu jatuh cinta tp hanya taat n setia. Sbb? Lepas kahwen dgn kuasa tuhan hati perempuan akan luntur jua sbb cinta walaupon suaminya bkerja sbg 40 org penyamun…” Itulah magisnya sebuah jodoh.
4. Hukum inai? Sian inai kena hukum. inai x dosa pun. Org2 je yg mengadilinya. hahahaha… Ader penah terdengar perihal hukum berinai ala2 bunga kerawang tuh dlm tv (Al-Hidayah). Persoalannya dibangkitkan sbb manusia da makin maju suke suki merekacantikkan ukiran di atas anggota badan. Oleh yg demikian ustaz Hassan Din Al-Hafiz tu menjawab bahawa ” x perlu ikut org laen. x wajib pun berinai. Sbb inai bley jd perkara2 yg lagha’. Nak berinai kena jelas pd tujuan. Kalau sbb perubatan x mjadi hal. Tp tujuan laen bley jd haram. Sebab ukiran inai x ubah spt mengukir tatu d bdn.” Ustaz tu kata. Jd hal inai berinai neh bukan satu perkara yg dhukumkan tp bley dringkaskan sbg ” Kalu was-was sampai jatuh syak bukan2 jgn buat langsung…” simple ja. Kalau ikut perasaan yg suka2 neh inai cantik di jari. berseri2.. tp x payahlah berukir2 kerawang. tengok pun mcm geli ja.. ada daun kat jari. Entahla ikut dada tanye selera.
Tp..??? nape org xnak bangkitkan isu make-up pengantin di andam oleh bapok? Isu nape nak jugak berpelamin tayang pd semua tetamu? Isu nape mesti hantaran dan mas kahwin berpuluh2 ribu? Isu nape biler org bg bunga telor dperlekehkan? Isu nape kena bg antaran 2 kali? ( btunang + time kawen ) Isu nape perkahwinan sekarang suka grand2 pastu pisah….?
Isu nape perkahwinan adelah sebuah trend?
p/s : byk isu bley dihujah. tp sonang ja jawapannyer ade duit sume keja bley jln. yg salah pon jd betui! yg buruk pun jd indah. yg berkuasa lg tersanjung… yang penting kena ikhlas pd tujuan.
Buat sy, chika dan kwn2 sume cariklah jln yg seafdhalnye. sorilah chika post pjg sgt. balas dendam da lama x masuk blog neh!
January 21st, 2009 at 5:29 pm
nasik nasik. hahaha ;p
comel je
January 21st, 2009 at 9:58 pm
i pun ske trim rambut..
bosan2 p saloon..
nasik mmg penting woo..
hari2 i nk nasik :D
January 22nd, 2009 at 12:36 pm
trim ke? hahaha.. jgn ckp trim ala2 askar dah.
uikk xska duk saloon..mcm2 jenis bau ubat rambot menusuk hidung..penah melepak 6jam sbb rebonding…kematu bontot.sengsara tukang teman.
January 22nd, 2009 at 7:24 pm
saya pun suka makan nasi. Nasik nasik. Lai lai lai! hahaah