Pengantin : Hukum Berinai
Terbaca dari entry Aisyah, tentang hukum ber-henna bagi pengantin wanita. Sejak terbaca, saya jadi musykil. Perkara kecik mungkin, tapi kena ambik pandang jugak sebab membabitkan soal hukum.
Saya google pagi ni.
Dan saya telah membuat keputusan, untuk tidak menconteng tapak tangan mahupun kulit di belakang tapak tangan selain daripada kuku dan hujung jari.

Gambar contoh
Sumber : www.henna4u.co.uk
Berdasarkan bacaan saya (yang belum menyeluruh), saya boleh kongsikan beberapa perkara:
- Hukum memakai inai bagi wanita
Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)
Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).
- Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki
Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’
Namun,
terdapat riwayat menyatakan :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)
- Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.
Ada banyak pendapat.
Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.
Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.
Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.
Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)
Wallahualam.
Bagi pendapat dan kefahaman saya :
Sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian, apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari. Sebab ianya diharuskan dan tidak ada pertikaian tentang jatuh ke hukum haram.
Senang lah bukan? Jangan pening kepala cuba membolehkan perkara-perkara yang jelas ada pertikaian. Lebih-lebih lagi kepada perkara yang tiada tuntutannya dalam Islam. Take it easy :)
Cuma untuk berkahwin. Bukan dalam kes darurat. Jangan berjuang mati-matian sangat dalam urusan inai. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.
Rujukan.




January 18th, 2009 at 12:43 pm
alamak yerker… tp inai lukis tuh da termasok dlm pakej yg cemut ambik.. hihi..
chika Reply:
January 18th, 2009 at 2:11 pm
Cemut, ada yang nyatakan hukum dia diharuskan. Kalau rasa nak buat dan yakin, niat saja-saja ikut tradisi… ia dibolehkan. Ada pendapat yang menyatakan ia tak diharamkan selagi bukan ukiran berbentu haiwan. Motif tumbuhan, bunga dibolehkan. Yang penting, niat bukan utk bermegah-megah. Buat saja dengan yakin bahasa ia diharuskan :)
FARISZ@AZ Reply:
January 31st, 2010 at 10:54 pm
Maaf hukum asalnya harus.Tetapi apabila bercorak maka ia berubah haram kerana ia menyerupai tatoo dan inai berukir itu berasal dr hindu.Niat xmenghalalkan cara.Maaf sy bersetuju dengan aedos, cuma mgkn teguran yang dia lakukan kurang berhikmah.Inai ini ia berkait dengan hukum berdasarkan fikah dan tauhid.Mgkn kerana aedos, risau sbb tu dia tgr cuma mgkn tgrn dia krg berhikmah.Maaf…Ilmu itu perlu dicari dengan berguru (pi kelas agama).Sbb kdg kala penulis blog ada yg seleweng pandangan kerana didunia ni ada 73 fahaman.Maaf…harap chika berhati2 dlm membaca dan menulis semula apabila berkaitan agama.Kebanyakan hukum bermula dari harus tetapi apabila corak penggunaan berubah maka hukumnya berubah.
Ikhwan Reply:
January 31st, 2010 at 11:05 pm
Maaf chika…Hukum asalnya harus iaitu hanya dihujung jari namun hukum berubah kerana caranya juga berubah.Ia bermula harus namun apabila berdasarkan sirah (sejarah) parasa sahabat.menginaikan janggut dan rambut semasa peperangan sebagai tanda kebenarian maka ia berubah menjadi sunnah.Namun apabila inai itu dicorak atau diukir maka ia berubah menjadi haram kerana ia menyerupai tatoo malah inai berukir ini berasal dr agama lain.Sabda Baginda : Janganlah kamu menyerupai sesuatu kaum,apabila kamu menyerupainya maka kamu tergolong dari golongan itu.Riwayat Imam Ahmad dan Muslim,Kitab ihya’ Ulumudin,Bab Perhiasan.
Malah sepakat ulama’ mengatakan ia antara tabaruj kerana inai antara perhiasan dan apabila ia dipakai secara ukiran.Tetapi ia menjadi haram bukanlah semata2 kerana tabaruj tetapi kerana asal amalan tersebut dan peyerupaan amalan tersebut dgn sesuatu kaum dan sesuatu yg haram.
chika Reply:
January 31st, 2010 at 11:07 pm
terima kasih.
Harap pembaca yang membaca dapat manfaat dan info yang dicari.
Saya pon minta maaf kalau ada khilaf dari apa yang saya kongsikan.
maslina Reply:
May 21st, 2010 at 1:31 pm
salam perkenalan.suka baca blog chika..
January 18th, 2009 at 1:49 pm
oh okay.dapat lagi satu info=)
personally,saya lagi suka tengok pengantin perempuan pakai inai dekat hujung jari je,nampak kemas dan ikut tradisi sikit.kalau berlukis2 bagai tu macam serabut je.
lagipun tangan kak chika kecik cute je kan,tak payah buat lukis2 tu pun takpe.tak nampak crowd sangat.
saya pun suka pakai inai.nanti kuku rasa sejuk je=)
January 18th, 2009 at 1:57 pm
aku masa kahwin tak pakai inai.. ramai pulak sedare-mare belah wife aku pertikaikan..
January 18th, 2009 at 2:30 pm
ade bc sebelum ni pasal jakim haramkan inai yg lukis2 kt tangan tu. tp mcm ramai je still continue lukis inai kat tgn tu. huhu.. yg pakai kt jari/kuku tu pun dah cukup cantik dah. :)
January 18th, 2009 at 2:54 pm
pnah terbaca jugak psl haram menconteng sampai ke blkg tgn n tapak tgn tu
dan rasanya nampak ciri sedikit keindiaan kalau penuh tgn berukir camtu
tu my personal opinionlah.
pakai hujung jari je lawa per…:-)
January 18th, 2009 at 3:22 pm
k.chii ada terbaca gak pasal melukih inai ni..dorang kata ibarat tatoo sementara…
lgpun kalo kita lihat blk..ni sumer da mcm org hindu kan….
pakai kt kuku je pun da cantik..da nmpak seri gak..lgik2 org yg berkulit cerah..ehehe
January 18th, 2009 at 4:25 pm
yup, mengikut apa yg saya belajar mmg x boleh..cukuplah sekadar dihujung jari..cun ape!! ;)
January 18th, 2009 at 4:54 pm
thanks for hadith chika =) tak tahu pulak pasal conteng2 tangan tu. dulu2 rajin pakai inai kat kuku je [masa kecik2]. skang langsung tak berminat dah. huhu
January 18th, 2009 at 5:13 pm
oh chika!! terima kasih sebab dah buat research yang sangat bagus!!!
benda ni akan buat mata kite lebih terang kan???
Jurunikah yang aishah tanya tu pon ada cakap, kebanyakkan mak-mak andam memang dah provide pengukiran inai ni….. so, susah mau tegah….
pihak Jabatan Agama Johor dah banyak kali nak buat perjumpaan dengan mak-mak andam ni, supaya stop providing the henna service…. tapi masih tak laku laaa…..
tapi sebagai pengantin, kite boleh kata tak nak kan??? =p
January 18th, 2009 at 6:26 pm
buat yg kamu rasa bagus jer…
January 18th, 2009 at 6:59 pm
aku pun ade dengar gak. lagi satu aku ade dengar, kalu nak pakai inai, jangan lukis inai cam buat tatu.
kekadang orang kita main ikut je tanpa ada inisentif tuk mencari hukum hakamnya.
January 18th, 2009 at 8:23 pm
hai chika
selalu skodeng2 je blog chika
suke sgt…
bile nk aprv myspce i?
opss tersesat lak kt post psl henna
actly i pnh wat inai cam tatu nih
hehe…saje suke2, bkn sbb nk kawen
ok lah! keep it up chika =)
January 18th, 2009 at 8:28 pm
akak pun ade baca psl conteng2 inai kat tgn tu haram, tak kiralah corak ape skalipun sb dia dianggap sebagai tatu sementara. akak memang kurang minat bende2 tu sume. sok dh kawen pun bersanding pun tak nak buat. kita buat yg wajib. ;)
January 18th, 2009 at 8:46 pm
nk tgk chika berinai (T____T)waaaaa
January 18th, 2009 at 8:50 pm
“ina meroh dijari manismu
tando sebena luko dihatiku
ina meroh dijari manismu
tando sebena luko dihatiku”
lagu dikir barat kelantan..huhu..terjemahannya=
“inai merah dijari manismu
tanda sebenar luka dihatiku
nai merah dijari manismu
tanda sebenar luka dihatiku”
January 18th, 2009 at 8:54 pm
salam nurul…cane? debaran makin terasa tak? ;) …dik, nak tanya apa nama penuh buku cite pasal cinta nabi yusuf n zulaikha? ni ke – Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha? akak teringin nak beli la…sebuah tu bapr RM? akak cari kat bookstore MPH n Popular takde…tolong gtau eh?
January 18th, 2009 at 8:57 pm
maksudnya inai ni masih boleh la dilukis ditangan bila kawen eh? kalo tak boleh kan, nape dalam ayat2 cinta tu ada la aisya tu pakai? walaupun sebelah je la…memang aisya tu suka sangat inaikan tangan (lukis)…mak akak kata pun ada yang katanya haram…konfius pulak… :)
January 19th, 2009 at 12:15 am
as kami di johor ni, imam2 yang akal menikahkan kami awal2 dh pesan..
dia tak nak tgk tgn bercorak2 tu
so, kena lah ikut kata org yg lebih arif
dia lagi tahu kan..
kang degil. tak dgr kata, tak pasal2 dia tak nak nikah kan..
mak ayah pun dah pesan awal2..
‘nanti inai jari je’
January 19th, 2009 at 12:29 am
Chika…hehe
x kesah lar. yg penting, Chika yakin dengan ape kesimpulan yg da Chika wat.
Keyakinan lebih penting dari keraguan.
oH, da x lama da. bape ari jek lagi.
Saya nk gtau, saya suda dapat kad kamu!
Rasanya smpai petang jumaat. (Semalam)
Tp pagi sabtu ni baru saya g jenguk tempat surat tuh..hehe
tq yang!…
Guess what? rakan2 saya memuji design kad kamu…
sgt cantekkkkkkkkkkkkkkkkkk!
tq again.
Insyaallah,saya datang kalau xdak aral melintang
..
=)
daaaa
Ikhwan Reply:
January 31st, 2010 at 10:56 pm
Maaf…Keyakinan itu wajiblah dgn ilmu yag benar haq.Asiff jika teguran kasar.
January 19th, 2009 at 11:05 am
menarik entri ni
January 20th, 2009 at 11:36 am
nape x dbalas dsini (T________T)
February 10th, 2009 at 3:08 pm
so…ape sbnrya hukum mlkis inai….?
September 18th, 2009 at 10:29 am
Assalamualaikum…
Subhanallah…alhamdulillah…
Syukran jiddan for your info.
October 17th, 2009 at 10:35 pm
sape chika ne?
cume nak nasihat ntk chika,jgn nak wat keputusan hukum apa2.ti musnah badan disebabkan kata2.biarlah arkitek buat kejer arkitek dan biarlah doktor yang buat kejer doktor.
chika Reply:
October 18th, 2009 at 8:01 am
ko tak baca bebetul ke ha?
Kan dah tulis INI BUKAN MEMBUAT HUKUM.
Kan saya dah kata saya kongsikan semula pendapat imam-imam besar mengikut mazhab.
Lain kali baca biar MENGEJA satu persatu.
December 22nd, 2009 at 5:56 pm
to chika..
thx sbb kongsi pendapat imam-imam berkenaan hal inai lukis ni ngn sme org..sikit sebyk menjawab persoalan saye menjelang persiapan perkahwinan..
to aedos,
kalo tknk terima pendapat org lain, at least jgn pertikai pendapat para imam..
(biarlah arkitek buat kejer arkitek dan biarlah doktor yang buat kejer doktor) So,
imam dh buat keje dia jgk..
chika Reply:
December 22nd, 2009 at 7:57 pm
Saya cuma kongsikan balik apa yang saya baca. Tak menyatakan pendapat atau menggubah hukum pon . Nauzubillah.
Entah kenapa tah dengan aedos tu. Emos pulak dia. Tak apalah. Yang baik kita kongsikan. Yang tak baik kita hindar :)
Ikhwan Reply:
January 31st, 2010 at 11:15 pm
Maaf chika.Mgkn kerana aedos, kerisauan pd drnya.Mgkn chika pndg dia tegur kurang berhikmah.Maaf chika.Di dalam persoalan fikah dan tauhid sewajarnya chika perlu tunjuk hadit secara keseluruhan.Adab di dalam menyampaikan ilmu fikah dan tauhid:seseorang itu wajib mahir didalam bahagian fikah dan tauhid,Setiap kenyataan itu perlu bersandarkan dalil yg sahih.
Maaf…Islam itu mudah tetapi kita jangan sesekali ambil mudah.Maaf sekali lagi,entry yg chika postkan ini kurang memaparkan dalil sahih.Harap teguran ini xmguris sesiapa.
January 31st, 2010 at 11:19 pm
bukanlah nak menyokong sesiapa tetapi yang haq itu tetap haq dan yang batil itu kekal batil.Yang haq dan batil itu tidak boleh dicampur.Sesuatu hukum juga adakalanya berdasarkan waqie.
Maaf dalil yang dinyatakan adalah hanya hukum asal iaitu harus.Tetapi apabila inai diguna c=secra mengukir maka hukum juga perlu berubah.Maaf…
May 21st, 2010 at 1:33 pm
Mengenai ukir2 tu,klu tak yakin tak payah la.just pkai ina dihujung jari sudah la…:)
March 28th, 2011 at 8:38 pm
nk share leh x?huhhuhu..kne mntk izin nih
chika Reply:
March 29th, 2011 at 8:03 am
Silalah. Saya pon banyak ambik dari sumber internet :)
April 28th, 2011 at 3:52 am
mohon izin Cika si tuan tanah nak ngomel kat sini. ;)
maslina, wak setuju pendapat tu. Benda mudah, jgn disusah2kan. Tak ada kesalahan tanpa niat.
Niat berinai tu apa? Kalau anda berinai dengan niat:
1. nak nampak mcm orang hindu. haram.
2. nak meneruskan tradisi melayu. harus.
3. nak meneruskan tradisi orang india (sebab banyak yg kata inai pengantin tu asal dari sana). harus gak. Sebab? India itu bangsa, hindu itu agama, jangan confius budaya dengan agama.
3. nak menunjuk2 dan berbangga2, haram. Sembahyang pun kalo niat nak nunjuk2 dan berbangga, haram hukumnya. kan?
bagi yang anti-berinai, sila kemukakan dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang CLEARLY (sipi2 tak main) kata berinai “per-se” itu haram. Wak percaya, memang tak ada. Selain dari direct dan unequivocal dalil dari 2 sumber tu, ianya jatuh kepada ijtihad ulama. Nak ikut, ikut. Tak nak ikut tak apa. Ijtihad tu bukan milik ulama semata2 tapi untuk semua muslim yang berakal. Sebab tu la islam meletakkan fakulti akal ditempat yg sangat tinggi.
Jakim kata Haram? So? Wak respect ijtihad Jakim tu tapi kena ingat, itu hukum dari Jakim, bukan dari Allah. Tu la masalah org belajar agama kat Mesir nak buat law kat Malaysia. Faktor adat tu penting bang, especially dalam Islamic Jurisprudence. Sebab Islam itu agama buat seluruh alam bukan untuk suku2 bangsa tertentu.
So, konklusi wak :
Hukum berinai bagi pengantin muslim lelaki mahupun perempuan, selagi atas dasar niat melestari adat, budaya dan tradisi melayu (mahupun india sekalipun)adalah HARUS.
Yang kata Haram tapi tak ada dalil, itu sebenarnya hang pny opini semata2, wak respect that opini dan silakanlah mengamalkan opini anda. Jangan la pulak memaksakan opini anda ke atas orang lain. Tak gentleman la jang.. Hangpa kata haram bukan sebab Allah atau Nabi s.a.w kata haram. Apa? Tak ngaku? Cerita banyak tak mau, mana dalil dari al-Quran dan Sunnah? Bawak sini. Qias2 tak main.
Btw, sapa2 yang kata amalan berinai boleh menjejaskan tauhid seseorang, memang la korang terencat akal. bwk2 la berubat ke hapa ke.. ;)
ya? ya? ya? slurpp! renung2kan dan selamat beramal. :)
tima kasih tuan tanah!
demikian adanya..
September 18th, 2011 at 11:42 pm
memakai inai yg berukir tu boleh..asalkn tidak ad gmbar haiwan,dewa2 n pe2 yg menyerupai agama laen…check jakim fatwa kebangsaan..:)
January 2nd, 2012 at 3:39 pm
terima kasih chika cz bkongsi sikit sbyk tentang ukiran inai nie… info dan komen2 rakan yg lain… buat sy lbh mbuka mata bkaitan hukum berinai…