Archive for January, 2009

Right Here Waiting For You

Posted by chika under Uncategorized

Gembira betul. Malam ini penerbangannya pulang ke tanah air hooray! Berbulan-bulan tak berjumpa. Alhamdulillah. Dah tiba masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Tak ada apa nak dikatakan lebih lanjut. Selain menyatakan kegembiraan. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Entah apalah sedang dibuatnya ketika ini.

Sikit hari saja lagi.
Semoga Allah mendatangkan kepada kita, seorang penolong.
Amin

.

.

.

Hallamak.
Right here waiting for you.
Ececececececeh.

Arabian Night

Posted by chika under Uncategorized

Baru balik dari kenduri baca yaasin dekat rumah Aizar. Eh eh. Macam kenduri kesyukuran. Siapa nak menikah neh masalah dia? HAHAHAHA. Macam Aizar lah bukan? Tumpang lalu.

Soalan pertama. Siapakah yang hadir?

Jawapan : Pak haji dan mak haji masjid yang berciri ooooh-so-this-is-the-heboh-heboh-bride-to-be (terhadap saya). Dan beberapa rakan taulan. Tak lain Astri, Astri, Astri (ow bumi ini benar-benar berputar pada paksinya. Aik?) Ada Mizi (macam biasa), Suhaimi (macam biasa), Firdaus (ehem ehem, tersedak I!) dan Riz (luar biasa)

Zarul, Saya, Astri.
Zarul, ikhlas sket ikhlas!
HAHAHAHA

Okay, Riz yang luarbiasa. Mari kita cerita tentang Riz yang luarbiasa dulu. Ehem. Ehem. Berdehem-dehem pulak dah. Ke hadapan saudara Riz (bukan nama penuh). Sekiranya terbaca (atau memang suka sangat nak baca blog Chika ewwwaaaaah) saya harap saudara dapat meningkatkan metabolisma diri kejap. Sebab saya akan mentulis sesuatu yang berciri gurauan semata-mata. Tak lebih dari itu. Kalau terlebih, mintak halal. Kami semua memang suka sakat orang sampai kadang-kadang orang boleh jadi malu di tempat kejadian lepastu panas muka, panas telinga, panas pipi semua panas. HAHAHA.

Akhirnya kami (referred to : Astri and me) telah mentengok Riz (ehem. Tak tahu kenapa kena ehem) dengan mata kepala hati lutut sendiri (Ya Allah, tak sangka lutut ada mata) Selama ini, kami asyik-asyik (oh begitu asyikkkk) mendengar yang dia pernah ke rumah Aizar beberapa kali repair komputer je keje. Dan kenal dia melalui blog sahaja. Aizar pon satu, suka sangat rosakkan komputer lepastu Riz kena susah payah datang repairkan komputer dia. Baik hati betul. Dah lah baik hati, lepastu penyabar, pemurah dan ringan tulang (eceh. Macam kenal-kenal sangat pulak dah aku neh. Tipu sangat). Eh eh membebel pulak tak pasal-pasal.

Saya dengan Astri akhirnya puas hati sebab akhirnya dapat mentengokkan lelaki yang baik hati rajin sangat tolong repair komputer Aizar tersebut. Baiknyaaaa Ya Allah. Aizar, cepat bancuh Teh Tarik sedap-sedap! (tetiba pulak) Tak tahu kenapa kena buat sampai 3 perenggan untuk Riz semata-mata. Aizar, tumpang lalu.

KAH KAH KAH. Astri, gimme five! Sedang mengusik Aizar neh, tahukah? HAHAHHA


Gambar ‘bergegar’ sebab tadi gempar bumi ke apatah.
Atau kena serangan parkison ke, manalah kita tahukan.

Ada kenduri, adalah makan. Ya Allah dapat makan. Sukanya. Mari kita semak apakah dia menu yang disediakan oleh Ibu dengan bersungguh-sungguh.

  1. Nasik himpit (himpit atau impit?)
  2. Lontong (Tapi Aizar kata lodeh. Tak sedap betul panggil dia lodeh, bukan kah?)
  3. Sambal sotong. Ya Allah. Sedapnya menyotong! KAH KAH KAH. Apa akallah pedas nauzubillah. kalau tak, penuhlah dua kolam sotong masuk perut Chika. HAHAHAHA. Lepas makan pedas, muka pon kelihatan sangat sengsara. Mulut pon terus bermain ‘push push’. Malu orang tengok. Pergi dapur membebel pedas, pedas. Mak-mak haji semua aneh. apakah yang pedas sangat aku makan tu? Hebat betul lidah semua orang. Padahal saya sampai buat keputusan nak cabut lidah tu cuci dalam air zam zam sampai nyaman. HAHA. (Banyaknya merepek pasal sambal sotong)
  4. Kebab. Well. Arabian night lah katakan.
  5. Sosej kena gulung dalam crumb-what-so-ever. Hei, aku mana tahu nama makananlah. Yang penting saya tahu ianya sejenis serbuk roti (Ya Allah, sampai serbuk pon kita nak makan kan? Nasib baik serbuk kayu semua kita takda peduli sangat)
  6. Buah-buahan bersatu (Nama neh saya cipta sendiri. Copyright reserved, jangan tiru)
  7. Kek coklat. Yummmmmmyyyyy (sedaplah tu maksud dia)

Sekarang sampai kepada soalan ‘tak sayang mulut’. Adakah Chika telah mentumpahkan minuman di atas karpet orang sebagaimana yang pernah dilakukannya banyak kali selama ini?

Yahooooooooo dot com. Dengan riak takbur angkuh sombong berlagaknya, saya mengaku saya TIDAK LANGSUNG buat perangai tak tahu malu tersebut pada malam ini. Hooooray! Dah lah sopan pakai baju kurung warna light light, tak tumpahkan air pulak tu. Semoga ibu gembira dengan perubahan mendadak saya yang disenangi semua. Eceh. Tahukah siapa pulak mendapat badi berpuaka tersebut? HAHAHAHA. Astri lah. Dia pulak pergi tumpahkan minuman saya atas lantai. Tak ada minuman orang lain ke kau nak tumpahkan? Nak jugak babitkan nama aku dalam kejadian tumpah-menumpah. KAH KAH KAH. Shake hands, shake hands.

Keluarlah hujah-hujah puaka ; Nanti masa wedding dia, kita tumpahkan air beramai-ramai.

Ya Allah. Tak sangka dapat kawan macam ni. Dah lah mengata belakang-belakang tapi dengan suara kuat. Balas dendam pulak tu. Ingat Allah ingat Allah. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Siapa tumpahkan air masa wedding saya nanti, abes majlis kita celup dia dalam air kolam depan Dataran Merdeka sana (apsallah boleh sampai Dataran Merdeka neh?)

Isu hangat berbangkit?

KAH KAH KAH. Marilah gelak sama-sama kalau nak. Saya telah dituduh sebagai ; pandai menggoda orang. Ya Allah. Marilah kita istighfar panjang-panjang. KAH KAH KAH. Kelakar betul walaupon lawak tak jadi sangat. Lepastu buat muka nostalgia dia. Nasib baik ada orang tolong hantar peluru sesat dekat kepala dia. Terus dia ingat Allah ; Ishk… dia nak kawen dah. Nak kawen dah. Dah dah la tu.

Nasib baik saya tabah dan mood baik malam neh. Kalau tak, habislah. Cerita pintu pagar menangis, bas puaka, tragedi belakang bangunan sekolah semua keluar. Malas ah cerita!

Cerita lain pulak.

Telah diperkenalkan kepada tetamu sebagai pengantin. Ya Allah. Malunya muka tak tahu nak simpan muka dalam baju siapa. Disebabkan malu sangat, sampai tercuci pinggan kau!!. Tapi tak apa. Bila lagi ibu nak tengok si Haizum neh mencuci pinggan di rumah ibu lah bukan? Sumpah malu sangat! Mak-mak haji berborak dengan ibu Aizar tentang saya nak kawen. Dah lah semua orang tak kenal saya. Semua rakan-rakan emak, jiran tetangga, makcik pakcik di sini semua takda tahu siapakah saya. Mereka cuma kenal ibubapa saya. lepastu semua histeria sebab tak sangka ibubapa nak terima menantu ke apatah. Itulah kesan dia kalau emak suka sangat simpan anak dalam rumah. Dan anak tersebut pon suka simpan diri sendiri dalam rumah. AHAHAHA.

Sumpah betul-betul malu. Anda tak faham mungkin bagaimana malu besarnya bila diperkenalkan sebagai bakal pengantin. Hilang arah kejap. Sampai tak tahu nak cakap dalam bahasa apa dengan makcik-makcik di situ. Dan kemudiannya disindiri makan sikit.Ibu pulak bukak cerita itu ni pasal saya. Saya yang dah hilang arah terus menuju ke sink dan membasuh pinggan. KAH KAH KAH. Nampak sangat telah gugup.

Sekarang tengah pikir. Macam manalah perasaan semasa naik pelamin kelak. Sumpahlah sangat malu. Sampai hujung nyawa akan ingat. HAHAHAHAHA.

Aizar dengan Astri pakai jubah hitam. Tapi tak bagitahu saya. Saya dah la suka sangat kalau disuruh pakai jubah hitam. Memang sangat suka. Tak tahu pulak ada Arabian Night. KAH KAH KAH.

Dingin

Posted by chika under Uncategorized

Studiobabes

. . .

Nampak sangat tak ada modal tapi ketagih. Nak memblog juga pada petang yang sejuk dingin ini. Dinginnya getaran asmaaraaa… Ya Allah. Saya admire betul Ziana Zain. Dah lah melentik, suara dahsyat high pitch semua. Kalau jadi anak dia, mesti disiplin betul. Sebab takut emak menjerit. Sekali emak dia menjerit, tumpah air dalam gelas. Hey hey! Jangan kutuk beliau, saya sayang beliau. Eceh. Hep, biasa tuh kutuk penyanyi kegemaran saya! (sambil pegang rotan macam nak pukul anak). Tak ada motif betul.

Err. Boleh saya tahu apakah natijahnya mensidai gambar di atas?

Sebenarnya memang tak ada apa-apa natijahnya. KAH KAH KAH. Err. Tataplah puas-puas gambar ‘Chika the happy single’ tersebut. Selepas ini, nak tak nak anda kena menatap gambar isteri orang. Bukankah sangat aneh bunyi dia? HAHAHA. Eh eh. Tangan menggigil. I nervous, you. HAHAHA.

Mentipu anda. Sebenarnya sangat menggigil di sini kesejukan. Ya Allah. Malaysia kah ni? Punyalah sejuk menggigil macam berada di negara-negara dingin. Kalau macam neh punya dingin cuaca, sangat sayanglah saya kepada tanah air. Dah lah indah permai, bendera ada empat belas jalur siap ada bulan bintang meteor asteroid semua. Cuaca pon sangat menarik. Sayangnya dekat Malaysia. Sampai jantung berdegup warna merah darah mengalir penuh kecintaan hoi hoi hoii apa ni merepek tak ingat Tuhan ke? (Chika, get out!)

Okay memang mentipu anda. Sebenarnya hujan lebat di luar. Ya Allah. Tak suka betul band Hujan sejak kebelakangan ni. Dahlah vokalis dia tak segagah Azwin Andy. Okay cukup cukup! Hujan sangat lebat bersepadu dengan bunyi angin menderu-deru. Cuaca gelap. Hati rawan (mana ada!) Lepastu on aircond dengan suhu 18 darjah celcius. Lepastu histeria sendiri kesejukan. Lepastu bukak blog, update entry cakap pasal cuaca Malaysia lah apa. Lepastu pakai sweater dalam bilik sendiri. Berangan macam Malaysia negara 4 musim. Padahal Malaysia ada bulan dengan bintang je. Matahari sekali. Tapi matahari tak terpilih masuk dalam bendera Malaysia sebab Jepun dah bolot semua.Tak tahu apa jadi dengan bendera Malaysia kalau ada matahari sekali.

Kejaplah.

Tak faham betul apa natijahnya buat entry neh.

Sebenarnya ketagih nak memblog. Eiii malunya sebab buat entry ni. Malu nak mengaku entry ni Chika buat. Okay bye.

Penulis entry : Rakan Chika yang lain. Entah siapa tah.

Beg Epal, Astri Bagi

Posted by chika under Uncategorized

Saya belum cuti. Belum.

Saya akan memblog entry sehinggalah hujung minggu ini. Kan saya cakap. Cuti kahwin bermula minggu hadapan. Ehem. Anda ingat senangkah saya untuk bercuti blog? Dah lah saya cinta blog. Nak bercuti pon rasa menggigil. Tak cukup dose nanti susah. Tapi tak apa. Kahwin first.

Last week Astri datang rumah. Untuk bagi ini :

Alahai comel betul. Saya ingatkan pyjama. KAH KAH KAH. Kalau betullah pyjama, aih! Tak ada kerja lain kah si Astri neh mencarikkan rakannya sepasang pyjama. HAHAHA. Tapi bukan.

Ianya sebuah bag kain! Yahoooooooo saya suka.

Dan boleh diterbalikkan untuk mengubah corak kain. Tadaaa.

Sangat manis.
Terima kasih Achi
(tiru Dedek pelat-pelat called Astri as ‘Achi’)

Lama betul tak pakai bag kain macam ni. Teringat dulu-dulu masa dahi saya ada cop ‘budak sekolah’. HAHAHAHA. Bag macam neh kegemaran kami. Selain berciri teenagers, bag macam ni juga sangat praktikal. Senang nak simpan macam-macam barang. Buku kecik, buku besar, pencil case besar bagak (Teddy Tales warna pink ada glitter blink blink. Hayyoh. Anak gadis betul). Boleh simpan baju sukan, tudung, purse, novel, CLEO, REMAJA dan menyimpan anak kucing juga. Okay anak kucing tak ada. Wah. Begitu remaja sekali!

Dululah. Itu dulu. Sekarang pakai handbag taknak kalah. Dah lah handbag wanita tersebut mahal, lepastu kurang praktikal. Nak masukkan wallet pon tak muat. Kadang-kadang nak keluarkan kunci kereta pon susah. Belum kira lagi dia punya berat bersih. KAH KAH KAH. Tapi jangan kutuk, jangan kutuk. Just because I love them. HA HA HA.

Bag kain fancy-fancy. Alamak. Saya suka betul. Terasa begitu lama tidak menggayakan fashion remaja era PMR-SPM. Dah lah comel, kelihatan bertenang sekali. Tak macam sekarang. Dengan high heelnya. Seksa betul tapi tetap sanggup. Punyalah cekal hati seorang wanita. Dulu-dulu pergi bergembira dengan rakan-rakan cuma pakai pumps. Dah lah senang pakai, praktikal juga.Tapi err. High heels tak boleh resist lah. Sangat hebat walaupon buat kita sengsara.

Tiba-tiba aku rasa perempuan ni adalah makhluk complicated yang suka carik susah. Lepastu histeria. Jangan kutuk jangan kutuk. Perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki untuk dilindungi. Eh eh tetiba pulak.

Astri cakap ; Ni bukan hadiah wedding tau.

HAHAHAHA. Tahukah ini hadiah apa? Ini hadiah friendship I guess. Aizar pon dapat bag yang sama. Astri juga ada. Tapi Astri punya hijau. Apsal kau punya hijau? Sebab kau yang beli. Suka hati kaulah nak bagi aku oren kan? HAHAHA. Apsal Aizar punya pink padahal Aizar suka Oren? Eh eh aku neh. Suka hati Astri lah nak bagi warna apa pon. HAHAHAHAHHAHAHAAHAHAAHA.

Kehadapan sahabatku, Astri Fadhilah.

Terima kasih sebab bagi saya bag tersebut. (Walaupon tak dapat Hijau, tetap syukur sebab dapat jugak daripada tak dapat). Saya dan Aizar memohon maaf sebab terlambat mengajak keluar tempoh hari. Kami pon telah buat plan tergopoh-gapah according to my studiobabes punya agenda yang sukar dilaras. Kami telah merancang semuanya pada waktu tengah-tengah malam. Forgive me. Eh, forgive us.

Tumpang lalu.

CUTI KAHWIN

Posted by chika under Uncategorized

Attention Attention!
(memang tension)

Saya akan mengambil cuti kahwin mulai minggu hadapan. (Eceh. Nyampah) Minggu ini adalah minggu terakhir saya akan memblog entry sebagai cik penulis. Mulai minggu hadapan, akan bercuti panjang sikit. 3 minggu hingga 4 minggu mungkin. Sabar sabar! Jangan baling batu baling kasut baling sampah ke apa dekat Chika dulu. Sabar sabar. Cuti kahwin, apa salahnya. Nanti akan kembali memblog sebagai seorang Cik Puan. (Aku dah mula cinta dengan title tersebut)

One week before the wedding, adalah semanis-manisnya kalau saya banyakkan berehat. Goyang kaki. Kiri kanak! Kiri kanan! Err. Berehat kah atau berkawad kah? HAHAHA. Tak manislah pulak kalau masih memblog padahal lagi 2 jam nak nikah. HAHAHAHAHA. Contohla. Jadi saya akan bercuti mulai minggu hadapan.

7hb sehingga 14hb adalah my blissful week. Jangan ganggu jangan. Minggu yang akan dipenuhi dengan acara perkahwinan.

15hb adalah hari yang sangat DAG DIG DUG. Oh Tuhanku.

15hb hingga minggu -minggu seterusnya akan diisi dengan acara luarbiasa, aneh, baru, segar, pelik, letih, excited dan semua sekali jenis perasaan. Campur gaul semua perasaan sampai membentuk sebuah mixture ‘pembunuh’. Merepek betul.

Saya akan unavailable mulai minggu hadapan dan menjadi semakin sibuk agaknya selepas tamat majlis. Jadi, sangat layak bercuti panjang.

Satu hal.

Hal yang lainnya. Apa-apa sahaja pertanyaan tentang majlis saya, seperti direction ke rumah etc boleh lah dibuat di ruang komen. Sepanjang minggu hadapan, Aizar akan jawapkan. Untuk bantuan direction ke rumah saya pada hari majlis, boleh hubungi Aizar. Bagaimanakah caranya menghubungi Aizar?

YM : eyeza2101

Dapatkan number phone beliau. Hubungi saja dia nanti. Aizar akan bersedia membantu anda. Ewah ewah.

Pengumuman lain : Boleh contact Aizar untuk apa-apa kemusykilan. Musykil pasal kucing anda tak lalu makan tak payahlah tanya Aizar. Pertanyaan tu biarlah masuk akal sikit. KAH KAH KAH.

15 perkara random

Posted by chika under Uncategorized

1. Penat penat penat.

2.

3.

4.

5.

6. Teringin memblog tapi tak cukup modal.

7. Mengantuk tapi malas nak bangun menapak dua langkah ke katil

8. Haus tapi tak larat nak menapak tiga langkah.

9. Dalam hati simpan harapan ; Aizar tolong online sekarang. Padahal tak tahu nak apa dengan Aizar.

10. Tadi jadi gatal sekejap. Naik Bukit Permai tengok orang shooting drama. Nampak Lisdawati dengan Zamarul Hisyam tengah acting. Ingatkan boleh jumpa Alicia Keys ke apa ( ayat tak ada modal lain). Bosan. Lalu lalang depan set penggambaran (naik keretalah. Bukan bersidai jual muka kat situ. Bercerai karang kepala dengan badan kena penggal oleh bapa sendiri). Manalah tahu director terberkenan offer saya berlakon babak lintasan 7 saat ke. Boleh jugak jual mahal dengan director. TOLAK TAWARAN. Lepastu esok pagi boleh buat cerita dekat rakan-rakan ; Kau tahu semalam! Aku tolak tawaran berlakon drama. Fuuuuuuuuu gila hebat bunyi dia.Kan dah cakap. Imaginasi si Chika neh over sangat.

11. Esok keluar dengan rakan-rakan. Siapa nak jumpa Chika, pergi IKEA esok (Menyampah dengan Chika lah bukan? HAHAHA) Err. Kelakar jugak. Bachelorette party dekat IKEA. Nampak sangat dah mula nak jadi makcik-makcik. KAH KAH KAH. Err. Bukan remaja sepatutnya keluar berkawan-kawan ke Midvalley atau ke One Utama ke? Lagi 11 hari nak bergelar ‘wonderwife’ neh, jiwa adalah jugak berciri IKEA. Isteri-isteri kan suka shopping langsir, shopping pinggan mangkuk, shopping perabot dan shopping bawang. Err. Lintang pukang isi entry neh. KAH KAH KAH. Hey hey. Jangan kutuk langsir, pinggan mangkuk, perabot semua tu. I suka. Saya perempuan seratuspersen. Memang suka langsir dengan cadar dan semua benda yang golongan isteri-isteri lain suka. Tapi tak suka tupperware. eh eh. Tetiba pulak. Shopping ikan dekat pasar pon saya tak suka. (okay, tolak 25% ciri-ciri perempuan sejati tersebut)

12. Tak berapa sehat.

13. Pergi mengedar kad kepada rakan-rakan. Menziarahi rumah Marlia lama-lama. Seronok betul berbual lepastu terimbas kenangan lalu. Cerita cikgu gila semua keluar. Astaghfirullah. Mengucap mengucap.

14. Makan kuih gelang dekat rumah Aizar sebanyak dua. HA HA. Dah pandai mengira jumlah diet. Patutlah macam langsing sikit sekarang (Chika, get out kau!)

15. Pergi tidur skang!

Point 2, 3, 4, dan 5 adalah sama dengan point 1.