Archive for December, 2008
Posted by chika under
Uncategorized 
Ku sudah punya diari, ku mahu berhenti blog. Jangan hasut jangan hasut. Mentulis diari di dalam diari adalah sangat selamat dari ancaman stalker. Mentulis blog di dalam blog adalah sangat berisiko. Tinggi. Siapa ada diari tapi belum ada blog, teruskan tradisi menulis diari. Perbuatan menulis diari sangat indah. Menulis blog. Menulis diari. Bukankah lagi indah bunyinya menulis diari?
Err.
Stalker?
Siapa takutkah pada stalker? Saya takda takut dengan mana-mana stalker lagi. Sudah sangat pasrah di sini bahawa diri ini mempunyai sebuah blog peribadi (yang indah ewwah!) dan terbuka luas kepada semua. Mari baca mari baca! *bunyi loceng ais krem* Mari baca mari baca! *bunyi loceng ais krem* Itulah masalah dia dengan blog neh. Tiba-tiba boleh keluar bunyi loceng ais krim.
Crap!

Bukan menulis diari lah. Berhenti memblog apatah lagi. Boleh mati di tempat kejadian kalau tidak mentulis blog, anda tahu? Sebenarnya, hari ini sangat letih menulis kad jemputan. Untuk andalah! Sangat letih sampai otak tak boleh memahami cerita kartun yang ditonton tadi. Itulah, siapa suruh menulis tangan? Kata anda.
Pastilah menggunakan tulisan tangan. Kaki sangat buta huruf. KAH KAH KAH. Sebenarnya, berasa lebih gembira kalau menulis dengan tangan sendiri daripada menggunakan bantuan teknologi ewwah. Sebenarnya, malas mengelolakan kerja-kerja printing. Selepas print, memotong kertas. Kemudiannya, bermain gam. Ow man! Sangat leceh dan mengotorkan diri. Lagi baik handwriting lah. Disamping itu, dapatlah anda semua menatap tulisan saya yang bulat umpama kuih dorayaki tersebut *bunyi loceng ais krem*.

Dari siang bawak ke malam. Ingatkan membuat kerja menulis jemputan ini perkara biasa. Tak sangka, ia sangat luar biasa. Sampai memenatkan jasad. Sampai naik jemu dibuatnya. Nak termuntah pon ada. Maaflah kalau anda menerima tulisan yang tersenget-senget kelak (sebenarnya tulisan tersenget-senget adalah cute, tak percaya sudah) Menulis sambil mata terkuyu-kuyu. Tapi sangat bersemangat. Terus juga menulis. Siapa perlukan kerani berseri-seri boleh contact saya *bunyi loceng ais krem* HAHA. Sangat pandai menulis dengan tangan dan bantuan pen dakwat hitam, Stabilo 0.4 (tapi 0.2 lagi bagus, mata lebih halus) Tak memerlukan mesin taip mahupun papan kekunci. HAHA. Layak jadik kerani la bukan?

Sebahagian yang sudah siap. Baru sebahagian tahukah? Masih banyak yang belum ditulis. Itu pon baru list cincai. Complete list belum ada.
Lama betul saya duduk di kerusi tersebut. Dari siang sampai ke malam. Pinggang pasti screaming tapi takda siapa mendengar. Alahai.
Tiba-tiba terfikir ; Ramai rupanya kawan aku. Ingatkan ada lima, enam orang. KAH KAH KAH.
Sepanjang kerja menulis jemputan neh, macam-macam rancangan Astro sempat ditonton secara tak berapa nak faham (maklumlah, sangat komited dengan kerja). Antaranya ;
- Mawi & Ekin – Kursus Kahwin (over tau, nyampah!)
- Hum Saath Saath Hain (hindustan tuh!)
- Renjis – Saya sangat suka drama neh walaupon takda lelaki hot. See. Sangat ikhlas Chika neh menonton Renjis. Takda sebab lain selain minat yang ikhlas.
- Kartun Jepun.
- HBO – macam-macam filem.
- Thomas & Friends
- dan banyak lagi.
Tengok. Lama tak lama la kan saya menulis jemputan.
Siapa belum membagikan alamat, sila berbuat demikian. Anda bukan sahaja akan mendapat jemputan, malah akan menerima package tulisan bulat berciri kuih dorayaki. Fuuu. Dahsyat tak dahsyat la kan. AHAHAHA. Err. Malaslah layan Chika ni.
Sekarang masa berkualiti bersama katil.
Posted by chika under
Uncategorized Ini cupcake homemade untuk hantaran masa bertunang bulan July yang lalu. Dibancuh oleh Aizar dan dibantu oleh Chika ewah ewah. Dibuat dengan kesungguhan. Dengan rasa cinta yang mendalam menyusun butir-butir cinta supaya kemas dan teratur. Ibu kata ; Tabur je! Tapi punyalah full of passion, si Chika ni pon menyusun satu persatu dengan penuh kasih sayang. So sweeeeet (wutdaaa?)


Habis saja majlis pertunangan. Keluarga beliau pon pulang. Saya dan kawan-kawan pon berfoto mania.
Satu sms masuk.
A’kum. You’re probably still on a high and still screaming with your friends :) Not even sure if you’ve got creadit to reply. Anyway, just wanted to say you looked amazing. Your dress was seriously gorgeous. My family loved you. And all the things you gave us impressively wrapped and decorated. Already tried your cupcake. My god, they were so rich and moist. Very tasty :) Did you put some drugs in them too? Haha. Anyway, thanks. I love you :)
23 July 2008 / 5.59pm ;
A’kum. Just wanted to say how annoying you are. Here I am trying 2 study but your adorable smile keep filling the pages of my book :P Haha. P.s. I miss you :)
Almost 5 months since we’ve been together (but not really together la kan) HAHA. I miss him. Cepat balik sini. Mari kita settle borang nikah, mari. HAHAHAHA
Posted by chika under
Uncategorized Roti ialah kegemaran saya (kegemaran Bai roti juga) Yang saya tiddak gemar ialah biskut, kuih muih (hampir semua jenis kuih saya tak suka sebab sangat membosankan), dan saya juga tak suka memakan bubur kacang. Bagi saya, roti ialah sejenis makanan yang paling hebat dalam dunia.
Kehebatannya adalah kerana ;
- Sedap tiada tandingan.
- Senang untuk dimakan. Tak payah risau tumpah atas baju atau pedas lantas kena minum air dua kolam. Sangat praktikal.
- Mudah dimasukkan ke dalam tas tangan wanita. (tapi bukan bagi roti yang sangat panjang dan sangat keras itu)
- Rasanya yang penuh kenikmatan.
Fuuu. Memang hebat.
Roti kegemaran saya ialah kesemua jenis roti tanpa mengira bangsa. Sangat muhibah maksud dia. Namun begitu, roti keras sampai boleh mempecahkan kepala boleh keluar skang! HAHAHA. Roti canai juga tidak dikira sebagai roti yang mempunyai kehebatan seperti yang disebut di atas. Sebab saya tidak berpendapat bahawa roti canai adalah hebat. Ianya … err … biasa saja. Menu sarapan pagi yang tak berapa menggembirakan. Kecuali roti canai sardin dengan kanduangan sardin yang melimpah ruah. Oh. Begitu hebat!
Bukan roti canai sardin topik kita kali ini. Topik saya ialah roti. Atau Alicia Keys cakap, Bread (tak tahu kenapa mesti Alicia Keys yang kena)
Roti kegemaran saya ialah GARDENIA. Sebab? Kerana ianya sungguh enak di makan begitu saja. Sebenarnya, tagline tersebut baru sahaja ditemui sebagai BENAR oleh saya. Selama ini, roti tersebut tidak berapa enak dimakan begitu saja. Harus dimakan dengan bantuan jem strawberry atau jem coklat atau peanut butter.
Sehinggalah emak memperkenalkan kepada kami semua;
Gardenia Delica ; Butterscotch.
Wow. Memang enak dimakan begitu saja. Tak percaya, cubalah. Sudah sepanjang minggu ini kami adek-beradek ketagih Gardenia Butterscotch ini. Rasanya betul-betul hebat dan memberi kenikmatan pancaindera ke empat iaitu lidah. Kesedapannya sampai membuat kami tidak sanggup mengizinkan jem coklat masuk campur. Kerna kenikmatannya sudah tercapai jika dimakan begitu sahaja.
Tahniah Gardenia sebab telah merealisasikan tagline anda.
Setiap kali menghadap 611 untuk menonton Hagemaru bersama adek-beradek, pasti kami akan menghabiskan sebungkus Gardenia Butterscotch. Kehebatannya menaikkan lagi keasyikkan menonton Hagemaru. Rotinya yang lembut, creamy dan manis. Sangat hebat.
Anda pula, bagaimana?
Cubalah Gardenia Delica; Butterscotch. RM4 sebungkus untuk merasai kehebatannya. Sungguh enak dimakan begitu saja.
:)
Sekian terima kasih.

Tidak dibayar oleh Gardenia. Ikhlas berkongsi kenikmatan bersama anda semua. Memang sedang tergila-gilakan roti tersebut.
__________________________________________
Baiklah.
Berasa kurang semangat.
Stomachache.
Sedang sengsara secara tiba-tiba malam ini.
Posted by chika under
Uncategorized Emak saya dah mula bising. Baju sanding dah siap belum. Baju sanding dah siap belum. Emak kalau dah mula bising, kita kenalah segera bertindak. Kalau tak kesian telinga boleh nipis. HAHAHA. Tolonglah bertimbangrasa sikit dengan telinga sendiri. HAHA.
Saya call wedding planner.
Ya Allah.
Nurul, baju awak tu dah siap sebelum raya haji lagi, dek! Saya dah suruh Umi call.
Aik? Tak ada call pon. Atau mungkin, memang ada dia call tapi anda pon kena faham juga perangai saya yang sangat mengabaikan telefon bimbit. KAH KAH KAH.
Sekali lagi kena ‘serang’ dengan emak.
Dah tahu sekarang ni sibuk nak kawen. Sana sini mestilah orang carik nak contact pasal macam-macam. Lain kali bawak handphone tu sana sini. Bawak! Lepas tu biar handphone mati sampai dua tiga hari, baik tak payah pakai handphone. Ha, sudah! Tak payah pakai handphone. Pergi simpan masuk kotak handphone tu gi.
KAH KAH KAH.
Emak kalau ‘sound’ memang mentusuk kalbu engkau tahu. Nasib baik, aku kan anak. HAHAHA. Tapi tak apa. My bad. Namun begitu, sangat bergembira setelah mengetahui baju sanding sudah siap. Sudah boleh datang untuk fitting. Namun, siapakah akan membuat fitting untuk baju pengantin lelaki? T___T Pedih mentusuk kalbu betul kerna menatap pakaian pengantin lelaki yang jasadnya bukan di sini. Ewwah.
Tango jom. Tango solo.
KAH KAH KAH. Tango kerna sangat gembira. Gembira baju sanding sudah menunggu di sana untuk dicuba oleh pengantin perempuan. Pengantin perempuan tersebut sangat excited mahu melihat busana tersebut. Apakah rupa dia baju tersebut? Saya sering menatap design yang dilakar oleh tangan saya sendiri. Namun, ianya sangat diluar imaginasi. Tak boleh imagine bagaimanakah baju yang telah siap tersebut?
Saya buat appoinment dengan wedding planner on Monday.
- Fitting baju.
- Discuss accessories/ tudung/ veil etc.
- Discuss details attire untuk pengantin lelaki.
- Bagi design pelamin (yang berciri selamba yaya itu)
- Confirm appoinment dengan make up artist. Untuk sesi mencuba make up. Kalau hasil kerja dia membuat muka Chika seperti bukan muka Chika lagi,boleh keluar skang! KAH KAH KAH. Make up sangat penting. Kita tidak boleh membuat tetamu heart attack mentengok muka kita. HAHA. Jangan gelak jangan gelak. Ini serius punya benda. Jangan gelak jangan gelak.
Perkara kena beritahu kepada make up artist :
- JANGAN MENCUKUR KENING SAYA nanti bapa marah.
- Dilarang membuat muka saya seperti dinding mural tepi bangunan sekolah. Nanti tetamu heart attack. Buruk padahnya. Itu saja.
- Tidak dibenarkan mensuruh saya memakai aksesori traditional sebab saya tak suka. Saya sudah ada set aksesori sendiri dan sangat tak sabar untuk memakainya. Nasib baik tak pakai semasa berjalan-jalan, sebab sangat tak tahan. Rasa nak pakai tapi tak apa. Sabar Chika sabar, jangan menggelabah.
- Tidak boleh membuat saya kelihatan sarat. Saya tahu, pengantin perempuan memang sebuah objek yang sarat. Maksud saudari? Maksud saya, sarat dengan labuci, dengan aksesori bergantungan seperti … (baiklah, saya tak tahu seperti apa), sarat dengan make up sampai geli kalau ditengok dari jarak dekat. Malah sarat juga dengan hiasan di kepala bagi yang tidak bertudung. Begitulah pengantin perempuan tipikal kaum traditional Melayu. Kesian lah bukan? Kalau boleh, saya mahu kelihatan seperti mahu ke majlis makan malam sahaja. Sangat kelihatan light.
Kenapa Chika tidak boleh mempakai sarat? Pertama, memang sebab saya berasa kelemasan kalau bersarat-sarat. Selain itu, anda pon sudah maklum yang I ni kan solid you. Err… maksud saudari, gemuk? Gemuk jangan sebut okay, sangat mencetus kemarahan. HAHAHAHAH. Solid lah. Yer, solid. KAH KAH KAH. Orang ‘solid’ kalau mempakai sarat, buruk nanti rupanya. HAHAHAHAHA.

Border lace.
Baru je rasanya dapat parcel from UK. Sekarang dah jadi baju pon border lace ni. Anyway, lace ni dibeli oleh tunang saya. Sangat murah I tell you. Setakat nak tampal lace untuk hujung kain, berbaloi order saja from UK (atau mana-mana tempatlah yang lebih murah) Tolong percaya bila saya kata murah. Maksud saya, sangat murah kalau dibandingkan dengan border lace yang dibeli from Gulatis (RM100+ per meter) Tunang saya bantai beli 10 meter kalau tak silap (tak berapa ingat dah) Nanti saya kongsi tentang lace ye. Ha, tak percaya la tu. Betul. Murah. Betul.

Ini dari Gulatis. Memang lebih cantek sepuluh kali lah (sebab mahal sikit KAH KAH KAH) Eh, seriously. Sometimes memang kena spend banyak sikit kalau nak barang cantek dan berkualiti. TAPI. Bukan semua benda kena beli mahal. Setakat nak tampal-tampal, berbaloi sangat beli yang murah-murah seperti di atas. Untuk baju saya, saya campur macam-macam jenis lace. Tapi tak menjejaskan sangat sebab design dia bukan fully laced. Untuk pengetahuan anda, saya juga mencampurkannya dengan satin murah juga.Err. Sebenarnya saya akan memakai chiffon pada hari tersebut.
Bagi detailings yang kecil-kecil, janganlah spend banyak sangat. Sesuatu yang tak berapa menjejaskan, kita bantai je dengan campuran barang murah. Perasaannya akan sangat berbaloi.
Namun begitu, pemilihan kain yang tidak tepat akan sangat menjejaskan design baju anda. Misalnya, kalau berangan-angan hendak memakai pakaian yang kelihatan terletak kembang, jangan guna chiffon. Gunalah kain gown (cakap berdasarkan pengalaman). Dan yang penting, jangan takut untuk menjadi cerewet.
Topik kita sekarang ialah CEREWET (eh eh, tiba-tiba tukar topik)
Perkahwinan ialah majlis kita. Sebagai pengantin, element nombor satu untuk berkelayakan bergelar pengantin ialah CEREWET. Tak ada salahnya menjadi cerewet. (Bukan cerewet sampai bilangan benang pon nak kira, bukan) Tapi jangan takut untuk menjadi cerewet. Jangan takut condemn cadangan taylor kalau anda tak berkenan. Jangan takut suruh taylor ubah design banyak kali. Jangan takut pesan banyak kali suruh taylor buat betul-betul. Dan jangan takut suruh taylor buat ukuran berulang kali (sampai muka dia macam cekodok pon tak apa) HAHAHA. Bukan untuk orang lain, untuk anda. Perkahwinan ialah sesuatu yang harus mencapai kepuasan hati semaksima yang mungkin.
Its not about how grandful the wedding is, but its all about the perfection you had.
Dan kesempurnaan adalah subjektif. Ia bergantung kepada standard yang anda create sendiri. Selagi anda berpuas hati, itulah kesempurnaan yang telah anda capai. Yang penting, jangan membiarkan orang lain mengganggu kesempurnaan majlis anda. Seperti? hasutan-hasutan jiran tetangga yang tak faham erti PERFECT dan IMPIAN.
Ewwaahhh.
Posted by chika under
Wedding Bliss 
Assalamualaikum wr.
Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengumumkan hari bermakna saya sebagamaina yang telah dipersetujui di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis pernikahan
7 February 2009, 11 Safar 1430 Hijrah.
Majlis jemputan
8 February 2009, 12 Safar 1430 Hijrah.
Majlis resepsi (sebelah lelaki)
14 February 2009, 18 Safar, 1430 Hijrah.
Semoga majlis kami dipenuh kerahmatan Allah SWT sebagaimana DIA merahmati pertemuan kami. Insyaallah.

Dengan ini, kami sekeluarga berbesar hati ingin mengundang tuan/puan, saudara/saudari ke majlis walimatul urus saya yang akan berlangsung pada 8 FEBRUARY 2009 bersamaan dengan hari Ahad. Undangan ini diberikan kepada semua saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga, kenalan, pembaca mahupun sesiapa sahaja yang sempat singgah dan mengenali nurulism.com. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini, dapatlah saya menemui saudara saudari sekelian. Dan semoga perkenalan kita dirahmati oleh-NYA. Amin.
Apa yang saudari/saudari perlu lakukan :
- Email kan alamat rumah anda ke chika@nurulism.com untuk kerja pengedaran kad jemputan. Hantar ke chika@nurulism.com sahaja supaya saya tidak terlepas pandang email anda.
- Beritahu saya sekiranya sudah menghantar alamat rumah anda ke email saya. Supaya tiada alamat yang keciciran. Beritahu saya melalui ruang komen :)
Untuk menghubungi saya ;
Yahoo Messenger : tulip_glowing.
MSN Messenger : cinderellacruz@hotmail.com
Email : chika@nurulism.com

Sangat mengharapkan kehadiran para blogger/pembaca/kenalan virtual sekelian. Jangan malu, undangan ini ditujukan kepada semua anda yang mengenali nurulism.com.
Posted by chika under
Uncategorized Pergi KLCC hari ni. Menghabiskan sepanjang hari di KLCC. Ow man. Jalan raya sesak. I wonder ; Orang Malaysia makin giat dengan aktiviti di shopping mall during weekends? Bukan ekonomi meleset kah? (Chika pulak, tidak termeleset sekali?) Chika is in another case, puh-lis-lah. HAHA.
Tekanan tinggi mencari parking. Rasa nak menjerit high pitch kau tahu! Alhamdulillah, akhirnya ada sekumpulan chinese membantu bagi sign suruh turn left. Owh, di situ ada parking. Sangat berterima kasih kepada sekumpulan chinese yang beriya-iya direct kami to the parking bay.
HAPPY : WEDDING SHOES.
Ku happy sekali kerna sudah punya kasut sanding! Apalagi, hoooray lah! HAHA. Punya sengsara merana hancur berderai hati terbelah dua tiga empat lima dan sebagainya selama ini mencari kasut sanding. Akhirnya petang tadi menemukan yang cocok (Cikgu Kris yang ajar. Aik? siapa pulak Cikgu Kris neh? Kris Dayanti lah. HAHA.) Anyway, itu tak apa lagi. Sekarang saya akan membagitahu anda satu fakta yang sangat mendabikkan dada saya. Proud sangat dibuatnya. Anda simpan dalam minda dan pahatkan dalam hati ; KASUT SANDING CHIKA SAIZ 5!
KAH KAH KAH.
Aizar : Kau boleh bagitahu semua orang kau pakai kasut saiz 5 tau! KAH KAH KAH KAH HAHAHAHA.
Chika : Ha ah! Aku akan bagitahu saiz kasut aku dengan gembira sekaliiiiiiii! HAHAHAHAHAHAHAA.
Bukan ajaibkah? Rasa nak tango di tempat kejadian tapi tak apa. Jangan ber-tango sebelum kahwin kerna it takes two to tango. Hallamak. Sejak sejak nak bergelar seorang isteri berseri-seri neh, sangat pandai bermain pepatah dan simpulan bahasa lah Chika neh. Sangat halus di dalam jiwa (keluar skang!) KAH KAH KAH.
Well.

Nine West.
Ini ialah shoes yang terpaling saya idam-idamkan (meleleh saliva sebanyak satu sungai) Saya tak ingat sudah berapa kali saya cuba, saya sarung, saya telek, belek dan saya cium peluk dan sebagainya kasut ni. Yang pastinya, setiap kali membridal kasut wedding, saya tak akan melepaskan peluang untuk menatap kasut ini sampai mata keluar cinta warna merah dan berdegup-degup juga berdarah-darah (woi itu bukan cinta, itu hati nama dia). SANGAT NAK.
Dan setiap kali mencubalah saya akan berharap, ada keajaiban berlaku seperti ; Phewww magic! Tadaa… muat! Harapanlah. Tapi kalau memang tak muat, tak muatlah. Magik tak akan berlaku. Sangat sedih dalam hati (Tapi masih makan kenyang dan tidur lena)
Saya harap sangat dapat pakai kasut ni semasa bersanding tapi itu tidak mungkin. Pasrah lah, pasrah. Maka, ini BUKAN kasut sanding saya.
Emosi tambahan : Patut turunkan price kasut neh sebanyak 70% percent (gila banyak! HAHA) supaya Chika boleh beli walaupon besar dan longgar dan tak berasa menyesal sebab beli kasut mahal tetapi longgar dan besar tapi cukuplah dibeli sebagai memenuhi keinginan yang sangat menterukkan rasa dalam hati*&#@%&!$%?*^$ watdehel aku nak juga tapi tak boleh sebab besar %^&*&?@#$@ oh sangat celupar mulut tiba-tiba tapi tak de mencarut pon tak suka mencarut sebab tak pandai mencarut *&^%$*! Aku nak beli juga kalau dia jual harga lima ringgit sepasang atau tiga sepuluh ringgit aku beli tiga. Hoi kau gila ke Chika, ingat ni kedai kasut Yee Beng? – ANDA TAK PAYAH BACA LONTARAN EMOSI NEH, NANTI RUGI.

GUESS.
Nampak yang ini tadi. Sebab ada black rose, berasa macam nak. Ter-imaginasi untuk menggayakannya dengan cincin rose juga (Anna Sui). Bagaimana dengan rantai black rose sedondon? Sangat Anna Sui! Namun tiba-tiba, rakan telah mencadangkan kasut yang lain. Rakan? Siapakah rakan? HAHAHA. Maka, kasut Guess bunga hitam berciri Anna Sui boleh keluar skang! HAHA.

LEWRE.
Akhirnya. Akhirnya (Sob sob sob) Akhirnya … sob sob sob. Sangat tersedu-sedan, sangat susah hendak mencakapkan ayat. Terharu. HAHA. Sangat happy akhirnya telah membeli wedding shoes from Lewre. Sebab kenapa membeli Lewre ; satu-satunya yang berkenan dan ada saiz! Saiz LIMA pulak tu. Apa dia? LIMA! Macam seronoklah mempakai kasut saiz LIMA. Kasi saya repeat againlah okay. Saya akan mempakai kasut saiz LIMA. HAHAHAHAKUJAKUN. Anda pasti takda pernah faham perasaan orang kaki 3.5 yang tiba-tiba dapat pakai kasut saiz 5. Perasaannya sangat mengujakan. Ishk. Susah untuk diterjemahkan dalam kata-kata. Hanya air mata yang boleh menyatakan segalanya (eceh) T_________________T
Yang seronoknya, kakak customer service pon membawa saiz 4 (sebab Aizar mintak terpaling kecik sekali) Semasa mencuba, aik? Ketat. Saiz 4 ketat? Kakak tersebut membawakan saiz 5 dan yahoooooo! Sangat ngam. Nampaknya dia tercipta untukku. Alahai, sangat romantik kisah kaki ini. (puh-lis-lah)
Kami pon menjakun di situ sebab sangat terkesima mentengok Chika menyarungkan kasut saiz 5. Kakak tersebut pon mempotong keterujaan kami ;
Kasut ni cutting dia kecik, dik :)
Apalagi, kami pon KAH KAH KAH la. Err. Bukan kaki Chika membesarlah. Tapi cutting kasut tersebut memang kecik. Tapi tak apa. Asalkan kasut tersebut nama dia saiz 5. Anda jangan lupa cakap tahniah dekat Chika. Jangan lupa. HAHA
Kasut wedding, done.
HAPPY : WEDDING GUESTBOOK.
Sudah dapat wedding guestbook. Bukan untuk saya, tetapi untuk anda mengisinya dengan ayat-ayat halus dan ayat-ayat cinta kelak. Ayat goreng? Ayat goreng sangat dialu-alukan. HAHA. Saya gembira dan sangat sukakan guestbook tersebut. Soooo English Wedding, you see (cikgu Mawi ajar ayat neh) Sekarang tak payah pikirkan tentang guestbook lagi.
HAPPY : BAHAN HANTARAN.
Sudah beli alas barang hantaran. Sudah beli ribbon-ribbon dan sebagainya. Oyya. Saya buat sendiri hantaran saya. Maklumlah, penganggur sepenuh masa. Lagipon, hanya saya yang tahu taste saya. Kalau buruk hancur musnah berderai pon tak boleh nak blame sesiapa sebab sendiri buat. HAHA. That would be better. Saya akan enjoy kerja-kerja menggubah hantaran. Sebab ia adalah art. Eceh. Saya akan dibantu oleh Aizar dan Mak Yang juga. Yang penting, simple, tidak sarat, tetapi tasty. (cerewet namampos, nyampah tau) Maafkan je lah saya. Orang nak kawen memang like this.
Beli di KK Home Deco Mart (something beginilah nama dia saya tak pasti sangat). Tepi MRR2. Jalan nak ke Ampang Point sana.
HAPPY : BAJU ADEK.
Kemeja untuk adek pakai semasa resepsi di sebelah bakal suami sudah dibeli juga. Tinggal baju Haikal saja saya kena carikkan yang lain. Haritu dah beli one for him, tapi dia kata tak cukup fit. Okay, darling. Kakak anda akan mencarikkan yang lain. (Takda hal) Ijat punya tinggal nak hantar tempah. Ijat tidak memerlukan kemeja sebab dia akan memakai a complete set of baju melayu (jangan selekeh please) Kakak kau ni tak suka tengok orang selekeh. Walaupon setakat menjadi pengapit, kena siap memakai sampin, dan songkok.
HAPPY : LIPSTICK BARU.
Remember this post? Yang anda cadangkan saya pergi meminta dari teman lelaki. Yang anda tuduhkan post tersebut sebagai sebuah post berciri hint kepada teman lelaki. Ops sorry. Saya tidak pernah mintak itu ini dari teman lelaki (mind you) Apa yang saya tulis di situ ialah senarai keinginan yang saya sudah cakap ; dapat atau tak, who cares. Ia hanya senarai keinginan.Yang saya beli bila sudah mampu, dan bersemadi menjadi harapan kalau saya tak mampu-mampu. Kalau anda menselak previous post saya yang dulu-dulu, bukankah saya memang kerap membuat senarai keinginan? Just a normal things for a normal girl I guess. (seperti anda juga) Saya tidak bermaksudkan entry tersebut sebagai hint-hint. Tidak sama sekali. I am here to say, you are wrong :)
Its okay. Saya membuatkan correction untuk anda :)
Anyway.
Tadi telah membeli lipstick baru. Oh finally. Saya tak ingat bilakah kali terakhir saya shopping make up. Memang tidak ingat. Mungkin beberapa bulan yang lampau bersama bekas kekasih ( I don’t know) Sebab yang boleh saya ingat, make up terakhir yang saya beli ialah Mascara dekat Alamanda (dan mascara tersebut telah habis) Cakap je tak suka guna mascara, tapi habis juga. HAHA. (Blame project presentation sebab selalu buat saya melaram) HAHA. Oh, masih ingat. Last time membeli make up ialah Blusher, Elianto (and its RM8 something kalau tak silap) Owh bukan. Ada renew Clinique foundation bersama Loose Powder juga. Ya ya. Itulah kali terakhirnya. Which is 5 months ago. Ow man lamanya!

ROUGH DIOR.
Next in queue : Estee Lauder’s concealer. Bobbi Brown’s. Lancome’s mascara. (okay bertenang chika bertenang). Sekarang kena harap duit turun atas kepala. HAHAHAHAHA.
Okay. Dah lama tak macam ni. HAHAHA. Seronok tahu membeli make up. Hadiahkan aku kilang make-up boleh kah? HAHAHAHA. Lepas tu kilang tersebut pon akan musnah sebab Chika telah membuat gila di dalam kilang tersebut. HAHAHA.
HAPPY : Macaroni cheese.
Teringin sejak beberapa hari. Akhirnya dapat jugak. Tapi bukan macaroni. Ianya fettucine alfredo. Tapi tak apa. Asalkan cheesy dan creamy dan err … menggemukkan (hoi!) Saya suka makan menu macam ni sebab tak pedas. Senang untuk di makan dan tidak memerlukan tenaga dan usaha yang gigih semasa makan.
Alhamdullillah.Baru mengidam dah dapat. Cepat betul Allah bagi rezeki. Taubat taubat.

Fettucine Alfredo.
Nak belajar masak macaroni cheese boleh? Nanti selepas kahwin bolehlah feed the poor perut sendiri. HAHAHA. Apsal gelak? Ingat saya bergurau kasar kah? Ini impian nama dia. Impian untuk memasak macaroni. Eceh. Riak ok.
HAPPY : HARI BERSOSIAL.

Haizdel. Hanya ibubapa dan kakak dia SAHAJA yang boleh membawa dia keluar. Sebab dia ni nak macam-macam-macam-macam I tell you. Kalau ada dua tiga ringgit baik tinggalkan je dia kat rumah, suruh tengok Ben10. HAHA. Adek jadi tukang ambik gambar, tukang komplen dan tolong pilih barang. Adek memang suka tolong orang pilih barang. Dia suka bagi pendapat. Kalau saya nak beli kasut wedding pon dia sibuk bagi pendapat sama. HAHA.


Sidai muka.
Okay bye.
HAHA
Entry pengumuman tarikh perkahwinan telah disiapkan. Namun, saya berasa .. apalah kejadahnya publish entry tersebut pada jam 2 pagi ini. Ada baiknya saya publish esok terus. Dan sebelum entry membridal KLCC ini menjadi aktiviti basi, eloklah saya publish entry ini dulu. Saya mintak maaf kerna tidak mentunaikan permintaan anda untuk announce hari Ahad. Saya sangat sibuk dan keletihan. Hari Isnin would be better I guess. Sebab saya akan menghadap blog sepanjang hari Insyaallah untuk membalas respon anda :) I am sorry, I really am. Tapi bukankah saya cakap, kalau bukan Ahad akan publish on Monday. Lalalala. HAHA.