Archive for December, 2008
Posted by chika under
Wedding Bliss Tema perkahwinan saya ialah TIADA TEMA.
HAHA.
Maksud saya, tiada tema yang begitu spesifik. Seperti wedding in the garden, English style (terlalu glamour ketika ini, menjengkelkan) atau mungkin tradisional. Masalahnya, perkahwinan saya tidak disertakan dengan konsep yang begitu jelas. Namun begitu, ia bukanlah masalah. Masalah saya ialah saya sendiri. Yang sangat bermasalah sebab dikejar oleh masa (itu emas) dan diganggu dengan debaran-debaran hebat. Wow! Begitu hebat. Apakata, kita mula membuat countdown?
Kembali kepada tema.
//warna tema.
Tak lain tak bukan, HIJAU adalah kemestian. Tanpa kehadiran hijau, apalah ertinya panorama? HAHA. Hijau akan dijadikan sebagai ‘highlighter’ pada majlis saya kelak. Kalau anda bertanya tentang code pakaian, pasti saya akan sangat gembira kalau anda memakai sesuatu yang hijau. Bagaimana dengan memakai daun hijau? Atau uniform khas tentera darat? Err… bagaimana pula dengan costume power rangers hijau? Anda jangan membuat kelakar semasa majlis saya, tiada siapa akan layan jenaka anda. KAH KAH KAH.
Kalau diperincikan lagi, color code yang ditetapkan ialah hijau dan hitam. HITAM ye kawan-kawan. Jangan terkejut sangat. Warna hitam ialah warna saya dan emak. Buat apa pon, wajib menggunakan element hitam. Kami minat hitam. (saya suka tengok awek nigga kulit hitam punya body. Okey jangan mulakan!)
Baiklah. Saya tidak akan membebankan anda dengan code-code warna tertentu. Apatah lagi memberikan anda guideline pakaian seperti ; Kena memakai pakaian nenek moyang beserta tali pinggang pusaka dan sebagainya. TIDAK. Anda tidak perlu bertanyakan saya code pakaian. Tiada tema tertentu. Jika anda mahu menggayakan costume Ultraman pon tidak menjadi masalah. Ikut keselesaan anda. Ini bukan majlis tujuh belas bintang. Ini kenduri kahwen Chika yang sangat humble (ok chika, cukup cukup)
Cukuplah saya nyatakan hasrat saya, saya sangat gembira kalau anda menggayakan HIJAU. Tapi ini bukan kemestian. Ini cuma hasrat. HAHAHA.
//malu
Saya ingin membuat anda semua jelas. Majlis ini BUKAN majlis 17 bintang. HAHA. Tiada liputan Astro Prima mahupun Astro Oasis. Iklan perkahwinan apatah lagi. Ini majlis perkahwinan yang sederhana sahaja. Yang akan dihadiri oleh rakan-rakan. Tiada majlis bersama Perdana Menteri. Apatah lagi artis jemputan seperti Aaron Kwok mahupun Alicia Keys (aku rasa aku memang suka sangat dengan Alicia Keys dan aku rasa dia cantek walaupon kulit gelap) Aaron Kwok pon gelap juga. Chinese berkulit gelap memang menarik, saya fikir.
Maafkan saya sebab suka tergelincir sekejap.
Seganlah nak datang wedding Chika. Macam besar-besaran je.
Anda jangan begitu. Jangan terlalu rendah diri. Sebab percayalah. Ini sebuah majlis sederhana. Sama macam majlis kenduri yang anda selalu pergi dekat kampung nenek anda. Tapi kalau selalu pergi majlis dekat Hilton, itu kes lain. HAHA.
Saya harap anda tidak akan ‘ponteng’ majlis saya dengan alasan MALU. Alasan tersebut tak berapa boleh pakai. Percayalah. Anda tidak perlu malu. Kecuali anda betul-betul datang pakai daun hijau lekat pada bahagian tertentu (sebab konon-konon patuh sangat dengan tema hijau) Kalau macam tu, anda berhak malu dan jangan berani datang. KAH KAH KAH.
Sekali lagi, saya serius di sini. Saya memang mengalu-alukan kehadiran anda semua. Saya bukan ajak-ajak ayam sebab ayam buta huruf. Lagipon, ayam tak payah diajak, memang suka ceroboh datang rumah saya walaupon tak ada kenduri. Malu betul kalau jadi ayam.Dah la tak pakai selipar, suka membuat najis merata tempat. Tapi jangan berani kutuk ayam. Aku suka makan ayam goreng.
//kad
Saya harap tak ada orang yang sudah dua minggu tidur depan peti surat. Atau makan nasik depan peti surat sebab tunggu kad jemputan. KAH KAH KAH. Kalau betul anda buat perangai macam yang disebutkan ini, jangan mengaku. Simpan dalam hati. Malu kalau orang tahu.
Kad akan diedarkan pada pertengahan Januari. Harap maklum. Ikutkan hati, saya tak sabar hendak edarkan. Tapi emak kata jangan edarkan sekarang. Tunggu sampai betul betul dekat dengan majlis. Sekarang kena betul-betul kumpulkan address dan pastikan tiada yang tercicir (nanti rakan sakit hati dan merajuk) Emak juga kata, jangan buat kerja banyak kali. Harus pergi pejabat pos sekali sahaja dan edarkan secara pukal ketika itu. Harus dengar cakap emak.
Dalam lebih kurang sebulan lebih sahaja akan duduk bersama emak dan mengikut arahan emak dengan taat. Selepas ini kena taat dengan orang lain pulak. Siapakah pulak neh? HAHAHA. Ya ya. Selepas ini, akan bertambah lagi satu jumlah insan yang harus ditaati. Kalau tak taat, berdosa masuk neraka. Takut lah bukan?
//untuk makluman.
Saya sudah kembali bertugas. Cukuplah tu cuti. See. Kata hendak cuti seminggu. Nampaknya memang susah untuk bercuti sebab sendiri yang sengsara tak dapat memblog. Nampak sangat muka tak malu. Syok sendiri dengan blog sendiri. Tapi tak apa. Biar syok dengan blog sendiri daripada syok dengan kekasih orang lain. eh eh, tetiba pulak.
Saya akan cuba untuk publish entry setiap jam.
Wah! Biar betul???
Posted by chika under
Wedding Bliss Saya ada banyak cerita. Mari mulakan dengan WEDDING DRESS. Wedding dress. Pakaian perkahwinan. Sebab kenapa kena cerita tentang wedding dress dulu ; sebab ini cerita seronok paling menyeronokkan. Yang selebihnya ialah cerita yang akan dibantu oleh keluhan keringat perpeluhan dan sebagainya. Okay, kedengaran tertekan di situ.
Tertekan sememangnya. Di mana berasa diri sangat selekeh di dalam rumah. Menyiapkan macam-macam sampai kurang menghargai diri. Oh sebelum itu, simpan dalam kepala ; Chika sangat pandai menokok tambah ekspresi diri dan emosi. Jangan percaya sangat dengan himpunan ayat-ayat hyper yang bakal keluar. Contoh ; Berasa kurang kasih sayang sampai terabai diri dan kesihatan lantas berasa uzur atau dimakan usia. Arght. Hyper sangat.
Ok ok wedding dress yuhuuu!
Saya dah tengok baju tersebut omaigod! Saya dah belek baju tersebut omaigod! Saya dah fitting baju tersebut omaigod! Omaigod omaigod belaka. Tak sia-sia datang dari jauh dan mengorbankan waktu berkualiti untuk duduk dalam butik tersebut berjam-jam. Okay, tak sabar hendak pergi kahwin. Jom kahwin jom kahwin jom. KAH KAH KAH. Perempuan memang macam ni. Dapat baju cantek je, dah boleh terbeli segala kesabaran dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Ingat Allah ingat Allah.
Saya sangat berpuas hati dengan wedding dress saya. Comel betul (eceh) Membuatkan saya tak sabar hendak naik pelamin sebab nak pakai baju tersebut. HAHA. Lebih mengujakan, semua staff butik pon keluar untuk mentengok Chika mencuba baju tersebut. HAHA. Mereka tunggu saya datang sebab mereka tak sabar nak tengok baju tersebut dipakai. KAH KAH KAH.
Tapi agak keterlaluan, anda tahu? Mereka telah memasangkan baju tersebut pada patung. Sebab ; tak sabar nak tengok pakaian tersebut bila dipakai oleh pemakai. HAHA. Saya pon lambat datang fitting.
Tapi masa saya datang, baju tersebut telah disorokkan dalam-dalam. Berdasarkan cerita our wedding planner, dia kata ;
- Baju tersebut asalnya ditayangkan kepada semua. Sebab tak sabar nak tengok bagaimanakah baju tersebut akan kelihatan setelah dipakai.
- Customers yang datang semua falling cinta mahu sewa baju tersebut which is NO WAY MAN! Baju I okey, bukan untuk disewa. HAHAHAHA. Semua orang sentuh-sentuh dan tanya banyak about the dress.
- Akhirnya pihak butik tersebut mengambil keputusan untuk mensorokkan dalam-dalam supaya tak payah letih menjelaskan bahawa baju tersebut bukan untuk disewa.
- Tapi ada yang terjumpa juga dan gila mintak nak sewa juga. (Hep cannot cannot!)
- Mr.Wedding Planner cakap kepada saya ‘Ah, aku tak pedulik Nurul suka ke tak baju ni, aku memang suka! Kalau kau tak puas hati atau tak berkenan pon aku dah tetap puas hati tengok baju ni. Aku tetap suka’ HAHAHA.
Ow man! Pastilah saya sangat berpuas hati dan sukakan baju tersebut. Tahukah? Taylor tersebut mengambik masa yang lama untuk memutuskan kerja menggunting kain. First, dia risau takut tak jadi. Second, dia worry sangat kalau imaginasi dia tak sama dengan imaginasi saya. Third, dia kata aku customer yang cerewet namampos! What? HAHA. Tapi alhamdulillah. Memang bukan macam yang saya imagine. Sebab saya tak pernah dapat imagine macam mana baju tu bila dah siap. Macam mana beading dia. Macam mana color combination dia. Tapi alhamdulillah. Sangat puas hati. Emak juga sangat teruja sampai asyik bercakap about the dress. Weeee-huuuuu *rock n roll*
Sekarang.
Saya akan ulang kembali apa yang dikatakan oleh wedding planner tersebut.
Aku juga takda peduli kalau orang berasa tidak puas hati dengan dress tersebut. Sebab bagi aku, aku sangat berpuas hati. Tak ada masalah untuk digembar gemburkan lagi. KAH KAH KAH. I am so happy and feeling good. HE HE
Namun begitu, baju tersebut masih berada dengan taylor. Biasalah. Sifat fussy yang sukar dibendung lagi. Walaupon sangat berpuas hati, saya masih belum berasa perfect dengan potongan kain dia. Saya suruh dia fit kan lagi. Tapi tak apa. Sudah merasa memakainya sampai berpeluh tempoh hari. Sampai terkedek-kedek menonton diri sendiri di hadapan cermin. Kakak-kakak di situ pula sangat bersemnagat. Terus mencarikan tudung beserta veil untuk saya. Eh eh, macam nak pergi kawen betul-betul pulak hari tersebut. HAHA. siap mahu dikasi crown tapi saya kata OK CUKUP CUKUP. Sudah kepanasan waktu itu. HAHA. Lagipon jangan bergaya sangat. Tunggu sampai hari majlis barulah akan bergembira sehabis-habisnya. Sekarang kita selekeh dulu. Go go, buat kerja! HAHA.
Anyway.
Selepas settle pasal wedding dress, kami pon berbincang tentang pakaian pengantin lelaki (aku tak boleh betullah dengar perkataan pengantin lelaki neh. Berasa sangat romantik secara tiba-tiba. Hoi hoi! HAHA) Never mind.
Selepas itu, membincangkan tentang make-up artist. Tahukah? Saya sudah berasa sangat keletihan dan penat di dalam kepala. Saya telah decide untuk tidak payahlah pergi mencuba make up. Lagipon, tak tahu bilakah ada peruntukan masa yang baik untuk membagi muka kepada penconteng muka tersebut (aik?) HAHA. Takpe. Saya sudah belek port folio kakak tukang mekap tersebut. Semacam boleh dipercayai. Nampaknya, dia seorang yang professional. Tapi tengoklah. Mungkin akan berubah fikiran kelak untuk mencuba pula. Chika kan tak boleh percaya sangat. Sangat mudah tergelincir dari track. HAHA.
Ya Allah akak. Pening kepala saya kak dapat customer macam anak akak ni.
KAH KAH KAH. Apalah dia tersebut. Baru disuruh membuat pelamin berciri minimalist, dah pusing tujuh keliling kepala dia. HAHA. Dia kata, kenapakah Nurul punya taste sangat rare? Namun dia nampaknya sangat fun mencarikkan idea. Rare kah? Sebenarnya, bukan rare taste saya. Ianya adalah perkara-perkara biasa. Seperti memintak design pelamin yang sangat simple tanpa kain-kain melayang sana sini.
Mungkin bagi mereka, itu dinamakan rare. Padahal itu dinamakan ‘minimalist’. Ewwahhhh. HAHA. Buat apalah memakai terlalu banyak kain pada pelamin. Saya kurang gemar. Tahukah kalau boleh saya mahu pelamin yang semacam mana?
Ada stage. Sebab nak kasi up darjat sendiri secara tiba-tiba KAH KAH KAH. Ada dua sofa (SOFA, bukan KERUSI kerawang-kerawang emas silver dan sebagainya tersebut). Beserta beberapa pasu bunga. Ye. Se-simple itu. Tak payah bersusah payah memasangkan kain-kain berterbangan sana sini. Atau lampu-lampu hari raya yang berkerdipan umpama malam tujuh likur. Nasib baik takda keluar muzik selamat hari raya. HAHAHA.
Namun, abang tersebut menjadi pening secara tiba-tiba apabila saya brief idea saya secara architectural. Boleh pulaklah aku menyebut tentang beam, concept, perspective dan kesan ilusi juga lighting effect. KAH KAH KAH. Err. Dah saya memang diajar tentang itu semasa membuat kerja design. 3 tahun engkau tahu aku bergelumang dengan cara hidup semacam tu. Jangan salahkan aku lah bila membina pelamin macam membina bangunan pulak. HAHAHAHA.
Akhirnya abang tersebut pon kelihatan sangat pening. Dia pon membagikan saya nombor phone rakan dia yang lain. HAHA. Dia kata, boleh bincang pelamin dengan kawan dia tersebut. Pasti anda pikir, apakah punya pelaminlah si Chika ni nak? Err. Ia bukan sebuah pelamin yang sangat memukau pancaindera anda. MANA MUNGKIN. Ianya berciri ‘light’ and ‘easy’. Eceh. Sangat selamba. Tapi mungkin wedding planner tersebut tak percaya yang ada orang dalam dunia neh nak pelamin macam tu punya simple. Sampai tak sanggup dia nak buat. KAH KAH KAH.
FYI, wedding dress saya juga kelihatan light and easy. Bukan fully beaded. Sampaikan salah seorang staff disitu boleh tanya ;
Dik, ni baju dinner ke?
KAH KAH KAH. Aik? Simple sangat ke baju aku ni sampai dia ingat baju dinner?
Bukan bukan. Ini untuk wedding.
Ada sikit terkejut bila baju wedding saya dianggap baju dinner.
Really?????! Baju sanding ni??!!
Terkejut monkey okey ‘kakak’ tu (HE is the GIRL. You got me?)
Ye. Kenapa? Simple sangat eh?
Saya ada sikit worry jugak. Manalah tahu kalau baju tersebut tak sesuai dibuat bersanding.
No no. Cantekkk sangat! Berani okey awak buat baju macam ni untuk wedding. Color combinations pun, jarang orang nak buat. Orang kata warna ni bukan warna untuk wedding la, apa la. Bla… bla… Memang lain. Cantek, dikk! Boleh pakai untuk majlis lain jugak. Bukan untuk wedding je. Perght. Tak sabar kitorang nak tengok baju ni bila dah pakai. Lawalaaaaaaa.
Sabar je la aku dengan ‘kakak’ tersebut. Dia cantek kau tahu. Dengan fake eyelashes nya. Seksi. HAHA. Aih. Macam manakah boleh terjadi kejadian nyah-nyah cantek ni? Aku tension betullah. Tu belum kira pondan dekat Bangi yang kerja restoren ambik order tu? Dah la suara lembut, sopan santun pulak tu. Muka jangan cakap ar. Lawa mengalahkan wanita sejati. Tercabar betul maruah aku sebagai wanita.
Dia punya keayuan tu kan, sampai aku pon jadi terpukau (maigod!) Kalau tak, takde lah aku sanggop ajak Farah lalu lalang depan kedai tu sambil leher memanjang je tinjau-tinjau carik pondan tersebut. Gila suka ar aku tengok muka pondan tu. Kebetulan masa tengah makan dekat kedai mamak, terserempak dengan pondan yang dimaksudkan. Dia datang dengan lelaki-lelaki gagah I tell you. Makin tercabar maruah wanita sejati seperti saya (ehem). Tak jadi kerja makan aku dibuatnya. Sebab sangat seronok mengusha maknyah. Bukan aku simpan perasaan lah! Tolong sikit! Tapi muka dia yang cantek tersebut buat kepala aku tension. Kenapakah sampai secantek itu? Tak guna betullah. Kau datang depan aku, aku tembak kepala kau. KAH KAH KAH. Kedengaran cemburu buta di situ. KAH KAH KAH.
Err.
Semacam sudah terpesong jauh la bukan? Tadi bukan sedang bercakap tentang wedding kah? Nampaknya sudah terpesong ke cerita pondan. Apakata kita berhenti setakat ini saja. Menyucikan fikiran dari masalah moral seketika. HAHAHAHA.
Pondan ni kacau betullah.
Aku nak tulis blog pon susah. Sampai tersasul-sasul cerita pondan sebanyak 2 perenggan.
Siapa PONDAN dan CANTEK di sini, tolong keluar! Aku dengki dengan kau. HAHAHAHAHAHA.
Posted by chika under
Uncategorized Kawen ni penatlah.
Sakit kepala.
Kalau ada satu juta bagus jugak.
Bagi sejuta, suruh orang buat A to Z.
Aku boleh tidur awal, bangun lambat.
Kalau ada satu juta lah tapi tak de.
Ok aku memang dah terlalu penat.
Kepala overload.
Posted by chika under
Uncategorized Boleh ke meminta cuti bersalin… (hoi!) Maksud saya, boleh ke memintak cuti selama seminggu taknak membuat entry? Iaitu cuti memblog yang sangat panjang. Saaaaaangat panjang.
Alasan.
- Mengambil cuti tahunan. Saya rasa, saya berkelayakan mendapatkan cuti yang panjang kerna sepanjang tahun ini, tidak pernah bercuti dari menghasilkan entry. Dulu sangat steady. Tiga minggu tak update pon, sangat steady. Update sebulah dua entry pon sangat steady. Dah lah dua entry, dua perenggan pulak tu. KAH KAH KAH. Bukankah sangat fun punya perbuatan tersebut?
- Please, Mood Swing! pon sudah datang. Macam biasa. Hilang pertimbangan. Tidak tahu macam mana hendak hidup. Gangguan tidur. Kuat minum air. Berat badan meningkat, silap-silap boleh kena depresi. Cannibal mode. Di mana tidak berapa lalu nak telan nasik. Sebab telan orang macam lebih sedap. Anda faham kah sudah? Tak faham tak pe. Jangan stress, jangan stress.
- Busy. Like a bee been buzzing. (eh eh comelnya ayat neh, keluar skang!) Been buzzing ke atas wedding preparation yang tidak siap-siap.
Bilik sudah siap. Hooray.
(Hooray pon tak berapa spiritual, tengok)
Kerja yang tengah tunggu Chika di hujung jalan ;
- Tulis kad jemputan lagi.
- Kemas pakaian masuk wardrobe.
- Keluarkan baju-baju yang taknak, tak pakai ataupon antara pakai dengan tak. Keluarkan, jangan simpan! Sedekah dapat pahala. Simpan dapat sampah. Pilih, nak pahala ke nak sampah. Ok cukup merepek!
- Pergi One Utama cari ink. Ink apa? Ink apa? Eh, eh … anda sibuk betul. KAH KAH KAH.
Hurm. Tekanan. Please, Mood Swing. Memang layak mendapatkan cuti tahunan.
Okay, jangan percaya jangan percaya. Malam nanti siapa yang tahu. Mungkin ada entry super saiya. Nak cuti konon. Err. Memang nak cuti ni, sungguh! Tapi jangan percaya Chika sangat.
Posted by chika under
Wedding Bliss KHAMIS 18 DISEMBER 2008.
Ow man hari tersebut sangat meletihkan saya. Bila saya cakap SANGAT meletihkan, maksudnya memang SANGAT meletihkan. Bukan letih biasa macam letih sebab tolong emak basuh pinggan. Atau letih sebab tengok kartun serentak. Atau macam letih sebab banyak merepek dengan adek-beradek like bermain teka teki dengan jawapan mensakitkan hati lalu letih. Atau letih seperti banyak sangat update blog dalam satu hari. Atau letih macam … ok Chika, cukup! Banyak betul bagi contoh, kalau anda tak faham juga, tak tahulah nak kata apa dah.
Ia merupakan LETIH yang keletihan sangat letih iaitu letih secara sangat letih. Tolonglah faham sekarang jugak yang Chika sedang menterangkan kepada anda bahawa Khamis yang lalu sangat meletihkan. Secara extreme. Tiada tandingan. Err. Baca dua perenggan ni pon sudah meletihkan lah bukan? Sekarang anda tahu, Khamis tersebut lebih meletihkan daripada membaca dua perenggan ini.
Crap! Merepek sangat pandai.
Saya akan membuat senarai keletihan yang saya maksudkan di atas.
1.
Pagi mengemas bilik sendiri. Petangnya Aizar datang untuk meminjam computer (bukan pinjam bawak balik, pinjam guna) HAHA. Dia harus menaip surat kepada boyfriend untuk memohon kos sara hidup. Fuuuu. Spekulasi kejap. HAHAHA. Jangan percaya jangan percaya.
Kemudiannya, kami membuat kerja pra-perkahwinan. Aik? Kerja apakah tersebut? Aneh betul bunyi dia. Maksud saya, kami membuat idea development untuk gubahan hantaran. Sangat memenatkan kepala serta kandungannya (maksud saya, kandungan dalam kepala meliputi otak, sel-sel otak dan Neuron. Aik?) Macam tak payah tulislah bukan kandungan kepala tersebut, membazir. Nanti kena terangkan pula tentang Neuron. Kemudian itu, anda semuanya pon lelap di depan skrin komputer masing-masing sambil blog Chika mentengok anda tidur.KAH KAH KAH.
Okay merepek lagi. Memang suka merepek. Merepek ialah kegemaran nombor tiga belas saya di samping 3 juta kegemaran yang lain (menonton Hagemaru ialah kegemaran ke sembilan) Jangan merepek jangan merepek. *bunyi loceng ais krem*


Ini gubahan percubaan. Iaitu sesi mencuci otak. Alicia Keys kata, brain wash (asyik Alicia Keys je yang kena) Saya berkolaborasi dengan Aizar untuk sesi mencuci otak ini. Mencuci otak tanpa bantuan Downy 4X mahupun Max Kleen 9 (Ha, ha, merepek lagi!) Baiklah. Kami berbincang sampai terkena tekanan perasaan. Cukup sukar membuat gubahan hantaran. Sebenarnya memang sukar membuat kerja wedding dengan Chika. Sangat fussy macam aunty-aunty. Susah. Nasib baik Aizar sangat penyabar orangnya dan sangat memahami bahasa muka Chika. Kalau muka kelihatan termonyok-monyok, Aizar segera bertindak membetulkan muka saya yang tidak betul itu. Pendek kata, sangat gembira sebab ada kawan yang faham sikap kawannya yang suka tak puas hati. (Kalau akulah ada kawan kaki cerewet, dah lama aku ceraikan) KAH KAH KAH.
Untuk pengetahuan semua, BUKAN MUDAH mendapatkan ilham menggubah hantaran yang memuaskan hati (Bukan mudah …Menggapai bintang yang berkerdipan .. O..yeaaah ; dipetik dari lagu tema Akademi Fantasia) T____T Chika tolong jangan merepek lagi tolonglah. Letih membaca entry semacam neh. Chika tolong…. *menangis lima minit* KAH KAH KAH. Seronoklah merepek. Anda, bila lagi? HAHAHAHA.
2.
Menjelang Maghrib, Aizar pon pulang dijemput oleh Nazarul (ewwahhh) Nazarul ialah adek beliau, bukan orang lain. Adek beliau. Tak batal air sembahayang, tak batal. (Sakit hatilah bukan membaca enty neh?)
Selepas Maghrib, terus pergi vacum bilik hujung sana. Kerjaan inilah yang paling mengsengsarakan. Saya dibantu oleh Adek dan Ijat. Tapi Ijat banyak main tipu. Iaitu asyik pergi tandas kononnya hendak pergi tandas, padahal dia malas tolong angkat baju kakak dia. Memang gila melambak-lambak baju aku. Kalau orang tengok, malu. Kalau dikumpul secara vertical, sama tinggi dengan rumah jiran sebelah. HAHAHAHAHA.
Kerja yang kami lakukan ialah ;
- Memindahkan katil dan almari dari satu bilik ke bilik yang lain.
- Mengelap habuk sampai habuk pon sangat malu dibuatnya. Kalau ada habuk datang juga, memang takda maruah punya habuk. Sudah dilap sampai berkilat, habuk sepatutnya segan untuk tumpang landing. Tapi habuk mana ada maruah. Err. Anda tahukah? Membuat kerja mengemas dengan bapa kami sangat susah. Sebab semua benda harus dilap sampai berkilat. Naik longgar sendi tangan saya tapi nasib baik Ultraman ada (aik?)
- Mengosongkan bilik saya. Tak payah dihuraikan lebih lanjut, anda faham sendirilah bukan bagaimana azabnya mengeluarkan barang-barang saya (barang peribadi yang sama banyak macam barang tiga puluh orang punya)
- Mengosongkan wardrobe saya. Fuuuuu. Naik pitam semua orang mengangkut kain baju kakak dia. Sampai adek-beradek naik tension. Dihumbannya semua ke dalam almari di bilik hujung sana. Kalau ditengok emak, pasti kita tiga beradek nahas di tempat kejadian. Tapi tak pe, jangan bagitau emak. Buruk padahnya.
Bilik saya kosong. Malas semalam saya tidur atas carpet. Sangat sengsara. Itulah. Degil. Emak kata ambik tilam, saya cakap tak pe. Malam semalam adalah malam yang paling gelap dalam hidup saya sebab tidur atas carpet. Pengalaman yang sangat mensedihkan hati dan menyakitkan badan.

Dan malam ini juga. Sebab esok petang baru akan mendapatkan perabot baru ewwaaaaah. Sebab itulah kahwen adalah seronok. Sebab boleh mentukar set bilik tidur. Kalau boleh nak mentukar set setiap 15 hari tapi malangnya tak boleh. HAHAHAHAHA. Berguraulah.
Malam ini juga akan tidur bersama malam yang gelap dan mengsengsarakan badan.
3.
Siap mengemas bilik dan mengosongkan bilik sampai kosong tapi tak kosong sangat (sebab ada komputer yang bernyawa macam robot yang menceriakan hati) Malam itu kami pon bermain inai-inai. Mak Yang sangat suka menumbuk inai dan mempakaikan inai kepada anak-anak buahnya. Kami pula sangat gembira menghulurkan jari kepada Mak Yang. Emak tak masuk campur. Saya tak pernah tengok emak pakai inai. Emak? Emak saya mana sukalah benda-benda macam neh. Sebab dia suka main motor besar je seperti bermain Virago, Harley Davidson dan lain-lain lagi. Bermain inai? Pasti digelak oleh emak, sebab tak thrill langsung kata dia. Malah emak juga pelik ; Kenapa pakai inai neh? Buat leceh-leceh je. HAHAHA.

Err. Practice make perfect. Sebab itulah mempakai inai tempoh hari. KAH KAH KAH. Ini dinamakan, prelude malam berinai. Eceh. Padahal takda membuat malam berinai pon nanti. Tahukah, saya takda membuat malam berinai? Sebab bapa tidak mensarankan upacara tersebut, jadi dengarlah kata bapa. Malam pakaian beragam (pakaian beragam?) juga tidak diadakan. Kan dah cakap. Chika mana sukalah mempakai yang bukan-bukan. Lagi-lagi yang berciri tradisional dan bersifat sarat itu. Sangat tak naklah. Upacara yang tidak mendatangkan hasil ini telah dimansuhkan. Habis? Tidak berinaikah kelak? Inai lah! Apalah ertinya kawen tanpa menconteng inai. Tapi bukan membuat upacara khas malam berinai. Kepada yang menyoal, semoga terjawap sudah. Jawapannya, memang tiada malam berinai. Malam memakai kimono, sari, baju kadazan, baju sumazau, baju cheongsam, bikini, mahupun costume ninja juga tidak diadakan sama sekali. T___T eh, menangis buat apa, padahal tak sedih. HAHAHA.

Ini tangan Adek saya. Dia sangat taksub dengan diri sendiri sebab itulah meletakkan H pada tapak tangan. Dia ingat cantek lah tu. Tapi semasa sarapan pagi tadi, kami semua mempuji huruf H tersebut sangat canteklah, comellah dan segala puji-pujian. Padahal H tersebut terlalu gemuk. HAHAHAHA. Seriously, memang gemok! Habis penuh satu tapak tangannya dengan tanda H yang besar. HAHA. Tapi cute jugak aku tengok. Ewwaaaah.
Tiba-tiba berasa penat yang tidak terbendung. Baru pulang dari Nilai sebenarnya ni. Puas shopping seluruh KL, hari ini ke Nilai pula. Minggu depan ke Melaka atau Johor insyaallah. Bapa yang punya rancangan. Kami sangat gembira dan ikut je. HAHA.
Tiba-tiba nak stop sekarang. Ok stop.
Posted by chika under
Uncategorized 
Belum-belum lagi dah berani panggil saya PUAN NURUL. Berani mati betul dia.
Ini e-mail yang baru disemak. Sebak betul baca e-mail neh. Berasa like aunty-aunty only. You know, mak-mak yang bukak e-mail. Ow puh-lis-lah jangan menghantui perasaan aku, boleh? HAHAHA. Lain macam betul rasanya dibagi title PUAN tersebut.
Wait.
DIPLOMA SPACE?
Takda kesinambungan langsung dengan degree in architecture ku. Tambahan pula, kahwen first kahwen first. HAHAHA. Kalau mensambung study pon, akan buat master in architecture. Mentukar course, never! Architecture adalah yang terpaling menarik walaupon terpaling membunuh bersiri.Err… berasa pelik pulak mendapat tawaran belajar. Sebab sudah lama kepala takda ingat ilmu-ilmu universiti. Ilmu rumah tangga banyaklah. Sedang study neh, tengah study! Tolong faham sket! KAH KAH KAH.
Wait lagi.
Manakah orang tersebut dapat idea mahu mem-PUAN kan saya? Aik? Surat ini dari UTM lah bukan? Takkan pejabat pendaftaran negara sudah tukar title aku secara pantas kot. Menangis menangis T___T. PUAN NURUL? Fuuuu fuuu fuuu. Kejaplah. Aku histeria kejap.
Puan what?
I beg your pardon.